kesalahan penggunaan imbuhan baru
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
1/26
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan berkat taufik dan hidayah-Nya , tugasan Kerja Kursus Pendek Bahasa Melayu
Kontekstual ini dapat disiapkan tepat pada waktunya.
Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada semua pihak
yang sudi dan telah memberikan kerjasama yang jitu dalam usaha menyempurnakan
tugasan ini, terutamanya kepada pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual kami, Puan
Zawiyah kerana telah memberikan teguran dan tunjuk ajar kepada kami untuk
menghasilkan hasil tugasan yang mantap dan sempurna..Selain itu , jutaan terima kasih
juga diucapkan kepada rakan-rakan atas kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang
penyempurnaan kerja kursus ini.
Dalam usaha melaksanakan tugasan ini, sudah pasti setiap individu menginginkan hasil
yang terbaik. Saya juga tidak terkecuali dan saya telah berusaha memberikan sepenuh
komitmen dan dedikasi bagi memastikan tugasan ini dapat dihasilkan mengikut
spesifikasi yang ditetapkan .
Namun sebagai manusia biasa, saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, Saya
memohon maaf di atas segala kecacatan ataupun ketidaksempurnaan yang terdapat
dalam ini. Insyaallah, segala teguran dan kesilapan yang dilakukan akan saya jadikan
pengajaran di masa hadapan.Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah,
yang buruk itu dari diri kami sendiri. Sekian,terima kasih.
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
2/26
PENGENALAN
Bahasa Melayu Kontekstual merupakan satu mata pelajaran yang mengajar tentang
penggunaan Bahasa Melayu supaya lebih baik dalam kehidupan seharian dan dalam
penulisan.Selain itu,Bahasa Melayu Kontekstual mengajar tentang penggunaan
komunikasi.
Kemahiran tatabahasa sama ada secara lisan atau bertulis perlu dikuasai dengan sebaik
mungkin oleh individu yang bergelar pendidik.Hal ini disebabkan kemahiran tatabahasa
mempunyai kaitan secara langsung dengan profesion keguruan.Tanpa penguasaan
tatabahasa yang baik,seseorang pendidik itu akan menghadapi kesukaran dalam
menyampaikan ilmu sama ada yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar atau
pun sebagai perekamodal insan gemilang.
Kemahiran tatabahasa merupakan salah satu elemen yang perlu dikuasai oleh guru
sebagai wahana untuk melaksanakan tugas sebagai seorang guru.Jika mereka
mengusai kemahiran ini pasti pengajaran yang mereka lakukan akan lebih mudah
difahami oleh anak-anak murid dan seterusnya pengajaran mereka akan lebih berkesan.
Definisi dan Konsep Kesilapan Bahasa
Kesilapan bahasa sering berlaku sama ada dalam bentuk tulisan mahu
punlisan.Kesilapan bahasa berlaku disebabkan para pengguna bahasa
kurangmenguasai tatabahasa atau peraturan-peraturan bahasa berkenaan.Menurut
Corder(1981) kesilapan bahasa merupakan bentuk-bentukpertuturan yang menyimpang
atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati.Nik Safiah Karim(1980) pula
mentakrifkan kesalahan bahasa sebagaipenggunaan bahasa yang melanggar peraturan-
peraturan bahasa yang telah dipersetujui,sama ada pada peringkat sebutan,pilihan kata
atau susunan frasa atau ayat.Aspek kesilapan tatabahasa merangkumi
morfologi,sintaksis,lisan dan tulisan.
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
3/26
ASPEK MORFOLOGI
Kesalahan Penggunaan Imbuhan
Antara kesalahan tatabahasa yang dapat dikesan dan sering dilakukan oleh pelajar kita
ialah dalam penggunaan imbuhan. Kesalahan ini sering dilakukan oleh pelajar ketika
mereka hendak membentuk atau membina ayat dengan kata-kata berimbuhan. Seperti
yang kita ketahui imbuhan bermaksud bentuk terikat yang ditambah pada sesuatu kata.
Selepas membuat penilaian terhadap latihan pelajar berkaitan penggunaan imbuhan ini,
terdapat tiga faktor kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam penggunaan imbuhan
tersebut. Faktor kesalahan penggunaan imbuhan tersebut ialah:
a.) Menggunakan imbuhan yang tidak tepat atau tidak sesuai pada tempatnya.
Contoh :
SalahPenjenayah itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20
tahun supaya dia tidak berlaku jenayah lagi
BetulPenjenayah itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun
supaya dia tidak melakukanjenayah lagi
b.) Menggunakan imbuhan pada kata atau tempat yang tidak sepatutnya menerima
imbuhan.
Contoh :
Salah Pokok kelapa itu melambai-lambai apabila ditiupi angin.
BetulPokok kelapa itu melambai-lambai apabila ditiup angin.
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
4/26
c.) Menggunakan imbuhan di tempat yang tidak perlu diletakkan imbuhan.
Contoh :
Salah
Dahulu saya tinggal di Alor Setar, tetapi sekarang saya meninggal di
Kuala Kangsar.
BetulDahulu saya tinggal di Alor Setar, tetapi sekarang saya tinggal di Kuala
Kangsar
Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk
Seterusnya kesalahan tatabahasa yang dikesan ialah kesalahan semasa menggunakan
kata majmuk. Proses pemajmukan kata berlaku apabila dua kata dasar atau lebih
dirangkaikan. Kata majmuk ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kata majmuk bebas iaitu
dieja secara berasingan contohnya seperti kereta api, alat tulis manakala kata majmuk
mantap pula dieja secara serangkai contohnya warganegara, olahraga dan lain-lain
lagi.Terdapat tiga kesalahan yang dapat dilihat semasa menggunakan kata majmuk ini.
Antara kesalahan tersebut ialah :
a.) Murid tidak dapat membezakan antara kata majmuk yang ditulis serangkai dengankata majmuk yang tidak ditulis secara berasingan.
Contoh 1:
SalahPemandangan di sekitarbandaraya Ipoh sangat indah.
BetulPemandangan di sekitarBandar raya Ipoh sangat indah
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
5/26
Contoh 2 :
Salah Encik Ahmad ialah warganegara Malaysia.
Betul Encik Ahmad ialah warga negara Malaysia
b.) Kesalahan menggadakan keseluruhan kata majmuk atau mengulang kata nama kedua
dengan menggadakan perkataan kedua.
Contoh ;
Salah
Kapal terbang-kapal terbang itu sedang membuat pertunjukkan di
udara
BetulKapal terbang itu sedang membuat pertunjukkan di udara.
Dalam penggandaan kata majmuk, perkataan pertama sahaja yang digandakan manakala
perkataan kedua dibiarkan kekal.
c.) Murid mengasingkan kata majmuk yang menerima imbuhan apitan.
Contoh :
Salah
Usaha kerajaan untuk menyatu padukan rakyat di negara kita
dianggap telah berjaya.
Betul
Usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat di negara kita
dianggap telah berjaya.
Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan hendaklah ditulis serangkai.
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
6/26
KESALAHAN PENGGUNAANKATA GANTI NAMA
Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa,
guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:
Salah Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah.
BetulDia ditangkap kerana mengedarkan dadah.
Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamukamu,
*andaanda, *mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya:
Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam
hubungan dengan kerabat diraja saja.
Salah Kucing itu mati. la dilanggar lori.
Betul Kucing itu mati dilanggar lori
Salah Merekamereka yang bersalah akan dihukum.
Betul Mereka yang bersalah akan dihukum.
Salah Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh..
Betul Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang..
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
7/26
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BILANGAN
Terdapat 6 jenis kata bilangan:
Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan
sebagainya.
Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.
Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-
dua tidak boleh disingkatkan.
Salah Betul
setengah orang Setengah-setengah orang
Tiap murid Tiap-tiap murid
Berbagai warna Berbagai-bagai warna
Kedua mempelai Kedua-dua mempelai
Kata para tidak boleh diulang.
Salah Betul
Para-para penduduk perlu bekersama Para penduduk perlu bekerjasama.
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
8/26
Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan
dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.
Salah Betul
dua setengah meter dua meter setengah
dua suku jam dua jam suku
tiga setengah ringgit tiga ringgit setengah
KESALAHAN PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH BETUL
beberapa buah usulkedua-dua bentuksifatsetiap buah sumbangansemua buah pendapatsegala butircadangantiap-tiap bentukkenanganpelbagai bentukteguran
beberapa usulkedua-dua sifatsetiap sumbangansemua pendapatsegala cadangantiap-tiap kenanganpelbagai teguran
SALAH BETUL
setiap orang muridsemua orang pekerja
seluruh buah kampungsegala ekor binatangsekalian orang pesertapara orang guru
setiap muridsemua pekerja
seluruh kampungsegala binatangsekalian pesertapara guru
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
9/26
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI
Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugasuntuk
menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalamayat. Contoh
kata sendi ialah di, ke, dari, pada, kepada, daripada, dalam, akan, bagi,untuk, hingga,
sampai, seperti, oleh, dengan, bagai, demi, tentang, sejak, terhadap,antara.
1) Contoh Kesalahan
Analisis : Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk
frasasendi. Kata kerana yang tergolong dalam kelas kata hubung tidak bolehdiletakkan
selepas kata sendi oleh .Jadi gunakan frasa nama sebab.
2) Contoh Kesalahan.
Analisis :
Kata sendi dari digunakan dalam hal yang ada hubungan dengan masa,tempat dan arah
manakala kata sendi daripada digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk
orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak,pertentangan dan menunjukkan
keanggotaan.
Salah Pertunjukan itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan..
Betul Pertunjukan itu dibatalkan oleh sebab tidak mendapat kelulusan
Salah Dia berlari daripada rumah ke kedai.
Betul Dia berlari dari rumah ke kedai.
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
10/26
3) Contoh Kesalahan.
Analisis :
Kata sendi ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit yang tidakbernyawa,
sementara kepada digunakan untuk benda bernyawa dan bendaabstrak kecuali masa.
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA KERJA
Kata kerja transitif terbahagi kepada:
kata kerja yang berawalan men- (melukis, membaca, mencari)
kata kerja yang berapitan men..kan ( menyanyikan, membesarkan )
kata kerja yang berawalan mengi ( membanjiri, menghadiahi.)
kata kerja yang berawalan rangkap memper . ( memperdaya, memperoleh)
kata kerja yang berapitan memper.kan ( memperhatikan, mempergunakan).
kata kerja yang berapitan memper.i ( mempelajari, mempersentai
Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti
berawalan men-
Salah Pinggan itu dihempaskannya kepada lantai .
Betul Pinggan itu dihempaskannya ke lantai.
SALAH BETUL
buang sampahgoreng ikan
Membuang sampahmenggoreng ikan
KATA KERJA INTRANSITIFKATA KERJA TRANSITIF
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
11/26
Kata kerja transitif yang berapitan menkan dan meniberbagai-bagai
maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
Contoh:
SALAH BETUL
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum
bunga.
Hanim mengambilkan segelas air untuk
Ishak.
Baginda mengurniakan beliau bintang
kebesaran.
Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulanpenjara.
Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik
Taiping.
Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.
Hafizuddin memberiSeha sekuntum
bunga.
Hanim mengambilkan Ishak segelas air.
Baginda mengurniaibeliau bintang
kebesaran.
Hakim menjatuhipencuri sebulan penjara.
Sampah sarap mengotoriTaman Tasik
Taiping.
Yatie menasihatisaya agar rajin belajar.
Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:
Kata kerja asalseperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar.)
Kata kerja yang berapitan beran ( berdekatan, berguguran )
Kata kerja yang berapitan berkan ( berpandukan, berlandaskan )
Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar )
Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa )
Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan
awalannya. Contoh:
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
12/26
Salah Betul
tanya kepada Hamidah bertanya kepada Hamidah
jangan lompat jangan melompat
senyum kepada Kartina tersenyum kepada Kartina
KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata,frasa
dengan frasa, atau klausa dengan klausa dalam ayat gabungan atau ayatpancangan.
Contoh kata hubung ialah kerana, supaya, jika, kalau, asalkan,walaupun, sungguhpun,
sambil, sebelum, semenjak, sampai, apabila, manakala,setelah, dan, serta, lalu, tetapi,
melainkan, dan kecuali.
Contoh Kesalahan:
Analisis :Kata bila merupakan kata tanya. Gunakan kata hubung apabila.
KESALAHAN DARI SEGI PERBENDAHARAAN KATA
Kesalahan umum tatabahasa dari segi penggunaan kata biasanya terjadi kerana
kesalahan ejaan. Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu, ada beberapa kata
yang seakan-akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan. Selain itu,
ada pula kata yang sesuai dan tepat digunakan hanya dalam konteks ayat yang tertentu
saja dengan berdasarkan makna kata tersebut.
Senarai Kata yang Sering Disalahgunakan
1 ) Adakah dan Apakah
Salah Siti menangis bila mendengar berita itu.
Betul Siti menangis apabila mendengar berita itu
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
13/26
Kedua-dua kata tersebut adalah kata tanya.Kata adakah digunakan untuk mendapat
jawapan ya atau tidak.Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan nama binatang,
nama benda,keterangan tentang sesuatu (seperti sebab) dan untuk menanyakan
sesuatuyang tidak khusus.
Contoh : Adakah benar cerita Ahmad itu ?
Apakah binatang yang berleher panjang itu ?
2) Ahli dan Anggota
Kata ahli bererti orang yang mahir atau faham benar dalam sesuatu bidang.( ahli
bahasa, ahli politik, dan lain-lain lagi.Kata anggota pula bererti bahagian tubuh dan
orang yang masuk dalam sesuatukumpulan atau golongan.
Contoh : Mereka sangat ahli dalam bidang pembedahan
Saya sudah menjadi anggota Persatuan Bulan Sabit Merah
3) Golong dan Gulung
Golong bererti membahagi-bahagi dalam beberapa kumpulan.Gulung bererti barang
yang berhelai-helai atau berutas-utas yang berbentuk panjang bulat sebagai akibat
digulung.
Contoh :
a) Sudah menjadi kebiasaan Pak Mat menggulung rokok daun nipahsebelum tidur.
b) Golongan petani sering tertindas.
c) Mereka tergolong dalam orang yang bernasib baik.d)Tikar mengkuang itu
digulungnya dengan berhati-hati.
4) Penempatan dan Petempatan
Penempatan bererti perihal menempati atau menempatkan.
Petempatan bererti kawasan yang menempatkan.
Contoh :
a) Penempatan orang-orang pelarian Bosnia diurus oleh pihak ABIM.
b) Kawasan petempatan orang-orang Asli di Bukit Lanjan akan dibangunkan.
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
14/26
5) Pedalaman dan Pendalaman
Pedalaman bererti kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh dari perhubungan dan
kemudahan.Pendalaman bererti usaha mendalami atau mendalamkan.
Contoh :
a) Pembangunan di kawasan pedalaman akan dilaksanakan segera olehkerajaan.
b) Kebanyakan suku kaum asal negeri itu masih tinggal di kawasan pedalaman.
c) Pendalaman ilmu dalam pelbagai bidang perlu kita lakukan.
d) Pendalaman sungai Kelang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir.
6) Dalam dan di dalam
Perkataan dalam yang berfungsi sebagai kata sendi nama hadir di hadapan.Kata nama
atau frasa nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau
jarak.Di dalam membawa pengertian mempunyai ruang atau jarak.
Contoh :
a) Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan.
b) Saya tidak terlibat dalam urusan mereka.
c) Pengembara itu sesat di dalam hutan.
d) Pen itu disimpan di dalam laci.
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
15/26
ASPEK SINTAKSIS
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis
bermaksud bidang yang mengkaji rumus tatabahasa yang berdasarkan kaedahpenggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk
ayat dalam sesuatu bahasa
Kesalahan Dari Segi Frasa
Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui: Pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.
Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya.
Pengulangan kata adjektifseperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.
Penggunaan kata yang mendukung maknajamak seperti rakyat.
2. Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang
menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh
SALAH BETUL
Dua biji telur-telur Dua biji telur
Para pendidik-pendidik Para pendidik
3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata
nama tidak perlu diulang. Contoh:
Lukisan itu cantik-cantikbelaka.
Pakaian di situ mahal-mahalharganya.
Ayam di situ gemuk-gemuk
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
16/26
4. Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa
nama dalam ayat.
D beerti unsur yang diterangkan
M beerti unsur yang menerangkan
Contoh kesalahan :
SALAH BETUL
lain-lain hal
Nani Kedai Roti
goreng cempedak
Maggi mi
tomato sos
mini bas
mini taman
hal-hal lain
Kedai Roti Nani
cempedak goreng
mi Maggi
sos tomato
bas mini
taman mini
5. Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata
adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat,
sangat, danpaling.
Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak
boleh bertugas sebagai predikat.
Contoh;
SALAH BETUL
Bangunan itu tertinggi.
Nani terpandai.
Bangunan itupaling tinggi.
Nanipaling pandai.
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
17/26
Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat
tidak diperlukan.
Contoh:
Salah Betul
Nani mendapat markah yang terbaik sekali di
dalam kelas.
Nani mendapat markah yang tertinggi di
dalam kelas.
Noralah pemain yang paling terhandal. Noralah pemain yang terhandal.
Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif
sekali gus.
Contoh:
SALAH BETUL
Buah langsat ini sangat manis sekali.
Budak itulah yangpaling nakal sekali.
Sungguh indah nian pemandangan di situ.
Buah langsat ini manis sekali.
Budak itulah yangpaling nakal.
Sungguh indah pemandangan di situ.
6. Frasa Kerja Intransitif
Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat
tanpa objek.
Kata kerja intransitif yang berapitan ber.kan mesti diikuti frasa nama untuk
dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.
SALAH BETUL
berlandaskan pada undang-undang
berbantalkan dengan lengan
berpandukan pada kamus
beratapkan dengan langit
bertilamkan dengan rumput
berlandaskan undang-undang
berbantalkan lengan
berpandukan kamus
beratapkan langit
bertilamkan rumput
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
18/26
7. Frasa Kerja Transitif
Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitifserta
frasa nama sebagai objekkepada kata kerja transitif itu.
Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objekitu, kata-kata laintidak boleh disisipkan.
SALAH BETUL
Beliau turut menyentuh tentang perkata itu. Beliau turut menyentuh perkara itu.
Nora tidak mengetahui akan hal itu Nora tidak mengetahui hal itu.
Kami membincangkan tentang masalah itu. Kami membincangkan masalah itu
Mereka melebarkan lagi jalan itu Mereka melebarkan jalan itu lagi
Nani menceritakan tentang
pengalamannya semasa menuntut di luar
negara.
Nani menceritakan pengalamannya
semasa menuntut di luar negara.
Cerpen ini mengisahkan tentang
perjuangan menentang penjajah.
Cerpen ini mengisahkan perjuangan
menentang penjajah
KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT
1. Ayat Gabungan Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang
dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal
yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:
SALAH BETUL
Mereka akan melancong ke Pulau Tioman
atau Pulau Langkawi?
Mereka akan melancong ke Pulau Tioman
atau ke Pulau Langkawi?
Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di
Relang atau Jelai.
Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di
Relang atau di Jelai.
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
19/26
2. Ayat Pancangan
Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah
satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh:
a. Kereta Pak Leh itu terbabas.
Ayat terbit dia atas daripada dua ayat, iaitu:
i. Kereta itu terbabas.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur
penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:
SALAH BETUL
Rumah itu di atas bukittidak ada
penghuninya.
Bangunan itu yang tinggiMenara
Maybank.
Rumah di atas bukit itu tidak ada
penghuninya.
Bangunan yang tinggi itu Menara
Maybank.
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada
kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa
utama. Contoh:
SALAH BETUL
Kami berdoa kamu berjaya.
Semua orang tahu dia anak Pak
Hamid.
Kami berdoa agarkamu berjaya.
Semua orang tahu bahawa dia
anak Pak Hamid.
3. Ayat tergantung Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang.
Contoh:Budak itu / menangis.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.
Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, katahubung,
kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya.
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
20/26
Contoh :
SALAH BETUL
Di seluruh negara mengalami banjir. Seluruh negara mengalami banjir.
Kerana hal itu akan dibincangkan. Hal itu akan dibincangkan.Dengan kehadiran tuan akan menyerikan
majlis ini.
Kehadiran tuan akan menyerikan
majlis ini.
4. Ayat yang Tidak Betul Susunannya
Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat.
Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak
baku.
Contoh:
SALAH BETUL
Ini hari Azizah tidak datang. Azizah tidak dating hari ini.
Buku ini saya tidak mahu membaca. Saya tidak mahu membaca buku ini.
Yang melukis gambar ini Zainallah. Zainallah yang melukis gambar ini.
Kesalahan Umum Penggunaan BahasaMelayu - Lisan
Mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa asing (bahasa Inggeris)
Contoh:
SALAH You dah makan? Kalau belum, I nak belanja.
BETUL Awak dah makan ? Kalau belum,saya belanja.
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
21/26
Mengabaikan peraturan bahasa / ejaan
Contoh:
SALAH BETUL
Terima kasih di atas kesudian tuan-tuan Terima kasih atas kesudian tuan-tuan..
Hari ini adalah hari yang palingmenggembirakan saya yang mana padahari ini saya menyambut hari jadi saya
Hari ini adalah hari yang palingmenggembirakan saya kerana pada hari inisaya menyambut hari jadi saya
Ayah ke XYZ Klinik Ayah ke Klinik XYZ
Mengabaikan makna kata
Contoh:
SALAH BETUL
Kerajaan menggalakkan kitamelancung
Kerajaan menggalakkan kita melancong..
Para-para hadirin diminta mengambilbahagian..
Para hadirin diminta mengambilbahagian..
Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa
Melayu Penulisan
KESALAHAN EJAAN (Huruf konsonan D menggantikan DH)
SALAH BETUL
Mudharat Mudarat
Fardhu fardu
dhaif Daif
dharurat darurat
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
22/26
KESALAHAN TANDA BACA
a) Kesalahan Tanda Titik/Noktah (.)
Tanda titik atau noktah ialah tanda baca yang penting dan mesti digunakan dengan
betul. Selain berfungsi sebagai tanda penamat dalam ayat, tanda titik juga digunakanuntuk menyatakan singkatan. Kesalahan berlaku apabila tanda titik tidak digunakan,
seperti berikut:
SALAH BETUL
Hj Hj.
Ak Ali Ak. Ali
Dk Hjh Roslina Dk. Hjh. Roslina
Prof Prof.
Dr Yahya Dr. Yahya
2. Kesalahan Tanda Sempang (-)
Terdapat banyak tempat dalam penulisan yang memerlukan sempang, tetapi
penggunaannya sering diabaikan. Tidak menggunakan sempang pada tempat-tempat
yang diperlukan merupakan kesalahan. Berikut dihuraikan kesalahan-kesalahan dari
segi penggunaan tanda sempang:
Sebagai Tanda Kata Ganda
Kata ganda ditulis dengan penggunaan tanda sempang.
SALAH BETUL
meja meja meja-meja
jabatan jabatan jabatan-jabatan
berkata kata berkata-kata
bantah membantah bantah-membantah
ipar duai ipar-duai
saudara mara saudara-mara
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
23/26
Antara Ke dengan Angka
Sempang hendaklah hadir antara ke dengan angka.
SALAH BETUL
ke 21 atau ke21 ke-21
ke 102 atau ke102 Ke-102
Antara Angka yang Merujuk Tahun dengan Akhiran -an
Sempang perlu hadir antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran -an.
SALAH BETUL
tahun 90 an atau tahun 90an tahun 90-an
tahun 20 an atau tahun 20an tahun 20-an
Antara Huruf Kecil dengan Huruf Besar
Huruf besar digunakan apabila merujuk Tuhan atau nama khas. Jikalau huruf besar ini
digunakan serangkai dengan perkataan lain, maka sempang digunakan untuk
memisahkan huruf besar dengan huruf kecil.
Contohnya:
1) Merujuk Tuhan
SALAH BETUL
hambaMU atau hamba mu hamba-Mu
rahmatNya atau rahmat Nya rahmat-Nya
2) Huruf besar bagi nama khas
SALAH BETUL
pro Barat atau proBarat pro-Barat
pan Asia atau panAsia pan-Asia
KDN nya atau KDNnya KDN-nya
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
24/26
Punca-Punca Mengapa Berlakunya Kesilapan Umum
Tatabahasa Bahasa Melayu.
Antaranya adalah:
Sikap individu yang memandang ringan terhadap bahasa Melayu. Ada juga
segelintir masyarakat yang malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan
anggapan bahasa Melayu tidak setaraf dengan bahasa Inggeris.
Selain itu, bahasa yang digunakan oleh ibu bapa di rumah akan memberi kesan
kepada anak-anak. Jika di rumah, bahasa Melayu digunakan secara meluas pasti
anak-anak tidak kekok menggunakan bahasa tersebut di luar rumah.
Pengaruh bahasa lain juga turut memberikan kesan dalam penggunaan Bahasa
Melayu. Penggunaan bahasa ibunda memberikan pengaruh dalam cara bertutur
bahasa Melayu.
Pengaruh media massa turut mengganggu penguasaan tatabahasa
murid.Pengaruh menulis secara pesanan ringkas boleh menjejaskan penguasaan
bahasa lisan dan tulisan murid.
Gangguan dari segi penggunaan bahasa yang menggunakan bahasa ibunda iaitu
dialek pertuturan, bahasa daerah dan bahasa pasar. Berlaku kekeliruan yang berpunca daripada penggunaan bahasa yang tidak
seragam.
Kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh guru semasa mengajar tidak
berkesan dan tidak sistematik.
Kurang kebolehan dan keupayaan menyatakan sesuatu hingga murid terpaksa
menggunakan perkataan pertama bagi lahirkan buah fikiran.
Berlaku juga kekeliruan yang berpunca daripada kecuaian dan kurang
pengetahuan dan pemahaman antara sebutan dan penglihatan.
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
25/26
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KESILAPAN UMUM TATABAHASA:
Mengadakan kempen melalui media elektronik dan media cetak seperti televisyen,
radio, risalah, surat khabar dan lain-lain. Dengan ini, ianya akan menimbulkan
kesedaran kepada masyarakat tentang penggunaan bahasa yang betul.
Melalui pendidikan iaitu cikgu dapat dijadikan sebagai idola bagi pelajar. Cikgu perlulah
menggunakan bahasa rasmi atau formal semasa mengajar. Dengan ini, pelajar akan
turut sama menggunakan bahasa formal. Oleh itu, kerancuan bahasa dapat di atasi.
Mengadakan lebih banyak bengkel tentang bahasa. Melalui bengkel ini, pelajar dapat
didedahkan dan diajar dengan lebih mendalam tentang pengunaan bahasa yang betul.
Dengan ini, mereka dapat memperbaiki kesilapan pengunaan bahasa yang salah.
-
7/28/2019 Kesalahan Penggunaan Imbuhan Baru
26/26
Penutup
Tatabahasa adalah satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam
bahasa Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting
kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan
sesuai diguna pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak
berubah. Bermula dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok,
ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa
Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisan. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab semua agar bersama-sama mendukong cita-cita negara untuk
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah