kolokium negeri 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · sejarah berasal daripada perkataan greek yang...

40
1 PENGENALAN Kepentingan subjek Sejarah dalam pembentukan insan menyebabkan pihak kerajaan memandang serius akan subjek tersebut. Lantaran itu, subjek ini telah dijadikan sebagai mata pelajaran teras yang sememangnya wajib diambil oleh para murid dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kemerosotan pencapaian murid dalam subjek Sejarah ini semakin meruncing. Kemerosotan ini amat jelas khususnya dalam kalangan pelajar-pelajar bukan Melayu. Keadaan ini telah mendorong pengkaji untuk menjalankan penyelidikan ini dan merungkai permasalahan ini dengan lebih mendalam. Kajian yang dijalankan ini merupakan satu bentuk kajian kes yang dijalankan terhadap murid-murid Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. Kajian ini merupakan satu kajian kes yang akan melihat perhubungan antara aspek minat dengan sikap murid, guru, dan penglibatan ibu bapa dalam mempengaruhi pencapaian pelajar Tingkatan 6 dalam mata pelajaran sejarah. Skop kajian ini hanya akan meliputi sebuah sekolah menengah di daerah Alor Gajah, Melaka, iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang.

Upload: dinhbao

Post on 17-Mar-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

1

PENGENALAN

Kepentingan subjek Sejarah dalam pembentukan insan menyebabkan pihak kerajaan

memandang serius akan subjek tersebut. Lantaran itu, subjek ini telah dijadikan sebagai mata

pelajaran teras yang sememangnya wajib diambil oleh para murid dari Tingkatan 1 hingga

Tingkatan 5.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kemerosotan pencapaian murid dalam

subjek Sejarah ini semakin meruncing. Kemerosotan ini amat jelas khususnya dalam kalangan

pelajar-pelajar bukan Melayu.

Keadaan ini telah mendorong pengkaji untuk menjalankan penyelidikan ini dan

merungkai permasalahan ini dengan lebih mendalam.

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu bentuk kajian kes yang dijalankan terhadap

murid-murid Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. Kajian

ini merupakan satu kajian kes yang akan melihat perhubungan antara aspek minat dengan

sikap murid, guru, dan penglibatan ibu bapa dalam mempengaruhi pencapaian pelajar

Tingkatan 6 dalam mata pelajaran sejarah.

Skop kajian ini hanya akan meliputi sebuah sekolah menengah di daerah Alor Gajah,

Melaka, iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang.

Page 2: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

2

Definisi Konsep

Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ).

Perkataan sejarah telah digunakan dalam penulisan ahli sejarah Greek iaitu Herodotus.

Perkataan ‘inquiry’ yang digunakan oleh ahli-ahli sejarah Greek telah mengalami perubahan

dan digantikan dengan istilah ‘historie’ dan seterusnya digantikan pula dengan perkataan

‘historia’.

Ringkasnya sejarah menurut para sarjana barat merupakan kajian terhadap peristiwa-

peristiwa lampau.Sejarah mengkaji ketamadunan sesuatu masyarakat atau negara.Namun

begitu, dalam kajian ini, sejarah merujuk kepada suatu mata pelajaran akademik yang diambil

oleh para pelajar sebagai suatu mata pelajaran di peringkat STPM.

Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi, sosiologi, pendidikan dan sains politik

yang mengemukakan kajian-kajian yang berkisar pada topik sikap ( Edwards, 1957 ).

Mengikut Smith dalam “International Encyclopedia Of Social Science” (1968), sikap ialah

satu organisasi kepercayaan yang tekal secara relatif di sekitar sesuatu objek atau situasi yang

membuatkan seseorang mudah terpengaruh dan member respon mengikut pemilihannya

sendiri.Mengikut Kamus Dewan (1989), istilah minat dapat ditakrifkan sebagai keinginan,

kesukaan, atau kecenderungan kepada sesuatu.

Mengikut oleh Kamus Pelajar (1987) guru ialah orang yang kerjanya mengajar.Guru

juga sinonim dengan istilah pengajar ataupun pendidik.

Penglibatan ibu bapa merujuk kepada penglibatan dan penyertaan mereka dalam apa-

apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau oleh mana-mana pihak yang terlibat

dalam bidang pendidikan.

Page 3: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

3

Objektif Kajian

Objektif khusus yang digariskan dalam kajian ini ialah :-

a) melihat dan membandingkan tahap-tahap min skor yang mempengaruhi pencapaian

akademik pelajar tingkatan enam dalam mata pelajaran sejarah

b) melihat pertalian antara faktor seperti sikap pelajar, minat pelajar, pengaruh guru, dan

penglibatan ibu bapa dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah; dan

c) melihat pertalian antara faktor demografi terpilih para responden iaitu aliran

persekolahan, jantina, ras, gred SPM, jam ulangkaji sejarah sehari dengan pencapaian

akademik dalam mata pelajaran sejarah.

Secara ringkasnya, kajian ini bertujuan untuk melihat pertalian antara pembolehubah bebas

seperti sikap, minat, dan sebagainya dengan pembolehubah bersandar iaitu pencapaian

akademik pelajar tingkatan enam dalam mata pelajaran sejarah.

Page 4: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

4

Persoalan Kajian

Kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat menjawab persoalan berhubung dengan faktor-

faktor yang mempengaruhi pencapaian subjek Sejarah dalam peringkat Sijil Tinggi Pelajaran

Malysia (STPM) seperti:-

a) Apakah tahap-tahap skor dan perbandingannya bagi faktor sikap dan minat murid,

pengaruh guru dan penglibatan ibu bapa dan perbandingan,

b) Adakah terdapat perhubungan antara sikap dan minat murid, pengaruh guru dan

penglibatan dengan pencapaian akademik dalam mata pelajaran sejarah, dan

c) Adakah terdapat perhubungan antara faktor ras, jantina, aliran persekolahan, dan jam

belajar sehari dengan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

Page 5: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

5

Kepentingan Kajian

Kajian yang menyeluruh tentang pemboleh ubah sikap dan minat murid, pengaruh

guru dan penglibatan ibu bapa dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar-pelajar

dalam mata pelajaran Sejarah adalah kurang. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat

memperkayakan ilmu pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan bidang sejarah. Kajian

ini juga akan dapat menjawab persoalan yang sering kali bermain di fikiran para pendidik

tentang sebab di sebalik kelemahan pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

Dapatan kajian ini akan merungkai kepentingan peranan guru dalam

mempertingkatkan pencapaian para murid dalam subjek Sejarah. Dapatan kajian ini dapat

digunakan oleh para guru dalam mempertingkatkan keberkesanan Pengajaran dan

Pemelajaran (P & P)

Kajian ini dapat digunakan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar betapa

pentingnya untuk mengikis sikap dan tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran

Sejarah.

Kajian ini dapat memberikan pendedahan kepada ibu bapa dalam mendorong mereka,

memberi sokongan, dorongan dan panduan kepada para pelajar.Penyelidikan ini dapat

membantu ibu bapa dalam meningkatkan prestasi murid di peringkat STPM.

Kajian ini secara tidak langsung akan mendedahkan kepentingan penglibatan pelbagai

pihak dalam menentukan pencapaian subjek Sejarah. Pencapaian akademik bukan hanya

tergalas di bahu para murid tetapi juga merupakan tanggungjawab semua pihak termasuk,

guru, ibu bapa dan masyarakat.

Page 6: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

6

Kajian ini juga diharapkan akan menjadi pendorong kepada kajian-kajian yang lebih

empirikal dilakukan dalam mengupas persoalan-persoalan secara lebih mendalam dan

terperinci.

Ruang Lingkup

Walaupun pada pendapat pengkaji, kajian ini akan memberi sumbangan yang besar

kepada perkembangan ilmu pengetahuan khususnya dalam mata pelajaran Sejarah, namun,

kajian ini mempunyai batasan-batasan tertentu yang menyebabkan hasil kajian ini tidak boleh

diaplikasikan kepada situasi dan keadaan sekolah yang berbeza.

Antara batasan kajian ini:

a) kajian ini hanya dilakukan terhadap murid Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Jenis

Kebangsaan Pulau Sebang di daerah Alor Gajah. Lantaran itu, penemuan yang bakal

diperoleh tidak melambangkan pencapaian dalam mata pelajaran sejarah bagi seluruh

negeri Melaka, dan

b) kajian ini hanya akan memberikan penekanan kepada empat pembolehubah iaitu sikap

dan minat murid, guru dan penglibatan ibu bapa.

Page 7: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

7

SOROTAN KAJIAN

Pendahuluan

Pelbagai teori dan dapatan kajian telah dikemukakan untuk menjelaskan faktor yang

mempengaruhi pencapaian subjek sejarah dalam kalangan pelajar sekolah

menengah.Beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa banyak faktor yang

mempengaruhi hasil pembelajaran subjek Sejarah dalam kalangan pelajar tingkatan

enam.Dalam kalangan ahli-ahli psikologi, aspek kognitif, sikap dan motivasi pelajar lebih

dipentingkan.Ahli-ahli sosioekonomi pula mengaitkan peranan keluarga dalam pencapaian

subjek Sejarah para pelajar. Dalam kalangan ahli psikologi sosial pula, mereka lebih

cenderung untuk mengkaji proses mendidik anak.

Tidak kurang juga dapatan pendapat yang mengaitkan faktor guru seperti

kelulusan, kaedah pengajaran, pengalaman dan sikap; faktor pengurusan dan pentadbiran

seperti kepimpinan pengetua, kemudahan dan insentif untuk guru; peranan masyarakat dan

rakan sebaya serta pelbagai faktor lagi dalam mempengaruhi pencapaian subjek Sejarah

pelajar.

Faktor lain merujuk kepada proses pendidikan. Dalam konteks ini termasuk faktor-

faktor seperti kaedah pengajaran, aktiviti pembelajaran, suasana bilik darjah, kemudahan di

sekolah, jenis sekolah, jenis kurikulum dan personaliti guru.

Page 8: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

8

Kajian Terhadap Pencapaian Akademik Dalam Mata Pelajaran Sejarah

Berbanding dengan kajian-kajian terhadap mata pelajaran seperti Matematik dan

sains, tidak banyak kajian yang dilakukan oleh para pengkaji sama ada dari luar negara mahu

pun dalam negeri tentang pencapaian subjek sejarah pelajar tingkatan enam dalam mata

pelajaran Sejarah.

Rohana Zubir (1981) dalam kajiannya menyatakan bahawa Sejarah di sekolah merupakan

satu kaedah yang mungkin paling sukar diajar dengan berkesan.Menurut beliau, beberapa

faktor luaran seperti kepesatan kurikulum dan keperluan peperiksaan, kekurangan bahan

pengajaran dan sumber-sumber lain, keadaan persekitaran luar darjah dan di sekolah dan

masalah disiplin murid-murid ditimbulkan sebagai penghalang kepada pengajaran Sejarah

yang berkesan.Faktor yang dianggap sebagai penghalang oleh beliau ialah faktor dalaman

iaitu kekurangan minat dan motivasi dalam kalangan pelajar-pelajar terhadap Sejarah.

Page 9: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

9

Hubungan Sikap Dengan Pencapaian Akademik

Sikap pelajar ialah faktor efektif yang menentukan proses pembelajaran Sejarah berlaku

dengan baik. Sikap yang afektif dan agresif akan meningkatkan kadar pembelajaran pelajar-

pelajar dalam Sejarah jika dibandingkan dengan sikap pasif dan negatif. Apabila seseorang itu

benar-benar didorong untuk maju, maka hampir semua pembelajaran akan mudah tercapai.

Sikap pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran akan menentukan usaha dan

komitmen terhadap kerja yang tinggi. Keadaan ini seterusnya akan mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Lantaran itu, sikap pelajar berkait rapat dengan tingkah

laku, daya usaha dan pencapaiannya.

Menurut Suradi Salim (1987) sikap pelajar terhadap guru, mata-mata pelajaran atau

kursus-kursus yang diambil akan mempengaruhi minat dan usaha ke arah kejayaan akademik.

Sikap negatif terhadap guru dan sekolah boleh melemahkan minat dan motivasi belajar dalam

mata pelajaran yang diajar oleh guru itu.

Page 10: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

10

Hubungan Minat Dengan Pencapaian Akademik

Foo Siet Chooi (1988) menyatakan dengan adanya minat, usaha dan semangat yang tinggi

untuk belajar, pencapaian dalam Matematik pelajar akan bertambah. Oleh itu, didapati

bahawa minat, semangat dan usaha untuk belajar adalah penting kerana pengajaran yang baik

tidak semestinya akan menjamin pencapaian yang baik bagi seseorang pelajar. Foo

berpendapat bahawa minat merupakan faktor yang lebih penting dalam menentukan

pencapaian akademik pelajar berbanding dengan faktor pengajaran guru. Hal ini demikian

kerana dengan adanya minat yang mendalam pada diri seseorang pelajar terhadap mata

pelajaran tertentu, ia akan terdorong untuk berusaha gigih dan giat ke arah mencapai

keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran tersebut.

Page 11: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

11

Hubungan Pengaruh Guru Dengan Pencapaian Akademik

Guru memainkan peranan yang penting dalam proses Pengajaran Dan Pemelajaran

( P&P ). Adalah tidak keterlaluan seandainya dikatakan bahawa guru berperanan penting dan

menjadi faktor penentu dalam kejayaan atau kegagalan proses P&P di dalam bilik darjah.

Guru juga menjadi penentu dalam kejayaan dan kegagalan seseorang pelajar dalam sesuatu

mata pelajaran terutamanya mata pelajaran Sejarah yang amat memerlukan penerangan yang

teliti dan berkesan dari guru untuk pemahaman para pelajar terhadap fakta Sejarah.

Menurut Abd.Rahim Abd.Rashid (1989) kelemahan pengajaran Sejarah di sekolah telah

banyak diperkatakan.Pada umumnya menurut beliau, kritikan-kritikan mengenai kelemahan

tersebut adalah berkait rapat dengan guru Sejarah itu sendiri. Pada umumnya, sekiranya kita

menjalankan kajian yang mendalam, kita akan mendapati bahawa ciri-ciri guru seperti sikap

dan sifatnya serta cara pengajaran guru mempengaruhi pembelajaran pelajar.

Page 12: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

12

Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa Dengan Pencapaian Akademik

Menurut Tajul Ariffin (1990) ibu bapa berperanan dalam mewujudkan suasana

pembelajaran yang sesuai untuk anak-anak di samping membimbing mereka agar

mengamalkan proses belajar yang betul. Kedudukan dan peranan ibu bapa ialah soal yang

paling utama dalam pendidikan kerana keluarga dan persekitaran rumah merupakan tempat di

mana pendidikan asas bermula atau berlaku.Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk

sikap yang positif dalam kalangan anak-anak mereka terhadap pendidikan.

Kesimpulan

Daripada kajian literatur yang dilakukan, didapati bahawa terdapat banyak faktor yang

mempengaruhi pencapaian akademik para pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.Masing-

masing penulis menyatakan bahawa mata pelajaran sejarah ini amat sukar dipelajari jika

pelajar bersifat pasif dan negatif.Lantaran itu, untuk membentuk sikap yang positif dalam

kalangan anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah diri

anak-anak.

Page 13: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

13

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan kaedah soal selidik. Borang soal

selidik akan diberikan kepada para responden yang terpilih untuk mendapatkan data-data bagi

melihat hubungan atau korelasi antara faktor minat pelajar, sikap pelajar, pengaruh guru, dan

penglibatan ibu bapa dengan pencapaian mata pelajaran sejarah para pelajar di tingkatan enam

atas.

Kaedah tinjauan ini dipilih setelah mempertimbangkan permasalahan masa dan kos

perbelanjaan. Penggunaan soal selidik juga didapati amat sesuai kerana ia lebih mudah

diuruskan dan data yang diperoleh dapat dianalisis secara sistematik

Prosedur Kajian

Langkah awal yang ambil sebelum kajian ini dijalankan adalah dengan mendapatkan

kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah SMJK Pulau Sebang kerana kajian ini melibatkan

para pelajar tingkatan enam atas di sekolah ini.

Selepas itu, instrumen soal selidik telah dirangka dalam Bahasa Melayu. Soalan-

soalan soal selidik yang dibentuk berasaskan kajian-kajian yang lepas dan panduan serta

nasihat daripada penyelia.

Page 14: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

14

Kajian Rintis

Satu kajian rintis yang melibatkan beberapa orang murid telah dijalankan bagi tujuan

menguji kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Ujian rintis ini juga

penting bagi mengukur kefahaman responden terhadap arahan dan kehendak soalan yang

dikemukakan.

Berdasarkan kajian ini, penyelidik dapat mengubah suai soalan yang kurang sesuai

digunakan dalam kajian ini.

Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di SMJK Pulau Sebang dalam daerah Alor Gajah,

Melaka.Sekolah ini dipilih memandangkan ia menawarkan mata pelajaran sejarah pada

peringkat tingkatan enam. Di samping itu, segala kerja-kerja penyelidikan dapat dipermudah

memandangkan pengkaji merupakan pelajar sekolah ini

Sampel Kajian

Sampel kajian yang terlibat dalam penyelidikan ini meliputi semua murid tingkatan

enam atas seramai 20 orang yang mengambil subjek sejarah. Pelajar terdiri daripada pelbagai

latar belakang.

Page 15: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

15

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soalan soal selidik.

Soalan soal selidik ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu latar belakang murid, minat

pelajar, sikap pelajar, pengaruh guru, dan penglibatan ibu bapa. Satu siri soalan disediakan

bagi setiap pemboleh ubah yang dikaji.

Responden dikehendaki memberi maklum balas kepada empat faktor yang

mempengaruhi pencapaian subjek sejarah berdasarkan skala likert berjulat 1 ( amat tidak

setuju ) hingga 4 ( amat setuju ).

Instrumen yang diguna pakai adalah daripada soalan-soalan yang didapati dalam

kajian-kajian yang terdahulu.Soalan-soalan yang dipilih ini diubah suai dan disesuaikan

dengan objektif dan kehendak kajian ini.

Page 16: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

16

ANALISIS DATA KAJIAN

Bab ini akan mengupas, membincang dan merumuskan hasil kajian yang telah

dijalankan berhubung dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik dalam

mata pelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam Atas di Sekolah Menengah

Jenis Kebangsaan Pulau Sebang, Melaka.

Bab ini akan dibahagikan kepada dua aspek perbincangan iaitu latar belakang

responden dan hasil keputusan kajian berdasarkan data-data yang diperoleh melalui kajian

yang telah dijalankan.

Latar Belakang Diri Pelajar

Para responden yang dipilih secara rawak datang daripada latar belakang yang

pelbagai dari segi aliran persekolahan, jantina dan ras.

Page 17: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

17

Aliran Persekolahan

Hasil kajian menunjukkan bahawa daripada 20 responden yang dipilih, seramai 16 orang

(80%) adalah dari aliran sastera. Bagi aliran Sains dan Prinsip Akaun masing-masing

menunjukkan jumlah responden yang sama iaitu sebanyak 2 orang(10%).

Taburan Responden Mengikut Aliran Persekolahan

Aliran Kekerapan Peratusan

Sains 2 10%

Sastera 16 80%

Prinsip Akaun 2 10%

Ekonomi Asas 0 0%

Perdagangan 0 0%

Page 18: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

18

Jantina

Data kajian menunjukkan bahawa seramai empat orang ( 20% ) daripada responden

ialah pelajar lelaki manakala pelajar perempuan yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai

16 orang (80. Keadaan ini dapat dilihat dengan lebih ketara melalui jadual di bawah.

Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan Peratusan

Lelaki 4 20%

Perempuan 16 80%

Page 19: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

19

Ras

Melalui hasil kajian, didapati bahawa pelajar hanya terdiri daripada tiga kumpulan

kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Pelajar Cina merupakan kumpulan majoriti di

sekolah tersebut dengan seramai sembilan orang ( 45% ). Responden daripada kaum Melayu

pula seramai tujuh orang (35%) manakala responden India seramai empat orang (20%).

Taburan Responden Mengikut Ras

Ras pelajar Kekerapan Peratusan

Melayu 7 35%

Cina 9 45%

India 4 20%

Page 20: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

20

Cita-Cita Pelajar

Kesemua responden yang dipilih mempunyai matlamat hidup yang khusus. Hal Ini

dapat dibuktikan dengan kematangan mereka memilih pekerjaan secara tepat berdasarkan

kemampuan masing-masing. Sebanyak tujuh jawatan yang disenaraikan oleh dua puluh orang

responden yang dipilih. Daripada kajian yang dijalankan, majoriti responden iaitu seramai

tujuh orang (35%) bercita-cita untuk menjadi peguam. Terdapat lima orang (25%) responden

memilih untuk menjadi guru, tiga orang (15%) ingin menjadi seorang akauntan dan dua orang

memilih untuk menjadi ahli perniagaan & perbankan. Selain itu, masing-masing seorang

responden memilih untuk menjadi doktor, polis dan penterjemah.

Cita-Cita Para Responden

Cita -cita Kekerapan Peratusan

Guru 5 25%

Peguam 7 35%

Akauntan 3 15%

Doktor 1 5%

Ahli Perniagaan & Perbankan 2 10%

Polis 1 5%

Penterjemah 1 5%

Page 21: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

21

Keputusan Sejarah SPM

Berdasarkan jadual di bawah, kita dapat merumuskan bahawa responden yang mempunyai

pencapaian tahap gred A dalam mata pelajaran sejarah peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (

SPM ) merupakan bilangan yang paling ramai daripada jumlah dua puluh orang responden.

Daripada dua puluh orang responden, sebanyak 45% ( 9 orang ) mendapat gred A dalam

peperiksaan SPM yang diduduki pada tahun 2009. Sebanyak 20% ( 4 orang ) mendapat gred

B, manakala sebanyak 35% ( 7 orang ) mendapat gred C dalam mata pelajaran sejarah di

peringkat SPM.

Taburan Responden Mengikut Pencapaian SPM

Gred Kekerapan Peratus ( % )

A 9 45.0

B 4 20.0

C 7 35.0

jumlah 20 100.0

Page 22: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

22

Jumlah Jam Ulangkaji Sejarah Sehari

Kebanyakan responden hanya menggunakan masa selama sejam sehari untuk

mengulang kaji mata pelajaran Sejarah. Mereka terdiri daripada seramai 12 orang responden

atau 60% daripada jumlah 20 orang responden. Selebihnya 8 orang atau 40% orang responden

mengulangkaji mata pelajaran Sejarah selama 2 jam sehari. Keadaan ini dapat dilihat dengan

lebih jelas melalui jadual di bawah.

Taburan Jumlah Jam Ulangkaji Sejarah Sehari Di Kalangan Responden

Jam sehari belajar Kekerapan Peratusan

Sejam 12 60%

Dua jam 8 40%

Page 23: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

23

KEPUTUSAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan mengemukakan keputusan kajian tentang sikap,

pelajar, pengaruh guru dan penglibatan ibu bapa dalam pencapaian prestasi pelajar Tingkatan

Enam Atas dalam mata pelajaran Sejarah. Bahagian ini juga akan menyentuh dapatan kajian

berkaitan dengan perhubungan antara faktor-faktor yang dipilih dari aspek demografi

responden seperti jantina, ras, cita-cita dan sebagainya dengan prestasi pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran Sejarah.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Pencapaian Akademik Dalam

Mata Pelajaran Sejarah

Sebanyak empat faktor telah dipilih dalam kajian ini bagi melihat kaitannya dengan prestasi

pencapaian pelajar tingkatan enam dalam mata pelajaran sejarah.Faktor-faktor terlibat ialah

faktor sikap, minat pelajar, pengaruh guru, dan penglibatan ibu bapa.

Dalam melihat perhubungan antara pembolehubah ini, skala likert 4 poin yang digunakan

dalam borang soal selidik iaitu 1 = amat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = setuju, 4 = amat

setuju telah dikompositkan dan direkodkan ke dalam 2 kategori atau tahap iaitu 1 = rendah

(tidak setuju), 2 = tinggi (setuju).

Page 24: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

24

Tahap-Tahap Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Sejarah

Bahagian ini bertujuan untuk melihat objektif pertama dalam kajian iaitu melihat tahap dan

perbandingan antara faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

Tingkatan Enam Atas dalam mata pelajaran Sejarah.

Hasil kajian menunjukkan bahawa seramai 15 orang (76%) responden mempunyai

tahap sikap yang tinggi dan 5 orang (24%) berada pada tahap rendah. Bagi faktor minat

pelajar, sebanyak 18 orang ( 89% ) daripada responden berada pada tahap tinggi berbanding

dengan 2 orang ( 11% ) yang berada pada tahap rendah. Bagi faktor pengaruh guru seramai 20

orang (100%) responden berada pada tahap tinggi. Faktor penglibatan ibu bapa pula,

memperlihatkan seramai 16 orang (82%) berada pada tahap tinggi manakala 4 orang (18%)

berada pada tahap rendah.

Tahap-Tahap Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Sejarah

Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi

Rendah

(peratus kekerapan)

Tinggi

(peratus kekerapan)

Sikap pelajar 5 ( 24% ) 15 ( 76% )

Minat pelajar 2 ( 11% ) 18 ( 89% )

Pengaruh guru 0 ( 0% ) 20 ( 100% )

Penglibatan ibu bapa 4 ( 18% ) 16 ( 82% )

Page 25: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

25

Perbandingan Min Skor Faktor-Faktor

Min Skor Bagai Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Sejarah

Faktor-faktor Min Sisihan piawai

Sikap pelajar 2.99 0.7937

Minat pelajar 3.36 0.6711

Pengaruh guru 3.87 0.3648

Penglibatan ibu bapa 3.06 0.7723

Jadual di atas menunjukkan bahawa faktor pengaruh guru mempunyai min skor yang paling

tinggi berbanding dengan min skor bagi faktor-faktor lain seperti sikap pelajar, minat pelajar,

dan penglibatan ibu bapa.Faktor pengaruh guru yang paling tinggi mempunyai min skor

bernilai 3.87, diikuti oleh faktor minat pelajar yang bernilai 3.36, penglibatan ibu bapa

bernilai 3.06, dan faktor sikap pelajar mempunyai min skor yang terendah denagan nilai 2.99.

Pertalian Antara Faktor Sikap Pelajar, Minat Pelajar, Pengaruh guru, Dan

Penglibatan Ibu Bapa Dengan Pencapaian Sejarah

Bahagian ini dikupas untuk melihat objektif kedua kajian yang ingin mengkaji pertalian

antara faktor sikap pelajar, minat pelajar, pengaruh guru dan penglibatan ibu bapa dengan

pemboleh ubah bersandar iaitu pencapaian prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

Data-data yang telah dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan ujian korelasi spearman

Page 26: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

26

1. Sikap Pelajar Dan Pencapaian Sejarah

Dapatan kajian ini dapat disokong oleh ujian korelasi spearman yang menunjukkan bahawa

terdapatnya korelasi antara sikap pelajar dengan pencapaian mata pelajaran sejarah

Korelasi Antara Sikap Pelajar Dengan Pencapaian Sejarah

Pembolehubah bebas Korelasi

Sikap pelajar 0.4611

Merujuk jadual di atas, didapati bahawa korelasi yang lemah atau rendah wujud antara

sikap pelajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

2. Minat Pelajar Dan Pencapaian Sejarah

Daripada jadual di bawah, kita dapat merumuskan bahawa terdapat pertalian di antara minat

pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran sejarah.

Korelasi Antara Minat Pelajar Dengan Pencapaian Sejarah

Pembolehubah bebas Korelasi

Minat pelajar 0.1269

Menurut jadual di atas, didapati bahawa korelasi yang lemah atau rendah wujud antara

sikap pelajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah

Page 27: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

27

3. Pengaruh Guru Dan Pencapaian Sejarah

Ujian korelasi ini menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan antara pengaruh guru dengan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

Korelasi Antara Pengaruh Guru Dengan Pencapaian Sejarah

Pembolehubah bebas Korelasi

Pengaruh guru 0.2491

Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa korelasi yang lemah atau rendah wujud

antara sikap pelajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah

4. Penglibatan Ibu Bapa Dan Pencapaian Sejarah

Jadual di bawah menunjukkan perhubungan antara faktor penglibatan ibu bapa dengan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

Korelasi Antara Penglibatan Ibu Bapa Dengan Pencapaian Sejarah

Pembolehubah bebas Korelasi

Penglibatan ibu bapa 0.2269

Merujuk jadual di atas, didapati bahawa korelasi yang lemah atau rendah wujud antara

sikap pelajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah

Page 28: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

28

Kesimpulan

Kajian yang menggunakan ujian korelasi spearman ini menunjukkan bahawa

pemboleh ubah bebas iaitu sikap pelajar mempunyai hubungan korelasi yang paling tinggi

jika dibandingkan dengan, minat pelajar, pengaruh guru, dan penglibatan ibu bapa.Faktor-

faktor ini mempunyai hubungan dengan pemboleh ubah bersandar iaitu pencapaian akademik

pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

Page 29: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

29

DAPATAN KAJIAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN

Pendahuluan

Sebagai penutup, bab ini akan menghuraikan serta merumuskan keseluruhan penyelidikan

yang telah dijalankan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

tingkatan 6 atas dalam mata pelajaran Sejarah.

Hasil Kajian

Latar Belakang Responden

Dariapda 49 orang pelajar tingkatan enam, seramai 20 orang dipilih sebagai responden dalam

kajian ini. Responden bagi kajian ini agak tidak seimbang dari segi jantina iaitu lelaki

sebanyak 4 orang ( 20% ) dan perempuan sebanyak 16 orang ( 80% ).

Sikap Pelajar Dan Pencapaian Sejarah

Penemuan dalam kajian ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sikap pelajar

merupakan faktor berkesan yang menentukan proses pembelajaran sejarah sama ada berjalan

lancar ataupun sebaliknya. Sikap yang afektif dan agresif akan mempertingkatkan kadar

pembelajaran pelajar-pelajar dalam mata pelajaran sejarah jika dibandingkan dengan sikap

pasif.

Page 30: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

30

Minat Pelajar Dan Pencapaian Sejarah

Kebanyakan kajian yang dijalankan berhubung dengan pencapaian akademik pelajar

memperlihatkan satu ciri persamaan iaitu mereka bersetuju bahawa minat pelajar mempunyai

hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.Kajian ini

juga menunjukkan bahawa pertalian minat mempunyai hubungan yang rapat dengan

pencapaian dan kebolehan seseorang.

Pengaruh Guru Dan Pencapaian Sejarah

Guru memainkan peranan yang penting dalam aspek pendidikan. Seseorang guru yang

berkesan mampu menimbulkan minat dalam kalangan pelajarnya terhadap pekara yang ingin

disampaikannya. Peranan guru dapat dilihat melalui reaksi pelajar terhadap proses pengajaran

dan pembelajaran seperti sama ada guru disukai oleh pelajar, guru berjaya menghidupkan

suasana pembelajaran, pengajaran mudah difahami, pengajaran guru menarik minat pelajar,

dan ciri-ciri personaliti guru serta perwatakan guru yang berjaya menarik perhatian.

Penglibatan Ibu Bapa Dan Pencapaian Sejarah

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji menunjukkan bahawa tidak wujud hubungan yang

signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian pelajar tingkatan enam dalam mata

pelajaran sejarah. Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam

pelajaran anak-anak mereka tidak mempengaruhi tinggi atau rendahnya pencapaian seseorang

pelajar.

Page 31: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

31

Faktor-Faktor Demografi Dan Pencapaian Sejarah

Sebanyak lima faktor demografi yang dikaji untuk melihat perkaitannya dengan pencapaian

pelajaran dalam mata pelajaran sejarah. Faktor-faktor tersebut ialah jantina, ras, aliran

persekolahan, gred SPM, dan jam ulangkaji sejarah sehari.

Cadangan

Kajian ini hanya melibatkan seramai 20 orang responden pelajar tingkatan 6 atas dari

Sekolah Menegah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. Penemuan yang di

dapati oleh pengkaji tidak boleh digunakan untuk rujukan kepada pencapaian pelajar dalam

mata pelajaran sejarah di kawasan lain. Oleh sebab itu, pengkaji ingin mencadangkan kepada

pengkaji yang akan datang supaya menjalankan satu kajian yang lebih menyeluruh terhadap

responden dan sekolah yang lebih banyak serta skop kawasan yang lebih luas supaya hasil

dapatannya lebih berkesan.

Kajian yang seterusnya seharusnya mengambil sampel pelajar tingkatan enam atas

yang mengambil mata pelajaran sejarah. Hal ini adalah untuk mendapatkan gambaran yang

lebih jelas dan tepat memandangkan kumpulan pelajar ini sudah semestinya mempunyai

persediaan yang lebih rapi dalam menghadapi peperiksaan STPM.

Pengkaji juga mencadangkan, kajian haruslah merangkumi para responden yang

dipilih daripada kalangan guru untuk mendapatkan gambaran dan senario yang menyeluruh

tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran

sejarah.

Kajian ini juga boleh menggunakan kaedah tinjauan yang berbentuk pemerhatian

ataupun menggunakan kaedah temuramah. Ini akan membantu untuk mengkaji persoalan

dengan lebih mendalam dan lebih terperinci terhadap faktor yang mempengaruhi mereka.

Page 32: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

32

Pengkaji juga mencadangkan kepada pengkaji akan datang bahawa kajian ini juga

boleh dilakukan ke atas subjek lain untuk mengkaji pertalian antara faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian subjek tersebut.

Kesimpulan

Kajian ini menunjukkan sememangnya wujud pertalian yang signifikan antara faktor sikap

pelajar, minat pelajar, dan pengaruh guru terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

sejarah.Namun begitu, faktor penglibatan ibu bapa memperlihatkan perhubungan yang

songsang dengan pencapaian pelajar dalam sejarah. Oleh itu, pengkaji membuat kesimpulan

bahawa penglibatan ibu bapa tidak mempengaruhi proses pembelajaran pelajar.

Page 33: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

33

BIBLIOGRAFI

1. Rohana Zubir. “ The History Teacher’s Dilemma – Fact Or Fiction. ” Jurnal Masalah

Pendidikan. 9 ( 1980/81 ): 87-93

2. Suradi Salim. “ Tinjauan Sikap Dan Tabiat Belajar Sekolah-Sekolah Menegah Negeri

Sembilan. ” Jurnal Pendidikan. 11 ( 1987 ): 77-90

3. Foo Siet Chooi. “ Hubungan Antara Sikap, Jantina Dan Penguasaan Konsep Asas

Matematik Dengan Pencapaian Dalam Matematik Moden Untuk Pelajar Jurusan Sastera. ”

Thesis, UKM, 1998

4. Abd. Rahim Abd. Rashid. ( 1989 ). Strategi Pengajaran Kbsm. Petaling Jaya: Fajar

Bakti

5. Tajul Ariffin N. ( 1990 ). Pendidikan: Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka

6. Bong Chin Mei. “ Kajian Mengenai Faktor Jantina Ke Atas Pencapaian Dalam Matematik

Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat Dan Enam Bawah. ” Latihan Ilmiah , UKM, 1990

7. Halimah B. Z. “ Satu Kajian KesTentang Pengaruh Ibu Bapa Terhadap Minat Membaca

Para Pelajar Tingkatan Empat Di Salah Sebuah Sekolah Di Kajang. ” Junal Pembacaan.

1 ( 1992 ): 12-26

8. Ibrahim Saad. ( 1986 ). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan

Pustaka

9. Kementerian Pendidikan Malaysia. ( 1989 ). Kamus Dewan. Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa Dan Pustaka

10. Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 1993 ). Huraian Sukatan Mata Pelajaran Sejarah

Menengah Atas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Page 34: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

34

SOALAN SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A

LATAR BELAKANG DIRI PELAJAR

Tandakan ( ̸ ) sahaja atau tuliskan jawapan anda pada ruang yang berkaitan.Sila jawab semua

soalan dengan tepat, jujur, dan terliti.

(1A) Anda daripada aliran:

1. Sains ( )

2. Sastera ( )

3. Prinsip Akaun ( )

4. Ekonomi Asas ( )

5. Perdagangan ( )

(2A) Jantina anda:

1. Lelaki ( )

2. Perempuan ( )

(3A) Apakah ras anda?

1. Melayu ( )

2. Cina ( )

3. India ( )

4. Lain-lain (nyatakan):_________________

Page 35: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

35

(4A) Cita-cita anda selepas tamat persekolahan?

1. Guru ( )

2. Peguam ( )

3. Akauntan ( )

4. Doktor ( )

5. Jurutera ( )

6. Lain-lain (nyatakan):_________________

(5A) Berapa jam sehari yang anda gunakan untuk mengulang kaji mata pelajaran Sejarah?

1. Sejam ( )

2. Dua jam ( )

3. Tiga jam ( )

4. Empat jam ( )

5. Lima jam ( )

6. Lebih daripada lima jam ( )

(6A) Apakah keputusan mata pelajaran sejarah anda dalam SPM ?

1. A ( )

2. B ( )

3. C ( )

4. D ( )

5. E ( )

6. F ( )

Page 36: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

36

BAHAGIAN B

SIKAP PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN SEJARAH

Bagi soalan 1-5, bulatkan berdasarkan skala di bawah:

1 Amat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Setuju

4 Amat Setuju

1B Saya selalu memberi tumpuan sepenuhnya kepada 1 2 3 4

pengajaran guru Sejarah di kelas.

2B Saya sering membaca buku-buku Sejarah pada masa 1 2 3 4

lapang.

3B Saya membuat latihan Sejarah walaupun tidak disuruh 1 2 3 4

guru.

4B Saya lebih mudah mengingati fakta-fakta sejarah 1 2 3 4

berbanding mata pelajaran lain.

5B Saya selalu membuat catatan dan nota ringkas semasa 1 2 3 4

Mengulang kaji mata pelajaran Sejarah.

Page 37: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

37

BAHAGIAN C

MINAT PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN SEJARAH

Bagi soalan 1-5, bulatkan berdasarkan skala di bawah:

1 Amat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Setuju

4 Amat Setuju

1C Walaupun saya gagal dalam mata pelajaran sejarah, saya 1 2 3 4

tetap menyukai mata pelajaran ini.

2C Saya sentiasa bertanya kepada guru apabila saya tidak 1 2 3 4

faham dalam mata pelajaran Sejarah.

3C Saya amat meminati peristiwa-peristiwa sejarah yang 1 2 3 4

terdapat dalam buku Sejarah.

4C Mata palajaran Sejarah harus dijadikan mata pelajaran 1 2 3 4

wajib di peringkat SPM.

5C Berbual-bual dengan orang lain tentang perkembangan 1 2 3 4

terbaru Sejarah adalah menyeronokkan.

Page 38: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

38

BAHAGIAN D

PENGARUH GURU DALAM PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SEJARAH

Bagi soalan 1-5, bulatkan berdasarkan skala di bawah:

1 Amat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Setuju

4 Amat Setuju

1D Guru Sejarah saya sentiasa menghulurkan bantuan kepada 1 2 3 4

saya untuk memahami fakta-fakta Sejarah.

2D Guru Sejarah saya memeriksa latihan saya dengan teliti. 1 2 3 4

3D Guru Sejarah saya mahukan segala kerja yang diberikan 1 2 3 4

disiapkan pada masa yang ditetapkan.

4D Guru sejarah saya membuat persediaan yang awal dan rapi 1 2 3 4

sebelum mengajar.

5D Guru sejarah saya mendedahkan cara belajar dan teknik 1 2 3 4

menjawab soalan Sejarah.

Page 39: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

39

BAHAGIAN E

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SEJARAH

Bagi soalan 1-5, bulatkan berdasarkan skala di bawah:

1 Amat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Setuju

4 Amat Setuju

1E Ibu bapa saya menggalakkan saya belajar bersungguh- 1 2 3 4

sungguh dalam mata pelajaran Sejarah.

2E Ibu bapa saya selalu membelikan saya buku-buku yang 1 2 3 4

berunsurkan peristiwa-peristiwa Sejarah.

3E Ibu bapa saya menyediakan banyak kemudahan untuk 1 2 3 4

saya belajar.

4E Ibu bapa saya akan mendapatkan bantuan orang lain 1 2 3 4

sekiranya tidak dapat mengatasi masalah pembelajaran

saya.

5E Ibu bapa saya sentiasa memastikan saya menggunakan 1 2 3 4

masa untuk belajar dengan sebaik-baiknya.

Page 40: KOLOKIUM NEGERI 3 - ppusmkst.files.wordpress.com · Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ). ... Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi,

40

PENGAKUAN

“Kami akui penulisan ilmiah ini ialah hasil kumpulan kami sendiri kecuali nukilan-nukilan

dan ringkasan-ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

……………………………………………….

( Muhammad Fauzan Bin Harun )

………………………………………………..

( Yong Chan Siong )

…………………………………………………

( Amirul Ariffin Bin Ramdan )

…………………………………………………

( Sarmala A/P Varsu )