konsep bbm

2
Konsep bahan bantuan mengajar dan ciri-ciri yang sesuai Pada peringkat awal persekolahan, subjek bahasa melayu memerlukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran atau Bahan Bantu Mengajar (BBM) kerana ini penting untuk membantu guru dalam penyampaiannya terhadap murid-murid. Guru seharusnya menyediakan BBM atau media yang paling berkesan dalam usaha untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya. Tujuan penggunaan BBM ini adalah untuk memudahkan murid- murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul.dengan adanya BBM, murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu tanggapan (konsep) yang tepat. Apabila guru-guru memilih sesuatu BBM untuk digunakan dalam pengajaran mereka, seharusnya mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis rangsangan yang hendak digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran agar dapat meninggalkan kesan. Contohnya, jika guru-guru ingin menggunakan jenis rangsangan ‘perkataan bercetak’, pemilihan BBM yang sesuai adalah terdiri daripada buku, edaran terancang, carta transparensi (kepingan lutsinar), poster atau senarai bertulis.selepas membuat pemilihan BBM, guru-guru perlu menentukan cara penggunaannya yang paling berkesan dan mudah dilaksanakan untuk memenuhi objektif pengajaran. Pemilihan Bahan Bantu Mengajar ialah proses mencari bahan- bahan yang dihasilkan dan sesuai dengan objektif pengajaran dan

Upload: hamizahsy

Post on 25-Dec-2015

5 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bbm

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Bbm

Konsep bahan bantuan mengajar dan ciri-ciri yang sesuai

Pada peringkat awal persekolahan, subjek bahasa melayu memerlukan bahan-

bahan pengajaran dan pembelajaran atau Bahan Bantu Mengajar (BBM) kerana ini

penting untuk membantu guru dalam penyampaiannya terhadap murid-murid. Guru

seharusnya menyediakan BBM atau media yang paling berkesan dalam usaha untuk

mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang bermula dari set induksi

sehinggalah ke penutupnya.

Tujuan penggunaan BBM ini adalah untuk memudahkan murid-murid memahami

atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul.dengan adanya BBM,

murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu tanggapan

(konsep) yang tepat. Apabila guru-guru memilih sesuatu BBM untuk digunakan dalam

pengajaran mereka, seharusnya mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis

rangsangan yang hendak digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk

digunakan dalam proses pengajaran agar dapat meninggalkan kesan. Contohnya, jika

guru-guru ingin menggunakan jenis rangsangan ‘perkataan bercetak’, pemilihan BBM

yang sesuai adalah terdiri daripada buku, edaran terancang, carta transparensi

(kepingan lutsinar), poster atau senarai bertulis.selepas membuat pemilihan BBM, guru-

guru perlu menentukan cara penggunaannya yang paling berkesan dan mudah

dilaksanakan untuk memenuhi objektif pengajaran.

Pemilihan Bahan Bantu Mengajar ialah proses mencari bahan-bahan yang

dihasilkan dan sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan

ini biasanya dipengaruhi oleh tujuan, kegunaan, tingkat pencapaian pelajar, dan jangka

masa sesuatu pengajaran.