kesopanan dan kesusilaan

2
Kesopanan dan kesusilaan Kesopanan dan kesusilaan menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Kesopanan dan kesusilaan berperanan penting dalam membina sahsiah seseorang insan. Kesopanan dan kesusilaan itu adalah sebahagian daripada budaya masyarakat kita yang harus disemai di kalangan warga ketika negara menuju untuk mencapai status negara maju. Melalui kempen yang telah diusahakan oleh kerajaan, ia menunjukkan bahawa masyarakat kini telah menyedari akan kepentingan menjaga kesopanan dan kesusilaan dalam konteks kepentingan perpaduan sesama kaum mahupun kaum lain. Contoh yang paling dekat ialah memberi ucapan salam serta mencium tangan orang yang lebih tua. Amalan ini sering kita lihat disekolah atau semasa mengadakan amalan kunjung-mengunjung ketika musim perayaan. Ini merupakan salah satu amalan yang dilakukan berlandaskan prinsip Rukun Negara yang kelima.

Upload: ct-armiza

Post on 13-Aug-2015

1.072 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesopanan Dan Kesusilaan

Kesopanan dan kesusilaan

Kesopanan dan kesusilaan menekankan perkembangan personaliti dan tingkah

laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warganegara yang bersopan

santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang

dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling

bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam

masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Kesopanan dan kesusilaan berperanan penting dalam membina sahsiah

seseorang insan. Kesopanan dan kesusilaan itu adalah sebahagian daripada budaya

masyarakat kita yang harus disemai di kalangan warga ketika negara menuju untuk

mencapai status negara maju.

Melalui kempen yang telah diusahakan oleh kerajaan, ia menunjukkan bahawa

masyarakat kini telah menyedari akan kepentingan menjaga kesopanan dan kesusilaan

dalam konteks kepentingan perpaduan sesama kaum mahupun kaum lain. Contoh yang

paling dekat ialah memberi ucapan salam serta mencium tangan orang yang lebih tua.

Amalan ini sering kita lihat disekolah atau semasa mengadakan amalan kunjung-

mengunjung ketika musim perayaan. Ini merupakan salah satu amalan yang dilakukan

berlandaskan prinsip Rukun Negara yang kelima.

Namun begitu, terdapat juga segelintir masyarakat yang masih tidak faham akan

kepentingan menjaga kesopanan dan kesusilaan ini. Sebagai contoh, ketika Datuk Seri

Mohd Najib bertemu rakyat Malaysia pada majlis “An Evening with the Prime Minister”.

di perantauan ketika siri lawatannya di London, beliau telah dilaungkan dengan slogan

“BERSIH” sebelum memulakan ucapan. Ini menyebabkan konsentrasi beliau untuk

meneruskan ucapan terganggu. Daripada majlis itu, ia telah mencerminkan budaya

segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak memahami konsep sebenar kesopanan dan

kesusilaan.

Oleh itu, kesedaran tentang sikap bersopan santun dan bersusila perlu ada pada

dalam diri seseorang bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang

Page 2: Kesopanan Dan Kesusilaan

berdisiplin serta bermoral tinggi. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku

atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu

golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi

dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi

panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai

dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.