kes kajian jual beli di tamu kianggeh
TRANSCRIPT
SY 0201 Muamalat dan Isu Semasa
Tajuk : Kajian di Tamu Kianggeh
Pembentang :Masfitrah binti Abd Metassan (10DT109)
Noorheifeza binti Hamadi (10DT110)Norakedah binti Awang (10DT111)
Nurul Hafizah binti Alliyas (10DT114)Dk. Raidah Aqilah binti Pg. Hj. Azahari (10DT120)
Bab 1: pendahuluan (pengenalan muamalat)Bab 2: Latar belakang kajianBab 3: sejarah Tamu KianggehBab 4:cara dan Metod kajian yang digunakanBab 5: perbincanganBab 6: refleksi kajianBab 7: kesimpulan dan cadangan
Isi kandungan
Bab 1: Pengenalan muamalat
hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia
Umat Islam dikehendaki menggunakan hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan
untuk faedah bersama
kegiatan ekonomi dilaksanakan dengan baik dan mencapai
keredhaan Allah s.w.t.
memenuhi keperluan hidupnya
Mencari harta kekayaan amat digalakkan oleh Islam
Bab 2: latar belakang kajian
Latar Belakang
Adapun tajuk yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah mengenai
kaedah yang telah digunakan untuk berjual beli di salah sebuah tamu di
Negara Brunei Darussalam iaitu Tamu Kianggeh. Kertas kerja ini lebih
menekankan mengenai keadaan, suasana dan tatacara serta prosedur yang mereka
gunakan selama melakukan jual beli ditempat tersebut.
Masalah Kajian
Ia membongkarkan sedikit sebanyak tentang masalah yang dihadapi oleh penjual dan pembeli di Tamu Kianggeh mengenai dengan tatacara, kaedah yang digunakan dan prosedur dalam berjual beli di tempat tersebut. Diantara perkara-perkara yang ingin dibincangkan disini adalah seperti berikut:Tentang keadah-kadeah berjual beli
yang telah diamalkan di Tamu Kianggeh.Tentang harga jualan, barang jualan
serta akad yang lazim digunakan oleh penjual dan pembeli di Tamu Kianggeh tersebut.
OBJEKTIF PENJUAL DAN PEMBELI:
Jual beli: menggunakan akad atau tidak:
Boleh berkomunikasi dengan baikBoleh mengamalkan budaya ramah mesra diantara satu sama lain.
Hutang:
Boleh memudahkan pembeli yang kurang kemampuan.Boleh beramal dengan menolong orang yang susah
Salam dan istisnaa:
Boleh memudahkan para pembeli menempah terlebih awal bagi kesenangan mereka.
Boleh menempah dengan kuantiti sebanyak mana kuantiti yang mereka perlukan
Bab 3: Sejarah
tempat kajian jual beli
nama bekas : Taman Peranginan Sungai Kianggeh
Nama rasmi: Tamu Kianggeh
Lokasi : Pusat Bandar Seri Begawan di tebing sungai
Kianggeh bertentangan dengan kuil cina.
Pentadbiran Kementerian: Kementerian Dalam Negeri
Pejabat Pentadbiran: Pejabat Perbandaran ( Seksyen Pelesenan)
Objektif: untuk memberi peluang dan membantu pengeluar Brunei
untuk menjual produk mereka sendiri
Operasi waktu : 6.00 pagi hingga 6.00petang ( Jumaat adalah hari
kemuncak jual beli)
Peta Tamu Kianggeh
Tamu Kianggeh bermula pada awal 1960-an
pada masa yang sama wujud 'padian' wanita menjual produk mereka di bot
Sejarah juga menyatakan bahawa sekitar tahun 1980-an
Tamu Kianggeh telah digunakan untuk dilawati oleh Ratu Elizabeth dua kali
dan begitu juga dengan anaknya, Putera Charles.
Tarikan utama tamu bukan sahaja harga rendah dan produk berkualiti tingginya
hasil tangan penduduk tempatan yang pengalaman dan memiliki kepakaran
khusus banyak benda yang dijual disini tidak ada didapati di pasaran konvensional
dan pembeli-belah kraftangan boleh mendapat tawaran-tawaran yang
menguntungkan di sini.
pelawat-pelawat yang mahu untuk merasai juadah hidangan Brunei, tamu ialah
tempat terbaik untuk dilawat.
Barang Jualan:
bahan basah bahan kering
Bahan itu boleh didapati sama ada dengan cara borong atau
hasil tanaman mereka.
Bab 4 : Cara dan
Metod Kajian Yang
Digunakan
Sepanjang kami melakukan kajian, kami telah
menggunakan metod temubual secara rambang, terhadap
beberapa penjual dan pembeli yang telah berjualbeli
ditempat tersebut, mengenai dengan perkara yang akan
kami bincangkan iaitu ‘bagaimana cara-cara yang lazim
mereka lakukan apabila berlaku akad jualbeli di tempat
tersebut’.
Hasil daripada kajian yang telah kami jalankan, kami
mendapati mereka menggunakan empat kaedah daripada
lima kaedah yang kami kaji. Alhamdulillah, bagi mereka
yang beragama Islam mereka telah menggunakan kaedah
yang menepati hukum syarak, dan alhamdulillah, orang
yang bukan beragama Islam juga mengikut kaedah
jualbeli di dalam Islam, malahan mereka masing-masing
mengamalkan sikap saling bersedekah dan bantu-
membantu bagi mereka yang dalam kesusahan.
Bab 5: Perbincangan
Tugasan am
Jual beli
2. Hutang
3. Salam4. Bai’ Al-Istisnaa
5. khiyar
TakrifAl-bai’ (jual beli) daripada segi bahasa ialah pertukaran sesuatu
dengan sesuatu, samaada kedua-duanya dalam bentuk benda
atau bukan benda. Allah berfirman :
Maksudnya :
“sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 yang
beriman akan jiwa raga dan harta benda mereka dengan
(balasan) bahwa mereka akan beroleh syurga” .
(At-Taubah: 111)
1. Jual Beli
Kesahihan menurut syarak
Akad jual beli adalah akad yang diakui oleh syarak. Perakuan ini
berpandukan kepada al-quran , sunnah dan juga ijmak ulama.1. Al-quran
Al-quran dengan jelas menghalalkan jual beli ketika
menjawab golongan yang ingkar dan mahu mempertahankan
amalan riba, kerana bagi mereka riba adalah sama seperti
jual beli.Allah swt berfirman :
Maksudnya :
“padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba”.
( Al-BAqarah : 275
2. Sunnah
Terdapat banyak hadis berbentuk
perkataan , perbuatan dan perakuan
Rasulullah saw yang memperakui amalan
para sahabat baginda. Kesemua hadis ini
menjadi dalil bahawa amalan jual beli
diakui oleh syarak.
Rukun jual beliRukun jual beli
ada 5 :
1. penjual
2. pembeli
3. Barang4. Harga
5. Ijab dan
Qabul
Akan tetapi terdapat 3 rukun dalam kontrak jual beli :
Rukun pertama : pihak yang mengikat kontrak
Mereka ialah penjual dan pembeli yang mengikat kontrak menurut
persetujuan mereka berdua. Kedua2 pihak ini perlu memenuhi
syarat2 berikut :
1. Waras ; iaitu baligh , berakal dan boleh menguruskan harta
dengan baik.
2. Bebas membuat pilihan ketika mengikat kontrak.
Maksudnya apabila seseorang menjual atau membeli , dia
melakukannya dengan bebas dan dengan sepenuh hatinya serta
meredai urusan yang ingin dijalankan.
3. Penjual dan pembeli adalah individu yang berlainan.
Maksudnya,mesti wujud dua pihak berlainan yang mengikat
kontrak tersebut ; penjual serta pembeli bukanlah orang yang
sama. Ini kerana kepentingan kedua-dua pihak sentiasa berlainan.
4. Boleh melihat
Oleh itu jual beli orang yang buta tidak sah kerana wujudnya
kejahilan yang ketara. Untuk tujuan jual beli , orang buta ini perlu
mewakilkannya kepada orang lain untuk membeli atau menjual
bagi pihaknya.
Sighah terbahagi kepada sighah secara langsung (sarih) dan sighah tidak langsung (kinayah).
Rukun kedua : sighah kontrak
Sighah secara tidak langsung (kinayah) pula bermaksud
ungkapan yang boleh membawa maksud jual beli dan pada masa yang sama juga boleh membawa
maksud yang lain.
Sighah secara langsung (sarih)
bermaksud setiap ungkapan yang secara jelas merujuk kepada
jual beli.
Syarat sighah kontrak
Sighah kontrak ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut :
1. Tidak wujud tempoh yang lama antara penawaran (ijab)
dan persetujuan (qabul) yang boleh menggambarkan
pada adatnya penawaran tersebut tidak diterima.
2. Perlu wujud persamaan antara persetujuan oleh pembeli
dan penawaran oleh penjual dalam semua sudut.
3. Kesahihan jual beli tersebut tidak boleh dikaitkan dengan
sebarang syarat atau dihadkan untuk tempoh tertentu.
Rukun ketiga : barang jualan dan harganya .
1. Barangan jualan hendaklah wujud ketika kontrak jual beli
dimaterai.
Contohnya : penjual yang mahu menjual anak kambing yang
sedang dikandung oleh ibunya atau susu yang masih berada
pada kantung susu.
2. Barangan yang dijual mestilah dalam bentuk harta yang bernilai menurut syarak
3. Barangan jualan mestilah yang bermanfaat menurut syarak dan
uruf (kebiasaan orang ramai).
4. Barangan tersebut hendaklah bolehlah diserahkan, daripada
segi fizikal dan syarak.
5. Pihak yang berkontrak mestilah orang yang mempunyai kuasa
keatas
barangan yang ingin dijual beli sama ada kuasa sebagai seorang
penjaga atau kuasa sebagai pemilik.Ini berdasarkan sabda
Rasulullah SAW : “ tidak harus jual beli melainkan pada barang
yang kamu miliki.
6. Barangan tersebut mestilah dalam pengetahuan kedua-dua
belah pihak.
KAJIAN TENTANG JUAL
BELI, BERTEMPAT DI
TAMU KIANGGEH
Menurut Dayang Baun Yee,48 tahun, beliau mula berniaga di tamu Kianggeh ini pada tahun 2009. Beliau mula berniaga bermula pada pukul 7 pagi sehingga 2 petang. Barang yang diperjualkan oleh beliau di tamu Kianggeh ialah kraf tangan. Beliau mendapatkan lesen dan permohonan kebenaran dalam melakukan jual beli disana ialah melalui jabatan Bandaran. Modal barang yang beliau jual adalah dari tempatan dan luar negeri seperti Malaysia. Menurut Dayang Baun Yee, selama beliau menguruskan perniagaaan ini,beliau tidak pernah menggunakan khidmat ‘khiyar’ (hutang), beliau hanya menggunakan bayaran secara tunai sahaja. beliau menggunakan akad jual beli secara isyarat sahaja tanpa menyebutkan akad jual beli kerana penjual dan pembeli saling memahami etika jual beli.
Peniaga
Pembeli
- Menurut dayang Asmah binti Haji Tahir, 35 tahun,beliau
berpuas hati dengan barangan yang dijual di tamu Kianggeh ini.
Barangan yang dijual di tamu ini bertepatan dengan cita rasa
beliau dan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan oleh
peniaga-peniaga di tamu Kianggeh ini.Beliau tidak pernah
menggunakan khidmat hutang semasa membeli barang di tamu
Kianggeh ini, beliau hanya menggunakan bayaran secara tunai.
Hutang
Hutang (Qardh) dari segi bahasa
ialah potong.
Dari segi istilah para fuqaha pula ialah
memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain
dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan.
Proses ini dinamakan qardh kerana proses ini menyebabkan tuan punya barangan memotong sebahagian hak miliknya untuk diberikan kepada penghutang.
245. Siapakah orangnya Yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman Yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya Dengan berganda-ganda banyaknya? dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Oleh itu hutang dibenarkan dan bertepatan dengan syarak. Orang yang memerlukannya dibenarkan meminta tanpa perlu rasa bersalah. Malah ia menjadi tanggungjawab orang yang diminta.
Hadith Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
JفJهI الله. Lل Jت JفJهJا؛ أ Lال Tت IرTيدI إ JخJذJ ي LهI. وJمJنL أ Jدaى اللهI عJن JدJاءJهJا؛ أ IرTيدI أ aاسT ي مLوJالJ النJ JخJذJ أ مJنL أ
Sesiapa yang mengambil harta-benda orang lain dalam keadaan dia mahu membayarnya semula, maka Allah akan membayar untuknya. Sesiapa yang mengambil dengan niat untuk memusnahkannya (tidak mahu membayarnya), maka Allah akan memusnahkannya (di dunia dan akhirat).
Hikmah Berhutang
1. Merealisasikan kehendak Allah yang mahukan wujudnya suasana tolong-menolong untuk tujuan kebaikan dan ketakwaan sesama umat Islam.
2. Menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa kesusahan atau kesengsaraan.
3. Berusaha mnyelesaikan
masalah secara
bekerjasama.
4. Menghalang manusia mengambil kesempatan daripada kesusahan dan hajat orang lain.
Hukum memberi Hutang
Haram : Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk tujuan yang diharamkan seperti minum arak, judi atau sebagainya.
Makruh : Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau untuk menunujuk-nunjuk. Ataupun penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang tersebut.
Wajib : Jika pemiutang mengetahui orang yang berhutang amat memerlukan hutang tersebut untuk menampung hidupnya dan keluarganya dan tidak ada cara lain untuk dia memperolehinya kecuali dengan cara berhutang.
Penjual Nama : Dyg. Halus binti Salleh.Umur : 64 tahun. Rumusan daripada kajian jualbeli di Tamu Kianggeh bersama Dyg.Halus binti Salleh• Dayang ini telah bekerja selama 6 tahun selepas sahaja dia
pencen dan dia bekerja dengan menggunakan lesen tahunan. • Barang yang selalu dijualnya ialah kelapa dan pisang. Kelapa
dan pisang ini didapati daripada negeri Sabah (Malaysia). • Barang-barang dagangannya ini ditinggalkan atau
bermalaman di Tamu Kianggeh. Hanya bertawakal kepada Allah Taala sahaja.
• Cara proses jualbeli saudari ini pula ialah bagi orang Islam, dia menggunakan akad jualbeli seperti contohnya “Aku jual beberapa biji kelapa dengan harga sekian” kemudian si pembeli pula mengatakan “Aku beli beberapa biji kelapa ini dengan harga sekian”.
• Bagi orang yang bukan Islam pula, hanya menyatakan harga barang tersebut dan diberikan dengan wang ringgit yang sama dengan harganya.
• Saudari ini tidak menggunakan istilah hutang dan tidak pernah berlaku dalam pengalamannya berjualbeli ini.
3. SALAM
Salam juga dikenali dengan perkataan salaf.
Dinamakan salam kerana menyerahkan bayaran pada majlis akad dan dinamakan salaf kerana didahulukan bayaran daripada menerima barang jualan
daripada segi syarak ialah pendahuluan.
dari segi istilah ialah menjual suatu barang yang penyerahan ditunda atau menjual suatu barang yang ciri-cirinya jelas dengan bayaran modal lebih awal sedangkan barangnya diserahkan kemudian hari.
Rukun jual beli salam
Penjual dan
pembeli
Sighah(lafaz akad ijab dan qabul)
Harga bayaran
Barangan yang dijual
Hendaklah dinyatakan jenis barang yang dijual
Syarat barang jual salam
Barang yang dijual itu mesti ada tempoh waktu yang ditetapkan
Barang tersebut kebiasaannya ada bukan barang yang jarang-jarang ada
Barang yang dijual itu hendaklah daripada jenis yang boleh dijual beli
Barang itu mestilah diberikan kepada pembeli apabila sampai tempoh masa yang dijanjikan.
Syarat harga jual Salam
secara tunai
Bayaran diserahkan semasa akad
menurut Mazhab Maliki pula-> tempoh penangguhan tidak disyaratkan.
Menurut Mazhab Syafie-> minima 15hari
pada masa yang tertentu.
Harga barangan mestilah dibayar pada majlis akad
disebut semasa akad jual salam itu jenis barang yang dijual dengan sifat-sifat
Hendaklah disebut tempoh masaDisebutkan tempat penerimaannya
Hendaklah berterimaan kedua-dua belah pihak dimajlis akad sebelum berpisah
Akad jual beli salam adalah tunai (terlaksana).
Syarat sah akad jual salam.
Perbezaan diantara jual salam dengan jual beli:
Jual salam
Harga tidak boleh diubah-ubah , namun harus diserahkan semasa akad.
Harga adalah tunai..
Jual beli
dibolehkan membayar sama ada dengan cara hutang, harga tetap atau tawaran.
Harga tunai atau cek dan yang sebanding dengannya.
tidak boleh menentukan membayar secara hutang
barang jualan belum dapat dilihat semasa akad
mesti ditentukan Sifat dan ciri barang jualan.
boleh dibayar tunai dan boleh juga hutang
barang jualan boleh dilihat semasa akad.
tidak semestinya ditentukan ciri-ciri atau sifat-sifatnya.
Kajian temubual tentang Jual Beli secara Salam yang bertempat
di Tamu Kianggeh.
Menurut Dayang Salmah binti Haji Besar (peniaga kuih-kuih kering), 50tahun, beliau terlibat dalam perniagaan selama 30tahun, mereka menggunakan khidmat Salam bagi pelanggan kerana para pelanggan boleh menempah terlebih awal. Ini kerana untuk kegunaan para pelanggan seperti memberi campur dalam majlis perkahwinan, majlis berbedak dan sebagainya. Mereka meminta para pembeli untuk menempah seminggu atau beberapa hari sebelum hari yang diperlukan. Ini adalah bagi memudahkan para penjual menyediakan barang yang diperlukan.
Manakala menurut Awang Hj Ali bin Hj Said (peniaga buah-buahan), 35tahun, beliau terlibat dalam perniagaan selama 5tahun, mereka tidak pernah menggunakan khidmat ini, kerana barang yang mereka perlukan adakalanya ada dan adakalanya tidak disebabkan barang yang mereka tempeh itu mengikut musim dan susah untuk diperolehi. Jadi para pembeli susah untuk menempahnya. Sebagai contoh buah durian dan sebagainya
Bagi Dayang Siti Fatimah binti Hj Abdullah, (pembeli), 28tahun, beliau selalu datang ke Tamu Kianggeh bagi membeli barang keperluan sehari.Dia juga pernah menempah barang di tamu tersebut semasa dia hendak mengadakan majlis di rumahnya. Dia membeli kuih-kuih kering yang memerlukan barang tersebut lebih daripada 100. Jadi beliau membuat tempahan dengan penjual yang biasa dilangganinya dan menyatakan barang yang diperlukannya.
4.Jual beli secara tempahan
(Bai’ Al-Istisnaa)
Takrif:Akad jual beli dimana
pembeli menempah atau memesan kepada penjual untuk membuat sesuatu barang yang dikehendaki supaya disiapkan dalam
masa yang tertentu dengan harga yang
tertentu dan cara bayaran yang telah ditetapkan.
Dalil:Diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tiba
di Madinah, penduduk Madinah mengamalkan jual beli dalam jual beli
buah-buahan selama setahun atau dua tahun. Baginda bersabda:
ل(ف$ ف(ي ك&ي$ل" ل$ي.س$ ، ف& ل&ف& س$م&ن$ أ&
ل" (ل&ى أ&ج& ع$ل.وم"، إ ن" م& ع$ل.وم"، و&و&ز$ م&
ع$ل.وم" م&Maksudnya: Sesiapa yang ingin berjual beli salaf (Salam), maka hendaklah dia berjual beli salaf (Salam) dengan sukatan yang
dimaklumkan, dan timbangan yang dimaklumi, sehingga tempoh yang
dimaklumi.
Hukum:Jual beli secara tempahan
memberi kemudahan dimana orang ramai
dapat membeli barang-barang mengikut rupa, bentuk dan fesyen yang
mereka suka tanpa terikat dengan jual beli
secara tunai sahaja.
Hukum tempahan:• Tempahan adalah sejenis jual beli yang
sah dan halal kerana ia sudah menjadi kebiasaan orang ramai mengamalkannya sepanjang zaman.
• Penempah hendaklah menentukan jenis, rupa, bentuk, sifat dan jumlah atau banyaknya barang yang ditempah.
• Boleh ditentukan tempoh masa bagi menyiapkan dan menyerahkan barang yang ditempah.
• Bahan-bahan untuk membuat barang tersebut hendaklah daripada pihak tukang. Jika bahan-bahan itu daripada pihak penempah, maka ia bukanlah tempahan tetapi upahan.
• Pihak tukang boleh menjual barang yang dibuat oleh orang lain yang mempunyai sifat-sifat dan sama seperti yang dikehendaki oleh penempah.
• Pihak tukang boleh menjual barang yang sudah siap dibuat sebelum penempah membuat tempahannya dan barang yang sudah siap itu hendaklah mempunyai sifat-sifat dan spesifikasinya yang sama seperti yang dikehendaki oleh penempah.
• Oleh kerana barang yang ditempah itu dibuat khas untuk penempah, maka dengan persetujuan antara pihak tukang dan penempah, harganya boleh berbeza daripada harga barang-barang lain yang sedia ada yang sama jenis dan spesifikasi.
Rukun:Terdapat lima rukun jual beli secara tempahan (Bai’ Al-Istisnaa) iaitu penjual, pembeli, barang
yang ditempah, harga dan sighah.1. Penjual
Penjual ialah orang yang
menerima wang sebagai bayaran
kepada barangan yang
akan diberikan.
2. PembeliPembeli ialah orang yang
mendahulukan wangnya untuk mendapatkan
barangan yang dikehendaki.
Mereka ialah penjual dan pembeli yang mengikut kontrak menurut persetujuan
mereka berdua.
3. Barang yang ditempahBarangan yang ditempah ialah barangan yang dijual
beli dalam kontrak dan penjual berjanji
menyerahkan kepada pembeli sebagai timbal balik kepada modal yang dibayar
sebagai bayaran yang didahulukan.
4. HargaPembayaran hendaklah dengan wang, atau jika bukan wang, hendaklah dengan bentuk barang
dan hendaklah jelas barang tersebut dan ada persetujuan dari kedua
belah pihak.
Harga barang yang ditempah itu boleh dibayar:
Kesemuanya semasa akadKesemuanya semasa penyerahan
barangSebahagiannya semasa akad dan sebahagian yang baki itu semasa
penyerahan barang (bayar deposit)Atau kesemuanya secara ansuran
mengikut persetujuan antara kedua-dua belah pihak pembeli dan
penjual.
5. SighahSighah adalah ucapan yang dilahirkan oleh kedua-dua
pihak yang mengikut kontrak dengan menyatakan
kemahuan, kerelaan dan niat mereka untuk mengikut
kontrak. Sepertimana yang dimaklumi, kerelaan adalah syarat sah kontrak jual beli.
Kajian tentang Jual beli secara tempahan Al-
Istisnaa yang bertempat di Tamu Kianggeh.
Menurut Haji Esmet Bin Hj Ibrahim (peniaga ikan), 50 tahun, 4hb Mac
2012, yang mana beliau baru memulakan perniagaan beliau
sejak setahun yang lalu ini jua ada mengamalkan jual beli secara
tempahan Al-Istisnaa ini dimana jika ada pembeli yang
menginginkan ikan yang mereka kehendaki,mereka akan membuat tempahan terlebih dahulu, ada jua
pembeli yang membuat pembayaran penuh semasa akad,
dan ada juga yang membayar wang pendahuluan (deposit) dan akan membayar bakinya sesudah
sampai tempoh penyerahan barang tempahan tersebut.
Penjual
Pembeli
Begitu juga menurut Hjh Hawa (pembeli), 29 tahun, beliau jua pernah membuat
tempahan secara Al-Istisnaa dengan membayar
deposit terlebih dahulu sementara menunggu
tempoh masa penyerahan barang tempahan pada
waktu yang telah ditetapkan bersama
penjual, kemudian akan membayar yang baki
selepas barang sudah ada.
5. KHIYAR DALAM JUALBELI
hak memilih yang diberi kepada
kedua-dua belah pihak (penjual
dan pembeli) samada hendak
melangsungkan jualbeli mereka
ataupun membatalkannya,
mengikut syarat-syarat atau sebab-
sebab yang tertentu.
DEFINIS
I
(membuat pilihan)
1. Khiyar Majlis
Khiyar terbahagi
kepada 3
keadaan :
2. Khiyar Syarat
3. Khiyar aib
Dalil Rasulullah s.a.w: “Dua pihak yang berjualbeli
boleh membuat pilihan selagi mereka tidak
berpisah dan sebelum itu mereka bertemu, atau
salah seorang diantara mereka memberi pilihan
kepada yang seorang lagi”. (Riwayat Al-
Bukhari)
1. Khiyar Majlis
Kedua-dua pihak berhak menarik balik kontrak jualbeli walaupun kontrak tersebut telah dipersetujui
dan disahkan
Syaratnya - mereka masih belum berpisah daripada tempat akad
Khiyar syarat ini berlaku apabila
salah seorang atau salah satu
daripada kedua belah pihak
menetapkan syarat dia mempunyai
hak khiyar iaitu hak untuk
membatalkan kontrak dalam tempoh
tertentu.
2. Khiyar Syarat
Khiyar akan tamat apabila:
1. Tamat tempoh yang disyaratkan.
2. Jualbeli diteruskan dan dipersetujui dalam tempoh
khiyar.
3. Apabila pemegang hak khiyar melakukan sesuatu
yang pada kebiasaannya hanya dilakukan oleh
seorang pemilik.
Syarat Khiyar :
1. Mestilah terhad kepada tempoh tertentu.
2. Tempoh yang ditetapkan tidak boleh lebih daripada
3 hari, jika barangan tersebut tidak mudah rosak
dalam masa 3 hari.
3. Tempoh mestilah berturutan dan bersambung
dengan kontrak.
Pada asasnya, urusan seorang muslim dengan
orang lain mestilah dijalankan dengan cara
saling menjaga hak dan bersih daripada unsur
penipuan. Penipuan beerti mengambil harta
orang lain dengan jalan yang salah.
Pada kebiasaan
ya, kecacatan itu tidak wujud.
3. Khiyar Aib
SYARAT-SYARATNYA:
Dapat dibuktika
n kecacatan itu ADA
kecacatan yang boleh menjelaska
n nilai barangan.
Sebagaimana Hadith Rasulullah s.a.w,
“Seseorang muslim adalah saudara
kepada seseorang muslim yang lain.
Tidak halal bagi seorang muslim yang
menjual sesuatu barang yang ada
kecacatan kepada saudaranya kecuali
dia menjelaskan kecatatan itu
kepadanya” (Riwayat Ibnu Majah)
Objektif bagi Khiyar adalah
supaya kedua belah pihak itu
tidak mengalami kerugian atau
penyesalan dibelakang hari oleh
sebab-sebab tertentu yang
timbul dari pembelian atau
penjualan sesuatu barang
samada mengenai barang atau
harga.
Bab 6 : Refleksi Kajian -
Keseluruhan
Para penjual dan pembeli dapat bekerjasama
dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan
sopan sama ada secara formal atau tidak formal.
Begitu juga dengan budaya hormat menghormati
diantara satu sama lain.
• Mula Bertugas – selepas sembahyang Subuh dan ada
yang datang pada jam 6 pagi.
• Barang jualan - dari hasil mereka sendiri dan ada yang
mereka beli dari pemborong
• Tugas berakhir - adakalanya jam 6.00 petang, manakala
pada hari Jumaat, adakalanya sampai jam 1.00 pagi.
PERKARA YANG DILAKUKAN DI TAMU
KIANGGEH:
BUDAYA MASYARAKAT :
4 kaedah yang digunakan
Khiyar (tidak sesuai.)
Sebagai cadangan dari kami, Pihak yang bertanggungjawab seperti Pihak Kementerian Hal Ehwal
Ugama, bolehlah mengambil peranan dalam mengadakan bengkel, tazkirah ataupun ceramah mengenai cara-cara berjual beli kepada masyarakat luar, khususnya kepada
mereka yang melakukan perniagaan supaya mereka tetap dengan cara berjual beli yang betul dan tidak terpesong kepada jalan yang salah, yang boleh merosakkan tujuan
asal jual beli.
Cadangan
Jual beli
SalamHutang
Al-Istisnaa