keterampilan perucapan bahasa melayu
TRANSCRIPT
Soalan 1
a) Huraikan tentang diksi, leksikal dan laras bahasa.
Diksi
Diksi melibatkan pemilihan perkataan serta ketepatan, persamaan dan keistimewaan
perkataan-perkataan yang dipilih. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, diksi ialah pemilihan
dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll)
secara bertulis atau lisan (2007: 351). Oleh itu, diksi digunakan dalam percakapan dan
penulisan. Ia merupakan faktor yang penting untuk melahirkan pendapat yang jelas.
Nilai diksi yang bermutu menurut Mohd Sidin Ahmad Ishak dalam buku Keterampilan
Menulis, ia terletak pada (1) pemilihan perkataan yang tepat yang sesuai digunakan untuk
menyampaikan maksud tertentu. (2) penggunaan perkataan yang jelas dan khusus. (3)
Penggunaan kata yang logik dan dapat diguna pakai dengan baik. (4) Disarankan agar penulis
atau penutur menggunakan perkataan yang lebih konkrit dan spesifik dengan bidang yang
ditulis atau diucap dan (5) elakkan menggunakan perkataan secara berulang bagi mengelakkan
pembaca atau pendengar merasa bosan (1992: 127).
Diksi atau pemilihan kosa kata dalam teks perlu sentiasa diberi perhatian dan dikawal.
Penulis ataupun pengucap perlu berupaya membezakan secara tepat nilai makna dan nilai rasa
sesuatu kosa kata supaya sesuai dengan maksud, emosi dan gagasan yang hendak
dikemukakan dan kemampuan bagi menemukan bentuk yang sesuai dengan khalayak.
Pilihan kata yang tepat dan sesuai hanya dapat dilakukan sekiranya penulis dan
pengucap mempunyai khazanah kosa kata yang kaya. Keluasan kosa kata membolehkannya
membuat pilihan yang baik, sebaliknya apabila kosa katanya miskin ataupun terbatas,
bagaimana mungkin dia dapat membuat pilihan. Keberkesanan teks dan ucapan banyak
1
ditentukan oleh pemilihan kata. Sekiranya kata yang digunakan tidak sesuai, ini akan memberi
kesan tertentu pada ucapan.
Menurut Jabrohim (2001), bagi mencapai diksi yang baik, penulis perlu memahami
dengan lebih baik masalah kata dan maknanya dan perlu tahu memperluas serta mengaktifkan
kosa kata. Penulis juga perlu tahu memilih kata yang tepat, kata yang sesuai dengan situasi
yang dihadapi dan mengenali dengan baik corak gaya bahasa yang sesuai dengan tujuan
penulisan.
2
Leksikal
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, leksikal boleh ditakrifkan sebagai perkataan atau
perbendaharaan kata sesuatu bahasa (2007: 912). Ia merujuk pada peringkat kata dan hampir
sama dengan diksi tetapi lebih melihat makna sebenar perkataan tersebut. Menurut Ismail
Ahmad, aspek leksikal merupakan salah satu ciri laras yang ditandai dengan penggunaan-
penggunaan istilah-istilah yang khusus. Leksikal dapat membezakan satu jenis laras dengan
laras yang lain (2007: 37). Contohnya, laras bahasa ekonomi atau perniagaan seperti dana,
bon, indeks komposit, kos jualan dan sebut harga (Abd Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt,
2002 : 137). Laras bahasa sastera pula contohnya seperti plot, klimaks, monolog, personafikasi
dan analogi (Abd Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt, 2002 : 141).
Setiap bahasa mempunyai leksikal atau kosa kata yang terdiri daripada bahasa asal
ataupun bahasa yang dipinjam daripada bahasa Inggeris seperti antroplogi, teori, republik,
novel, wisel, universiti dan juga ekuinoks dan istilah-istilah dalam perniagaan seperti ekonomi,
bon, indeks dan komposit (Abd Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt, 2002 : 33 & 137). Daripada
bahasa Arab yang banyak digunakan dalam istilah keagamaan seperti makrifat, hakikat, fana,
zikir, solat, zakat, haji, kiamat, halal, haram, alim dan taubat dan juga kata-kata pinjaman
daripada bahasa Sanskrit seperti harta, swasta, dana dan laba (Abd Rahman Ab. Rashid & Yap
Kim Fatt. 2002 : 137 & 144).
Perbendaharaan kata yang dimiliki oleh seseorang individu berbeza antara lisan,
pendengaran, penulisan dan pembacaan. Perbendaharaan kata pembacaan adalah paling
banyak manakala aspek lisan biasanya terhad kerana kesukaran untuk mengeluarkan
perkataan (Ismail Ahmad, 2007: 27). Keadaan ini berlaku terutama apabila seseorang penutur
berada dalam keadaan tertekan atau ketika diminta untuk memberi respons secara spontan.
Keupayaan penutur atau penulis untuk menyampaikan idea dan fikiran bergantung kepada
3
perbendaharaan kata yang dimiliki seterusnya membentuk ayat-ayat yang sempurna, lengkap
dan tepat. Perbendaharaan kata ini terdiri daripada istilah yang bersifat umum dan juga bersifat
khusus. Contohnya perbendaharaan kata-kata umum yang diberikan pengertian khusus hutang,
tunai, susut dan runcit yang digunakan dalam bidang ekonomi (Abd Rahman Ab Rashid & Yap
Kim Fatt, 2002: 137).
Secara ringkasnya, aspek leksikal boleh bersifat konkrit ataupun abstrak, iaitu sama ada
terbentuk daripada kata tunggal, kata akronim, kata terbitan, dan juga kata majmuk. Pemilihan
kosa kata ini bergantung kepada kesesuaian sesuatu laras. Dalam wacana perucapan,
leksikalnya lebih ringkas, tidak banyak menggunakan penambahan pen…an, per…an, dan ke…
an dan lebih banyak menggunakan leksikal yang berimbuhan ber-, me- dan –kan serta
perkataan sendi seperti walaupun begitu, barangkali, mungkin dan sebaliknya (Abdullah
Hassan & Ainon Mohd, 2005: 58)
4
Laras bahasa
Laras ialah suatu garis panduan dalam menghasilkan sesuatu genre penulisan. Laras
penting dalam menghasilkan penulisan yang baik dan berkesan. Laras terbahagi kepada dua
iaitu laras biasa dan laras akademik. Menurut Ab. Razak Ab. Karim dalam penulisannya iaitu
kepelbagaian laras bahasa melayu menyatakan bahawa, laras merupakan konvensi sosial dan
sesuatu laras digunakan untuk sesuatu situasi. Menurutnya lagi, laras didefinisikan sebagai
kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-harian mereka.
Seseorang itu akan mengubah larasnya bergantung pada keadaan atau pun situasi sesuatu
peristiwa bahasa itu berlangsung. Sebagai contohnya apabila seseorang itu menyampaikan
ucapan dalam majlis-majlis yang berbeza. Terdapat pelbagai jenis ucapan, iaitu ucapan majlis
anugerah, ucapan makluman, ucapan perpisahan, ucapan politik, ucapan penghargaan, ucapan
nasihat, ucapan tahniah dan ucapan motivasi (Jeniri Amir, 2010: 34). Manakala menurut
Abdullah Hassan pula (1989:26) menyatakan bahawa, laras ialah pemakaian kata-kata tertentu
yang sesuai dengan konteks.
Menurut Asmah Hj. Omar (1984:92) pula, laras bahasa adalah kelainan bahasa yang
digunakan mengikut bidang seperti bidang ilmu dan bidang sosial. Menurut beliau lagi, bahasa
yang digunakan dalam bidang ilmu tertentu memperlihatkan beberapa perbezaan daripada
bahasa yang digunakan dalam ilmu yang lain. Perbezaan yang wujud bukanlah perbezaan
sistem bahasa tetapi kesukaran wujud dalam pemahaman konsep-konsep yang didukung oleh
istilah-istilah tertentu atau khusus yang digunakan dalam ilmu berkenaan. Beliau menekankan
bahawa laras yang berlainan yang digunakan bukannya pada sistem bahasa tetapi hanya pada
kata-kata tertentu yang digunakan dalam laras.
Ure & Ellis (1977) pula menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menyatakan
konsep laras. Mereka melihat kepentingan peristiwa bahasa sebagai fokus utama dalam kajian
5
sesuatu laras itu. Menurut mereka setiap penggunaan bahasa memerlukan satu situasi sosial
ataupun peristiwa bahasa.Oleh yang demikian, mereka menamakannya sebagai ciri-ciri
keperihalan dan ciri-ciri linguistik yang wujud dalam sesuatu penggunaan bahasa itu.
Ciri-ciri keperihalan ialah ciri-ciri luaran yang terdapat dalam sesuatu peristiwa bahasa
dan mereka telah membahagikan ciri keperihalan ini kepada dua iaitu siituasi luaran dan situasi
persekitaran. Situasi luaran ialah latar belakang sosial dan budaya sesebuah masyarakat
bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup masyarakat yang
menentukan perlakuan anggota masyarakat. Situasi persekitaran pula mencakupi aspek-aspek
yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa dan merangkumi empat aspek iaitu
cara penyampaian, hubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan dan fungsi sosial
perlakuan bahasa. Aspek linguistik pula merangkumi aspek kosa kata, aspek ayat dan aspek
ketenunan.
6
b) Berikan contoh laras bahasa berdasarkan lima (5) jenis ucapan berikut: ucapan
anugerah (dua), ucapan makluman, ucapan perpisahan, ucapan penghargaan, dan
ucapan motivasi.
(Panjang setiap contoh ucapan tersebut lebih kurang 100 patah perkataan).
Ucapan Penghargaan
i. Ucap jasa daripada pihak yang memberi anugerah
Tahniah diucapkan kepada Saudara Zairil Azhar bin Rozlan kerana telah dianugerahkan
sebagai pelajar cemerlang pada semester ini. Beliau bukan sahaja berjaya mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir malah telah berjaya mewakili universiti
dalam pelbagai program. Beliau juga telah banyak menabur jasa baik dalam bidang akademik
mahupun kokorikulum di universiti ini. Apa yang menarik perhatian saya, beliau seorang yang
begitu bersungguh-sungguh dan sangat berdisiplin ketika melakukan sesuatu aktiviti. Sikap
beliau yang peramah sangat disegani oleh kawan-kawan beliau. Beliau juga sanggup berkorban
apa sahaja demi mengangkat nama baik universiti kita. Jadi, anugerah pelajar cemerlang ini
sememangnya menjadi milik beliau atas pengorbanan dan pencapaian yang telah beliau
tunjukkan. Tahniah kepada beliau kerana telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang pada
semester ini.
ii. Ucapan balas daripada pihak yang menerima anugerah
Terima kasih diucapkan kepada pihak yang telah memberikan saya anugerah yang
saya kira sangat bermakna ini. Saya selaku penerima anugerah rasa sangat bersyukur dengan
penganugerahan yang diberi ini. Sukanya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua khususnya pihak universiti atas sokongan kalian terhadap saya demi merealisasikan
kejayaan universiti kita bersama. Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada pensyarah,
kawan-kawan yang telah banyak membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada
saya selama ini. Pada pengamatan saya, universiti kita pada hari ini boleh dikatakan berada di
7
tahap yang boleh dibanggakan. Justeru, besarlah harapan saya sekiranya para pelajar yang
lain dapat meneruskan kejayaan demi kejayaan demi universiti yang tersayang. Terima kasih
sekali lagi saya ucapkan kepada semua.
Ucapan Makluman
Saya selaku ketua pengarah bahagian korporat dan media ingin memaklumkan bahawa
syarikat ini sedang melakukan penambahbaikan serta penjenamaan semula syarikat agar lebih
kompetitif dengan syarikat-syarikat pesaing yang lain. Justeru, ingin dimaklumkan bahawa
kesemua jabatan dalam pengurusan syarikat ini diminta dan dikehendaki untuk mengemaskini
serta melakukan penambahbaikan dalam pengurusan di bahagian masing-masing.
Dimaklumkan juga bahawa syarikat ini juga dalam proses melakukan kerja-kerja
pengubahsuaian di beberapa sektor dalam syarikat. Polisi syarikat juga telah meminta setiap
ketua jabatan agar menyediakan persekitaran kerja yang kondusif termasuklah menyediakan
persekitaran kerja yang ceria dan selamat. Oleh itu, setiap ketua dibahagian atau sektor
masing-masing dikehendaki untuk melakukan perubahan ini untuk memajukan lagi prestasi
syarikat agar lebih bersaing dan kompetitif dengan syarikat-syarikat pesaing yang lain.
Ucapan Perpisahan
Terlebih dahulu sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran kita terhadap ilahi dengan
limpah kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul di dalam dewan yang mulia ini untuk
sempena majlis perpisahan ayahanda pengetua kita yang amat kita sayangi sekalian. Majlis ini
diadakan adalah untuk menyatakan perasaan terima kasih tidak terhingga kami kepada
ayahanda tuan pengetua yang telah banyak berbakti setelah menerajui sekolah ini selama
hampir lima tahun. Perpisahan ini tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan pangkat ayahanda
tuan pengetua menjadi Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Sepang. Majlis ini adalah simbolik
tanda terima kasih kami semua terhadap perjuangan dan pergorbanan ayahanda tuan
8
pengetua dalam mengetuai pengurusan sekolah ini sehingga diiktiraf dari pelbagai peringkat
sama ada peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Kami di sini mengucapkan selamat
maju jaya kepada ayahanda pengetua ketika bertugas di tempat baru kelak.
Ucapan Penghargaan
Berkumpulnya kita di dalam dewan yang dihias serba indah ini adalah untuk bersama-
sama memeriahkan Majlis Malam Penghargaan SMK Puncak Perdana. Berikutan masalah
berkaitan kemudahan yang terhad di sekolah ini menyebabkan pihak pengurusan sekolah
mengambil inisiatif memohon penajaan bagi membuat dan menaiktaraf kemudahan sekolah ini.
Sumbangan yang diberikan adalah untuk menampung kos pembinaan dan penambahbaikan
yang dilakukan. Pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Klang telah
memohon sumbangan dan penajaan daripada pihak swasta untuk menampung segala kos
pembinaan dan penambahbaikan yang dilakukan. Justeru , majlis ini adalah simbolik kepada
tanda terima kasih daripada kami pihak sekolah diatas jasa baik tuan, puan serta organisasi
tuan puan sekalian menyumbangkan dana bagi merealisasikan penambahbaikan dalam
kemudahan di sekolah ini.
Jasa baik tuan puan amatlah kami hargai dan akan dikenang dan diabadi sepanjang
hayat. Untuk pengetahuan tuan puan sekalian, setiap sumbangan yang diberikan akan
diabadikan di Taman Penghargaan yang dibuat khusus diatas jasa baik tuan puan dalam
memberikan sumbangan untuk meningkatkan kemudahan disekolah ini. Dengan sumbangan
dan jasa baik pihak tuan puanlah dapat menjamin generasi muda kita di sekolah ini mendapat
kemudahan yang kondusif dan selesa. Diharapkan dengan sumbangan tuan tuan dan puan
puan ini akan melahirkan generasi pelajar yang lebih cemerlang lagi dalam pembelajaran
mereka serta dapat meningkatkan motivasi mereka dalam menghadapi peperiksaan yang
mendatang, insyaallah.
9
Ucapan Motivasi
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal anda tempuhi penghujung
tahun ini adalah peperiksaan yang bakal menentukan masa depan anda. Tentunya anda semua
mahu melanjutkan pengajian di universiti-universiti ternama di dalam dan di luar negara,
seterusnya kelak berjawatan tunggi, berkereta dan mempunyai rumah yang besar. Tanpa
pendidikan, bagaimana anda akan dapat mencapai cita-cita ini? Mahukah anda bekerja di
kampung sahaja dan melihat rakan-rakan yang berkereta mewah dan berjawatan tinggi? Ayuh,
persiapkan diri anda, jelajahi dan tawan dunia ini. Anda semua mampu melakukannya. Manusia
yang berjaya adalah manusia yang mempunyai semangat yang kuat. Ingatlah pelajar sekalian,
“yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”. Semuanya memerlukan
usaha untuk berjaya.
10
Soalan 2
a) Berikan definisi retorik.
Retorik dalam bahasa Yunani disebut sebagai hetor ike yang bermaksud seni berpidato.
Dalam bahasa Perancis pula, retorik dikenali sebagai hetorique yang disebut sebagai rhetoric
dalam bahasa Inggeris. Selain itu bahasa Arab menyebut retorik sebagai al-Balaghah yang
bermakna sampai, terang dan jelas. Al-Balaghah ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitu al-
Baayan, al-Maani dan al-Badi. Retorik Barat pula terbahagi kepada dua, iaitu schemes dan
tropes.
Retorik moden pula dapat didefinisikan sebagai seni yang menggunakan bahasa secara
berkesan untuk memujuk khalayak, seni keindahan dalam berbahasa sama ada dalam
pengucapan ataupun penulisan (fiksyen atau bukan fiksyen), dan seni yang memanipulasi
bahasa bagi tujuan propaganda.
Retorik ialah seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk
memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar (Kamus Dewan 1996: 1135). Tegasnya,
retorik berkait dengan seni penggunaan bahasa di dalam pertuturan atau penulisan, iaitu
dengan tujuan untuk membujuk, mempengaruhi dan meyakinkan orang.
Beckett (1966) pula mendefinisikan retorik sebagai seni untuk mempengaruhi pihak lain
dengan pertuturan iaitu dengan cara memanipulasikan unsur-unsur dalam ucapan agar
pendengar dapat bertindak dengan kehendak penutur atau bersetuju dengan mesej yang
disampaikan.
Menurut Aristotle, retorik adalah satu cabang ilmu yang mengajar tentang penampilan
pemujukan (art of situation). Beliau menganggap pemujukan akan kebenaran sebagai tujuan
11
akhir retorik. Beliau turut menyatakan tujuan retorik adalah untuk meyakinkan para pendengar
akan kebenaran tentang apa yang dibincangkan.
Retorik pada dasar ialah ilmu yang mengajarkan tindakan dan usaha dengan
efektif.Asmah (1988). Manakala Dori Wuwur pula mendefinisikan retorik sebagai pada tempat
yang tepat, pada waktu yang tepat atas cara yang efektif , mengucapkan kata-kata yang tepat,
benar dan mengesankan. Itu bererti orang harus dapat berbicara jelas, singkat dan efektif. Jelas
supaya mudah dimengerti, singkat untuk menghemat waktu dan sebagai tanda kepintaran
efektif kerana apa gunanya berbicara kalau tidak membawa efektif.
Di samping itu, Asmuth dan Berg Ehlers dalam Umar Jusuh (1989) ada menyatakan
bahawa retotik lebih menekankan akibat atau tujuan penggunaan sesuatu pengucapan. Skema
dam majaz merupakan dua komponen utama di bawah retorik. Skema atau schemes ini boleh
difahami ayat-ayatnya secara tersurat, manakala majaz atau tropes pula merupakan bahasa
yang perlu difahami maknanya secara tersirat. Strategi skema ini terbahagi kepada skema
seimbang, skema perulangan, skema pengguguran, skema ragaman, dan skema hiperbaton.
Strategi majaz pula dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian, iaitu majaz pertautan,
majaz perbandingan, majaz ragaman, majaz pertentangan, dan majaz Melayu
12
b) Berikan definisi ciri-ciri bahasa retorik berikut dan berikan contoh yang sesuai:
aliterasi, anafora, asindeton, asonansi, litotes, paradoks dan polisindeton.
Ciri-ciri bahasa retorik Definisi Contoh
Anafora Anafora merupakan
pengulangan sesuatu kata
atau frasa pada permulaaan
beberapa kalimat atau klausa
yang berturut-turut agar
memperoleh kesan tertentu.
1. Terbang kenanga terbang
pohon.
Terbang burung sering
dipohon.
2. Satu-satu rebah menanti janji.
Satu-satu datang membunuh
diri.
Aliterasi Aliterasi bermaksud
pengulangan bunyi atau huruf
pertama pada beberapa
perkataan yang berturut-turut
dalam sesuatu baris
terutamanya dalam sajak.
1. Ayamnya menang kampung
tergadai.
2. Dengar daku dadaku disapu.
Asindeton Asindeton ialah deretan kata
(frasa, klausa dan ayat) yang
tidak menggunakan kata
hubung
1. Saya datang.
2. Salmi menang.
Asonansi Asonansi ialah pengulangan
bunyi vokal dalam deretan
kata.
1. Aduhai malang Pak Kaduk.
2. Detik-detik diri di daerah daif.
Litotes Litotes merupakan
pernyataan yang
1. Ali seorang yang tidak
sombong.
13
diungkapkan dalam bentuk
negatif untuk menyatakan
keadaan yang sebaliknya.
2. Rupa paras Nisha tidak buruk.
Paradoks Paradoks ialah sesuatu yang
bertentangan dengan
pendapat yang diterima
umum. Paradoks juga boleh
diertikan semua hal yang
menarik perhatian kerana
kebenarannya.
1. Dina merasa kesepian di
tengah-tengah keramaian kota.
2. Samad mati kelaparan di
tengah-tengah kekayaan yang
berlimpah ruah.
Polisindeton Polisindeton adalah suatu
gaya yang merupakan
kebalikan dari asindeton.
Beberapa kata, frasa atau
klausa yang berurutan
dihubungkan satu sama lain
dengan kata-kata yang
menyambung.
1. Dan kemanakah burung-burung
yang gelisah dan tak berumah
dan tak menyerah pada gelap
dan dingin yang bakal
merontokkan bulu-bulunya?
2. Pembangunan memerlukan
sarana dan prasarana juga
dana serta kemampuan
pelaksana.
c) Jeniri Amir dalam bukunya Teknik Menulis Ucapan (Bab 12: Bermain Retorik)
mengemukakan satu aspek retorik iaitu “Triad: Kumpulan Bertiga” yang berkesan jika
14
dimanfaatkan dalam ucapan. Huraikan aspek-aspek retorik tersebut dengan memberikan
contoh-contoh yang sesuai.
Triad kumpulan bertiga ialah ungkapan pemikiran ataupun idea yang berkaitan dalam
kumpulan bertiga, selalunya yang mempunyai persamaan dari segi kata-kata ataupun bunyi-
bunyi bagi ketiga-tiganya.
Triad boleh terdiri daripada satu perkataan, adjektif, kata nama, adverba dan kata kerja,
malah boleh juga menjadi frasa, klausa dan ayat.
Dalam triad kumpulan bertiga ini terdapat empat aspek retorik, iaitu kata-kata yang
sama, kata-kata yang berlainan, tiga frasa dan tiga klausa.
Aspek Retorik Triad
Kumpulan Bertiga
Huraian Contoh
Kata yang sama Kata-kata yang sama
merujuk kepada
pengulangan penggunaan
kata yang sama untuk
menambahkan kesan
penerimaan terhadap
pendengar atau audiens.
1. Marilah kita berusaha kearah
kejayaan, berusaha kearah
kecemerlangan dan berusaha
kearah kegemilangan.
2. Saya akan belajar, belajar, dan
terus belajar demi kejayaan saya
kelak.
Kata-kata yang
berlainan
Kata-kata yang berlainan
ialah penggunaan kata-
kata yang berbeza tetapi
mempunyai rantaian
maksud yang sama.
1. Jiwa ibarat air yang tenang,
dalam dan berbahaya.
2. Dia adalah emas, intan dan
payung hatiku.
Tiga frasa Tiga frasa ialah ayat yang 1. Kegagalan hari ini menjadi
15
mempunyai tiga frasa dan
membawa maksud yang
mendalam. Binaannya
terdiri daripada frasa.
pendorong, namun kejayaan
semalam bukan bererti
bermegah-megah, oleh itu
gantunglah cita-citamu setinggi
bintang di langit.
2. Jatuh sekali bukan bermakna
gagal, ayuh bangkit semula,
kejar semula hingga ke hujung
dunia.
Tiga klausa Tiga klausa ialah
penggunaan ayat dalam
bentuk klausa dan
memberi kesan kepada
pendengarnya apabila
mendengar ayat tersebut
1. Persahabatan bukanlah satu
batu loncatan untuk kita berjaya
mahupun satu medan untuk kita
berperang ataupun satu alat
permainan untuk kita
persendakan, sebaliknya
persahabatan adalah satu
simbol kasih sayang untuk kita
rasainya.
2. Tanpa mereka kita bukan
sesiapa di muka bumi ini
mahupun tiada nama di sisi alam
ini dan tiada pengertian hidup
dan hala tuju untuk kita lalui
tetapi kita mampu untuk terkenal
dan dikenali kerana mereka,
16
iaitu ibubapa.
Kesimpulannya, triad ataupun kumpulan bertiga baik dalam bentuk kata, frasa, klausa,
ayat malah perenggan yang dibina dengan berhati-hati menimbulkan rentak, drama, rima dan
keindahan kepada teks ataupun ucapan. Kumpulan bertiga menekankan sesuatu perkara dan
mudah melekat dalam ingatan khalayak.
Namun demikian, terdapat aspek-aspek retorik dalam bermain retorik, iaitu
pengulanga, kata adverb ulasan, penggunaan kata ganti nama diri berulang-ulang, merujuk
khalayak dengan panggilan ‘enak’, berlawanan, keterbalikan, penamsilan, soalan retorik, dan
gunakan bahasa figuratif yang sesuai. Unsur-unsur jalinan dalam penulisan, iaitu metafora,
personafikasi, simile, hiperbola, rima dan irama, kiasmus, koreksio dan julukan.
Rujukan
Ab. Razak Ab. Karim. (2008). Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Jabatan
17
Pengajian Melayu Universiti Malaya
Abd Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt. (2002). Bahasa Kebangsaan. Petaling Jaya:
Longman
Ismail Ahmad. (2002). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jeniri Amir. (2007). Teknik Menulis Ucapan. Pahang Darul Makmur: PTS Professional Sdn Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Sidin Ahmad Ishak. (1992). Keterampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
18