kertas konsep perkhemahan big1.doc

19
KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN MAKMAL ICT SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK 1 UNTUK PROGRAM BIG INSTITUT PERGURUAN KAMPUS ISLAM BANGI 1. RASIONAL Aktiviti Keceriaan Makmal ICT adalah di antara aktiviti- aktiviti utama kegiatan di luar bilik darjah. Melalui aktiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dijalankan secara ‘hands on’ dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi , bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti keceriaan ini juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing. Seterusnya, aktiviti keceriaan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu , secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing-masing. 2. L ATAR BELAKANG Selaras dengan rasional di atas, saya sebagai pelajar PPG , IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi akan mengadakan aktiviti 1

Upload: ramli-baba

Post on 22-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KONSEP perkhemahan BIG1.doc

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN MAKMAL ICT

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK 1

UNTUK PROGRAM BIG INSTITUT PERGURUAN KAMPUS ISLAM BANGI

1. RASIONAL

Aktiviti Keceriaan Makmal ICT adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan di luar

bilik darjah. Melalui aktiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dijalankan

secara ‘hands on’ dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi ,

bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan

bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti keceriaan ini juga mendedahkan para

peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung

memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing. Seterusnya, aktiviti

keceriaan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu , secara tidak langsung

mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif

dan psikomotor masing-masing.

2. LATAR BELAKANG

Selaras dengan rasional di atas, saya sebagai pelajar PPG , IPG Kampus Pendidikan

Islam Bangi akan mengadakan aktiviti Keceriaan Makmal ICT untuk pelajar Tahap

2 ,2014 dengan hasrat memberi peluang kepada murid menyertai aktivti di luar bilik

darjah secara terancang dan sejajar dengan cita-cita melahirkan generasi pelajar yang

dinamik dan berkualiti serta seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani dan Intelek.

Program ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan

memupuk integrasi di kalangan pelajar dalam usaha membentuk generasi alaf baru, yang

berkemahiran membina dan mengembangkan jaringan hubungan dan kesatuan antara

pelbagai kaum demi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu

padu.

1

Page 2: KERTAS KONSEP perkhemahan BIG1.doc

3. MATLAMAT

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, maka aktiviti ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan

untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta

berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri,

masyarakat, bangsa, negara dan agama. Untuk membantu merealisasikan matlamat utama

di atas, maka pelaksanaan aktiviti keceriaan makmal ict ini adalah bertujuan unuk

melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif,

berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan

pancaroba hidup seterusnya. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar

para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip

berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang

berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi,menghargai dan mencintai

nilai- nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.

4. OBJEKTIF

4.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas seni visual.

4.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.

4.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti- aktiviti kehidupan seharian secara

teratur dan berdisiplin

4.4 Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup untuk

menghasilkan satu seni visual yang menarik,

4.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan seni visual secara

praktikal.

4.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-

masing dalam bidang kesenian.

2

Page 3: KERTAS KONSEP perkhemahan BIG1.doc

5. TEMA 

“Sayangi Kawasan Sekolah Anda”

6. KONSEP PELAKSANAAN

Projek Keceriaan Makmal Ict akan dilaksanakan berdasarkan konsep “ Pembelajaran

melalui aktiviti”. Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah

dirangka dengan menggabungkan unsur-unsur berikut :

6.1 Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan.

6.2 Penerapan nilai-nilai murni dan kemanusiaan.

6.3 Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi

6.4 Pengukuhan disiplin kendiri

6.5 Pengukuhan disiplin berpasukan

6.6 Pengukuhan keimanan dan ketakwaan

6.7 Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi

6.8 Penyemaian ciri-ciri kepimpinan berwibawa.

6.9 Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integratif dan harmonis

6.10 Memupuk cita-cita kerjaya melalui aktiviti rekreasi dan reka cipta

7. AKTIVITI

3

Page 4: KERTAS KONSEP perkhemahan BIG1.doc

Aktiviti yang akan diadakan adalah:.

7.1. Pendaftaran peserta.

7.2 Malaysia cergas (Senamrobik)

7.3 Taklimat projek keceriaan.

7.4. LDK ( bincang aktiviti dalam kumpulan)

7.5. Melaksanakan projek keceriaan.

7.6. Solat berjemaah dan tazkirah

7.7. Makan tengahari

8. KETETAPAN PERLAKSANAAN

8.1 Tarikh : 26 Ogos 2014 dan 30 Ogos 2014

8.2 Hari : Selasa dan Sabtu

8.3 Tempat : Makmal Ict Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1,

Melaka.

8.4 Pendaftaran

a) Tarikh : 26 Ogos 2014

b) Hari : Selasa

c) Masa : 2:00 petang

8.5 Tetamu Kehormat : Encik Mansor bin Maalip

Guru Besar SK. Kem Terendak 1,Melaka.

4

Page 5: KERTAS KONSEP perkhemahan BIG1.doc

9. MAKLUMAT PENYERTAAN

Terbuka kepada murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1. Bilangan peserta

projek keceriaan makmal ict ialah seramai 20 orang.

10. AHLI JAWATANKUASA

10.1 AJK Induk

Penasihat : Encik Mansor bin Maalip

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1.

: Puan Hjh Kaniah binti Mohamad

Guru Penolong Kanan HEM

: Puan Hjh Saodah binti Hj Haron

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Pengerusi : Encik Mohd Yusof bin Che Mat

Guru Penolong Kanan 1

Setiausaha : Encik Ramli bin Baba

Penolong Setiausaha : Puan Ememasturah binti Hamzah

Bendahari : Puan Aziah binti Abas

AHLI JAWATANKUASA

1. Encik Kamarozaman bin Ahmad

2. Encik Mohd Dura bin Yusof

3. Encik Kamarudin bin Abdullah

4. Nur Fathiah binti Muse ( FT)

5. Nurshahirah binti Mohd Nazir (PT)

5

Page 6: KERTAS KONSEP perkhemahan BIG1.doc

10.2 AJK PERLAKSANAAN

Penaung : Encik Mansor bin Maalip

Penasihat : Puan Nor Annisa Bte Kadri

Pengerusi : Encik Mohd Yusof bin Che Mat

Tim.Pengerusi : Puan Hjh Kaniah binti Mohamad

Setiausaha : Encik Ramli bin Baba

Penyelaras : Encik Mohd Dura bin Yusof

Bendahari : Puan Aziah binti Abas

Jawatankuasa Tugasan

Urusetia

Encik Mohd Dura bin Yusof

Encik Kamaruddin bin Abdullah

Menyediakan jadual aktiviti keceriaan

Menyelaras perjalanan aktiviti 

Sentiasa menghebahkan segala maklumat terkini

Mengambil pendaftaran peserta dan juga  mencatat kehadiran guru

Melantik hakim-hakim pertandingan

Membuat laporan setiap aktiviti yang  dijalankan

Mengendalikan acara majlis penutup

Menyediakan kain rentang aktiviti keceriaan

Urusetia HadiahPuan Diwip Anak Ranyui

Menyediakan dan menyiapkan hadiah untuk pertandingan dan memastikan hadiah dan cendermata cukup.

Menguruskan pengagihan ketika majlis penutup

Pendaftaran/Pengurusan Peserta Menyediakan murid untuk aktiviti

6

Page 7: KERTAS KONSEP perkhemahan BIG1.doc

Cik Nur Fathiah binti Muse

Cik Nurshahirah binti Mohd Nazir

Menyediakan borang kebenaran ibu bapa  bagi setiap peserta.

Menyediakan segala peralatan yang  diperlukan semasa aktiviti.

Menyediakan jadual guru bertugas.

Memastikan penyediaan senarai semak  peralatan lebih awal.

Memastikan disiplin peserta sebelum, semasa dan  selepas aktiviti.

Menerima pendaftaran masuk peserta.

7

Page 8: KERTAS KONSEP perkhemahan BIG1.doc

Peralatan

Encik Mohamed bin Mohd SomCik Norzul Baizurah binti OthmanPuan Masyitoh binti Ibrahim

Menyediakan peralatan untuk aktiviti seperti cat dan berus cat.

Menyediakan segala dokumen perlu  sekiranya terdapat beberapa alatan yang perlu dipinjam.

Kerohanian 

Encik Mohd Izazie bin Yaacob

Encik Zamran bin Hj Idderis

Puan Siti Kalsom binti Osman

Menyediakan jadual bertugas imam dan bilal  mengikut waktu solat

Mengendali taskirah dan mengendalikan aktiviti yang berkaitan dengan kerohanian murid bukan islam

Makan / Minum

Puan Maznitah Bte Mohd Zin

Puan Zuraini binti Zakaria

Puan Nurulain binti Daud

Menyediakan makanan dan minuman yang mencukupi bagi semua guru dan murid-murid yang terlibat

Menyediakan jadual pengagihan serta  menu makanan setiap waktu makan sepanjang hari aktiviti dijalankan  

Menyediakan jadual tugasan menyaji makanan

Memastikan  semua  keperluan untuk makan cukup.

Keselamatan / Kecemasan/Kebersihan

Encik Mohamed bin Mohd Som

Encik Kamarozaman bin Ahmad

Memastikan tahap keselamatan peserta  dan segala peralatan berada dalam keadaaan yang amat baik.

Menyediakan bekalan ubat- ubatan  serta peti rawatan yang sempurna dan mencukupi

Menyediakan jadual pengawasan dan  kawalan keselamatan kawasan aktiviti

8

Page 9: KERTAS KONSEP perkhemahan BIG1.doc

Membuat makluman kepada pihak polis berhubung dengan aktiviti yang dilaksanakan

Membuat makluman kepada klinik  kesihatan berdekatan berhubung bantuan kecemasan semasa aktiviti.

Memberi taklimat keselamatan kepada  semua peserta dari masa ke semasa

Menyediakan peti kecemasan yang  lengkap dan diletakkan di urusetia.

Malaysia Cergas

Encik Mohd Dura bin Yusof

Encik Kamaruddin bin Abdullah

Puan Azleen Mazlina binti Zainuddin

Mengendalikan perjalanan senaman  selama tempoh aktiviti berlangsung.

9

Page 10: KERTAS KONSEP perkhemahan BIG1.doc

11. Jadual Aktiviti

HARI PERTAMA : Selasa : 26 Ogos 2014

MASA AKTIVITI

2:00 ptg

3:00 ptg

4:00 ptg

4:30 ptg – 6:00 ptg

- Pendaftaran Peserta

- Taklimat Aktiviti Keceriaan

- Kudapan ( Minum Petang )

- Aktiviti Mengecat.

HARI KEDUA : Sabtu : 30 April 2014

MASA AKTIVITI

8:00 pg

8:30 pg

Senaman pagi

Sarapan pagi

8:30 pg – 12:30 tgh Aktiviti Mengecat .

12:30 tgh

2:00 ptg

- Makan Tengah hari

- Persiapan diri & Solat Zohor

2:30 ptg

4:00 ptg

Aktiviti Mengecat.

4:00 ptg

5:00 ptg

- Kudapan ( minum petang )

- Persiapan diri & Solat Asar

5:00 ptg

6:00 ptg

Majlis Penutup

Bersurai

10

Page 11: KERTAS KONSEP perkhemahan BIG1.doc

12. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Butiran Jumlah

1 Makan Peserta RM 10.00 X 100 orang RM 1000.00

2 Makan AJK (Guru) RM 10.00 X 50 orang RM 500.00

3 Hadiah/Cenderahati RM 50.00 X 4 RM 200.00

4 Alatan RM 100.00

5Perbelanjaan di luar dugaan

RM 300.00

Jumlah RM 2100.00

ANGGARAN KEWANGAN

1. Sumbangan PIBG RM 1000.002. Sumbangan NGO RM 1000.003. Sumbangan Kelab Guru RM 200.00

11

Page 12: KERTAS KONSEP perkhemahan BIG1.doc

13. PERATURAN SEPANJANG AKTIVITI KECERIAAN

13.1 Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan kebenaran

bertulis dari ibu bapa atau penjaga

13.2 Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan semasa

menyertai perkhemahan.

13.3 Setiap peserta dikehendaki sentiasa berada di kawasan perkhemahan yang telah

ditetapkan.

13.4 Tiada siapa peserta pun yang akan dibenarkan meninggalkan perkhemahan,

kecuali dengan kelulusan kem komandan atau guru bertugas.

13.5 Dilarang membawa masuk sebarang bentuk senjata, sebarang peralatan yang

bahaya, adalah dilarang

13.6 Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang- barang kemas atau barang –

barang lain yang berharga , termasuklah peralatan elektronik seperti walkman,

telefon bimbit, serta lampu suluh.

13.7 Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan-kawasan

larangan yang ditandakan atau ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana

termasuklah kawasan penginapan jurulatih atau pegawai bertugas dan

kawasan perkhemahan peserta berlainan jantina.

13.8 Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan

oleh kem komanden atau wakilnya dari semasa ke semasa, khususnya semasa

melaksanakan aktiviti-aktiviti di sepanjang perkhemahan.

13.9 Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan

perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.

13.10 Semua peserta perlu sensitif kepada keperluan keselamatan sepanjang masa.

13.11 Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak

penganjur.

13.12 Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang

ditetapkan oleh kem komandan.

12

Page 13: KERTAS KONSEP perkhemahan BIG1.doc

14. PENUTUPAN

Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Beruniform tahun 2013 dapat dijalankan

dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan. Kerjasama daripada para guru, ibubapa

dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Pejabat Pelajaran

Daerah Alor Gajah. Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama

semua pihak serta sokongan dan bantuan ihsan dari semua pihak secara langsung atau

tidak langsung. Semoga tema “1 Malaysia” dapat direalisasikan semasa perkhemahan

itu nanti.

15. KESIMPULAN

Diharapkan perkhemahan dapat berjalan dengan lancar dan menepati kehendak objektif

serta matlamat perkhemahan.

Disediakan oleh,

(RAMLI BIN BABA)

Setiausaha

Perkhemahan Unit Beruniform

Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1

Diluluskan oleh,

(SAFIAN BIN ABD RAHMAN)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1

13