keselamatan di bengkel
DESCRIPTION
Peraturan BengkelTRANSCRIPT
KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN AM DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF
KESELAMATAN DI BENGKEL
Langkah keselamatan di dalam bengkel perlu dipatuhi bagi mengelakkan
sebarang kemalangan yang mungkin berlaku tanpa disedari. Kemalangan yang
sering terjadi di dalam atau di luar bengkel boleh mengakibatkan :-
a. Luka sementara dan kekal
b. Kehilangan nyawa
c. Kerugian atau kerosakan pada alatan dan mesin
Terdapat dua faktor atau punca kemalangan boleh terjadi di bengkel iaitu :-
1. Faktor kemanusiaan
2. Faktor keadaan bengkel dan mesin yang telah rosak atau alatan yang
telah di bawah taraf.
1. FAKTOR KEMANUSIAAN
Hampir 70% kemalangan yang terjadi di kawasan luar dan dalam bengkel
disebabkan oleh faktor kemanusiaan. Antara faktor kemanusian yang memungkinkan
kemalangan terjadi di bengkel adalah seperti berikut :-
Terlalu yakin
Cuai atau gopoh dalam melakukan sebarang kerja yang diberikan
Segan untuk bertanya walaupun tidak tahu
Sikap yang kurang berminat
Tiada tumpuan sewaktu menjalankan kerja amali / tidak sihat
Tidak mahu mematuhi peraturan-peraturan bengkel atau undang-undang
keselamatan bengkel
Pakaian yang tidak sesuai
2. FAKTOR KEADAAN BENGKEL / MESIN ATAU ALATAN YANG ROSAK DAN DI BAWAH TARAF
Lantai bengkel berminyak atau bersepah
Kawasan dalaman bengkel yang kurang cahaya atau gelap
Peredaran udara yang tidak baik
Meja kerja atau bangku yang tidak tetap
Suis elektrik rosak atau rosak
Alatan tangan tumpul atau rosak / Alat elektrik yang rosak
Riezal Publisher
KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN AM DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF
Berikut merupakan peraturan asas sewaktu berada di Bengkel Automotif yang perlu
dipatuhi serta difahami :-
A. LANGKAH KESELAMATAN DIRI
Bekerja dalam keadaan sihat
Berdisiplin semasa bekerja atau menjalankan amali
Jangan bergurau atau bermain semasa berada di bengkel atau melakukan
kerja amali
Pakai pakaian yang sesuai. Barang perhiasan seperti cincin, rantai atau jam
tidak boleh dipakai sewaktu melakukan kerja amali.
Jangan membawa alatan tangan yang tajam di dalam saku.
Jauhkan tangan atau anggota lain ketika bekerja dengan enjin atau mesin
yang bergerak
Rambut hendaklah sentiasa pendek
Gogal perlu dipakai semasa menjalankan atau melakukan kerja pada mesin
canai atau gerudi serta mengimpal
Jangan menggunakan sebarang alatan atau mesin yang telah rosak atau
cacat.
B. LANGKAH KESELAMATAN ALATAN SERTA MESIN
Sebelum menggunakan sebarang alatan atau mesin elektrik, pasti meminta
kebenaran daripada guru. Alatan atau mesin yang ingin digunakan perlu berada di
dalam keadaan baik serta faham bagaimana untuk mengendalikannya.
i. MESIN
Sebelum menggunakan atau menjalankan mesin anda hendaklah faham serta
tahu bagaimana untuk mengendalikan mesin tersebut.
Pastikan selepas mesin yang digunakan, ianya perlu dibersihkan.
Jangan menggunakan alatan elektrik mudah alih di tempat sempit atau
mudah terbakar.
Gunakan gogal atau pelindung mata sem asa menggunakan mesin canai,
gerudi atau pengimpal
Pastikan kabel atau sambungan pendawaian alatan elektrik tidak longgar atau
cacat.
Alatan elektrik mudah alih perlu berada di dalam keadaan sentiasa bersih dan
disimpan ditempat yang selamat serta kering.
Riezal Publisher
KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN AM DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF
ii. ALATAN TANGAN DAN MEJA KERJA
Pastikan alatan tangan yang digunakan berada di dalam keadaan baik dan
tidak menggunakan alat tangan yang telah rosak atau tumpul.
Elakkan menggunakan pahat yang telah berkepala cendawan.
Alat tangan pengetuk seperti tukul, pastikan pemegangnya teguh terpasang
pada kepala.
Spana atau alat tangan yang digunakan perlu sesuai dengan kerja yang
dijalankan.
iii. ALAT PENJULANG
Sebelum menggunakan penjulang, pastikan kenderaan yang perlu diangkat
perlu diletakkan di kawasan yang rata.
Pasangkan sangga keselamatan di bawah kenderaan selepas kenderaan
dijulang iaitu sebelum melakukan sebarang pekerjaan di bawah kenderaan
Pastikan sebelum menurunkan kenderaan, tiada orang berada di bawah
kenderaan
Riezal Publisher
KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN AM DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF
Jenis kemalangan yang mungkin terjadi di dalam Bengkel Automotif
1. Melecur
- Jangan membuka penutup pengalir haba semasa enjin dalam keadaan panas.
- Melecur juga boleh terjadi sekiranya tersentuh bahagian-bahagian kenderaan
yang panas,
contohnya; tersentuh atau terpegang sistem pancarongga keluar atau brek
gelendung atau
ceper selepas ianya beroperasi
2. Terhempap
- Sebelum sebarang kerja dijalankan pada bahagian bawah kenderaan yang telah
dijulang
. pastikan sangga keselamatan diletakkan
Riezal Publisher