kesedaran pertolongan cemas di kalangan pelajar … · pertolongan cemas adalah yang paling tinggi...
TRANSCRIPT
KESEDARAN PERTOLONGAN CEMAS DI KALANGAN
PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN MEKANIKAL)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHAMAD SYAHID BIN SAPUAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KESEDARAN PERTOLONGAN CEMAS DI KALANGAN PELAJAR
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN
(KEJURUTERAAN MEKANIKAL) UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya MOHAMAD SYAHID BIN SAPUAN _________________
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: DR MOHD SAFARIN BIN NORDIN
47, Jalan Bendahara 7,
Bandar Tenggara, 81000 (NAMA PENYELIA)
Kulai Johor.
Tarikh:___________________ Tarikh: ____________________
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : DR MOHD SAFARIN BIN NORDIN
Tarikh :
i
KESEDARAN PERTOLONGAN CEMAS DI KALANGAN
PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN MEKANIKAL) UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHAMAD SYAHID BIN SAPUAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Mekanikal )
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JULAI 2012
ii
Saya mengakui bahawa karya atau hasil nukilan adalah hasil kerja saya sendiri tanpa
menyunting daripada mana-mana sumber. Namun demikan, terdapat sesetengah
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah diperjelaskan sumbernya.
Tandatangan :
Nama Penulis : MOHAMAD SYAHID BIN SAPUAN
Tarikh : 1 JULAI 2012
iii
DEDIKASI
Syukur ke Hadarat ILAHI,
Dengan Izin-Nya, penulisan tesis ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai
apa yang telah dirancangkan
Buat Ayahanda,
Sapuan bin Salam
dan Ibunda,
Maimunah binti Mustaffar
Terima kasih atas Doa Ayahanda dan Ibunda yang sentiasa mengiringi perjuangan
anakanda di medan Ilmu.
Ditujukan Khas Buat
Dr Mohd Safarin bin Nordin
Terima kasih atas segala tunjuk ajar, hanya Allah yang mampu membalas segala
jasamu.
Terima kasih
Insan-insan Tersayang
Atas dorongan, doa, sokongan yang melimpah. Hanya Allah yang mampu membalas
jasa kalian
Buat Teman Seperjuangan
Terima kasih atas segalanya. Kenangan bersama tidak akan luntur ditelan masa.
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada
penyelia saya, Dr. Mohd Safarin bin Nordin yang telah banyak memberi bimbingan,
tunjuk ajar, nasihat serta motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk
menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya
jadikan panduan dan pegangan bukan sahaja sepanjang penulisan tesis ini sahaja,
malahan akan digunakan sehingga ke akhir hayat. Apa yang telah diberikan, akan
saya sampaikan kepada bakal murid-murid kelak. Semoga Allah terus memelihara
dan merestuinya.
Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak
terutama pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Mekanikal) yang
sudi memberi kerjasama kepada saya dalam menyiapkan kajian ini dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada pensyarah - pensyarah yang telah membimbing dalam
membantu sepanjang penulisan tesis ini.
Rakaman terima kasih juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan
individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu
menyiapkan penyelidikan ini. Nasihat, kritikan dan pandangan kalian amat
membantu dalam penulisan tesis ini. Semoga kalian semua berjaya dalam hidup.
Sekian.
Mohamad Syahid bin Sapuan
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan,
kemahiran dan sikap pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Mekanikal) Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor ambilan 2010/2011
terhadap pertolongan cemas. Aspek yang dikaji adalah tahap pengetahuan terhadap
pertolongan cemas, tahap kemahiran terhadap pertolongan cemas dan sikap terhadap
pertolongan cemas. Instrumen kajian yang dijalankan adalah set soal selidik yang
mengandungi 30 item. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik adalah α = 0.8756
Skala Likert telah digunakan untuk tujuan pengumpulan data dan set soal selidik
tersebut telah diedarkan secara rawak kepada 47 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal) Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Johor ambilan 2010/2011. Maklumat-maklumat yang diperolehi kemudiannya
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) versi 17.0 bertujuan untuk mendapatkan nilai min, kekerapan, dan juga
peratusan. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, nilai min purata menunjukkan
bahawa tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap adalah berada pada tahap yang
sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap pengetahuan terhadap
pertolongan cemas adalah yang paling tinggi (min = 3.56), di ikuti dengan tahap
kemahiran terhadap pertolongan cemas (min = 2.99), dan terakhir adalah sikap
terhadap pertolongan cemas (min = 2.78). Beberapa cadangan telah dikemukakan
bagi membolehkan kajian lanjutan dilakukan pada masa hadapan.
vi
ABSTRACT
This descriptive research was carried out to identify the level of knowledge
towards first aid, the level of skill towards first aid, and the attitude towards first aid
amongs Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal) Universiti
Teknologi Malaysia students, Skudai Johor intake 2010/2011. This research focused
on the level of knowledge towards first aid, the level of skill towards first aid, and
the attitude towards first aid. The research instrument used in this research was a set
of questionnaire consisting of 30 items. The reliability value for the questionnaire
items was α = 0.8756. Likert scale method was used to obtain the data information
and the questionnaires were distributed to 47 students of Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal) Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Johor intake 2010/2011. All the information gathered was then analyzed using the
Statistical Package for Social Science (SPSS) version 17.0 software to obtain the
value of mean, frequency, and percentage. The result of this study shows that the
values of average mean for the knowledge, skill, and attitude is in moderate level.
Result shows that the level of knowledge towards first aid is the highest (min =
3.56), followed by skills (min =2.99), and attitude (min = 2.78). Several suggestions
were recommended for further studies.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH x
SENARAI SIMBOL xi
SENARAI LAMPIRAN xi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Pernyataan Masalah 7
1.3 Objektif Kajian 8
1.4 Persoalan Kajian 9
1.5 Kepentingan Kajian 9
1.6 Batasan Kajian 10
1.7 Definisi Istilah 11
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
viii
2.0 Pengenalan 14
2.1 Kepentingan pengetahuan dan kemahiran 14
Pertolongan cemas
2.2 Sikap 18
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 21
3.2 Rekabentuk Kajian 22
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 22
3.4 Instrumen Kajian 23
3.5 Kajian Rintis 26
3.6 Prosedur Kajian 28
3.7 Analisis Data 29
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 32
4.2 Analisis data Biodata Responden 32
4.2.1 Taburan responden mengikut jantina 33
4.3 Analisis data tentang pertolongan cemas 33
4.3.1 Pengetahuan responden tentang 34
pertolongan cemas
4.3.2 Kemahiran respoden tentang 38
Pertolongan cemas
4.3.3 Siakp responden tentang pertolongan cemas 42
4.4 Kesimpulan 43
ix
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 45
5.2 Rumusan Kajian 46
5.2.1 Pengetahuan Pelajar Tentang 46
Pertolongan Cemas
5.2.2 Kemahiran Pelajar Tentang 50
Pertolongan cemas
5.2.3 Sikap Pelajar Tentang Pertolongan 54
cemas
5.3 Cadangan 56
5.3.1 Cadangan Kajian Lanjutan 58
BIBLOGRAFI 59
LAMPIRAN 63
x
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 23
3.2 Skala Likert 24
3.3 Item-Item Soal Selidik 24
3.4 Nilai Korelasi dan Interpretasinya 26
3.5 Pengelasan Skor Skala Lima Mata Pemeringkatan Likert 27
3.6 Pengelasan Skor Skala Gabungan Bagi Pemeringkatan Likert 28
3.7 Pengelasan Maklum Balas Responden Berdasarkan Skor Min 29
4.1 Taburan Responden Berdasarkan jantina 31
4.2 Pengetahuan Responden Tentang Pertolongan Cemas 32
4.3 Kemahiran Responden Tentang Pertolongan Cemas 36
4.4 Sikap Responden Tentang Pertolongan Cemas 40
4.5 Tahap Penguasaan Responden Tentang Pertolongan Cemas 41
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH MUKA SURAT
2.1 Piramid Kemalangan Heinrich,1931 13
2.2 Carta alir proses pertolongan cemas 15
xi
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
f - Kekerapan
FP - Fakulti Pendidikan
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPSS - Statistical Package for Social Sciences
STS - Sangat Tidak Setuju
S - Setuju
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SS - Sangat Setuju
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SENARAI LAMPIRAN
1. Borang soal selidik
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional merupakan
salah satu perkembangan bidang teknik dan vokasional di Malaysia di mana ianya
akan mengeluarkan bakal-bakal tenaga mahir untuk industri dalam bidang
teknikal. Ianya adalah aset penting yang akan membawa Malaysia ke arah yang
lebih berteknologi seperti menurut Kementerian Pelajaran di mana telah
mengambil tindakan yang penting pada 1995 dengan menggubal Pelan Tindakan
Peningkatan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal yang menyebut bahawa :
“Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal bertujuan meningkatkan keluaran
juruteknik dan jurutera menjelang tahun 2020 dengan menggunakan satu strategi
terancang yang radikal bagi menjuruskan pelajar ke bidang teknik semasa di
sekolah menengah lagi. Pelan ini melibatkan penawaran mata pelajaran teknikal di
beberapa buah sekolah menengah atas serta pengembangan Sekolah Menengah
Teknik dan Politeknik” ( Kementerian Pelajaran1996 : 45 )
Berikutan dengan perkara yang sedemikian, satu perubahan dari sistem yang
lama kepada sistem yang baru harus dilakukan. Ini adalah bagi tujuan untuk
memenuhi keperluan negara di masa akan datang di mana negara dijangkakan
akan
memerlukan sebanyak tujuh puluh ribu orang jurutera di dalam pelbagai sektor.
Bagi mengeluarkan bakal-bakal profesional ini kemahiran yang tinggi dalam
latihan teknikal amatlah diperlukan. Di dalam melahirkan pelajar-pelajar yang
berkemahiran tinggi pada kebiasaannya mereka akan lebih kerap menggunakan
bengkel bagi latihan amali mereka. Ini adalah untuk memantapkan lagi ilmu yang
dimiliki oleh pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Akan tetapi aspek
keselamatan hendaklah diutamakan selari dengan seruan kerajaan agar dapat
melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang teknikal. Perkara ini secara
tidak langsung akan mempengaruhi penggunaan bengkel-bengkel yang ada di
sekolah tersebut untuk menjalankan proses pengajaran pembelajaran dan akan
berlaku secara maksimum. Perkara ini memang tidak boleh dinafikan kerana
kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kepada subjek
teknikal dan vokasional banyak melibatkan kerja amali yang perlu dijalankan di
dalam bengkel. Mahu ataupun tidak pelajar juga pastinya akan berhadapan
dengan penggunaan mesin-mesin dan peralatan dalam kerja-kerja amali yang
mereka jalankan.
Pastinya mereka akan terdedah kepada pelbagai risiko yang boleh
mengakibatkan kecederaan sekiranya mereka cuai. Keselamatan bengkel adalah
aspek yang perlu menjadi fokus utama di dalam melakukan kerja-kerja amali
ketika berada di dalam bengkel. Ianya hendaklah dititik beratkan bukan sahaja
ketika melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila masa sahaja ketika
pelajar berada di dalam bengkel. Keselamatan boleh dianggap sebagai suatu
kebiasaan atau sebagai satu bentuk sikap yang positif. Ianya tidak akan lahir
dengan sendiri kecuali manusia itu sendirilah yang membentuknya sama ada
hendak menganggapnya sebagai keutamaan ataupun tidak. Menurut Abu Bakar
(1994) dalam Nor Fariza (2002), peraturan keselamatan di bengkel atau tempat
kerja perlu diamalkan dari semasa ke semasa. Untuk mengelakkan kemalangan
dan kecelakaan, seseorang harus sedar dan bertanggungjawab.
Hal ini selaras dengan kenyataan bahawa setiap kecederaan dan
kemalangan, pertolongan cemas adalah perlu kerana pertolongan cemas dapat
membantu mengurangkan morbidity dan mortaliti (Singer AJ er al.,2005).
Kelewatan memberikan bantuan awal dan kekurangan pengetahuan berkenaan
rawatan awal kecederaan boleh mengakibatkan kematian (Rekha SS, 2008). Maka
risiko kematian pada usia persekolahan khususnya dapat dikurangkan menerusi
pertolongan cemas.
Sebarang kelalaian semasa melakukan kerja-kerja amali pastinya akan
mengakibatkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti kecederaan,
kehilangan nyawa dan sebagainya. Jika berlakunya kecederaan ataupun
kemalangan, sama ada serius ataupun tidak, bantuan awal hendaklah diberikan
kepada pelajar sebelum seseorang pelajar dibawa ke hospital.
Dalam situasi ini, bantuan awal yang dimaksudkan ialah memberikan
bantuan pertolongan cemas. Ini bertujuan untuk mengurangkan sedikit penderitaan
dan kesakitan mangsa yang mengalami kecederaan akibat kemalangan yang
menimpanya. Oleh kerana kemalangan ini berlaku di dalam bengkel di mana
proses pengajaran pembelajaran sedang berlangsung, seseorang guru seharusnya
bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberikan bantuan pertolongan cemas
tersebut. Ini adalah kerana pelajar yang mengalami kecederaan tersebut di bawah
jagaan atau penyeliaan beliau. Mungkinkah kita dapat bayangkan apa
kemungkinan yang akan berlaku jika sekiranya seorang guru kurang arif dalam
memberikan bantuan pertolongan cemas. Satu persoalan yang timbul sekarang
ialah, adakah para guru teknikal ataupun bakal-bakal guru teknikal mempunyai
asas pengetahuan pertolongan cemas yang secukupnya dan bersedia melaksanakan
tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka apabila mereka mengajar
nanti?
Mengikut peraturan yang telah ditetapkan iaitu melalui Akta Keselamatan &
Kesihatan Pekerjaan Kementerian Sumber Manusia 1996 (DOSH) yang bertajuk
“ Guidelines On First-Aid Facilities in the Work Place” pihak majikan seharusnya
menyediakan kemudahan pertolongan cemas di tempat kerja mereka. Setiap
majikan juga perlulah menyediakan notis dan arahan keselamatan yang jelas dan
mudah dilihat di tempat kerja. Setiap ubat-ubatan perlulah dilabelkan dan
diletakkan di satu lokasi yang mudah dilihat dan diperolehi.
1.1 Latar Belakang Masalah
Kementerian Pelajaran telah mewujudkan pendidikan vokasional pada tahun
1968 bagi tujuan untuk melatih pelajar-pelajar dalam bidang kemahiran.
Tujuannya
adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam
pelbagai bidang pengkhususan seperti Automotif, Penyejukan dan Penyamanan
Udara, Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Binaan Bangunan, Elektrik dan
Elektronik. Sekiranya pelajarpelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka boleh memohon untuk memasuki pusat
pengajian tinggi seperti politeknik, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti
Teknologi Mara dan lain-lain institusi yang menawarkan bidang vokasional.
Pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan pula boleh
melanjutkan pelajaran mereka ke Institut Kemahiran Mara contohnya untuk
mendapatkan Sijil Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).Terdapat juga
pelajar yang terus bekerja terutamanya di industri-industri selepas tamat pengajian.
Pelajar hari ini bakal mewarisi pemimpin di masa akan datang, begitu juga
dengan pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah teknik dan vokasional yang
bakal menjadi pekerja mahir dan separuh mahir untuk menyahut seruan kerajaan
terhadap wawasan 2020. Pendidikan vokasional menekankan dua aspek pengajian
iaitu teori dan amali. Pelajar aliran vokasional dikehendaki melakukan latihan
amali sebanyak 27 peratus daripada jumlah keseluruhan pembelajaran seminggu.
Di samping menimba ilmu dalam pendidikan amali, perkara yang perlu dititik
beratkan dan diberi perhatian oleh pelajar ialah tentang keselamatan, alatan dan
mesin serta persekitaran tempat kerja kerana setiap pelajar akan terlibat dengan
penggunaan pelbagai kelengkapan bengkel seperti alatan tangan dan mesin dan
sekaligus mendedahkan mereka kepada risiko kemalangan.
Beberapa kajian lepas banyak membuktikan penglibatan murid dalam
bengkel mendedahkan mereka kepada risiko kecederaan. AW Mukhari dan ST
Yeow (2012) dalam kajian mereka berkenaan kefahaman dan keprihatinan guru-
guru Kemahiran Hidup di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai, Johor
menyatakan bahawa peralatan di dalam bengkel boleh mengakibatkan kecederaan
pelajar. Menurut B Yusuf dan K Shamsul (2010), pelajar sering dilaporkan
mendapat kemalangan dalam bengkel apabila mengendalikan alatan dan bahan.
Selain itu, Ab Hashim dan Sn Hafsah (2010) pula menyatakan makmal-makmal
atau bengkel-bengkel adalah tempat yang berisiko tinggi untuk berlakunya
kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan sama ada kepada diri sendiri
atau orang lain. Beberapa kejadian di laporkan berlaku dalam bengkel sekolah ke
atas murid dan guru. Antaranya kemalangan di Sekolah Menengah Teknik Kuala
Kangsar. Kemalangan yang berlaku dalam bengkel Automotif mengakibatkan
seorang murid cedera terkena air panas pada bahagian muka (Buku Rekod
Kemalangan 1999). Selain itu berlaku juga kemalangan murid terhumban ke
dalam longkang dan murid terpaksa dipotong hujung jari kerana terhempap
sebatang besi selain guru terkena renjatan elektrik ketika membaiki kipas (Md
Asnul & P Ismail, 2010).
Hampir keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran untuk subjek
amali yang berteraskan aliran Teknikal Dan Vokasional adalah di bengkel.
Sesebuah bengkel yang biasa adalah berkapasiti untuk menampung 20 ke 30
pelajar pada satu-satu masa untuk proses pengajaran dan pembelajaran dengan
penyeliaan dan kawalan seorang guru dalam menjalankan kerja-kerja amali
mereka. Seperti yang diketahui, melakukan kerja-kerja amali adalah salah satu
kerja berisiko tinggi (Zakaria Nanyan, 1996). Sebarang kecuaian ataupun kelalaian
pasti akan mengakibatkan berlakunya kecederaan sama ada kecederaan ringan
seperti luka kecil ataupun kecederaan berat seperti putus jari sehinggakan juga
boleh membawa maut. Dengan sebab itu guru seharusnya menyediakan diri
mereka dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai sikap yang baik
tentang pertolongan cemas supaya mereka mampu untuk memberikan bantuan
kecemasan dalam apa juga jenis kecederaan yang berlaku kepada pelajar mereka.
Menurut Fong (2000), masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
melibatkan orang lain seperti kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah juga
merupakan isu sensitif yang memerlukan perhatian yang teliti dan tindakan yang
berkesan pelu diambil. Menurut Spielman (1979), fungsi bengkel sekolah adalah
menyerupai fungsi sesebuah industri kecil. Lascoe (1973) juga menyatakan aspek
kemalangan industri mempunyai hubung kait yang rapat dengan pengurusan
bengkel di sekolah, di mana bengkel sekolah seakan-akan seperti sebuah industri
kecil yang mempunyai fungsi operasi yang sama dengan industri sebenar.
Menurut Turner (1945) , walaupun tahap kemalangan di bengkel sekolah
adalah tidak setinggi berbanding dengan industri, namun ia masih perlu diberi
perhatian yang serius kerana kemalangan yang berlaku di bengkel sekolah juga
boleh membawa maut. Ilmu pengetahuan dan kemahiran keselamatan yang
dipelajari di bengkel sekolah adalah amat berguna apabila seseorang pelajar keluar
bekerja pada masa akan datang. Selain itu, OSHA (Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerja) meletakkan tanggungjawab keselamatan dan kesihatan pelajar
ke atas pihak sekolah terutamanya bahagian pengurusan bengkel sekolah. Sekolah
juga berada di bawah bidang kuasa Akta 514 (Fong, 2000).
Mengambil iktibar daripada kejadian tersebut, seorang guru teknikal begitu
juga bakal-bakal guru teknikal seharusnya bersedia dan berusaha untuk
melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran pertolongan cemas juga
berusaha untuk menguasainya supaya apabila berlakunya sesuatu kemalangan di
dalam bengkel yang mengakibatkan kecederaan kepada pelajar, mereka mampu
untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru untuk membantu mangsa
ataupun pelajar mereka dan seterusnya menghantarnya ke hospital untuk
mendapatkan bantuan rawatan selanjutnya.
Penguasaan tentang pertolongan cemas adalah merupakan satu ketetapan
yang wajib dipatuhi dan perlu diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya
oleh guru teknikal dan bakal-bakal guru teknikal. Ini telah dinyatakan dengan
tegas melalui satu Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia bil 1/74 berkenaan dengan keselamatan di dalam makmal.
“ Semua guru hendaklah berkebolehan memberikan pertolongan cemas
dan mempunyai pengetahuan yang mantap berhubung dengan sebarang prosedur
dan peraturan keperluan pertolongan cemas”.
Seseorang guru juga wajib mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh
pihak kerajaan yang termaktub dalam perundangan Seksyen 15(1) di bawah Akta
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang menyatakan bahawa
adalah menjadi kewajipan pihak majikan untuk memastikan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan pekerja sentiasa terjamin. Ini termasuk menyediakan
kemudahan pertolongan cemas dan ahli pertolongan cemas yang bertauliah (
Zakaria Nanyan, 1996).
Berlandaskan kepada ketetapan-ketetapan yang telah dikeluarkan oleh
pihak yang bertanggungjawab berkenaan dengan kepentingan menguasai
pertolongan cemas, pengkaji mahu membuat tinjauan sejauh manakah persediaan
yang dibuat oleh bakal-bakal guru teknikal ini untuk menguasai pengetahuan dan
kemahiran pertolongan cemas sebagai langkah untuk mematuhi arahan yang
ditetapkan. Adakah mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
mencukupi untuk menjalankan tanggungjawab apabila mereka bergelar guru
teknikal nanti? Persoalan selanjutnya adakah mereka mempunyai sikap yang
positif untuk memajukan diri mereka menguasai bidang pertolongan cemas ini?
1.2 Pernyataan masalah
Boleh dikatakan hampir setiap hari akhbar-akhbar menyiarkan kes-kes
kemalangan dan kecederaan yang disebabkan oleh kelalaian individu juga tiadanya
pengetahuan dan kemahiran yang baik tentang pertolongan cemas untuk
membantu seseorang mangsa yang memerlukan bantuan. Ini seharusnya menjadi
satu pengajaran dan harus diambil perhatian oleh setiap guru dan bakal-bakal guru
untuk mereka melaksanakan dan menyempurnakan tugas dan amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada mereka. Sekiranya para guru tidak dapat
menguasai pengetahuan dan kemahiran tentang pertolongan cemas, maka ia
merupakan satu masalah yang sememangnya kritikal khasnya bagi guru-guru
teknikal. Keadaan ini boleh menyebabkan para guru kurang berupaya dan tidak
bersedia untuk memberikan bantuan pertolongan cemas kepada pelajar-pelajar
sekiranya berlakunya sesuatu kemalangan atau kecederaan kepada pelajar-pelajar
mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penguasaan
guru-guru tentang pertolongan cemas merupakan satu aspek yang sangat penting
kerana melalui satu Pekeliing Ikhtisas bil. 1/74 yang telah dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran telah mengarahkan supaya para guru mempunyai
kebolehan dalam memberikan bantuan pertolongan cemas dan mempunyai
pengetahuan yang mendalam berkenaan dengan sebarang tatacara pertolongan
cemas.
Buat masa ini, telah ada kajian yang dibuat untuk meninjau tahap pengetahuan
guru-guru teknikal yang telah pun mempunyai pengalaman mengajar berhubung
dengan pengetahuan tentang pertolongan cemas ini. Namun begitu, tinjauan
terhadap bakal-bakal guru teknikal khususnya Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Mekanikal) masih belum lagi dijalankan. Dengan mengambil
kira perkara tersebut, tujuan kajian ini untuk meninjau tahap penguasaan
pertolongan cemas dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap bakal-bakal guru
teknikal aliran Mekanikal sebagai persediaan mereka menjadi guru terlatih nanti.
1.3 Objektif kajian
1. Mengenalpasti tahap pengetahuan pertolongan cemas di kalangan pelajar
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal).
2. Mengenalpasti tahap kemahiran pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal) tentang pertolongan cemas.
3. Mengenalpasti sikap pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Mekanikal) tentang pertolongan cemas.
1.4 Persoalan kajian
1. Adakah pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Mekanikal) mempunyai tahap pengetahuan yang baik tentang pertolongan
cemas?
2. Adakah pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Mekanikal) mempunyai tahap kemahiran yang tentang pertolongan
cemas?
3. Adakah pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Mekanikal) mempunyai sikap yang baik tentang pertolongan cemas?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini dibuat oleh pengkaji dengan tujuan untuk memberi maklum balas
kepada pihak-pihak bertanggungjawab terutama pihak Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia dan juga pihak Kementerian Pelajaran mengenai
tahap penguasaan pertolongan cemas bakal-bakal guru teknikal ini dari aspek
pengetahuan dan kemahiran juga sikap mereka tentang pertolongan cemas.
Maklumbalas yang didapati diharap akan dapat memberi sedikit bantuan kepada
pihak yang berkenaan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang berkaitan
dengan pertolongan cemas. Antaranya adalah:
1. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan bersifat lebih prihatin dan
mengambil berat akan betapa pentingnya bakal-bakal guru teknikal
mempunyai penguasaan yang baik tentang pertolongan cemas.
2. Pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia akan menjadi
lebih peka terhadap kemajuan di kalangan bakal-bakal guru teknikal yang
mereka keluarkan menguasai bidang pertolongan cemas ini.
3. Para bakal guru teknikal pula akan sentiasa cuba berusaha untuk
memastikan diri mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang
pertolongan cemas yang baik juga supaya bakal-bakal guru teknikal ini
bersikap lebih positif terhadap rawatan pertolongan cemas demi untuk
menjaga pelajar-pelajar mereka juga menjaga kebajikan mereka sendiri.
1.6 Batasan kajian
Kajian yang dibuat ini adalah tertakluk kepada batasan tertentu iaitu :
1. Kajian ini hanya tertunpu kepada pelajar dari Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
2. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal) ambilan 2010/2011 yang sedang
mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.
3. Kajian ini hanya tertumpu kepada tahap pengetahuan, kemahiran juga
sikap pelajar tentang pertolongan cemas.
1.7 Definisi Istilah
Mengikut Creswell (1997) definisi istilah di dalam sesuatu kajian adalah
penting kerana ianya akan membantu pembaca untuk lebih memahami istilah-
istilah yang digunakan di dalam kajian. Kenyataan ini menyokong apa yang telah
dinyatakan terlebih dahulu oleh Castetter (1976) yang menyatakan bahawa definisi
istilah akan membantu para pembaca untuk memahami konteks perkataan yang
digunakan tanpa ganguan definisi pembaca yang tidak sepatutnya atau definisi
pembaca yang terhad.
1.7.1 Pertolongan Cemas
Menurut Zakaria Nanyan (1996) Pertolongan Cemas ialah perkhidmatan
atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa kemalangan dengan
kemudahan-kemudahan asas pertolongan cemas.
1.7.2 Kesedaran
Kemampuan juga keupayaan seseorang individu untuk menguasai rawatan
pertolongan cemas dengan sempurna dari aspek pengetahuan, kemahiran dan juga
sikap.
1.7.3 Pengetahuan
Menurut Tesaurus Bahasa Melayu (1988) kefahaman dan kemampuan
seseorang dalam sesuatu bidang. Dalam kajian ini pengkaji ingin mengetahui
pengetahuan pelajar tentang pertolongan cemas.
1.7.4 Persediaan
Keperluan-keperluan yang perlu dimiliki oleh bakal-bakal guru sebelum
menjadi guru. Sejauh mana guru mampu untuk mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran pertolongan cemas semasa berlaku kecederaan di bengkel.
1.7.5 Kemahiran
Kemampuan dan keupayaan bakal-bakal guru untuk melakukan kaedah
pertolongan cemas dengan sempurna.
1.7.6 Sikap
Segala kecenderungan, keinginan, perasaan, idea dan keyakinan untuk
menguasai kaedah pertolongan cemas. Kamus Za’ba (2000) mendefinisikan sikap
sebagai kelakuan, perangai dan tingkah laku. Pengkaji ingin mengkaji adakah
faktor sikap seperti berdikari, yakin terhadap keupayaan diri sendiri, dan rajin
terdapat dalam diri bakal-bakal guru ini.
1.7.7 Keperluan Pertolongan Cemas
Menurut Zakaria Nanyan, keperluan Pertolongan Cemas ialah keperluan
terhadap kemudahan Pertolongan Cemas, perkhidmatan Pertolongan Cemas dan
ahli Pertolongan Cemas di tempat kemalangan berlaku.
1.7.8 Pengetahuan
Pengetahuan adalah pelbagai gejala yang ditemui dan diperoleh manusia melalui
pengamatan akal. Pengetahuan muncul ketika seseorang menggunakan akal
budinya untuk mengenali benda atau kejadian tertentu yang belum pernah dilihat
atau dirasakan sebelumnya.