kertas rundingan mengenai rangka kerja sistem premium ... · pdf fileujian menyeluruh...

65
KERTAS RUNDINGAN MENGENAI RANGKA KERJA SISTEM PREMIUM BERBEZA TARIKH DIKELUARKAN : 3 MEI 2007 TARIKH TUTUP : 2 JULAI 2007

Upload: dodien

Post on 17-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

KERTAS RUNDINGAN MENGENAI

RANGKA KERJA SISTEM PREMIUM BERBEZA

TARIKH DIKELUARKAN : 3 MEI 2007 TARIKH TUTUP : 2 JULAI 2007

Page 2: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

i

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ................................................................................................................. 1

2.0 OBJEKTIF KERTAS RUNDINGAN ...................................................................................... 1

3.0 PROSES RUNDINGAN DAN TARIKH EFEKTIF PERATURAN-PERATURAN ........................ 2

BAHAGIAN A: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG ............................................................. 3

4.0 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BAGI MEMBANGUNKAN DAN MENGENAKAN

PREMIUM BERBEZA ........................................................................................................ 3

BAHAGIAN B: RANGKA KERJA SISTEM PREMIUM BERBEZA YANG DICADANGKAN ............ 3

5.0 SKOP APLIKASI ................................................................................................................ 3

6.0 LATAR BELAKANG ........................................................................................................... 4

7.0 OBJEKTIF ......................................................................................................................... 5

8.0 PRINSIP ASAS .................................................................................................................. 5

9.0 CIRI-CIRI UTAMA ............................................................................................................ 6

9.1 KAEDAH .......................................................................................................................... 6

9.2 WAJARAN ....................................................................................................................... 7

9.3 KRITERIA ......................................................................................................................... 7

9.4 KATEGORI PREMIUM .................................................................................................... 11

9.5 LAIN-LAIN ..................................................................................................................... 12

9.5.1 INSTITUSI ANGGOTA BARU .......................................................................................... 12

9.5.2 PENGGABUNGAN ......................................................................................................... 13

10.0 TEMPOH PERALIHAN .................................................................................................... 14

11.0 KADAR PREMIUM TAHUNAN ....................................................................................... 15

12.0 KAJIAN SEMULA ........................................................................................................... 16

BAHAGIAN C: PELAPORAN, PENYERAHAN DAN RAYUAN ................................................ 17

13.0 PELAPORAN DAN PENYERAHAN .................................................................................. 17

13.1 TARIKH RUJUKAN PELAPORAN..................................................................................... 17

13.2 TARIKH PENYERAHAN .................................................................................................. 18

13.3 INTEGRITI MAKLUMAT ................................................................................................. 19

13.4 PENGIRAAN DAN PEMBERITAHUAN MARKAH ............................................................ 20

13.5 KETIDAKCUKUPAN MAKLUMAT KUANTITATIF ............................................................ 20

13.6 PEMFAILAN PENYERAHAN SEMULA ............................................................................. 21

13.7 PROSES RAYUAN .......................................................................................................... 21

Page 3: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

ii

BAHAGIAN D: LAMPIRAN ................................................................................................ 23

LAMPIRAN I: KRITERIA KUANTITATIF ..................................................................................... 23

LAMPIRAN II: KRITERIA KUALITATIF ........................................................................................ 41

LAMPIRAN III: ILUSTRASI .......................................................................................................... 44

BAHAGIAN E: DRAF PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT

MALAYSIA (SISTEM PREMIUM BERBEZA) 2007 (“DRAF PERATURAN-

PERATURAN”).......................................................................................................47

SENARAI JADUAL

JADUAL 1: SKOP APLIKASI .......................................................................................................... 4

JADUAL 2: RINGKASAN KRITERIA, PENUNJUK DAN MARKAH .................................................... 8

JADUAL 3: JULAT MARKAH DAN KATEGORI PREMIUM ........................................................... 12

JADUAL 4: JULAT MARKAH BAGI NISBAH MODAL BERWAJARAN RISIKO ............................... 25

JADUAL 5: JULAT MARKAH BAGI NISBAH MODAL TERAS ........................................................ 25

JADUAL 6: JULAT MARKAH UNTUK NISBAH “LEVERAGE” ....................................................... 26

JADUAL 7: JULAT MARKAH BAGI PULANGAN ATAS ASET BERWAJARAN RISIKO .................... 28

JADUAL 8: JULAT MARKAH BAGI MIN VOLATILITI PULANGAN YANG DILARASKAN ................ 29

JADUAL 9: JULAT MARKAH BAGI NISBAH KEEFISIENAN .......................................................... 31

JADUAL 10: JULAT MARKAH BAGI NISBAH NPL BERSIH KEPADA MODAL ASAS ...................... 33

JADUAL 11: JULAT MARKAH BAGI NISBAH NPL KASAR DAN PINJAMAN TERTUNGGAK

KEPADA PINJAMAN KASAR... ....................................................................................... 33

JADUAL 12: PINJAMAN MENGIKUT SEKTOR ............................................................................ 35

JADUAL 13: JULAT MARKAH BAGI KRITERIA PENUMPUAN ASET ............................................ 36

JADUAL 14: JULAT MARKAH BAGI KRITERIA PERTUMBUHAN ASET ....................................... 39

JADUAL 15: JULAT MARKAH BAGI KRITERIA PENARAFAN PENGAWALSELIA .......................... 42

JADUAL 16: JULAT MARKAH BAGI KRITERIA MAKLUMAT LAIN ............................................... 43

JADUAL 17: PENGIRAAN JUMLAH MARKAH DPS UNTUK INSTITUSI ANGGOTA M ................. 44

JADUAL 18: JUMLAH MARKAH DPS BAGI INSTITUSI ANGGOTA M .......................................... 44

JADUAL 19: JULAT MARKAH DAN KATEGORI PREMIUM ......................................................... 45

JADUAL 20: PENGIRAAN JUMLAH MARKAH KUANTITATIF BAGI INSTITUSI ANGGOTA M –

KETIDAKCUKUPAN MAKLUMAT KUANTITATIF ............................................................ 45

JADUAL 21: JUMLAH MARKAH DPS BAGI INSTITUSI ANGGOTA M .......................................... 46

JADUAL 22: JULAT MARKAH DAN KATEGORI PREMIUM ......................................................... 46

SENARAI ILUSTRASI ILUSTRASI 1: PEMARKAHAN DPS DAN KATEGORI PREMIUM .................................................. 44

ILUSTRASI 2 : KETIDAKCUKUPAN MAKLUMAT KUANTITATIF .................................................. 45

Page 4: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 1

1.0 PENGENALAN

1.1 Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (“PIDM”) telah ditubuhkan pada 15 Ogos

2005 berikutan Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (“Akta”) atau

Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2005. Fungsi utama PIDM adalah untuk

memberi perlindungan kepada pendeposit, menyediakan insentif bagi pengurusan

risiko yang mantap dan meningkatkan keyakinan di dalam sistem kewangan. Sistem

insurans deposit dilancarkan secara rasmi pada 1 September 2005.

2.0 OBJEKTIF KERTAS RUNDINGAN

2.1 Tujuan Kertas Rundingan ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan komen

berhubung rangka kerja sistem premium berbeza (“DPS”) yang dicadangkan dan

draf Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Sistem Premium

Berbeza) 2007 (“draf Peraturan-Peraturan”) yang terdapat di Bahagian E Kertas

Rundingan ini.

2.2 Kertas Rundingan ini mengandungi lima bahagian:

Bahagian A: Peruntukan Undang-undang

Bahagian B: Rangka Kerja Sistem Premium Berbeza yang Dicadangkan

Bahagian C: Pelaporan, Penyerahan dan Rayuan

Bahagian D: Lampiran

Lampiran I Kriteria Kuantitatif

Lampiran II Kriteria Kualitatif

Lampiran III Ilustrasi

Bahagian E: Draf Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

(Sistem Premium Berbeza) 2007 (“draf Peraturan-Peraturan”)

Page 5: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 2

3.0 PROSES RUNDINGAN DAN TARIKH EFEKTIF PERATURAN-PERATURAN

3.1 Sejajar dengan strategi dan nilai PIDM, suatu pendekatan secara rundingan diguna

pakai bagi memastikan rangka kerja DPS adalah sesuai dan efektif.

3.2 PIDM mengalu-alukan komen bertulis daripada pihak yang berminat berhubung

sebarang aspek Kertas Rundingan ini. Komen tersebut hendaklah diterima tidak

lewat dari 2 Julai 2007 dan dihantar kepada:

Pengurus Besar

Bahagian Insurans, Penilaian Risiko dan Pemantauan

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Aras 22, Dataran Kewangan Darul Takaful

No. 4, Jalan Sultan Sulaiman

50000 Kuala Lumpur

Malaysia

(Sila tandakan “CP DPS” di bahagian atas sebelah kiri sampul surat bagi komen

bertulis yang dihantar kepada PIDM)

Pertanyaan: 03 22607436

Faks: 03 22607431

Emel: [email protected]

3.3 Kesemua komen akan dijaga pada tahap kerahsiaan yang tinggi. PIDM akan

mengumpul komen berkenaan Kertas Rundingan ini dan menyiarkan maklum

balasnya, termasuk sebarang pindaan kepada draf Peraturan-Peraturan di laman

web PIDM pada penghujung bulan September 2007. Selepas itu, draf Peraturan-

Peraturan tersebut akan dikemukakan kepada Peguam Cara Perbendaharaan dan

Pejabat Peguam Negara sebagai sebahagian daripada proses perundangan. Oleh

yang demikian, mungkin terdapat pindaan dan pembetulan ke atas draf Peraturan-

Peraturan tersebut. Draf Peraturan-Peraturan tersebut adalah tertakluk kepada

kelulusan Menteri Kewangan dan pihak awam akan dimaklumkan melalui laman

web PIDM apabila Peraturan-Peraturan tersebut berkuatkuasa kelak.

Page 6: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 3

BAHAGIAN A: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

4.0 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BAGI MEMBANGUNKAN DAN MENGENAKAN PREMIUM BERBEZA

4.1 PIDM boleh membuat peraturan berkenaan penetapan premium tahunan bagi

institusi anggota di bawah seksyen 48 Akta tersebut. Ini termasuk peraturan

berhubung:

(a) penubuhan sebuah sistem bagi mengklasifikasikan anggota di dalam kategori

berbeza; dan

(b) pengambilkiraan kriteria dan faktor serta pembangunan prosedur yang

perlu diikuti dalam menetapkan kategori bagi pengklasifikasian institusi

anggota.

4.2 Subseksyen 49(1) Akta tersebut menghendaki PIDM untuk menyediakan

perlindungan insurans berasingan bagi deposit Islam dan konvensional yang

disimpan atau dilabur dengan sesebuah institusi anggota. Seterusnya, dua DPS akan

diwujudkan bagi mentaksir premium institusi anggota Islam dan konvensional

secara berasingan berdasarkan profil risiko mereka.

4.3 Setiap institusi anggota mengguna pakai tiga jenis model perniagaan yang

utama iaitu perbankan konvensional, perbankan Islam dan skim perbankan Islam

di dalam perbankan konvensional. Seterusnya, PIDM mengambilkira persamaan

dan perbezaan di antara perbankan Islam dan konvensional dalam membangunkan

DPS.

BAHAGIAN B: RANGKA KERJA SISTEM PREMIUM BERBEZA YANG DICADANGKAN

5.0 SKOP APLIKASI

5.1 Jadual 1 menunjukkan set kriteria DPS yang diguna pakai mengikut perniagaan

sesebuah entiti.

Page 7: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 4

JADUAL 1: SKOP APLIKASI

Entiti

Perniagaan

Kriteria DPS Konvensional

Kriteria DPS Islam

Institusi Anggota

Konvensional

Konvensional X

Skim Perbankan Islam X

Institusi Anggota Islam

Islam X

6.0 LATAR BELAKANG 6.1 Rangka kerja DPS yang dicadangkan telah dibangunkan hasil daripada kajian yang

menyeluruh, termasuk lawatan sambil belajar, perbincangan dan sesi temuramah

dengan peneraju penginsurans deposit terpilih dan rujukan yang dibuat kepada

amalan terbaik antarabangsa.

6.2 PIDM telah mengkaji beberapa pendekatan dan alternatif yang berpotensi bagi

mengklasifikasikan institusi anggota kepada kategori berbeza bagi tujuan penentuan

premium. Ini termasuk pendekatan yang diguna pakai oleh Canada Deposit

Insurance Corporation (“CDIC”) di Kanada, Federal Deposit Insurance Corporation

(“FDIC”) di Amerika Syarikat, Bank of England (“BOE”), Bank Negara Malaysia

(“BNM”) dan agensi penarafan. Dengan mengkaji pendekatan tersebut, PIDM

berhasrat melaksanakan sebuah rangka kerja yang bersesuaian untuk Malaysia.

6.3 Hasil daripada usaha ini, PIDM bercadang untuk melaksanakan sebuah rangka kerja

DPS bagi institusi perbankan Islam dan konvensional yang diadaptasi daripada

pendekatan yang diguna pakai oleh FDIC, CDIC, BOE, BNM dan agensi penarafan. Ini

kerana pendekatan tersebut telah diuji di dalam situasi sebenar di negara lain dan

juga di Malaysia. Ujian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu

juga telah dijalankan bagi mengesahkan kesesuaian pendekatan yang dipilih.

Page 8: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 5

7.0 OBJEKTIF

7.1 Berdasarkan kepada panduan1 yang dikeluarkan oleh Persatuan Penginsurans

Deposit Antarabangsa (“IADI”) dan sejajar dengan mandat berkanun PIDM, objektif

DPS adalah untuk:

(1) Menyediakan insentif kepada institusi anggota untuk mengguna pakai

amalan pengurusan risiko yang mantap;

(2) Membezakan institusi anggota mengikut profil risiko mereka;

(3) Memperkenalkan proses penaksiran premium yang lebih adil; dan

(4) Menggalakkan kestabilan sistem kewangan.

8.0 PRINSIP ASAS

8.1 Berdasarkan objektif di atas, DPS telah dibangunkan berpandukan kepada prinsip

berikut:

(1) Sistem tersebut harus diguna pakai secara saksama ke atas semua institusi

anggota tanpa mengambil kira saiz dan kekompleksan;

(2) Sistem tersebut mestilah menyediakan insentif kepada institusi anggota

untuk maju ke dalam pengklasifikasian terbaik (kadar premium terendah)

dengan memperbaiki profil risiko mereka;

(3) Sistem tersebut harus merangkumi kedua-dua faktor kuantitatif dan

kualitatif yang mengambilkira perubahan yang mungkin berlaku pada masa

hadapan;

(4) Sistem tersebut mestilah objektif dan telus agar institusi anggota dapat

memahami dan menguruskan profil mereka. Seterusnya, sistem tersebut

harus memastikan bahawa tiada budi bicara di pihak PIDM untuk mengubah

markah secara arbitrari;

1 ‘Panduan Awam bagi Membangunkan Sistem Premium Berbeza’ Februari 2005 oleh Persatuan Penginsurans Deposit Antarabangsa. Menurut Panduan tersebut, objektif utama DPS seharusnya adalah untuk menyediakan insentif bagi bank untuk mengelak pengambilan risiko yang keterlaluan dan memperkenalkan proses penilaian premium yang lebih adil.

Page 9: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 6

(5) Sistem tersebut harus bergantung kepada maklumat yang tepat, boleh

dipercayai dan terkini;

(6) Sistem tersebut harus menggunakan maklumat berdasarkan kepada

piawaian perakaunan yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan

Malaysia;

(7) Sistem tersebut harus memberi keputusan profil risiko institusi anggota yang

konsisten dengan penilaian keseluruhan oleh PIDM dan pengawalselia; dan

(8) Terdapat dua DPS yang berasingan untuk perniagaan perbankan Islam dan

konvensional memandangkan wujudnya perbezaan dalam kedua-dua model

perniagaan tersebut.

9.0 CIRI-CIRI UTAMA

9.1 KAEDAH

9.1.1 Secara amnya, kaedah semasa yang digunakan untuk DPS di negara lain

dikategorikan kepada pendekatan kriteria kuantitatif, pendekatan kriteria kualitatif

dan gabungan pendekatan kriteria kuantitatif dan kriteria kualitatif.

9.1.2 Setelah mengambilkira kelebihan dan kekurangan setiap pendekatan dan panduan2

yang dikeluarkan oleh IADI, PIDM mencadangkan agar institusi anggota

diklasifikasikan kepada kategori berbeza berdasarkan kepada gabungan pendekatan

kriteria kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan ini akan memberi markah kepada

institusi anggota mengikut tiga kategori penunjuk: modal, faktor kuantitatif lain dan

faktor kualitatif.

9.1.3 Gabungan pendekatan kriteria kuantitatif dan kualitatif akan memastikan bahawa

DPS adalah objektif dan telus, di samping mengambilkira perubahan yang mungkin

berlaku pada masa hadapan. Ia juga merupakan suatu kaedah yang lebih efektif dan

komprehensif berbanding pendekatan yang hanya menggunakan kriteria kuantitatif

atau kualitatif bagi menilai profil risiko institusi anggota di samping membantu

institusi anggota untuk mengurus profil mereka berdasarkan kepada kriteria

2 ‘Panduan Am bagi Membangunkan Sistem Premium Berbeza’ Februari 2005 oleh Persatuan Penginsurans Deposit Antarabangsa.

Page 10: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 7

kuantitatif.

Isu:

(1) Apakah komen anda tentang kaedah yang dicadangkan, iaitu gabungan pendekatan

kriteria kuantitatif dan kualitatif?

9.2 WAJARAN

9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan yang lebih tinggi, wajaran yang

lebih besar akan diberikan kepada kriteria kuantitatif iaitu sebanyak 60 daripada

100 markah, manakala sebanyak 40 markah diberikan kepada kriteria kualitatif.

Isu:

(2) Apakah komen anda tentang wajaran yang dicadangkan, dengan wajaran yang lebih

besar diberikan kepada kriteria kuantitatif?

9.3 KRITERIA

9.3.1 Sebuah jawatankuasa kerja PIDM, termasuk wakil daripada BNM telah ditubuhkan

untuk menjalankan analisis dan mengenalpasti kriteria yang bersesuaian, membawa

kepada pembangunan dan pelaksanaan rangka kerja DPS ini. Maklumat terperinci

bagi setiap kriteria disertakan di Lampiran I (Kriteria Kuantitatif) dan Lampiran II

(Kriteria Kualitatif).

9.3.2 Jadual berikut meringkaskan kriteria dan sistem pemarkahan DPS:

Page 11: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 8

JADUAL 2: RINGKASAN KRITERIA, PENUNJUK DAN MARKAH

KRITERIA MARKAH MAKSIMUM

Kriteria Kuantitatif 60

Kriteria Kuantitatif Modal: 20

Nisbah Modal Berwajaran Risiko 8

Nisbah Modal Teras 8

Nisbah “Leverage” 4

Kriteria Kuantitatif Lain:

Keuntungan 15

Pulangan atas Aset Berwajaran Risiko 8

Min Volatiliti Pulangan yang Dilaraskan 7

Keefisienan 5

Nisbah Keefisienan 5

Kualiti Aset 10

Nisbah NPL Bersih kepada Modal Asas 5

Nisbah NPL Kasar dan Pinjaman Tertunggak kepada Pinjaman Kasar

5

Penumpuan Aset 5

Nisbah Agregat Penumpuan Aset Mengikut Sektor; dan Nisbah Penumpuan Aset Harta Kediaman

5

Pertumbuhan Aset 5

Nisbah Aset Berwajaran Risiko kepada Jumlah Aset; dan Nisbah Jumlah Pertumbuhan Aset

5

Kriteria Kualitatif 40

Penarafan Pengawalselia 35

Maklumat Lain 5

JUMLAH 100

Page 12: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 9

Kriteria Kuantitatif

9.3.3 Kriteria kuantitatif dipilih berdasarkan kepada objektif dan prinsip asas bag

pembangunan DPS. Dalam memilih kriteria yang hendak digunakan, PIDM

mengambilkira keberkesanan kriteria yang berkaitan dalam membezakan institusi

anggota mengikut profil risiko mereka, polisi pengawalseliaan, perbezaan di antara

institusi perbankan Islam dan konvensional dan hubung kait faktor ini.

9.3.4 PIDM juga menjalankan analisis ke atas institusi anggota yang memiliki data yang

boleh dipercayai bagi tempoh di antara tahun 1990 dan 1999. Analisis ini

menyediakan sokongan empirikal kepada analisis yang dibuat ke atas data di antara

tahun 2000 dan 2006.

9.3.5 Penunjuk modal akan diberikan wajaran yang lebih besar bagi menunjukkan

kepentingan kriteria kuantitatif ini. Ini kerana modal merupakan faktor penting

dalam mengurangkan impak akibat perubahan negatif dalam keuntungan dan

kualiti asset institusi anggota. Modal yang mencukupi adalah penting bagi menjamin

solvensi institusi anggota memandangkan ia merupakan benteng terakhir terhadap

kerugian yang dijangka dan tidak dijangka.

9.3.6 Sistem ini juga memasukkan beberapa kriteria kuantitatif lain yang bertujuan untuk

menilai kebolehan institusi anggota dalam mengekalkan modal mereka. Kriteria

kuantitatif lain menilai aspek keuntungan dan kualiti aset.

9.3.7 Ini adalah kerana keuntungan merupakan benteng pertama terhadap kemerosotan

modal yang mungkin berlaku akibat dari kerugian. Terdapat kebarangkalian yang

rendah bahawa sesebuah institusi anggota yang berupaya menjana keuntungan

yang mencukupi dan stabil terpaksa menggunakan modalnya untuk menampung

kerugian. Kualiti portfolio aset sesebuah institusi anggota juga merupakan penentu

utama kepada kekukuhannya memandangkan kualiti asset yang rendah boleh

menyebabkan kemerosotan dalam keuntungan dan seterusnya modal.

9.3.8 PIDM menjalankan ujian dan pengesahan data yang menyeluruh bagi menetapkan

had untuk setiap kriteria kuantitatif bagi mengkategorikan dan memberi markah

kepada institusi anggota. Pertimbangan utama adalah kemunasabahan yang

berdasarkan kepada persekitaran operasi, keselarian dengan polisi pengawalselian

dan kesaksamaan kepada semua institusi anggota. Had bagi setiap kriteria

ditetapkan berdasarkan kepada purata industri maklumat kewangan di antara

tahun 2000 dan 2006.

Page 13: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 10

Kriteria Kualitatif

9.3.9 PIDM memasukkan kriteria kualitatif bagi memastikan bahawa DPS mengambilkira

perubahan yang mungkin berlaku pada masa hadapan. PIDM berpendapat bahawa

kriteria kuantitatif cenderung untuk menilai kedudukan kewangan yang lepas

memandangkan maklumat yang digunakan adalah merujuk kepada perkara yang

sudah berlaku. Oleh yang demikian, kriteria kuantitatif adalah kurang efektif

dalam menyediakan penunjuk utama kepada profil risiko masa hadapan institusi

anggota. Kriteria kuantitatif juga tidak menggambarkan kepentingan aspek kualitatif

institusi anggota seperti amalan pengurusan risiko, kualiti urus tadbir dan

pengurusan, dan penarafan pengawalselia kepada institusi anggota.

9.3.10 Oleh yang demikian, kriteria kualitatif yang dipilih bertujuan untuk melengkapi

kriteria kuantitatif dan menyediakan maklumat penting tentang profil risiko semasa

dan masa hadapan institusi anggota.

9.3.11 Wajaran yang lebih besar diberikan kepada penarafan pengawalselia bagi

menggambarkan kepentingan yang diletakkan oleh PIDM terhadap pandangan

pengawalselia dalam penilaian mereka terhadap institusi anggota. PIDM

berpendapat bahawa pengawalselia mempunyai maklumat terus daripada institusi

anggota, memantau mereka secara dekat dan memahami operasi dan profil institusi

anggota.

9.3.12 Di samping itu, maklumat lain juga dimasukkan sebagai kriteria kualitatif dengan

jumlah 5 daripada 100 markah. Kriteria ini akan menilai institusi anggota

berdasarkan kepada pematuhan mereka terhadap peraturan, garis panduan

dan keperluan pengawalseliaan lain, tindakan pengawalseliaan dan campur tangan,

ulasan dan penarafan daripada agensi penarafan, dan sama ada sesebuah institusi

anggota mendapat bantuan kewangan daripada PIDM atau BNM. Faktor ini

bertujuan untuk mengambilkira sebarang isu yang mungkin menjejaskan prestasi

kewangan dan reputasi institusi anggota.

Page 14: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 11

Isu:

(3) PIDM mengalu-alukan komen anda tentang perkara berikut:

(a) Sama ada kriteria kuantitatif dan kualitatif yang dicadangkan adalah

bersesuaian.

(b) Cadangan sama ada kriteria lain patut dimasukkan atau dikeluarkan.

(c) Sama ada wajaran yang diberikan kepada setiap kriteria adalah bersesuaian.

Sila sediakan bukti dan rasional bagi menyokong komen anda.

9.4 KATEGORI PREMIUM

9.4.1 Institusi anggota akan diklasifikasikan kepada empat kategori premium berdasarkan

kepada markah DPS mereka. Sistem dengan empat kategori sepatutnya bersesuaian

jika mengambilkira jumlah institusi anggota PIDM dan pada masa yang sama

menyediakan pembezaan yang bermakna di antara kategori premium.

9.4.2 Dalam menentukan bilangan kategori premium yang bersesuaian, pertimbangan

utama adalah sama ada kategori tersebut akan membezakan institusi anggota

kepada kategori risiko yang sesuai secara berkesan bagi mencapai objektif dan

prinsip DPS. Penggunaan lebih banyak kategori akan menyebabkan perbezaan

premium yang lebih kecil seterusnya mengurangkan insentif bagi penambahbaikan.

Sebaliknya, kategori yang lebih sedikit dan perbezaan premium yang lebih besar

akan menyediakan insentif kepada institusi anggota untuk mendapatkan markah

yang diperlukan bagi memperbaiki profil risiko untuk diklasifikasikan ke dalam

kategori kadar premium yang lebih baik lalu mengurangkan premium mereka.

9.4.3 Dalam menetapkan julat markah bagi setiap kategori, mana-mana institusi anggota

yang mendapat markah kurang daripada 50 daripada 100 markah akan ditempatkan

di dalam kategori kadar premium tertinggi (4) dan mereka yang mendapat 85

markah atau lebih baik akan ditempatkan di dalam kategori kadar premium

terendah (1). Dua kategori yang lain ditetapkan secara berkadar di antara yang

tertinggi dan terendah.

9.4.4 Jadual di bawah menunjukkan markah dan kategori premium:

Page 15: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 12

JADUAL 3: JULAT MARKAH DAN KATEGORI PREMIUM

Markah Kategori Premium

≥ 85 1

≥ 65 tetapi < 85 2

≥ 50 tetapi < 65 3

< 50 4

9.4.5 Kadar premium tahunan akan ditetapkan kepada setiap kategori premium. Kadar

premium untuk setiap ahli adalah berdasarkan kepada kategori premium di mana

mereka dikategorikan. Sila rujuk perenggan 11.0 (Kadar Premium Tahunan)

untuk mendapatkan maklumat berkenaan kadar premium tahunan.

Isu:

(4) Berdasarkan kepada cadangan ini, PIDM mengalu-alukan komen anda tentang

perkara berikut:

(a) Bilangan kategori premium

(b) Julat markah bagi setiap kategori

9.5 LAIN-LAIN

9.5.1 INSTITUSI ANGGOTA BARU

9.5.1.1 Apabila sesebuah institusi baru menjadi institusi anggota PIDM dalam sesuatu

tahun, institusi anggota tersebut akan dikategorikan di dalam kategori kadar

premium terendah secara automatik bagi dua tahun pertama atas dasar bahawa ia

baru memulakan operasi dan risiko profilnya mungkin tidak ketara.

9.5.1.2 Institusi anggota baru mestilah menyerahkan maklumat kuantitatif kepada PIDM

seperti yang dikehendaki di perenggan 13.0 (Pelaporan dan Penyerahan) di dalam

tahun taksiran selepas tahun taksiran pertama.

9.5.1.3 Bagi institusi anggota baru yang menyerahkan maklumat kuantitatif dalam

tahun taksiran selepas tahun taksiran pertama, sekiranya maklumat adalah tidak

mencukupi untuk pengiraan kriteria tertentu, adalah dicadangkan bahawa markah

kriteria tersebut akan diberikan secara purata sepertimana dicadangkan dalam

perenggan 13.5 (Ketidakcukupan Maklumat Kuantitatif).

Page 16: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 13

9.5.1.4 Bagi pengiraan kriteria kuantitatif untuk tahun taksiran berikutnya selepas tahun

taksiran pertama, maklumat kuantitatif bagi tahun taksiran pertama akan

dikecualikan. Ini bertujuan untuk mengurangkan impak naik turun yang drastik

dalam maklumat tersebut memandangkan institusi anggota baru secara amnya

akan mengalami pertumbuhan pesat dan kos permulaan yang mungkin

menyebabkan kerugian operasi.

9.5.1.5 Peruntukan untuk institusi anggota baru tidak terpakai untuk bank-bank Islam yang

ditubuhkan daripada skim perbankan Islam memandangkan skim perbankan Islam

sudah beroperasi untuk beberapa tahun yang lepas.

9.5.2 PENGGABUNGAN

9.5.2.1 Penggabungan didefinisikan sebagai pengambilalihan satu atau lebih institusi

anggota atau penyatuan dua atau lebih institusi anggota. Institusi anggota yang

bergabung bererti sebuah institusi anggota yang ditubuhkan daripada

penggabungan dua atau lebih institusi anggota, manakala institusi anggota yang

menggabung bererti sebuah institusi anggota yang telah menjalani proses

penggabungan lalu menghasilkan institusi anggota yang bergabung.

9.5.2.2 Peruntukan berikut akan digunakan untuk menentukan jumlah markah sesebuah

institusi anggota yang ditubuhkan secara penggabungan yang berlaku selepas 31

Mei tahun taksiran sebelumnya dan pada atau sebelum 31 Mei tahun taksiran.

9.5.2.3 Bagi kriteria kuantitatif, markah berikut akan diberikan kepada institusi anggota

yang bergabung:

(a) Apabila sesebuah institusi anggota yang bergabung ditubuhkan sebelum

atau pada 31 Disember tahun taksiran sebelumnya, markah akan

berdasarkan kepada maklumat kuantitatif institusi anggota yang bergabung

pada 31 Disember tahun taksiran sebelumnya.

(b) Apabila sesebuah institusi anggota bergabung ditubuhkan selepas 31

Disember tahun taksiran sebelumnya, jumlah markah yang paling tinggi

berdasarkan kepada maklumat pada 31 Disember tahun taksiran

sebelumnya yang diberikan kepada setiap institusi anggota yang

menggabung akan diberikan kepada institusi anggota yang bergabung.

Page 17: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 14

9.5.2.4 Bagi kriteria kualitatif, markah berikut akan diberikan kepada institusi anggota yang

bergabung:

(a) Apabila sesebuah institusi anggota yang bergabung ditubuhkan sebelum

atau pada 31 Disember tahun taksiran sebelumnya, markah akan

berdasarkan kepada penarafan pengawalselia dan maklumat lain institusi

anggota yang bergabung pada 31 Disember tahun taksiran sebelumnya.

(b) Apabila sesebuah institusi anggota bergabung ditubuhkan selepas 31

Disember tahun taksiran sebelumnya, penarafan pengawalselia dan

maklumat lain institusi anggota yang menggabung yang mana markahnya

digunakan dalam member markah kepada kriteria kuantitatif institusi

anggota yang bergabung akan digunakan.

Isu:

(5) Sila berikan komen tentang peruntukan berikut:

(a) Institusi anggota baru

(b) Penggabungan

10.0 TEMPOH PERALIHAN

10.1 Suatu tempoh peralihan akan berkuatkuasa bagi tahun pertama DPS di mana

institusi anggota akan dibenarkan untuk membuat pelarasan kepada markah

mereka. Ini bagi membolehkan institusi anggota membuat penyesuaian kepada

rangka kerja DPS dan memberikan masa yang mencukupi untuk institusi anggota

membuat pelarasan ke atas prestasi kewangan dan operasi mereka.

10.2 Sepanjang tempoh peralihan tersebut, PIDM mencadangkan bahawa jumlah

markah kuantitatif setiap institusi anggota akan dinaikkan sebanyak 10%. Pelarasan

tersebut akan hanya digunakan bagi tahun taksiran 2008.

10.3 Sebagai contoh, sepanjang tempoh peralihan, sekiranya sesebuah institusi anggota

mendapat 40 markah untuk kriteria kuantitatif, jumlah markahnya akan ditambah

sebanyak 4, lalu menghasilkan jumlah markah kuantitatif sebanyak 44.

Page 18: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 15

10.4 Sebarang pelarasan tidak boleh menghasilkan jumlah markah kuantitatif institusi

anggota melebihi 60 markah. Sebagai contoh, sekiranya sesebuah institusi anggota

mempunyai jumlah markah kuantitatif sebanyak 57, penambahan sebanyak 10%

akan manghasilkan markah tambahan sebanyak 5.7, namun markah yang dilaraskan

ialah sebanyak 60 markah, iaitu markah maksimum untuk kriteria kuantitatif.

Isu:

(6) Berdasarkan kepada pengalaman dan keupayaan sistem anda, adakah tempoh

peralihan selama setahun bersesuaian untuk anda membuat penyesuaian kepada

keperluan DPS? Jika tidak, sila berikan komen (dengan rasional dan bukti sokongan)

mengenai:

(a) Tempoh peralihan

(b) Poses peralihan

11.0 KADAR PREMIUM TAHUNAN

11.1 Institusi anggota akan membuat pembayaran premium mereka pada atau sebelum

31 Mei tahun taksiran berdasarkan kepada markah yang ditentukan oleh PIDM.

11.2 Di bawah Subseksyen 43(2) Akta tersebut, kadar premium tahunan maksimum

adalah seperti berikut:

(a) 0.5 peratus daripada deposit Islam yang diinsuranskan; dan

(b) 0.5 peratus daripada deposit konvensional yang diinsuranskan,

atau kadar lebih rendah yang boleh ditetapkan oleh PIDM dengan kelulusan

Menteri Kewangan.

11.3 Oleh yang demikian, PIDM akan menetapkan kadar premium tahunan bagi setiap

kategori. PIDM akan mengguna pakai pendekatan “gandaan” dalam menetapkan

kadar premium bagi setiap kategori premium. Kadar premium tahunan akan

meningkat dua-kali ganda daripada setiap kadar premium kategori yang lebih

rendah kepada setiap kadar premium kategori yang lebih tinggi.

Page 19: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 16

11.4 Institusi anggota dikehendaki melengkapkan borang jumlah deposit yang

diinsuranskan (Return on Total Insured Deposits) berdasarkan kepada Garis

Panduan mengenai Jumlah Deposit yang Diinsuranskan: Pengiraan dan Pelengkapan

Serahan.

11.5 Dalam menetapkan kadar premium tahunan, PIDM akan berpegang kepada

prinsip bahawa jurang di antara kategori premium akan menyediakan insentif

kepada institusi anggota untuk memperbaiki profil risiko mereka. Ini akan dicapai

melalui pengenaan kesan kewangan yang negatif dalam bentuk kadar premium

lebih tinggi yang dikenakan kepada institusi anggota dalam kategori kadar premium

lebih tinggi. Sistem ini bertujuan untuk memberikan suatu mesej dengan kesan

kewangan kepada pihak pengurusan dan lembaga pengarah institusi anggota

bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk menyelia dan mengurus profil

risiko institusi mereka.

12.0 KAJIAN SEMULA

12.1 PIDM mengaku bahawa akan terdapat perkembangan di dalam industri

perkhidmatan kewangan yang akan meninggalkan impak kepada penyata kewangan

dan pelaporan yang perlu dipatuhi oleh institusi anggota. Antaranya ialah New Basel

Capital Accord (“Basle II”), piawaian perakaunan dan piawaian yang dikeluarkan

oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (“IFSB”). PIDM berhasrat menangani

perkembangan tersebut melalui kajian semula yang berterusan untuk

pembangunan DPS.

12.2 PIDM juga komited untuk meningkatkan keberkesanan sistem ini dalam

mengkategorikan institusi anggota bagi tujuan premium. Analisis yang menyeluruh

ke atas penunjuk risiko mudah tunai dan risiko pasaran telah dijalankan

berdasarkan kepada kebersediaan maklumat institusi anggota. Namun, risiko

mudah tunai dan risiko pasaran tidak akan diperkenalkan di dalam DPS semasa

disebabkan ketiadaan maklumat yang boleh dipercayai. PIDM akan menimbang

kemasukan penunjuk tersebut dalam kajian semula berikutnya.

12.3 Kajian semula ini bertujuan untuk membolehkan DPS mengambilkira perkembangan

terkini dalam konvensyen perakaunan dan rejim pengawalseliaan bagi memastikan

pendekatan yang konsisten. Ini juga akan menyediakan fleksibiliti kepada PIDM

untuk meningkatkan keupayaan sistem ini dalam membezakan institusi anggota

mengikut profil risiko mereka.

Page 20: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 17

Isu:

(7) PIDM mengalu-alukan komen berhubung kajian semula yang dicadangkan.

BAHAGIAN C: PELAPORAN, PENYERAHAN DAN RAYUAN

13.0 PELAPORAN DAN PENYERAHAN

13.1 TARIKH RUJUKAN PELAPORAN

Kriteria Kuantitatif

13.1.1 Bagi institusi anggota yang mana tahun kewangan mereka berakhir pada 31

Disember, adalah dicadangkan bahawa kriteria kuantitatif akan dikira berdasarkan

kepada maklumat tahun kewangan berakhir pada 31 Disember tahun taksiran

sebelumnya yang diserahkan oleh institusi anggota untuk menentukan markah bagi

tujuan premium sesuatu tahun taksiran. Ini bagi memastikan bahawa maklumat

tersebut boleh dipercayai dan terkini memandangkan institusi anggota melaporkan

maklumat ini kepada BNM dan kebanyakan institusi anggota dengan tahun

kewangan berakhir pada 31 Disember mempunyai penyata kewangan yang sudah

diaudit.

13.1.2 Bagi mana-mana institusi anggota yang mana tahun kewangan mereka bukan

berakhir pada 31 Disember, kriteria kuantitatif akan dikira berdasarkan kepada

maklumat tahun calendar berakhir pada 31 Disember tahun taksiran sebelumnya.

Kriteria Kualitatif

13.1.3 Bagi kriteria penarafan pengawalselia, adalah dicadangkan bahawa penarafan

pengawalselia untuk setiap institusi anggota pada 31 Disember tahun taksiran

sebelumnya akan digunakan untuk menentukan markah bagi tujuan premium

dalam sesuatu tahun taksiran. BNM akan menyediakan penarafan pengawalselia

kepada PIDM.

13.1.4 Bagi kriteria maklumat lain, adalah dicadangkan bahawa institusi anggota akan

dinilai berdasarkan kepada maklumat yang diterima oleh PIDM sepanjang

tahun sehingga 31 Disember tahun taksiran sebelumnya. Sumber maklumat akan

Page 21: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 18

termasuk tindakan campur tangan pengawalselia, kekurangan yang dikenalpasti

dalam operasi institusi anggota, ulasan daripada agensi penarafan dan sebarang

maklumat lain yang berkaitan. Ini bagi memastikan bahawa markah kualitatif yang

diberikan kepada institusi anggota akan member gambaran paling hampir

berhubung keadaaan semasa dan profil risiko mereka.

Isu:

(8) Apakah komen anda tentang tarikh rujukan pelaporan yang dicadangkan?

Sila berikan cadangan sekiranya anda tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

(9) Bagi institusi anggota yang mana tahun kewangan mereka bukan berakhir pada 31

Disember, apakah komen anda tentang pengiraan maklumat kuantitatif

berdasarkan kepada maklumat tahun calendar berakhir pada 31 Disember?

13.2 TARIKH PENYERAHAN

13.2.1 PIDM mencadangkan bahawa semua institusi anggota dikehendaki menyerahkan

maklumat kuantitatif kepada PIDM dengan menggunakan borang yang disediakan

dalam format yang ditentukan oleh PIDM sebelum atau pada 30 April sesuatu

tahun taksiran bagi tujuan pengiraan premium. PIDM akan menentukan markah

bagi penarafan pengawalselia dan kriteria maklumat lain kepada setiap institusi

anggota.

13.2.2 Borang serahan mestilah disahkan oleh ketua pegawai eksekutif dan ketua

pegawai kewangan sesebuah institusi anggota untuk memberi gambaran yang

benar dan tepat mengenai maklumat kewangan institusi anggota tersebut pada 31

Disember tahun taksiran sebelumnya.

13.2.3 Bagi sesebuah institusi anggota yang gagal menyerahkan maklumat kewangan

sebelum atau pada 30 April bagi sesuatu tahun taksiran, PIDM akan menentukan

markah kepada institusi anggota tersebut berdasarkan kepada maklumat yang

terdapat di dalam Sistem Statistik Institusi Kewangan (“FISS”) di BNM. Surcaj

premium mungkin dikenakan ke atas institusi anggota yang tidak mematuhi tarikh

tutup penyerahan.

13.2.4 Selaras dengan konvensyen perakaunan semasa dan rejim pelaporan

pengawalseliaan, pemarkahan kuantitatif akan berdasarkan kepada maklumat

kewangan yang telah diaudit dan diserahkan oleh institusi anggota masing-masing.

Page 22: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 19

Sekiranya maklumat kewangan yang telah diaudit tidak boleh diperolehi, maklumat

kewangan yang berasaskan kepada ulasan dan pandangan juruaudit akan

digunakan untuk pemarkahan kuantitatif.

13.2.5 Draf Peraturan-Peraturan juga akan menangani penyerahan maklumat berkaitan

institusi anggota baru dan institusi anggota yang bergabung seperti yang

diterangkan di perenggan 9.5.1 (Institusi Anggota Baru) dan 9.5.2 (Penggabungan).

Isu:

(10) Apakah komen anda tentang tarikh dan keperluan penyerahan yang dicadangkan?

Sila berikan cadangan sekiranya anda tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

13.3 INTEGRITI MAKLUMAT

13.3.1 Institusi anggota akan bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan maklumat

yang diserahkan untuk DPS adalah setara dengan maklumat kewangan yang telah

diaudit dan/atau diluluskan. Bagi memastikan ketepatan, maklumat yang

diserahkan untuk DPS mestilah disahkan oleh juruaudit luaran sesebuah institusi

anggota sebelum disahkan oleh ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai

kewangannya.

13.3.2 PIDM boleh mengenakan surcaj premium ke atas institusi anggota yang tidak

mematuhi keperluan berkaitan integriti maklumat.

Isu:

(11) Apakah mekanisme kawalan yang telah dibangunkan oleh anda bagi memastikan

ketepatan dan kebolehpercayaan maklumat?

(12) Apakah kebarangkalian (di dalam peratus) bahawa anda akan meminda maklumat

yang telah diserahkan untuk DPS selepas penyerahan awal?

(13) Sekiranya terdapat kebarangkalian penyerahan maklumat yang dipinda untuk DPS,

apakah kemungkinan alas an anda?

(14) Apakah komen anda tentang keperluan menggunakan khidmat juruaudit luaran

bagi mengesahkan maklumat yang diserahkan untuk DPS?

(15) Adakah anda menjangka terdapat perbezaan dalam maklumat kuantitatif yang

diserahkan untuk DPS dan FISS BNM? Jika, ya apakah perbezaan tersebut?

Page 23: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 20

13.4 PENGIRAAN DAN PEMBERITAHUAN MARKAH

13.4.1 Markah DPS adalah jumlah markah yang diberikan untuk criteria kuantitatif dan

kualitatif.

13.4.2 Adalah dicadangkan bahawa markah untuk setiap criteria akan diperuntukkan di

dalam peraturan bagi memastikan tiada budi bicara atau pertimbangan oleh

PIDM untuk mengubah markah secara arbitrari.

13.4.3 PIDM akan mengira markah DPS untuk setiap institusi anggota dan memberitahu

tentang markah, kategori premium dan kadar premium yang dikenakan sebelum

atau pada 15 Mei bagi sesuatu tahun taksiran. Ini akan memberi masa yang

mencukupi kepada institusi anggota untuk membuat persiapan yang sepatutnya

bagi tujuan pembayaran premium kepada PIDM sebelum atau pada 31 Mei bagi

sesuatu tahun taksiran. Sila rujuk kepada Lampiran III (Ilustrasi 1) untuk contoh

mengenai pengiraaan markah DPS dan kategori premium.

13.5 KETIDAKCUKUPAN MAKLUMAT KUANTITATIF

13.5.1 Bagi institusi anggota yang tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk mengira

kriteria tertentu, markah untuk kriteria tersebut akan ditentukan secara berkadar

(proportionate) seperti yang dinyatakan di bawah. Sila rujuk kepada Lampiran III

(Ilustrasi 2) untuk contoh mengenai pengiraan markah DPS bagi institusi anggota

yang tidak mempunyai maklumat kuantitatif yang mencukupi.

[A ÷ (60-B)] × B

di mana

A adalah jumlah markah yang diberikan kepada sesebuah institusi anggota untuk

setiap kriteria kuantitatif di mana terdapat maklumat kuantitatif.

B adalah jumlah markah maksimum untuk kriteria di mana tidak terdapat

maklumat kuantitatif bagi tujuan pengiraan.

Page 24: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 21

Isu:

(16) Adakah anda bersetuju dengan kaedah yang dicadangkan untuk kriteria

pemarkahan di mana tidak terdapat maklumat tertentu? Sila berikan cadangan

sekiranya anda tidak bersetuju.

13.6 PEMFAILAN PENYERAHAN SEMULA

13.6.1 Apabila institusi anggota menyerahkan maklumat kuantitatif yang dipinda kepada

PIDM selepas tarikh tutup penyerahan, iaitu pada 30 April bagi sesuatu tahun

taksiran, kadar untuk institusi anggota akan ditetapkan berdasarkan kepada

maklumat yang diserahkan sebelum atau pada 15 Mei bagi sesuatu tahun taksiran.

13.6.2 Institusi anggota yang menyerahkan maklumat yang dipinda perlu mematuhi

peruntukan mengenai integrity maklumat seperti yang dinyatakan di perenggan

13.3 (Integriti Maklumat).

13.6.3 Institusi anggota yang menyerahkan semula maklumat kuantitatif perlu mematuhi

tarikh tutup yang ditetapkan untuk proses rayuan seperti yang dinyatakan di

perenggan 13.7.4.

Isu:

(17) PIDM menghargai komen anda tentang pemfailan penyerahan semula yang

dicadangkan.

13.7 PROSES RAYUAN

13.7.1 Seperti di perenggan 13.4.2 dan selaras dengan prinsip korporat PIDM, iaitu

kesaksamaan dan ketelusan, PIDM mencadangkan supaya proses rayuan

diwujudkan bagi membolehkan mana-mana institusi anggota untuk memohon

supaya markah muktamad mereka disemak semula.

13.7.2 Institusi anggota boleh membuat permohonan rayuan ke atas markah mereka

selepas 31 Mei bagi sesuatu tahun taksiran dan perlu membuat permohonan formal

secara bertulis kepada PIDM. Permohonan tersebut mestilah disertakan dengan

sebab permohonan rayuan tersebut dibuat.

Page 25: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 22

13.7.3 Rayuan adalah berasaskan kepada kesilapan di dalam maklumat kuantitatif

yang diserahkan oleh sesebuah institusi anggota atau kesilapan di dalam

pengiraan kriteria kuantitatif dan kriteria maklumat lain oleh PIDM. Proses

rayuan ini tidak terpakai ke atas penarafan pengawalselia yang disediakan oleh

BNM memandangkan BNM telah menyediakan proses semakan semula

sebelum menetapkan penarafan pengawalselia yang muktamad kepada institusi

anggota.

13.7.4 Sebarang permohonan rayuan perlu diserahkan kepada PIDM sebelum atau

pada 31 Ogos bagi sesuatu tahun taksiran. Setelah menerima permohonan

bertulis, PIDM akan menyemak semula dan memberi maklum balas kepada

permohonan tersebut sebelum atau pada 30 September bagi sesuatu tahun

taksiran

13.7.5 Sekiranya sesebuah institusi anggota didapati terlebih membayar premium hasil

daripada proses rayuan tersebut, PIDM akan membuat pembayaran balik

jumlah terlebih bayar tersebut kepadanya setelah proses rayuan telah tamat.

Isu:

(18) Apakah komen anda tentang proses rayuan yang dicadangkan?

Page 26: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 23

BAHAGIAN D: LAMPIRAN

LAMPIRAN I: KRITERIA KUANTITATIF

A. KRITERIA KUANTITATIF MODAL

Rasional

Dana modal yang dilaburkan oleh pemegang saham di dalam sesebuah institusi anggota

adalah sumber yang boleh digunakan untuk menampung kerugian yang dijangka atau tidak

dijangka bagi membolehkan institusi anggota tersebut untuk meneruskan operasinya.

Memandangkan kedudukan modal adalah di bawah pendeposit dan pemiutang lain dari

segi hak pembayaran semula dan pulangan atas pelaburan, ia bertindak mengurangkan

kerugian yang mungkin berlaku akibat risiko perniagaan yang diambil oleh institusi

anggota. Modal yang perlu dipatuhi oleh institusi anggota menyediakan perlindungan yang

menjadi asas kepada keyakinan di kalangan pemegang kepentingan terhadap institusi

tersebut.

Bagi sesebuah penginsurans deposit, modal merupakan suatu aspek yang sangat penting.

Modal yang mencukupi akan mengurangkan impak negatif yang berlaku ke atas kualiti aset

dan keuntungan sesebuah institusi anggota, seterusnya menjadi benteng kepada tuntutan

yang mungkin dibuat ke atas PIDM. Ini menandakan bahawa institusi anggota yang

mempunyai modal yang lebih tinggi akan mempunyai kebarangkalian kegagalan yang lebih

rendah.

Garis panduan pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (“BNM”) menggariskan suatu sistem

dua-tingkat (two-tier system) dalam mendefinisikan dana modal yang perlu dipatuhi.

Modal tingkat pertama (tier-1) merupakan modal teras (core capital) yang memiliki ciri-ciri

berikut:

Berbayar sepenuhnya dan sentiasa tersedia;

Bebas tersedia dan tidak diperuntukkan ke atas mana aset atau aktiviti perbankan;

Boleh digunakan untuk menyerap kerugian yang berlaku sepanjang tempoh

perniagaan; dan

Bukan caj tetap ke atas keuntungan institusi anggota.

Page 27: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 24

Modal tingkat kedua (tier-2) merujuk kepada modal tambahan. Elemen yang tidak

menepati ciri-ciri modal tingkat pertama tetapi menyumbang kepada kekuatan institusi

anggota akan dimasukkan ke dalam dana modal sebagai modal tambahan, tertakluk

kepada keadaan di mana jumlah modal tambahan yang layak untuk dimasukkan tidak

melebihi jumlah modal teras. Jumlah pinjaman berkala surbordinat (subordinated term

loans) yang layak dimasukkan sebagai modal tambahan adalah terhad kepada 50%

daripada modal teras.

Justeru, kualiti modal sesebuah institusi anggota boleh ditentukan berdasarkan kepada

paras modal teras berbanding jumlah modal asas (capital base).

Nisbah “leverage” (leverage ratio) yang diperkenalkan oleh PIDM menilai sejauh mana

sesebuah institusi anggota menggembleng modal terasnya untuk mengembangkan aktiviti

dan perniagaannya.

Penunjuk Kriteria

Sejajar dengan keperluan pengawalseliaan dan objektif PIDM, institusi anggota Islam dan

konvensional akan dikategorikan kepada kategori premium yang berbeza dengan

menggunakan penunjuk berikut:

(a) Nisbah modal berwajaran risiko

Nisbah modal berwajaran risiko adalah nisbah modal asas sesebuah institusi

anggota kepada jumlah aset berwajaran risikonya.

(b) Nisbah modal teras

Nisbah modal teras adalah peratusan modal teras sesebuah institusi anggota

daripada jumlah aset berwajaran risikonya

(c) Nisbah “leverage”

Nisbah “leverage” adalah peratusan modal teras sesebuah institusi anggota

daripada jumlah asetnya.

Page 28: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 25

Skop Aplikasi

Institusi anggota Islam dan konvensional akan dinilai menggunakan set kriteria yang sama.

Pelarasan data tidak diperlukan untuk institusi anggota Islam.

Sumber Penunjuk

Nisbah modal berwajaran berisiko dan nisbah modal teras adalah berdasarkan kepada

modal yang perlu dipatuhi oleh institusi anggota. Nisbah ini menggunakan had pemarkahan

sama yang digunakan oleh BNM.

Nisbah “leverage” diubahsuai daripada nisbah “leverage” tingkat-pertama yang diguna

pakai oleh Federal Deposit Insurance Corporation (“FDIC”) di Amerika Syarikat. Nisbah

“leverage” tingkat pertama FDIC adalah modal tingkat pertama sesebuah institusi anggota

yang dibahagikan dengan purata asetnya yang dilaraskan.

Kategori Markah

Nisbah modal berwajaran risiko sesebuah institusi anggota akan diberi markah mengikut

julat keputusan berikut:

JADUAL 4: JULAT MARKAH BAGI NISBAH MODAL BERWAJARAN RISIKO

Nisbah Modal Berwajaran Risiko

Julat Keputusan Markah

Nisbah Modal Berwajaran Risiko ≥ 12% 8

Nisbah Modal Berwajaran Risiko ≥ 10% tetapi < 12% 5

Nisbah Modal Berwajaran Risiko ≥ 8% tetapi < 10% 2

Nisbah Modal Berwajaran Risiko < 8% 0

Nisbah modal teras sesebuah institusi anggota akan diberi markah mengikut julat

keputusan berikut:

JADUAL 5: JULAT MARKAH BAGI NISBAH MODAL TERAS

Nisbah Modal Teras

Julat Keputusan Markah

Nisbah Modal Teras ≥ 10% 8

Nisbah Modal Teras ≥ 8% tetapi < 10% 5

Nisbah Modal Teras ≥ 4% tetapi < 8% 2

Nisbah Modal Teras < 4% 0

Page 29: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 26

Nisbah “leverage” sesebuah institusi anggota akan diberi markah mengikut julat keputusan

berikut:

JADUAL 6: JULAT MARKAH UNTUK NISBAH “LEVERAGE”

Nisbah “Leverage”

Julat Keputusan Markah

Nisbah “Leverage” ≥ 8% 4

Nisbah “Leverage” ≥ 6% tetapi < 8% 2

Nisbah “Leverage” ≥ 4% tetapi < 6% 1

Nisbah “Leverage” < 4% 0

Kebersediaan Maklumat

Maklumat bagi tujuan pengiraan penunjuk ini disediakan oleh institusi anggota kepada

BNM.

B. KRITERIA KUANTITATIF LAIN

KEUNTUNGAN

Rasional

Keuntungan merupakan benteng pertama institusi anggota terhadap kemungkinan berlaku

kemerosotan ke atas modal semasa mengalami kerugian. Institusi anggota dengan

keuntungan yang mencukupi dan stabil mempunyai kebarangkalian yang lebih rendah

untuk menggunakan modal bagi menampung kerugian. Oleh yang demikian, PIDM

menekankan kepentingan keuntungan yang mencukupi dan stabil dalam melindungi modal

sesebuah institusi anggota yang bertindak sebagai jaringan keselamatan bagi risiko yang

diambil oleh institusi anggota tersebut semasa menjalankan perniagaannya.

Kecukupan Keuntungan

Dalam menilai kecukupan keuntungan sesebuah institusi anggota, PIDM prihatin terhadap

kecukupan keuntungan yang mengambilkira profil risikonya. PIDM telah memilih suatu

penunjuk yang diguna pakai oleh Canada Deposit Insurance Corporation (“CDIC”) and FDIC

untuk menilai kecukupan kuntungan, iaitu pulangan atas aset berwajaran risiko. Penunjuk

Page 30: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 27

ini memberi gambaran tentang pulangan yang dijana oleh institusi anggota berbanding

profil risiko mereka.

Volatiliti Keuntungan (Volatility of Earnings)

PIDM juga mengambil berat tentang volatiliti keuntungan institusi anggota. Institusi

anggota yang mengalami keuntungan yang tidak tetap mempunyai risiko yang lebih tinggi

bahawa keuntungan mereka tidak akan cukup untuk menampung kerugian yang mungkin

berlaku, lalu mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menggunakan modal bagi

menampung kerugian. Berdasarkan kepada andaian bahawa keuntungan selepas cukai

menggambarkan keuntungan daripada segenap bahagian perniagaan, volatiliti pendapatan

tersebut akan mengambilkira kesemua sumber risiko yang diambil oleh sesebuah institusi

anggota.

Dalam konteks ini, volatiliti dinilai dengan menggunakan sisihan piawai separa (semi-

standard deviation) ke atas keuntungan selepas cukai. Sisihan piawai separa adalah

penunjuk statistik kepada volatiliti yang akan hanya mengambilkira volatiliti yang berkaitan

dengan kejatuhan dalam keuntungan selepas cukai dan bukannya kesemua variasi positif

dan negatif berbanding min. Ini bagi mengelak pengenaan penalti kepada institusi anggota

yang mengalami pertumbuhan pesat yang stabil kerana PIDM prihatin terhadap kesan

daripada volatiliti keuntungan ke atas profil risiko sesebuah institusi anggota. Kenaikan

yang stabil dalam keuntungan tidak mendedahkan institusi anggota kepada risiko

kejatuhan.

Penunjuk Kriteria

Dua penunjuk berikut akan diguna pakai bagi menilai dua aspek keuntungan institusi

anggota:

(a) Pulangan atas aset berwajaran risiko

Pulangan atas aset berwajaran risiko dikira sebagai keuntungan / (kerugian) selepas

cukai dan zakat institusi anggota (tidak termasuk item luar biasa) dibahagikan

dengan purata aset berwajaran risikonya.

(b) Min volatiliti pulangan yang dilaraskan (Mean adjusted return volatility)

Min volatiliti pulangan yang dilaraskan dikira sebagai sisihan piawai separa

keuntungan / (kerugian) selepas cukai dan zakat institusi anggota (tidak termasuk

Page 31: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 28

item luar biasa) bagi tempoh tiga tahun dibahagikan dengan min keuntungan /

(kerugian) selepas cukai dan zakat (tidak termasuk item luar biasa) untuk tempoh

yang sama.

Skop Aplikasi

Institusi anggota Islam dan konvensional akan dinilai dengan menggunakan set kriteria

yang sama.

Bagi DPS Islam, keuntungan / (kerugian) selepas cukai dan zakat (tidak termasuk item luar

biasa) hendaklah dilaraskan dengan memasukkan peruntukan dan kemasukan semula

(writing back) rizab penyamaan keuntungan.

Sumber Penunjuk

Pulangan atas aset berwajaran risiko dan min volatiliti pulangan yang dilaraskan adalah

penunjuk yang diguna pakai oleh CDIC. Penunjuk ini adalah berdasarkan kepada pulangan

atas aset berwajaran risiko dan volatiliti keuntungan selepas cukai yang diguna pakai oleh

Bank of England dalam sistem Mekanisme Pelarasan Nisbah Penggerak (Trigger Ratio

Adjustment Mechanism).

Nisbah pulangan atas aset berwajaran risiko juga merupakan salah satu penunjuk yang

diguna pakai oleh FDIC. Nisbah ini dikira sebagai peratusan pendapatan bersih sebelum

cukai dan item luar biasa dan pelarasan lain daripada aset berwajaran risiko.

Kategori Markah

Pulangan atas aset berwajaran risiko institusi anggota akan diberi markah berdasarkan

kepada julat keputusan berikut:

JADUAL 7: JULAT MARKAH BAGI PULANGAN ATAS ASET BERWAJARAN RISIKO

Pulangan atas Aset Berwajaran Risiko

Julat Keputusan Markah

Pulangan atas Aset Berwajaran Risiko ≥ 3% 8

Pulangan atas Aset Berwajaran Risiko ≥ 2% tetapi < 3% 5

Pulangan atas Aset Berwajaran Risiko ≥ 1% tetapi < 2% 2

Pulangan atas Aset Berwajaran Risiko < 1% 0

Page 32: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 29

Min volatiliti pulangan yang dilaraskan institusi anggota akan diberi markah berdasarkan

kepada julat keputusan berikut:

JADUAL 8: JULAT MARKAH BAGI MIN VOLATILITI PULANGAN YANG DILARASKAN

Min Volatiliti Pulangan yang Dilaraskan

Julat Keputusan Markah

Min Volatiliti Pulangan yang Dilaraskan ≥ 0 tetapi ≤ 0.3 7

Min Volatiliti Pulangan yang Dilaraskan > 0.3 tetapi ≤ 0.7 4

Min Volatiliti Pulangan yang Dilaraskan > 0.7 0

Min Volatiliti Pulangan yang Dilaraskan adalah negatif atau min keuntungan / (kerugian) selepas cukai dan zakat adalah 0

0

Nota

Bagi pulangan atas aset berwajaran risiko, institusi anggota yang mempunyai data aset

berwajaran risiko yang kurang daripada dua tahun tidak akan diberikan markah untuk

kriteria ini.

Bagi min volatiliti pulangan yang dilaraskan, institusi anggota yang mempunyai data

keuntungan / (kerugian) selepas cukai dan zakat yang kurang daripada tiga tahun tidak

akan diberikan markah untuk kriteria ini.

Markah untuk kriteria ini akan ditentukan secara berkadar seperti yang dinyatakan di

perenggan 13.5 (Ketidakcukupan Maklumat Kuantitatif).

Kebersediaan Maklumat

Maklumat bagi tujuan pengiraan kriteria di atas telah disediakan oleh institusi anggota

kepada BNM.

KEEFISIENAN

Rasional

Keefisienan biasanya digunakan untuk menilai keuntungan. Keefisienan sesebuah institusi

anggota merujuk kepada kemampuannya untuk mengoptimumkan penggunaan sumber

dalam menjana pendapatan. Ia membolehkan institusi anggota meningkatkan keuntungan,

seterusnya memperbaiki modal dan meningkatkan kemampuan mereka dalam menambah

modal.

Page 33: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 30

Salah satu tujuan menilai keefisienan adalah bagi menilai struktur overhed sesebuah

institusi. Industri perbankan tiada bezanya dengan mana-mana industri yang matang -

syarikat yang mampu bertahan adalah syarikat yang berjaya mengurangkan kos. Oleh yang

demikian, penunjuk aras ini memberi suatu gambaran tentang bagaimana sesebuah bank

dapat beroperasi dengan cekap. Kriteria ini dipilih oleh PIDM bertujuan menentukan kos

atau perbelanjaan dalam menjalankan perniagaan bagi mencapai suatu takat pendapatan.

Kenaikan dalam kriteria ini bermaksud sesebuah institusi anggota akan mengalami

kehilangan peratusan yang besar dalam pendapatan berbanding perbelanjaannya lalu

menggambarkannya sebagai kurang cekap.

Penunjuk Kriteria

Keefisienan sesebuah institusi anggota akan dinilai dengan menggunakan penunjuk berikut:

(a) Nisbah Keefisienan

Nisbah keefisienan dikira sebagai peratusan perbelanjaan overhed sesebuah

institusi anggota daripada jumlah pendapatan.

Skop Aplikasi

Institusi anggota Islam dan konvensional akan dinilai dengan menggunakan kriteria yang

sama.

Bagi DPS Islam, jumlah pendapatan merujuk kepada jumlah pendapatan kewangan bersih

dan pendapatan bukan kewangan.

Bagi DPS konvensional, jumlah pendapatan merujuk kepada jumlah pendapatan faedah

bersih dan pendapatan bukan faedah.

Sumber Penunjuk

Nisbah keefisienan biasanya digunakan oleh industri perbankan, institusi penyelidikan,

agensi penarafan dan pengawalselia untuk menilai keefisienan.

Kategori Markah

Nisbah keefisienan sesebuah institusi anggota akan diberi markah berdasarkan kepada julat

keputusan seperti berikut:

Page 34: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 31

JADUAL 9: JULAT MARKAH BAGI NISBAH KEEFISIENAN

Nisbah Keefisienan

Julat Keputusan Markah

Nisbah Keefisienan ≤ 35% 5

Nisbah Keefisienan > 35% tetapi ≤ 45% 3

Nisbah Keefisienan > 45% 0

Kebersediaan Maklumat

Maklumat bagi tujuan pengiraan penunjuk ini telah disediakan oleh institusi anggota

kepada BNM.

KUALITI ASET

Rasional

Keselamatan dan kekukuhan sesebuah institusi anggota ditentukan terutamanya oleh

kualiti portfolio asset. Kualiti aset merupakan penunjuk utama bagi risiko kredit sesebuah

institusi. Kualiti aset yang lemah boleh menjejaskan keuntungan sesebuah institusi

anggota, seterusnya menjejaskan modalnya.

Walaupun jumlah pinjaman tak berbayar (“NPL”) menunjukkan kejatuhan dalam beberapa

tahun lepas, PIDM berpendapat bahawa kualiti aset merupakan suatu penunjuk penting

kepada kestabilan kewangan institusi anggota. Analisis ke atas data terdahulu

menunjukkan bahawa institusi anggota yang mengalami kesukaran ketika keadaan

ekonomi yang tidak memberangsangkan terdiri daripada mereka yang mencatatkan NPL

yang tinggi. Justeru, salah satu kriteria yang dipilih oleh PIDM adalah bertujuan

menyediakan suatu penunjuk kepada kemampuan modal asas (capital base) sesebuah

institusi anggota dalam menyerap kemerosotan yang mungkin berlaku ke atas kualiti

portfolio asetnya.

Selain daripada pinjaman atau pembiayaan, PIDM telah cuba memasukkan item di luar

kunci kira-kira (off-balance sheet items) dan sekuriti dalam menilai kualiti aset. Disebabkan

oleh ketiadaan maklumat, PIDM telah memutuskan untuk memilih kriteria yang menilai

kualiti portfolio pinjaman dan akan mempertimbangkan kemasukan item di luar kunci kira-

kira dan sekuriti apabila maklumat tersebut boleh diperolehi.

Page 35: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 32

Dalam membuat keputusan samada NPL harus berdasarkan kepada klasifikasi tiga-bulan

atau enam-bulan, pertimbangan utama diberi kepada keperluan pengawalseliaan dan

polisi, amalan semasa institusi anggota dan amalan terbaik antarabangsa. PIDM telah

memilih NPL berdasarkan kepada klasifikasi tiga-bulan memandangkan kebanyakan

institusi anggota mengguna pakai klasifikasi ini dan ianya selari dengan amalan

pengawalseliaan BNM dan amalan terbaik antarabangsa.

Memandangkan NPL adalah maklumat yang telah lepas, PIDM memutuskan untuk

memasukkan pinjaman tertunggak bagi tempoh 60 hingga 89 hari dalam salah satu kriteria

bagi memastikan bahawa kriteria tersebut mengambilkira kemungkinan pinjaman

tertunggak tersebut diklasifikasikan sebagai NPL. Pinjaman tertunggak bagi tempoh 60

hingga 89 hari dipilih supaya ia konsisten dengan klasifikasi NPL tiga-bulan.

Penunjuk Kriteria

Kualiti portfolio aset institusi anggota akan dinilai dengan menggunakan dua penunjuk

berikut:

(a) Nisbah NPL bersih kepada modal asas

Nisbah NPL bersih kepada modal asas dinilai sebagai peratusan jumlah bersih NPL

tiga-bulan daripada modal asas.

(b) Nisbah NPL kasar dan pinjaman tertunggak kepada pinjaman kasar

Nisbah NPL kasar dan pinjaman tertunggak kepada pinjaman kasar dikira sebagai

peratusan jumlah purata NPL kasar tiga-bulan dan purata pinjaman tertunggak bagi

tempoh 60 hingga 89 hari daripada purata pinjaman kasar.

Sumber Penunjuk

Nisbah NPL bersih kepada modal asas diadaptasi daripada nisbah kemerosotan bersih aset

(net impaired assets) kepada jumlah modal CDIC. Nisbah kualiti aset CDIC menilai

kemerosotan bersih aset di dalam kunci kira-kira, kemerosotan bersih aset di luar kunci

kira-kira dan kerugian bersih daripada sekuriti yang belum direalisasikan.

Nisbah NPL kasar dan pinjaman tertunggak kepada pinjaman kasar telah diubahsuai

daripada nisbah NPL yang diguna pakai oleh BNM, agensi penarafan dan institusi

penyelidikan.

Page 36: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 33

Skop Aplikasi

Institusi anggota Islam dan konvensional akan dinilai dengan menggunakan set kriteria

yang sama. Pelarasan data tidak diperlukan untuk institusi anggota Islam.

Kategori Markah

Keputusan nisbah NPL bersih kepada modal asas sesebuah institusi anggota akan diberi

markah berdasarkan kepada julat keputusan berikut:

JADUAL 10: JULAT MARKAH BAGI NISBAH NPL BERSIH KEPADA MODAL ASAS

Nisbah NPL Bersih kepada Modal Asas

Julat Keputusan Markah

Nisbah NPL bersih kepada Modal Asas ≤ 20% 5

Nisbah NPL bersih kepada Modal Asas > 20% tetapi ≤ 40% 3

Nisbah NPL bersih kepada Modal Asas > 40% tetapi ≤ 60% 1

Nisbah NPL bersih kepada Modal Asas > 60% 0

Keputusan nisbah NPL kasar dan pinjaman tertunggak kepada pinjaman kasar akan diberi

markah berdasarkan kepada julat keputusan berikut:

JADUAL 11: JULAT MARKAH BAGI NISBAH NPL KASAR DAN PINJAMAN TERTUNGGAK KEPADA PINJAMAN KASAR

Nisbah NPL Kasar dan Pinjaman Tertunggak kepada Pinjaman Kasar

Julat Keputusan Markah

Nisbah NPL Kasar dan Pinjaman Tertunggak kepada Pinjaman Kasar ≤ 6% 5

Nisbah NPL Kasar dan Pinjaman Tertunggak kepada Pinjaman Kasar > 6% tetapi ≤ 12%

3

Nisbah NPL Kasar dan Pinjaman Tertunggak kepada Pinjaman Kasar > 12% 1

Kebersediaan Maklumat

Maklumat yang diperlukan untuk menilai kriteria ini telah disediakan oleh institusi anggota

kepada BNM.

Page 37: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 34

PENUMPUAN ASET

Rasional

Penumpuan aset wujud apabila institusi anggota terdedah kepada jumlah aset yang besar

dengan ciri-ciri yang sama. Penumpuan yang keterlaluan meningkatkan kegoyahan yang

timbul akibat perubahan negatif dalam sektor di mana aset itu tertumpu. Kepelbagaian

portfolio merupakan salah satu penentu kepada keselamatan dan kekukuhan institusi

anggota. Kepelbagaian aset bertujuan mengurangkan kerugian besar yang mungkin berlaku

disebabkan oleh penumpuan keterlaluan dalam suatu sektor yang goyah, seterusnya

meminimumkan impak ke atas keuntungan dan modal institusi anggota.

Walaupun PIDM menyedari bahawa dua aspek utama penumpuan aset adalah pihak

perseorangan (termasuk kumpulan berkaitan) yang membuat pinjaman dan penumpuan

mengikut sektor, rangka kerja ini memberi fokus utama kepada pinjaman kepada sektor

tertentu yang bertumpu3.

Analisis ke atas maklumat industri dari tahun 1990 hingga 2005 telah menunjukkan bahawa

terdapat hubungan yang rapat di antara tahap penumpuan mengikut sektor dan jumlah

NPL. Justeru, institusi anggota akan terdedah kepada potensi jumlah kerugian yang lebih

besar bagi sektor yang terlalu diberi tumpuan.

Berdasarkan pemerhatian, penumpuan ke atas pinjaman dalam sektor harta kediaman

telah tumbuh dengan ketara daripada purata sebanyak 13% daripada jumlah pinjaman

pada pertengahan tahun 1990an kepada lebih 25% daripada jumlah pinjaman

kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, nisbah NPL bagi sektor ini kekal rendah iaitu

kurang daripada 10% sepanjang tempoh ini. Oleh yang demikian, penumpuan ke atas

pinjaman harta kediaman mungkin menghasilkan jumlah NPL yang lebih rendah

berbanding tahap penumpuan yang sama dalam sektor lain. Ini mungkin disebabkan oleh

kemungkiran peminjam yang berlaku dalam semua pinjaman lain sebelum mereka mungkir

dalam pinjaman harta kediaman mereka.

Penunjuk Kriteria

Dua penunjuk berikut akan digunakan untuk menilai penumpuan aset sesebuah institusi

anggota:

(a) Nisbah agregat penumpuan aset mengikut sektor

(b) Nisbah penumpuan aset harta kediaman

3 Penumpuan mengikut sektor bagi Rangka Kerja DPS termasuk pengklasifikasian pinjaman mengikut aktiviti perniagaan peminjam dan mengikut tujuan ekonomi (tujuan penggunaan pinjaman).

Page 38: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 35

(a) Nisbah agregat penumpuan aset mengikut sektor

Nisbah agregat penumpuan aset mengikut sektor dikira sebagai peratusan jumlah kesemua

pinjaman kepada sektor spesifik yang melebihi 40% daripada jumlah modal asas ke atas

jumlah modal asas.

Kriteria ini bertujuan menilai penumpuan keterlaluan kepada sektor tertentu. Terdapat 13

sektor yang mencakupi sembilan sektor aktiviti perniagaan dan empat sektor tujuan

ekonomi yang disenaraikan dalam jadual di bawah:

JADUAL 12: PINJAMAN MENGIKUT SEKTOR

No. Sektor Jenis Klasifikasi

1. Pertanian Utama Aktiviti Perniagaan

2. Perlombongan dan Kuari Aktiviti Perniagaan

3. Perkilangan (termasuk berasaskan Agro) Aktiviti Perniagaan

4. Bekalan Elektrik, Gas dan Air Aktiviti Perniagaan

5. Aktiviti Pembinaan dan Hartanah Aktiviti Perniagaan

6. Pemborong, Perdagangan Runcit, Restoran, dan

Hotel

Aktiviti Perniagaan

7. Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi Aktiviti Perniagaan

8. Kewangan, Insurans dan Aktiviti Perniagaan Aktiviti Perniagaan

9. Pendidikan, Kesihatan dan Lain-lain Aktiviti Perniagaan

10. Belian Harta Bukan Kediaman Tujuan Ekonomi

11. Belian Sekuriti Tujuan Ekonomi

12. Belian Kenderaan Pengangkutan Tujuan Ekonomi

13. Kredit Penggunaan (Peribadi, Kad Kredit, Barang

Pengguna Tahan Lama)

Tujuan Ekonomi

Pinjaman daripada sesebuah institusi anggota yang melebihi 40% daripada modal asasnya

akan diagregatkan meliputi kesemua 13 sektor yang disenaraikan di dalam Jadual 12.

Lebihan yang diagregatkan untuk kesemua 13 sektor akan dinilai berdasarkan kepada had

yang ditetapkan di dalam Jadual 13.

Asas bagi 40% modal asas diperolehi daripada analisis terdahulu yang dijalankan ke atas

maklumat purata industri di mana julat peratusan jumlah pinjaman (tidak termasuk

pinjaman bagi tujuan harta kediaman) daripada modal asas di dalam 13 sektor ini adalah di

antara 30% dan 40%. Pemerhatian ini kekal konsisten bagi kedua-dua perniagaan

perbankan Islam dan konvensional.

Page 39: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 36

(b) Nisbah Penumpuan Aset Harta Kediaman

Nisbah penumpuan aset harta kediaman dinilai sebagai peratusan kadar pinjaman bagi

tujuan pembelian harta kediaman daripada jumlah modal asas.

Nisbah ini bertujuan menilai secara spesifik penumpuan institusi anggota di dalam

pinjaman bagi tujuan pembelian harta kediaman. PIDM akur bahawa sektor ini secara

perbandingannya mencatatkan risiko mungkir yang lebih rendah walaupun pendedahan

kepada sektor ini lebih tinggi bagi kebanyakan institusi anggota.

Kategori Markah

Keputusan nisbah agregat penumpuan aset mengikut sektor dan nisbah penumpuan aset

harta kediaman akan diberi markah seperti berikut:

JADUAL 13: JULAT MARKAH BAGI KRITERIA PENUMPUAN ASET

Kriteria Penumpuan Aset

Julat Keputusan

Nisbah Agregat Penumpuan Aset Mengikut Sektor Nisbah Penumpuan Aset

Harta Kediaman Markah

Nisbah Agregat Penumpuan Aset Mengikut Sektor

< 150%

Nisbah Penumpuan Aset Harta Kediaman < 240%

5

Nisbah Agregat Penumpuan Aset Mengikut Sektor

< 150%

Nisbah Penumpuan Aset Harta Kediaman ≥ 240%

4

Nisbah Agregat Penumpuan Aset Mengikut Sektor

≥ 150% tetapi < 300%

Nisbah Penumpuan Aset Harta Kediaman < 240%

3

Nisbah Agregat Penumpuan Aset Mengikut Sektor

≥ 150% tetapi < 300%

Nisbah Penumpuan Aset Harta Kediaman ≥ 240%

2

Nisbah Agregat Penumpuan Aset Mengikut Sektor

≥ 300%

Nisbah Penumpuan Aset Harta Kediaman < 240%

1

Nisbah Agregat Penumpuan Aset Mengikut Sektor

≥ 300%

Nisbah Penumpuan Aset Harta Kediaman ≥ 240%

0

Nisbah agregat penumpuan aset mengikut sektor dipadankan dengan nisbah penumpuan

aset harta kediaman bagi tujuan pemarkahan.

Page 40: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 37

Bagi nisbah agregat penumpuan aset mengikut sektor, hadnya ditentukan berdasarkan

kepada analisis terdahulu yang dijalankan ke atas purata industri agregat penumpuan

keterlaluan mengikut sektor yang berada dalam linkungan 200% hingga 300%.

Skop Aplikasi

Institusi anggota Islam dan konvensional akan dinilai menggunakan set kriteria yang sama.

Pelarasan data tidak diperlukan untuk institusi anggota Islam.

Sumber Penunjuk

Kedua-dua nisbah agregat penumpuan aset mengikut sektor dan nisbah penumpuan aset

harta kediaman telah diubahsuai daripada nisbah agregat penumpuan pinjaman komersil

dan nisbah penumpuan aset hartanah yang diguna pakai oleh CDIC.

Kebersediaan Maklumat

Maklumat yang diperlukan untuk menilai penunjuk ini telah disediakan oleh institusi

anggota kepada BNM.

PERTUMBUHAN ASET

Rasional

Pengenalan kriteria pertumbuhan aset bertujuan mengenalpasti institusi anggota yang

mencatat pertumbuhan aset secara keterlaluan yang mungkin menghadapi kesukaran

akibat ketidakcukupan kawalan pengurusan risiko, terutama ketika kitaran ekonomi

merudum.

PIDM ingin menjelaskan bahawa strategi atau pertumbuhan aset yang agresif bukanlah

suatu kelemahan. Sebenarnya, suatu pendekatan agresif yang digabungkan dengan dasar

dan kawalan yang kukuh boleh menjadi suatu strategi yang berjaya. PIDM prihatin

terhadap pertumbuhan aset yang keterlaluan berbanding keadaan operasi institusi anggota

memandangkan evolusi dalam dasar dan kawalan pengurusan risiko yang efektif mungkin

tidak dapat berfungsi seiringan lalu mendedahkan institusi anggota kepada peningkatan

dalam risiko kredit dan operasi.

Page 41: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 38

Pejabat Pengawal Mata Wang (“OCC”)4 menjelaskan bahawa pertumbuhan aset yang

keterlaluan, terutama yang dinilai ke atas ekonomi tempatan, serantau dan nasional telah

lama disifatkan sebagai petanda berpotensi kepada masalah kualiti kredit dan mungkin

menggambarkan perubahan asas dalam amalan institusi anggota. Menurut OCC,

petumbuhan aset yang keterlaluan akan memberi lebih masalah kepada bank yang lemah

dalam dasar pengurusan risiko dan kawalan dalaman. FDIC di Amerika Syarikat dan CDIC di

Kanada juga telah menubuhkan sistem bagi menilai dan memantau pertumbuhan aset

institusi anggota mereka.

Analisis yang dijalankan ke atas institusi anggota yang mempunyai maklumat yang boleh

dipercayai di antara tahun 1990 dan 2005 juga telah menunjukkan bahawa institusi

anggota yang mencatatkan jumlah pertumbuhan aset dan aset berwajaran risiko sebagai

peratusan nisbah jumlah aset melebihi purata industri telah mengalami kemerosotan

ketara dalam kualiti aset sepanjang krisis kewangan pada tahun 1990an.

Dalam menentukan penunjuk pertumbuhan aset, pertamanya, PIDM melihat kepada kelas

aset yang hendak dinilai, termasuk jumlah pinjaman, jumlah aset di dalam kunci kira-kira

dan item di luar kunci kira-kira serta aset berwajaran risiko. Kedua, analisis dijalankan ke

atas kaedah biasa yang digunakan untuk menilai pertumbuhan aset. Langkah terakhir

adalah menguji prestasi faktor tersebut dengan menggunakan maklumat terdahulu.

Ujian data yang menyeluruh membawa kepada pemilihan jumlah item di dalam dan di luar

kunci kira-kira sebagai kelas aset untuk kriteria tersebut bagi memastikan penilaian ke atas

pertumbuhan aset perniagaan institusi anggota adalah komprehensif. Aset di dalam kunci

kira-kira merujuk kepada jumlah asset institusi anggota pada 31 Disember tahun taksiran

sebelumnya, manakala aset di luar kunci kira-kira merujuk kepada nilai kesetaraan aset di

luar kunci kira-kira tersebut pada 31 Disember tahun taksiran sebelumnya.

Penunjuk Kriteria

Bagi mengklasifikasikan institusi anggota kepada kategori yang berbeza, pertumbuhan aset

institusi anggota akan ditentukan dengan menggunakan dua penunjuk:

a) Nisbah aset berwajaran risiko kepada jumlah aset

Nisbah aset berwajaran risiko kepada jumlah aset dikira sebagai peratusan aset

berwajaran risiko daripada jumlah aset di dalam dan di luar kunci kira-kira institusi

anggota.

4 Pejabat Pengawal Mata Wang (OCC) mengeluarkan piagam dan mengawalselia semua bank nasional di Amerika Syarikat. Ia juga menyelia cawangan persekutuan dan agensi bank asing.

Page 42: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 39

b) Nisbah jumlah pertumbuhan aset

Nisbah jumlah pertumbuhan aset dinilai sebagai purata aritmetik jumlah aset di

dalam dan di luar kunci kira-kira dari tahun kedua ke tahun keempat dibahagi

dengan purata aritmetik jumlah aset di dalam dan di luar kunci kira-kira dari tahun

pertama ke tahun ketiga.

Skop Aplikasi

Institusi anggota Islam dan konvensional akan dinilai menggunakan set kriteria yang sama.

Pelarasan data tidak diperlukan untuk institusi anggota Islam.

Sumber Penunjuk

Nisbah aset berwajaran risiko kepada jumlah aset digunakan oleh agensi penarafan untuk

menilai profil risiko portfolio aset sesebuah institusi.

Nisbah jumlah pertumbuhan aset diadaptasi daripada nisbah pertumbuhan aset yang

diguna pakai oleh CDIC. Nisbah purata bergerak (moving average) tiga tahun pertumbuhan

aset CDIC menilai pertumbuhan aset di dalam dan di luar kunci kira-kira dan juga aset yang

disekuritikan.

Kategori Markah

Keputusan nisbah aset berwajaran risiko kepada jumlah aset dan nisbah jumlah

pertumbuhan aset sesebuah institusi anggota akan diberi markah seperti berikut:

JADUAL 14: JULAT MARKAH BAGI KRITERIA PERTUMBUHAN ASET

Kriteria Pertumbuhan Aset

Julat Markah

Nisbah Aset Berwajaran Risiko kepada Jumlah Aset

Nisbah Jumlah Pertumbuhan Aset

Markah

Nisbah Aset Berwajaran Risiko kepada Jumlah Aset <70%

Nisbah Jumlah Petumbuhan

Aset < 20%

5

Nisbah Aset Berwajaran Risiko kepada Jumlah Aset <70%

Nisbah Jumlah Petumbuhan

Aset ≥ 20%

3

Nisbah Aset Berwajaran Risiko kepada Jumlah Aset ≥70%

Nisbah Jumlah Petumbuhan

Aset < 20%

1

Nisbah Aset Berwajaran Risiko kepada Jumlah Aset ≥70%

Nisbah Jumlah Petumbuhan

Aset ≥ 20%

0

Page 43: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 40

Nisbah aset berwajaran risiko kepada jumlah aset dipadankan dengan nisbah jumlah

pertumbuhan aset bagi tujuan pemarkahan. Penunjuk ini bertujuan mengenalpasti institusi

anggota yang mempunyai portfolio aset yang berisiko tinggi, tetapi pada masa yang sama

mencatatkan pertumbuhan yang ketara. Oleh yang demikian, institusi anggota yang

mengalami pertumbuhan pesat dengan pengurusan risiko dan dasar kawalan yang baik

berkemungkinan besar mendapat markah yang lebih tinggi.

Kebersediaan Maklumat

Maklumat yang diperlukan untuk menilai kriteria in telah disediakan oleh institusi anggota

kepada BNM.

Page 44: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 41

LAMPIRAN II: KRITERIA KUALITATIF

PENARAFAN PENGAWALSELIA

Rasional

PIDM bekerjasama rapat dengan BNM dalam melaksanakan mandatnya sebagai

penginsurans deposit, terutama dalam mencapai kestabilan kewangan dan meningkatkan

keyakinan dalam sektor perkhidmatan kewangan. Institusi anggota PIDM tertakluk kepada

pemeriksaan oleh BNM berhubung keadaan kewangan, keselamatan dan kekukuhan

mereka. Pengawalselia BNM menjalankan semakan di dalam (on-site) dan di luar (off-site)

institusi anggota dan menyediakan penarafan keseluruhan institusi anggota yang disemak

secara berkala.

Selain daripada keadaan kewangan, pengawalselia juga menilai dasar pengurusan risiko,

urus tadbir, perancangan strategi dan sistem maklumat institusi anggota. Kemudian,

penarafan pengawalselia diberi kepada institusi anggota oleh BNM sebagai penunjuk

kepada keadaan mereka. Oleh yang demikian, PIDM berpendapat bahawa pengawalselia

mempunyai maklumat terus daripada institusi anggota, memantau mereka secara dekat

dan memahami operasi dan profil risiko mereka secara menyeluruh.

Penunjuk Kriteria

Kriteria yang digunakan adalah berdasarkan kepada penarafan pengawalselia yang

disediakan oleh BNM. BNM menyediakan penarafan pengawalselia ini secara tetap. PIDM

akan menggunakan penarafan yang disediakan oleh BNM bagi tahun taksiran sehingga 31

Disember tahun taksiran sebelumnya untuk menentukan markah bagi tujuan premium bagi

sesuatu tahun taksiran.

Skop Aplikasi

Institusi anggota Islam dan konvensional akan dinilai dengan menggunakan set kriteria

yang sama.

Sumber Penunjuk

Penarafan pengawalselia diberikan kepada institusi anggota oleh BNM sebagai penunjuk

kepada keadaan kewangan, keselamatan dan kekukuhan mereka. Bagi CDIC, penarafan

Page 45: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 42

pengawalselia juga merupakan suatu faktor utama di dalam DPSnya dengan wajaran yang

tinggi dalam pemarkahan.

Kategori Markah

Sesebuah institusi anggota akan diberikan markah seperti dalam jadual di bawah:

JADUAL 15: JULAT MARKAH BAGI KRITERIA PENARAFAN PENGAWALSELIA

Penarafan Pengawalselia

Julat Keputusan Markah

Penarafan Pengawalselia 1 atau yang setara 35

Penarafan Pengawalselia 2 atau yang setara 28

Penarafan Pengawalselia 3 atau yang setara 14

Penarafan Pengawalselia 4 atau 5 atau yang setara 0

MAKLUMAT LAIN

Rasional

Kriteria ini adalah untuk melengkapi penarafan pengawalselia. Markah bagi kriteria ini akan

diberikan oleh PIDM berdasarkan kepada penerimaan maklumat yang berkaitan dengan

keselamatan, kekukuhan, kedudukan kewangan dan daya maju sesebuah institusi anggota.

Dalam membuat penilaian ke atas institusi anggota berdasarkan kepada kriteria ini, PIDM

memberi penekanan kepada situasi yang penting dan genting yang digambarkan oleh

maklumat atau tindakan penguatkuasaan, iaitu samada ianya merupakan suatu ancaman

atau membawa kesan yang besar terhadap keselamatan, kekukuhan atau daya maju

institusi anggota tersebut.

Kriteria Penilaian

Institusi anggota dinilai berdasarkan kepada kriteria berikut:

(a) Maklumat yang diterima daripada pengawalselia berkaitan sesebuah institusi

anggota atau syarikat yang mempunyai hubung kait dengannya, seperti komitmen,

surat akujanji, resolusi lembaga pengarah, surat amaran, teguran dan sebagainya;

Page 46: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 43

(b) Pelan tindakan institusi anggota bagi menangani kelemahan dalam prestasi dan

pencapaian institusi anggota behubung komitmen dan surat akujanji;

(c) Ulasan dan penarafan oleh agensi penarafan;

(d) Sama ada institusi anggota menerima bantuan kewangan daripada PIDM atau BNM;

dan

(e) Maklumat lain yang berkaitan yang mungkin diterima oleh PIDM.

Skop Aplikasi

Institusi anggota Islam dan konvensional akan dinilai dengan menggunakan set kriteria

yang sama.

Sumber Penunjuk

Kriteria ini digunakan oleh CDIC dalam DPSnya. Biasanya, maklumat tersebut juga akan

digunakan oleh pengawalselia dan agensi penarafan dalam membuat penilaian ke atas

risiko perniagaan sesebuah institusi.

Kategori Markah

Markah akan ditentukan seperti yang tertera di dalam jadual di bawah:

JADUAL 16: JULAT MARKAH BAGI KRITERIA MAKLUMAT LAIN

Kriteria Maklumat Lain

Kriteria Penilaian Markah

Pada 30 April tahun taksiran, tiada sebarang maklumat yang diterima oleh

PIDM berkaitan keadaan yang merupakan suatu ancaman atau memberi kesan

yang besar kepada keselamatan, kekukuhan, kedudukan kewangan atau daya

maju institusi anggota tersebut.

5

Pada 30 April tahun taksiran, PIDM menerima maklumat berkaitan keadaan

yang merupakan suatu ancaman atau mungkin boleh memberi kesan yang

besar kepada keselamatan, kekukuhan, kedudukan kewangan atau daya maju

institusi anggota tersebut.

3

Pada 30 April tahun taksiran, PIDM menerima maklumat berkaitan keadaan

yang memberi kesan yang besar kepada keselamatan, kekukuhan, kedudukan

kewangan atau daya maju institusi anggota tersebut.

0

Page 47: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 44

LAMPIRAN III: ILUSTRASI

ILUSTRASI 1: PEMARKAHAN DPS DAN KATEGORI PREMIUM

JADUAL 17: PENGIRAAN JUMLAH MARKAH DPS UNTUK INSTITUSI ANGGOTA M

Kriteria Markah

Maksimum

Markah

Institusi

Anggota M

Kuantitatif

1. Nisbah Modal Berwajaran Risiko 8 5

2. Nisbah Modal Teras 8 5

3. Nisbah “Leverage” 4 2

4. Pulangan atas Aset Berwajaran Risiko 8 5

5. Min Volatiliti Pulangan yang Dilaraskan 7 4

6. Nisbah Keefisienan 5 5

7. Nisbah NPL kepada Modal Asas 5 3

8. Nisbah NPL Kasar dan Pinjaman Tertunggak

kepada Pinjaman Kasar 5 3

9. Nisbah Agregat Penumpuan Aset Mengikut

Sektor; dan Nisbah Penumpuan Aset Harta

Kediaman

5 3

10. Nisbah Aset Berwajaran Risiko kepada Jumlah

Aset; dan Nisbah Pertumbuhan Jumlah Aset 5 3

Jumlah Markah Kuantitatif 60 38

Kualitatif

11. Penarafan Pengawalselia 35 28

12. Maklumat Lain 5 5

Jumlah Markah Kualitatif 40 33

Jumlah Markah DPS 100 71

Jadual berikut menunjukkan jumlah markah DPS bagi Institusi Anggota M:

JADUAL 18: JUMLAH MARKAH DPS BAGI INSTITUSI ANGGOTA M

Keterangan Markah

Jumlah Markah Kuantitatif 38 (tambah) Jumlah Markah Kualitatif + 33

Jumlah Markah DPS 71

Page 48: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 45

JADUAL 19: JULAT MARKAH DAN KATEGORI PREMIUM

Markah Kategori Premium

≥ 85 1

≥ 65 tetapi < 85 2

≥ 50 tetapi < 65 3

< 50 4

Berdasarkan Jadual 19, Institusi Anggota M akan dikategorikan di dalam Kategori 2.

ILUSTRASI 2 : KETIDAKCUKUPAN MAKLUMAT KUANTITATIF

Sekiranya sesebuah institusi anggota tidak mempunyai maklumat bagi pengiraan kriteria

pulangan atas aset berwajaran risiko, min volatiliti pulangan yang dilaraskan dan

pertumbuhan jumlah aset, markah bagi kriteria tersebut akan dikira seperti berikut:

JADUAL 20: PENGIRAAN JUMLAH MARKAH KUANTITATIF BAGI INSTITUSI ANGGOTA M –KETIDAKCUKUPAN MAKLUMAT KUANTITATIF

Kriteria Markah

Maksimum Markah Institusi

Anggota M

Kuantitatif

1. Nisbah Modal Berwajaran Risiko 8 5 2. Nisbah Modal Teras 8 5 3. Nisbah “Leverage” 4 2 4. Pulangan atas Aset Berwajaran Risiko 8 *TM 5. Min Volatiliti Pulangan yang Dilaraskan 7 *TM 6. Nisbah Keefisienan 5 5 7. Nisbah NPL kepada Modal Asas 5 3 8. Nisbah NPL Kasar dan Pinjaman Tertunggak

kepada Pinjaman Kasar 5 3

9. Nisbah Agregat Penumpuan Aset Mengikut Sektor; dan Nisbah Penumpuan Aset Harta Kediaman

5 3

10. Nisbah Aset Berwajaran Risiko kepada Jumlah Aset; dan Nisbah Pertumbuhan Jumlah Aset

5 *TM

Jumlah Markah Kuantitatif 60 **Nota

Kualitatif

11. Penarafan Pengawalselia 35 28

12. Maklumat Lain 5 5

Jumlah Markah Kualitatif 40 33

Nota:

* TM bermaksud tiada maklumat.

Page 49: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 46

Merujuk kepada perenggan 13.5 (Ketidakcukupan Maklumat Kuantitatif), dinyatakan di

bawah ini markah kuantitatif berkadar bagi kriteria yang tiada maklumat yang mencukupi

(item 4, 5 dan 10):

[ 26 / (60-20) ] * 20 = 13

Jadual di bawah menunjukkan jumlah markah DPS bagi Institusi Anggota M:

JADUAL 21: JUMLAH MARKAH DPS BAGI INSTITUSI ANGGOTA M

Keterangan Markah

Markah kuantitatif bagi kriteria dengan maklumat yang mencukupi 26

(tambah) Markah kuantitatif berkadar bagi kriteria yang tiada

maklumat yang mencukupi

+ 13

Jumlah Markah Kuantitatif 39

(tambah) Jumlah Markah Kualitatif + 33

Jumlah Markah DPS 72

JADUAL 22: JULAT MARKAH DAN KATEGORI PREMIUM

Markah Kategori Premium

≥ 85 1

≥ 65 tetapi < 85 2

≥ 50 tetapi < 65 3

< 50 4

Berdasarkan Jadual 22, Institusi Anggota M akan dikategorikan di dalam Kategori 2.

Page 50: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 47

BAHAGIAN E: DRAF PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT

MALAYSIA (SISTEM PREMIUM BERBEZA) 2007 (“DRAF PERATURAN-

PERATURAN”)

AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

(SISTEM PREMIUM BERBEZA) 2007 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 48 dan 100 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 [Akta 642], Perbadanan, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Sistem Premium Berbeza) 2007. (2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada [ ] 2007. Tafsiran 2. Dalam Peraturan-Peraturan ini –

“Akta” ertinya Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005;

“institusi anggota digabung” ertinya suatu institusi anggota yang terbentuk daripada perolehan satu institusi anggota oleh institusi anggota lain atau percantuman dua atau lebih institusi anggota pada bila-bila masa dari 1 Jun tahun taksiran yang sebelumnya hingga 31 Mei suatu tahun taksiran;

“institusi anggota yang bergabung”, berhubung dengan suatu penggabungan atau percantuman, ertinya salah satu daripada institusi anggota berikut yang terlibat dalam penggabungan atau percantuman tersebut dan institusi anggota itu mendapat jumlah markah kriteria yang paling tinggi untuk tahun taksiran yang disebut di bawah perenggan 40:

(a) suatu institusi anggota yang diperolehi institusi anggota lain;

(b) suatu institusi anggota yang memperolehi institusi anggota lain; atau

(c) suatu institusi anggota yang terlibat dalam percantuman dua atau lebih institusi anggota;

Page 51: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 48

“institusi anggota baru” ertinya –

(a) suatu institusi kewangan yang telah menjadi institusi anggota menurut subseksyen 37(2) Akta untuk tempoh 12 bulan atau kurang, tempoh itu berakhir pada 31 Disember tahun taksiran pertama institusi anggota itu; dan

(b) hendaklah tidak termasuk suatu institusi anggota digabung atau sebarang

institusi anggota yang bergabung atau suatu bank Islam yang berasal daripada skim perbankan Islam suatu bank berlesen;

“skim perbankan Islam” ertinya perniagaan bank Islam atau perniagaan kewangan

Islam suatu bank berlesen sebagaimana ditafsirkan di bawah Akta Bank Dan Institusi Kewangan 1989;

“kriteria kuantitatif” ertinya set faktor yang tersenarai dalam perenggan 6; “kriteria kualitatif” ertinya set faktor yang tersenarai dalam perenggan 18; “faktor” ertinya salah satu daripada faktor yang membentuk kriteria kuantitatif atau

kriteria kualitatif, mana-mana yang berkenaan; “nisbah” ertinya suatu faktor kuantitatif, dan secara khusus, suatu nisbah yang

tersenarai dalam perenggan 6; “nisbah modal berwajaran risiko” adalah bersamaan modal asas suatu institusi

anggota dibahagi dengan jumlah aset berwajarannya, dan hasil nisbah disebut sebagai peratusan;

“nisbah modal teras” adalah bersamaan modal teras suatu institusi anggota dibahagi

dengan jumlah aset berwajarannya, dan hasil nisbah disebut sebagai peratusan;

“nisbah leveraj” adalah bersamaan modal teras suatu institusi anggota dibahagi dengan jumlah asetnya, dan hasil nisbah disebut sebagai peratusan;

“keuntungan” ertinya keuntungan atau kerugian selepas cukai dan zakat suatu

institusi anggota, tanpa mengambilkira keuntungan atau kerugian luar biasa institusi anggota itu;

“pulangan atas aset berwajaran risiko” adalah bersamaan keuntungan suatu institusi

anggota dibahagi dengan purata aset berwajaran risikonya, dan hasil nisbah disebut sebagai peratusan;

“min volatiliti pulangan yang dilaraskan” adalah bersamaan sisihan piawai separa keuntungan suatu institusi anggota bagi tempoh tiga tahun dibahagi dengan min keuntungannya bagi tempoh yang sama;

Page 52: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 49

“nisbah kecekapan” adalah bersamaan perbelanjaan overhed suatu institusi anggota

dibahagi dengan jumlah pendapatannya, dan hasil nisbah disebut sebagai peratusan; “pinjaman”, berhubung dengan suatu institusi anggota yang memberi sebarang

kemudahan pembiayaan Islam, ertinya kemudahan pembiayaan Islam itu;

“tak berbayar”, berhubung dengan suatu pinjaman, ertinya pinjaman yang telah

tidak berbayar selama tiga bulan atau lebih; “nisbah pinjaman tak berbayar bersih kepada modal asas” adalah bersamaan

pinjaman tak berbayar bersih suatu institusi anggota dibahagi dengan modal asasnya, dan hasil nisbah disebut sebagai peratusan;

“nisbah pinjaman tak berbayar kasar dan pinjaman tertunggak kepada pinjaman

kasar” adalah bersamaan jumlah purata pinjaman tak berbayar kasar dicampur dengan purata pinjaman tertunggak bagi tempoh enam puluh hari hingga lapan puluh sembilan hari, dibahagi dengan purata pinjaman kasar, dan hasil nisbah disebut sebagai peratusan;

“nisbah agregat konsentrasi aset mengikut sektor” adalah bersamaan – (a) jumlah segala pinjaman suatu institusi anggota kepada sektor spesifik yang

ditentukan oleh Bank Negara Malaysia atau Perbadanan, setiap pinjaman melebihi empat puluh peratus daripada modal asasnya; dan

(b) jumlah tersebut dibahagi dengan modal asas institusi anggota itu; dan hasil nisbah disebut sebagai peratusan; “nisbah konsentrasi aset harta kediaman” adalah bersamaan pinjaman suatu

institusi anggota bagi tujuan pembelian harta kediaman dibahagi dengan modal asas institusi anggota itu, dan hasil nisbah disebut sebagai peratusan;

“jumlah aset”, berhubung dengan nisbah aset berwajaran risiko kepada jumlah aset

dan nisbah jumlah pertumbuhan aset, ertinya jumlah aset di dalam lembaran imbangan dicampur dengan nilai kesetaraan kredit item di luar lembaran imbangan suatu institusi anggota;

“nisbah aset berwajaran risiko kepada jumlah aset” adalah bersamaan asset

berwajaran risiko suatu institusi anggota dibahagi dengan jumlah asetnya, dan hasil nisbah disebut sebagai peratusan;

“nisbah jumlah pertumbuhan aset” adalah bersamaan purata bergerak jumlah

pertumbuhan aset suatu institusi anggota bagi tempoh tiga tahun sebelumnya, dan hasil nisbah disebut sebagai peratusan; dan

Page 53: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 50

“penarafan pengawalselia” ertinya suatu penarafan atau pentaksiran institusi anggota oleh Bank Negara Malaysia berkaitan keselamatan dan kekukuhan institusi anggota termasuk keadaan kewangannya.

3. (1) Melainkan diperuntukkan sebaliknya dalam Peraturan-Peraturan ini, terma dan sebutan yang berkenaan dengan nisbah mempunyai maksud yang sama dengan terma dan sebutan yang digunakan dalam garis panduan relevan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia.

(2) Suatu sebutan dalam Peraturan-Peraturan ini tentang garis panduan yang

dibuat oleh Bank Negara Malaysia adalah sebutan tentang garis panduan itu sebagaimana yang dipinda setakat 31 Disember tahun taksiran sebelumnya atau garis panduan terkemudian sebagaimana yang boleh disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Perbadanan.

4. Melainkan diperuntukkan sebaliknya dalam Peraturan-Peraturan ini, suatu sebutan dalam Peraturan-Peraturan ini tentang suatu institusi anggota termasuklah sebarang institusi anggota samada suatu institusi anggota baru atau suatu institusi anggota digabung atau selainnya.

Kriteria untuk memutuskan kategori premium

5. Kriteria kuantitatif dan kriteria kualitatif hendaklah digunakan oleh Perbadanan untuk mentaksir dan memutuskan kategori premium yang suatu institusi anggota dikelaskan bagi suatu tahun taksiran.

Kriteria dan faktor kuantitatif

6. Kriteria kuantitatif hendaklah mengambilkira faktor modal, keuntungan, kecekapan, dan kualiti, konsentrasi serta pertumbuhan aset sebagaimana yang diukur oleh nisbah berikut:

(a) nisbah modal berwajaran risiko; (b) nisbah modal teras;

(c) nisbah leveraj;

(d) pulangan atas aset berwajaran risiko;

(e) min volatiliti pulangan yang dilaraskan;

(f) nisbah kecekapan;

Page 54: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 51

(g) nisbah pinjaman tak berbayar bersih kepada modal asas; (h) nisbah pinjaman tak berbayar kasar dan pinjaman tertunggak kepada

pinjaman kasar;

(i) nisbah agregat konsentrasi aset mengikut sektor;

(j) nisbah konsentrasi aset harta kediaman;

(k) nisbah aset berwajaran risiko kepada jumlah aset; dan

(l) nisbah jumlah pertumbuhan aset. 7. Bagi setiap tahun taksiran, pengiraan setiap nisbah hendaklah berdasarkan maklumat kewangan suatu institusi anggota setakat 31 Disember tahun taksiran sebelumnya.

Markah untuk nisbah modal berwajaran risiko

8. Markah yang boleh dipakai suatu institusi anggota untuk nisbah modal berwajaran risiko adalah seperti berikut:

Nisbah Modal Berwajaran Risiko Markah

Sama dengan atau lebih dari 12% 8

Sama dengan atau lebih dari 10% tetapi kurang dari 12% 5

Sama dengan atau lebih dari 8% tetapi kurang dari 10% 2

Kurang dari 8% 0

Markah untuk nisbah modal teras

9. Markah yang boleh dipakai suatu institusi anggota untuk nisbah modal teras adalah seperti berikut:

Nisbah Modal Teras Markah

Sama dengan atau lebih dari 10% 8

Sama dengan atau lebih dari 8% tetapi kurang dari 10% 5

Sama dengan atau lebih dari 4% tetapi kurang dari 8% 2

Kurang dari 4% 0

Page 55: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 52

Markah untuk nisbah leveraj 10. Markah yang boleh dipakai suatu institusi anggota untuk nisbah leveraj adalah seperti berikut:

Nisbah Leveraj Markah

Sama dengan atau lebih dari 8% 4

Sama dengan atau lebih dari 6% tetapi kurang dari 8% 2

Sama dengan atau lebih dari 4% tetapi kurang dari 6% 1

Kurang dari 4% 0

Markah untuk pulangan atas aset berwajaran risiko

11. Markah yang boleh dipakai suatu institusi anggota untuk pulangan atas asset berwajaran risiko adalah seperti berikut:

Pulangan Atas Aset Berwajaran Risiko Markah

Sama dengan atau lebih dari 3% 8

Sama dengan atau lebih dari 2% tetapi kurang dari 3% 5

Sama dengan atau lebih dari 1% tetapi kurang dari 2% 2

Kurang dari 1% 0

Markah untuk min volatiliti pulangan yang dilaraskan 12. Markah yang boleh dipakai suatu institusi anggota untuk min volatiliti pulangan yang dilaraskan adalah seperti berikut:

Min Volatiliti Pulangan Yang Dilaraskan Markah

Sama dengan atau lebih dari 0 tetapi sama dengan atau kurang dari 0.3 7

Lebih dari 0.3 tetapi sama dengan atau kurang dari 0.7 4

Lebih dari 0.7 0

Negatif atau min keuntungan ialah sifar 0

Page 56: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 53

Markah untuk nisbah kecekapan 13. Markah yang boleh dipakai suatu institusi anggota untuk nisbah kecekapan adalah seperti berikut:

Nisbah Kecekapan Markah

Sama dengan atau kurang dari 35% 5

Lebih dari 35% tetapi sama dengan atau kurang dari 45% 3

Lebih dari 45% 0

Markah untuk nisbah pinjaman tak berbayar bersih kepada modal asas 14. Markah yang boleh dipakai suatu institusi anggota untuk nisbah pinjaman tak berbayar bersih kepada modal asas adalah seperti berikut:

Nisbah Pinjaman Tak Berbayar Bersih Kepada Modal Asas Markah

Sama dengan atau kurang dari 20% 5

Lebih dari 20% tetapi sama dengan atau kurang dari 40% 3

Lebih dari 40% tetapi sama dengan atau kurang dari 60% 1

Lebih dari 60% 0

Markah untuk nisbah pinjaman tak berbayar kasar dan pinjaman tertunggak kepada pinjaman kasar

15. Markah yang boleh dipakai suatu institusi anggota untuk nisbah pinjaman tak berbayar kasar dan pinjaman tertunggak kepada pinjaman kasar adalah seperti berikut:

Nisbah Pinjaman Tak Berbayar Kasar Dan

Pinjaman Tertunggak Kepada Pinjaman Kasar Markah

Sama dengan atau kurang dari 6% 5

Lebih dari 6% tetapi sama dengan atau kurang dari 12% 3

Lebih dari 12% 1

Markah untuk nisbah agregat konsentrasi aset mengikut sektor dan nisbah konsentrasi aset harta kediaman

16. Markah bergabung yang boleh dipakai suatu institusi anggota untuk kedua-dua nisbah agregat konsentrasi aset mengikut sektor dan nisbah konsentrasi aset harta kediaman adalah seperti berikut:

Page 57: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 54

Nisbah Agregat Konsentrasi Aset

Mengikut Sektor Nisbah Konsentrasi

Aset Harta Kediaman Markah

Kurang dari 150% Kurang dari 240% 5

Kurang dari 150% Sama dengan atau lebih dari 240% 4

Sama dengan atau lebih dari 150% tetapi kurang dari 300%

Kurang dari 240%

3

Sama dengan atau lebih dari 150% tetapi kurang dari 300%

Sama dengan atau lebih dari 240%

2

Sama dengan atau lebih dari 300% Kurang dari 240% 1

Sama dengan atau lebih dari 300% Sama dengan atau lebih dari 240% 0

Markah untuk nisbah aset berwajaran risiko kepada jumlah aset dan nisbah jumlah pertumbuhan aset 17. Markah bergabung yang boleh dipakai suatu institusi anggota untuk kedua-dua nisbah aset berwajaran risiko kepada jumlah aset dan nisbah jumlah pertumbuhan aset adalah seperti berikut:

Nisbah Aset Berwajaran Risiko

Kepada Jumlah Aset Nisbah Jumlah Pertumbuhan Aset Markah

Kurang dari 70% Kurang dari 20% 5

Kurang dari 70% Sama dengan atau lebih dari 20% 3

Sama dengan atau lebih dari 70% Kurang dari 20% 1

Sama dengan atau lebih dari 70% Sama dengan atau lebih dari 20% 0

Kriteria dan faktor kualitatif

18. Kriteria kualitatif hendaklah mengambilkira faktor berikut:

(a) penarafan pengawalselia suatu institusi anggota;

(b) sebarang tindakan yang diambil oleh sebarang pihak berkuasa kawal selia atau pihak berkuasa lain terhadap institusi anggota itu atau sebarang perbadanan yang berkaitan dengan institusi anggota itu termasuk tetapi tidak terbatas kepada suatu notis atau perintah berkaitan sebarang kekurangan atau ketidakpatuhan yang berkenaan dengan institusi anggota itu atau perbadanan tersebut, suatu amaran formal atau suatu kehendak untuk pengeluaran suatu surat akujanji atau komitmen atau suatu resolusi lembaga pengarah;

Page 58: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 55

(c) sebarang pelan pembetulan atau tindakan institusi anggota itu atau perbadanan tersebut untuk menangani tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa di bawah subperenggan (b) termasuk tetapi tidak terbatas kepada laporan kemajuan tentang pelaksanaan terma surat akujanji atau komitmen atau resolusi lembaga pengarah oleh institusi anggota itu;

(d) sebarang penarafan atau pentaksiran institusi anggota oleh sebarang

agensi penarafan samada berkaitan kedudukan kredit institusi anggota itu atau keadaan kewangannya atau selainnya;

(e) samada institusi anggota itu telah atau sedang menerima sebarang bentuk

pertolongan daripada Bank Negara Malaysia or Perbadanan, samada dalam bentuk kewangan atau selainnya; dan

(f) sebarang maklumat lain yang diberikan kepada Perbadanan atau yang

telah datang kepada perhatian Perbadanan tentang institusi anggota itu atau sebarang perbadanan yang berkaitan dengan institusi anggota itu yang boleh mengancam atau member kesan terhadap keadaan kewangan atau keselamatan atau kekukuhan atau daya maju institusi anggota itu.

19. Bagi setiap tahun taksiran, Perbadanan hendaklah mentaksir dan memutuskan markah institusi anggota untuk kriteria kualitatif berdasarkan maklumat relevan yang ada pada Perbadanan setakat:

(a) 31 Disember tahun taksiran sebelumnya; atau

(b) sebarang tempoh lain sebagaimana yang boleh disifatkan perlu atau suai

manfaat oleh Perbadanan.

Markah untuk penarafan pengawalselia

20. Markah yang boleh dipakai suatu institusi anggota untuk penarafan pengawalselia adalah seperti berikut:

Penarafan Pengawalselia Markah

Penarafan 1 atau yang setara 35

Penarafan 2 atau yang setara 28

Penarafan 3 atau yang setara 14

Penarafan 4 atau yang setara 0

Penarafan 5 atau yang setara 0

Page 59: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 56

Markah untuk faktor kualitatif selain daripada penarafan pengawalselia

21. Markah yang boleh dipakai suatu institusi anggota untuk faktor kualitatif yang ditaksirkan di bawah perenggan 18, selain daripada penarafan pengawalselia, adalah seperti berikut:

Taksiran Maklumat Markah

Setakat 30 April suatu tahun taksiran, tiada maklumat telah datang kepada perhatian Perbadanan mengenai sebarang keadaan yang merupakan suatu ancaman terhadap atau memberi kesan material terhadap keadaan kewangan atau keselamatan atau kekukuhan atau daya maju institusi anggota.

5

Setakat 30 April suatu tahun taksiran, ada maklumat telah datang kepada perhatian Perbadanan mengenai keadaan yang merupakan suatu ancaman terhadap atau boleh memberi kesan material terhadap keadaan kewangan atau keselamatan atau kekukuhan atau daya maju institusi anggota.

3

Setakat 30 April suatu tahun taksiran, ada maklumat telah datang kepada perhatian Perbadanan mengenai keadaan yang memberi kesan material terhadap keadaan kewangan atau keselamatan atau kekukuhan atau daya maju institusi anggota.

0

Markah maksimum di bawah sistem premium berbeza 22. Markah maksimum untuk kriteria kuantitatif, kriteria kualitatif dan faktor masing- masing adalah seperti berikut:

Page 60: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 57

Markah Maksimum Kriteria Kuantitatif - 60 Modal: - 20

Nisbah modal berwajaran risiko 8 - Nisbah modal teras 8 - Nisbah leveraj 4 -

Keuntungan: - 15 Pulangan atas aset berwajaran risiko 8 - Min volatility pulangan yang dilaraskan 7 -

Kecekapan: - 5 Nisbah kecekapan 5 -

Kualiti aset: - 10

Nisbah pinjaman tak terbayar bersih kepada modal asas

5 -

Nisbah pinjaman tak terbayar kasar dan pinjaman tertunggak kepada pinjaman kasar

5 -

Konsentrasi aset: - 5 Nisbah agregat konsentrasi aset mengikut sektor dan nisbah konsentrasi aset harta kediaman

5 -

Pertumbuhan aset: - 5

Nisbah aset berwajaran risiko kepada jumlah aset dan nisbah jumlah pertumbuhan aset

5 -

Kriteria Kualitatif - 40 Penarafan pengawalselia 35 - Faktor kualitatif lain di bawah perenggan 18 5 -

Jumlah Markah Kriteria - 100 23. Jumlah markah kriteria adalah jumlah markah untuk kriteria kuantitatif dicampur dengan markah untuk kriteria kualitatif.

Kategori premium 24. Kategori premium suatu institusi anggota bagi suatu tahun taksiran hendaklah sepadan dengan jumlah markah kriterianya untuk tahun taksiran itu seperti berikut:

Jumlah Markah Kriteria Kategori Premium

Sama dengan atau lebih dari 85 1

Sama dengan atau lebih dari 65 tetapi kurang dari 85 2

Sama dengan atau lebih dari 50 tetapi kurang dari 65

3

Kurang dari 50 4

Page 61: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 58

Kadar premium 25. Kadar premium yang boleh dipakai untuk setiap kategori premium adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan. Pengemukaan kepada Perbadanan 26. Pada atau sebelum 30 April setiap tahun taksiran, setiap institusi anggota, selain daripada suatu institusi anggota baru dalam tahun taksiran pertama, hendaklah mengemukakan maklumat kuantitatif sebagaimana yang boleh dikehendaki Perbadanan bagi tujuan mengira nisbah bagi tahun taksiran itu. 27. Walau apa pun sebarang peruntukan lain dalam Peraturan-Peraturan ini, di mana suatu institusi anggota gagal mengemukakan kepada Perbadanan maklumat kuantitatif yang dikehendaki pada atau sebelum 30 April setiap tahun taksiran, Perbadanan boleh mentaksir dan memutuskan markah institusi anggota itu yang berkenaan dengan kriteria kuantitatif bagi tahun taksiran itu dengan menggunakan sebarang maklumat relevan yang ada pada Perbadanan. 28. Bagi tahun taksiran pertama, suatu institusi anggota baru hendaklah mengemukakan maklumat kuantitatif sebagaimana yang boleh dikehendaki Perbadanan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh ia menjadi anggota menurut subseksyen 37(2) Akta. 29. Sebarang maklumat yang diberi kepada Perbadanan hendaklah dibuat dalam bentuk dan cara lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Perbadanan. Taksiran dan pengkelasan premium 30. (1) Bagi setiap tahun taksiran, Perbadanan hendaklah mentaksir dan memutuskan perkara berikut menurut perenggan 22, 24, dan 25 masing-masing:

(a) markah suatu institusi anggota di bawah sistem premium berbeza bagi tahun taksiran itu;

(b) kategori premium yang institusi anggota itu dikelaskan bagi tahun taksiran

itu; dan

(c) kadar premium yang boleh dipakai institusi anggota itu bagi tahun taksiran itu.

(2) Melainkan suatu rayuan dibuat sewajarnya oleh institusi anggota itu

menurut perenggan 35, sebarang keputusan Perbadanan yang berkenaan dengan markah atau pengkelasan kategori premium atau kadar premium yang boleh dipakai adalah mutakhir dan muktamad.

Page 62: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 59

(3) Di mana institusi anggota itu adalah suatu bank berlesen yang menjalankan skim perbankan Islam selain daripada perniagaan berlesennya:

(a) skim perbankan Islam dan perniagaan berlesen dalam bank berlesen itu hendaklah mendapat markah berasingan; dan

(b) bank berlesen itu boleh dikelaskan dalam kategori premium yang sama

atau berbeza berkenaan dengan skim perbankan Islam dan perniagaan berlesennya.

31. Walau apa pun sebarang peruntukan lain dalam Peraturan-Peraturan ini, amaun premium pertama atau sebarang premium tahunan yang kena dibayar oleh suatu institusi anggota bagi sebarang tahun taksiran hendaklah tidak kurang daripada dua ratus dan lima puluh ribu ringgit. Pemberitahuan oleh Perbadanan 32. Pada atau sebelum 30 April setiap tahun taksiran, yang berkenaan dengan premium tahunan yang kena dibayar oleh suatu institusi anggota, Perbadanan hendaklah memberitahu institusi anggota itu tentang markah di bawah sistem premium berbeza, kategori premium dan kadar premium yang boleh dipakai institusi anggota itu bagi tahun taksiran itu. 33. Premium tahunan yang kena dibayar oleh suatu institusi anggota bagi setiap tahun taksiran hendaklah dibayar kepada Perbadanan pada atau sebelum 31 Mei tahun taksiran itu. 34. (1) Suatu institusi anggota baru hendaklah dikelaskan dalam kategori premium 1 bagi tahun taksiran pertama dan hendaklah membayar kepada Perbadanan premium pertama dalam masa tiga puluh hari dari tarikh ia menjadi anggota menurut subseksyen 37(2) Akta.

(2) Institusi anggota baru itu hendaklah dikelaskan dalam kategori premium 1 bagi tahun taksiran kedua dan hendaklah membayar kepada Perbadanan premium tahunan yang boleh dipakai institusi anggota baru itu pada atau sebelum 31 Mei tahun taksiran itu. Rayuan kepada Perbadanan 35. (1) Tertakluk kepada subperenggan (1)(a) dan (1)(b), suatu institusi anggota boleh merayu secara bertulis terhadap markahnya sebagaimana yang diberitahu oleh Perbadanan menurut perenggan 32:

(a) rayuan itu atau alasannya hendaklah berdasarkan suatu kesilapan dalam maklumat kuantitatif yang diberi kepada Perbadanan oleh institusi anggota itu

Page 63: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 60

atau suatu kesilapan dalam pengiraan kriteria kuantitatif atau sebarang nisbah oleh Perbadanan atau mengenai taksiran oleh Perbadanan tentang factor kualitatif di bawah perenggan 18 selain daripada penarafan pengawalselia; dan

(b) institusi anggota itu hendaklah mengemukakan rayuan bertulis itu kepada

Perbadanan selepas 31 Mei tahun taksiran itu tetapi sebelum 1 September tahun taksiran itu.

(2) Rayuan bertulis oleh institusi anggota itu hendaklah dibuat dalam bentuk dan

cara lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Perbadanan. 36. (1) Perbadanan hendaklah memberitahu keputusannya terhadap rayuan yang dibuat oleh institusi anggota itu pada atau sebelum 30 September tahun taksiran itu atau pada sebarang tarikh lain sebagaimana yang boleh disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Perbadanan.

(2) Perbadanan boleh mengubah kategori premium institusi anggota itu bagi tahun taksiran itu sekiranya keputusan Perbadanan memerlukan perubahan itu.

(3) Di mana Perbadanan memutuskan terdapat perbezaan dalam amaun sebarang premium yang kena dibayar oleh institusi anggota itu, institusi anggota itu hendaklah membayar kepada Perbadanan atau Perbadanan hendaklah membayar balik atau selainnya kredit ke dalam akaun institusi anggota itu perbezaan amaun itu, mana-mana yang berkenaan.

(4) Sebarang keputusan Perbadanan yang berkenaan dengan rayuan atau penukaran kategori premium atau perbezaan premium adalah mutakhir dan muktamad. Tempoh peralihan kepada sistem premium berbeza 37. Bagi tahun taksiran bermula pada 1 Januari 2008 dan berakhir pada 31 Disember 2008 sahaja, jumlah markah untuk kriteria kuantitatif yang berkenaan dengan suatu institusi anggota, selain daripada suatu institusi anggota baru, hendaklah dilaraskan ke atas sehingga sepuluh peratus dari jumlah markah itu. 38. Walau apa pun perenggan 37, markah yang telah dilaraskan untuk kriteria kuantitatif itu hendaklah tidak melebihi enam puluh. Maklumat kuantitatif tidak mencukupi 39. Berkenaan dengan suatu institusi anggota yang mempunyai maklumat kuantitatif yang tidak mencukupi bagi tujuan mengira satu atau lebih nisbah, markah untuk satu nisbah atau markah bergabung untuk segala nisbah itu hendaklah dikira menggunakan cara seperti berikut:

Page 64: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 61

[A ÷ (60 – B)] x B

di mana, A adalah jumlah segala markah untuk segala nisbah yang mempunyai maklumat kuantitatif, dan B adalah markah maksimum untuk satu nisbah atau jumlah markah maksimum untuk segala nisbah yang tidak mempunyai maklumat kuantitatif.

Institusi anggota digabung 40. Bagi tujuan perenggan 41 dan 42, suatu sebutan di dalamnya tentang suatu tahun taksiran adalah sebutan tentang satu tahun taksiran sahaja sejurus berikutan pembentukan suatu institusi anggota digabung. 41. Berkenaan dengan suatu tahun taksiran di mana suatu institusi anggota digabung terbentuk pada atau sebelum 31 Disember tahun taksiran sebelumnya:

(a) pengiraan setiap nisbah hendaklah berdasarkan maklumat kewangan institusi anggota digabung itu setakat 31 Disember tahun taksiran sebelumnya; dan

(b) markah institusi anggota digabung itu untuk kriteria kualitatif hendaklah

berdasarkan penarafan pengawalselia dan maklumat relevan yang lain tentang institusi anggota digabung itu setakat 31 Disember tahun taksiran sebelumnya atau sebarang tempoh lain sebagaimana yang boleh disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Perbadanan.

42. Berkenaan dengan suatu tahun taksiran di mana suatu institusi anggota digabung terbentuk selepas 31 Disember tahun taksiran sebelumnya, -

(b) pengiraan setiap nisbah hendaklah berdasarkan maklumat kewangan institusi anggota yang bergabung setakat 31 Disember tahun taksiran sebelumnya; dan

(c) markah institusi anggota digabung itu untuk kriteria kualitatif hendaklah

berdasarkan penarafan pengawalselia dan maklumat relevan yang lain tentang institusi anggota yang bergabung setakat 31 Disember tahun taksiran sebelumnya atau sebarang tempoh lain sebagaimana yang boleh disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Perbadanan.

Tiada pendedahan markah, premium dan lain-lain

43. Tiada pengarah, pegawai, pekerja atau ejen suatu institusi anggota atau mana- mana orang yang kerana apa-apa jua sebab mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada sebarang butiran berikut yang berkenaan dengan institusi anggota itu atau apa- apa dokumen, bahan atau maklumat yang mendedahkan atau mengandungi butiran itu, boleh memberi, mengemukakan, menzahirkan atau selainnya mendedahkan kepada mana-mana

Page 65: Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium ... · PDF fileUjian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu ... 9.2.1 Bagi mencapai tahap keobjektifan dan ketelusan

No Rujukan DI/CP2/2007 Dikeluarkan pada 3 Mei 2007

TAJUK Kertas Rundingan Mengenai Rangka Kerja Sistem Premium

Berbeza

Muka Surat 62

orang lain atau menerbitkan sebarang butiran, dokumen, bahan atau maklumat itu kecuali pendedahan itu diperlukan atau dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang atau perintah mahkamah atau bagi tujuan institusi anggota itu melaksanakan tugasnya di bawah atau menjalankan peruntukan mana-mana undang-undang atau mana-mana peraturan, kaedah, perintah, undang-undang kecil, pemberitahuan, garis panduan, pekeliling, nota atau arahan yang dibuat atau dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau Perbadanan:

(a) sebarang markah institusi anggota itu samada berhubungan dengan sebarang kriteria atau faktor atau selainnya;

(b) kategori premium yang institusi anggota itu sedang atau telah dikelaskan;

(c) kadar premium yang sedang atau telah dipakai institusi anggota itu; atau (d) amaun premium yang kena dibayar atau telah dibayar oleh institusi

anggota itu. Dibuat [tarikh] 2007

TAN SRI DATO’ ABDUL AZIZ BIN HAJI TAHA Pengerusi

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia [Untuk dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut subseksyen 100(4) Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005]