komsas t4 puisi moden sajak mahsuri
TRANSCRIPT
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
Tingkatan : Empat
Masa : 80 minit
Tajuk : Mahsuri
Genre : Puisi Moden (Sajak)
Fokus Utama: 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, dan sudut pandangan dalam karya.
Aras 1 (v) Menjelaskan aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, dan sudut pandangan dalam karya.. Fokus Sampingan: 7.6 Membezakan fakta dengan pandangan dalam bahan yang dirujuk.
Aras 1 (vi) Mengenal pasti pernyataan fakta dan penafsiran dalam teks. Aras 2 (iii) Membandingkan pernyataan fakta dan pandangan untuk mendapatkan maklumat yang tepat
tentang sesuatu perkara dan isu.
Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1. Menyatakan pandangan tentang watak Mahsuri dalam semua rangkap sajak secara lisan.2. Membandingkan pernyataan fakta dan pandangan dengan merujuk teks Mahsuri untuk mendapatkan
maklumat yang tepat.3. Membina sekurang-kurangnya tiga ayat majmuk.
Kemahiran Bahasa: Kemahiran Menulis Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur
1
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
Sistem Bahasa:
Tatabahasa: Sintaksis – ayat majmuk
Kosa Kata: Umum: tetamu, mewarnai, telaga, disimbah selendang, dendam, sumpah
Pengisian Kurikulum
Ilmu: Sastera, Sejarah dan Ekonomi
Nilai: Menghargai warisan sejarah, Mengenang jasa tokoh
Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir- Membanding dan membeza- Menyusun Maklumat
2
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
3
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
Langkah Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranPenilaianFormatif
KBT / Catatan
Set Induksi
Guru mempertontonkan klip video pemandangan Pulau Langkawi. Guru menyuruh murid membayangkan mereka berada di pantai Pulau
Langkawi yang putih bersih dengan iringan muzik latar suasana santai. Sambil memejam mata, murid diminta melakukan aktiviti seolah-olah
menuai padi pada zaman Mahsuri. Guru memberi ulasan tentang kemajuan pesat Langkawi pada era ini. Murid menyenaraikan tempat-tempat menarik dan aktiviti pelancongan
yang terdapat di Pulau Langkawi. Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran hari ini.
Induksi Set BBMICT- Klip videoPemandanganPulau Langkawi
Lampiran 1Contoh tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi
1Perwatakan Mahsuri
Guru meminta murid mendeklamasikan sajak ‘Mahsuri’. Guru meminta murid memberikan respons dan mengulas sajak
dengan mengaitkan ketokohan Mahsuri yang menjadi lagenda Pulau Langkawi.
Guru meminta murid menyenaraikan perwatakan Mahsuri yang terdapat dalam sajak.
Guru meminta murid membacakan jawapan di hadapan kelas. Guru merumus tentang perwatakan Mahsuri.
Mencapai Objektif 1 KBT
Kemahiran BerfikirMenghubungkaitkan.
Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian KBT / Catatan
4
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
Formatif
5
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
2 Mengenal Pasti Fakta dan Penafsiran
Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan. Guru mengedarkan Lampiran 2 dan meminta murid berbincang untuk
mengisi baris sajak yang mengandungi fakta dan yang mengandungi pandangan penyair.
Contoh:Fakta: dendam tujuh keturunanPandangan Penyair ; air matamu dingin embun
Guru meminta wakil murid daripada setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
Guru mengedarkan petikan fakta tentang ‘Mahsuri’ kepada setiap kumpulan.
Guru meminta murid membaca petikan tersebut dan membandingkan maklumat yang didapati di dalam petikan dengan maklumat dan pendangan penyair yang terdapat dalam sajak.
Guru meminta murid menyenaraikan maklumat tersebut di kertas sebak untuk dibentangkan oleh wakil kumpulan di hadapan kelas.
Guru merumus jawapan yang diberikan oleh murid.
Mencapai objektif 2
KBTKemahiran Berfikir Mensintesis
Lampiran 2Lembaran kerja – Fakta dan Pandangan Penyajak
Lampiran 3Jawapan Lembaran Kerja (Lampiran 2)
Lampiran 4:Petikan Tentang Mahsuri
Lampiran 5:Perbandingan Fakta daripada petikan Mahsuri dan sajak
3 Guru mengulang kaji ayat majmuk. Guru meminta murid menulis ayat majmuk daripada lampiran yang
Lampiran 6Jawapan – contoh ayat
6
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
diberi. Guru meminta murid secara rawak membacakan contoh ayat
majmuk kepada murid-murid di kelas. Guru membuat rumusan tentang ayat majmuk.
Mencapai objektif 3
majmuk
Konstruktivisme- Membina Ayat Majmuk
Penilaian dan
Peneguhan
Kerusi Panas
Guru memilih seorang murid untuk memegang watak Mahsuri. Guru meminta murid lain membina soalan untuk ditanyakan kepada
Mahsuri. Guru membuat rumusan pelajaran pada hari ini.
Lampiran 7Contoh ayat tanya
Konstruktivisme-Membina perwatakan
Petikan Lagenda Mahsuri
www.geocities.com/lagenda.html
7
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
Lampiran 1 – Contoh Tempat-tempat Menarik di Langkawi
Tempat- tempat Menarik di Pulau Langkawi Aktiviti Pelancongan yang dijalankan
Gunung Mat Cincang Perkhidmatan kereta kabel
Padang Mat Sirat Pameran LIMA
Bandar Kuah Pusat beli belah bebas cukai
Pulau Dayang Bunting Muara pertemuan air tawar dan air masin
Lampiran 2 – Lembaran Kerja
Baris sajak Pandangan penyair
8
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
Mahsuri menerima kedatangan orang lain ke Pulau Langkawi dengan tangan terbuka
Mahsuri tetap setia menunggu kehadiran tetamu dalam suasana yang damai
Rambut Mahsuri begitu halus ketika mengurai.
Air mata Mahsuri menjadi lambang kedinginan air telaga
Cerita lagenda Mahsuri dalam bidang sastera menjadikan Pulau Langkawi semakin terkenal
Lampiran 3 – Jawapan Pandangan Penyair
9
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
Baris sajak Pandangan penyair
Selendangmu mengibar di pantaiMenyambut tetamu pulau
Mahsuri menerima kedatangan orang lain ke Pulau Langkawi dengan tangan terbuka
Setiamu menjadi lagu nyanyian ombak pagi
Mahsuri tetap setia menunggu kehadiran tetamu dalam suasana yang damai
Rambutmu menjadi jalur hitam terapung di laut malam
Rambut Mahsuri begitu halus ketika mengurai.
Air matamu dingin embun jatuh di tujuh telaga
Air mata Mahsuri menjadi lambang kedinginan air telaga
Mahsuri membesarkan LangkawiSastera membesarkan tanah air
Cerita lagenda Mahsuri dalam bidang sastera menjadikan Pulau Langkawi semakin terkenal
Lampiran 3 – LPG (Fakta dan Penafsiran Penyair)
Fakta Penafsiran Penyair
10
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
Mahsuri seorang gadis yang mengenakan busana Melayu
Rambut Mahsuri hitam dan halus mengurai
Air mata Mahsuri
Darah Mahsuri berwarna putih
Mahsuri hidup dalam dunia sastera
Cerita lagenda Mahsuri Memakmurkan Langkawi
Lampiran 4
Persamaan Perbezaan
11
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
1. Mahsuri seorang gadis Melayu (Fakta)
1. Kemungkinan Mahsuri berketurunan Siam berasaskan keturunannya banyak tinggal di Siam (fakta)
2. Kebanyakan wanita Melayu memakai selendang sebagai lambang kewanitaan.
2. Kemungkinan wanita Melayu zaman dahulu memakai kain kelubung (pandangan)
3. Darah manusia berwarna merah (fakta)
3. Darah Mahsuri berwarna putih. (pandangan)
4. Cerita Mahsuri hanya rekaan (fakta)
4. Mahsuri jadi bahan cerita lagenda dunia sastera (fakta)
5. Kemahsyuran Langkawi tidak boleh dikaitkan dengan cerita lagenda Mahsuri (pandangan)
5. Mahsuri menjadi ikon kepada penduduk Pulau Langkawi (Fakta)
Lampiran 4 – Jawapan LPG (Fakta dan Penafsiran)
Fakta Penafsiran Penyair
12
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
Mahsuri seorang gadis yang mengenakan busana Melayu
Selendang yang dipakai oleh Mahsuri
Rambut Mahsuri hitam dan halus mengurai
Rambut merupakan mahkota wanita yang perlu dijaga dengan rapi
Air mata Mahsuri Air mata Mahsuri melambangkan kedinginan air di Pulau Langkawi
Darah Mahsuri berwarna putih Warna darah putih melambangkan kemakmuran Langkawi
Mahsuri hidup dalam dunia sastera
Mahsuri merupakan khayalan seorang seniman, cerita yang dilebih-lebihkan
Cerita lagenda Mahsuri Memakmurkan Langkawi
Pulau Langkawi makmur setelah terlepas daripada sumpahan tujuh keturunan
Lampiran 5
13
Cerita Lagenda Mahsuri
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.
Kehidupan
Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.
Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi. [1]
Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
14
Cerita Lagenda Mahsuri (samb.)
Fitnah
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
15
Cerita Lagenda Mahsuri (samb.)
Sumpahan Mahsuri
Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.
Penutup Sumpahan
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.
Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.
Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
Lampiran 6 – Contoh Ayat Majmuk
16
Ayat Majmuk
Contoh:
Persamaan
1. Mahsuri seorang gadis Melayu berkemungkinan juga dia berketurunan Siam.
2. Mahsuri jadi bahan cerita lagenda dunia sastera di samping masyarakat menganggap Cerita Mahsuri hanyalah cerita rekaan sahaja
Perbezaan
3. Darah manusia berwarna merah manakala darah Mahsuri berwarna putih.
4. Kebanyakan wanita Melayu memakai selendang sebagai lambang kewanitaan tetapi pada zaman dahulu ada juga daripada kalangan mereka menggunakan kain kelubung sebagai penutup kepala.
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
Lampiran 7 – Contoh Ayat Tanya
17
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4Genre Puisi Moden
1. Siapakah nama ibu dan bapa kamu?
2. Di manakah tempat tinggal kamu?
3. Sebutkan keistimewaan yang ada pada kamu.
4. Ceritakan secara ringkas tentang sejarah Langkawi.
5. Senaraikan tempat-tempat menarik di Langkawi.
18