kkbi bmm 3123 sem. 6 2014

Upload: izzat-shukor

Post on 12-Oct-2015

99 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sem 6

TRANSCRIPT

JADUAL PENENTUAN TUGASAN (JPT) KKP

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

Pentaksiran Kerja Kursus Projek

(Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Mata pelajaran/ Kursus:SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN(BMM 3123)Tempoh Pelaksanaan: 4 Minggu

Program:

PISMPSemester/ Tahun2/ 2014

Kumpulan:6 PISMP BM PJ PM

Disediakan oleh:Dr. Hjh. Maskiah bt. Hj. Masrom

Disahkan oleh:Penyelaras Kursus

Ketua Jabatan

Nama & Tandatangan____________________

(Dr. Hjh. Maskiah bt.

Hj. Masrom)

_______________________

(En. Nordin bin Mohd. Yusof)

Tarikh Mula:9 Julai 2014

Tarikh Selesai: 11 Ogos 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

TUGASAN PROJEK

PPG

Tarikh Mula9 Julai 2014Tarikh Hantar11 Ogos 2014

Hasil Pembelajaran Kursus Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 2

1. Menghuraikan sejarah perkembangan bahasa Melayu

2. Menjelaskan sistem ejaan rumi dan jawi

Objektif Kerja KursusPelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:1. Memahami sejarah perkembangan bahasa Melayu 2. Menguasai sistem ejaan rumi dan jawi

Tajuk Tugasan ProjekDari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri budaya yang penting.

Prosa dalam bahasa Melayu yang terkenal ialah Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya disusun pada tahun 1612 oleh Tun Seri Lanang, bangsawan pada zaman kesultanan Melayu. Prosa ini mengungkapkan beberapa genre puisi Melayu iaitu pantun, syair, gurindam dan seloka. Terdapat 29 versi dan antara yang terkenal adalah versi susunan A. Samad Ahmad.

Pada abad ke-19, muncul Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dengan karyanya yang bertajuk Hikayat Abdullah. Abdullah Munsyi menganggap sekiranya nahu bahasa Melayu ditulis oleh orang asing maka nahu Bahasa Melayu yang ditulis itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan terhadap bahasa Melayu. Karya Abdullah Munsyi masih memperlihatkan pengaruh bahasa Melayu Klasik walaupun dihasilkan pada zaman kedatangan Inggeris.Berdasarkan rangsangan tersebut, buat satu kajian penggunaan bahasa, pemikiran dan budaya Melayu dalam teks Melayu Klasik dan peralihan, dan tulis teks dalam tulisan jawi.Sub Tugasan:

Secara individu, anda perlu menggunakan dua teks cadangan iaitu Sulalatus Salatin susunan A. Samad Ahmad dan teks Hikayat Abdullah karya Abdullah Munsyi untuk membuat kajian dan penulisan berikut:

1.Menghuraikan ciri-ciri bahasa Melayu Klasik berserta contoh yang terdapat dalam kedua-dua teks ini. (30 markah)2.Menganalisis perbandingan aspek pemikiran dan budaya masyarakat dari segi pendidikan yang terdapat dalam kedua-dua teks ini. (50 markah)3.Menulis tangan dalam sistem ejaan jawi moden genre puisi (10 rangkap) yang terdapat dalam kedua-dua teks ini. (20 markah)Panduan Pelaksaanan Projek1.Tugasan ini adalah tugasan individu

2.Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.3.Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

3.1Muka depan hendaklah berdasarkan templat terkini

3.2Jenis Fon: Arial

3.3Saiz huruf : 12

3.4Langkau 1.5 baris

3.5Rujukan mengikut APA (American Psychological Association)

3.6Tugasan ditulis dalam bahasa Melayu sahaja.

4.Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat.5.Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan6.Amalan plagiat tidak dibenarkan.

7.Tugasan perlu disiapkan dalam masa 4 minggu.

8.Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:1.Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.2.Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dilampirkan.

3.Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah. Contoh: petikan (quotation) nama pengarang, nama buku, majalah dan lain-lain.

4.Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.

5.Penulisan esei/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan, mematuhi sistem tatabahasa Bahasa Melayu.

6.Rujukan perlu dibuat dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 10 buah buku, 2 jurnal, 2 internet dan 1 bahan bercetak yang lain) Disediakan oleh;

Disemak oleh

Disahkan oleh:(DR. HJH. MASKIAH BT. HJ. MASROM) (EN. ABD JALIL BIN MD YUNOS) (EN. NORDIN BIN MOHD YUNOS) Penyelaras Kursus BMM3123

Pakar Bidang (SME) Bahasa Melayu Ketua Jabatan

Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu IPGKTI

IPGKTI

IPGKTI KRITERIA PEMARKAHAN (HOLISTIK)

UNTUK PENULISAN ESEISKALA WAJARAN(50%)KRITERIA

AMAT CEMERLANG

90-10036 50%Liputan dan KandunganLiputan kandungan tepat, relevan dan terperinci. Skop literatur luas dan komprehensif dipilih dan sesuai.Hubungkait idea jelas ditunjukkan.Kualiti Reviu

Reviu kritikal yang sangat baik. Analisis idea dan isu tepat, komprehensif dan lengkap.

Organisasi

Susun atur terbaik,logikal, dan koheren.

Idea dikembang secara menyeluruh dan jelas dengan

contoh-contoh sesuai,penerangan dan huraian

tambahan.Kualiti Sumber

Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat

baik.Mempunyai pelbagai sumber utama dan sekunder.

CEMERLANG

75-8930-35 %Liputan dan Kandungan

Liputan kandungan relevan dan sangat mencukupi. Skop literatur luas dipilih dan digunakan dengan sesuai. Perhubungan idea yang jelas.

Kualiti Reviu

Reviu kritikal yang baik. Analisis idea tepat, dan padat.

Organisasi

Susun atur terbaik,logikal, dan koheren.

Idea dikembang secara menyeluruh dan jelas dengan

contoh-contoh sesuai,penerangan dan huraian

tambahan.

Kualiti Sumber

Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat

baik dengan sedikit kesilapan. Bahan sumber utama dan

sekunder lebih daripada mencukupi..

KEPUJIAN

60 7424-29%Liputan dan Kandungan

Liputan kandungan relevan dan baik.Jumlah tinjauan literatur relevan memuaskan. Perhubungan idea agak jelas.

Kualiti Reviu

Reviu kritikal agak baik. Analisis idea agak tepat, dan mendalam.

Organisasi

Susun atur agak baik dengan beberapa kesilapan.

Idea dikembang dengan agak baik dan mengandungi

fakta/contoh sokongan yang agak mencukupi.

Kualiti Sumber

Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi

baik. Bahan sumber utama dan

sekunder yang mencukupi.

LULUS

50- 5920-23%Liputan dan Kandungan

Liputan kandungan mencukupi dan relevan. Hanya bilanghan kecil literatur dipilih dan digunakan. Sebahagian perhubungan idea jelas.

Kualiti Reviu

Reviu kritikal mencukupi. Analisis idea mencukupi.

Organisasi

Susun atur memuaskan agak baik dengan beberapa kesilapan signifikan. Beberapa idea dikembang dengan sokongan fakta/contoh.Kualiti Sumber

Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi agak baik

beberapa baik. Mempunyai bilangan bahan sumber yang tidak mencukupi.

GAGAL

0 49