konsep 5p lengkap

Upload: lyn-carol

Post on 14-Apr-2018

352 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    1/25

    KONSEP 5P

    5P ialah strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu diperingkat

    sekolah rendah. 5P juga satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan

    pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak

    secara berasingan. Kemahiran-kemahiran ini perlu diterapkan di dalam suatu

    sesi pengajaran dan pembelajaran agar sesi pengajaran dan pembelajaran

    akan menjadi menarik, berkesan dan menjadi lebih bererti. 5P menekankan

    penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan.

    1.1 Penggabungjalinan

    Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang

    menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan

    pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara

    berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling

    memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini. Sesi

    pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bererti.

    1.1Penggabungjalinan

    1.2Penilaian

    1.3Pemuliahn

    1.4Penyerapan

    1.5Pengayaan

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    2/25

    Konsep penggabungjalinan

    Membolehkan satu bentuk pengajaran yang menarik dan bermakna

    dapat dicipta.

    Menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan.

    Menyediakan peluang untuk menggunakan kemahiran secara

    semula jadi dan bukan setakat mengamalkannya sahaja.

    Dapat mewujudkan aktiviti yang dapat melibatkan ramai pelajar.

    Pelajar dapat belajar dengan lebih baik kerana terdedah kepada

    aktiviti yang terdiri lebih dari satu kemahiran.(Sumber: Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, 1997)

    Proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Dengan proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai dengan

    serentak.

    Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa di dalam

    interbidang (berlainan) dan intrabidang (sama).

    Aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan

    bersama.

    (Sumber: Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah)

    Tujuan strategi penggabungjalinan

    Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.

    Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.

    Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.

    Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.

    Prinsip-prinsip penggabungjalinan

    Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    3/25

    dicapai.

    Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin

    digabungjalinkan.

    Kemahiran focus dan sampingan hendaklah ditentukan dan

    dirancang dengan baik.

    Penggabungjalinan hendak berdasarkan kebolehan dan pencapaian

    palajar.

    Aspek-aspek pembelajaran yang hendak digabungjalinkan itu, iaitu

    sama ada aktiviti, kemahiran atau bahan hendaklah benar-benar

    difahami dan diketahui oleh guru mengajar.

    Bentuk-bentuk penggabungjalinan

    Bentuk-bentuk penggabungjalinan

    A) Penggabungjalinan kemahiran

    Rajah: Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa dalam Satu Mata Pelajaran

    A) PenggabungjalinanKemahiran

    B) PenggabungjalinanBahan

    C) PenggabungjalinanAktiviti

    BM

    K1

    K3

    K2K4 K1 ~ Kemahiran MendengarK2 ~ Kemahiran BertuturK3 ~ Kemahiran MembacaK4 ~ Kemahiran MenulisBM ~ Bahasa Melayu

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    4/25

    Rajah: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran

    B) Penggabungjalinan bahan

    Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema

    pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama

    atau bahan sokongan. Bahan-bahan yang sesuai dengan keperluan psikologi

    pelajar, pengalaman dan tahap pencapaian pelajar perlu ditetapkan sebelum

    menggunakan penggabungjalinan ini. Antara bahan yang boleh

    digabungjalinkan itu adalah seperti yang berikut:

    BM

    K1

    K2 K3

    K1 ~ Kemahiran BahasaK2 ~ Kemahiran MuzikK3 ~ Kemahiran SeniBM ~ Bahasa Melayu

    BahanBahan utama

    (Petikan)

    Bahan sokongan(Bahan rangsangan)

    Bahan lisan(Rakaman)

    BeritaIklan

    KomentarLaporan

    PengumumanRancanaUcapanUlasan

    KomentarLaporan

    PengumumanTemu bual

    UcapanUlasan

    Wawancara

    CartaDataGraf

    GambarRajah

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    5/25

    Rajah: Penggabungjalinan Bahan

    Guru boleh menggabungkanjalinkan sekurang-kurangnya 2 bahan atau lebih

    dengan syarat guru dapat memastikan bahan-bahan tersebut mempunyai

    pertalian dan urutan yang baik dan boleh digabungjalinkan dengan berkesan.

    Seperti contoh:

    1. Berita ulasan

    2. Iklan surat permohonan tumu duga surat jawapan

    C) Penggabungjalinan aktiviti

    Penggabungjalinan ini mementingkan ketelitian memilih jenis-jenis aktiviti

    yang berkait rapat dan sesuai untuk digabungjalinkan. Sekurang-kurangnya

    dua atau lebih aktiviti boleh digabungjalinkan mengikut keperluan dan

    kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan, bacaan dan

    kefahaman dan tulisan.

    Rajah: Penggabungjalinan Aktiviti

    Aktiviti

    Lisan

    Bacaan danKefahaman

    Tulisan

    BerbualBerbincang

    BertemuBerbahas

    BerceramahBerceritaBerlakonRamah

    EseiLaporanUlasanUcapanArahan

    IklanMencatat isi

    MemahamMengesan isi penting

    MeringkasMembuat ayat

    Memberi maknaMenghurai ungkapan

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    6/25

    Untuk melaksanakan penggabungjalinan, kita perlu merancangkannya

    dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.

    Sebagai contoh:

    1. Berceramah mencatat isi

    2. Bercerita berbincang menulis karangan

    3. Membaca mengesan isi mengulas menulis ulasan

    1.2 Penilaian

    Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi

    memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Ia

    membenarkan kita mentaksirkan takat markah secara efektif. Dalam KBSR

    penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat

    pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid

    berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran.

    Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu:

    1. Penilaian mengesan penguasaan

    2. Penilaian mengesan kemajuan

    Penilaian

    PengayaanPemulihan

    Penilaian

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    7/25

    3. Penilaian mengesan pencapaian

    Penilaian mengesan

    penguasaan

    Penilaian ini dijalankan ketika guru berada dalam bilik

    darjah. Tujuannya untuk mengesan kelemahan

    penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran bahasa

    yang sedang diajarkan supaya kelemahan itu dapat

    dibetulkan dengan serta merta.

    Penilaian mengesan

    kemajuan

    Biasanya penilaian ini dilakukan selepas beberapa

    kemahiran dalam sesuatu topic selesai diajarkan.

    Penilaian ini bertujuan mengesan kemajuan murid

    tentang kemahiran yang telah dipelajari supaya dapat

    menentukan siapa yang memerlukan aktiviti

    pangayaan atau pemulihan.

    Penilaian mengesan

    pencapaian

    Penilaian ini dijalankan selepas guru mengajarkan

    beberapa topic pelajaran, biasanya dalam tempoh satu

    penggal. Tujuan penilaian ini diadakan ialah untuk

    mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik

    pelajaran untuk menentukan kedudukan murid dalam

    kumpulan masing-masing.

    Tujuan Penilaian

    1. Bertindak sebagai penggerak

    Murid-murid akan lebih memberi perhatian terhadap pengajaran

    dan pembelajaran sekiranya ada ujian.

    2. Alat mencari punca kelemahan

    Dengan adanya penilaian dapat mengetahui kelemahan murid dan

    kelemahan semasa pengajaran dan pembelajaran.

    3. Mendapatkan balik maklumat

    Memberi maklumbalas kepada guru tentang pengajaran dan

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    8/25

    pembelajaran yang dilakukan sesuai atau tidak.

    4. Bertindak sebagai penilai prestasi

    Guru boleh menggunakan penilaian sumatif bagi mengetahui

    keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.

    5. Mengenal pasti pengajaran lampau

    Untuk mengesan pengetahuan murid-murid yang berhubung

    dengan pembelajaran yang telah dikuasai oleh murid-murid pada

    pelajaran sebelumnya.

    6. Sebagai ramalan

    Dengan adanya penilaian yang dilakukan, guru-guru boleh menilai

    dan meramal kejayaan dan kebolehan murid-murid dalam bidang

    tertentu.

    7. Untuk pensijilan

    Tahap pencapaian murid akan dapat diketahui melalui sijil-sijil yang

    mereka perolehi seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, Diploma,

    Degree dan sebagainya.

    8. Untuk klassifikasi

    Guru akan dapat mengasingkan murid-murid berdasarkan kepada

    pencapaian mereka mengikut kebolehan dengan criteria tertentu

    seperti A, B, C, D dan E.

    9. Tujuan pemilihan

    Dapat menentukan murid-murid di dalam jurusan yang akan

    mereka ambil seperti jurusan Sains, Akaun, Sastera dan

    sebagainya.

    10. Tujuan penyeliaan

    Untuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti

    ujian tara, ujian kepantasan, ujian daya dan sebagainya.

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    9/25

    Aktiviti Penilaian

    Pada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada

    dua jenis iaitu:

    A. Penilaian formatif

    B. Penilaian sumatif

    A) Penilaian Formatif

    Penilaian ini lebih dikenali sebagai ujian kemajuan (progressive test). Ia

    melibatkan penaksiran yang sistematik yang dilakukan sepanjang masa

    pengajaran dan pembelajaran sebaik sahaja guru dapat mengesan tahap

    pengurusan sesuatu unit kemahiran pelajaran muridnya. Maklumat yang

    dikumpulkan boleh digunakan dengan segera dan berterusan untuk

    membimbing murid dan membantu guru dalam mencapai matlamat sesuatu

    pengajaran dan pembelajaran.

    Penilaian formatif ini menggunakan pemerhatian, latihan dan senarai semak

    untuk mengesan dengna segera sama ada murid itu sudah menguasai

    sesuatu kemahiran yang sedang diajar. Guru boleh menggunakan maklumat

    ini untuk membimbing murid memperbaiki kelemahan mereka ketika

    pembelajaran berlangsung ayau semasa membuat latihan.

    Penilaian ini bukan bermaksud untuk mengukur atau menggredkan

    pencapaian dan kebolehan murid, sebaliknya boleh menjadi alat dorongan

    untuk pembelajaran seterusnya. Murid yang lemah sepatutnya mendapat

    bimbingan sementara murid yang pintar seharusnya disajikan dengan aktiviti

    pengayaan yang mencabar.

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    10/25

    Semasa melakukan penilaian formatif secara tidak formal, guru perlu

    melaksanakan langkah-langkah yang berikut:

    a. Menentukan unit atau tajuk pembelajaran

    b. Menentukan tahap atau peringkat pencapaian yang dikehendaki

    c. Menyusun perkara yang akan diuji dalam unit

    d. Membina item ujian

    e. Mengesyorkan langkah pemulihan,pengukuran dan pengayaan bagi

    kemahiran yang berkaitan.

    B) Penilaian Sumatif

    Penilaian ini juga dikenali sebagai ujian pencapaian merupakan ujian yang

    diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ia

    mengukur pencapaian terhadap objektif yang luas merangkumi kesemua

    tajuk dan bidang yang diajar dalam satu jangka masa tertentu. Dengan cara

    ini, guru dapat menentukan satakat mana objektif pengajaran sudah dicapai

    di samping dapat membandingkan pencapaian seseorang murid dengan

    murid lain.

    Penilaian sumatif dilakukan secara formal dengan menggunakan ujian kertas

    pensel, kemahiran amali atau soal jawab secara lisan. Sebaik sahaja selesai

    memeriksa jawapan murid, markah dan gred akan diberi untuk direkodkan

    dalam senarai semak dan rekod profil murid. Contoh ujian UPSR, PMR, SPM,

    STPM dan sebagainya.

    Maklumat daripada penilaian sumatif boleh digunakan oleh guru untuk

    menentukan siapa yang memerlukan pemulihan atau pengayaan atau

    menempatkan semula murid dalam kumpulan yang lebih sesuai. Di samping

    itu, maklumat yang diperolehi dapat membantu guru untuk menaksir

    keberkesanan pengajarannya dan pembelajaran muridnya.

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    11/25

    1.3 Pemulihan

    Menurut Kamus Dewan, perkataan pulih bermausud kembali seperti biasa,

    sembuh atau baik semula. Maksud perkataan pulih di sini bukanlah

    sembuh daripada sakit tetapi sebenarnya dengan kanak-kanak yang

    menghadapi kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan

    langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi

    masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca,

    menulis dan mengira (3M). Sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan

    dikenal pasti, program ini dilaksanakan. Murid pemulihan perlu diberikan

    pengajaran pemulihan mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu

    kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat

    dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

    Koh Boh Boon (1982:2), menyatakan bahawa pendidikan pemulihan kalau

    diteliti secara lebih mendalam adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya

    kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-

    murid lambat, iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai pembelajaran

    berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-

    murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya.

    Pengajaran pemulihan boleh diertikan sebagai usaha atau perkhidmatan-

    perkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak

    yan mneghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran di sekolah-sekolah.

    O.C. Sampson(1975), menyebut bahawa pendidikan ini merupakan tindakan-

    tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid

    yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    12/25

    sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid-murid secara

    sambilan, dalam kumpulan yang diasingka daripada sekolah biasa dan dalam

    darjah untuk pengajaran khusus oleh guru permulihan.

    Secara keseluruhan, istilah murid-murid pemulihan atau murid-murid lambat

    membawa erti bahawa murid-murid ini mempunyai pencapaian yang rendah

    berbanding dengan murid-murid lain yang sama peringkat persekolahan

    dengan mereka. Mereka ini patutlah diberi pengajaran pemulihan yang sesuai

    supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid-murid lain sekurang-

    kurangnya dapat diperkecilkan, kalau pun tidak dapat dihapuskan sama

    sekali.

    Melalui program ini, murid-murid berpeluang memperbaiki kelemahan dan

    masalah yang mereka hadapi. Dalam usaha untuk membantu murid-murid ini,

    kaedah-kaedah, bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti alternative yang bersesuaian

    dengan masalah yang dihadapi biasanya digunakan.

    Murid murid yang perlu menjalani program pendidikan pemulihan biasanya

    terdiri daripada murid-murid yang kurang bernasib baik dan menghadapi

    masalah pembelajaran. Mereka ini mungkin:

    Mempunyai kelemahan dalam 3M dan daya pemikiran yang

    abstrak.

    Mempunyai kelemahan dalam kordinasi pencaindera dengan

    pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan.

    Lemah di dalam penerimaan konsep-konsep yang baru, tidak boleh

    menginati kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas dan kurang

    pengalaman tentang alam sekeliling.

    Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri,

    tidak boleh menginati kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    13/25

    dan kurang pengalaman tentang alam sekeliling.

    Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri,

    tidak boleh bertindak balas dengan bebas kerana kelemahan sikap

    kanak-kanak itu sendiri.

    Tidak mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk

    membezakan antara yang penting dengan yang kurang penting

    seperti dalam bacaan dan kefahaman disebabkan kurangnya daya

    cipta dan kekurangan perbendaharaan kata atau kosa kata.

    Mudah tertarik pada gangguan luar dan lemah dalam

    menghubungkaitkan atau menyesuaikan antara suatu benda

    dengan benda yang lain. Ini disebabkan tiada dorongsn diri sendiri.

    Malas dating ke sekolah dan mempunyai tumpuan yang terhad

    terhadap pelajaran. Ini bermakna kanak-kanak tersebut tidak boleh

    mengikuti pelajaran dalam jangka waktu yang panjang.

    Lemah dalam daya penyebutan dan pertuturan seperti gagap,

    pelat dan sengau.

    Sering terjadi gangguan kesihatan yang menyebabkan emosi tidak

    stabil.

    Kurang zat makanan dan mengalami kecacatan fizikal.

    Kurang tekun ketika membuat sesuatu kerja. Lemah untuk

    mengalihkan pengetahuan kepada berbagai-bagai situasi

    pembelajaran.

    Mempunyai pencapaian yang rendah dalam pelajaran. Biasanya

    tercicir daripada sekolah pada peringkat awal lagi.

    Lambat menerima prinsip-prinsip dan tidak mampu membuat

    gambaran secara jelas dan mudah difahami.

    Bergembira ketika diberi peluang belajar dengan menggunakan

    benda-benda maujud.

    Pada umumnya, murid-murid tersebut tidak mempunyai masalah kecacatan

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    14/25

    akal atau terencat akal. Mereka ini kerap kali disebut sebagai murid lambat

    yang didefinasikan oleh Brennam(1974) sebagai murid-murid yang gagal

    menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi

    kegagalan mereka tidak boleh dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan.

    Selain itu, program pemulihan juga melibatkan murid-murid yang berada

    dalam kelas-kelas biasa yang memerlukan bantuan dalam menghadapi

    masalah pembelajaran. Biasanya, masalah pembelajaran itu berpunca

    daripada ketidaksuaian bahan dan teknik mengajar yang digunakan oleh

    guru, ketinggalan kerana tidak hadir ke sekolah, cuai dalam menjalankan

    aktiviti-aktiviti dan kadangkala disebabkan oleh kelekaan atau terlalu lambat.

    Masalah-masalah lain yang boleh menghalang pembalajaran seperti masalah

    peribadi, masalah psikologi, kurang kecerdasan, lambat berikir dan bertindak,

    lekas lupa, lambat faham dan lemah pengetahuan adalah punca masalah

    kelemahan murid. Murid-murid yang menghadapi masakah-masakah ini harus

    diberi perhatian sepenuhnya.

    Murid-murid yang perlu menjalani program pemulihan ialah mereka yang tidak

    boleh menguasai satu-satu kemahiran dalam satu-satu masa yang tertentu.

    Program pemulihan juga cuba mengatasi sikap murid yang negatif dan

    tingkah laku yang kurang baik yang boleh menghalang proses pembelajaran

    mereka. Program pemuliha ini akan dijalakan sebaik sahaja dikesan oleh

    seseorang guru.

    Murid-murid yang menghadapi masalah permbelajaran yang kompleks

    dekeluarkan dari kelas mereka hanya untuk menerima program pemulihan

    dalam kemahiran-kemahiran asas 3M. Bagi mata pelajaran yang lain seperti

    Muzik, Pendidikan Jasmani Pendidikan Moral, Agama Islam dan sebagainya

    mereka belajar bersama-sama dengan rakan sebaya yang lain di dalam kelas

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    15/25

    yang sama.

    Objektif program pemulihan

    Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:

    Menguasai kemahiran tertemtu dengan mengikuti aktiviti yang

    sesuai dengan mereka.

    Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan

    kemampuan dan perkembangan mental individu.

    Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru. Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf

    yang lebih maju.

    Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti

    social sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

    Membina, memperolah dan mengembangkan sikap percayakan diri

    sendiri dan berdikari.

    Mendapat meneruskan pelajaran mereka dalam system

    persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-

    masing.

    Pendidikan pemulihan dalam KBSR dan KBSM

    Dalam kelas-kelas KBSR dan KBSM, kita sering temui murid-murid yang

    berbeza dari segi minat, kebolehan dan bakat. Oleh sebab cara pengendaliankelas dilaksanakan dalam bentuk kaedah kelas, ada setengah-setengah

    murid yang tidak dapat memahami bahan-bahan pengajaran yang

    disampaikan dengan baik. Murid-murid seperti ini biasanya akan ketinggalan

    dan kurang maju apabila dibandingkan dengan rakan-rakan mereka yang lain.

    Perkara ini sebenarnya tidak boleh dipandang ringan kerana kegagalan

    akademik murid-murid ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat menguasai

    kemahiran-kemahiran asas dan ini akan berterusan sehingga boleh

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    16/25

    menjejaskan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang seterusnya.oleh demikian,

    murid-murid yang tidak mencapai taraf yang ditentukan harus diberi bantuan

    secara individu melalui program pemulihan.

    1.4 Penyerapan

    Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan

    pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain

    sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam

    pengajaran Bahasa Melayu unsure ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah

    seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan kajian masa depan boleh

    diserapkan.

    Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama.

    Penyerapan

    A) Aspek Pembelajaran

    Aspek ini boleh membantu murid untuk:

    Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan

    dan peraturan melalui aktivirti yang dijalankan,

    Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan.

    Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati.

    A) Aspek Pembalajaran B) Aspek Komunikasi

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    17/25

    Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu.

    Membentuk pemikiran yang rasional, logic, objektif dan positif

    Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.

    B) Aspek Komunikasi

    Penyerapan yang dilakukan dapat:

    Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan

    perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa,kegunaan intonasi dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut

    konteks.

    Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang

    sesuai untuk perkembangan diri.

    Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan

    diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat.

    Penyerapan dalam KBSR merangkumi dua perkara, iaitu:

    i. Pengetahuan atau isi pelajaran

    ii. Nilai murni

    i. Pengetehuan atau isi pelajaran

    Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain

    seperti Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik,

    Kajian Tempatan, Muzik, Sains dan Pendidikan Jasmani dan

    Pendidikan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam

    satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain.

    Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair dan sajak.

    Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    18/25

    negeri.

    Hal ehwal budaya, warisan dan kemasyarakat.

    ii. Nilai Murni

    Penyerapan nilai murni adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran

    yang menerapkan nilai-nilai murni yang merangkumi aspek-aspek

    kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Nilai-nilai murni itu pula

    hendaklah merujuk kepada perkara-perkara baik, mulia dan luhur.

    Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjangpengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran seperti

    melalui penyampaian pengetahuan tentang nilai yang disisipkan dalam

    semua mata pelajaran yang diajar oleh guru, melalui aktiviti-aktiviti bilik

    darjah, melalui kemahiran 3M dan juga melalui aspek kognitif seperti

    melalui kesedaran, keyainan dan penghayatan. Strategi utama untuk

    pembinaan nilai murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan

    atau kelas.

    Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh

    disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan

    pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti

    yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja

    projek.

    Antara adalah senarai nilai-nilai murni:

    Baik hati

    Berdikari

    Hemah tinggi

    Hormat menghormati

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    19/25

    Kasih saying

    Keadilan

    Kebebasan

    Keberanian

    Kebersihan fizikal dan mental

    Jujur

    Rajin

    Kerjasama

    Sederhana

    Bersyukur

    Rasional

    Semangat bermasyarakat

    Semangat kewarganegaraan

    1.5 Pengayaan

    Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas

    pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah.

    Ia mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman

    serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti

    ini, murid dapat peluang tambahan untuk mengembang minat, daya krestiviti,

    sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam

    membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

    Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas,

    sederhana atau lemah. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka

    berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran

    yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan

    akan meluaskan pengalaman murid sejajar dengan kebolehan dan minat

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    20/25

    mereka dalam bidang tertentu.

    Penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti-aktiviti tambahan

    kepada murid-murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam

    jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Sekiranya di dalam

    sesebuah kelas itu terdapat kebolehan belajar yang berbeza-beza, kumpulan

    murid yang telah mencapai taraf atau pencapaian tertentu yang memuaskan

    akan diberi aktiviti pengayaan. Ini dilakukan dalam tempoh masa semasa

    murid-murid lain masih berada dalam proses pembelajaran ke taraf yang

    diperlukan. Walau bagaimanapun, murid-murid yang lain tetap mempunyai

    peluang untuk mengikuti aktiviti-aktiviti pengayaan selepas mereka dapat

    menguasai kemahiran yang ditetapkan.

    Dengan hubungan ini, aktiviti-aktiviti pengayaan dibahagi kepada 2 kategori,

    iaitu:

    1. Pilihan murid

    Aktiviti ini berkait secara tidak langsung dengan kemahiran yang sedang

    dipelajari. Ia dijalankan secara tidak formal. Murid-murid bebas memilih

    dan menjalankan sendiri sesuatu aktiviti mengikut minat, bakat dan

    kebolehan masing-masing. Arahan atau penglibatan guru adalah peling

    minimum. Murid-murid juga bebas melibatkan diri dalam kegiatan-

    kegiatan seperti permainan, sukan, persatuan, pertubuhan dan lain-lain

    yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

    2. Pilihan guru

    Aktiviti ini berkait secara langsung dengan kemahiran yang sedang

    dipelajari dan ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

    Pada umumnya, aktiviti ini dikendalikan secara formal mengikut arahan,

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    21/25

    penentuan atau rancangan guru.

    Oleh sebab aktiviti ini berfungsi sebagai pengukuhan, ia disediakan dalam

    buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan mengikt kemahiran-

    kamahiran yang berkenaan. Guru boleh menjalankan aktiviti ini sebaik

    sahaja murid-murid selesai menjalani aktiviti asas untuk sesuatu

    kemahiran.

    Objektif Pengayaan

    Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa

    untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam

    pelajaran tertentu.

    Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar

    kebolehan mereka.

    Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta

    kebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri.

    Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan

    terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.

    Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan

    mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup.

    Konsep pengayaan dalam KBSR dan KBSM

    Program pengayaan ialah satu rancangan pembelajaran yang desediakan

    untuk semua murid bagi membolehkan mereka mendapat pengalaman dan

    pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti-aktiviti yang sesuai

    dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Aktiviti-aktiviti ini dibentuk

    sebegitu rupa supaya manarik dan mencabar sesuai dengan peringkat

    pembelajaran murid. Melalui program ini,murid-murid akan mendapat peluang

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    22/25

    tambahan untuk mengembangkan lagi sifat-sifat ingin tahu, sikap berdikari,

    sikap bertanggungjawab, bakat kepimpinan dan sebagainya.

    Sasaran

    Aktiviti-aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid. Sungguhpun begitu,

    sama ada seseorang murid itu mendapat sedikit atau banyak pengalaman

    pengayaan adalah bergantung pada kebolehan dan keupayaan mereka

    masing-masing dalam menguasai kemahiran yang telah ditetapkan.

    Seperti yang telah dinyatakan, pada umumnya dalam satu-satu situasi

    pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapt dibahagikan kepada tiga

    kumpulan, iaitu:

    1. Kumpulan cerdas

    Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka

    yang dapat menguasai pelajaran lebih awal dari jangka masa

    yang ditetapkan.

    2. Kumpulan sederhana

    Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka

    yang dapat menguasai palajaran dalam jangka masa yang

    ditetapkan.

    3. Kumpulan lambat

    Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka

    yang tidak dapat menguasai pelajaran dalam jangka masa yang

    dititapkan.

    Dalam hal ini, murid-murid dalam kumpulan cerdas akan mendapat lebih

    banyak aktiviti pengayaan jika berbanding dengan murid-murid lain.

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    23/25

    Semasa merancang aktiviti pengayaan, kita perlu mengambil kira beberapa

    perkara. Antaranya adalah seperti yang berikut:

    Menggunakan daya usaha sendiri.

    Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri.

    Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan

    eksperimental.

    Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah.

    Melibatkan pembacaan luas.

    Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan social.

    Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah:

    Pembelajaran akses sendiri

    Kerja projek

    Bacaan tambahan

    Permainan dan rekreasi

    Pembelajaran berbantukan computer

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    24/25

    Kesimpulan

    Tugas sebagai seorang guru adalah untuk mengajar murid-murid menguasai

    pembelajaran. Murid-murid perlu menguasai kemahiran menbaca, menulis

    dan mengira yang terkandung dalam KBSR. Pelbagai kaedah dan streategiperlu digunakan untuk menarik perhatian dan minat murid-murid untuk belajar

    serta menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

    Konsep 5P boleh digunakan untuk membantu murid-murid menguasai

    kemahiran asas. Dengan adanya konsep 5P, guru dapat merancang

    pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan tahap kemahiran murid-

    murid mereka. Ini kerana streategi penggabungjalinan, penyerapan dan

    pengayaan jika digunakan dengan baik, ia dapat menarik minat murid untuk

    belajar, malah dengan menggunakan streategi penyerapan, guru dapat

    menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri seorang murid. Begitu juga dengan

    menggunakan streategi pengayaan, ia dapay membantu murid membentuk

    sikap keyakinan diri dan sikap positif di dalam mereka. Maka dari situ, konsep

    5P dapat membantu dan memudahkan guru untuk menjalankan proses

    pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

  • 7/29/2019 Konsep 5P lengkap

    25/25

    Bibliografi

    Marzukhi Nyak Abdullah (1994). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu (KBSR).

    Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Dr. Awang Sariyah (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu. Pahang : PTS

    Publications Distributors Sdn, Bhd.