kisah luqman al v

3
Menurut riwayat, Lukman aI-Hakim ialah seorang lelaki berkulit hitam yang bertakwa kepada Allah. Mengikut Imam Said bin Musayyib, beliau seorang lelaki salih yang berasal dari Sudan. Pada suatu masa, seorang lelaki berkulit hitam menemui Imam Said dan beliau berkata kepada lelaki itu : “Janganlah kamu bersedih hati kerana kulitmu yang hitam. Sebenarnya antara manusia yang terbaik (di sisi Allah) adalah mereka yang berkulit hitam itu Bilal, Mahjak dan Lukman al-Hakim.” Mengikut Ibn Jarir At-Tabari pula, berpandukan riwayat daripada Khalid ar-Raj’ii: Lukman adalah seorang hamba dari Habsyah yang bekerja sebagai seorang tukang kayu. “Pada suatu hari, tuan Lukman menyuruh beliau menyembelih seekor kambing dan membawa kepadanya dua ketul daging yang terbaik. Perintah itu dilaksanakan Lukman dan dibawa kepada tuannya dua ketul daging terbaik iaitu hati dan lidah. Pada keesokan harinya, tuannya menyuruh beliau menyembelih seekor kambing lain dan membawa kepadanya dua ketul daging terkeji. Perintah itu juga dilaksanakan oleh Lukman dan dibawa kepadanya dua ketul daging terkeji iaitu hati dan lidah. Tuannya berasa pelik dan bertanya kepada Lukman maksud perbuatannya itu dan Lukman berkata: “Sesungguhnya, bagi orang yang mulia, inilah harta terbaik dimilikinya dan bagi mereka yang keji, inilah harta terkeji terdapat dalam jasadnya.” Begitulah contoh kebijaksanaan Lukman dikurniakan hikmah dari Allah selain mendapat kedudukan dan makam yang amat mulia di sisi Allah. Mengikut Ibn Jarir daripada Amru bin Qais, seorang lelaki pernah menyoal Lukman mengenai hikmah yang dimiliki dan jawab beliau : “Itu adalah kehendak Allah.

Upload: arham-kadabra

Post on 12-Nov-2015

244 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

fdfd

TRANSCRIPT

Menurut riwayat, Lukman aI-Hakim ialah seorang lelaki berkulit hitam yang bertakwa kepada Allah. Mengikut Imam Said bin Musayyib, beliau seorang lelaki salih yang berasal dari Sudan. Pada suatu masa, seorang lelaki berkulit hitam menemui Imam Said dan beliau berkata kepada lelaki itu : Janganlah kamu bersedih hati kerana kulitmu yang hitam. Sebenarnya antara manusia yang terbaik (di sisi Allah) adalah mereka yang berkulit hitam itu Bilal, Mahjak dan Lukman al-Hakim.

Mengikut Ibn Jarir At-Tabari pula, berpandukan riwayat daripada Khalid ar-Rajii: Lukman adalah seorang hamba dari Habsyah yang bekerja sebagai seorang tukang kayu. Pada suatu hari, tuan Lukman menyuruh beliau menyembelih seekor kambing dan membawa kepadanya dua ketul daging yang terbaik.

Perintah itu dilaksanakan Lukman dan dibawa kepada tuannya dua ketul daging terbaik iaitu hati dan lidah. Pada keesokan harinya, tuannya menyuruh beliau menyembelih seekor kambing lain dan membawa kepadanya dua ketul daging terkeji.

Perintah itu juga dilaksanakan oleh Lukman dan dibawa kepadanya dua ketul daging terkeji iaitu hati dan lidah. Tuannya berasa pelik dan bertanya kepada Lukman maksud perbuatannya itu dan Lukman berkata: Sesungguhnya, bagi orang yang mulia, inilah harta terbaik dimilikinya dan bagi mereka yang keji, inilah harta terkeji terdapat dalam jasadnya. Begitulah contoh kebijaksanaan Lukman dikurniakan hikmah dari Allah selain mendapat kedudukan dan makam yang amat mulia di sisi Allah.

Mengikut Ibn Jarir daripada Amru bin Qais, seorang lelaki pernah menyoal Lukman mengenai hikmah yang dimiliki dan jawab beliau : Itu adalah kehendak Allah. Bagaimanapun, aku sentiasa menunaikan amanah yang dibebankan ke atasku, aku juga sentiasa bercakap benar dan aku menjauhi setiap perkara yang tidak mendatangkan faedah bagiku.

Kesimpulannya: Lukman mungkin bukan saintis, pakar matematik, doktor falsafah atau pencipta, tetapi dengan hikmah serta ilmu yang dimiliki, beliau ialah ilmuwan yang berjaya meninggalkan wasiat berguna untuk manusia sejagat.

NAMA : 1.RAHMA LAILY FAUZIAH (UCIK) 2.VANIA KHALISHAH P. (VANIA)

KELAS :5B

NO.ABSEN : 1.22 2.30

KISAH LUQMAN AL-HAKIM LIDAH &HATI