klik sini untuk muat turun slide ceramah pengurusan risiko rasuah
TRANSCRIPT
KHAIRUL IZWAN BIN KARIM CAWANGAN PEMERIKSAAN DAN PERUNDINGAN SPRM SABAH
PENGURUSAN RISIKO RASUAH
DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KANDUNGAN CERAMAH
• Pengenalan Cawangan Pemeriksaan Dan Perundingan
• Definisi dan Kesalahan Rasuah
• Pengurusan Risiko Rasuah
• Penutup
KAWALAN DALAMAN
PEMBETULAN, PEMBAIKAN, PERUBAHAN KEPADA AMALAN, SISTEM DAN TATACARA
SEKSYEN 7(c), 7 (d) dan 7(e)
AKTA SPRM TAHUN 2009
PENDEKATAN PENCEGAHAN RASUAH
OLEH SPRM
Melaksanakan usaha-usaha pencegahan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan melalui kawalan ke atas sistem operasi jabatan untuk menyekat dan menutup ruang dan peluang
rasuah
1. Membuat pemeriksaan dan perundingan ke atas amalan, sistem dan tatacara kerja yang digunapakai di badan awam bagi mengenalpasti ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa serta memperakukan cara untuk mengatasi kelemahan yang wujud dalam sistem dan tatacara kerja tersebut.
2. Memberi khidmat nasihat kepada badan-badan awam, sesebuah organisasi dan syarikat swasta, atas permintaan pihak berkenaan tentang cara bagaimana rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa dapat dicegah dengan berkesan.
FUNGSI PMP
Penerimaan atau pemberian suapan
(rasuah) bertujuan supaya seseorang
itu melakukan atau tidak melakukan
sesuatu perbuatan yang berkaitan
dengan tugas rasminya.
RASUAH?
12
4 kesalahan utama:
• Meminta/menerima rasuah
• Menawar/Memberi rasuah
• Membuat tuntutan palsu
• Salahguna kedudukan/jawatan
oleh pegawai awam
AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009
14
Mana-mana orang atau ejen meminta/
menerima suapan (rasuah) sebagai
balasan untuk melakukan atau tidak
melakukan sesuatu perkara.
Sek.16 & 17(a) ASPRM 2009
Meminta/Menerima Rasuah
1
15
Contoh 1: Pegawai Kerajaan
Seorang kerani Jabatan Kewangan menerima wang
RM500.00 sebagai upah mempercepatkan bayaran
tuntutan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja
ubahsuai pejabat.
Meminta/Menerima Rasuah Contoh Kesalahan
Contoh 2: Swasta
Seorang CEO syarikat meminta rasuah berbentuk
komisen 5% daripada nilai projek daripada seorang
kontraktor. Rasuah bertujuan supaya kontraktor itu
berjaya dalam tender.
16
Mana-mana orang menawar/memberi
rasuah kepada seorang ejen/pegawai
awam sebagai balasan untuk melakukan
atau tidak melakukan sesuatu perkara
berkaitan hal ehwal ejen/pegawai awam
tersebut.
Sek. 17(b) ASPRM 2009
Menawar/Memberi Rasuah
2
17
Contoh 2:
Seorang pengurus sebuah kelab malam
menawarkan/memberi wang kepada pegawai
penguatkuasa PBT supaya mereka tidak
mengambil tindakan terhadapnya kerana melanggar
syarat-syarat perniagaan yang ditetapkan oleh PBT.
Menawar/Memberi Rasuah Contoh Kesalahan
Contoh 1:
Seorang penunggang motosikal memberi wang
rasuah kepada polis trafik bagi mengelakkan
daripada disaman kerana kesalahan lalulintas.
18
Mana-mana orang mengemukakan
dokumen tuntutan (contohnya pesanan
kerajaan, resit dan invoice) yang
mempunyai butiran atau maklumat palsu
dengan niat untuk memperdayakan
prinsipalnya (pejabat/majikan).
Sek. 18 ASPRM 2009
Mengemukakan Tuntutan Palsu
3
19
Seorang pegawai kerajaan (atau swasta) telah
mengemukakan tuntutan elaun perjalanan
kepada majikannya. Tuntutan tersebut
menyatakan beliau melaksanakan tugas rasmi di
Pulau Pinang, walhal pada tarikh tersebut beliau
tidak berada di tempat yang dinyatakan. Tuntutan
tersebut adalah bagi mendapat keuntungan
peribadi dan dengan niat untuk memperdayakan
majikannya.
Mengemukakan Tuntutan Palsu Contoh Kesalahan
20
Pegawai badan awam menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.
Sek. 23 ASPRM 2009
Salah Guna Kedudukan/Jawatan
4
21
Dalam satu mesyuarat tender, Pengerusi mesyuarat selaku YDP Pihak Berkuasa Tempatan telah menggunakan jawatan beliau dengan meluluskan dan memberikan projek pembinaan rumah kos rendah (di kawasan jajahan PBT itu) kepada syarikat XXX Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh isterinya sendiri.
Salah Guna Kedudukan/Jawatan Contoh Kesalahan
22
• Penjara tidak lebih 20 tahun; DAN
• 5 kali ganda nilai suapan atau
RM10,000, mana yang lebih tinggi.
HUKUMAN
23
• Seksyen 165 Kanun Keseksaan Penjawat awam menerima benda yang berharga
dengan tiada balasan berkait dengan urusan rasmi
penjawat awam tersebut
Cth:
A, seorang Hakim, menyewa sebuah rumah yang
dipunyai oleh Z yang akan dibicarakan dihadapan Z.
Sewa yang dikenakan oleh Z adalah RM 500
Sedangkan harga pasaran bagi sewaan adalah
RM1000.
LAIN-LAIN KESALAHAN
24
• Seksyen 409 Kanun Keseksaan
Pecah Amanah Jenayah oleh
Penjawat Awam atau Ejen.
Cth:
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) di Sekolah
Kebangsaan telah diamanahkan wang berjumlah RM
5,400.00 iaitu wang dari Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin (KWAPM) untuk dibayar kepada tahun 1-2008 telah
melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang itu,
LAIN-LAIN KESALAHAN
25
• Faktor Kelemahan Peribadi
• Faktor Pentadbiran/ Kepimpinan Organisasi ( Sistem & Prosedur)
• Faktor Ekonomi
• Faktor Pendidikan
PUNCA RASUAH
• Kelemahan kepimpinan dan dasar/arahan yang tidak jelas
• Karenah birokrasi dan kelewatan
• Penggunaan budi bicara & penurunan kuasa tanpa kawalan
• Kelemahan sistem dan prosedur (ketelusan/ akauntabiliti/ check & balance/ pemantauan/ kabur)
• Kepesatan ekonomi dan teknologi
KELEMAHAN ORGANISASI
LATARBELAKANG
• Sistem Pengurusan Akauntabiliti dan Integriti Sektor Awam (SPAI) sebagai mekanisme pelaksanaan JKP (1999-2009)
• Pengenalan JKTU pada tahun 2009 – SPAI dinyatakan sebagai salah satu mekanisme dalam kawalan dalaman untuk meminimakan risiko dalam sesuatu projek dan program yang berisiko tinggi
• Pada tahun 2012 SPAI ditambah baik dan menjurus kepada Corruption Risk Management (CRM) yang tertumpu kepada risiko ‘fraud’ (rasuah, penyelewengan, pakatan jenayah, penipuan, money laundering dan lain-lain.
• Mulai 18 Mei 2015 CRM ditambah baik menjadi CRM Version 2.0.
Alat pengurusan (Management Tool)
yang digunakan untuk menangani isu-isu risiko rasuah dengan menghasilkan
Pelan Pengurusan Risiko Rasuah dan mewujudkan sebuah sistem pengurusan
yang bercirikan anti rasuah dan mendukung nilai integriti
CRM?
Objektif CRM:
Digunakan sebagai alat asas pengurusan risiko untuk pencegahan
rasuah
Profil risiko rasuah dibangunkan dan diuruskan secara pendekatan
tersusun:
Mengenalpasti
Pengukuran
Penilaian Kawalan
Pemantauan (Monitoring)
Sebagai forum berkesan membincangkan isu-isu pencegahan
rasuah
Menjelaskan akauntabiliti dan tanggungjawab pencegahan rasuah
PELAN STRATEGIK
• Pelaksanaan CRM akan memudahkan pembentukan
Pelan Strategik Integriti organisasi kerana ia dapat membantu mengenalpasti isu-isu rasuah dan kelemahan tadbir urus yang wujud dalam organisasi.
• Membantu organisasi untuk mengenalpasti risiko-risiko rasuah yang telah, sedang atau mungkin akan berlaku dan seterusnya menghasilkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah
Definisi RISIKO
“Kesan ketidakpastian kepada objektif”.
•Sesuatu risiko selalu juga disebut dalam terma peristiwa
(event) atau (circumstance) dan dikuti dengan akibat
•Risiko juga dinyatakan dalam terma akibat dan
kebarangkalian.
ISO:31000, 2009 - Risk Management Principles and Guidelines
40
Risk Management – Titanic
“When anyone asks how I can best
describe my experience in nearly 40 years
at sea, I merely say, uneventful. Of course
there have been winter gales, and storms
and fog the like, but in all my experience, I
have never been in any accident of any
sort worth speaking about. …… I never
saw a wreck and never have been
wrecked, nor was I ever in any
predicament that threatened to end in
disaster of any sort“.
41
Risk Ignorant
(“Cowboy”)
Risk Nervous
(“Bureaucrat”)
Risk
Risk Aware
(“Self control on
entrepreneur”)
Control
Risk Management style
Risk
Averse
(“Mouse”)
(Source: KPMG Risk Advisory)
PERUBAHAN RISIKO
1. Faktor Dalaman
- perubahan dasar
- perubahan kepimpinan
- bajet
- pegawai baru
2. Faktor Luaran
- perubahan dasar negara
- perubahan peringkat global.
(cth. Jenayah merentasi sempadan)
BIDANG BERISIKO
1) PEROLEHAN 2) PELABURAN 3) PEMBINAAN 4) PELESENAN 5) PENGUATKUASAAN 6) PENGURUSAN TANAH
44
PENILAIAN RISIKO RASUAH
Cuba jawab persoalan berikut:-
Di mana kemungkinan rasuah wujud?
Bagaimana bentuk rasuah?
Apakah jenis rasuah boleh berlaku
semasa sesuatu tindakan, proses atau
operasi?
Bilakah rasuah itu boleh berlaku?
Apakah impaknya kepada organisasi?
45
ICD MACC © 2015, ALL RIGHTS RESERVE
Proses Penilaian Risiko Rasuah
Pengurusan
Pelan
Tindakan
Pilihan Rawatan
Risiko (TRAP)
Hapus (Terminate)
Kurangkan (Reduce)
Terima (Accept)
Pindah (Pass on)
7
Kenalpasti Risiko
Definasikan Objektif
Tentukan Akibat
Tahap Risiko Kasar
Kawalan Sedia Ada: •Kawalan 1 •Kawalan 2 •Kawalan 3
Kenalpasti Kawalan
Keberkesanan Kawalan
• Memuaskan • Ada kelemahan • Lemah o Tinggi (High)
o Signifikan (Significant) o Sederhana (Moderate) o Rendah (Low)
Tahap
Baki Risiko
• Tinggi (High) • Signifikan (Significant) • Sederhana (Moderate) • Rendah (Low)
1
2
3
4
5 6
Impak Kemungkinan
Impak Kemungkinan
Punca-punca •Punca 1 •Punca 2 •Punca 3
Punca-punca Kawalan Tambahan: •Kawalan 1 •Kawalan 2 •Kawalan 3
Terma
rujukan: •TOR 1
•TOR 2
•TOR 3
•TOR 4
•TOR 5
•TOR 6
•TOR 7
46
Risk Matrix (the “5 by 5 matrix”) – Gross Risk
Insignificant Minor Moderate Major Catastrophic
Almost Certain Significant Significant High High High
Likely Moderate Significant Significant High High
Moderate Low Moderate Significant High High
Unlikely Low Low Moderate Significant High
Rare Low Low Moderate Significant Significant
Consequence
Likelihood
Risk is measured in terms of likelihood of occurrence & consequence upon
occurrence
Jadual 3
Risko ID: Aktiviti/Proses Kerja Utama: Perolehan
Tajuk risiko: Kebocoran maklumat tender/sebutharga Negeri/Kementerian:
Penjelasan risiko:
Kebocoran maklumat ini boleh menyebabkan syarikat yang tidak kompeten dipilih dan boleh menyebabkan peralatan yang dibekalkan kurang berkualiti atau projek yang dibuat tidak mengikut speksipikasi. Ianya juga boleh membuka ruang dan peluang berlakunya perbuatan rasuah seperti tuntutan palsu dan menjejaskan imej organisasi.
Jabatan/Bahagian/Seksyen:
Pemilik risiko:
Punca-punca Akibat
1.Pegawai kurang integriti 6. Conflict of interest 2. Fotostat dokumen tanpa kawalan 7.Rasuah 3. Sabotaj 8. Kecuaian 4. Salah guna teknologi/ICT 9. Tidak faham SOP/ISO 5. Pegawai show –off 10. Pencerobohan-fizikal,alam maya
1. Imej kerajaan terjejas
2. Kepercayaan masyarakat menurun
3. Keselamatan negara terjejas 4. Mendapat peralatan/bekalan/projek kurang berkualiti
Impak Kebarangkalian (Likelihood) Tahap risiko kasar (gross risk)
Major Moderate High
Kawalan Sedia Ada Kawalan Tambahan/Pelan Tindakan dan TOR
1. Akta Rahsia Rasmi 1972 (1,2,3,5,8) 5. PUA Tatatertib (1,5,6,7,8)
2. Aku Janji (1,3,5,8) 6. Dasar ICT (4,8,10)
3. Arahan Keselamatan (1,2,3,5,10) 7. Kursus/Latihan (9,10)
4. SOP-MPK,FM (1,2,5,8,9) 8. Bilik khas (2,10)
1. Tindakan tegas (TOR 6) 4.CCTV (TOR 2,5) 2. Kursus/bengkel /motivasi (TOR 1,5) 5. Smartphone di luar bilik mesyuarat 3. Pengurusan sumber manusia- (TOR 2, 5) pusingan kerja & job matching 6. SOP/garis panduan–conflict of (TOR 5) interest (TOR 2)
Keberkesanan Kawalan (Ctrl effectiveness)
Some weakness
Impak Kebarangkalian (Likelihood) Baki Tahap Risiko (residual risk)
Major Unlikely Significant
ANALISA RISIKO RASUAH CRM 02
48
Strategi Rawatan Risiko: Kategori Risiko: Kewangan (Finacial)
Hapus
Kurangkan
Terima
Pindah
Pemilik Risiko: Bahagian........
Tarikh penilaian:
Oktober 2015
Tarikh penilaian berikutnya:
Disember 2015
Impak: Major Kebarangkalian: Unlikely Tahap risiko: Significant
Sasaran impak: Moderate Sasaran
kebarangkalian:
Rare Sasaran tahap
risiko:
Moderate
Tahap pelan tindakan tinggi untuk dipertimbangkan TOR Tanggungjawab Sasaran tarikh pelan
terperinci
1. Peraturan Smartphone di luar bilik mesyuarat 1,2 Bahagia A 30 November 2015
2. Pemantauan melalui pemasangan.CCTV 2,5 Bahagian B 30 November 2015
3 Sediakan SOP/garis panduan – conflict of interest 1,2 Bahagian C 24 Disember 2015
4. Melaksanakan pusingan kerja & job matching 2,5 Bahagian D 1 Januari 2016
5. Kursus/bengkel /motivasi – untuk meningkatkan integriti, kemahiran 1,5 Bahagian E
1 Mac 2016
6. Mengambil tindakan tegas kepada merekayang melanggar peraturan) - SOP 6 Bahagian F 30 November 2015
RISIKO PEROLEHAN :Kebocoran maklumat tender/ sebutharga
RISIKO ID: 01
Analisa risiko Terkawal Berterusan Berkaitan dengan risiko lain?
Tidak terkawal Sekali Pembangunan-Kelewatan penyiapan
projek Kombinasi
48
PELAN TINDAKAN PENCEGAHAN RASUAH CRM 03
DASAR & PERUNDANGAN
SISTEM & PROSEDUR
KERJA
TINDAKAN PENGESANAN, PUNITIF & PEMULIHAN
NILAI-NILAI MURNI & KOD ETIKA
KAWALAN DALAMAN
PENGIKTIRAFAN & PENGHARGAAN
PENGURUSAN PELANGGAN
7 TERMA RUJUKAN CRM
DASAR & PERUNDANGAN
SISTEM & PROSEDUR
KERJA
TINDAKAN PENGESANAN, PUNITIF & PEMULIHAN
KAWALAN DALAMAN
50
1. DASAR DAN PERUNDANGAN Mengenalpasti, mengkaji serta memperaku
pindaan kepada mana-mana dasar dan perundangan kementerian, jabatan dan agensi serta peraturan-peraturan yang dapat mengatasi kelemahan pengurusan, mempertingkatkan kawalan terhadap perlakuan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan kelemahan pentadbiran.
Seterusnya mewujud dan mendokumenkan pelan strategik
bagi meningkatkan amalan tadbir urus terbaik. Amalan ini berupaya mengatasi karenah birokrasi ke arah pencapaian sistem penyampaian Perkhidmatan Awam yang berintegriti, akauntabiliti, amanah, jujur, pengawasan dan pengamanahan (stewardship), telus dan responsif terhadap pelanggan.
Contoh:
52
• Meminda dasar-dasar organisasi yang ada elemen percanggahan kepentingan (conflict of interest)
• Cadangan meminda undang-undang supaya penguatkuasaan dapat dijalankan dengan baik
• Dasar yang jelas dan telus dalam pelaburan/perolehan
2. SISTEM DAN PROSEDUR KERJA
Mengenalpasti dan mengkaji kelemahan dalam sistem dan prosedur kerja
– lapok, rumit, penggunaan budi bicara tanpa
garis panduan, karenah birokrasi - boleh membuka ruang dan peluang kepada
perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
53
54
SISTEM DAN PROSEDUR KERJA
SOP/ MPK/ISO
FAIL MEJA
PIAGAM PELANGGAN
SENARAI TUGAS
CARTA ALIRAN KERJA
GARIS PANDUAN/ TATACARA KERJA
56
Contoh:
• Sesuatu prosedur dipermudahkan bahasanya supaya lebih difahami
• Memendekkan tempoh kelulusan sesuatu permohonan lesen
• Menampal SOP dikaunter supaya dapat dilihat oleh umum
• Ada elemen akauntabiliti dan menetapkan timeframe untuk setiap tindakan dalam sesuatu proses kerja
3. NILAI-NILAI MURNI DAN KOD ETIKA Melaksanakan aktiviti penggalakan, penerapan
serta penghayatan nilai-nilai murni dan etika bagi memantapkan integriti
Menerap dan menghayati nilai-nilai murni dan kod etika
dalam pelaksanaan dasar, perundangan, peraturan serta sistem dan prosedur kerja untuk mengekang hawa nafsu daripada melakukan perkara negatif termasuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Menggubal dan sentiasa memperkemaskan Kod Etika
kerja jabatan sebagai panduan kepada warga kerja kementerian/jabatan/agensi.
57
58
NILAI-NILAI MURNI & KOD ETIKA
NILAI-NILAI TERAS/ SHARED VALUES
KOD ETIKA JABATAN/ ORGANISASI
KOD TATAKELAKUAN
59
Contoh:
• Melaksanakan program untuk menghayati dan mengamalkan kod etika oleh semua warga organisasi
• Merangka dan melaksanakan program-program nilai-nilai murni berdasarkan isu-isu integriti yang berlaku dalam organisasi
KOD ETIKA KERJA - Elemen
60
• Melarang pegawai menerima habuan/suapan
• Peraturan terhadap penerimaan hadiah/ keraian
• Conflict of interest
• Tatakelakuan dengan pelanggan
• Komitmen terhadap tugas
• Saluran komunikasi/aduan pegawai/pelanggan
• Tiada pilih kasih
61
4. PENGURUSAN PELANGGAN
Mewujudkan satu sistem pengurusan pelanggan
yang cekap, peka, mesra dan responsif terhadap kehendak pelanggan.
Kegagalan menangani kehendak pelanggan sama ada stakeholders, pelanggan luar dan pelanggan dalaman boleh mengakibatkan organisasi dilihat sebagai gagal memenuhi peranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Pengurusan pelanggan yang strategik dan berkualiti memperlihatkan penambahan nilai dan pembaharuan berterusan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan.
62
PENGURUSAN PELANGGAN
SISTEM PENGURUSAN ADUAN
WHISTLE BLOWING POLICY
PIAGAM PELANGGAN KEY PERFORMANCE
INDICATOR (KPI)
63
Contoh:
• Melatih dan tingkatkan kemahiran kepada pegawai khidmat pelanggan sebagai front liner organisasi supaya dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan pelanggan secara cekap, mesra dan responsif
• Kajian untuk mengukur kepuasan
pelanggan dan membuat penambahbaikan kepada sistem pengurusan pelanggan
• Mewujudkan saluran aduan yang efektif
64
5. KAWALAN DALAMAN
Mewujudkan struktur organisasi dan penurunan kuasa yang jelas, aliran kerja yang telus dan akauntabiliti.
Penggunaan sumber yang optimum dan sistem pengurusan maklumat yang cekap dan berkesan untuk membantu organisasi mencapai misi dan matlamat atau objektif utama yang ditetapkan.
Kawalan dalaman membolehkan sumber-sumber organisasi diarah, dipantau, diukur untuk mengurangkan karenah birokrasi serta mencegah perlakuan yang mendekati rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
65
KAWALAN DALAMAN
INTEGRITY PACT
PUSINGAN KERJA (JOB ROTATION)
PENURUNAN KUASA YG TELUS & JELAS
SISTEM PENGURUSAN REKOD YG CEKAP
PUBLISITI & PENERANGAN
SISTEM PEMANTAUAN/ PENYELIAAN
Contoh:
66
• Mengkaji sama ada mekanisme kawalan dalaman seperti penyeliaan dan pemantauan mencukupi bagi memastikan warga organisasi melaksanakan tugas dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan di samping membuat penambahan kepada kekurangan yang ada
• Melaksanakan job rotation untuk hot job, hot officer atau hot spot
6. TINDAKAN PENGESANAN, PUNITIF
DAN PEMULIHAN
Mekanisme mengesan sebarang bentuk
pelanggaran undang-undang, peraturan, sistem dan prosedur kerja atau kod etika kerja.
Mengambil tindakan pembetulan dan pencegahan dengan segera berdasarkan kepada undang-undang atau peraturan tatatertib terhadap mereka yang terlibat.
Memberi kerjasama atau melaporkan kepada agensi penguatkuasa berkenaan mengenai sebarang bentuk kesalahan atau jenayah yang dilakukan oleh warga kerja.
67
68
TINDAKAN PENGESANAN, PUNITIF & PEMULIHAN
SISTEM PENGESANAN SALAHLAKU
TINDAKAN TATATERTIB
TINDAKAN PENTADBIRAN TINDAKAN PEMULIHAN
Contoh: 69
• Mewujudkan satu mekanisme bagi membolehkan organisasi mengesan sebarang pelanggaran undang-undang atau peraturan
• Melaksanakan tindakan tatatertib secara adil dan konsisten
• Tindakan ke atas pegawai yang keterhutangan yang berat
• Membuat pengesanan ke atas aset-aset
• Mengadakan kaunseling
70
7. PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN
Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai yang menunjukkan perkhidmatan cemerlang dan menunjukkan nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti sukarela, memberi nasihat dan bimbingan agama serta mereka yang melaporkan kes-kes rasuah, penyelewengan dan salah laku dalam kementerian, jabatan dan agensi.
71
PENGIKTIRAFAN & PENGHARGAAN
MEKANISME PENGIKTIRAFAN
ANUGERAH PEKERJA CONTOH BULANAN
ANUGERAH
PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)
72
Contoh:
• Mempelbagaikan bentuk pengiktirafan dan penghargaan kepada warga kerja yang berintegriti seperti Anugerah Pegawai Contoh Bulanan atau menghantar mereka menghadiri seminar di dalam atau ke luar negara
• Mewujudkan kriteria yang jelas, telus dan adil dalam pemilihan untuk pengiktirafan dan penghargaan supaya tidak timbul persepsi negatif terhadap organisasi