kesan-kesan perjanjian yandabo di burma (1826)

Upload: leezora-benjamin

Post on 11-Jul-2015

766 views

Category:

Documents


56 download

TRANSCRIPT

KESAN-KESAN PERJANJIAN YANDABO DI BURMA (1826) DAN PERJANJIAN NANKING DI CHINA (1842).Lauraricka Brenda Benjamin 911023~12~5496

Pendahuluan Perjanjian Yandabo telah ditandatangani antara Burma (Myanmar) dengan British pada 24 Februari 1826 bagi menamatkan Perang InggerisBurma I. Manakala Perjanjian Nanking telah ditandatangani pada tahun 1842 bagi menamatkan Perang Inggeris-China I atau Perang Candu I. Kedua-dua perjanjian ini telah meninggalkan kesan politik, ekonomi dan sosial yang ketara kepada Burma dan China sebagai negara yang tewas.

Kedua-dua perjanjian ini merupakan peristiwa penting bagi Burma dan China kerana menjadi titik permulaan hubungan rasmi antara pemerintah tempatan dengan kuasa Barat. Ini menandakan tamatnya dasar tutup pintu (isolasi) yang diamalkan oleh pemerintah Dinasti Konbaung di Burma dan Dinasti Manchu di China sejak sekian lama. Kesan langsung daripada kedua-dua perjanjian ini menyebabkan kuasa Barat mula bertapak di Burma dan China.

Isi KandunganPerjanjian Yandabo

(1826)

Permulaan Campur Tangan British Di Burma Perjanjian Yandabo menandakan permulaan campur tangan dan penjajahan British ke atas Burma. Melalui perjanjian ini, Burma dipaksa menjalinkan hubungan diplomatik dengan British. Burma terpaksa menerima seorang residen British yang ditempatkan di ibu negaranya Amarapura. Sir Henry Burney telah dilantik menjadi Residen British pertama di Burma pada tahun 1830

Tamatnya Dasar Tutup Pintu Burma Perjanjian Yandabo pada dasarnya telah menamatkan dasar tutup pintu yang selama ini diamalkan oleh Dinasti Konbaung. Syarat-syarat perjanjian ini ternyata menguntungkan British dan merugikan Burma dari segi politik dan ekonomi Selepas perjanjian ini, politik Burma dan imej Dinasti Konbaung yang telah memerintah sejak tahun 1752 semakin lemah. Justeru, ia juga menjadi titik tolak kepada meletusnya Perang Inggeris-Burma kedua pada tahun 1852

Terjejasnya Imej Dinasti Konbaung Perjanjian Yandabo ditandatangani setelah British mencapai kemenangan dalam perang ke atas Burma. Kekalahan Burma telah mengaibkan serta menghancurkan keangkuhan pemerintah dan rakyat Burma Kekalahan ini juga mendedahkan kelemahan tentera Burma. Kesannya Burma terpaksa menerima British dan kuasa Barat atas dasar diplomatik dan sama taraf. Ia memberi tamparan hebat kepada keutuhan Dinasti Konbaung yang selama ini memusuhi British dan Barat.

Penguasaan wilayah Burma oleh British Selepas perjanjian ini, beberapa wilayah Burma yang kaya dengan pertanian, terutamanya di bahagian Burma Hilir iaitu Arakan dan Tennaserim mula dikuasai oleh British. Wilayah-wilayah ini akhirnya menjadi tapak permulaan penjajahan British ke atas seluruh Burma

Kesan Perjanjian Yandabo telah menyemarakkan lagi sentiment antiBritish dalam kalangan pemerintah dan pegawai kerajaan Burma.

Sentimen anti-British

Ini jelas terbukti semasa pemerintahan Raja Tharawady yang enggan mengakui perjanjian Yandabo.

Sebaliknya baginda bertindak keras dengan melakukan penindasan terhadap residen, pegawai dan pedagang British di Burma. Kerajaan Myanmar enggan memberi layanan sewajarnya kepada residen-residen British sehingga pada tahun 1840, British telah menarik balik residensinya di Amarapura.

Tindakan ini telah memutuskan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak.

Perang Inggeris-Burma II Sentimen anti-British berterusan dan semakin memuncak semasa pemerintahan Raja Pagan Min, pengganti Raja Tharawaddy. Baginda bertindak melakukan kekerasan dan kekejaman ke atas pegawai dan pedagang British. Sikap anti-British ini juga telah mempengaruhi pegawai Burma seperti Maung Ok iaitu Gabenor Pegu. Beliau menghalang perniagaan saudagar British di Rangoon dan Tennaserim. Saudagar British sebaliknya menuntut supaya mereka diberi kebenaran berniaga di pedalaman Burma.

Maung Ok juga mengenakan tuduhan membunuh dan menipu ke atas dua orang kapten British dan memaksa mereka membayar ganti rugi sebanyak 1000 rupi. Hubungan buruk yang berlanjutan di antara Pagan Min dengan British telah menyebabkan British menghantar Komander Lambert bersama dua buah kapal perang ke Burma.

Burma dituntut membayar ganti rugi kepada British dan melucutkan jawatan Maung Ok.

Hubungan tegang Burma-British akhirnya menimbulkan kekacauan berterusan. Ini memaksa Lord Dalhousie iaitu Gabenor Jeneral British di India menghantar pasukan tentera ke Rangoon dan mendesak Burma membayar ganti rugi sebanyak 100 000 paun. Keengganan Burma memenuhi tuntutan British menyebabkan British mengisytiharkan perang pada Mei 1852.

Perjanjian Nanking (1842)

Kemerosotan Dan Kejatuhan Dinasti Manchu Perjanjian Nanking telah menamatkan Perang Inggeris-China I (1839-1842) yang disebabkan oleh pertentangan dua tamadun dan permasalahan candu. Kekalahan China dalam perang tersebut telah mendedahkan kelemahan tentera kerajaan Manchu

Berdasarkan konsep devine kingship, masyarakat Cina percaya bahawa kerajaan Manchu telah kehilangan mandat dari syurga untuk terus memerintah negara China. Keadaan ini akhirnya telah mencetuskan Pemberontakan Taiping (18501864) yang bertujuan untuk menggulingkan Dinasti Manchu tetapi gagal.

Pencerobohan kuasa-kuasa BaratKesan daripada Perjanjian Nanking menyebabkan China mula diceroboh oleh British dan kuasa-kuasa Barat yang lain. Ini disebabkan selepas perjanjian itu, China dipaksa menandatangani beberapa siri perjanjian lain dengan kuasa-kuasa Barat seperti Perjanjian Perjanjian Perjanjian Perjanjian Bogue dengan British (1843) Wang-hsia dengan Amerika Syarikat (1844) Whampoa dengan Peranchis (1844) China-Norway dan Perjanjian China-Sweden

Wujudnya Lingkunganlingkungan Pengaruh Kuasa Asing Perjanjian Nanking telah membuka ruang kepada kuasa-kuasa asing bertapak dan meluaskan pengaruh di China. Melalui beberapa siri perjanjian yang ditandatangani selepas perjanjian Nanking, kuasa-kuasa Barat telah berlumba-lumba mendapatkan konsesi di China.Kesannya, negara China mula dibahagibahagikan di antara kuasa-kuasa Barat

Rusia mendapat pajakan ke atas hujung selatan Semenanjung Liaotung termasuk Port Arthur dan Dairen selama 25 tahun mulai Mac 1898. Jerman pula diberi pajakan selama 99 tahun terhadap Teluk Kiaochow melalui satu perjanjian pada 6 Mac 1898. Ini memberi kebenaran kepada pihak Jerman untuk membina landasan keretapi dan mengeksploitasi lombong-lombong arang batu di Shantung.

Pada April tahun yang sama, Peranchis mendapat pajakan selama 99 tahun ke atas Teluk Kwangchow. Ini membolehkan Peranchis membina jalan keretapi dari Tongking ke Yunnanfu. British pula telah mendapat hak pajakan 99 tahun ke atas Kowloon. Menjelang bulan November 1898, Britain berjaya mendapatkan konsesikonsesi membina jalan keretapi.

Melalui Perjanjian Nanking , China terpaksa menyerahkan wilayahnya iaitu Hong Kong kepada British.

Penyerahan Hong Kong kepada British

Ini amat bertentangan dengan konsep "Negara Tengah" (Middle Kingdom) yang dipegang China yang yang selama ini menganggap British dan kuasa Barat sebagai barbarian dan bertaraf rendah.

Kesan Ekonomi Salah satu syarat Perjanjian Nanking memaksa China membuka lima buah pelabuhannya kepada pedagang luar, iaitu Canton, Amoy, Ningpo, Shanghai, dan Foochow. Ini telah mendorong kemasukan pedagang-pedagang asing ke China.

Namun China kehilangan kuasa mengenakan sistem tarif untuk melindungi barang-barang buatannya. Sebaliknya barang-barang buatan kilang asing yang lebih murah mula membanjiri pasaran China. Ini telah menjejaskan industri tempatan terutamanya kilang paku dan perusahaan kraf tangan

Kesan Sosial Kedatangan pedagang Barat selepas Perjanjian Nanking membawa bersama mereka ajaran Kristian ke China. Agama Kristian semakin tersebar luas berikutan Perjanjian Whampoa (1844) yang memberi kebenaran kepada Peranchis membina gereja.

Kesan sosial yang lain ialah berlaku masalah pengangguran, rompakan, dan penindasan yang berleluasa di China.

Kesimpulan Konklusinya, kedua-dua Perjanjian Yandabo dan Perjanjian Nanking banyak memberi keuntungan kepada pihak British dalam usaha untuk mengeksploitasi sumbersumber kekayaan Burma dan China. Perjanjian Yandabo telah membuka ruang kepada British untuk meluaskan pengaruhnya dan menguasai seluruh wilayah Burma selepas menewaskan Burma dalam Perang InggerisBurma III (1885).

Dasar tutup pintu yang diamalkan Dinasti Konbaung telah menyebabkan Burma akhirnya terpaksa tunduk kepada British sehingga diberi kemerdekaan pada tahun 1948. Demikian juga, Perjanjian Nanking telah memulakan dasar buka pintu di China. Ia memaksa China menjalinkan hubungan diplomatik dengan British dan kuasa-kuasa Barat lain. Kedua-dua perjanjian dengan jelas telah merintis jalan kepada perluasan kuasa dan penjajahan British ke atas Burma dan China.

Sekian, terima kasih(^o^))