kesan pembangunan terhadap persekitaran · pdf filesaya mengaku laporan akliir penyelidikan...
TRANSCRIPT
KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP PERSEKITARAN FIZIKAL DI BANDARAYA IPOH, PERAK
MOHD HAIRY IBRAHIM MOHMADISA HASHIM
NASIRNAYAN
KOD PENYELIDIKAN UPSI: 08-06-16-05
PERPUSTAKAAN UPSI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2009
ii
PENGAKUAN
Saya mengaku Laporan Akliir Penyelidikan Ini adalah hasil kajian kami Mohd Hairy Ibrahim, Mohmadisa Hashim dan Nasir Nayan kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya
03.3.2009 Tandatangan Mohd Hairy Ibrahim Ketua Penyelidik
Tandatangan Mohmadisa Hashim Penyelidik Bersama
Tandatangan Nasir Nayan
Penyelidik Bersama
iii
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana membiayai penyelidikan ini berasaskan Skim Geran Penyelidikan Jangka Pendek Universiti (Kod : 08-06-16-05). Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan di Jabatan Geografi, FSSK, UPSI yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan laporan penyelidikan ini. Terima kasih juga kepada Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Aiam Sekitar, Perak, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia, Aiam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. (ASMA) dan Iain-Iain agensi kerajaan dan swasta yang telah memberi sokongan dan kerjasama padu dalam penyelidikan ini. Terima kasih ke atas keluarga tersayang yang memahami dalam menjayakan penyelidikan ini.
Mohd Hairy Ibrahim Mohmadisa Hashim Nasir Nayan Jabatan Geografi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.
IV
ABSTRAK
Penyelidikan ini melibatkan kajian kesan pembangunan terhadap persekitaran fizikal di Bandaraya Ipoh. Pembangunan yang diteliti melibatkan perubahan guna tanah kepada guna tanah pembandaran, perindustrian dan perkilangan, perniagaan, pertanian, penternakan dan Iain-lain aktiviti manusia dari tahun 1994 hingga 2004. Hasil kajian mendapati perubahan guna tanah yang jelas berlaku adalah perubahan guna tanah pembandaran yang semakin bertambah. Maklumat perubahan guna tanah ini diperolehi melalui penggunaan aplikasi sistem maklumat geografi (GIS). Kesan pembangunan terhadap persekitaran fizikal yang diteliti adalah dari aspek kualiti air, kualiti udara dan perubahan iklim bandar seperti suhu, tiupan angin dan kelembapan udara. Hasil kajian mendapati tahap kualiti air terutama BOD, COD, SS dan NH3N begitu ketara di bahagian tengah kawasan kajian yang merupakan kawasan pembandaran iaitu sebagai pusat bandaraya. Faktor peningkatan perubahan guna tanah pembandaran di bahagian pinggir bandar Ipoh menjadikan segala bahan kelodak dan mendakan dibawa oleh aliran sungai ke bahagian tengah Bandaraya Ipoh melalui sistem saliran utama iaitu Sungai Kinta. Hasil pemetaan guna tanah pembangunan dan kualiti air di Ipoh melalui aplikasi GIS menunjukkan status kualiti air secara in-situ merosot berdasarkan kepada paramter pencemar air mengikut perubahan guna tanah di kawasan kajian. Selain itu, isu perubahan iklim sering kali dirujuk melalui perubahan iklim bandar khususnya perubahan suhu bandar Ipoh. Hasil kajian mendapati suhu maksimum di Ipoh semakin meningkat sejak 1990 lagi dan semakin jelas selepas tahun 2000 sehingga mencecah 37.5 oC pada tahun 2002 berbanding 35.2°C tahun 1984. Kadar kelembapan relatif juga menunjukkan julat yang ketara di mana kadar kelembapan 82.3% tahun 1995 berbanding hanya 78% pada tahun 2005.Fenomena ini memerlukan perhatian serius bagi pihak yang berwajib bertindak dalam menyederhanakan suhu bandar Ipoh melalui pembangunan lestari. Hasil kajian juga mendapati kadar pencemaran udara di Ipoh masih terkawal namun tahap pencemaran habuk amat ketara terutama di kawasan pinggir Ipoh disebabkan banyaknya aktiviti pemecahan kuari. Tahap pencemaran masih mematuhi standard kualiti udara Malaysia iaitu Garis Panduan Kualiti Udara Malaysia (Recommended Malaysian Air Quality Guidelines -kurang dari 150 u.g/m3). Hasil dapatan mendapati kesemua lokasi stesen pencerapan secara in-situ menunjukkan bacaan parameter seperti SO2, NO2, CO dan PM10 berada dalam lingkungan yang sesuai dan tidak melebihi standard yang disyorkan.
V
ABSTRACT
This research involved a study of development impact towards physical environment in Ipoh City. The focus of the development in this study involved the land use changes to urbanization, industrial and factories, businesses, agriculture, livestock breeding and other human activities from the year of 1994 to 2004. The research results indicate that there are very clear land use changes occurred to urbanization and it keep happening. Information of land use changes are generated with the use of geographical information system (GIS) application. The development impact towards physical environment aspect focus on this research involved are from the water quality aspect, air quality and urban climate change elements such as temperature, air pressure and air humidity. Research result showed that water quality especially BOD, COD, SS and NH3N are clearly detected in the middle area of study area, where the urban area located as city center. The escalation factor of urban land use changes in the suburb of Ipoh city conclude the silt materials and sedimentation convey with the river flow to the middle area of Ipoh city through the main river transportation known as Sungai Kinta. Results from the development land use mapping and water quality in Ipoh through GIS application indicate the water quality status is decrease with in-situ observation with the use of water quality pollution parameters through development changes in the study area. Beside that, climate changes are often referred through urban climate changes especially temperature change in Ipoh city. Research result showed that the maximum temperature recorded are increasing since the year of 1990 and becoming more obvious after the year of 2000 and in the year of 2002 the record showed 37.5°C compared to only 35.2°C in year 1984. Relative humidity rate also indicate the extreme range where humidity rate in 1995 is only 82.3% compared to 78% in year 2005. This phenomenon clearly indicate the need of serious concern of relevant parties to act in order to lower down the urban temperature of Ipoh through long-lasting development. The result also found the air pollution rate in Ipoh still under control but the dust pollution are extreme in the suburb of Ipoh due to high activities of quarry. Pollution level is still within the Malaysia air quality standard through Recommended Malaysian Air Quality Guidelines (less than 150 u,g/m3). Result also discover that all in-situ monitoring system locations indicate the parameter reading such as SO2, NO2, CO and PM10 are in suitable environment and are not surpass the recommendation standard.
ISI KANDUNGAN
PERKARA
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI SINGKATAN
BAB SATU PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN
1.1 PENYATAAN MASALAH
1.2 KEPENTINGAN KAJIAN
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
1.4 BATASAN KAJIAN
1.5 KESIMPULAN
BAB DUA PEMBANGUNAN DAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR: SOROTAN LITERATUR
2.0 PENGENALAN
2.1 PERSEKITARAN FIZIKAL
2.2 PENCEMARAN AIR
vii
2.2.1 Pencemaran Air dan Punca-Puncanya 2.2.2 Punca-Punca Pencemaran Sungai Bandar
2.3 PENCEMARAN UDARA 2.3.1 Sumber dan Jenis Pencemaran Udara 2.3.2 Indeks Pencemar Udara (IPU)
2.4 KESIMPULAN
13 13
16 18 20
24
BAB TIGA KAWASAN DAN KAEDAH KAJIAN
3.1 PENGENALAN 25
3.2 KAWASAN KAJIAN 3.2.1 Latar Belakang Lokasi kajian 3.2.2 Saiz dan Pertumbuhan Penduduk 3.2.3 Saiz Isi Rumah 3.2.4 Penduduk Mengikut Bangsa 3.2.5 Penduduk Mengikut Kumpulan Umur 3.2.6 Pembangunan dan Pembandaran 3.2.7 Persekitaran Fizikal Lokasi Kajian
3.3 KAEDAH KAJIAN
26 27 30 33 34 36 37 39
41
BAB EMPAT HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.0 PENGENALAN 43
4.1 PEMBANGUNAN DAN PERUBAHAN GUNA TANAH IPOH 4.1.1 Guna Tanah Semasa dan Persampelan Kualiti Air
4.2 PERUBAHAN GUNA TANAH DI BANDARAYA IPOH
44 44
47
4.3 PEMBANGUNAN DAN KUALITI AIR LEMBANGAN SUNGAI 57 KINTA 4.3.1 Analisis Parameter Kualiti Air Lembangan Sungai Kinta 59 4.3.1.1 Parameter Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) 59 4.3.1.2 Parameter Permintaan Oksigen Kimia (COD) 60 4.3.1.3 Parameter Pepejal Terampai (SS) 61 4.3:1.4 Parameter Ammonikal Nitrogen (NH3N) 63 4.3.2 Punca-Punca Pencemaran Air Lembangan Sungai Kinta 64 4.33 Pemetaan Tahap Kualiti Air Berbanding Kesan Pembangunan 65 Guna Tanah di Bandaraya Ipoh
viii
4.4 PEMBANGUNAN DAN KESANNYA TERHADAP 83 PERUBAHAN IKLIM BANDAR DI BANDARAYA IPOH
4.5 PEMBANGUNAN DAN STATUS KUALITI UDARA DI 106 BANDARAYA IPOH
4.6 KESIMPULAN 114
BAB LIMA CADANGAN DAN RUMUSAN
5.0 PENGENALAN 115
5.1 RUMUSAN 115
5.2 CADANGAN 117
5.3 PENUTUP 118
IX
SENARAI JADUAL
Jadual Jadual 2.1 Jadual 2.2 Jadual 2.3 Jadual 2.4 Jadual 2.5 Jadual 3.1 Jadual 3.2 Jadual 3.3
Jadual 3.4
Jadual 3.5
Jadual 3.6
Jadual 4.1 Jadual 4.2
Jadual 4.3 Jadual 4.4 Jadual 4.5 Jadual 4.6 Jadual 4.7 Jadual 4.8 Jadual 4.9 Jadual 4.10 Jadual 4.11 Jadual 4.12 Jadual 4.13 Jadual 4.14 Jadual 4.15 Jadual 4.16 Jadual 4.17 Jadual 4.18
Perkara Indeks Kualiti Air (IKA) Kategori Tahap Pencemaran Pengelasan Bahan-bahan Cemar Udara Sumber Dan Jenis Pencemaran Indeks Pencemar Udara (IPU) Jumlah Penduduk Ipoh Pada Tahun 1980 Hingga 2005 Statistik Asas Penduduk Kawasan RSIP 1980-1997 Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan MBI, 2000 Taburan Penduduk, Bilangan Isi Rumah dan Tempat Kediaman bagi Tahun 1980-2000, Kawasan RSIP Dan MBI Taburan Penduduk Kawasan Ipoh Mengikut Kumpulan Umur 1991-1997 Lokasi Stesen Persampelan Air Untuk Sistem Sungai dalam Kawasan Bandaraya Ipoh Gunatanah Semasa Kawasan Kajian Tahun 2004 Perbandingan Gunatanah Utama Kawasan bagi tahun 1986 dan 1997 di Ipoh, Perak Guna Tanah Semasa Daerah Kinta, 2002 Kawasan Guna Tanah Komited Daerah Kinta, 2002 Perubahan Komposisi Guna Tanah Daerah Kinta, 2002 Perubahan Suhu Di Ipoh, 1980-2005 Kesan Indeks Haba Kepada Manusia Purata Suhu Dalam Masa 24 Jam Bagi Ipoh, 1980-2005 Purata Suhu Maksimum Ipoh, 1980-2005 Suhu Tertinggi Maksimum Ipoh, 1980-2005 Purata Suhu Minimum Ipoh, 1980-2005 Suhu Terendah Minimum Ipoh, 1980-2005 Perubahan Kelajuan Angin Permukaan Di Ipoh, 1980-2005 Trend Min Kelembapan dan Kelajuan Angin di Ipoh Status Kualiti Udara secara In-Situ di Bandaraya Ipoh, 2006 Tahap Kualiti Udara di Jalan Tasek, Ipoh Bagi Tahun 2003 Tahap Kualiti Udara di Jalan Tasek, Ipoh Bagi Tahun 2004 Tahap Kualiti Udara di Jalan Tasek, Ipoh Bagi Tahun 2005
Halaman 12 16 17 19 21 26 31 32
34
37
42
47 48
49 50 50 85 86 88 92 95 97 100 103 106 108 111 112 113
SENARAI RAJAH
x
Rajah Perkara Halaman Rajah 3.1 Peta lokasi Ipoh, Perak 29 Rajah 3.2 Peta kedudukan dan Lembangan Saliran Sungai Kinta, Ipoh, Perak 30 Rajah 3.3 Peratusan Penduduk Kawasan RSIP Mengikut Kaum, 1991 35 Rajah 3.4 Peratusan Penduduk Kawasan RSIP Mengikut Kaum, 1997 35 Rajah 3.5 Peratusan Penduduk Kawasan MB1 Mengikut Kaum, 2000 36 Rajah 4.1 Guna tanah semasa dan lokasi stesen pencerapan kualiti air di Ipoh, 46
Perak Rajah 4.2 Gunatanah kawasan kajian 1997 52 Rajah 4.3 Gunatanah kawasan kajian 2000 53 Rajah 4.4 Gunatanah kawasan kajian 2002 54 Rajah 4.5 Gunatanah kawasan kajian 2004 55 Rajah 4.6 Bacaan BOD di Lembangan Sungai Kinta Mengikut Stesen 60 Rajah 4.7 Bacaan COD di Lembangan Sungai Kinta Mengikut Stesen 61 Rajah 4.8 Bacaan SS di Lembangan Sungai Kinta Mengikut Stesen 62 Rajah 4.9 Bacaan NH3N di Lembangan Sungai Kinta Mengikut Stesen 63 Rajah 4.10 Nilai Parameter Kualiti air berbanding guna tanah di 69
Bandaraya Ipoh, Perak. Rajah 4.11 Tahap kualiti air bagi cerapan bulan Februari 2006 70 Rajah 4.12 Tahap kualiti air bagi cerapan bulan Mei 2006 72 Rajah 4.13 Tahap kualiti Air bagi cerapan bulan Ogos 2006 74 Rajah 4.14 Perbandingan Parameter Kualiti Air Pada Bulan Febuari, Mei 83
& Ogos 2006 Rajah 4.15 Perubahan Purata Suhu 24 Jam Di Ipoh, 1980-2005 89 Rajah 4.16 Peratus Peningkatan dan Penurunan Purata Suhu 24 Jam Di 90
Ipoh, 1980-2005 Rajah 4.17 Perubahan Purata Suhu Maksimum Ipoh, 1980-2005 91 Rajah 4.18 Peratus Peningkatan dan Penurunan Purata Suhu Maksimum 93
Ipoh, 1980-2005 Rajah 4.19 Perubahan Purata Suhu Tertinggi Maksimum Ipoh, 1980-2005 96 Rajah 4.20 Peratus Peningkatan dan Penurunan Purata Suhu Tertinggi 96
Maksimum Ipoh, 1980-2005 Rajah 4.21 Perubahan Purata Suhu Minimum Ipoh, 1980-2005 98 Rajah 4.22 Peratus Peningkatan dan Penurunan Purata Suhu Minimum 98
Ipoh, 1980-2005 Rajah 4.23 Suhu Terendah Minimum Ipoh, 1980-2005 101 Rajah 4.24 Peratus Peningkatan dan Penurunan Purata Suhu Terendah 101
Minimum Ipoh, 1980-2005 Rajah 4.25 Perubahan Kelajuan Angin Permukaan Di Ipoh, 1980-2005 104 Rajah 4.26 Min Kelembapan di Bandaraya Ipoh, Perak 106 Rajah 4.27 Status Kualiti Udara di Sek. Men. Jalan Tasek, Ipoh bagi tahun 109
2006 Rajah 4.28 Status Kualiti Udara di Sen. Men. Pegoh 4, Ipoh Bagi Tahun 109
2004
SENARAI LAMPIRAN
XI
Lampiran Lampiran 1
Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 Lampiran 5
Lampiran 6
Lampiran 7
Lampiran 8
Lampiran 9
Lampiran 10
Lampiran 11
Lampiran 12
Lampiran 13
Lampiran 14
Lampiran 15
Lampiran 16
Lampiran 17
Lampiran 18
Lampiran 19
Lampiran 20
Lampiran 21
Lampiran 22
Lampiran 23
Perkara Prosedur Menganalisis Ujian Bakteria dan Ujian Kimia Dalam Makmal Guna Tanah Semasa Stesen Pencerapan Kualiti Air Perubahan Guna Tanah tahun 1997 dan tahun 2000 Perubahan Guna Tanah tahun 2002 dan tahun 2004 Perubahan Guna Tanah tahun 1997 dan tahun 2000 bagi Stesen Wl Perubahan Guna Tanah tahun 2002 dan tahun 2004 bagi Stesen Wl Perubahan Guna Tanah tahun 1997 dan tahun 2000 bagi Stesen W2 Perubahan Guna Tanah tahun 2002 dan tahun 2004 bagi Stesen W2 Perubahan Guna Tanah tahun 1997 dan tahun 2000 bagi Stesen W3 Perubahan Guna Tanah tahun 2002 dan tahun 2004 bagi Stesen W3 Perubahan Guna Tanah tahun 1997 dan tahun 2000 bagi Stesen W4 Perubahan Guna Tanah tahun 2002 dan tahun 2004 bagi Stesen W4 Perubahan Guna Tanah tahun 1997 dan tahun 2000 bagi Stesen W5 Perubahan Guna Tanah tahun 2002 dan tahun 2004 bagi Stesen W5 Perubahan guna tanah tahun 1997 hingga tahun 2000 bagi Stesen W6 Perubahan guna tanah tahun 2002 hingga tahun 2004 bagi Stesen W6 Perubahan guna tanah tahun 1997 hingga tahun 2000 bagi Stesen W7 Perubahan guna tanah tahun 2002 hingga tahun 2004 bagi Stesen W7 Perubahan guna tanah tahun 1997 hingga tahun 2000 bagi Stesen W8 Perubahan guna tanah tahun 2002 hingga tahun 2004 bagi Stesen W8 Perubahan guna tanah tahun 1997 hingga tahun 2004 bagi Stesen W9 Perubahan guna tanah tahun 1997 hingga tahun 2004 bagi Stesen W9 perubahan guna tanah tahun 1997 hingga tahun 2004 bagi Stesen W10
Halaman 122
162 166 167 168
169
170
171
172
173
174
175
176
177
178
179
180
181
182
183
184
185
186
Lampiran 24 perubahan guna tanah tahun 1997 hingga tahun 2004 bagi Stesen W10
Lampiran 25 Purata Nilai Parameter Pencemar Kualiti Air Bagi Guna Tanah di Bandaraya Ipoh
Lampiran 26 Kualiti Air Bagi Tiga Bulan Di Setiap Stesen Pencerapan Kualiti Air
SENARAI SINGKATAN
As BOD Cd CO COD DO Fe GIS IKA IPU JAS JPBD JPS MBI Mn NH3N NO N02
o2 0 3 Pb PM10
RSIP so S02
ss TSS
Arsenik Keperluan Oksigen Biokimia Cadmium Karbon Monoksida Keperluan Oksigen Kimia Oksigen Terlarut Ferum Sistem Maklumat Geografi Indeks Kualiti Air Indeks Pencemar Udara Jabatan Alam Sekitar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Jabatan Pengairan dan Saliran Majlis Bandaraya Ipoh Mangan Ammonikal Nitrogen Nitrogen Oksida Nitrogen Dioksida Oksigen Ozon Plumbum Bahan Terampai
Ranncangan Struktiir Ipoh (Pengubahan) Sulfur Oksida Sulfur Dioksida Pepejal Terampai Jumlah Pepejal Terampai
1
BAB SATU
PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN
Pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan di sesuatu kawasan bertujuan memenuhi
kehendak dan keperluan komuniti di dalamnya. Pembangunan atau perubahan terancang
merupakan suatu fenomena abad ke-20 dan cara utama mengadakan perubahan di
sesebuah negara. Setiap pembangunan yang dirancang dan tidak dirancang akan
digerakkan oleh manusia dan sekaligus mempunyai kesan secara langsung ke atas
persekitaran fizikal.
Tidak dinafikan, kesan pembangunan yang cepat di sesuatu kawasan akan
meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat umumnya dan sekaligus membawa kesan
terhadap persekitaran fizikal yang bertambah sama ada di bandaraya, bandar mahupun
desa. Pertalian antara pembangunan ekonomi dengan perubahan persekitaran fizikal
sangatlah kompleks. Sebahagian besar projek pembangunan seperti perbandaran,
perumahan dan perindustrian yang dilaksanakan tidak mengambilkira masalah alam
sekitar yang mungkin timbul.
Sebenarnya, kesan tindakan manusia terhadap alam sekitar telah direkodkan sejak
abad ke-18 dan ke-19 lagi dan banyak kajian telah dilakukan bagi membuktikan
pelaksana pembangunan yang tidak teliti dalam perancangan yang dibuat akan
menimbulkan konflik antara dua hala iaitu pembangunan dan persekitaran fizikal.
Misalnya, Thomas (1956) menumpukan perhatian kepada perubahan landskap yang
disebabkan oleh manusia dalam kajiannya mengenai manusia dan alam sekitar. Manakala
Lohani, Ludwig dan Evans (1986) cuba membuktikan pengeksploitasian sumber yang
berlebihan dengan penerokaan teknologi moden bagi kemajuan ekonomi telah memberi
2
kesan negatif ke atas persekitaran fizikal. Sham (1982) mendapati sebahagian besar
pencemaran di Malaysia adalah disebabkan oleh pembangunan ekonomi, pertambahan
penduduk dan pertumbuhan dan perkembangan bandar yang pesat. Contohnya kesan
pembangunan pembandaran terhadap perubahan iklim bandar seperti New York, Boston
dan Cincinnati. Jamaluddin Jahi (1996) turut membuktikan pembangunan pembandaran
di Lembah Klang telah mengubah sistem saliran semulajadi seperti sungai tercemar teruk
dengan menunjukkan paras Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), ammonia nitrogen
(NH3N), dan pepejal terampai (SS) dan logam berat yang tinggi di Sungai Klang.
Manakala, Sham (1982) telah membuktikan pencemaran udara di Bandaraya
Kuala Lumpur dan Petaling Jaya telah mencapai tahap yang serius dan keadaannya
setanding dengan beberapa bandaraya di barat seperti Los Angeles dan San Francisco.
Sementara itu, kesan pembangunan yang tidak terancang juga turut mempengaruhi
pembuangan sisa pepejal yang tidak sistematik dan sekaligus mengganggu persekitaran
fizikal. Anggaran jumlah sampah sarap yang dihasilkan di Lembah Klang oleh penduduk
adalah berjumlah 3,781 tan metrik sehari dan daripada jumlah tersebut sebanyak 403 tan
metrik sehari yang tidak dipungut. Berdasarkan jumlah tersebut juga, sisa pepejal yang
dipungut adalah tinggi bagi sektor industri iaitu 900 tan sehari diikuti sisa domestik iaitu
573 tan sehari.
Berlandaskan konflik pembangunan pembandaran ke atas persekitaran fizikal
merupakan masalah yang serius, maka kajian yang lebih terperinci akan difokuskan
kepada Bandaraya Ipoh iaitu bandaraya ketiga selepas Bandaraya Kuala Lumpur dan
Bandaraya Pulau Pinang iaitu yang telah diwartakan sebagai 'Bandaraya Sejahtera' pada
27 Mei 1988. Justeru, kajian ini menyentuh elemen pembangunan yang dilaksanakan di
Bandaraya Ipoh dan kesannya terhadap persekitaran fizikal terutamanya ke atas
perubahan iklim dan cuaca serta kualiti air sungai. Kajian ini amat penting bagi
memastikan bandaraya ini mencapai matlamat perancangan negeri bagi menuju ke era
Ipoh Bandaraya Sejahtera.
3
1.1 PENYATAAN MASALAH
Bandaraya Ipoh adalah sebuah bandaraya yang kian pesat membangun dan
perkembangan bandar ini telah menyebabkan berlakunya proses urbanisasi seperti
pertambahan penduduk, pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan perumahan,
perindustrian, pertanian, kawasan pentadbiran dan juga pusat perniagaan komersial.
Kesan pembandaran ini telah mengakibatkan berlakunya pencemaran-pencemaran yang
secara langsung menjejaskan tahap kualiti hidup di bandar.
Sikap masyarakat yang suka mengambil langkah mudah dengan mengalirkan sisa-
sisa kumbahan dari kediaman mereka seperti air basuhan, najis dan sampah sarap terus ke
dalam sungai telah menjadi penyumbang kepada berlakunya pencemaran sungai. Tidak
terkecuali juga mereka yang menjalankan perniagaan berhampiran dengan sungai dengan
sewenang-wenangnya membuang sisa-sisa perniagaan terus ke dalam sungai seperti yang
berlaku di Tanjong Rambutan di mana peniaga-peniaga pasar menyalurkan sisa-sisa air
dari pasar terus ke dalam Sungai Kinta. Kawasan-kawasan perindustrian di Ipoh seperti
Kawasan Perindustrian Tasek, Kawasan Perindustrian Chemor, Kawasan Perindustrian
Jelapang dan Kawasan Perindustrian Menglembu juga banyak menyuinbang kepada
pencemaran sungai kerana sisa-sisa dari kiiang tidak dirawat terlebih dahulu sebelum
dilepaskan ke dalam sungai. Terdapat juga kawasan-kawasan pertanian dan penternakan
di sepanjang Sungai Kinta yang menjadi penggerak kepada pencemaran sungai.
Walaupun tidak banyak yang kita dengar mengenai pencemaran udara di
Bandaraya Ipoh kecuali jika berlakunya jerebu, namun langkah berjaga-jaga harus di
ambil supaya Bandaraya Ipoh bebas dari pencemaran udara. Kawasan yang perlu diberi
penekanan ialah di kawasan bandaraya itu sendiri yang mempunyai aliran trafik yang
tinggi. Pertambahan penggunaan kenderaan bermotor di Bandaraya Ipoh telah menjadi
penyumbang utama kepada pencemaran udara selain pengeluaran asap dari kilang-kilang
dan pembakaran terbuka. Sementara itu, di kawasan Tasek pula diberi tumpuan kerana
4
terdapatnya kawasan perindustrian yang banyak mengeluarkan asap dan habuk seperti
dari kilang simen dan kayu.
Sampah sarap atau sisa pepejal yang banyak boleh mendatangkan kesan yang
buruk ke atas alam sekitar sekiranya tidak diuruskan dengan sistematik. Sampah sarap
boleh mendatangkan bau yang kurang menyenangkan jika tidak dilupuskan dengan
segera. Pengumpulan sampah sarap yang banyak boleh menyekat pengaliran air dan
seterusnya menjadi sarang kepada lalat, serangga dan tikus. Haiwan-haiwan perosak ini
akan membiak dan seterusnya membawa penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan dan
persekitaran yang tidak selesa kepada penduduk.
Masalah sisa pepejal menjadi semakin serius terutamanya di bandar-bandar besar
disebabkan pertambahan jumlah penduduk, peningkatan aktiviti manusia dan juga
keperluan yang semakin meningkat. Jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung
Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100
tan metrik sehari pada 2005 atau secara puratanya 0.8 kg per kapita sehari (Unit
Perancang Ekonomi, 2006). Perpindahan penduduk luar bandar ke bandar telah
menyebabkan pertambahan jumlah penduduk bandar dan seterusnya meningkatkan
pengeluaran sisa pepejal. Sebagai sebuah negara yang semakin berkembang pesat dan
maju, aktiviti manusia di Malaysia seperti perindustrian, pertanian, perdagangan dan
sebagainya telah secara langsung menjadi penyumbang kepada pertambahan pengeluaran
sisa pepejal.
5
1.2 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap pencemaran air, udara dan
perubahan iklim bandar di kawasan Bandaraya Ipoh akibat daripada kesan pembandaran
yang berlaku di sini. Kajian ini dapat membantu membuka mata semua pihak betapa
pentingnya penjagaan alam sekitar sejajar dengan pembangunan pesat yang dijalankan.
Maklumat-maklumat yang diperolehi dapat dianalisa supaya tindakan penyelesaian dapat
dicadangkan untuk mengurangkan kesan negatif akibat pembangunan terhadap kehidupan
manusia khususnya di kawasan bandar.
Kajian ini juga boleh memberikan maklumat mengenai trend kualiti air dan udara
berdasarkan data primer iaitu data daripada kerja lapangan dan data sekunder yang
diperolehi. Dengan ini dapat dilihat perubahan yang berlaku kepada tahap pencemaran
daripada negara mencapai kemerdekaan sehingga sekarang. Ini juga dapat memberikan
gambaran sama ada langkah-langkah kerajaan untuk mengurangkan kesan pencemaran
dengan adanya penguatkuasaan undang-undang berkesan ataupun masih di takuk lama.
Ini melibatkan pihak-pihak yang ingin menjalankan projek-projek pembangunan dan
tidak dilupakan juga penduduk tempatan yang secara langsung menjadi penyumbang
kepada masalah pencemaran di Bandaraya Ipoh.
Melalui kajian ini juga, diharap dapat mempertingkatkan lagi kesedaran pihak-
pihak yang terbabit secara langsung ataupun tidak langsung dalam proses pembandaran
agar melihat secara menyeluruh kesan dan akibat proses pembangunan. la diharap dapat
membantu pihak-pihak berwajib iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Jabatan Alam
Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mempertingkatkan lagi
penguatkuasaan mereka terhadap isu-isu pencemaran alam sekitar supaya gejala ini dapat
dibendung dan diatasi untuk terus menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai Bandaraya
Sejahtera. Laporan kajian ini nanti diharap dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada
pihak yang ingin mengetahui atau ingin mengkaji Bandaraya Ipoh dengan lebih Ianjut
kerana kurangnya bahan-bahan rujukan dan kajian-kajian yang berkaitan dengan keadaan
6
fizikal Bandaraya Ipoh berbanding kawasan lain di Lembah Kelang seperti Kuala
Lumpur dan Petaling Jaya.
1.3 OBJEKTIF KAJTAN
Secara umumnya penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pembangunan dan kesan
terhadap perubahan persekitaran fizikal di Bandaraya Ipoh. Secara lebih khusus, kajian
ini mempunyai objektif seperti berikut:
1. Mengkaji proses pembangunan pembandaran yang telah berlaku di Bandaraya
Ipoh;
2. Mengkaji dan mengumpulkan data-data perubahan iklim dan kualiti udara di
kawasan kajian;
3. Mengkaji keadaan status kualiti air Lembangan Sungai Kinta;
4. Meneliti tahap pembangunan guna tanah di kawasan kajian; dan
5. Mengemukakan cadangan setiap perubahan persekitaran fizikal kesan
pembangunan bagi memastikan kawasan kajian dapat mencapai matlamat
menjadikannya Bandaraya Sejahtera.
1.4 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya tertumpu pada kawasan Bandaraya Ipoh di bawah pentadbiran MBI
yang berkaitan dengan kesan pembandaran terhadap iklim bandar, tahap kualiti air dan
udara . Dalam kajian ini, tahap kualiti air tertumpu pada cawangan-cawangan Lembangan
Sungai Perak iaitu Sungai Kinta, Sungai Pari, Sungai Pinji dan Sungai Raia. Sementara
itu, penilaian terhadap tahap kualiti udara pula tertumpu di kawasan bandar dan kawasan
7
perindustrian iaitu di Bangunan Sri Kinta, Sekolah Menengah Jalan Tasek dan Sekolah
Menengah Pegoh 4 di Ipoh. Tahap kualiti air ditentukan oleh Indeks Kualiti Air (IKA)
yang telah ditetapkan oleh JAS dan juga tahap-tahap kualiti setiap parameter yang telah
digariskan oleh Cadangan Interim Standard Kualiti Air Nasional Untuk Malaysia.
Parameter-parameter seperti pH, Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Keperluan
Oksigen Kimia (COD), Oksigen Terlarut (DO), Jumlah Pepejal Terampai (TSS),
Ammonikal Nitrogen (NH3N) dan Iogam berat diukur bagi menentukan tahap kualiti air.
Penentuan tahap kualiti air ini sangat penting bagi menentukan sama ada semua stesen-
stesen sungai di kawasan Bandaraya Ipoh ini sesuai untuk sumber bekalan air, pengairan,
rekreasi dan pelbagai kegunaan lain.
Penentuan tahap kualiti udara ditentukan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU)
oleh JAS dan juga Standard Kualiti Udara Yang Disyorkan di Malaysia untuk parameter-
parameter tertentu. Penentuan ini sangat penting supaya pihak berkuasa iaitu MBI dan
JAS dapat mengambil langkah-langkah proaktif untuk menangani atau mengurangkan
pencemaran udara jika iaterjadi.
1.5 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kesan pembandaran memberi impak
yang besar kepada alam sekitar termasuk Bandaraya Ipoh. Pembangunan sesebuah
bandar itu amat diperlukan tetapi perlulah seiring dengan pemeliharaan alam sekitar.
Walaupun Bandaraya Ipoh tidak mencatatkan jumlah kes pencemaran yang tinggi
berbanding Lembah Kelang dan bandar-bandar besar yang lain, tetapi perhatian perlu
juga diberikan supaya tahap pencemaran tidak menjadi lebih serius.
Oleh itu, punca dan kesan yang wujud akibat pencemaran alam sekitar perlu
dikenalpasti supaya tindakan yang tegas untuk memulih dan memeliharanya dapat
dilaksanakan. Untuk melaksanakannya, langkah pengawalan perlulah diambil untuk
jangkamasa pendek mahupun jangkamasa panjang agar pelaksanaannya adalah lebih
efektif dan berkesan. Badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab seperti MBI, JAS
8
dan JPS perlulah bijak dan cekap dalam menangani permasalahan ini. Penguatkuasaan
Lindang-undang amat diperlukan untuk menyekat atau menghalang individu atau
kumpulan terbabit daripada terus menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
9
BAB DUA
PEMBANGUNAN DAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR : SOROTAN L1TERATUR
2.0 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan mengenai hubungkait di antara pembangunan dan
pembandaran terhadap penduduk, alam sekitar termasuk pencemaran air dan udara serta
pengaruh perubahan gunatanah dan ekonomi di Bandaraya Ipoh. Dalam bab ini juga akan
dihuraikan tentang beberapa konsep serta kajian lepas berdasarkan isu-isu alam sekitar
sama ada dari dalam mahupun dari luar negara.
2.1 PERSEKITARAN FIZIKAL
Persekitaran fizikal merujuk kepada alam sekitar flzikal khususnya di Bandaraya Ipoh
yang meliputi air (hidrosfera), udara (atmosfera), tanah (litosfera) dan tumbuhan serta
haiwan (biosfera). Kesemua komponen persekitaran fizikal berinteraksi antara satu sama
lain. Oleh demikian, sebarang pengaruh atau tindakan manusia mampu mengubah
persekitaran fizikal.
2.2 PENCEMARAN AIR
Kualiti air yang diukur berdasarkan sifat kimia, fizikal, dan biologi, merujuk kepada
tahap kesesuaian sumber air untuk sesuatu kegunaan. Perubahan pada sifat kimia, fizikal
dan biologi air menyebabkan air tersebut tidak sesuai digunakan dan ini memberi kesan
kepada kehidupan organisma (Sulong Mohamad, et al, 2005). Menurut Trudgill., et al
(1999), kualiti air dapat ditakrifkan oleh pelbagai parameter iaitu fizikal, kimia dan
biologi, adalah tertakluk kepada pelbagai kawalan semulajadi dan pengaruh manusia dan
10
juga mempamerkan variasi kompleks yang berbeza skala ruang dan bukan skala waktu.
Terdapat empat kategori yang digunakan untuk menggambarkan kualiti air minuman
seperti berikut:
1. Fizikal: Ciri-ciri fizikal yang berkaitan dengan kualiti air untuk kegunaan
domestik dan biasanya dikaitkan dengan kehadiran air, warna atau kekeruhan,
suhu, rasa dan bau.
2. Kimia: Ciri-ciri kimia air kadang kala dibuktikan oleh tindakbalas yang
diperhatikan, seperti perbandingan prestasi hard and soft waters dalam mendobi.
3. Mikrobiologi: agen-agen mikrobiologi adalah sangat penting dalam hubungannya
dengan kesihatan umum dan juga penting dalam meminda ciri-ciri fizikal dan
kimia air.
4. Radiologi: Faktor-faktor radiologi mesti dipertimbangkan di kawasan di mana ada
kemungkinan bahawa air mungkin mempunyai kaitan dengan bahan-bahan
radioaktif. Keradioaktifan air adalah keprihatinan kepada kesihatan umum dalam
kes ini.
Dalam meneliti pencemaran air, pengetahuan tentang IKA amat penting. IKA ini merujuk
pada enam parameter iaitu:
1. Keperluan Oksigen Biokimia (BOD)
Parameter BOD memainkan peranan penting dalam menentukan tahap
pencemaran air. lanya didefinisikan sebagai ukuran terhadap oksigen yang
diperlukan oleh mikroorganisma pada masa pemecahan bahan organik secara
aerob dalam suhu piawai. BOD juga adalah untuk menentukan sama ada
kandungan air sungai dipenuhi oleh bahan buangan domestik dan pelepasan
efluen industri dalam bentuk pencemaran organik.
11
2. Keperluan Oksigen Kimia (COD)
COD didefinisikan sebagai permintaan oksigen untuk mengoksidakan bahan
organik secara kimia dan boleh digunakan untuk menentukan kualiti air. COD
juga adalah untuk mengetahui jumlah bahan kimia terlarut yang terdapat di dalam
kandungan air permukaan iaitu air sungai dan tasik dan boleh juga digunakan
secara tidak langsung untuk mengukur jumlah komponen organik di dalam air.
3. Ammonikal Nitrogen (NH3N)
Parameter ini digunakan untuk mengetahui sama ada air sungai telah tercemar
dengan sisa kumbahan manusia dan haiwan ternakan. Ianya terhasil daripada
aktiviti mikrobiologi dan wujud dalam air permukaan dan juga air bawah tanah.
4. pH
Nilai pH merupakan ukuran paras keasidan atau kealkalian sesuatu jasad air. Julat
nilai pH adalah dari 0 hingga 14 dan nilai 7 merupakan nilai neutral. Nilai yang
kurang dari 7 menunjukkan jasad air berada dalam keadaan berasid dan nilai
melebihi 7 menunjukkan beralkali.
5. Oksigen Terlarut (DO)
Oksigen merupakan gas yang terpenting kepada manusia dan haiwan, tidak kira di
darat atau di dalam air. DO dalam air adalah komponen penting bagi pengekalan
proses aerobik. Oksigen walaupun mempunyai keterlarutan air yang lemah tetapi
ia adalah keperluan asas kepada hidupan akuatik. Jumlah oksigen dalam air amat
bergantung kepada suhu air, faktor kemasinan dan tekanan (Smith, 1990).
Kehilangan oksigen dalam air boleh disebabkan oleh peningkatan kandungan
bahan organik, tindakan aerobik mikroorganisma yang menggunakan DO untuk
menguraikan bahan organik.
6. Pepejal Terampai (SS)
Pepejal terampai termasuk semua zarah yang terampai di dalam air yang boleh
diperangkap oleh penuras. SS digunakan untuk mengetahui jumlah bahan-bahan