(khusus untuk kegunaan pemohon bagi · pdf filesemua pendaftar dan pengesah di pusat khidmat...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
1
MANUAL PENGGUNA (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK EMAS SAHAJA)
Oleh:
HakMilik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2014
iSejahtera Permohonan
Program Anak Emas
Secara Atas Talian
http://isejahtera.penang.gov.my
2
ARAHAN KEPADA SEMUA PEMOHON
Objektif utama manual pengguna ini disediakan adalah sebagai panduan
untuk pemohon (ORANG AWAM) yang layak bagi membuat permohonan
Progam Anak Emas Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara atas talian
(online) menggunakan sistem iSejahtera. Pembukaan permohonan online
kepada umum bagi Program Anak Emas ini adalah merupakan initiatif
Kerajaan Negeri dalam memberi kemudahan kepada pemohon dalam
mengemukakan permohonan menggunakan saluran kedua selain
daripada penggunaan borang permohonan manual sedia ada.
Semua Pendaftar dan Pengesah di Pusat Khidmat ADUN/PARLIMEN,
Pejabat Daerah dan Pejabat Masyarakat Penyayang TIDAK
DIBENARKAN menggunakan saluran permohonan online ini bagi tujuan
kemasukan data pemohon yang dihantar secara manual dan perlu login
ke dalam sistem seperti kebiasaannya untuk tujuan pendaftaran baru
pemohon. Sila ikuti arahan yang dinyatakan dibawah bagi memudahkan
proses pendaftaran anda dilakukan.
Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
Sekurang-kurangnya salah seorang Ibu atau Bapa kepada anak
yang dilahirkan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya
Malaysia (SPR) dan merupakan pengundi di Pulau Pinang.
Tuntutan tidak boleh dibuat selepas 2 tahun dari tarikh anak
dilahirkan.
Setiap permohonan yang dikemukakan mestilah menggunakan
nombor MyKid yang boleh diperolehi daripada Sijil Kelahiran anak
(12 digit).
Setiap pemohon yang membuat permohonan secara online
diwajibkan mencetak borang yang telah siap diisi dan
mengemukakan borang tersebut yang telah ditandatangani berserta
salinan dokumen sokongan seperti berikut:
3
o Salinan Sijil Kelahiran Anak (wajib disertakan)
o Salinan MyKid Anak (jika ada)
o Salinan Kad Pengenalanan Ibu dan Bapa (wajib
disertakan)
o Bukti salinan semakan daftar pemilih (wajib disertakan)
Borang permohonan & salinan dokumen sokongan hendaklah
dihantar samada secara serahan terus (by hand) ke Pejabat Daerah
seperti yang dipilih dalam borang permohonan online atau melalui
pos untuk diproses. Penghantaran selain daripada kaedah yang
dinyatakan tidak akan diterima.
Untuk membuat permohonan Program Anak Emas secara online,
kedua-dua ibu bapa mestilah mempunyai MyKad (12 digit) sahaja.
Sekiranya salah seorang ibu bapa tidak mempunyai MyKad maka
perlu mendapatkan borang permohonan manual di Pejabat Daerah
atau Pusat Khidmat ADUN/PARLIMEN berdekatan.
Sila pastikan maklumat permohonan yang diisi disemak terlebih
dahulu sebelum klik butang hantar.
Sebarang pindaan atau pengemaskinian maklumat permohonan
hanya boleh dibuat di Pejabat Daerah sahaja.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat dikemukakan tidak benar
maka borang boleh dianggap tidak sah dan permohonan
dikemukakan terbatal.
Keputusan Kerajaan Negeri adalah muktamad dan sebarang
rayuan yang dikemukakan tidak akan dilayan.
Untuk tujuan keselamatan setiap transaksi permohonan yang dibuat
di laman ini akan direkodkan.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan Program Anak Emas
secara atas talian (online) ini bolehlah dibuat dengan menghubungi
Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN/PARLIMEN berdekatan anda atau
Pejabat Masyarakat Penyayang di paras 45, KOMTAR.
MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0
PTMKN @ PSUKPP 2014
LANGKAH ARAHAN KEPUTUSAN
1)
Sila masukkan alamat URL untuk akses
ke dalam sistem iSejahtera,
http://isejahtera.penang.gov.my
Halaman Utama sistem iSejahtera akan dipaparkan.
2)
Sila klik pada Menu Pemohon Bantuan.
Kotak Mesej akan dipaparkan.
http://isejahtera.penang.gov.my/
MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0
PTMKN @ PSUKPP 2014
3) Untuk teruskan permohonan klik OK pada
Kotak Mesej dan untuk kembali klik
Cancel
Skrin Syarat & Peraturan Program akan dipaparkan.
MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0
PTMKN @ PSUKPP 2014
4) Sila baca dan fahami Syarat & Peraturan
Program Anak Emas. Sila klik pada tick
box dan klik butang Teruskan
Pendaftaran.
Skrin Semakan Daftar Pemilih (SPR) akan dipaparkan.
5) Sila masukkan No. K/P (MyKad) ibu atau
bapa kepada anak pemohon untuk
semak daftar pemilih SPR dan klik
Semak.
Maklumat Daftar Pemilih dipaparkan.
MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0
PTMKN @ PSUKPP 2014
*Semak DUN, Parlimen dan Negeri
kawasan mengundi.
*** Sila cetak maklumat daftar pemilih seperti diatas untuk dilampirkan
bersama borang permohonan dan dihantar ke Pejabat Daerah.
MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0
PTMKN @ PSUKPP 2014
6)
Sila masukkan No. MyKid Anak (12 digit)
untuk semakan & tapisan duplikasi
rekod.
Setelah pemohon (ibu/bapa)
memasukkan No. MyKid Anak (12 digit),
paparan pengesahan kali kedua
diperlukan dengan memasukkan No.
MyKid Anak (12 digit) sekali lagi.
Sekiranya No. MyKid yang dimasukkan tidak sepadan simbol cross (X) akan
dipaparkan seperti berikut.
Sekiranya No. MyKid yang dimasukkan sepadan simbol right (/) akan
dipaparkan seperti berikut.
MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0
PTMKN @ PSUKPP 2014
Sekiranya No. Mykid yang dimasukkan
sepadan sila klik butang Semak Data.
Sekiranya rekod pemohon telah wujud dan telah didaftarkan ke dalam sistem,
nama pemohon akan dipaparkan.
MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0
PTMKN @ PSUKPP 2014
Sekiranya tiada rekod didaftarkan berdasarkan kepada No. MyKid yang
dimasukkan, Borang Permohonan Program Anak Emas akan dipaparkan.
MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0
PTMKN @ PSUKPP 2014
7) Sila isi Borang Permohonan Program
Anak Emas Kerajaan Negeri Pulau
Pinang selengkapnya.
Semua ruangan bertanda * wajib diisi
MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0
PTMKN @ PSUKPP 2014
Apabila borang permohonan berjaya
dipaparkan, maklumat No. MyKid tidak
boleh dibuat pindaan. Sekiranya ingin
membuat pindaan, sila klik butang
kembali (back) pada browser yang
digunakan dan ulang semula proses
semakan duplikasi No. MyKid dengan
syarat butang Setuju & Hantar masih
belum diklik. Sekiranya telah dihantar
sebarang pengemaskinian atau
pembetualn No. MyKid hanya boleh
dibuat di Pejabat Daerah sahaja.
Bagi kategori pemohon, sila pilih salah
seorang ibu atau bapa kepada anak
pemohon yang merupakan pemilih
berdaftar dengan Suruhanjaya
Pilihanraya Malaysia (SPR) dan
merupakan pengundi di Pulau Pinang.
MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0
PTMKN @ PSUKPP 2014
Sila buat satu pilihan Pejabat Daerah
samada:
Daerah Barat Daya (Balik Pulau)
Daerah Timur Laut (Komtar)
Seberang Perai Utara (Kepala
Batas)
Seberang Perai Tengah (Bukit
Mertajam)
Seberang Perai Selatan (Jawi)
Pilihan yang dibuat adalah muktamad
dan borang permohonan & salinan
dokumen sokongan wajib dihantar ke
Pejabat Daerah berikut.
Pengesahan Kod Keselamatan (Captcha
Code) wajib dimasukkan berdasarkan
kepada penjanaan kod secara automatik
oleh sistem. Sekiranya kod yang
dipaparkan tidak boleh dibaca, terdapat
kemudahan untuk penjanaan semula kod
keselamatan. Imej Baru, klik DISINI
MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0
PTMKN @ PSUKPP 2014
8) Akuan Pengesahan Pemohon akan
memaparkan Nama dan No. MyKad ibu
atau bapa berdasarkan kepada pilihan
kategori pemohon yang telah dibuat.
Pemohon perlu tanda pada ruangan tick
box (/) untuk membolehkan butang
Setuju & Hantar diaktifkan.
MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0
PTMKN @ PSUKPP 2014
9) Borang berjaya disimpan apabila anda
klik pada butang Setuju & Hantar dan
Paparan Borang Permohonan Program
Anak Emas Kerajaan Negeri Pulau
Pinang dipaparkan berserta arahan
cetakan.
** Sila cetak borang permohonan yang
dipaparkan pada skrin untuk
ditandatangani oleh pemohon dan sila
dapatkan pengesahan daripada salah
seorang seperti berikut:
ADUN
Ahli Parlimen
Pegawai Daerah
Ketua Penolong Pegawai Daerah
Penolong Pegawai Daerah
Penghulu
Pegawai Penyelaras KADUN
Pengerusi JKKK
MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0
PTMKN @ PSUKPP 2014
10) Pada ruangan bawah borang pe