kkp linguistik
DESCRIPTION
Pengantar Linguistik AmTRANSCRIPT
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa hasil tugasan yang telah disiapkan ini adalah hasil penulisan
dan tugasan saya sendiri. Saya tidak melakukan palagiat dari mana-mana sumber kecuali ianya
adalah bertujuan sebagai hujah sokongan serta bukti yang menyokong tugasan saya. Segala
bahan sumber yang tertulis dalam tugasan ini adalah daripada sumber yang sahih dan benar.
Yang benar,
…………………………..
(HAPIZAH BT HARON)
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK DAN STRUKTUR BAHASA MELAYU,
PERKAITAN DENGAN PEMIKIRAN MANUSIA, BIDANG-BIDANG KAJIAN
LINGUISTIK DAN KEPENTINGAN STRUKTUR SINTAKSIS KE ARAH
PEMBENTUKAN PENGGUNA BAHASA MELAYU YANG MENGAMALKAN BAHASA
MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
PENGHARGAAN
Alhamdulillah. Jutaan kesyukuran saya kepada Allah swt kerana dengan izinNya saya
telah dapat menyiapkan kerja kursus pendek (KKP) ini. Rasa kesyukuran ini saya kongsikan
buat semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan.
Penghargaan yang kedua, saya rakamkan buat pensyarah pembimbing saya iaitu Encik
Lokman bin Abd Wahab kerana hasil bimbingannya maka saya dapat menyiapkan tugasan ini
mengikut format penulisan ilmiah dengan betul. Pendedahan beliau tentang sistem penulisan
ilmiah ini amat berguna untuk saya gunakan dalam setiap tugasan ilmiah saya.
Tidak lupa juga buat ahli keluarga saya yang amat memahami bidang tugas dan
tanggungjawab saya sebagai isteri, ibu, guru dan pelajar. Sokongan yang tidak pernah padam
ini menjadi pemangkin untuk saya mendapatkan keputusan cemerlang dalam pelajaran saya.
Selain mereka yang saya sebutkan di atas, jasa dan pertolongan daripada rakan-rakan
seangkatan dan rakan-rakan sekerja juga tidak boleh saya pinggirkan. Bantuan yang diberikan
terutamanya apabila saya tidak memahami selok-belok linguistik Bahasa Melayu, maka rakan-
rakanlah tempat saya membuat rujukan selain buku-buku.
Semoga apa yang tuan-tuan dan puan-puan sumbangkan kepada saya ini akan
mendapat ganjaran dari Allah. Dan dapat membantu saya serta pembaca memahami dengan
lebih mendalam dengan apa yang dikatakan sebagai ‘Pengantar Linguistik Bahasa Melayu’.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
SENARAI KANDUNGAN
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
PENDAHULUAN
Tugasan ini akan menghuraikan tentang sejarah perkembangan linguistik dan struktur
linguistik Bahasa Melayu. Sejarah yang membawa kepada pembaharuan serta
penambahbaikkan sistem bahasa dalam Bahasa Melayu. Tugasan ini juga akan membicarakan
tentang hubungkait linguistik dan struktur linguistik dalam perkembangan pemikiran manusia.
Saya akan mengupas tentang perkaitan antara linguistik serta strukturnya dalam membentuk
satu tatacara yang menjana pemikiran sehingga mampu menjadikan manusia itu sebagai satu
makhluk yang mempunyai bahasa yang lengkap.
Selain itu, tugasan ini juga bertujuan untuk memberikan justifikasi tentang kepentingan
linguistik dan struktur linguistik dalam Bahasa Melayu. Tugasan ini akan menunjukkan betapa
pentingnya pembentukan sesuatu bahasa itu berasaskan linguistik. Keseragaman dalam
sesuatu bahasa, kesempurnaan kata, makna dan nahunya adalah bergantung kepada
peraturan yang diletakkan dalam linguistik dan strukturnya.
Menerusi tugasan ini juga, saya akan mengetengahkan tokoh-tokoh linguistik yang
bertanggungjawab dalam perkembangan bahasa. Tokoh-tokoh itu antara lainnya ialah Noam
Chomsky, Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan Ferdinand de Saussure. Tokoh-tokoh inilah
yang bertanggungjawab memperkembangkan bahasa melalui refleksi pemikiran mereka dan
menjadikan bahasa itu sebagai sesuatu yang lengkap, tersusun dan sempurna. Tokoh-tokoh ini
jugalah yang telah membuat kajian tentang bidang-bidang linguistik.
Dalam tugasan ini juga akan membincangkan tentang kepentingan struktur sintaksis ke
arah pembentukan pengguna bahasa Melayu yang mengamalkan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK DAN STRUKTUR LINGUISTIK BAHASA
MELAYU
Zaman Yunani, Iskandariah dan Zaman Rom
Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian
bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang
wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa,
ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun
sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian
mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah
bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah
Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan
kekuatan masyarakat ketika itu.
Tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle,
iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan
menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk
dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya,
iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan
logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak
nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama
berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau
juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja.
Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja
sebagai penerangan kepada perbuatan.
Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi
dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau
memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh
Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau
tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi
bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu
sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi
subjek logika.
Secara umumnya, kita dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih
tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan
bukannya saintifik.
Berdasarkan Ensiklopidia Wikidepia, “Aristotle supports the conventional origins of
meaning. He defined the logic of speech and the argument. Furthermore Aristotle's works on
rhetoric and poetics were of the utmost importance for the understating of tragedy, poetry,
public discussions etc. as text genres. Aristotle's work on logic interrelates with his special
interest in language, and his work on this area was fundamentally important for the
development of the study of language (logos in Greek means both language and logic
reasoning). In Categories, Aristotle defines what is meant by "synonymous," or univocal words,
what is meant by "homonymous," or equivocal words, and what is meant by "paronymous," or
denominative words. It then divides forms of speech as being:
Either simple, without composition or structure, such as "man," "horse," "fights," etc.
Or having composition and structure, such as "a man fights," "the horse runs," etc.
Next, he distinguishes between a subject of predication, namely that of which anything is
affirmed or denied, and a subject of inhesion. A thing is said to be inherent in a subject, when,
though it is not a part of the subject, it cannot possibly exist without the subject, e.g., shape in a
thing having a shape. The categories are not abstract platonic entities but are found in speech,
these are substance, quantity, quality, relation, place, time, position, state, action and affection.
In de Interpretatione, Aristotle analyzes categoric propositions, and draws a series of basic
conclusions on the routine issues of classifying and defining basic linguistic forms, such as
simple terms and propositions, nouns and verbs, negation, the quantity of simple propositions
(primitive roots of the quantifiers in modern symbolic logic), investigations on the excluded
middle (what to Aristotle isn't applicable to future tense propositions — the Problem of future
contingents), and on modal propositions.”
Seterusnya menurut Arbak Othman (1983, m/s 26), dalam bidang falsafah Yunani,
sarjana-sarjana Stoik dipercayai memberikan perhatian yang kepada bahasa. Satu perbezaan
utama yang pernah mereka buat sebagai penting ialah perbezaan antara bentuk dan makna.
Mereka tidak menganggap yang bahasa sebagai hasil langsung daripada fenomena kebetulan
dan dalam hal ini mereka termasuk dalam golongan anomalis yang menekankan bahawa di
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
antara perkataan dengan benda tidak ada hubungan dan bahawa bahasa juga ada tempat-
tempatnya tidak boleh dianalisa mengikut kuasa logik.
Ahli tatabahasa zaman Iskandariah juga mengkaji bunyi-bunyi pertuturan dan prosodi,
bahagian-bahagian yang ditakrifkan bersuara dengan tanggapan seperti kata nama, kata kerja,
dan lain-lain Terdapat juga perbincangan mengenai peranan analogi dalam bahasa, dalam
perbincangan ini grammatici di Alexandria disokong bahawa bahasa dan terutama morfologi
adalah berdasarkan analogi atau paradigma, manakala grammatic di sekolah-sekolah Asia
Minor menganggap bahawa bahasa tidak berdasarkan asas analogi tetapi pada pengecualian.
(Ensiklopedia Wikidepia, May 2013)
Dalam abad ke-18 James Burnett, Lord Monboddo telah menganalisis pelbagai bahasa
dan unsur-unsur disimpulkan sebagai logik evolusi bahasa manusia. Pemikiran beliau sesuai
dengan konsep pratulisan beliau ‘Evolusi Biology’. Sebahagian daripada konsep awal telah
disahkan dan dianggap betul hari ini. Di dalam Bahasa Sanskrit (1786), Sir William Jones
mencadangkan bahawa bahasa Sanskrit dan Parsi mempunyai persamaan dengan Yunani,
Latin, Gothic, dan Celtic bahasa klasik. Dari idea ini muncul bidang linguistik perbandingan dan
linguistik sejarah. Melalui abad ke-19, bahasa Eropah tertumpu kepada sejarah perbandingan
bahasa-bahasa Indo-Eropah, dengan kebimbangan untuk mencari akar yang sama mereka dan
mengesan perkembangan mereka.
Pada 1820, Wilhelm von Humboldt menyatakan bahawa bahasa manusia adalah satu
sistem peraturan yang ditadbir, beliau menjangkakan tema yang menjadi pokok utama dalam
perkara-perkara rasmi pada sintaksis dan semantik bahasa dalam abad ke-20. Daripada
pemerhatian ini, beliau berkata bahawa ia membenarkan bahasa untuk membuat "penggunaan
tak terhingga cara terbatas" (Über den Dualis 1827).
Hanya pada abad ke-19 bahawa pendekatan Neogrammarian Karl Brugmann dan lain-
lain memperkenalkan konsep tegar undang-undang yang kukuh dalam linguistik.
Zaman Pertengahan, Zaman Arab dan Zaman India
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman
Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa
vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen
untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik
sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada
era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.
Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam
bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini
menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu
bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.
Menurut Arbak Othman (1983, m/s 38), Pada zaman Arab, bahasa berkembang pesat di
Baghdad dan menjadikan ia sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan oleh
Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana
Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu
kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir
menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.
Pada zaman India pula, bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan
kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris
kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi
dan sintaksis.
Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan
mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara
saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang
sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang
hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden
Zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-
19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan
sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian
dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa
hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu
rumpun yang sama.
Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di
dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga
kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud
yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.
Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau
linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan
diakronis. Para pengkaji turut mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan
satu fenomena sosial. (Lutfi Abas, 1971, m/s 42)
Pemikiran Linguistik Zaman Tatabahasa Tradisional
Berdasarkan Matthew, Peter, 1997, Pemikiran linguistik pada zaman tatabahasa
tradisional berfokus kepada pemikiran ahli falssafah pada zaman Yunani. Ianya memberikan
penekanan kepada apa yang dimaksudkan bahasa dan hakikat bahasa. Rata-rata ahli falsafah
sependapat bahawa bahasa ialah sistem simbol dan manusia dipercayai hidup dalam simbol
berdasarkan pelbagai aspek kehidupan mereka. Sumber tersebut boleh terdiri daripada seni
bina, geografi, perubatan dan sebagainya. Sehubungan itu, pada masa ini pemikiran linguistik
melibatkan dua ahli falsafah terkemuka, iaitu Plato dan Aristoteles.
Panini pada abad ke-4 juga bertumpu pada bidang fonetik, iaitu simbol dan bunyi
bahasa yang selari dengan keperluan menghafaz doa dan nyanyian yang terdapat dalam kitab
suci Veda, iaitu kitab suci penganut Hindu.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Pemikiran Linguistik Abad Ke-19
Pada abad ke-19, pemikiran linguistik mempunyai pendekatan bersifat atomistis. Unsur
bahasa yang diteliti tidak dihubungkan dengan unsur lainnya misalnya penelitian tentang kata
tidak dihubungkan dengan frasa atau kalimat.
Penelitian bahasa dilakukan terhadap bahasa-bahasa di Eropah, baik bahasa-bahasa
Roman maupun nonRoman. Bidang utama penelitian adalah linguistik historis komparatif.
Kaedah komparatif ini meneliti perubahan bunyi kata-kata dari bahasa yang dianggap sebagai
keturunannya. Misalnya perubahan bunyi dalam bahasa Latin, iaitu causa menjadi chose dalam
bahasa Perancis, dan cosa dalam bahasa Italia dan Sepanyol.
Sumber: Dr Faridah, Dr Tuan Jah, 2013
Pemikiran Linguistik Abad Ke-20
Ahli linguistik pada abad ke-20 seperti De saussure, Edward Sapir dan Bloomfield
banyak dipengaruhi oleh pemikiran abad ke-19. Mereka bukan sahaja memberi tumpuan
kepada bahasa-bahasa dunia lain seperti bahasa Indian di amerika, bahasa-bahasa di Afrika
dan bahasa-bahasa di Papua dan negara-negara lain di asia.
Secara umumnya dapat dikatakan bahawa pemikiran linguistik pada abad ke-20 ini
mempunyai ciri-ciri seperti penelitian terhadap bahasa-bahasa di Amerika, afrika dan asia,
pendekatan yang bersifat strukturalistis dan fungsionalis. Tatabahasa diberi keutamaan dan
bidang-bidang mikrolinguistik, makrolinguistik dan sejarah linguistik turut dibandingkan. Kajian
ilmiah pula semakin menonjolkan penelitian linguistik antara bahasa yang berbeza serta
menekankan kepada prinsip deskripsi dan sinkronis. (Robins, R.H 1990)
Pemikiran linguistik seterusnya ini dicetuskan oleh Noam Chomsky yang telah
memperkenalkan teori transformasi atau transformasi generatif melalui bukunya Syntactic
Structures(1957) dan Aspect Of The Theory Of Syntax (1965). Dalam pemikiran linguistik Noam
Chomsky pula telah menghuraikan bahasa secara sintaktis tanpa memberi penekanan kepada
semantik. Seterusnya, pemikiran linguistik Noam Chomsky dikembangkan melalui Extended
Standard Theory pada tahun 1968 melalui bukunya Generative Semantics pada tahun 1970,
Government And Binding Theory pada tahun 1980 dan Minimalist Programme pada tahun
1993.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, penemuan-penemuan yang telah diteroka oleh Ferdinand de
Saussure dalam bidang pengkajian bahasa telah mendorong pemikiran ilmu lingguistik moden
supaya memberikan keutamaan yang jelas kepada pertuturan. Prinsip yang memberikan
keutamaan kepada bahasa pertuturan berbanding dengan bahasa tulisan memberikan
gambaran bahawa bahasa pertuturan itu pada hakikatnya adalah lebih lama berbanding bahasa
tulisan.
Ianya juga telah membuka jalan kepada kajian bahasa sebagai suatu sains yang
deskriptif sifatnya. Linguistik sinkronis yang telah dikemukakan oleh de Saussure itu akhirnya
telah membezakan dua aliran iaitu aliran tradisional dan aliran moden dalam penghuraian
bahasa. Aliran baru pula memberi sumber kepada konsep ‘bahasa’ itu adalah ‘sturktur’.
BIDANG-BIDANG YANG MENJADI KAJIAN DALAM LINGUISTIK
Kajian linguistik dapat diolahkan melalui tiga paksi utama, dengan titik hujungnya dihuraikan di
bawah:
Sinkronik lawan Diakronik
Linguistik sinkronik(huraian) adalah berkenaan dengan bentuk sesuatu bahasa pada
masa yang tertentu; sebaliknya, linguistik diakronik (sejarah) mengkaji perubahan-perubahan
yang berlaku dalam sebuah bahasa atau keluarga bahasa dengan berlalunya masa.
Teori lawan Gunaan
Linguistik teori(am) adalah berkenaan dengan rangka-rangka untuk memerihalkan
bahasa-bahasa dan teori-teori individu dari segi aspek-aspek bahasa yang sejagat, manakala
linguistik gunaan mempergunakan teori-teori ini untuk bidang-bidang yang lain.
Konteks lawan Autonomi: Linguistik konteks adalah berkenaan dengan tempatnya
bahasa di dunia ini: fungsi sosialnya, bagaimana ia diperoleh, bagaimana ia dihasilkan dan
dikesan. Linguistik autonomi atau bebas mengolahkan bahasa semata-mata untuk tujuan
sendiri, selain daripada eksternaliti-eksternaliti yang berkait dengan sesebuah bahasa. Kadang-
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
kala, istilah-istilah makrolinguistik dan mikrolinguistik dipergunakan untuk istilah masing-masing
bagi dikotomi ini.
Berdasarkan dikotomi-dikotomi ini, cendekiawan-cendekiawan yang hanya merujuk
kepada diri dengan mudah sebagai ahli linguistik atau ahli linguistik teori tanpa sebarang
pembatasan, cenderung melibatkan diri dalam linguistik autonomi, teori, dan sinkronik yang
telah diakui sebagai teras disiplin ini.
Penyelidikan linguistik telah dikejar oleh berbagai-bagai jenis pakar yang mungkin tidak
bersependapat; sebagaimana yang dikatakan oleh Russ Rymer dengan gaya yang ranggi:
"Linguistik dapat dipertahankan sebagai harta yang amat dipertikaikan dalam alam
akademik. Ia direndam dengan darah para pemuisi, serta ahli teologi, falsafah, filologi,
psikologi, biologi, antropologi, dan neurologi, bersama dengan apa-apa darah yang
boleh diperah daripada ahli-ahli nahu." Aitchison, Jean (1995)
Peringkat linguistik teori Linguistik teori sering dibahagikan kepada sebilangan bidang yang
berasingan untuk dikaji dengan lebih kurang tersendiri. Bahagian-bahagian berikut kini telah
diperakui secara meluas.
Fonetik ialah kajian bunyi-bunyi bahasa manusia.
Fonologi atau fonemik ialah kajian pola-pola bunyi asas bagi seseuatu bahasa.
Morfologi ialah kajian struktur dalaman bagi perkataan-perkataan.
Sintaksis ialah kajian bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat-
ayat yang bertatabahasa.
Semantik ialah kajian makna perkataan-perkataan semantik leksikal dan bagaimana perkataan-
perkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat yang bermakna.
Pragmatik ialah kajian bagaimana pengungkapan (baik secara literal, mahupun secara kiasan)
digunakan dalam perbuatan-perbuatan komunikasi.
Linguistik sejarah ialah kajian bahasa-bahasa yang hubungan sejarahnya telah diakui melalui
persamaan dalam perbendaharaaan kata, pembentukan kata, dan sintaksis.
Tipologi linguistik ialah kajian ciri-ciri tatabahasa yang digunakan merentasi semua bahasa
manusia.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Silistik linguistik ialah kajian gaya dalam bahasa-bahasa.
Analisis wacana ialah kajian ayat-ayat yang disusun menjadi teks.
Bagaimanapun, kepentingan tersendiri bagi setiap bidang tidak diakui secara sejagat, dan
hampir semua ahli linguistik bersetuju bahawa bahagian-bahagian ini amat bertindih. Walaupun
demikian, setiap bidang mempunyai konsep-konsep teras yang menggalakkan penyelidikan dan
penyiasatan cendekiawan yang penting.
Linguistik Diakronik
Teras linguistik teori adalah berkenaan dengan mengkaji bahasa-bahasa pada sesuatu
ketika yang tertentu (biasanya kini), linguistik diakronik memeriksa bagaimana bahasa berubah
dengan berlalunya masa, kadang-kala selama berabad-abad. Linguistik sejarah mempunyai
sejarah yang kaya (kajian linguistik tumbuh daripada linguistik sejarah) dan asas teori yang kuat
untuk mengkaji perubahan bahasa.
Di universiti-universiti di Amerika Syarikat, sudut pandangan bukan sejarah kelihatan
lebih berkuasa. Sebagai contoh, banyak kelas linguistik permulaan hanya meliputi linguistik
sejarah secara sepintas lalu. Peralihan dalam tumpuan ke sudut pandangan bukan sejarah
bermula dengan Ferdinand De Saussure dan menjadi berpengaruh dengan Noam Chomsky.
Secara nyata, sudut-sudut pandangan sejarah termasuk linguistik sejarah perbandingan
dan etimologi.
Linguistik Gunaan
Linguistik Gunaan mengambil dapatan-dapatan daripada linguistik umum dan menggunakannya
untuk bidang-bidang yang lain. Seringkali, linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan
penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, tetapi dapatan-dapatan penyelidikan linguistik
juga telah digunakan untuk banyak bidang yang lain.
Banyak bidang linguistik gunaan pada hari ini melibatkan penggunaan komputer secara
eksplisit. Sintesis pertuturan dan pengecaman pertuturan menggunakan pengetahuan fonetik
dan fonemik untuk memberikan antara muka suara kepada komputer. Penggunaan linguistik
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
pengiraan dalam penterjemahan mesin, penterjemahan dibantu komputer, dan pemprosesan
bahasa sejadi merupakan bidang-bidang yang amat berhasil pada tahun-tahun kebelakangan
ini disebabkan oleh kuasa perkomputeran yang semakin meningkat. Pengaruhnya telah
mempunyai kesan yang besar kepada teori-teori sintaksis dan semantik, kerana pemodelan
teori-teori sintaksis dan semantik dengan menggunakan komputer memaksa teori-teori menjadi
operasi-operasi boleh hitung dan memberikan asas matematik yang lebih ketat.
Linguistik Kontekstual
Linguistik konteks ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik
yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri,
bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.
Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang
mengkaji interaksi-interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.
Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.
Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-
bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, lingusitik
pengiraan serta sains kognitif.
BIDANG LINGUISTIK MIKROLINGUISTIK
Bidang mikrolinguistik terdiri daripada empat sub bidang iaitu fonologi, morfologi, sintaksis
dan semantik. Istilah mikro digunakan bagi menunjukkan bahawa bidang ini menghuraikan
struktur dalaman bahasa yang teridiri daripada kajian bunyi bahasa, pembentukan kata, binaan
ayat, dan makna.
Fonologi
Menurut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi
sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Fonologi pula
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
daripada segi pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya manakala fonologi
pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Menurut Arbak Othman (1983), fonetik ialah bidang kajian tentang bunyi ujaran. Sebagai
ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum
umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik
menggunakan data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan
pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
Kita dapat melihat fungsi fonetik dan fonologi ini dengan menjelaskannya bersertakan
contoh yang memaparkan wujudnya perbezaan penelitian mengikut bidang kajian masing-
masing. Sebagai contoh, bunyi "p" yang secara lazimnya menurut sifat fonetiknya diapit oleh
tanda condong. Ia disebut dengan menutup kedua-dua bibir dan melepaskannya sehingga
udara keluar dengan "menghasilkan suatu bunyi letupan". Penghasilan bunyi "p" tersebut
merupakan deskripsi fonetik sahaja.
Seterusnya, jika dua bunyi yang secara fonetik mempunyai perbezaan tertentu, ia
dikatakan berbeza fonologinya. Perbezaan tersebut memperlihatkan perbezaan makna. Ini
bermakna dua bunyi tersebut dikatakan mempunyai perbezaan fonologi jika bunyi-bunyi
tersebut memperlihatkan perbezaan makna. Sebagai contoh, di dalam bahasa Melayu, bunyi
"p" dan "t" berbeza dari segi fungsional atau secara fonologi. Ia disebut sebagai pasangan
minimum kerana kata-kata yang dihasilkan oleh kedua-dua bunyi tersebut berbeza dari segi
kata-kata yang dihasilkan, seperti dalam contoh kata "padi" dan "tadi". "Padi" merujuk kepada
sejenis tanaman, manakala "tadi" merujuk kepada kata keterangan masa. Jelas, perbezaan
pasangan minimum tersebut memperlihatkan wujudnya tafsiran makna yang berlainan bagi
kedua-dua kata tersebut. Perbezaan makna yang dibawa oleh bunyi-bunyi tersebut merupakan
bidang kajian ilmu fonologi.
Kenstowicz dan Kisserberth (1979) menyifatkan fonetik sebagai “The study of the
sounds human being employ when speaking a language is phonetics”. Sementelah itu fonetik
dipecahkan kepada tiga bidang iaitu fonetik artikulasi, fonetik arkustik dan fonetik auditori.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Morfologi
Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih
Maktab Perguruan (1985 :152), bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang
mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga
menyatakan (2000 :121) dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya
(2004:36) iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur
kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunyaLanguage yang
telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein
Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk –
bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan
bahagian kata”.
Dalam teori linguistik tradisional, kata dan ayat merupakan dua unit asas yang
dikendalikan dalam penghuraian tatabahasa. Kedua-dua unit ini mendapat perhatian pada
praktiknya dalam sistem-sistem tulisan yang lazim digunakan. Dalam sistemsistem abjad yang
berbeza dalam bahasa-bahasa di Eropah misalnya, ayat-ayat dipisah daripada yang lain
dengan menggunakan tanda baca (nokhtah, tanda soal dan tanda seru) dan bagi setiap satu itu
dikenali dengan memberikan huruf besar pada perkataan yang memulai ayat. Arbak
Othman,Ahmad Mahmood Musarif(2004).
Morfologi adalah kajian dalam aspek tatabahasa berkaitan struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Struktur kata susunan bunyi ujaran atau lambang(tulisan). Bentuk kata pula
adalah rupa unit tatabahasa sama ada yang berbentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Maka ia terdiri daripada empat golongan kata
iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.(Asmah, 1991)
Menurut Bloomfield (hal 207) morfologi sesuatu bahasa adalah binaan-binaan dalam
bentuk-bentuk terikat hadir sebagai di antara konstituennya. Seterusnya morfologi meliputi
binaan kata-kata dan bahagian-bahagiannya. Sejajar dengan ini (Lyons, 1970:22) memberikan
definisi morfologi sebagai bidang yang mempelajari struktur dalam bentuk-bentuk kata.
Ahli-ahli tatabahasa tradisi nampaknya tidak mahu melihat analisis perkataan dan ayat
sebagai binaan unsur-unsur yang lebih kecil. Sebagai contoh, perkataan ‘memperkatakan’
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
dibentuk oleh tiga unsur iaitu ‘mem’, ‘kata’ dan ‘per - kan’. Lebih-lebih lagi, unit-unit terkecil ini
tidak dapat lagi dicerakin kepada bentuk-bentuk yang lebih kecil dan bermakna dari segi
penyebarannya dalam bahasa Melayu. Unit-unit terkecil seperti ini dalam analisis tatabahasa,
yang dengannya kata dapat dibentuk, biasanya dirujuk dengan istilah morfem. Unit yang lebih
besar daripada morfem dan kata ialah frasa dan klausa.
Secara tradisi, perbezaan di antara kedua-dua unit itu adalah seperti berikut: sebarang
kelompok kata yang hampir-hampir sama (equivalent) dengan satu perkataan tunggal dan yang
tidak mempunyai subjek dan predikatnya yang tersendiri dinamakan frasa; manakala
sekelompok kata yang ada subjek dan predikat dengan erti kata sekiranya menjadi bahagian
daripada ayat, dinamakan klausa. Perbezaan frasa dengan klausa seperti ini sebenarnya tidak
jelas atau tidak konsisten dalam analisis ayat tertentu. Kita nampak di sini bahawa ‘ayat’ itu
sendiri dilihat pada akhirnya sebagai unit-unit sekunder yang ditakrif dari segi kesamaan
(equivalence) tatabahasanya dengan unit-unit primer, iaitu kata dan ayat.
Kelima-lima unit tatabahasa sebenarnya dilihat dalam analisis tatabahasa dari segi
binaan. Kalau kita memanggil ayat sebagai unit ‘tertentu’ dan morfem sebagai unit ‘terkecil’, kita
dapat menyusun kelima-lima unit itu menurut tatatingkatnya (ayat, klausa, kata, morfem),
dengan erti kata bahawa unit-unit yang lebih besar tatatingkatnya dibentuk daripada unit-unit
yang lebih kecil tatatingkatnya. Dengan perkataan lain, kita boleh juga mengatakan bahawa
unit-unit daripada tatatingkat yang lebih besar dapat dianalisis (atau ‘dipecahkan’) kepada unit-
unit yang lebih kecil tatatingkatnya.
Sebagai unit asas, ayat boleh sahaja dikaji dengan mengambil ayat-ayat daripada
bahan yang dikumpul (data kajian) dan kemudian menganalisis ayat-ayat itu dari segi kata-kata
yang membinanya, atau boleh sahaja kita tentukan terlebih dahulu unsur-unsur yang bertaraf
kata itu dan kemudian mencari struktur-struktur ayat dari segi penggabungan kata yang
membina ayat-ayat itu. Fungsi kata pula hendaklah dilihat dari segi penggunaannya, iaitu dari
segi hubungannya dengan unsur-unsur lain berdasarkan tatatingkatnya dalam ayat. Dengan
perkataan lain, untuk melihat struktur ayat, hubungan unsur-unsur frasa dengan unsur frasa
yang lain hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu; manakala pada tatatingkat frasa pula, fungsi
kata hendaklah dilihat dari segi hubungan kata-kata itu dalam frasa yang dibentuk itu.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Morfem
Konsep dan istilah morfem tidak diketahui dalam tatabahasa tradisional, kerana ia bukan satu
unit sintaksis, tetapi telah diperkenalkan oleh ahli strukturalis di awal abad kedua puluh.
Morfem Pengenalan
Untuk menentukan bentuk morfem atau tidak, maka kita perlu membandingkan dengan lain-
lain. Jika ia boleh dikemukakan berulang kali dengan bentuk yang lain, maka kata ini adalah
morfem. Sebagai contoh kita mengambil bentuk / kedua /, dalam ucapannya di atas. Ternyata
istilah / kedua / kita boleh membandingkan nota dengan bentuk berikut:
Kedua, Ketiga, kelima, ketujuh, kelapan, kesembilan, Kesebelas
Membentuk kepada senarai di atas yang menyatakan tahap atau kelas. Tetapi bentuk untuk
tempat mempunyai satu lagi makna, seperti:
kekedai, Kekampus, kesekolah
Beberapa contoh istilah untuk kenyataan di atas mempunyai pengertian yang sama arah atau
tujuan.
B. Morph dan allomorf
Morf adalah nama untuk semua bentuk status tidak diketahui.
Walaupun allomorf adalah nama bagi bentuk sudah diketahui jikalu status morfemnya.
C. morfem klasifikasi
Morfem dalam setiap bahasa boleh dikelaskan berdasarkan kebebasan, keutuhan, makna, dan
sebagainya.
Morfem Bebas dan Morfem Terikat
Apakah yang dimaksudkan dengan morfem bebas ialah morfem yang tanpa kehadiran morfem
lain boleh muncul dalam penggantian. Katakanlah bagus, pulang ke rumah, makan di Indonesia
dikelaskan dalam bentuk morfem bebas.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang tidak digabungkan dengan morfem lain dan tidak
boleh muncul dalam penggantian. Semua imbuhan dalam bahasa Malaysia adalah morfem
terikat. Ianya juga adalah penanda morfem jamak dalam bahasa Inggeris.
Morfem Segmen Dan Suprasegmental
Morfem segmen adalah morfem yang dibentuk oleh fonem segmental, seperti morfem
{memandangkan}, {adalah}, {berus}, dan {} udara. Oleh itu, semua morfem tidak ketara adalah
bunyi segmen morfem. Manakala morfem suprasegmental adalah morfem yang dibentuk oleh
unsur-unsur suprasegmental, seperti tekanan, nada, tempoh, dan sebagainya.
Morfem Beralomorf Zero
Dalam linguistik huraian morfem beralomorf ada konsep sifar atau sifar (0), yang merupakan
salah satu morfem alomorfnya ketara kedengaran segmen atau prosodic (unsur-unsur
suprasegmental), tetapi dalam bentuk "kekosongan".
Morfem Leksikal Dan Morfem Tidak Bermakna Bermakna Leksikal
Morfem adalah bermakna morfem leksikal yang memang mempunyai makna dalam dirinya,
tanpa perlu meneruskan pertama dengan morfem lain. Walaupun morfem leksikal bermakna
tidak mempunyai apa-apa makna dalam dirinya. Ini morfem baru bermakna dalam gabungan
dengan lain morfem dalam proses morfologi. Takrifan biasa yang bermakna morfem leksikal
adalah morfem imbuhan, seperti udara {}, {me}, dan {yang}.
Morfem Asas, Asas Bentuk, Niagara (Batang), Dan Akar (Root)
Istilah ini digunakan sebagai morfem asas dengan morfem imbuhan dikotomi. Oleh itu apa-apa
borang {berjuang}, {kucing}, dan {} adalah berus morfem asas. Terma menjadi asas atau asas
(tapak) ia biasanya digunakan untuk merujuk kepada bentuk yang menjadi asas bagi proses
morfologi. Borang ini boleh menjadi satu morfem tunggal, tetapi juga boleh digabungkan
morfem. Asas panjang (batang) digunakan untuk merujuk kepada bentuk asas dalam proses
nada suara, atau pengecapan imbuhan berinfleksi. Akar (root) digunakan untuk merujuk kepada
bentuk yang tidak boleh dianalisis selanjutnya. Iaitu, ia adalah satu bentuk akar kiri selepas
semua afiksnya, kedua-dua imbuhan berinfleksi dan imbuhan derivisionalnya dipasang.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Kata
Kata-kata, satu unit bahasa yang ada dalam tatabahasa tradisional.
Kata Nama
Sistem ini menterjemahkan bahasa tradisional "perkataan" sebagai satu unit bahasa yang
mempunyai makna, atau deretan huruf adalah satu perkataan yang diapit oleh dua ruang, dan
mempunyai makna. Walau bagaimanapun, dalam kajian bahasa Arab berkata "perkataan-
perkataan dalam bahasa Arab biasanya terdiri daripada tiga huruf".
Klasifikasi Perkataan
Klasifikasi klasifikasi disibut juga berkata perkataan, atau Penjenisan berkata, dalam bahasa
Inggeris dipanggil bahagian bersuara. Dalam sejarah direkodkan, sejak zaman Aristotle hingga
kini, termasuk kajian linguistik di Indonesia, masalah tidak pernah tertuntaskan. Halangan
termasuk, pertama setiap bahasa mempunyai ciri-ciri setiap satu; kedua, kerana kriteria yang
digunakan untuk mengklasifikasikan perkataan boleh berbeza-beza.
Pembentukan Kata
Pembentukan perkataan mempunyai dua sifat, satu perkataan yg berinfleksi, dan kedua-duanya
adalah derivatif. Pembentukan perkataan berinfleksi, tidak membentuk perkataan-perkataan
baru, atau erti kata lain identiti leksikal yang berbeza dengan bentuk asas. Ini berbeza dengan
pembentukan perkataan terbitan atau derivisional. Pembentukan derivatif sentiasa membentuk
perkataan-perkataan baru, perkataan identiti leksikal tidak sama seperti perkataan asas.
Proses Morfemis
Dalam perbincangan nada suara dan persamaan dibincangkan morfemis sebahagian kecil
daripada proses atau proses mahupun proses morfologi pembentukan perkataan dengan
imbuhan tertentu tatabahasa. Tetapi butir afiksnya sendiri belum dibincangkan. Oleh itu, berikut
akan didbicarakan proses morfemis berkenaan dengan affixation, pengulangan, konposisi, dan
juga sedikit tentang konfersi dan pengubahsuaian dalaman.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Imbuhan
Dalam proses ini, unsur-unsur yang terlibat:
a) Bentuk asas atau dasar, adalah asas dalam proses imbuhan dalam bentuk akar, yang
merupakan bentuk yang paling kecil yang tidak boleh dibahagikan lagi, seperti meja, makan dan
berus.
b) Imbuhan adalah satu bentuk, biasanya morfem terikat, yang dilekatkan kepada asas dalam
proses pembentukan perkataan.
c) Tatabahasa makna yang terhasil
Gandaan
Satu proses yang mengulangi morfemis baik dalam bentuk secara keseluruhan, sebahagian,
atau untuk menukar bunyi.
Oleh itu dibezakan adanya pengulangan penuh, adalah seperti jadual (dari jadual asas),
reduplikasi sebahagiannya sebagai lelaki (dari lelaki dasar), dan pengulangan dengan
perubahan bunyi, seperti belakang dan sebagainya (dari bahagian bawah belakang).
Kandungan
Adalah asas keputusan dan proses bergabung dengan morfem asas, sama ada bebas atau
terikat, membentuk satu binaan yang mempunyai identiti leksikal yang berbeza, atau yang baru.
Kandungan yang terdapat dalam banyak bahasa, sebagai contoh, trafik, patriotik, dan hospital.
Penukaran, Pengubahsuaian Dalaman Dan Suplesi
Penukaran, sering juga dipanggil terbitan sifar, transmutasi dan tranposisi, adalah pembentukan
perkataan iaitu proses satu perkataan ke perkataan lain dengan tiada perubahan dalam unsur-
unsur segmen. Sebagai contoh ‘minum’ perkataan dalam bahasa Inggeris adalah nomena
seperti dalam frasa ‘adanya minum’ tetapi boleh ditukar kepada perkataan lisan, minuman,
tanpa apa-apa perubahan.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Dipendekkan
Adalah proses pembongkaran bahagian lexemes atau lexemes digabungkan untuk membentuk
satu pendek, tetapi makna tetap sama seperti makna bentuk mentah, seperti bentuk makmal
(utuh, makmal).
Dalam kesusasteraan yang diterbitkan, keputusan proses memendekkan yang biasanya
dibahagikan kepada serpihan, singkatan, akronim. Apakah yang dimaksudkan dengan serpihan
serpihan adalah bentuk pendek yang pertama satu atau dua bahagian bentuk dipendekkan.
Sebagai contoh, makmal, atau Labo dari makmal. Maksud singkatan adalah hasil daripada
proses memendekkan, yang termasuk:
a) Pengekalan huruf awal lexeme, atau huruf pertama lexeme gabungan itu. Sebagai contoh: R
(radius), H (Haji).
b) Pengekalan beberapa huruf dari lexeme a. Sebagai contoh: p (page).
c) Pengekalan huruf pertama digabungkan dengan angka menggunakan huruf yang sama
penggantian untu itu. Sebagai contoh, P3 (Parti Pembangunan perpaduan).
d) Pengekalan dua, tiga, atau empat surat lexeme a. Sebagai contoh: Sebagai (Penolong),
Oktober (Oktober), dan ret (bersara).
e) pengekalan huruf pertama dan huruf terakhir lexeme a. Sebagai contoh: ir (jurutera).
Akronim adalah hasil daripada memendekkan perkataan atau yang boleh disebut sebagai satu
perkataan. Bentuk Pemendekannya mungkin serpihan surat pertama, pecahan suku kata
lexeme gabungan, atau ia boleh menjadi tidak teratur, sebagai contoh wakuncar (melawat
teman wanita masa).
Proses Produktiviti Morfemis
Apakah yang dimaksudkan dengan produktiviti dalam morfemis proses sama ada atau tidak ini
adalah proses pembentukan perkataan, terutamanya affixation, pengulangan, dan komposisi
yang digunakan berulang-ulang kali adalah agak terhad, iaitu, ada kemungkinan untuk
menambah satu bentuk baru dengan proses tersebut.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Morphophonemic
Morphophonemic, juga dikenali sebagai morfonemik, morfofonologi, atau morfonologi, atau
menukar acara morfemis bentuk dalam proses morfologi, kedua-dua affixation, pengulangan,
dan komposisi. Seperti Indonesia affixation dengan awalan me-ia akan kelihatan bahawa
awalan me-ia akan bertukar menjadi mem-, memuat turun, meny-,-klik, atau menyimpan beliau,
mengikut peraturan fonologi tertentu. Perubahan fonem dalam proses ini boleh merform
fonemik berwujud: fonem rupa, pelepasan, larut lesap, perubahan, dan perubahan.
Sintaktis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis
juga bermaksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa.(Nik Safiah Karim,2008)
Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut:
-Unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta
pembahagian subjek dan predikat;
-Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayatseruan;
-Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasi
-Susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang;
-Binaan dan proses penerbitan ayat:
-Ayat dasar;
-Ayat tunggal; dan
-Ayat terbitan atau ayat majmuk.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Ayat:
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contoh: Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu:
(i) Ahmad sedang dan
(ii) membuat kerja rumah.
Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat
bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama
(FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama.
Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta
menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca.
Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang
lain, sesuai dengan keperluan.
Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:
1.Ayat penyata:
•Ayat transitif dan ayat intransitif
•Ayat aktif dan ayat pasif
•Ayat sungsang
•Ayat nafi
•Ayat inti dan ayat gabungan
2.Ayat perintah
3.Ayat tanya
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
4.Ayat seru
Ayat aktif:
•Ayat aktif dengan kata kerja transitif
•Ayat aktif dengan kata kerja pasif
Ayat pasif:
Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan
terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak
perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak
pentingkan atau menegaskan. Contohnya:
•Perkara itu sudah diselesaikannya; atau
•Perkara itu sudah diselesaikan,
adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan
perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu
menegaskan pelaku "dia".
Ayat perintah:
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan,
permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Jenis perintah → Contoh penggunaan
1. Perintah → Berdiri di atas kerusi itu.
2. Suruhan → Ikat tali kasut kamu dengan betul.
3. Larangan → Jangan bermain di tepi sungai.
4. Permintaan → Tolong angkat kain di jemuran itu.
5. Ajakan → Mengucaplah banyak-banyak.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
6. Silaan → Sila masuk.
7. Doa → Syukurlah kamu sudah sampai.
8. Harapan → Harap-harap hari ini panas.
Ayat nafi:
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan
untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
•Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
•Asmah bukan jururawat, tetapi doktor.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya,
umpamanya:
1.Bukankah orang itu abang kamu?
2.Tidakkah kamu ingin menyertai pertandingan itu?
Frasa sendi:
Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:
1.Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
2.Saya bukan dari sektor kerajaan.
3.Buku ini bukan untuk anda.
Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh
sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".
Ayat Tanya:
Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata:
Ayat penyata Ayat Tanya
Tetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba?
Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak?
Mereka hendak datang. Mereka hendak datang?
Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk
dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas
dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.
2. Menggunakan partikel "kah":
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disongsang melalui penggunaan partikel
"kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:
Ayat penyata Ayat Tanya
Tetamu sudah tiba? Sudah tibakah tetamu?
Buah itu sudah masak? Sudah masakkah buah itu?
Mereka hendak datang? Hendak datangkah mereka?
Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan
kesamaran makna.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Menggunakan pelbagai kata:
Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa,
mengapa, mana, dan siapa.
KataAyat Tanya
Tanpa partikel ‘kah’ Dengan partikel ‘kah’
Ada - Adakah cara saya ini betul?
Apa Apa yang kamu beli tadi? Apakah yang kamu beli tadi?
Bagaimana Bagaimana kamu
melepaskan diri?
Bagaimanakah kamu melepaskan
diri?
Bila Bila kamu pulang? Bilakah kamu pulang?
Mengapa Mengapa kamu lewat hari
ini?
Mengapakah kamu lewat hari ini?
Mana Mana buku kamu? Manakah buku kamu?
Siapa Siapa nama abang kamu? Siapakah nama abang kamu?
Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel
"kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.
4. Kesalahan yang biasa berlaku:
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:
•Tetamu sudah tibakah?
•Buah itu sudah masakkah?
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
•Mereka hendak menolong kitakah?
Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:
•Tetamu sudah tibake?
•Buah itu sudah masakke?
•Mereka hendak menolong kitake?
"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain
itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.
Ayat songsang:
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung
ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
AYAT BIASA → SUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANG → PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF → OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu
menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan
bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda
perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
Jenis ayat Susunan biasa Susunan songsang
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Ayat intiEncik Ali usahawan Usahawanlah Encik Ali
Kuda itu ke sana. Ke sana kuda itu.
Ayat tanyaOrang itu abang kamu? Abang kamukah itu?
Kamu sudah makan? Sudah makankah kamu?
Ayat pasif
Hadiah itu akan saya
hantarkan.
Akan saya hantarkan
hadiah itu.
Saya ketinggalan keretapi
pada hari itu.
Ketinggalan keretapi saya
pada hari itu.
Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk ayat
tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang
itu.
Ayat inti:
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu
dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika
anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat
inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering
menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan
ingin tahu pembaca.
Ayat gabungan:
Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi
satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan
sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain.
Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Jenis ayat gabungan Ayat komponen Ayat gabungan
Ayat dengan ayat Abu rajin bekerja.
Majikan menaikkan
gajinya.
Abu rajin bekerja dan
majikan menaikkan
gajinya.
Subjek dengan subjek Ali suka makan durian.
Abu suka makan durian.
Ali dan Abu suka makan
durian.
Predikat dengan predikat Mereka menghadiri
kenduri itu.
Mereka menganggap
kenduri dapat
mengeratkan
perhubungan.
Mereka menghadiri
kenduri itu kerana mereka
menganggap kenduri itu
dapat mengeratkan
perhubungan.
Adverba dengan adverba. Saya akan datang esok.
Jika tidak jadi, saya akan
datang lusa.
Saya akan datang esok
atau lusa.
Objek dengan objek. Ibu membeli daging di
pasar.
Ibu membeli ayam di
pasar.
Ibu membeli daging dan
ayam di pasar.
Ayat gabungan dengan
kata hubung yang
berpasangan-
Sedangkan dia tidak dapat
memasuki universiti itu,
apatah lagi saya.
Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang
seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
-Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Ali.
-Ali tidak percaya.
Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan
yang berikut amat perlu digunakan:
-Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Ali, tetapi Ali tidak percaya.
Ayat pancangan:
Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa
(ayat kecil), umpamanya:
-Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
-Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
Semantik
Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan
Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Selalunya terdapat perbezaan
antara "semantik" dengan "sintaksis". Dalam keadaan tersebut, "semantiks" merujuk kepada
makna perkataan manakala "sintaksis" merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi
penyataannya (contoh, secara bertulis ataupun bertutur).
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata
merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat
menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia..
Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani
“semantikos” yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh
bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar,
1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya
makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata.
Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan.
Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann
makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap
masyarakat.
Konsep Semantik
Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang
bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan
sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu
kata.
Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk
menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat
ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik
bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut
“semantik sejarah” (M.Breal, 1893)
Makna boleh diberikan dengan bermacam-macam-macam pengertian lain. Ogden dan
Richard (1956) memberikan 16 pengertian makna; antaranya ialah sesuatu yang intrinsik,
pokok, kemahuan dan pelbagai lagi yang dapat menjelaskan bahawa makna mempunyai
makna yang ruwet.
Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji
bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka
perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh
dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna
dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan
semantik.
Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat
dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna
yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim
(perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan
bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang
banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).
Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain
Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam setiap
bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian sesuatu
bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan.
1. Hubungan Semantik dengan Falsafah
Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah
istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya
falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika. Oleh
yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk
mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai
makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah ‘Biar saya mentertawakan diri saya sebelum
orang lain mentertawakan diri saya’ membawa semantik “kesedaran kendiri atau muhasabah
diri” perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila
diujarkan.
2. Hubungan Semantik dengan Psikologi
Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini bermakna
tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang
kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan ‘Makan!’ berbeza
berbanding ‘Makanlah..’ Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan tersebut
menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi yang berbeza.
Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini
bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud
berdasarkan rangsangan atau tindak balas.
3. Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.
Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang
homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang
mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan
makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan ‘taman’
daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan ‘taman hati’, ‘taman
buaya’, dan ‘taman rimba’ yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-
bungaan. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan
itu dituturkan. (Aminuddin 1985).
4. Hubungan Semantik dengan Sastera
Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah.
Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui
umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat
(makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif), makna
kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat
diketahui oleh pengarang sahaja). Contohnya seperti ungkapan “Kalau asal benih yang baik,
jatuh ke laut menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)” merupakan makna konotatif
yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya
tetap akan baik juga.
5. Hubungan Semantik dengan Sejarah
Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah
bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit,
meluas atau menghilang. Contohnya perkataan ‘khalwat’ yang bermaksud “berseorangan untuk
mendekatkan diri kepada-Nya” telah disempitkan maksudnya kepada “berdua-duaan dalam
keadaan mencurigakan”. Perkataan ‘pondok’ yang bermaksud “tempat tinggal yang usang” pula
telah dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”. Justeru sejarah bahasa ini perlu
direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam
setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.
6. Hubungan Semantik dengan Komputer
Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan melalui
proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang menjadi
kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara struktural kerana
keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para penterjemah yang memiliki akal
dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Walau bagaimanapun komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat
membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang
sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat. Justeru semantik dalam bidang ilmu
pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan
dengan kehendak pengguna kelak.
7. Hubungan Semantik dengan Linguistik
Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas mempunyai
makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan,
penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata ‘kebun’ berbeza daripada ‘pekebun’
dan ‘pengebun’, dalam proses pengimbuhan. Kata “kebun” bermaksud tanah yang ditanami
tumbuh-tumbuhan. Kata “pekebun” bermaksud “orang yang mengurus kebun” sementara kata
“pengebun” bermaksud “orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun.” Dalam
proses penggandaan, kata ‘langit’ juga berbeza dengan ‘lelangit’ yang bermaksud keadaan
bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata ‘buah’ dan ‘hati’
mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk ‘buah hati’. Buah ialah
benda yang boleh dimakan sementara hati merupakan organ menjadi makna kekasih apabila
perkataan tersebut digabungkan.
Makna Leksikal
Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan
yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.
Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian
memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+,
ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan
memiliki makna gramatis.
2.1.1 Kelompok kata
Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan
perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima
ekor lembu’.
2.1.2 Kata paduan
Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna
masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api,
bunga api dsb.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
2.1.3 Kata gabungan
Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi
deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam
bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.
Makna Ayat
Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung
dan makna tersirat.
Makna Tersurat
Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis
atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya,
Burung itu hinggap di ranting pokok.
Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai
betul.
Contohnya:
1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.
Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan
sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.
Makna Terselindung
Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya
tidak dihadirkan.
Misalnya dalam ayat
Adik ke kedai Pak Ali.
Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’.
Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau
pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih
dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau
pembaca,
Contoh lain adalah seperti berikut:
Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu
Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini
ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.
Makna Tersirat
Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan,
misalnya dalam kiasan Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.
Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan
sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai
peribahasa.
Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada
beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan,
bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.
Kiasan
Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran dengan cara yang
lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya.
Contoh:
Tangkai jering
Panjang tangan.
Mulut tempayan.
Simpulan Bahasa
Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan bentuknya terdiri
daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua tiga patah perkataan:
Contoh:
Abu Nawas.
Kaki Kaki bangku bangku.
Kaki ayam.
Perbilangan
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota
masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Berasal daripada adat resam. Berfungsi
sebagai pedoman pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan
bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah:
Contoh:
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu bersenang dahulu
bersenang-senang senang kemudian.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Ada padi semua kerja jadi, , ada beras semua kerja deras.
Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna tanpa
merugikan mana-mana pihak.
Perumpamaan
Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan menggunakan kata
perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana dan
sebagainya.
Contoh:
Seperti kaca terhempas ke batu.
Bagai tikus jatuh ke beras.
Seperti bumi dengan langit.
Bentuk Bidalan
Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'. Ia
merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat,
mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.
Contoh bidalan:
1.Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit- kerja yang dimulakan
hendaklah diselesaikan.
2.Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh- Jangan berasa diri bijak tetapi dihina
orang, biar bodoh asal bertanya, pasti akan berjaya.
3.Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Kalau tidak mahir
dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.
4.Ada gula ada semut - orang akan berkumpul ditempat yang banyak
mendatangkan rezeki
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Bentuk Pepatah
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan
berkerat-kerat atau berpatah-patah.
Contoh:
diam ubi berisi, diam besi berkarat
bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam
tetapi bodoh.
Tamsil dan Ibarat
Memberikan penjelasan tentang perkara yang hendak hendak dibandingkan Tamsil biasanya
bersajak dibandingkan. Tamsil biasanya bersajak sedangkan ibarat tidak.
Contoh:
Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga.
Tua-tua tua keladi semakin tua semakin menjadi keladi, semakin tua semakin menjadi.
Ibarat bunga yang, segar dipakai, layu dibuang
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.
Lidah Pendeta
Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi mengandungi pengajaran atau
falsafah hidup pengajaran atau falsafah hidup.
Contoh:
Bertangguh itu pencuri masa.
Bersatu teguh, bercerai runtuh.
Hilang bahasa lenyaplah bangsa.
Pemeo
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Pemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan member semangat atau menyindir.
Sebagai contoh:
Lebih baik mati daripada dijajah
Pemeo ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau memperkuat
sesuatu perjuangan.
Cogan Kata atau Motto
Cogan kata atau motto ialah kata semboyan atau sesuatu organisasi samada kerajaan atau
swasta. Contohnya:
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Cogankata ini mewrupakan semboyanh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato Seri Najib
Tun Abdul Razak.
HUBUNGAN SEMANTIK DALAM TEKS YANG DIKAJI
3.1 Aspek-aspek Makna
Aspek-aspek makna dalam semantik menurut Mansoer Pateda ada empat hal, iaitu:
3.1.1 Pengertian (sense)
Pengertian disebut juga dengan tema. Pengertian ini dapat dicapai apabila pembicara dengan
lawan bicaranya atau antara penulis dengan pembaca mempunyai kesamaan bahasa yang
digunakan atau disepakati bersama. Lyons (dalam Mansoer Pateda, 2001:92) mengatakan
bahwa pengertian adalah sistem hubungan-hubungan yang berbeda dengan kata lain di dalam
kosakata.
3.1.2 Nilai rasa (feeling)
Aspek makna yang berhubungan dengan nilai rasa berkaitan dengan sikap pembicara terhadap
hal yang dibicarakan.dengan kata lain, nilai rasa yang berkaitan dengan makna adalah
kata0kata yang berhubungan dengan perasaan, baik yang berhubungan dengan dorongan
maupun penilaian. Jadi, setiapkata mempunyai makna yang berhubungan dengan nilai rasa
dan setiap kata mempunyai makna yang berhubungan dengan perasaan.
3.1.3 Nada (tone)
Aspek makna nada menurut Shipley adalah sikap pembicara terhadap kawan bicara
( dalamMansoer Pateda, 2001:94). Aspek nada berhubungan pula dengan aspek makna yang
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
bernilai rasa. Dengan kata lain, hubungan antara pembicara dengan pendengar akan
menentukan sikap yang tercermin dalam kata-kata yang digunakan.
3.1.4 Maksud (intention)
Aspek maksud menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001: 95) merupakan maksud senang
atau tidak senang, efek usaha keras yang dilaksanakan. Maksud yang diinginkan dapat bersifat
deklarasi, imperatif, narasi, pedagogis, persuasi, rekreasi atau politik.
Aspek-aspek makna tersebut tentunya mempunyai pengaruh terhadap jenis-jenis makna yang
ada dalam semantik. Di bawah ini akan dijelaskan seperti apa keterkaitan aspek-aspek makna
dalam semantik dengan jenis-jenis makna dalam semantik.
Makna Emotif
Makna emotif menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) adalah makna yang timbul
akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang
dipikirkan atau dirasakan. Dicontohkan dengan kata kerbaudalam kalimat Engkau kerbau., kata
itu tentunya menimbulkan perasaan tidak enak bagi pendengar. Dengan kata lain,kata kerbau
tadi mengandung makna emosi. Kata kerbau dihubungkan dengan sikap atau poerilaku malas,
lamban, dan dianggapsebagai penghinaan. Orang yang dituju atau pendengarnya tentunya
akan merasa tersimggung atau merasa tidak nyaman. Bagi orang yang mendengarkan hal
tersebut sebagai sesuatu yang ditujukan kepadanya tentunya akan menimbulkan rasa ingin
melawan. Dengan demikian, makna emotif adalah makna dalam suatu kata atau kalimat yang
dapat menimbulkan pendengarnya emosi dan hal ini jelas berhubungan dengan perasaan.
Makna emotif dalam bahasa indonesia cenderung mengacu kepada hal-hal atau makna yang
positif dan biasa muncul sebagai akibat dari perubahan tata nilai masyarakat terdapat suatu
perubahan nilai.
Makna Konotatif
Makna konotatif berbeda dengan makna emotif karena makna konotatif cenderung bersifat
negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif (Fathimah Djajasudarma,
1999:9). Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa yang
diucapkan atau didengar. Misalnya, pada kalimatAnita menjadi bunga desa. Kata nunga dalam
kalimat tersebut bukan berarti sebagai bunga di taman melainkan menjadi idola di desanya
sebagai akibat kondisi fisiknya atau kecantikannya. Kata bunga yang ditambahkan dengan
salah satu unsur psikologis fisik atau sosial yang dapat dihubungkan dengan kedudukan yang
khusus dalam masyarakat, dapat menumbuhkan makna negatif.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Makna Kognitif
Makna kognitif adalah makna yang ditunjukkan oleh acuannya, makna unsur bahasa yang
sangat dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, objek atau gagasan, dan dapat
dijelaskan berdasarkan analisis komponenya (Mansoer Pateda, 2001:109). Kata pohon
bermakna tumbuhan yang memiliki batang dan daun denga bentuk yang tinggi besar dan
kokoh. Inilah yang dimaksud dengan makna kognitif karena lebih banyak dengan maksud
pikiran.
Makna Referensial
Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah hubungan antara unsur-
unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman nonlinguistik. Referen
atau acuan dapat diartikan berupa benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah
sesuatu yangditunjuk oleh suatu lambang. Makna referensial mengisyaratkan tentang makna
yamg langsung menunjuk pada sesuatu, baik benda, gejala, kenyataan, peristiwa maupun
proses.
Makna referensial menurut uraian di atas dapat diartikan sebagai makna yang langsung
berhubungan dengan acuan yang ditunjuk oleh kata atau ujaran. Dapat juga dikatakan bahwa
makna referensial merupakan makna unsur bahasa yanga dekat hubungannya dengan dunia
luar bahasa, baik berupa objek konkret atau gagasan yang dapat dijelaskan melalui analisis
komponen.
Makna Piktorikal
Makna piktorikal menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122) adalah makna yamg
muncul akibat bayangan pendengar ataupembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca.
Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul
karena pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis, misalnya
kata kakus, pendengar atau pembaca akan terbayang hal yang berhubungan dengan hal-hal
yang berhubungan dengan kakus, seperti kondisi yang berbau, kotoran, rasa jijik, bahkan timbul
rasa mual karenanya.
Kelewahan Makna
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal (keadaan) yg
berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (mis
perkataan yg digunakan dlm ayat). Keselarasan huruf vokalbermaksud keselarasan atau
kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan
antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.
Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan huruf vokal.
Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa
Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Kata pinjaman ialah kata-kata
yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris,
bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Untuk penjelasan lanjut, sila
rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail Dahaman).
Ketaksaan Makna
Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian
bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud
dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan
ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.
Contoh:
1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.
Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa
(iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah meninggal
dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi, menyedari
kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang
terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza
bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.
Dalam ayat 1 di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti
dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa
(nenek Mustafa) telah meninggal dunia.
Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan
ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa
Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu
kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan
dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan.
Semantik dan Linguistik
Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik
sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang
fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung,
manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di
tengah-tengah deretan ini.
Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika
tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita
mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi
tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu
sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang”, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat
ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya.
Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam
linguistik.
Sinonim
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama
atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya
perkataan ‘kereta’ dan ‘motokar’, ‘sejuk’ dan ‘dingin’, ‘suka’ dan ‘gemar’, ‘ganggu’ dan ‘kacau’,
‘lupus’ dan ‘luput’, ‘loncat’ dan ‘lompat’ dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus
sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.
Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di sekeliling kita.
Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis ‘Tolong jangan
usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini’. Di perpustakaan pula, terdapat
kata-kata yang berbunyi ‘Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual’. Perkataan-
perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun tidak terdapat
perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat.
Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan
kolokasi.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Sinonim Pinjaman
‘Belalang’ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam
dialek Perak, ‘belalang’ bermakna ‘cakcibau’.
Dalam dialek Kedah, ‘batas’ ialah ‘jalan raya’, yang maksud konvensionalnya ialah ‘timbunan
tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah’.
Sinonim Konteks
Perkataan ‘jemput’ dan ‘udang’ banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya,
‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan, manakala ‘undang’ dalam konteks tulisan. Ini
bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.
Sinonim Laras Sosial
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya ‘penyanyi’ ialah
orang yang ‘bernyanyi’ manakala ‘biduan’ bermaksud ‘status’ yang tinggi dalam profesionalisme
seni.
Sinonim Kolokasi
Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan
‘banyak’ dan ‘ramai’ mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, “Banyak kilang kekurangan
tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik
dalam peperiksaan tersebut.”
“Perkataan ‘banyak’ boleh digunakan sama ada bagi ‘manusia’, ‘tumbuh-tumbuhan’, ‘haiwan’
dan ‘benda’ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.
Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam
peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk
manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.
Antonim
Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang
tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk
lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin
lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai
pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi ‘tidak’ kadang
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan ‘lena’
lawannya ‘tidak lena’ ataupun ‘mati’ bermaksud ‘tidak hidup’.
Terdapat beberapa jenis antonim seperti:
(a) Antonim pasangan komplemen
(b) Antonim hubungan darjah
(c) Antonim hubungan bertentangan
Antonim pasangan komplemen
Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling
melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun,
tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih dan sebagainya.
Selain itu, perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-jaga
dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.
Antonim hubungan darjah
Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti
perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan
sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan
rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersiaz
panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama
jenis.
Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Sebagai contoh,
perkataan ‘kecil’ pada ‘kerbau kecil’ sebenarnya ,menunjukkan darjah dan makna yang tidak
sama pada perkataan ‘tikus kecil’. Demikian juga perkataan ‘laju’ bagi merujuk kepada kereta
lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.
Antonim hubungan bertentangan
Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Dalam hal ini,
kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya
beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X ‘beri’
barang pada Y bermakna Y akan ‘terima’ barang itu.
Hiponim, Homonim dan Polisem
Hiponim
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh,
melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.
Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai
lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.
Homonim
Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang
mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang
mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutka tadi dikatakan
mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan ‘kepala’ yang membawa maksud
‘ketua’ tidak sama maknanya dengan ‘kepada kereta api. ‘kepada manusia’ dan ‘kepala surat’.
Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak
berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk
ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna.
Polisem
Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara
konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang
mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.
Sebagai contoh, kata bantu ‘tentang’ boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Ada
masanya perkataan ‘tentang’ boleh membawa maksud ‘lawan’, seperti dalam ayat “Kita tentang
habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan ‘bisa’ yang membawa maksud sakit sangat dan
boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya ‘bisa’ digunakan untuk menggantikan
perkataan ‘boleh’. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, ‘tentang’ dan ‘bisa’ bervariasi
maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.
Makna Ayat
Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa
unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang
kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang
ditulis.
Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan
dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan
hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang
terdapat dalam ayat tersebut.
Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga
makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa
makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis
memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak
menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh
dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif.
Pengembangan Makna
Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan
penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor
Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa
pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh
penutur.
Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya ‘berlayar’, dulu
digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua
tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut ‘berlayar’ . Dahulu kata
‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih
tinggi kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya
disebut‘saudara’.
Penyempitan Makna
Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata
yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup
terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa
penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang
lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.
Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau
orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’ juga telah
disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga
pakar dalam sesuatu bidang.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Peristilahan Bahasa Melayu
Pengenalan
Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah, politik dan
ekonomi Malaysia , Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan memancarkan
kepelbagaian corak pengayaan bahasanya. Ketiga – tiga negara itu juga mempunyai kaedah
tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa Melayu.
Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segi peristilahan, Majlis
Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam –
Indonesia – Malaysia atau MABBIM telah memainkan peranan untuk mewujudkan satu bentuk
ejaan dan istilah yang baku atau seragam sejak tahun 1972. Pembakuan itu dilakukan untuk
pengembangan dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai
ilmu pengetahuan.
Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan
beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan konsep
atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar
melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai.
Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang
menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Melalui istilah, sesuatu konsep dalam bidang ilmu
tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. Kedudukan istilah menjadi lebih
penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan
bersifat teknikal.
Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan
bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Peristilahan merupakan
bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam
melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen
Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan
model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya
disesuaikan lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan
empat perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek.
Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu,
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. Hingga kini,
DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu, yang
kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku. Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan
bahawa DBP begitu kominted untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi semua usaha itu
tidak memberi manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai
sumbangan badan berkenaan, dan bersama – sama meletakkan bahasa Melayu sebagai
bahasa yang maju di rantau ini dan dunia umumnya.
Definisi Istilah
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan
kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu
bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks
bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3)
Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah
yang dihasilkannya). Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-
satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah
matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah
kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama
yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata
umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi
istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu.
Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfemmerupakan
istilah khusus dalam bidang masing-masing.
6.3 Morfem dan Proses Peristilahan
Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan
yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah
pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.
6.3.1 Kata akar
Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.
Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya.
6.3.2 Imbuhan dan Pengimbuhan
Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan.
Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- …-an(pemprosesan).
6.3.3 Penggandaan
Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh
(kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.
6.3.4 Gabungan
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses
penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara,
bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah yang digunakan di
dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku
apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan
penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah
dalam bidang keagamaan Islam danbelanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini
istilah ‘bajet’ digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di
dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas
tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956.
Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi panduan dan
mengawal kerja-kerja peristilahan. Jawatankuasa istilah ditubuhkan berdasarkan permintaan
individu yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahli akademik.
Jawatankuasa istilah yang paling awal ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah Ekonomi yang
dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A. Aziz. Sebagai pengerusi dan pengarah pertama
DBP, beliau juga seorang pejuang bahasa kebangsaan. Ungku A. Aziz telah menyaksikan
beberapa ciri perkembangan di dalam perwujudan istilah ekonomi yang tidak menyenangkan
beliau.
7.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan
istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan
menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan
pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah,
mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga
bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan
umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat.
Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada
tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Ia telah
melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus,
rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat,
mengadakan kempen “Mencintai Bahasa Melayu” dan mengawasi penggunaan bahasa Melayu
di sektor awam dan swasta. Apa yang jelas, pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan
oleh DBP melalui bahagian - bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan
sistematik.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan
kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa
Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara
Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di
ketiga tiga buah negara yang terlibat.
Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian
Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;
§ Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
§ Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
§ Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
§ Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
§ Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran
dan pemasyarakatan istilah.
§ Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama
dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.
Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh
Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah
Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah
sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan
lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini dalam tahun 1950-an.
Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam bahasa
Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmu pengetahuan.
Kalau tidak ada di dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu, bolehlah diambil istilah yang dipakai
di Indonesia, kerana memang bahasa di Tanah Melayu hendak disamakan dengan bahasa di
Indonesia. Kalau istilah Indonesia itu tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk
baharu. Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau istilah
asing yang tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi istilah
Melayu. Apabila membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. Oleh yang
demikian, istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau
keadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu. Di bawah ini diberikan contohnya:
a) Acid - asid (bukan acid)
b) Aciditiy - keasidan (bukan asiditi)
c) Acidic - berasid (bukan asidik)
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Selain itu, adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid,
asiditi, dan asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa
Inggeris.
Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu
pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu
itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman,
iaitu:
i. Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang
progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden,
ii. Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat
pemakai bahasa,
iii. Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah
sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia,
iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu
dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan
v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah
asal atau istilah antarabangsa.
Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-
penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah
peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat
dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran “gy”
dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”, sedangkan
kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. Contohnya
adalah seperti yang berikut:
a. Biology - kajihayat
b. Anthropology - kajimanusia
c. Sociology - kajimasyarakat
d. Archeology - kajipurba
e. Phonology - kajibunyi
f. Geology - kajibumi
g. Psychology - kajijiwa
h. Climatology – kajiiklim
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Berdasarkan contoh-contoh di atas bentuk istilah memang baik dan sesuai kerana ia
seragam, dan boleh dijadikan panduan untuk membentuk pelbagai istilah dalam bahasa Melayu
dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk di atas seperti kajiserangga, kajibintang,
kajihaiwan, kajitumbuhan, kajilautan, kajipenyakit dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga
daripada bentuk istilah seperti di atas menggambarkan bahawa bahasa Melayu memang cukup
kaya dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata istilah baharu dalam bahasa Melayu.
Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak mempertahankan
keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sedia ada, tetapi mengapa pula
perkataan “organ” diciplak daripada bahasa Inggeris, bahasa asing juga?
Oleh itu, untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas, maka ditetapkan
dasar kedua, supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis, dan kita dapat
menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat, terutama sekali bidang-bidang ilmu yang
sudah tersebar luas di seluruh dunia, seperti farmasi, farmakologi, filologi, fotosintesis,
neurologi, antropologi, linguistik, dan yang seumpamanya. Bagi dasar yang ketiga pun penting,
kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama, iaitu
bahasa Melayu Johor-Riau. Persamaannya sangat banyak, jika berbeza pun hanya kerana
pengaruh persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Kalau di Indonesia ada pengaruh
bahasa Belanda, di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Selain itu kita
dapat berkongsi membaca buku-buku rujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang
terbit di Malaysia.
Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang
lebih tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Dengan itu akan dapat
memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan
kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. Dasar yang
kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa
Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain, jika membentuk atau menggubal
istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi
bahasa induk, atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat
yang maju seperti Peranchis, Jerman dan Sepanyol. Oleh itu, untuk merealisasikan dasar –
dasar berkenaan maka DBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara, iaitu:
Bagi istilah pinjam-terjemah.
Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu.
Misalnya:
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
a. Fixed price - harga tetap
b. Market price - harga pasaran
c. Price list - senarai harga
d. Cost price - harga kos
e. Cost section - bahagian kos
Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis, ekonomi dan
ilmiah, maka (mengikut keutamaan):
a. Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmu
tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya;
b. Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya, walau dalam apa bidang
sekalipun, hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; dan
c. Sesuatu istilah asing, hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk istilah (bukan
terjemahan) yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku kata yang minimum.
Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut:
P Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu hendaklah terbatas kepada
(menurut keutamaan):
a. Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna hanya dalam bidang-
bidang seperti perubatan, farmakologi, kejuruteraan, aeroangkasa dan seumpanya.
b. Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau gelaran atau idiom.
Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo, James Watt dan lain-lain.
c. Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada persamaan Melayunya,
atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya. Contohnya
seperti computer dan digital camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja dengan
penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera.
d. Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa
Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyen dan sebagainya.
Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah:
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada kata nama
atau kata sifat. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentuk-
bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu.
Contohnya kita meminjam hanya perkataan “atom” dan tidak boleh meminjam kata atomic,
atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear (daripada nuclear) boleh
dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini mempunyai pengertian yang khas.
Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata yang
dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya dan
keutamaannya adalah seperti yang berikut:
a) mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani.
b) Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
c) mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu
bahasa Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya, iaitu:
Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas, banyak perkara dan tajuk
baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali, sehingga pedoman ini menjadi
panduan yang jelas dan tidak mengelirukan. Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke
dalam pedoman ini termasuklah:
Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan tatanama, istilah khusus dan
istilah umum, morfem peristilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan, kata berimbuhan, kata
gabungan, bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat kata;
Sumber istilah, seperti kosa kata bahasa asing; dan skema tatacara pebentukan istilah yang
mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti yang berikut:
a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai,
b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai,
c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai,
d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai,
e) Kata dalam bahasa Inggeris,
f) Kata dalam bahasa asing lain,
h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu.
Peranan MABBIM
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara,
iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis
Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu
Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan
Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik
Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei
Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih
menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.
Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi
atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM
bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai
bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi
realiti apabila usaha – usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua
bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasi maklumat, perubatan, perundangan,
perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya.
5.5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh
Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah
Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah
sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan
lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita
mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik,
kerana bentuk – bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.
Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun
semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman
yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara
dan pedoman, iaitu:
i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif
dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;
ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat
pemakai bahasa;
iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah
sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu
dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan
v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah
asal atau istilah antarabangsa.
Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal
istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju ke arah peringkat
antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan
melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam
bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”, sedangkan kata-kata
dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu.
Prinsip Pembentukan Istilah
Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan
kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman
Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam
antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab
mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat
bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses
pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa
bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan
pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.
Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;
i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.
ii. Kata terbitan.
iii. Kata ganda.
iv. Kata gabungan.
Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)
Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama,
kata kerja, dan kata adjektif.
Contoh:
Kata nama: buruj constellation
rawan gristle
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
cahaya light
Kata kerja: pecut accelerate
Imbas scan
reka invent
Kata adjektif: kenyal elastic
Rawak random
Cemas anxious
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang
terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang
boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh :
Cerpen cereka
tabika kugiran
pawagam RISDA
MARA ADUN
BERNAMA PLUS
KOBENA BERNAS
Istilah Kata Terbitan
Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan,
akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima
imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.
Paradigma kata dengan imbuhan ber-
Contoh:
belajar pelajar pelajaran
bertapa pertapa pertapaan
bertani petani pertanian
Paradigma dengan Penambah me(N)-
Contoh:
Menulis penulis penulisan tulisan
mengajar pengajar pengajaran ajaran
mengamal pengamal pengamalan amalan
membesar pembesar pembesaran -
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
mengubah pengubah pengubahan -
mengairi - pengairan –
Paradigma dengan me(N)-, ber-
Contoh:
memberhentikan - pemberhentian - perhentian
-
- - pembelajar pelajaran
Paradigma kata dengan me(N)-, per-
Contoh:
Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan
Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan
mempelajari pelajar - pelajaran
Paradigma kata dengan ke - an
Contoh:
saksi Kesaksian
bermakna Kebermaknaan
terbuka Keterbukaan
penduduk Kependudukan
sesuai kesesuaian
Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-
Contoh:
Gigi gerigi
susu tenusu
tapak telapak
kuncup kemuncup
sambung sinambung
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Istilah Kata Ganda
Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar
sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.
Ganda Penuh
Contoh:
langit-langit kanak-kanak
labi-labi paru-paru
buku-buku guru-guru
Ganda Suku Kata Awal
Contoh:
Tetikus rerongga jejari
Cecair rerambut kekisi
Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan
Contoh:
dedaunan
pepohonan
jejarian
Kata Ganda Berentak
Contoh:
Warna-warni Batu-batan
Serta-merta Bengkang-bengkok
Bolak-balik Hingar-bingar
Dolak- dalih Mundar- mandir
Simpang-siur rempah ratus
Istilah Bentuk Gabungan (majmuk)
Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam
gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa
imbuhan.
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Tanpa Imbuhan:
Contoh:
garis lintang atas aras laut
daftar masuk mesin atur huruf
mesin kira tangan segi empat tepat
ganda tiga kamera laut dalam
Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya
Contoh- contoh seperti :
saksi pendakwa pelarasan gaji
dalam talian atas talian
mengambil alih menerima pakai
penerima janji gelombang melintang
Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur
Contoh - contoh seperti:
Jagaan perlindungan kedudukan anggaran
Perjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasi
SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU
Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu
Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu
termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu
hendaklah memenuhi syarat yang berikut;
§ kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.
§ kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).
Contoh:
Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi
§ kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.
Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan
bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Contoh – contoh seperti:
§ gambut (daripada bahasa Banjar) – peat
§ nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain
§ engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut
§ dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf
§ dening (daripada dialek Kelantan) – yoke
Perbendaharaan Kata Bahasa Asal
Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa
serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau
bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa
sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa
Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional
dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam
bahasa Inggeris.
Contoh – contoh seperti:
Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu
Atom
Electron
Professional
Psychology
Structure
Radio
Television
Radiography
Atom
Elektron
Profesional
Psikologi
Struktur
Radio
Televisyen
Radiografi
Penyerapan Istilah Asing
Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;
§ Sesuai maknanya;
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
§ Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;
§ Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah
bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.
Bentuk-Bentuk Serapan
Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal
ini bergantung pada:
i. Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;
ii. Kemudahan belajar bahasa; dan
iii. Kepraktisan.
Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau
bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.
Istilah Asing yang sudah lazim
Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya
istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan
kekacauan dan kekeliruan.
Contoh – contoh seperti :
Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu
§ Campaign
§ Custom
§ Dengue
§ Grant
§ Pension
§ Kempen
§ Kastam
§ Denggi
§ Geran
§ Pencen
Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang
Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah
- istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Audioconferencing
Autosave
Broadcast
Client-server
Connection-oriented network
Data scrambler
Digital camera
Digital certificate
Digital purse
Digital signature
Sidang audio
Autosimpan
Siaran;siar
Pelanggan-pelayan
Rangkaian berorientasikan sambungan
Pengarau data
Kamera digital
Sijil digital
Dompet digital
Tandatangan digital
Istilah Undang Undang
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Administrative order
Civil disorder
Civil rights
Double jeopardy
Diplomatic immunity
Extradiction
Fraud
Fugitive offender
Fundamental rights
Judicial review
Legitimacy
Mala fide
Mandatory procedure
Native
Natural justice
Perintah pentadbiran
Gangguan awam
Hak sivil
Pendakwaan dua kali
Kekebalan diplomatik
Ekstradisi
Fraud
Pesalah buruan
Hak asasi
Kajian semula kehakiman
Kesahan
Mala fide
Tatacara mandatory
Anak negeri
Keadilan asasi
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Istilah Komputer
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Access
Bench mark
Cursor
Data base
Download
End user
Font
Hardware
Integrated circuit
Local area network
Capaian
Tanda aras
Kursor
Pangkalan data
Muat turun
Pengguna akhir
Fon
Perkakasan
Litar bersepadu
Rangkaian kawasan setempat
Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Balance sheet
Bridging loan
Buy out
Buy-back price
By-product
Capital gain
Cash flow
Certificate of authorization
Chief executive officer
Deed of trust
Investment climate
Long term debt
Short-term financing
Sole agent
Steering committee
Kunci kira-kira
Pinjaman penyambung
Beli habis
Harga beli balik
Keluaran sampingan
Laba modal / keuntungan modal
Aliran tunai
Perakuan kuasa
Ketua pegawai eksekutif
Surat ikatan amanah
Iklim pelaburan
Hutang jangka pendek
Pembiayaan jangka pendek
Ejen tunggal
Jawatankuasa pemandu
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Istilah Perhotelan
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Ballroom
Banquet
Budget hotel
Buffet
Business centre
Check-in
Check-out
Cocktail
Day use
Deluxe room
Double room
Function room
Luncheon
Twin bed
Waiter (L); waitress (P)
Dewan besar
Bankuet
Hotel jimat / hotel kelas ekonomi
Bufet
Pusat khidmat urusan
Daftar masuk
Daftar keluar
Koktel
Guna siang
Bilik mewah
Bilik kelamin
Bilik majlis
Jamuan tengah hari
Katil-kembar
Pramusaji
Fotografi
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Abstract photography
Between-the-lens shutter
Camera angle
Daylight film
Effective aperture
Flash
Ground-angle view
Half-length portrait
Invisible light
Latitude of exposure
Main lighting
Out of focus
Periscopic lens
Fotografi abstrak
Pengatup antara kanta
Sudut kamera
Filem warna cahaya siang
Apertur berkesan
Dengar
Pandangan sudut bawah
Potret separuh
Cahaya halimunan
Latitude dedahan
Pencahayaan induk
Luar fokus
Periskop
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Quartz lens
Reflect camera
Kanta kuarza
Kamera reflex
Istilah Matematik dan Statistik
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Aerial cable
Affine
Affine geometry
Affine variety
Aggregate
Aggregation
Aggregative
Aggregative index
Aggregative model
Kabel arial
Afin
Geometri afin
Aneka afin
Agregat
Pengagregatan
Berdaya agregat; pengagregatan
Indeks pengagregatan
Model berdaya agregat
Cabaran-Cabaran Pembentukan Istilah
Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang
dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang
memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar.
Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik, mereka amat memahami
keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya
dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai
kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak
cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan
pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum:
Kepesatan ilmu :
i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.
ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.
Kepakaran :
i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.
ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman)
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
Konsep dan definisi singkatan dan Lambang
Definisi Singkatan
Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan,
ringkasan , merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. Manakala Nik Safiah Karim dan
rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan
huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai
kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara
pembentukan akronim. Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang
dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap
Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan :
a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya :
lab ( laboratory)
b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya:
sin - sinus
cm - sentimeter
cos - konsinus
hab - habitat
c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya:
Mara - Majlis Amanah Rakyat
Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Tadika - taman didikan kanak – kanak
Cerpen - cerita pendek
Kugiran - kumpulan gita rancah
Berdikari - berdiri dengan kaki sendiri
Pawagam - Panggung wayang gambar
Perkeso - Pertubunhan Keselamatan Sosial
d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Misalnya:
JKR - Jabatan Kerja Raya
TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia
IPGKTAR - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia
Definisi Lambang
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili
entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi
fonetik atau sistem tulisan.
Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada
satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu
konsep. Contoh :
meter - meter - m
kilogram - kilogram - kg
second - saat - s
ampere - ampere - A
degree - darjah - K
candela - kandela - cd
radian - radian - rad
steradian - steradian - st
mole - mol - mol
hecto - hekto - h
centi - senti - c
mega - mega - M
giga - giga - G
EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu
Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf 9perkataan
dsb)daripada abjad sesuatu tulisan (misalantulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya
dsb dalam abjad system tulisan lain (spt Rumi). Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh
mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf
Yunani. Contoh transliterasi Arab. Contoh :
Bismillahirrahmanirrahim
muslimin
muslimat
ustaz
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
ustazah
haji
Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu
Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang
bersangkutan.
Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada
umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya:
bureau - biro
police - polis
ambulance - ambulans
Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah.
Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa
Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya:
Baekelund
Cannizzaro
Aquadag
Dacron
Keops
Dmitri Ivanovic Mendeleev
Anton Chekhov
Mao Tze Tung