konsep al-mal definisi harta ciri-ciri harta jenis-jenis harta

22

Click here to load reader

Upload: paniz

Post on 25-Feb-2016

623 views

Category:

Documents


43 download

DESCRIPTION

Konsep al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta. Oleh : Ust Razizi bin Tarmuji. Definisi Harta. Barang2 berharga spt rumah , tanah , bangunan , brg kemas dll yg dimiliki individu , syarikat atau pertubuhan (DBP) - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

Konsep al-MalDefinisi hartaCiri-ciri hartaJenis-jenis harta

Oleh: Ust Razizi bin Tarmuji

razizi.uitm.edu.my

Page 2: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

Definisi Harta

Barang2 berharga spt rumah, tanah, bangunan, brg kemas dll yg dimiliki individu, syarikat atau pertubuhan (DBP)

Ibn Abidin (Hanafi) – sesuatu yg manusia berhajat kepadanya secara fitrah dan ia mestilah sesuatu yg boleh disimpan untuk kegunaan apabila diperlukan

Imam Syafie- sesuatu yg berharga dan hendaklah diganti sekiranya berlaku kerosakan

Abdul Karim Zaidan- sesuatu yg boleh dimiliki atau akan dimiliki pada masa hadapan dan ianya berfaedah kepada manusia

Page 3: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

samb

Al-zarqa`- apa yg dianggap berguna dan bernilai pada pandangan masyarakat adalah harta

Wahbah Zuhayli- sesuatu yg diperlukan dan mampu dimiliki oleh manusia samada dalam bentuk benda (`ain) atau faedah (manfaah) contohnya kenderaan, bangunan dll

Page 4: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

Konsep Harta menurut IslamSemua harta yang ada di muka bumi adalah milik mutlak

Allah. Tidak ada sesuatupun yang menjadi milik manusia secara mutlak.

Manusia hanya pemegang amanah. Mereka tidak boleh mengganggu hak milik orang lain. Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang diperolehi dan dibelanjakan. 

Harta yang disediakan oleh Allah adalah banyak dan cukup untuk manusia. Manusia dikehendaki menggunakan harta dengan sebaik mungkin dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi.

Tujuan diberi harta adalah untuk menguji keimanan, supaya lebih kuat berusaha. Mengakui inilah realiti kehidupan, manusia masing-masing saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

Page 5: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

CARA/KAEDAH MEMPEROLEH HARTA

Melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi atau dengan usaha sendiri seperti bekerja sendiri

Melalui pensyariatan seperti pusaka, nafkah, wasiat, pembahagian harta rampasan perang, agihan zakat

Kontrak pemindahan seperti jualbeli, hutang piutang, mas kawin atau pemberian

Bantuan orang lain baik individu, masyarakat atau kerajaan seperti baitul mal dll

Page 6: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

CARA MEMBELANJAKAN HARTAPerbelanjaan WajibNafkah – Seorang bapa bertanggungjawab

untuk memberikan nafkah kepada keluarga. Isteri, anak-anak dan ibubapa mereka.

Zakat – Kewajipan setiap muslim untuk membayar zakat sama ada zakat harta benda atau zakat fitrah.

Infaq wajib – derma yang disyaratkan oleh kerajaan untuk membayarnya. Di Malaysia contohnya ialah membayar cukai pendapatan.

Page 7: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

sambPerbelanjaan SunatWasiat – Ialah harta yang telah dipesan oleh si

mati kepada seseorang sebelum meninggal dan ia berkuatkuasa selepas ia meninggal dunia. Maksimum harta yang boleh diwasiatkan hanya 1/3 daripada keseluruhan hartanya.

Wakaf – sumbangan seseorang dari harta yang kekal zatnya seperti tanah, bangunan.

SedeqahHibah – Pemberian semasa hidupSumbangan – cenderhati, hadiah, dll

Page 8: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

LARANGAN DALAM MENCARI DAN MENGGUNAKAN HARTA

Larangan menimbunkan harta tanpa dilabur atau diusahakan

Tidak boleh memakan dan menghasilkan harta dengan jalan yang batil

Larangan mengusahakan harta yang merbahayakan  peribadi, umum atau kemuliaan masyarakat.

Larangan terlibat dalam riba, rasuah, penipuan, penyelewengan dan lain-lain.

Edisi Pelajar

Page 9: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

Ciri-ciri HartaHarta itu mesti wujud dan dianggap bernilai oleh

manusiaHarta ialah benda yang kita boleh kuasai dan

boleh memanfaatkannya secara langsung. Contohnya tanah, bangunan, rumah, kereta.

Harta mestilah sesuatu yang boleh dikuasai pada masa hadapan. Contohnya ikan di sungai atau laut,  mutiara di lautan, burung di udara, haiwan di dalam hutan dan lain-lain.

Sesuatu yang tidak boleh dikuasai tetapi dapat dimanfaatkan seperti cahaya matahari dan udara tidak dianggap harta

Page 10: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

sambSesuatu yang boleh dikuasai tetapi tidak

cukup dimanfaatkan seperti sebiji beras, setitik air atau sebiji gula tidak dianggap sebagai harta.

Harta itu dapat dijadikan harta, dapat disimpan untuk waktu tertentu, atau waktu yang lama dan boleh digunakan diwaktu memerlukan, boleh digunakan oleh sebahagian atau masyarakat umum.

Harta adalah sesuatu yang halal dan dibenarkan oleh syarak Barangan haram tidak dianggap sbg harta dalam Islam atau diperoleh secara haram.

Page 11: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

Hak dan ManfaatHak- kuasa yg diiktiraf Syarak kpd seseorang

utk mengurus hartanyaHak yg berkaitan harta- mas kahwin, nafkah,

harta pusaka, wasiat, waqaf dll.Manfaah- sesuatu yg berfaedah kpd

manusia. Dianggap sbg harta.Boleh diperoleh melalui pinjaman, sewaan,

waqaf, dll.

Page 12: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

Jenis-jenis harta1. Harta bernilai dan tidak bernilai (Mal

Mutaqawwam dan Ghair Mutaqawwam)2. Mal al-Manqul (harta alih ) dan mal al-

Aqar (harta tak alih)3. Harta ada persamaan dan harta seharga

( mal al-mithly wal mal al-qimmy)4. Harta yg berubah bentuk asalnya dan

harta yg tidak berubah bentuknya setelah digunakan (mal al-istihlaky wal mal al-isti`maly)

Page 13: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

1. Harta bernilai dan tidak bernilai (Mal Mutaqawwam dan Ghair Mutaqawwam)Harta bernilai- adalah harta yang

dibenarkan oleh syarak pemilikannya, dan penggunaannya.

Ia juga berguna dan bermanfaat kpd individu atau kelompok manusia.

Spt emas, rumah, kereta dllHarta tidak bernilai- harta yg tidak

dikuasai atau belum dimiliki spt burung di udara, ikan di laut dll.

Juga bermaksud harta yang haram penggunaannya kecuali darurat.

Page 14: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

sambImpak  kepada pembahagian ini ialah:Dalam masalah kontrak dan jualbeli, dari

sudut sah atau tidak. Harta ghair mutaqawwam tidak boleh sama sekali dilakukan transaksi dan dibuat kontrak.Ctnya babi, arak, biawak dll.

Dari segi gantirugi jika berlaku kerosakan (compensation). Semua harta yang tidak bernilai tidak diiktiraf pemilikannya. Oleh itu sesiapa yang merosakkanya tidak perlu membayar pampasan.

Page 15: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

2. Mal al-Manqul (harta alih ) dan mal al-Aqar (harta tak alih)

Harta alih adalah harta yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya kereta.

Harta tak alih ialah harta yang tidak boleh digerakkan atau dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya tanah, bangunan.

Page 16: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

sambKesan pembahagian:Dalam masalah syufah, hanya harta tak alih sahaja

yang dibenarkan hak syufah, manakala harta alih tidak boleh disyufah.

Dalam masalah wasiat, penjaga wasiat tidak boleh menjual harta tak alih kecuali dengan sebab yang tidak dapat dielakkan, seperti untuk membayar hutang orang yang di bawah jagaannya. Harta alih boleh dijual pada bila-bila masa.

Seseorang yang muflis boleh dilelong hartanya untuk menebus balik hutang. Walaubagaimanapun lelongan tersebut mestilah didahului dengan harta alih, sekiranya tidak cukup barulah boleh melelong harta tak alih.

Page 17: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

3. Harta ada persamaan dan harta seharga ( mal al-mithly wal mal al-qimmy)

Harta mithly ialah harta yang mempunyai persamaan (homojenis) dengan harta lain sama ada dari segi  bentuk dan nilai. Ia terbahagi kepada empat bahagian:

Barang yang disukat seperti gandum dan padiBarang yang ditimbang seperti kapas dan besiBarang yang dibilang yang mempunyai bentuk yang

hampir sama seperti telur, kelapaBarang yang diukur mengikut ukuran meter, ela, depa

dll. Jika terdapat perbezaan antara keduanya, perbezaan

itu boleh diterima oleh semua pihak.

Page 18: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

sambHarta Qimmi ialah harta yang berlainan jenis

atau jika ada persamaan ia berbeza dari segi nilai dan harga yang ketara tidak boleh diterima oleh semua pihak.

Cothnya spt permaidani, batu permata, pokok.

Juga bermaksud barang yang berbeza nilai krn berbeza saiz dan jenis spt buah betik yg berlainan saiz dan jenis

Page 19: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

sambKesan Pembahagian:-Jika merosakkan harta mithly maka perlu

membayar gantirugi iaitu yang serupa dengan barang yang telah dirosakkan.

Harta mithly boleh menjadi harga tukaran dlm jualbeli. Harta qimiy tidak boleh

Jika seseorang ahli syarikat menuntut harta dibahagi sesama mereka, pembahagian tersebut boleh dibuat ke atas harta mithly sahaja. Untuk harta qimmi tidak boleh dibuat kecuali ada persetujuan ahli syarikat.

Page 20: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

4. Harta yg berubah bentuk asalnya dan harta yg tidak berubah bentuknya setelah digunakan (mal al-istihlaky wal mal al-isti`maly)

Harta istihlaki ialah harta yang habis apabila digunakan dan berubah bentuk. Contohnya minyak, makanan dan minuman

Harta istikmali ialah harta yang kekal zatnya selepas digunakan. Ia boleh digunakan berkali-kali seperti pakaian, kereta, barang-barang perhiasan dll.

Kesan Pembahagian:-Wakaf hanya harta istikmali sahajaTempoh khiyar aib yang berbeza antara

kedua- dua jenis harta tersebut.

Page 21: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

Harta IntelekTermasuk dlm harta bermanfaat hasil

keilmuan kepakaran,pengalaman dll.Tidak boleh meniru, ciplak harta intelek.

Page 22: Konsep  al-Mal Definisi harta Ciri-ciri harta Jenis-jenis harta

razizi.uitm.edu.my

KESIMPULAN

Harta adalah ujian Allah. Ia merupakan perantaraan dalam kehidupan dan bukanlah segala-galanya atau menjadi matlamat utama dalam kehidupan manusia.Walaubagaimanapun tanpa harta manusia akan susah.