kesediaan pelajar-pelajar pkpg-sph di universiti …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di...

25
KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MENGAJAR MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH. SAMSUDIN BIN HJ. MOHD ARIPIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

25 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA DALAM MENGAJAR MATA PELAJARAN LUKISAN

KEJURUTERAAN DI SEKOLAH.

SAMSUDIN BIN HJ. MOHD ARIPIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan
Page 3: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan
Page 4: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG -SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA DALAM MENGAJAR MATA PELAJARAN LUKISAN

KEJURUTERAAN DI SEKOLAH.

SAMSUDIN BIN HJ. MOHD ARIPIN

Projek Sarjana Muda ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 5: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan
Page 6: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

iii

Dedikasi Untuk:

Ayah, ibu dan mertua yang disanjungi:

Hj.Mohd Aripin bin Muridon

Hjh.Sejam bte Mesran

Hj.Ahmad bin Ngasman

Hjh.Saniah bte Samin

Isteri yang dikasihi:

Asita bte Hj Ahmad

Anak-anak tersayang:

Intan Syazwani bte Samsudin

Intan Nur Qamarina bte Samsudin

Muhammad Irfan bin Samsudin

Sekalian ahli keluarga yang memberi dorongan

Page 7: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi ALLAH S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya maka saya beroleh kekuatan

untuk menyediakan penulisan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing iaitu Tuan Hj. Kandar bin Selamat kerana telah banyak memberi

bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan buah fikiran disepanjang melaksanakan kajian

ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada pensyarah-

pensyarah UTM yang telah memberi didikan dan pendedahan awal kepada saya

dalam menjalankan kajian ilmiah ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Hj.

Baharum bin Hj Ahmad selaku Penolong Pengarah Pendidikan Teknikal, Jabatan

Pendidikan Negeri Johor dan rakan-rakan kerana banyak membantu saya ketika

menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada keluarga

tersayang kerana telah banyak memberi sokongan dan dorongan sehingga selesai

pengajian di UTM. Semoga Tuhan memberkati atas segala pengorbanan yang

diberikan. Terima kasih.

Page 8: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

v

Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau kesediaan pelajar-pelajar PKPG-

SPH di Universiti Teknologi Malaysia dalam mengajar mata pelajaran LK di sekolah.

Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 73 orang pelajar PKPG-SPH

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Objektif kajian ini

adalah meliputi lima persoalan kajian iaitu kesediaan pelajar PKPG-SPH dari aspek

pengetahuan isi pelajaran mata pelajaran LK, kemahiran mengajar mata pelajaran LK,

pengetahuan kandungan pedagogi, minat dan sikap terhadap mata pelajaran LK. Soal

selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan data dianalisis menggunakan

Statistic Packages for Social Sciences (SPSS) versi 11.0 yang bertujuan untuk

mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Kajian rintis telah dilakukan untuk

mengukur kebolehpercayaan soal selidik berdasarkan nilai Alpha Cronbach yang

diperolehi. Pada keseluruhan analisis dapatan kajian menunjukkan responden

mempunyai kesediaan mengajar LK yang baik. Walau bagaimanapun terdapat

beberapa kelemahan terhadap kesediaan mengajar LK pelajar-pelajar PKPG-SPH dari

aspek pengetahuan isi pelajaran LK dan minat pelajar terhadap mata pelajaran LK.

Dengan ini diharapkan kajian ini dapat memberi menafaat kepada pihak-pihak yang

berkaitan dengan kajian ini.

Page 9: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

vi

Abstract

The purpose of this study research is to survey the readiness among PKPH-

SPH students at Universiti Teknologi Malaysia to teach LK subject in school. The

number of respondent that involve in this study is 73 PKPG-SPH students from

Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. The objective of

this survey is comprised five survey questions, that is PKPG-SPH students readiness

in LK content knowledge, teaching skill LK subject, Pedagogy content knowledge,

interest and attitude toward LK subject. Questionnaire is used as instrument of the

study and date is analyse using SPSS versions 11.0 to get frequency, percentage and

mean. Pilot study is done to determine the reliability of questionnaire base on Alpha

Cronbach value that is obtained. In generally, the finding analysis shows that

respondent have a good teaching readiness in LK subject. How ever, few weakness

are found among the PKPG-SPH students in aspect of content knowledge in LK

subject and the student interest in LK subject. Whit this, it is hope this survey will

give benefit to parties that are involve in this study.

Page 10: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SIMBOL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

Page 11: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

viii

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Definisi Terminologi 11

1.9 Kesimpulan 15

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kajian-kajian Lepas 18

2.3 Penguasaan Pengetahuan Isi Pelajaran 19

2.4 Kemahiran Mengajar 21

2.5 Pengetahuan Kandungan Pedagogi 32

2.6 Minat Terhadap Mata Pelajaran

Lukisan Kejuruteraan 39

2.7 Sikap Terhadap Mata Pelajaran

Lukisan Kejuruteraan 40

Page 12: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 43

3.2 Rekabentuk Kajian 44

3.3 Lokasi Kajian 44

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 45

3.5 Instrumen Kajian 45

3.6 Kajian Rintis 48

3.7 Prosedur Kajian 49

3.8 Analisis Data 49

3.9 Kesimpulan 51

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 52

4.2 Analisa Bahagian A-Latar

Belakang Responden 53

4.3 Ulasan 56

4.4 Analisa Bahagian B-Dari Segi

Pelbagai Persoalan Kajian. 57

4.5 Kesimpulan 72

Page 13: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAHAGIAN LIMA

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN,

DAN CADANGAN.

5.1 Pengenalan 74

5.2 Rumusan 74

5.3 Perbincangan 74

5.4 Cadangan Tindakan 86

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 87

5.6 Penutup 88

BAHAGIAN ENAM

RUJIKAN 89

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN 95

Lampiran A dan B

Page 14: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Statistik sekolah-sekolah yang menawarkan

mata pelajaran elektif KBSM Lukisan

Kejuruteraan dari 1992-1998. 3

1.2 Analisis keputusan peperiksaan SPM 2002

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Negeri

Johor mengikut daerah. 5

1.3 Bilangan dan peratus pelajar mengikut grid

dalam keputusan peperiksaan SPM 2002 mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan Negeri Johor

mengikut daerah. 6

1.4 Bilangan sekolah yang mendapat peratus

pelajar gagal melebihi 30% dalam mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan bagi peperiksaan

SPM 2002 Negeri Johor. 7

2.1 Proses pengajaran dan pembelajaran. 23

2.2 Hubungan diantara aras kemahiran dengan

teknik mengajar yang sesuai. 37

3.1 Pengkelasan Skala Likert. 47

3.2 Susunan item-item mengikut objektif kajian. 47

3.3 Skor Skala Likert lima peringkat kepada tiga

peringkat. 50

3.4 Tahap analisis min. 50

4.1 Taburan bilangan dan peratus responden

mengikut tahun/kursus. 53

Page 15: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

xii

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.2 Taburan bilangan dan peratus responden

mengikut jantina. 54

4.3 Taburan bilangan dan peratus responden

mengikut bangsa. 54

4.4 Taburan bilangan dan peratus responden

mengikut umur. 55

4.5 Taburan bilangan dan peratus responden

mengikut kelulusan ikhtisas. 55

4.6 Taburan bilangan dan peratus responden

mengikut keputusan CPA terkini. 56

4.7 Taburan bilangan, peratus dan min bagi

pengetahuan isi pelajaran mata pelajaran

LK pelajar PKPG-SPH. 58

4.8 Taburan bilangan, peratus dan min bagi

Kemahiran mengajar mata pelajaran

LK pelajar PKPG-SPH. 62

4.9 Taburan bilangan, peratus dan min bagi

pengetahuan kandungan pedagogi mata

pelajaran LK pelajar PKPG-SPH. 66

4.10 Taburan bilangan, peratus dan min bagi

minat pelajar terhadap mata pelajaran

LK pelajar PKPG-SPH. 68

4.11 Taburan bilangan, peratus dan min bagi

Sikap pelajar terhadap mata pelajaran

LK pelajar PKPG-SPH. 70

4.12 Taburan purata keseluruhan mengikut min

bagi lima persoalan kajian. 72

Page 16: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

xiii

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN

SMA - Sekolah Menengah Akademik

SMT - Sekolah Menengah Teknik.

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.

CAD - Computer-Aided Drafting and Design.

% - Peratus.

PKPG-SPH - Program Khas Pensiswazahan Guru-Kemahiran Hidup.

P&P - Pengajaran dan pembelajaran.

LK - Lukisan Kejuruteraan.

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

SPSS - Statistic Package for Social Science

ƒ - Frekuensi.

n - Bilangan responden.

ABM - Alat Bantu Mengajar

SENARAI LAMIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A. Soal-selidik 95 - 99

B. Reliability Analysis – Scale ( Alpha) 100

Page 17: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara. (Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Kejayaan dalam mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini

adalah amat bergantung kepada semua warga Malaysia terutamanya yang menceburi

profesion perguruan. Profesion perguruan ini merupakan satu profesion yang

dianggap amat mulia dan dihormati dimata masyarakat kerana peranannya yang amat

besar dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan, menukar tingkahlaku dan

Page 18: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

2

kelakuan masyarakat demi kepentingan agama, bangsa, dan negara. Menurut konteks

Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia:

Guru yang dimaksudkan ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan

disesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi,

termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran organisasi dan

penyeliaan pendidikan.

Guru memberikan peranan yang amat penting dalam penyebaran ilmu

pengetahuan tidak dapat dinafikan lagi. Guru juga seharusnya dapat menerima

perubahan dalam dasar pendidikan negara kerana Dasar Pendidikan Kebangsaan

adalah satu dasar yang sentiasa berubah dari masa ke semasa. Perubahan itu berlaku

disebabkan keperluan dan kehendak negara supaya pendidikan dapat berkembang

seiring dengan perkembangan semasa dunia.

Perubahan ini juga jelas berlaku dalam mata pelajaran di bawah Bahagian

Pendidikan Teknik dan Vokasional diantaranya ialah mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan yang mana sebelum tahun 1992 mata pelajaran ini tidak ditawarkan di

Sekolah Menengah Akademik(SMA). Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah

mata pelajaran yang mempunyai unsur-unsur ke arah Sains dan Teknologi yang telah

diperkenalkan kepada para pelajar sejajar dengan perkembangan semasa. Lukisan

Kejuruteraan telah diperkenalkan di 9 buah SMT pada 1992. Pada tahun1993 ia

diperluaskan ke 29 buah Sekolah Menengah Atas Akademik (SMA). Sehingga tahun

1998 sebanyak 218 SMA (tidak termasuk SMT).

Page 19: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

3

Jadual 1.1: Statistik sekolah-sekolah yang menawarkan mata pelajaran elektif

KBSM Lukisan Kejuruteraan dari tahun 1992-1998

1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 Jumlah

SMA(pilihan

JPN)

- 29 43 40 17 10 - 139

SMA(RM6) - - - 5 14 9 6 34

SMA(Primer) - - - - - - 20 20

SMA(Sains) - - - 1 16 - - 17

SMK(Agama) - - - 1 - - 7 8

Jumlah - 29 43 47 47 19 33 218

(Jabatan Pendidikan Teknikal,1998.)

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini juga adalah satu mata pelajaran

elektif baru dalam kumpulan II (Teknikal dan Vokasional) yang mula diperkenalkan

bagi Tingkatan 4 dan 5 dalam program Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah(KBSM). Mata pelajaran ini dirancang selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang berhasrat mewujudkan rakyat Malaysia yang seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ia juga digubal kearah meningkatkan daya

pengeluaran melalui penglibatan masyarakat secara produktif, inovatif dan kreatif

serta pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja yang faham teknologi dan ekonomi

sejajar dengan dasar dan keperluan negara.

Lukisan Kejuruteraan merupakan satu bahasa grafik yang digunakan untuk

menyampaikan maklumat secara tepat dan ringkas. Bagi memupuk pentafsiran yang

seragam, Lukisan Kejuruteraan mempunyai konvension, simbol dan kepiawaian

tersendiri yang telah ditetapkan. Mata pelajaran ini juga bertujuan memupuk sifat dan

nilai seperti kebersihan, kekemasan dan ketepatan untuk menghasilkan kerja yang

bermutu.

Matlamat memperkenalkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah untuk

melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan serta

Page 20: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

4

melahirkan pelajar yang boleh berkomunikasi secara bahasa grafik sama ada dalam

kehidupan seharian mahupun dalam bidang yang akan diceburi. Penguasaan

pengetahuan dan kemahiran asas ini akan membolehkan pelajar berinteraksi dengan

penuh keyakinan dalam dunia teknologi semasa disamping dapat memupuk minat

pelajar dalam bidang kejuruteraan. Penekanan diberikan dalam bidang kejuruteraan

awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan elektronik dan kejuruteraan mekanikal.

Penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran ini juga penting bagi mencerahkan lagi

peluang pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang kejuruteraan di institusi

pengajian tinggi. Disamping itu, mata pelajaran ini juga menerapkan pengetahuan dan

kemahiran asas menggunakan perisian lukisan terbantu komputer (Auto-CAD) selaras

dengan perkembangan teknologi terkini kepada pelajar.

Di antara objektif mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini diajarkan ialah

untuk membolehkan pelajar:-

1. Menyedari dan menghargai tentang kepentingan mata pelajaran ini sebagai

media komunikasi dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.

2. Memahami konsep dan prinsip dalam lukisan serta kegunaannya.

3. Membuat lukisan dengan betul, tepat dan kemas.

4. Memahami dan mentafsir dengan betul ilustrasi teknikal secara kreatif dan

kritis(KBKK).

5. Menggunakan Lukisan Kejuruteraan sebagai media komunikasi untuk

menyampaikan idea dan maklumat secara grafik.

6. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni melalui aktiviti Lukisan

Kejuruteraan.

7. Mematuhi kepiawaian Lukisan Kejuruteraan.

8. Memperolehi asas yang kukuh untuk menceburi diri dalam bidang

kejuruteraan serta membolehkan artikulasi ke peringkat pengajian tinggi.

9. Menyedari peluang pekerjaan yang berkaitan dengan Lukisan

Kejuruteraan.

(Jabatan Pendidikan Teknikal, 2000)

Page 21: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Lukisan Kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran yang amat penting

dalam era perkembangan sains dan teknologi. Ilmu pengetahuan yang terkandung

dalam mata pelajaran ini perlu disampaikan kepada para pelajar supaya ianya boleh

digunakan dalam pelbagai bidang yang berkaitan kejuruteraan dan teknologi apabila

mereka memasuki alam pekerjaan. Oleh itu, kesediaan guru untuk mengajar mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini adalah penting supaya dapat membantu pelajar

menguasai teori dan kemahiran yang diperlukan dalam mata pelajaran ini.

Walaupun mata pelajaran ini telah diperkenalkan semenjak tahun 1995 di

sekolah-sekolah aliran akademik (SMA), keputusan peperiksaan yang diperolehi

adalah kurang baik. Merujuk kepada keputusan peperiksaan, tahap pencapaian para

pelajar dalam sesuatu mata pelajaran dapat dilihat dengan jelas. Selain itu,

berdasarkan analisis keputusan peperiksaan juga dapat mencerminkan kesediaan guru

untuk mengajar sesuatu mata pelajaran sebagaimana dalam keputusan peperiksaan

SPM negeri Johor dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Jadual 1.2: Analisis keputusan peperiksaan SPM2002 mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Negeri Johor mengikut daerah.

LULUS DAERAH CALON

AMBIL Bil % BATU PAHAT 543 379 69.8 JOHOR BAHARU 921 686 74.5 KLUANG 450 329 73.1 KOTA TINGGI 369 263 71.3 KULAI 80 43 53.8 MERSING 80 43 53.8 MUAR 348 260 74.7 PONTIAN 38 25 65.8 SEGAMAT 348 248 71.3 NEGERI JOHOR 3177 2276 71.6

(Jabatan Pendidikan Negeri Johor)

Page 22: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

6

Merujuk kepada Jadual 1.2, analisis keputusan peperiksaan SPM 2002 mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan bagi negeri Johor yang terdiri dari sembilan buah

daerah, secara keseluruhannya peratus lulus adalah sederhana iaitu 71.6%. Walau

bagaimanapun terdapat juga daerah-daerah dalam negeri Johor menunjukkan

keputusan peperiksaan peratus lulus yang kurang memuaskan iaitu di bawah paras

65% seperti di daerah Kulai(53.8%) dan Mersing(53.8%).

Jadual 1.3 : Bilangan dan peratus pelajar mengikut gred dalam keputusan

peperiksaan SPM2002, mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Negeri Johor mengikut daerah.

DAERAH BIL. PELAJAR GRED 1A-2A

BIL. PELAJAR GRED 3B-6C

BIL. PELAJAR GRED 7D-9F

BATU PAHAT 29 223 291 JOHOR BAHARU 85 400 436 KLUANG 46 173 231 KOTA TINGGI 13 156 200 KULAI 1 17 62 MERSING 0 15 65 MUAR 66 129 153 PONTIAN 0 15 23 SEGAMAT 5 157 183 NEGERI JOHOR 245 1288 1644 PERATUS 7.8 % 40.5 % 51.7 %

(Jabatan Pendidikan Negeri Johor)

Berdasarkan kepada Jadual 1.3 pula, bilangan dan peratus pelajar mengikut

gred menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar mendapat gred yang rendah iaitu

sebanyak 51.8% mendapat gred antara 7D hingga 9F. Bilangan pelajar yang

mendapat gred sederhana pula iaitu antara gred 3B hingga 6C adalah sebanyak 40.5%

dan bagi pelajar yang mendapat gred cemerlang iaitu antara gred 1A dan 2A ialah

sebanyak 7.8%. Dari jadual tersebut jelas menunjukkan bahawa peratus pelajar yang

mendapat keputusaan cemerlang amatlah rendah berbanding peratus pelajar lulus bagi

negeri Johor.

Page 23: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

7

Jadual 1.4: Bilangan sekolah yang mendapat peratus pelajar gagal melebihi

30 % dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan bagi

peperiksaan SPM 2002 negeri Johor.

Peperiksaan Jumlah Sekolah

Bil. sekolah mendapat % gagal > 30%

Peratus sekolah mendapat % gagal > 30%

SPM 2002 42 22 52.3%

(Jabatan Pendidikan Negeri Johor)

Berdasarkan Jadual 1.4, bilangan sekolah yang mendapat peratus gagal lebih

daripada 30% dalam peperiksaan SPM 2002 bagi mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan adalah amat tinggi iaitu 52.3%. Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat

banyak sekolah di negeri Johor tidak menunjukkan keputusan yang baik dalam

peratus jumlah lulus dalam mata pelajaran ini.

Dari analisis keputusan-keputusan peperiksaan yang diperolehi di atas telah

menimbulkan persoalan mengenai apakah yang menjadi punca kurangnya pelajar

mendapat kelulusan gred cemerlang dan juga kurangnya sekolah yang mempunyai

bilangan pelajar lulus melebihi 70% dalam peperiksaan mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan. Tidak dapat dinafikan terdapat berbagai-bagai faktor yang boleh

menyumbang kepada kelemahan pencapaian pelajar diantaranya adalah kesediaan

guru PKPG-KH untuk mengajar sesuatu mata pelajaran.

Kesediaan untuk mengajar sesuatu mata pelajaran memainkan peranan

penting untuk memastikan pengajarannya berjaya mencapai kualiti dan kuaniti

keputusan peperiksaan yang diharapkan. Kesediaan untuk mengajar sesuatu mata

pelajaran bukan sahaja perlu bagi guru yang telah mengajar di sekolah tetapi juga

kepada bakal guru yang akan ditempatkan ke sekolah. Oleh itu, satu kajian hendaklah

dilakukan bagi mengenalpasti kesediaan pelajar PKPG-SPH di UTM yang akan

dijadikan tenaga kerja untuk mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di

sekolah. Hasil kajian ini diharapkan dapat digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk

Page 24: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

8

tindakan dengan sewajarnya. Langkah ini dapat memastikan guru yang dibekalkan ke

sekolah mempunyai kesediaan mengajar yang baik.

1.3 Penyataan Masalah

Statistik peratus kelulusan atau kegagalan pelajar dalam sesuatu mata

pelajaran adalah perkara yang amat dititik beratkan oleh pelajar, ibu bapa dan semua

pihak yang berkaitan dengan pendidikan. Peratusan kelulusan sesuatu mata pelajaran

lazimnya akan dikaitkan dengan berbagai-bagai faktor antaranya ialah kesediaan guru

untuk mengajar sesuatu mata pelajaran. Seorang guru amat memerlukan kepakaran

dan kesedian yang baik supaya dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Oleh itu,

kajian ini perlu dijalankan untuk mengetahui kesediaan pelajar-pelajar PKPG- SPH di

UTM untuk mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah dari segi

pengetahuan isi pelajaran (Content Knowledge), pengetahuan kandungan pedagogi

(Pedagogical Content Knowledge), kemahiran mengajar, minat terhadap mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan sikap terhadap mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar-pelajar PKPG-

SPH di UTM dalam mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Secara

khususnya, objektif kajian adalah untuk:-

Page 25: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR PKPG-SPH DI UNIVERSITI …€¦ · kesediaan pelajar-pelajar pkpg -sph di universiti teknologi malaysia dalam mengajar mata pelajaran lukisan kejuruteraan

9

a. Mengenalpasti pengetahuan isi pelajaran mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan pelajar PKPG- SPH.

b. Mengenalpasti kemahiran mengajar mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan pelajar PKPG- SPH.

c. Mengenalpasti pengetahuan kandungan pedagogi mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan pelajar PKPG- SPH.

d. Mengenalpasti minat pelajar PKPG- SPH terhadap mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan.

e. Mengenalpasti sikap pelajar PKPG- SPH terhadap mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah dan objektif kajian di atas, pengkaji

telah mengenalpasti beberapa persoalan kajian yang perlu dijawab dalam kajian ini.

Di antara persoalan kajian ini ialah:-

a. Adakah pelajar PKPG- SPH mempunyai pengetahuan isi pelajaran yang

baik dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

b. Adakah pelajar PKPG- SPH mempunyai kemahiran mengajar yang baik

dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

c. Adakah pelajar PKPG- SPH mempunyai pengetahuan kandungan

pedagogi yang baik dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

d. Apakah minat pelajar PKPG- SPH terhadap mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan.

e. Apakah sikap pelajar PKPG- SPH terhadap mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan.