kesahan dan kebolehpercayaan instrumen …abstrak • kajian ini bertujuan untuk menguji kesahan...
TRANSCRIPT
KESAHAN DAN
KEBOLEHPERCAYAAN
INSTRUMEN REYNOLDS
ADOLESCENT DEPRESSION
SCALE-2 (RADS-2)
VERSI BAHASA MELAYU
Disediakan oleh :
Mohd Hazizul Abdul Hamid, Nooremadora Mahadi, Elsie John & Ferlis Bullare @ Bahari
Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah
ABSTRAK
• Kajian ini bertujuan untuk menguji kesahan konvergen, kesahan
divergent dan kebolehpercayaan ketekalan dalaman Instrumen
Reynolds Adolescent Depression Scale-2 (RADS-2) Versi Bahasa
Melayu. Instrumen ini merupakan alat ujian yang dapat mengukur
simptom kemurungan individu remaja. Kajian ini melibatkan
seramai 180 orang remaja (90 lelaki dan 90 perempuan) berumur
antara 19 hingga 26 tahun yang sedang menuntut di salah sebuah
institusi pengajian tinggi Negeri Sabah dijadikan sebagai responden
kajian.
ABSTRAK (Sambungan)
• Penyelidik telah menggunakan Instrumen RADS-2 yang
mengandungi 30 item. Instrumen ini terbahagi kepada empat sub-
skala iaitu 1) Dysphoric Mood (DM), 2) Anhedonia/Negative Affect
(AN), 3) Negative Self-Evaluation (NS), dan 4) Somatic Complaints
(SC). Instrumen ini telah diperkenalkan oleh Reynolds (1987).
• Analisis korelasi Pearson digunakan bagi menguji kesahan
konvergen dan divergent sementara pekali Alfa Cronbach dan Split-
Half digunakan bagi menguji tahap kebolehpercayaan ketekalan
dalaman keempat-empat dimensi RADS-2. Kajian mendapati
keempat-empat skala mempunyai tahap kebolehpercayaan ketekalan
dalaman yang baik dan tinggi.
ABSTRAK (Sambungan)
• Pekali Cronbach Alpha bagi DM, AN, NS dan SC masing-masing
mencatat 0.82, 0.60, 0.75 dan 0.74 bagi pekali Cronbach Alpha dan
0.80, 0.50, 0.64 dan 0.71 bagi pekali Split-Half. Sementara itu,
kesahan konvergen menunjukkan dimensi antara DM dengan NS
dan SC mencatat pekali korelasi signifikan masing-masing bernilai r
= 0.75 dan r = 0.63. Namun, dimensi antara AN dengan DM dan NS
berkorelasi secara negatif.
• Kesimpulannya, instrumen RADS-2 Versi Melayu mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang baik dan boleh digunakan bagi remaja
institusi pengajian tinggi yang berumur 19 hingga 26 tahun bagi
mengetahui dan mengukur simptom kemurungan.
PENDAHULUAN
• Telah diterbitkan pada tahun 1987 bersama-sama dengan dokumen asal RADS
Professional Manual iaitu perkembangan dan pengukuran sifat kebolehan mental
(Reynolds, 1987a).
• Bagi kebanyakan remaja ini, gangguan yang dialami oleh mereka tidak dapat
dirawat melainkan jika mereka dikenalpasti oleh professional kesihatan mental.
Salah satu gangguan psikiatri yang paling lazim dalam kalangan remaja adalah
kemurungan (Kessler & Walters,1998; Lewinsohn, Hops,etal.).
• Dalam beberapa kes pula, kemurungan juga boleh dikaitkan dengan tingkah laku
merosakkan diri, membunuh diri dan lain-lain.
• Kemurungan menunjukkan satu masalah kesihatan mental yang ketara yang
mempunyai kesan yang serius dikalangan remaja (Reynolds, 1992a, 1995a,1998d;
Reynolds & Johnston,1994).
• Oleh itu, amatlah penting ahli psikologi dan professional kesihatan mental
memainkan peranan penting kerana mereka mempunyai langkah-langkah yang
boleh dipercayai dan sah untuk mengenal pasti kemurungan dikalangan remaja.
METOD
Rekabentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk soal selidik. Ia bertujuan untuk menentukan tahap kebolehpercayaan dan kesahan dalaman Instrumen Reynolds Adolescent Depression Scale-2 (RADS-2) Versi Bahasa Melayu. Kebolehpercayaan instrumen dinilai dari aspek kesahan konvergen, kesahan divergent dan kebolehpercayaan ketekalan dalaman.
Subjek dan Tempat Kajian
Seramai 180 orang remaja (90 lelaki dan 90 perempuan) berumur antara 19 hingga 26 tahun yang sedang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi Negeri Sabah dijadikan sebagai responden kajian. Subjek dipilih secara persampelan bertujuan.
METOD
(Alat Kajian) Seksyen 1
Ia merangkumi item demografi seperti jantina, tarikh lahir, umur, jenis
darah, kursus yang diambil, tempoh pendidikan, taraf pendidikan, dan
bangsa ataupun suku kaum keturunan.
Seksyen 2
Diukur menggunakan Instrumen Reynolds Adolescent Depression
Scale-2 (RADS-2) Versi Bahasa Melayu. Pada dasarnya instrumen ini
mempunyai 30 item. Skala RADS-2 ini mengandungi 4 pilihan
jawapan iaitu 1 = Tidak Pernah; 2 = Jarang; 3 = Kadang-kadang ; dan 4
= Kerap. Semakin tinggi skor yang diperolehi, maka semakin tinggi
tahap kemurungan yang dialami seseorang individu tersebut.
METOD
(Sub Skala)
Jadual 1: Sub skala RADS-2
Sub skala Item-item Jumlah
Dysphoric Mood (DM)
2, 3, 6, 7, 8, 16, 21, 26 8
Anhedonia/Negative Affect (AN)
1, 5, 10, 12, 23, 25, 29 7
Negative Self-Evaluation (NS)
4, 9, 13, 14, 15, 19, 20, 30 8
Somatic Complaints (SC)
11, 17, 18, 22, 24, 27, 28 7
Jumlah Item 30
METOD
(Analisis)
• Kebolehpercayaan - pakali alfa cronbach dan pekali split half,
• Kesahan konstruk – kesahan konvergen dan divergent
• Reynolds, (1992a), (1995a), (1998d); Reynolds & Johnston (1994)
mencadangkan bahawa pekali korelasi yang relevan digunakan ialah
sekurang-kurangnya bernilai 0.5 bagi menilai kesahan konvergen
dan kesahan divergen.
• Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS for windows.
KEPUTUSAN
(Analisis Deskriptif)
• Keseluruhan sample (N = 180)
– Lelaki : 90 orang (50%)
– Perempuan : 90 orang (50%)
• Min peringkat umur responden = 20.12 tahun.
• Lebih separuh daripada responden adalah berbangsa bumiputera
Sabah (66.1%) manakala responden berbangsa India adalah paling
sedikit (0.6%).
• Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa separuh daripada
responden sedang menuntut jurusan Diploma Agro-Teknologi dan
Bio-Industri (58.9%).
PERBINCANGAN
• Analisis faktor pada data untuk keseluruhan sampel yang dikaji
menunjukkan RADS-2 mempunyai tahap kesahan konstruk yang baik.
• Ringkasnya sub skala dan item-item yang dikaji dapat mengukur simptom
kemurungan individu remaja.
• Dapatan ini selari dengan jangkaan pengkaji dan kajian lepas yang
dilakukan oleh beberapa pengkaji terdahulu.
• Dalam menguji kesahan konstruk RADS-2 dengan menggunakan kaedah
kesahan konvergen iaitu mengenalpasti korelasi di antara sub skala yang
diwujudkan. Kesahan konvergen menggunakan kaedah korelasi Pearson
yang mencatatkan dimensi di antara Sub Skala.
• Korelasi yang positif di antara sub skala ini menunjukkan instrumen
RADS-2 dapat mengukur tahap simptom kemurungan individu remaja.
Hasil kajian ini menyokong beberapa kajian yang terdahulu Reynolds,
(1992a), (1995a), (1998d); Reynolds & Johnston (1994).
KESIMPULAN
• Kebolehpercayaan instrumen RADS-2 ini dapat menunjukkan ketekalan, kestabilan dan ketepatan skor-skor semasa diuji.
• Sub skala simptom kemurungan individu remaja yang terbentuk hasil
daripada analisis faktor menunjukan bahawa instrumen RADS-2 mampu
dan berupaya untuk mengukur apa yang sepatutnya hendak diukur iaitu
mengukur simptom kemurungan individu remaja. Sementara itu, kesahan
konvergen yang dihasilkan juga telah diduga iaitu diadapati RADS-2
berkolaborasi secara positif dan signifikan dengan di antara sub skala yang
telah diwujudkan.
• Hasil kajian ini menggambarkan item-item dan sub skala pada RADS-2
boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang baik.
• Oleh yang demikian, instumen ini terbukti sesuai digunakan khususnya
dalam lingkungan remaja dan kajian lanjut perlu dilakukan berdasarkan peringkat umur yang berbeza.