klon kambing

Upload: sepi-itu-indah

Post on 08-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Dolly dolly the sheep

TRANSCRIPT

Kelahiran Dolly kambing biri-biri betina yang berjaya diklonkan mendapat perhatian dunia kerana ia dianggap sebagai kejayaan pertama bidang teknologi sains pengklonan. Kelahirannya yang hanya diumumkan setahun selepas dilahirkan telah mencetuskan kontroversi dan kebimbangan penduduk dunia yang membantah cubaan ke arah pengklonan manusia.

Dolly dicipta menggunakan DNA sel-sel dewasa yang diambil daripada buah dada seekor biri-biri betina yang berusia enam tahun. Dolly dilahirkan pada 5 julai 1996 namun mati pada 2003 akibat jangkitan pada paru-parunya.

Ramai saintis yang membantah pengklonan Dolly, Menurut mereka, pengklonan mempunyai banyak kesan sampingan dan bahaya pada kesihatan individu yang diklonkan. Selain obesiti, sistem pertahanan tubuh dan masalah kecacatan genetik yang membabitkan sebahagian besar haiwan yang diklon, jangka hayat mereka juga pendek.

Atas alasan tersebut, pengklonan ke atas manusia mendapat bantahan demi bantahan. Para penyelidik Institut Kebangsaan Penyakit-penyakit Berjangkit di Jepun mendapati 10 daripada 12 ekor tikus yang diklonkan mati pada usia muda. Anak-anak tikus ini mati ekoran mengalami pneumonia, kegagalan hati dan ketumbuhan.

Kejayaan dua orang saintis, Prof. Panayiotis Zavos dari Amerika Syarikat dan Prof. Severino Antinori dari Itali yang berjaya membantu seorang wanita berusia 62 tahun melahirkan anak mendorong kedua-duanya untuk menghasilkan klon manusia bagi membantu pasangan kurang subur mendapatkan anak.( namun sampai kini manusia masih belum berjaya di klon)

Rancangan mereka telah mencetuskan provokasi kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai moral kemanusiaan. Justeru, persoalan yang timbul berikutan kejayaan pengklonan haiwan-haiwan ini ialah bolehkah pengklonan ke atas manusia di lakukan?

Meskipun, teknologi pengklonan berjaya menghasilkan Dolly dan Cc yang menjadi model kejayaan pengklonan, para saintis mempercayai bahawa teknologi yang ingin digunakan pada manusia masih belum berkembang sepenuhnya dan mekanismenya masih kabur

Selain Dolly, banyak lagi haiwan mamalia lain yang turut terlibat dalam percubaan pengklonan termasuk kambing, tikus, babi dan lembu. Semuanya tidak membuahkan hasil kerana kebanyakan haiwan yang dihasilkan daripada teknologi ini mempunyai banyak implikasi besar seperti menghidap penyakit-penyakit tertentu dan kecacatan.

Rentetan daripada kelahiran Dolly, dunia teknologi pengklonan sekali lagi mencatatkan kejayaan apabila para saintis yang diketuai oleh Dr. Mark Westhusin dan pasukannya dari Universiti A & M Texas, Amerika Syarikat buat julung kalinya berjaya mengklonkan haiwan peliharaan manusia iaitu kucing.