kesan pembangunan pelancongan terhadap kelestarian kehidupan komuniti orang asli kg. sg. ruil,...

15
PROSIDING PERKEM VII, JILID 2 (2012) 1200 - 1214 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII) Transformasi Ekonomi dan Sosial ke Arah Negara Maju Ipoh, Perak, 4-6 Jun 2012 Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands The Effect of Tourism Development to the Livelihood Sustainability of the Orang Asli at the Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands Norlida Hanim Mohd Salleh ([email protected]) Redzuan Othman ([email protected]) Siti Hajar Idris ([email protected]) Abdul Hamid Jaafar ([email protected]) Doris Padmini Selvaratnam ([email protected]) Pusat Pengajian Ekonomi, FEP Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kelestarian kehidupan komuniti Orang Asli di Sungai Ruil di destinasi pelancongan Cameron Highlands, Malaysia. Beberapa indikator pengukur kelestarian kehidupan yang dibangunkan oleh United Nations Development Programme (UNDP, 2005) diguna pakai dalam kajian ini. Antara indikator tersebut adalah aset manusia, aset kewangan, aset fizikal, aset sosial dan gangguan atau ancaman kepada kehidupan masyarakat orang asli. Untuk mencapai tujuan tersebut kaedah temubual secara bersemuka dengan responden di kawasan kediaman mereka telah dilakukan pada Oktober-Disember 2011. Temubual melibatkan sejumlah 110 orang responden yang mewakili setiap rumah yang terdapat di Kg. Sg. Ruil. Kajian mendapati faedah pembangunan pelancongan di Cameron Highland turut dinikmati oleh komuniti Orang Asli melalui penerimaan impak positif dari segi peningkatan dalam aset manusia, aset kewangan, aset fizikal dan aset sosial. Mereka juga berjaya mengatasi ancaman yang dihadapi dalam mengekalkan kelestarian kehidupan mereka. Kata Kunci: kelestarian kehidupan, Orang Asli, pelancongan, Cameron Highland. ABSTRACT The main objective of this study is to measure the level of livelihood sustainability of indigenous peoples at Kg. Sg. Ruil located in tourist destination of Cameron Highlands, Malaysia. Several indicators measuring livelihood sustainability as developed by the United Nations Development Program are employed in this study. Among the indicators measured are human assets, financial assets, physical assets, social assets and the disruption or threat to the livelihood of indigenous people (Orang Asli). Face to face interview method involving a total of 110 respondents was done in October- December 2011. The results have indicated that the development of tourism in Cameron Highland brought positive impacts to the indigenous people in terms of increment in their human assets, financial assets, physical and social assets. They also managed to handle the threats that may disrupt their livelihood sustainability. Keywords: Sustainable livelihood, Orang Asli, tourism, Cameron Highlands. PENGENALAN Pembangunan industri pelancongan membawa pelbagai impak kepada kelompok masyarakat termasuk komuniti peribumi (Orang Asli bagi kes Malaysia). Sungguhpun penglibatan mereka terlalu kecil dan agak terpinggir namum, kesan limpahan kepada masyarakat ini seharusnya berlaku. Mereka ini didedahkan kepada pelbagai peluang yang boleh diperoleh daripada pembangunan industri pelancongan ini. Kesan limpahan ini kepada komuniti peribumi adalah jelas kerana bagi sesetengah kawasan pelancongan yang dibangunkan khususnya di kawasan pendalaman adalah berasaskan produk alam

Upload: acap2020

Post on 13-Aug-2015

107 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

PROSIDING PERKEM VII, JILID 2 (2012) 1200 - 1214

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII)

Transformasi Ekonomi dan Sosial ke Arah Negara Maju

Ipoh, Perak, 4-6 Jun 2012

Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan

Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

The Effect of Tourism Development to the Livelihood Sustainability

of the Orang Asli at the Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

Norlida Hanim Mohd Salleh ([email protected])

Redzuan Othman ([email protected])

Siti Hajar Idris ([email protected])

Abdul Hamid Jaafar ([email protected])

Doris Padmini Selvaratnam ([email protected])

Pusat Pengajian Ekonomi, FEP

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kelestarian kehidupan komuniti Orang Asli di Sungai Ruil

di destinasi pelancongan Cameron Highlands, Malaysia. Beberapa indikator pengukur kelestarian

kehidupan yang dibangunkan oleh United Nations Development Programme (UNDP, 2005) diguna

pakai dalam kajian ini. Antara indikator tersebut adalah aset manusia, aset kewangan, aset fizikal, aset

sosial dan gangguan atau ancaman kepada kehidupan masyarakat orang asli. Untuk mencapai tujuan

tersebut kaedah temubual secara bersemuka dengan responden di kawasan kediaman mereka telah

dilakukan pada Oktober-Disember 2011. Temubual melibatkan sejumlah 110 orang responden yang

mewakili setiap rumah yang terdapat di Kg. Sg. Ruil. Kajian mendapati faedah pembangunan

pelancongan di Cameron Highland turut dinikmati oleh komuniti Orang Asli melalui penerimaan

impak positif dari segi peningkatan dalam aset manusia, aset kewangan, aset fizikal dan aset sosial.

Mereka juga berjaya mengatasi ancaman yang dihadapi dalam mengekalkan kelestarian kehidupan

mereka.

Kata Kunci: kelestarian kehidupan, Orang Asli, pelancongan, Cameron Highland.

ABSTRACT

The main objective of this study is to measure the level of livelihood sustainability of indigenous

peoples at Kg. Sg. Ruil located in tourist destination of Cameron Highlands, Malaysia. Several

indicators measuring livelihood sustainability as developed by the United Nations Development

Program are employed in this study. Among the indicators measured are human assets, financial

assets, physical assets, social assets and the disruption or threat to the livelihood of indigenous people

(Orang Asli). Face to face interview method involving a total of 110 respondents was done in October-

December 2011. The results have indicated that the development of tourism in Cameron Highland

brought positive impacts to the indigenous people in terms of increment in their human assets,

financial assets, physical and social assets. They also managed to handle the threats that may disrupt

their livelihood sustainability.

Keywords: Sustainable livelihood, Orang Asli, tourism, Cameron Highlands.

PENGENALAN

Pembangunan industri pelancongan membawa pelbagai impak kepada kelompok masyarakat termasuk

komuniti peribumi (Orang Asli bagi kes Malaysia). Sungguhpun penglibatan mereka terlalu kecil dan

agak terpinggir namum, kesan limpahan kepada masyarakat ini seharusnya berlaku. Mereka ini

didedahkan kepada pelbagai peluang yang boleh diperoleh daripada pembangunan industri

pelancongan ini.

Kesan limpahan ini kepada komuniti peribumi adalah jelas kerana bagi sesetengah kawasan

pelancongan yang dibangunkan khususnya di kawasan pendalaman adalah berasaskan produk alam

Page 2: Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

1201 Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar & Nor Aini Hj. Idris

sekitar dan kawasan yang dibangunkan ini dihuni oleh komuniti orang asli. Kawasan pelancongan

Taman Negara Pahang-Malaysia umpamanya, merupakan kawasan yang dihuni oleh komuniti Orang

Asli berketurunan Batek (Zanisah, et. al., 2009), sementara kawasan pelancongan Cameron Highland

Pahang-Malaysia, pula merupakan kawasan penempatan komuniti Orang Asli berketurunan Semai.

Diperingkat antarabangsa sepertimana dilaporkan oleh Dyer, et. al (2003), impak pembangunan

pelancongan dan komuniti masyarakat pribuminya sememangnya tidak dapat dipisahkan. Komuniti ini

mendapat manfaat dari aspek peluang, pekerjaan, berlaku peningkatan kesefahaman budaya dan harta

benda.

Pembangunan industri pelancongan dan impak kepada komuniti telah banyak dibincangkan di

kalangan penyelidik. Ini kerana impak positif dan negatif begitu sinonim apabila berlakunya mana

mana pembangunan. Oleh itu penyelidik kesan pembangunan mengenalkan pendekatan pembangunan

lestari dan pelancongan lestari untuk menganalisis kesan positif dan negatif daripada sesuatu

pembangunan terhadap komuniti tempatan dengan harapan kesan negatifnya dapat diminimumkan. Ini

khususnya jika pembangunan tersebut banyak memberikan kesan langsung kepada komuniti tempatan.

Diharapkan pembangunan pelancongan lebih menyerlahkan kesan positif sama ada kepada sosio-

ekonomi dan budaya, fizikal mahupun alam sekitar komuniti setempat.

Antara impak yang penting ialah impak sosio-ekonomi yang mana daripada pembangunan

industri pelancongan diharap dapat mengurangkan kadar kemiskinan komuniti tempatan termasuk

komuniti Orang Asli di Malaysia. Pada umumnya komuniti ini masih berada pada kadar kemiskinan

yang tinggi dan masih terbatas dari segi menerimaan tingkat pendidikan sebagaimana dilaporkan juga

oleh kajian Caroline (2008).

Di Malaysia menurut Jabatan Hal Ehwal Orang Asli [JHEOA] (2003), pencapaian

pembangunan komuniti Orang Asli melalui pelbagai program khusus yang dirancang untuk mereka

selepas 40 tahun masih tidak menunjukkan pencapaian yang membanggakan. Paras kemiskinan serta

kemelaratan hidup di kalangan isirumah Orang Asli masih berada di tahap yang tinggi dengan hampir

80 peratus isirumah hidup di bawah garis kemiskinan1. Malah 50 peratus daripada mereka masih

dikategorikan sebagai miskin tegar2. Keadaan ini mungkin tidak dapat diselesaikan sepenuhnya tetapi

keterpinggiran dalam arus pembangunan seharusnya dapat diminimumkan.

Penglibatan diri dalam ekonomi pasaran sememangnya wujud, tetapi masih pada tahap yang

rendah. Wujudnya pengaruh pemodenan dan struktur ekonomi mereka yang berasaskan pasaran dapat

dilihat dari aset yang dimiliki sebahagian ahli komuniti ini seperti radio, TV, peti ais, peralatan

telekomunikasi dan sebagainya seperti juga hasil kajian Dyer, et. al (2003).

Impak ini turut dinikmati komuniti Orang Asli kawasan Cameron Highland di mana mereka telah

lama terdedah dengan suasana pelancongan di kawasan tersebut dan telah mengambil bahagian dalam

ekonomi pasaran dengan menjual barangan hutan sepanjang jalan menuju ke puncak Cameron

Highland. Dengan ertikata lain mereka juga telah mula menunjukkan keterbukaan dan menerima

pembangunan pelancongan dalam kehidupan mereka. Namun, masih terdapat komuniti yang menolak

pembangunan sebagaimana dilaporkan dalam kajian penyelidik lain. Mereka enggan atau membataskan

penerima aktiviti pelancongan (Ryan, 1991). Penolakan ini ada kaitan dengan berlakunya gangguan

terhadap kehidupan sosial mereka (Mercer, 1994). Selain wujud kebimbangan bilamana penerimaa

pelancong dirasakan boleh merubah dan memusnahkan budaya masyarakat terutama bilamana

penempatan mereka mula dijadikan destinasi tarikan pelancong (Greenwood, 1989; Moowforth &

Munt, 1998).

Pandangan negatif ini harus dikikis kerana sedikit sebanyak pembangunan pelancongan

khususnya di kawasan komuniti peribumi dapat mengurangkan kemiskinan melalui peluang peluang

perniagaan kesan daripada pembangunan ekonomi ini. Ini akan memastikan kelestarian kehidupan

mereka. Menyedari hakikat ini, kertas kerja ini bertujuan mengkaji sejauh mana pembangunan

pelancongan di Cameron Highland telah melestarikan kehidupan masyarakat Orang Asli di Kampung

Sungai Ruil, iaitu satu-satunya perkampungan Orang Asli yang terletak di tengah-tengah kawasan

utama pembangunan pelancongan.

Penelitian ini menggunakan beberapa indikator yang terdapat dalam rangkakerja kelestarian

kehidupan United Nation Development Programme (UNDP, 2005). Perbincangan hasil kajian disusun

secara terperinci dengan perbincangan terlebih dahulu dimulai dengan perbincangan: ii) kerangka kerja

penyelidikan, iii) sorotan kajian lepas, iv) metodologi dan lokasi kajian, v) hasil kajian dan vi)

kesimpulan serta implikasi kajian.

1 Menerima pendapatan kurang daripada RM750, Unit Perancang Ekonomi, Malaysia.

2 Menerima pendapatan kurang daripada RM440, Unit Perancang Ekonomi, Malaysia.

Page 3: Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012 1202

KERANGKA KERJA PENYELIDIKAN

Dalam meneruskan kehidupan pelbagai keperluan hidup diperlukan. Menurut teori Maslow (Maslow,

1943 ) setiap manusia akan berusaha untuk memenuhi dan mengutamakan keperluan asas mereka

terlebih dahulu seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal sebelum mereka dapat memenuhi

kehendak yang kompleks. Atas keperluan ini pelbagai aspek/aset yang dimiliki individu perlu

digembeling dalam usaha membolehkan individu tersebut melangsungkan kehidupan mereka. Aset

tersebut adalah seperti ditunjukkan di JADUAL 1.

Aset di atas dan tenaga usaha digunakan untuk menjana pendapatan bagi kehidupan. Walau

bagaimanapun, setiap individu boleh menghadapi masalah dalam menggunakan aset ini. Masalah ini

mungkin menghalang keupayaan dalam menjana pendapatan. Jika halangan ini dapat diuruskan dengan

baik, masyarakat boleh berjaya dalam mencapai kelestarian kehidupan, tetapi jika sebaliknya, ia

mungkin memburukkan lagi keadaan kehidupan komuniti ini. Halangan ini termasuk bencana alam dan

wabak penyakit (Malleret dan Simbua, 2010; Claire, 2010). Rangka kerja konsep kelestarian

dibincangkan di atas adalah seperti yang digambarkan dalam RAJAH 1 (Allison dan Horemans, 2006).

Daripada RAJAH 1, kesediaadaan dasar, institusi dan proses serta kebolehsampaian kepadanya

juga mempengaruhi kemampuan komuniti memiliki aset yang seterusnya mempengaruhi kelestarian

kehidupan mereka. Ketiga-tiga perkara ini juga didapati berkait dengan aspek kebolehterancaman yang

menggugat kelestarian komuniti, selain berkeupayaan menghasilkan strategi bagi mencapai matlamat

kehidupan (contoh meningkatkan pendapatan, meningkatkan kebajikan, bebas atau berupaya

menangani sebarang ancaman kehidupan, kecukupan makanan, peningkatan empowerment and social

inclusion).

Kerangka kerja seperti dibincangkan ini seringkali digunakan dalam kajian yang berkaitan

kelestarian kehidupan komuniti pulau umpamanya yang dilakukan oleh UK Government’s Department

(2003), Harrison (2005), Claire (2004), Bruce et. al (2007), Bennett (2005), Teresa (2008), Cinner

(2010).

SOROTAN KAJIAN

Kajian berkaitan komuniti orang asli meliputi pelbagai seperti aspek-aspek budaya, sosio-ekonomi dan

kepercayaan komuniti tersebut. Kajian oleh McInfire (1969) umpamanya melihat aspek sosio-ekonomi

mereka. Masyarakat asli di Hopi Arizona, Amerika Syarikat dikatakan menerima perubahan dalam

kehidupan mereka daripada kehidupan berasaskan ekonomi sara diri di sektor pertanian. Penerimaan

tersebut juga telah membawa kepada perubahan dari aspek jenis-jenis rumah dan struktur kampung

yang tradisional kepada yang lebih radikal akibat kemerosotan sektar pertanian dan naiknya upah

buruh.

Ruddle (1970) telah membuat kajian mengenai sistem sara diri masyarakat Yukpu di kawasan

sempadan Columbia, Venezuela yang mendapati ekonomi masyarakat ini adalah berasaskan kepada

pertanian pindah yang diusahakan dalam pelbagai bentuk. Pada tahun yang sama, Ushec telah mengkaji

mengenai perkaitan aspek-aspek ekonomi dengan ekologi masyarakat Bankslanders di Pulau Banks, di

utara Kanada menunjukkan aktiviti memburu dan menjerat binatang merupakan kegiatan ekonomi

yang utama masyarakat tersebut. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang erat

antara dasar ekologi dan ekonomi sosial yang disesuaikan mengikut masa.

Monk (1975) dalam kajiannya terhadap masyarakat orang asli di Australia membuat

perbandingan ekologi enam kumpulan masyarakat orang asli. Kajian tersebut mendapati ciri-ciri

penduduk, peluang-peluang ekonomi yang sedia ada dan sejauh mana bergantung kepada

campurtangan kerajaan adalah faktor penting yang membentuk pola-pola sosial-ekonomi dan

perbezaan ciri-ciri utama masyarakat primitif.

Kajian mengenai masyarakat orang asli turut dilakukan di Malaysia yang dahulunya dikenali

sebagai Tanah Melayu. Walter Willliam Skeet dan Charles Otto Blagden (1906) merupakan dua

pengkaji terawal yang mengkaji berkaitan dengan orang asli di Tanah Melayu. Mereka telah menulis

buku yang bertajuk “ Pagan Races of Malay Peninsular “, yang membicarakan secara ringkas

mengenai kumpulan-kumpulan orang asli di Semenanjung Malaysia. Mereka menyentuh soal-soal

budaya, sifat fizikal orang asli dan kehidupan mereka.

Kayoko Ishii (2003) menunjukkan bahawa pelancongan etnik menyediakan sumber

pendapatan kepada komuniti minoriti tempatan. Walau bagaimanapun, hasil pendapatan golongan

muda dam wanita adalah lebih tinggi daripada orang tua menyebabkan terdapat jurang perbezaan yang

mengganggu sistem sosial patriaki mereka.

Page 4: Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

1203 Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar & Nor Aini Hj. Idris

Alison (2004) mendapati dengan wujudnya pertemuan dengan orang asli di Thailand,

pelancong mula menghargai budaya orang asli berdasarkan 5 pusat dimensi iaitu setelah mereka

melihat cara hidup, persekitaran, kesahihan, setelah berinteraksi dengan orang asli serta mengalami

sendiri pembelajaran tak formal.

Chris Ryan (2002) melaporkan keputusan kaji selidik pelancong yang telah melawat Central

Australia. Dilaporkan aktiviti mengenali budaya orang Asli Australia adalah kurang menarik

berbanding aktiviti-aktiviti lain. Hasil kajian mengesahkan hanya kumpulan-kumpulan penyelidik iaitu

golongan minoriti dari jumlah pelancong yang melawat Australia menunjukkan tahap minat yang

tertinggi terhadap budaya orang Asli

Pam Dyer (2002) menunjukkan bahawa kesan positif pelancongan

yang dikenal pasti oleh kajian ini termasuklah kebangkitan semula budaya Djabugay, peluang

pekerjaan, dapat bekerja bersama-sama dengan komuniti sendiri , meningkatkan pemahaman silang

budaya dan kebajikan mereka dijaga dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, kelemahan seperti

kemerosotan budaya Djabugay, eksploitasi masyarakat Djabugay, interaksi pelancong- Djabugay yang

minimum dan bahan yang terhad juga turut didapati.

Jeremy Bultjen (2010) meneliti penglibatan Orang Asli dalam pelancongan di Weipa utara-

barat Queensland dan peranan operasi perlombongan bauksit Comalco yang kini dikenali sebagai Rio

Tinto Aluminium, dalam membantu perkembangan ini. Walau bagaimanapun, lombong itu tidak

terlibat secara langsung tetapi adalah sebagai pemudah cara bekerja dengan beberapa

organisasi serantau orang Asli.

Jelas daripada kajian lepas, kehidupan masyarakat orang asli termasuk di Malaysia telah

mengalami perubahan terutama dari aspek ekonomi dengan membangunnya ekonomi negara. Ini

bermakna masyarakat ini telah dibangunkan sama seperti masyarakat lain di negara ini. Oleh kerana

membangunnya masyarakat ini maka taraf kehidupan mereka juga dijangkakan telah meningkat.

Sebagaimana dibincangkan di awal kajian, kertas ini bertujuan meninjau kesan pembangunan

khususnya pembangunan pelancongan terhadap kelestarian kehidupan masyarakat orang asli Kg. Sg.

Ruil, Cameron Highlands.

METODOLOGI DAN LOKASI KAJIAN

Metodologi dan Pungutan Data

Kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini adalah survey/kaji selidik. Kaji selidik ini dibahagikan

kepada tujuh sub-seksyen yang mana lima sub-seksyen berkaitan dengan penunjuk utama yang

dibincangkan di atas. Dua sub-seksyen lain adalah ancaman/ketidaktentuan dan profil responden.

Sebanyak 110 orang responden telah dipilih dalam kajian ini, iaitu sekitar 10 peratus daripada

penduduk tetap kawasan kajian. Maklumat kajian akan di analisis menggunakan Pakej Statistik untuk

Sains Sosial (SPSS). Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis taburan kekerapan.

Analisis ini adalah berdasarkan kepada persepsi responden mengenai petunjuk dan ketidaktentuan yang

telah dibincangkan sebelum ini. Selain itu kaedah analisis min turut dilakukan.

Latar Belakang Lokasi Kajian dan Orang Asli (OA) Cameron Highland

Kajian ini memberi tumpuan terhadap kawasan perkampungan Orang Asli Sg. Ruil. Kawasan ini

terletak kira-kira 3km dari bandar Brinchang dan merupakan kawasan kediaman komuniti OA yang

paling hampir dengan pusat bandar, rujuk RAJAH 1. Kedudukan adalah kira-kira 500 meter dari jalan

besar menuju ke bandar Brinchang. Kampung ini didiami oleh sekitar 1,140 orang penghuni dengan

jumlah 146 buah keluarga. Diketuai oleh seorang batin En. Kadir a/l Latif.

Dari segi lokasi, kedudukan Kg. Sg. Ruil ini sangat berdekatan dengan pusat bandar, dijangka

komuniti ini memperoleh kesan langsung dan menikmati limpahan positif daripada pembangunan

khususnya daripada sektor pelancongan. Limpahan impak ini akan membawa peningkatan dari segi

taraf hidup mereka walaupun tidak merangkumi kesemua elemen penting dalam indikator kelestarian

kehidupan sebagaimana yang digunapakai oleh UNDP (2005), Allison (2005, Harrison (2005); Claire

(2004); Bruce (2007); Narriman, et. al (2009) and Cinner (2000). Keadaan ini ada kaitannya dengan

cara hidup komuniti ini yang masih belum mementingkan kehidupan yang bermotifkan kekayaan.

Sebaliknya masih berpegang kepada hubungan kekeluargaan, budaya dan kebahagiaan /kegembiraan

(Kadir, 2011).

Page 5: Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012 1204

Kedudukan yang bersebelahan dengan lokasi Jabatan Kemajuan Orang Asli Cameron

Hingland (JAKOA) juga merupakan kelebihan kepada perkampungan ini berbanding kampong-

kampung OA yang lain seperti Kg. Sg. Ubi, Kg. Boh, Kg. Sg. Susu dan sebagainya. Pada umumnya

terdapat sejumlah 27 buah kampong OA di Cameron Highlands dengan penduduk sejumlah 6100 orang

(JAKOA, 2011).

HASIL KAJIAN KELESTARIAN KEHIDUPAN KOMUNITI ORANG ASLI KG. SG. RUIL

CAMERON HIGHLANDS

Secara terperinci bahagian ini akan membincangkan aset-aset yang mencerminkan kelestarian

kehidupan masyarakat orang asli di Kg. Sg. Ruil Cameron Highlands. Ini dimulai dengan

perbincangan ringkas tentang latar belakang responden.

Latar Belakang Responden Kg. Sg. Ruil Cameron Highland

Profil responden bagi kajian ini ditunjukkan oleh JADUAL 3. Daripada jadual didapati bilangan

responden dari segi jantina adalah hampir seimbang iaitu 42.7 peratus adalah lelaki dan 57.3 adalah

perempuan.

Daripada keseluruhan responden, 26.1 peratus adalah ketua isi rumah (KIR) dan 73.9 peratus

adalah ahli isi rumah (AIR). Bagaimanapun, dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan responden

yang tepat, AIR yang dipilih adalah AIR yang dapat mewakili isi rumah tersebut. Majoriti mereka

berumur antara 21-30 tahun (59.9 peratus), 31-40 tahun (20.0 peratus) dan 41 tahun ke atas (20.0

peratus).

Peratus dari segi status perkahwinan responden adalah seimbang iaitu 46.6 peratus belum

berkahwin dan 45.6 peratus telah berkahwin. Selebihnya adalah dalam kumpulan balu/duda serta

bercerai.

Sekitar 54.3 peratus adalah merupakan keluarga asas manakala 45.7 peratus adalah keluarga

luas. Dari status ini, membuktikan terdapat hampir separuh ahli keluarga yang telah berumah tangga

masih tinggal bersama ahli keluarga mereka.

Majoriti penduduk (87.6 peratus) merupakan penduduk asal dan selebihnya adalah penduduk

dari kawasan luar yang berhijrah ke Kg. Sg. Ruil. Punca perpindahan adalah disebabkan oleh faktor

perkahwinan (8.1 peratus) dan pekerjaan (4.3 peratus).

Majoriti penduduk beragama Kristian (35.1 peratus), diikuti Islam (33.6 peratus), agama

Nenek-moyang (14.5 peratus), Hindu (0.8 peratus) dan lain-lain (16.0 peratus).

Aset Manusia

Aset manusia merangkumi aspek pendidikan, pengalaman bekerja serta kemahiran dan pengetahuan

yang mereka miliki.

Daripada JADUAL 4 didapati majoriti komuniti Orang Asli ini telah mendapat pendidikan

sama ada pendidikan formal (67.8 peratus) mahupun pendidikan tidak formal (19.2 peratus). Kadar

keciciran pendidikan sekitar 13 peratus. Bagaimanapun, peratusan yang menerima pendidikan tinggi

masih berada pada tahap yang rendah iaitu pada kadar 1.5 peratus sahaja.

Daripada 67.8 peratus yang menerima pendidikan formal ini, sekitar 11.5 peratus menerima

pendidikan sekolah rendah, 54 peratus menerima pendidikan menengah rendah dan hanya 0.8 peratus

menerima pendidikan menengah atas. Daripada perangkaan ini dapat dirumuskan sungguhpun

komuniti ini menerima pendidikan, namun tahap pendidikan mereka masih berada pada tahap yang

rendah.

Daripada jumlah 67.8 peratus penerima pendidikan formal ini sekitar 64.1 peratus memberi

response terhadap faktor yang menghalang mereka daripada meneruskan pendidikan. Antara faktor

utama yang menghalang mereka melanjutkan pelajaran adalah faktor kewangan (25.2), tidak berminat

(21.4 peratus), prestasi akademik yang tidak memuaskan (9.9 peratus) dan desakan/ketidakmampuan

keluarga (7.6 peratus).

Daripada aspek pengalaman bekerja pula didapati majoriti (59.6 peratus) mempunyai pekerjaan

tetap. Kebanyakan mereka bekerja dalam sektor pelancongan (29.0 peratus) diikuti dalam sektor swasta

(16.8 peratus) dan kerajaan (9.2 peratus). Hanya 4.6 peratus daripada keseluruhan responden

merupakan mereka yang bekerja sendiri.

Page 6: Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

1205 Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar & Nor Aini Hj. Idris

Daripada jumlah yang bekerja ini sejumlah 15.9 peratus menerima pendapatan sekitar RM500

dan kebawah, 31.3 peratus menerima pendapatan antara RM501-1,000, 10.7 peratus menerima

pendapatan antara RM1,001-1,500 dan 1.5 peratus menerima pendapatan antara RM1,500-2,000.

Mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap rata-ratanya menerima pendapatan dibawah RM440

yang boleh diklasifikasikan kepada miskin tegar.

Walaupun ramai di kalangan komuniti Orang Asli tidak mempunyai pekerjaan tetap dan

menerima pendapatan yang rendah, namun usaha kearah meningkatkan pendapatan dijangka boleh

dilakukan. Ini kerana ramai dikalangan mereka mempunyai pelbagai kemahiran yang boleh

digembeling untuk membangunkan komuniti ini. Antaranya dari segi kemahiran membaca dan

menulis, penguasaan Bahasa Malaysia, Inggeris dan Asli, serta kemahiran memasak didapati lebih 50

peratus daripada komuniti ini mahir menguasainya.

Orang Asli turut mempunyai kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran kesenian (36.6

peratus), kemahiran kraftangan (28.3 peratus), bercucuk taman (47.3 peratus), ternakan (39 peratus),

berburu (31 peratus), kemahiran menjejak (26.7 peratus), bersukan rekeasi (43.6 peratus), kemahiran

teknikal dan perubatan tradisional (25.2 peratus) dan sebagainya.

Aset Sosial

Daripada sudut aset sosial pula kajian ini meneliti hubungan kekeluargaan dan hubungan dengan

komuniti. Bagi komuniti Orang Asli, didapati hubungan sama ada antara ahli keluarga mahupun

dengan ahli masyarakat, hubungan antara mereka tetap wujud bila mana mereka menghadapi masalah.

Umpamanya, bagi masalah kesihatan majoriti mendapati ibubapa, adik beradik dan saudara mara

merupakan orang yang selalu mendampingi dan menolong mereka (sekitar 50 peratus). Bagi masalah

kewangan pula, ibubapa dan pasangan (36-46 peratus) merupakan tempat rujukan mereka. Begitu juga

bagi masalah emosi (40-42 peratus). Dikalangan ahli masyarakat, jiran dan rakan rakan pula

merupakan tempat mengadu masalah kesihatan, kewangan dan emosi mereka.

Hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan yang baik dikalangan komuniti Orang Asli ini

juga terjelma bilamana didapati mereka ini sangat aktif melibatkan diri. Sekitar 76-83 peratus ahli

komuniti menyatakan mereka menghadiri pelbagai acara yang dianjurkan oleh komuniti mereka seperi

kenduri kahwin, aktiviti keagamaan, gotong royong dan menziarahi orang sakit dan kematian. Aktiviti

sosial dan ceramah umum juga tidak ketinggalan diikuti oleh sebahagian (61-65 peratus) ahli

masyarakat.

Rata-ratanya mereka juga sangat mempercayai jiran dan ahli keluarga dalam membantu

menjaga harta benda (rumah) mereka.

Mereka juga didapati kerap kunjung mengunjungi antara satu sama lain (JADUAL 5d).

Saudara-mara, adik beradik dan ibu bapa adalah antara keluarga yang kerap menziarahi mereka iaitu

pada kadar antara 8-16 kali setahun. Sementara ibu bapa, cucu dan saudara mara pula merupakan atara

ahli keluarga yang sering mereka lawati. Purata lawatan mereka dalam setahun adalah antara 10-15

kali. Dalam kalangan ahli masyarakat, pemimpin masyarakat merupakan orang yang selalu melawat

dan dilawati oleh mereka. Bilangan kali lawatan adalah antara 16-20 kali dalam setahun. Maklumat-

maklumat ini jelas membuktikan ahli masyarakat orang asli sangat akrab antara satu dengan yang lain.

Aset Fizikal

Dari sudut aset fizikal, komuniti Orang Asli diperkampungan Sg. Ruil ini telah disediakan dengan

pelbagai kemudahan fizikal asas seperti bekalan air, eletrik, jalan raya, telefon awam, kemudahan

pengangkutan, hospital/kelinik, kedai runcit, surau dan balai raya.

Lebih 50 peratus daripada keseluruhan komuniti menyatakan kemudahan disediakan adalah bertambah

baik. Hanya antara 0.8-7 peratus sahaja menyatakan semakin teruk dan selebihnya tiada perubahan.

Sungguhpun kemudahan tersedia, namun pembaikan masih perlu dan boleh dinaiktaraf seperti

saranan responden terhadap kemudahan jalan raya dan kemudahan telefon awam, rujuk JADUAL 6a

dan 6b.

Aset Kewangan

Daripada aspek aset kewangan pula, hanya 45 peratus sahaja responden yang memberikan tindak balas

terhadap persoalan ini. Rata-rata mereka mempunyai jumlah simpanan yang sedikit. Hanya 13 peratus

sahaja mempunyai simpanan sekitar RM1,000. Selebihnya memiliki simpanan kurang daripada

RM,000. Ini menunjukkan kehidupan komuniti ini agak rapuh khususnya jika mereka secara tiba-tiba

berhadapan dengan kesulitan kehidupan luar jangka seperti penyakit kronik dan kemalangan.

Page 7: Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012 1206

Dari segi kadar hutang pula, hanya 12.5 peratus sahaja daripada keseluruhan responden

mempunyai hutang. Tujuan berhutang adalah untuk tujuan membina rumah (3.8%) dan membeli

kenderaan (6.1%). Kadar hutang yang rendah disebabkan sikap komuniti orang asli tidak gemar

berhutang (Kadir, 2011), selain wujud sikap tolong-menolong yang tinggi dikalangan mereka. Jesteru

itu, konsep berhutang tidak wujud dikalangan mereka. Keadaan ini dibuktikan bila mana diajukan

punca pinjaman responden, keluarga merupakan antara institusi pemberi pinjaman. Selain tiu terdapat

juga pinjaman daripada institusi kewangan (9.9%) dan pinjaman dari jiran 0.8%). Majoriti kaedah

bayaran semula pinjaman adalah secara ansuran.

Aset Semulajadi

Dari aspek aset semula jadi iaitu pemilikan terhadap tanah, majoriti tidak mempunyai tanah. Ini kerana

mereka ini sememangnya tidak mempunyai tanah secara individu sebaliknya tanah mereka adalah

tanah yang digazetkan oleh kerajaan kepada komuniti ini. Tujuan penggazetan adalah untuk

mengelakkan tanah milik komuniti ini dijual oleh mereka.

Sementara bagi milikan aset semula jadi hutan, hasil-hasil hutan merupakan hasil mata

pencarian mereka. Mereka secara umumnya memang diizinkan untuk mencari hasil-hasil hutan sebagai

mata pencarian mereka. Tiada sebarang kawalan dikenakan bagi mereka menerokai hasil hutan seperti

rotan, petai, buluh dan sebagainya. Bagaimanapun, penebangan tumbuhan hutan dibenarkan (Kadir,

2011).

Kebolehterancaman Komuniti Orang Asli

JADUAL 7menerangkan hasil kajian mengenai aspek kebolehterancaman komuniti. Didapati majoriti

penduduk menghadapi ancaman banjir (51.6%), kemarau yang panjang (52.6%), tanah runtuh (76.4%)

serta wabak penyakit (52.1%). Bagaimanapun, mereka menyatakan bencana tersebut jarang berlaku.

KESIMPULAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Secara keseluruhan, jika ditinjau dengan teliti pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan banyak

membawa impak terhadap kelestarian kehidupan komuniti Orang Asli di perkampungan Sg. Ruil. Ini

jelas kelihatan melalui aset-aset yang mereka miliki. Dalam kajian ini, tinjauan terhadap 5 aset telah

dilakukan iaitu aset manusia, aset semulajadi, aset kewangan, aset fizikal dan aset semulajadi. Namun,

tidak dapat dinafikan bahawa kadar kecukupan mereka terhadap aset-aset yang dinyatakan di atas

masik kurang. Ini bermakna kerajaan dan badan bertanggungjawab harus terus memainkan peranan

dalam membangunkan kelestarian kehiduapan komuniti Orang Asli ini. Ringkasan dan cadangan yang

disarankan adalah seperti di bawah.

Indikator Dapatan dan Cadangan Kajian

Dapatan kajian Cadangan

Aset Manusia Dari aspek pendidikan berlaku

kemajuan. Sekitar 67.8 peratus

telah menerima pendidikan fornal

dan 19.2 peratus pendidikan tidak

formal. Bagaimanapun, peratusan

yang menerima pendidikan tinggi

masih berada pada tahap yang

rendah iaitu pada kadar 1.5 peratus

sahaja.

Meningkatkan pencapaian pada

peringkat tinggi harus menjadi

agenda. Ini membolehkkan mereka

dihantar kembali ke komuniti asal

dan bersama kerajaan membangun-

kan komu niti Orang Asli.

Kemahiran yang dimiliki oleh

komuniti ini harus digunakan

khusus yang berkait dengan

pembangunan industri pelan-

congan.

Aset Semulajadi Tidak memiliki tanah secara

persendirian.

Sumber hutan walaupun secara

umumnya masih diterokai namun

hasilnya semakin berkurangan

kerana pelbagai faktor.

Pembangunan secara bersama

antara pemaju dan komuniti orang

asli harus difikirkan dan diterajui

oleh pihak yang bertanggung-

jawab kepada komuniti ini.

Pemantauan oleh JAKOA masih

relevan dan diperlukan.

Page 8: Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

1207 Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar & Nor Aini Hj. Idris

Aset Sosial Hubungan dalam komuniti adalah

baik sama ada antara rakan, jiran

dan sebagainya.

Keakraban yang mendorong

kepada rangsangan ekonomi harus

difikirkan. Hubungan ini dapat

dijadikan kekuatan kepada

komuniti ini dalam memajukan

ekonomi mereka.

Aset Fizikal

Kemudahan awam bertambah baik

walaupun terdapat kemudahan

yang perlu diperbaiki mutu dan

penyampaiannya. Namun,

kemudahan fizikal asas telah

tersedia kerana kedudukan

perkampungan komuniti ini berada

di pusat bandar.

Beberapa kemudahan yang

menjadi permintaan komuniti

perlu diberikan perhatian. Ini

dapat melestarikan lagi

kehiduapan komuniti. Antaranya

kemudahan jalan raya sehingga ke

kawasan komuniti ini, bekalan air

bersih, padang permainan

kanmak-kanak,telefon awam,

balai raya, rumah, tandas awam

dan saliran.

Aset Kewangan Pendapatan komuniti adalah agak

kecil. Sekitar 15.9 peratus

menerima pendapatan sekitar

RM500 dan kebawah, 31.3 peratus

menerima pendapatan antara

RM501-1,000, 10.7 peratus

menerima pendapatan antara

RM1,001-1,500 dan 1.5 peratus

menerima pendapatan antara

RM1,500-2,000. Mereka yang

tidak mempunyai pekerjaan tetap

rata-ratanya menerima pendapata

dibawah RM440 yang boleh

diklasifikasikan kepada miskin

tegar.

Memperoleh pekerjaan tetap

sepatutnya menjadai agenda

dalam pembangunan komuniti ini.

Kebolehterancaman Selamat dari tekanan atau

keterancaman seperti banjir,

kemarau, tanah runtuh dan wabak

penyakit.

Meningkatkan aspek kesihatan

dan kawalan wabak, menyedikan

kemudahan air bersih yang lebih

terancang dan pembangunan

semula rumah yang lebih selamat

dan terancang.

PENGHARGAAN

Penulis merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan kewangan yang diberikan kepada penyelidikan

ini melalui Skim Geran Penyelidikan Komuniti: (KOMUNITI-2011-022), oleh Universiti Kebangsaan

Malaysia.

RUJUKAN

Alison, J.M. (2004). Tourists’ appreciation of Maori culture in New Zealand. Tourism Management,

25, 1-15

Allison H. Edward H. (2006). Putting the principles of the Sustainable Livelihoods Approach into

fisheries development policy and practice. School of Development Studies.

Bennett, E.(2005). Gender, fisheries and development. Marine policy, 29(5), 451-459

Bruce C. Glavovica.( 2007). Confronting Coastal Poverty: Building Sustainable Coastal Livelihoods In

South Africa. Ocean & Coastal Management 50, 1–23.

Page 9: Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012 1208

Buultjens, J.,Brereton, D., Memmott, P., Reser, J., Thomson, L., & O’Rourke, T.(2010). The mining

sector and indigenous tourism development in Weipa, Queensland. Tourism Management, 31,

597-606.

Caroline, U. (2008). Social Capital, Collective Action and Group Formation: Developmental

Trajectories in Post-socialist Mongolia. Human ecology, 36(2), 175-188.

Cinner J.E. (2010). Differencesinlivelihoods,socioeconomiccharacteristics,and knowledge about the

sea between fishers and and non-fishers living near and far from marine parks on th Kenyan

coast (Marine Policy). 22-28,34.

Claire Ireland. (2004). Alternative Sustainable Livelihoods For Coastal Communities- A Review Of

Experience and Guide to Best Practice. The World Conservation Union.

Dyer, P.,Aberdeen, L., & Schuler, S. (2003). Tourism impacts on an Australian indigenous community:

A Djabugay case study. Tourism Management, 24, 83-95.

Glenn-Marie L. & Narriman, J. (2009). Economic value of marine ecosystem services in Zanzibar:

Implications for marine conservation and sustainable development. Ocean & Coastal

Management, 52 (10) 521-532.

Greenwood, D.J. ,(1989).Culture by the pound: an anthropological perspective on tourism as cultural

commoditization. The anthropology of tourism, 2, 171-185.

Harrison P. (2005). A Socio-economic Assessment of Sustainable Livelihoods Regimes for

Communities of Mnazi Bay Ruvuna Estuary Marine Park, Tanzania. The World Conservation

Union.

JAKOA, 2011. Maklumat Tidak diterbitkan: Jabatan Kebajikan Orang Asli, Kuala Lumpur.

Kadir, 2011. Temubual dengan Tok Batin Kg. Sg. Ruil Cameron Highland, Pahang, pada Oktober

2011.

Kayoko, I. (2012). The impact of ethnic tourism on hill tribes in Thailand. Annals of Tourism

Research, 39(1), 290-310.

Malleret, D., and Simbua, J. (2004). The Occupational Structure of Mnazi Bay Ruvuma Estuary Marine

Park Communities. ICUN EARO, Narobi.

Maslow, A. H. (1943). A theory of human motivation. Psychological Review, 50(4), 370-396.

Mercer, D. (1994). Native peoples and tourism: conflict and compromise. W.F Theobald (Ed.), Global

tourism: The next decade, Butterworth-Heinemann, Oxford 124-145.

Moowforth, M. & Munt, I (1998). Tourism and sustainability: New tourism in the third world.

Routledge, London (1998).

Ryan, C. & Huyton., J. (2002). Tourists and aboriginal people. Annals of Tourism Research, 29(3),

631-647.

Teresa C.H. Tao. (2008). Tourism as a sustainable livelihood strategy. Department of Geography.

United Nations Development Programme (UNDP). (2005). Sustainable Livelihoods Approaches.

Guidance Note 10. On line at www retrieved on 18 March 2010.

Zanisah Man, Nurul Fatanah Zahari, & Mustaffa Omar, (2009) Kesan ekonomi pelancongan terhadap

komuniti batek di Kuala Tahan, Pahang. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 4 (1), 1-12.

Page 10: Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

1209 Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar & Nor Aini Hj. Idris

JADUAL 1: Indikator kehidupan

Elemen Perincian Elemen

Manusia Pendidikan, kursus/latihan, pengalaman bekerja, pengetahuan, kemahiran

Sosial Hubungan kekeluargaan, hubungan dalam komuniti

Semulajadi Tanah, sumber air, produk hutan, biodiversity

Fizikal Pengangkutan, jalan infrastruktur, teknologi

Kewangan Simpanan, kredit dan hutang Sumber: Harrison, Ireland et al (2005)

RAJAH 1: Lokasi Kajian dan Sempadan Daerah Cameron Highland

Influence

M

S S

F K

Influence

RAJAH 1: Kerangka Konsep Kelestarian Kehidupan

Sumber :Allison and Horemans (2006)

UNCERTAINTIES

-Shock

-Increased Goods’ Prices,

Natural Disaster,

Unemployment threat,

changing trends

STRUCTURES

AND

PROCESSES

-Structure

Government

Private

- Process

Laws

Policies

Customs

Institution

POPULATION STRATEGIES

POPULATION

OUTCOME

-Sustainable resource usage -Increased Income - Increased Standard of Living -Free from Uncertainties

-Food guarantee

POPULATION ASSETS

T

OW

A

R

D

S

A

C

H

I

EV

I

N

G

Abbreviation

M=Human Asset

S=Social Assets

F=Physical Assets

S=Natural/Environmental

Assets

K=Financial Assets

Kg. SG. Ruil

Page 11: Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012 1210

RAJAH 2: Pemandangan Sekitaran dan Rumah Penghuni Kawasan Kajian

Page 12: Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

1211 Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar & Nor Aini Hj. Idris

Hasil Kajian Lapangan

Profil Responden

JADUAL 3: Profil Responden Profil responden Peratus

Jantina

Lelaki 42.7

Perempuan 57.3

Status KIR/AIR

KIR 26.1

AIR 73.9

Umur

21-30 59.9

31-40 20.0

41-50 10.0

61 dan ke atas 10.0

Status perkahwinan

Belum berkahwin 46.6

Berkahwin 45.8

Balu/duda 2.3

Bercerai 1.5

Tiada respons 3.8

Jenis keluarga

Keluarga asas 54.3

Keluarga luas 45.7

Penduduk asal kampung

Ya 87.6

Tidak 12.4

Sebab berpindah

Perkahwinan 8.1

Pekerjaan 4.3

Agama

Nenek moyang 14.5

Islam 33.6

Kristian 35.1

Hindu 0.8

Lain-lain 16.0

Page 13: Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012 1212

ASET MANUSIA

JADUAL 4: Ringkasan Tahap Pendidikan, Pengalaman Bekerja dan Kemahiran

serta pengetahuan Yang dimiliki responden Orang Asli

a) Pendidikan

Pendidikan Peratus

Tahap pendidikan

Tidak pernah bersekolah 13

Pendidikan tidak formal 19.2

Sekolah rendah 11.5

Sekolah menengah 54.8

Universiti/kolej 1.5

Sijil tertinggi

Tiada sijil 13.0

Sek.Ren/UPSR 11.5

LCE/SRP/PMR 29.8

MCE/SPM/SPMA 15.2

SPMVok/Teknik 9.0

STPM/Matrikulasi 0.8

Sijil kemahiran 19.2

Sebab tidak melanjutkan pelajaran

Masalah kewangan 25.2

Tidak berminat 21.4

Prestasi akademik tdk memuaskan 9.9

Desakan keluarga 7.6

c) Kemahiran dan pengetahuan

b) Pengalaman bekerja

Pekerjaan utama Peratus

Kerja tetap 59.6 Kerja sementara 40.4

Jenis pekerjaan tetap

Swasta 16.8

Kerajaan 9.2

Buruh sektor pelancongan 29.0

Kerja sendiri 4.6

Anggaran purata gaji

Bawah 440

Bawah 500

40.6*

15.9

501-1000 31.3

1001-1500 10.7

1501-2000 1.5

Kemahiran Sangat

tidak

mahir

Tidak

Mahir

Mahir Lebih

Mahir

Sangat

mahir

Jumlah

yang

response

Peratusan

mahir

Membaca & Menulis 9.9 16.0 9.9 19.1 39.7 94.6 68.7 Menguasai Bahasa Malaysia 6.1 5.3 9.2 32.1 46.6 99.3 87.9 Menguasai Bahasa Inggeris 27.5 25.3 21.4 20.6 10.7 100 52.7 Menguasai Bahasa Mandarin/Tamil 58.8 7.6 6.1 3.1 16.0 91.6 25.2 Menguasai Bahasa Asli 15.3 3.8 0.0 8.4 66.4 93.9 74.8 Kesenian 34.4 3.8 6.9 9.9 19.8 74.8 36.6 Kraftangan 36.6 3.8 6.9 8.4 13.0 68.7 28.3 Bercucuk tanam 42.0 2.3 13.7 11.5 22.1 91.6 47.3 Ternak 48.1 3.8 12.2 9.2 17.6 90.9 39 Berburu 53.4 6.9 9.2 5.3 16.8 91.6 31.3 Kemahiran jejak tanah 56.5 5.3 6.1 4.6 16.0 88.5 26.7 Teknikal/Vokasional (membaiki

motor, rumah, radio)

55.0 7.6 9.2 6.1 9.9 87.8 25.2

Kemahiran perubatan tradisional 60.3 3.1 4.6 7.6 13 88.6 25.2 Keusahawanan (berniaga) 49.6 5.3 12.2 7.6 12.2 86.9 32 Urusan Berkaitan Pelancongan

( jungle tracking, caddy)

46.6 4.6 9.2 6.1 18.3 84.8 33.6

Bersukan/aktiviti rekreasi 36.6 6.1 9.2 15.3 19.1 86.3 43.6 Mahir memasak makanan 26.0 4.6 7.6 16.8 27.5 82.5 51.9

Page 14: Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

1213 Doris Padmini Selvaratnam, Norlaila Abu Bakar & Nor Aini Hj. Idris

ASET SOSIAL

JADUAL 5: Hubungan Kekeluargaan, Hubungan dalam Komuniti

a) Mereka yang mengambil berat masalah

kesihatan, kewangan, emosi

Ahli

keluarga

Kesihatan Kewangan Emosi

Pasangan 39.7 36.6 40.5

Anak-anak 42.7 31.3 32.1

Ibu bapa 50.4 45.8 42.0

Cucu 18.3 14.5 11.5

Adik

beradik

49.6 31.3 37.4

Saudara

mara

54.2 26.7 33.7

Ahli

masyarakat

Kesihatan Kewangan Emosi

Rakan-

rakan

51.1 31.3 42.7

Jiran

tetangga

59.5 34.3 36.6

Pemimpin

masyarakat

22.1 23.7 14.5

b) Aktiviti kemasyarakatan yang disertai

Aktiviti kemasyarakatan Peratus

Menghadiri kenduri kahwin 80.9

Menghadiri aktiviti keagamaan 76.3

Menyertai aktiviti gotong-royong 82.4

Menziarahi orang sakit/kematian 83.2

Aktiviti sosial/berhibur 61.8

Menghadiri ceramah umum 64.9

c) Menjaga rumah: Dipercayai

Keprihatinan Peratus

Jiran 49.6

Ahli keluarga( bukan jiran) 50.4

d) Mereka yang selalu datang menziarah dan diziarahi serta kekerapannya

Ahli keluarga Menziarah anda Anda ziarahi

Setiap

hari

Setiap

minggu

Sebulan

sekali

Beberapa

kali

dalam

setahun

Tidak

pernah

Setiap

hari

Setiap

minggu

Sebulan

sekali

Beberapa

kali

dalam

setahun

Tidak

pernah

Ibu bapa 19.8 15.3 5.3 8.4 3.8 25.2 3.8 11.5 10.7 5.3

Anak-anak 31.3 3.8 4.6 3.1 3.8 26.0 3.1 4.6 4.6 4.6

Cucu 13.0 6.9 2.3 5.3 6.1 21.4 14.5 14.5 15.3 2.3

Adik beradik 26.0 6.1 9.2 11.5 1.5 13.7 4.6 4.6 6.9 5.3

Saudara mara 20.6 13.7 15.3 16.0 1.5 28.2 7.6 6.9 12.2 3.1

Ahli masyarakat

Rakan-rakan 36.6 15.3 4.6 9.2 3.1 36.6 16.0 7.6 9.2 4.6

Jiran tetangga 34.4 16.8 6.9 8.4 3.8 35.1 17.6 6.9 10.7 4.6

Pemimpin

masyarakat

0.8 4.6 7.6 20.6 16.0 2.3 2.3 3.1 16.8 22.1

Page 15: Kesan Pembangunan Pelancongan Terhadap Kelestarian Kehidupan Komuniti Orang Asli Kg. Sg. Ruil, Cameron Highlands

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012 1214

ASET FIZIKAL

JADUAL 6: Bekalan Kemudahan Infrastruktur Fizikal

a) tahap kemudahan asas

Kemudahan asas Peratus Perubahan

Bertambah

baik

Tiada

perubahan

Semakin

teruk

Bekalan air 95.4 60.3 26.7 6.9

Bekalan

elektrik

89.3 64.9 22.9 3.1

Jalan raya 90.1 48.9 24.4 19.8

Telefon awam 83.2 40.5 30.5 14.5

Kemudahan

pengangkutan

80.2 45.8 28.2 6.1

Hospital/klinik 72.5 52.7 21.4 0.8

Kedai runcit 87.8 55.7 32.8 1.5

Surau 85.5 64.1 19.1 0.8

Balai raya 82.4 66.4 20.6 0.8

b) Cadangan memperbaiki

kemudahan asas

Kemudahan Peratus

Jalan raya 19.8

Bekalan air 6.1

Padang/taman

permainan

9.2

Telefon awam 11.5

Dewan/balai raya 1.5

Rumah 7.6

Tandas awam 1.5

Saliran 0.8

ASET KEWANGAN

JADUAL 7: Bekalan Kemudahan Infrastruktur Fizikal

a) Simpanan

Simpanan Peratus

bawah 100 8.4

101-500 13.7

501-1000 8.4

1001-1500 3.1

1501-2000 5.3

2501-3000 2.3

3001 ke atas 2.3

b) Kredit dan hutang

Hutang Peratus

Terikat dengan hutang 12.5

Tujuan pinjaman

Membina rumah 3.8

Membeli kenderaan 6.1

Punca pinjaman

Keluarga 1.5

Jiran 0.8

Ins. Kewangan 9.9

Kaedah pembayaran balik pinjaman

Ansuran bulanan 10.7

Bayaran sekaligus 0.8

Masalah pembayaran hutang 0.8

JADUAL 7: Kebolehterancaman Komuniti Orang Asli

Ancaman Kewujudan Ancaman Jarang-jarang

Ya Tidak

Banjir 51.6 48.4 51.6

Kemarau yang panjang 52.6 47.4 52.6

Tanah runtuh 76.4 23.6 76.4

Wabak penyakit 52.1 47.9 52.1