konsep kajian amalan istitabah bagi kesalahan akidah di...

17
4 th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017 261 KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI MALAYSIA DARI ASPEK SOSIO PERUNDANGAN 1 Zanariah Dimon, 1 Nurzatil Ismah Azizan, 1 Nazneen Ismail, 2 Hamidi Abd. Ghani, 2 Zulqarnain Hassan, 2 Nordin Mat Piah, 2 Mohd Ramizu Abdullah @ Zakaria & 3 Nurulfathonah Mohd Effendy [email protected], [email protected], [email protected] 1 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 2 Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) 3 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ABSTRAK Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti Tarikat Naqsyabandiyyah, Ajaran Ayah Pin, Golongan Anti Hadis serta kes-kes murtad seperti Azlina Jailani @ Lina Joy (1997), Kamariah Ali (1999) dan Fatimah Tan (2016) menunjukkan kerosakan akidah sudah menjadi polemik yang membimbangkan dan memberi cabaran besar kepada umat Islam. Penguatkuasaan undang-undang melibatkan pensabitan kesalahan dan hukuman serta perintah istitabah.Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis prosedur istitabah bagi kes-kes kesalahan akidah. Kajian ini menggunakan metode temubual separa struktur dalam pengumpulan data melibatkan majlis agama Islam, Mahkamah Syariah dan Jabatan Mufti di empat zon lokasi di Malaysia iaitu zon utara (Pulau Pinang), zon selatan (Negeri Sembilan), zon Timur (Kelantan) dan zon barat (Selangor). analisis dokumen dengan membuat tinjauan khusus terhadap peruntukan undang-undang dan kes-kes permohonan keluar agama Islam serta modul pemulihan di pusat pemulihan akidah. Hasil kajian kepustakaan mendapati perintah istitabah sangat penting sebagai satu proses pemulihan akidah kepada pesalah akidah yang telah disabitkan kesalahan termasuklah dalam kes-kes percubaan murtad. Walau bagaimanapun, amalan istitabah di peringkat negeri adalah berbeza sama ada dalam bentuk kaunseling akidah atau tahanan di pusat pemulihan akidah bergantung kepada perintah hakim Mahkamah Syariah selepas penerimaan kes-kes permohonan status agama. Tiada peruntukan undang-undang yang jelas dan seragam mengenai perintah taubat (istitabah) di peringkat negeri. Justeru kajian ini akan membandingkan amalan istitabah di peringkat negeri terpilih dan mengemukakan cadangan untuk penambahbaikan amalan istitabah.

Upload: buinhu

Post on 06-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

261

KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI

MALAYSIA DARI ASPEK SOSIO PERUNDANGAN

1Zanariah Dimon,

1Nurzatil Ismah Azizan,

1Nazneen Ismail,

2Hamidi Abd. Ghani,

2Zulqarnain Hassan,

2Nordin Mat Piah,

2Mohd Ramizu

Abdullah @ Zakaria & 3Nurulfathonah Mohd Effendy

[email protected], [email protected], [email protected] 1Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

2Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

3Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

ABSTRAK

Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti Tarikat Naqsyabandiyyah, Ajaran Ayah

Pin, Golongan Anti Hadis serta kes-kes murtad seperti Azlina Jailani @ Lina Joy

(1997), Kamariah Ali (1999) dan Fatimah Tan (2016) menunjukkan kerosakan akidah

sudah menjadi polemik yang membimbangkan dan memberi cabaran besar kepada

umat Islam. Penguatkuasaan undang-undang melibatkan pensabitan kesalahan dan

hukuman serta perintah istitabah.Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis prosedur

istitabah bagi kes-kes kesalahan akidah. Kajian ini menggunakan metode temubual

separa struktur dalam pengumpulan data melibatkan majlis agama Islam, Mahkamah

Syariah dan Jabatan Mufti di empat zon lokasi di Malaysia iaitu zon utara (Pulau

Pinang), zon selatan (Negeri Sembilan), zon Timur (Kelantan) dan zon barat

(Selangor). analisis dokumen dengan membuat tinjauan khusus terhadap peruntukan

undang-undang dan kes-kes permohonan keluar agama Islam serta modul pemulihan

di pusat pemulihan akidah. Hasil kajian kepustakaan mendapati perintah istitabah

sangat penting sebagai satu proses pemulihan akidah kepada pesalah akidah yang

telah disabitkan kesalahan termasuklah dalam kes-kes percubaan murtad. Walau

bagaimanapun, amalan istitabah di peringkat negeri adalah berbeza sama ada dalam

bentuk kaunseling akidah atau tahanan di pusat pemulihan akidah bergantung kepada

perintah hakim Mahkamah Syariah selepas penerimaan kes-kes permohonan status

agama. Tiada peruntukan undang-undang yang jelas dan seragam mengenai perintah

taubat (istitabah) di peringkat negeri. Justeru kajian ini akan membandingkan amalan

istitabah di peringkat negeri terpilih dan mengemukakan cadangan untuk

penambahbaikan amalan istitabah.

Page 2: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

262

1. 0 PENGENALAN

Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai konsep awal kajian yang bertajuk

“Amalan Istitabah bagi Kesalahan Akidah di Malaysia Dari Aspek Sosio

Perundangan”. Kajian ini memfokuskan kepada amalan istitabah dari segi proses,

pendekatan dan modul yang digunakan dalam undang-undang negeri bagi mereka

yang memohon murtad. Manakala kesalahan akidah yang dimaksudkan ialah

kesalahan yang berkait penyelewengan ajaran Islam yang bertentangan dengan syariat

seperti ajaran sesat, doktrin palsu dan kesalahan yang berkait dengan murtad dan

percubaan murtad. Perkataan istitabah membawa erti satu prosedur rasmi yang

digunakan sebelum seseorang itu akan dijatuhkan hukum had riddah (Wan Mohd

Fazrul et al. 2013: 59).

Ia merupakan satu anjuran atau proses memberi peluang untuk bertaubat bagi

mereka yang melakukan kesalahan dari segi syarak. Selain itu, pendekatan istitabah

yang dijalankan adalah berbentuk rundingan dan khidmat nasihat akidah kepada

pemohon untuk kembali menerima Islam sebagai agama dalam hidup (Ashikin et. al

2017: 23). Rentetan itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti proses istitabah atau

prosedur undang-undang negeri yang telah ditetapkan terhadap mereka yang terlibat

dalam kesalahan akidah. Pemilihan negeri adalah melibatkan kaedah penetapan zon

dan kesesuaian kajian. Keseluruhan kajian meliputi aspek sosio-perundangan di mana

ia merupakan satu kaedah penyelidikan yang menyatukan dua bidang utama iaitu

sains sosial dan undang-undang kerana undang-undang dibentuk sebagai mekanisme

untuk mengurus hal ehwal dan konflik yang timbul dalam masyarakat sosial. Dalam

hal ini, kesalahan akidah dan istitabah dipercayai mempunyai kesan secara langsung

dan tidak langsung kepada masyarakat.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Persoalan akidah bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan kerana ia berkait

maqasid shari`ah iaitu dalam aspek penjagaan agama (hifz al-Din). Gejala kerosakan

akidah seperti ajaran salah yang sentiasa berkembang dan menular saban hari perlu

dipandang serius dalam usaha memelihara akidah umat. Kes-kes ajaran salah dan

doktrin palsu seperti Tarikat Naqsyabandiyyah, Ajaran Ayah Pin, Golongan Anti

Hadis serta kes-kes murtad seperti Azlina Jailani @ Lina Joy (1997), Kamariah Ali

Page 3: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

263

(1999) dan Fatimah Tan (2016) menunjukkan kerosakan akidah sudah menjadi

polemik yang membimbangkan dan memberi cabaran besar kepada umat Islam.

Lazimnya, fokus kajian tertumpu kepada isu-isu pendakwaan dan penguatkuasaan

kesalahan akidah. Ini kerana mereka yang terlibat dengan ajaran salah dan percubaan

keluar agama ini boleh didakwa melalui pelbagai peruntukan enakmen jenayah

syariah walaupun hukumannya terlalu ringan berbanding dengan kemudaratannya

kepada orang Islam.

Umumnya, kesalahan akidah di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke

semasa, terutamanya kes murtad. Antara tahun 1994 sehingga 1997, 519 permohonan

telah dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan tujuan untuk tukar nama

atas alasan ingin keluar dari Islam (Farahwahida et al. t.th: 8). Dalam penulisan Pg

Ismail et al. (2015: 53) permohonan keluar Islam telah dikemukakan di Mahkamah

Syariah sebanyak 686 permohonan dalam tempoh dari tahun 2000 sehingga 2010. Hal

ini membuktikan bahawa terdapat peningkatan permohonan murtad atau dengan kata

lain fenomena murtad semakin berleluasa di Malaysia dari tahun ke tahun.

Antara kes murtad yang difailkan di mahkamah ialah kes Siti Fatimah Tan bt

Abdullah lwn. Majlis Agama Islam Pulau Pinang dalam Mahkamah Tinggi Syariah

Negeri Pulau Pinang (2006), Majlis Agama Islam Selangor lwn. Alamelu a/p

Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor (2015), Kamariah Ali & Yang Lain

lwn. Kerajaan Negeri Kelantan & Satu Lagi (2002) dan Rashidah Moideen lwn.

Mahkamah Tinggi Syariah Seremban (2007).

Selain daripada murtad, kesalahan akidah yang lain juga termasuk penyebaran

ajaran sesat dan ajaran yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ajaran

sesat adalah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang

bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran Islam

atau berdasarkan ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa

itu bertentangan daripada ajaran Islam yang berdasarkan al-Quran dan hadis serta

bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wa Jamaah. Berdasarkan penakrifan tersebut

jelas dapat dilihat bahawa golongan yang mengamalkan ajaran sesat itu murtad dan

hanya amalan atau ajaran yang diamalkan oleh mereka telah menyimpang. Berkenaan

dengan penetapan murtad terhadap seseorang atau kumpulan adalah tertakluk kepada

pihak berkuasa seperti institusi fatwa atau kehakiman Islam (Mohd Aizam 2015: 58).

Page 4: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

264

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Ugama Islam Malaysia (2009: 1-26) telah menghimpunkan beberapa ajaran

sesat yang melibatkan akidah Islam, antaranya Tarekat Mufarridah, Tarekat

Naqsyabandiyah Khalidiah Kadirun Yahya, ajaran Hassan Anak Rimau, Kumpulan

Qadiani atau Ahmadiah, ajaran Bahai, al-Arqam, Syiah, Tariqat Naqsyabandiah al-

Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani, Wahdatul Wujud, kumpulan Black Metal dan

ajaran Azhar bin Wahab. Menurut Mohd Aizam (2015: 64), pada akhir tahun 1999

jumlah ajaran sesat yang telah dilaporkan ke Jabatan Agama Islam di seluruh

Malaysia menjangkau lebih 100 ajaran.

Dato Seri Jamil Khir Baharom dalam penyata rasmi Parlimen (2012: 24)

menyatakan bahawa pada tahun 2011 sebanyak lapan ajaran sesat yang masih aktif

berbanding tahun 2010 sebanyak 10 ajaran sesat. Justeru itu ia menunjukkan bahawa

penguatkuasaan undang-undang dapat dilaksanakan dengan baik. Dalam tempoh

tahun 2007 sehingga 2011, sebanyak 87 tangkapan berkaitan dengan kesalahan ajaran

sesat di seluruh negara yang telah dilaksanakan. Tangkapan ini merupakan kesalahan-

kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri yang

terlibat. Antara kesalahan yang dilakukan oleh ajaran-ajaran tersebut adalah pemujaan

salah, doktrin palsu, mengembangkan doktrin agama, perbuatan dan perkataan

murtad, subahat dan percubaan murtad dan dakwaan palsu.

Antara ajaran yang diambil tindakan ialah ketua dan pengikut kumpulan al-

Arqam yang ditangkap secara beramai-ramai pada tahun 1995. Mereka didakwa

terlibat dengan ajaran sesat melalui amalan Aurad Muhammadiyah. Mereka

dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan

diletakkan di Kem Tahanan Kamunting (Mohd Aizam 2015: 100). Antara tindakan

yang dikenakan terhadap mereka ialah mengadakan siri pemulihan akidah, tetapi tidak

dihadiri sepenuhnya oleh pengikut tegarnya. Antara tahun 1994 sehingga 1998

kerajaan telah mengadakan 29 siri kursus pemulihan terhadap bekas pengikut al-

Arqam seramai 2152 orang (Mohd Aizam 2015: 100). Menurut Siti Zubaidah (2010:

251), terdapat pengikutnya yang menulis pengalaman bersama kumpulan terbabit

dengan mendedahkan kebenaran tentang Ashaari Muhammad beserta kaum

keluarganya. Malah ada juga yang cuba menghidupkannya kembali atas nama lain

Page 5: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

265

seperti syarikat berkaitan perniagaan yang dinamakan sebagai Syarikat Rufaqa

Corporation Sdn. Bhd. (SRC).

Selain daripada kes al-Arqam, terdapat kes lain iaitu yang telah dibicara dan

disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada tahun 2009 terhadap

Abdul Kahar Ahmad atau dikenali sebagai Rasul Melayu dengan pelbagai kesalahan

berkenaan aktiviti beliau selama ini. Antaranya kesalahan mengajar doktrin palsu,

membuat dakwaan palsu dengan mengisytiharkan diri sebagai rasul, menghina agama

Islam, mengingkari arahan pihak berkuasa agama dan memberi pendapat yang

bertentangan dengan fatwa (Siti Zubaidah 2010: 252). Justeru itu, Mahkamah Tinggi

Syariah telah menjatuhkan hukuman selama 10 tahun dan enam kali sebatan serta

denda RM16 500 selepas beliau mengaku salah atas lima pertuduhan berhubung

penyebaran ajaran sesat yang diasaskannya pada tahun 2006. Beliau turut

diperintahkan supaya dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Ulu Yam

untuk tempoh enam bulan terakhir hukuman tersebut.

Tindakan yang dikenakan ke atas mereka yang terlibat dalam kesalahan akidah

ini mendapat respon yang pelbagai khususnya daripada gerakan yang cenderung

kepada fahaman liberal. Kumpulan ini mengemukakan pelbagai bantahan atas slogan

hak kebebasan beragama dan hak asasi manusia khususnya bagi masyarakat Muslim.

Antaranya, Islam Interfaith Commision (IRF) atau Inter Religious Centre (IFC),

Kumpulan Artikel 11, Sister in Islam (SIS), Jaringan Islam Liberal (JIL) dan lain-lain.

Mereka berpandangan para penganut agama Islam perlu diberi kebebasan beragama

dan beramal mengikut kehendak tersendiri (Nazneen et al. 2017: 16). Malah terdapat

usaha yang telah dilaksanakan oleh Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process

(COMANGO) dengan mengusulkan laporan COMANGO 2013 untuk semakan

kedudukan Hak Asasi Manusia (HAM) di Malaysia kepada Majlis Hak Asasi

Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dalam sesi penerimaan

muktamad Semakan Berkala Sejagat di Geneva, Switzerland pada tahun 2013.

Antara kenyataan yang melibatkan penganut agama Islam dalam laporan

tersebut adalah (COMANGO 2013: 48-51):

10.1.5. In 2011 the Selangor Islamic Religious Department (JAIS)

raided Damansara Utama Methodist Church (DUMC) after

Page 6: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

266

receiving an anonymous tip that Muslims were attending a

proselytization event;

10.1.6. There is no freedom of religion for Muslims of other sects as

only the Sunni sect is permitted. Other Muslim sects, e.g., Shiite, are

labelled as ‘deviant’ and actions may be taken against them; and

10.1.9. The Malay translation of Allah, Liberty & Love was banned

by the Home Minister. Religious officials arrested a Muslim

bookstore manager and a Muslim director of a publishing house for

distributing a publication contrary to Syariah law. Both have now

been charged in the Syariah court.

Daripada sejumlah isu dan kes yang berlaku ini, ia memberi gambaran bahawa

kesalahan akidah telah memberikan impak terhadap sosio perundangan di Malaysia.

Justeru, tumpuan perlu diperkasakan terhadap mekanisme pengawalan dan

pencegahan agar garis panduan yang jelas dan seragam dapat disediakan dalam

berhadapan dengan fenomena ini. Berdasarkan amalan sedia ada, terdapat perbezaan

keputusan mahkamah dalam berhadapan dengan kesalahan akidah iaitu sama ada

pesalah dikenakan hukuman berbentuk denda, penjara atau sebatan atau dikenakan

istitabah melalui kaedah ditahan di pusat pemulihan, melalui proses kaunseling atau

tiada proses pemulihan dikenakan.

Perkembangan kes Abdul Kahar Ahmad atau Rasul Melayu (2009),

penubuhan pusat pemulihan akidah dan usul undang-undang rehabilitasi bagi

kesalahan akidah di Perlis (2000) telah menimbulkan persoalan tentang bagaimana

bentuk amalan perintah taubat bagi tujuan pemulihan akidah (istitabah) bagi

mengawal gejala kerosakan akidah ini dilaksanakan peringkat negeri? Adakah ia

menjadi prosedur yang standard kepada semua kes-kes kesalahan akidah di peringkat

negeri terutamanya yang melibatkan permohonan keluar agama Islam? Dan

bagaimanakah modul pemulihan yang dilaksanakan bagi proses tersebut? Oleh itu,

kajian ini akan memfokuskan kepada pendekatan yang digunakan dalam proses

istitabah dengan mengambilkira pelaksanaannya di peringkat negeri di Malaysia.

Page 7: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

267

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Secara khususnya kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencari jawapan

kepada beberapa persoalan berikut:

i. Bagaimanakah pelaksanaan perintah istitabah di peringkat negeri di

Malaysia?;

ii. Apakah sumbangan amalan istitabah terhadap hak beragama

masyarakat muslim di Malaysia?; dan

iii. Adakah amalan istitabah memberi kesan terhadap aspek sosio

perundangan?

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasar kepada persoalan kajian, pengkaji dapat membentuk beberapa objektif

utama kajian yang ingin dicapai pada akhir kajian ini iaitu untuk:

i. Mengkaji pelaksanaan perintah istitabah di peringkat negeri di

Malaysia;

ii. Mengenalpasti sumbangan amalan istitabah terhadap hak beragama

masyarakat muslim di Malaysia; dan

iii. Mengenalpasti kesan amalan istitabah terhadap aspek sosio

perundangan.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan khususnya sebagai nilai tambah yang

berguna berkenaan dengan amalan istitabah bagi negeri-negeri di Malaysia. Amalan

ini berfungsi untuk menangani golongan yang telah membuat permohonan di

mahkamah syariah untuk murtad dan menyeragamkan amalan ini di seluruh negeri-

negeri. Oleh itu, kajian ini adalah sangat penting berdasarkan justifikasi berikut:

i. Penekanan kepada amalan istitabah mengikut keperluan undang-

undang. Berdasarkan pembacaan pengkaji, kajian yang dibuat sebelum

ini hanya berkaitan dengan aspek akidah;

ii. Menganalisis proses undang-undang yang berkaitan perintah taubat di

Mahkamah Syariah di peringkat negeri-negeri di Malaysia; dan

Page 8: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

268

iii. Mengenalpasti perintah taubat (istitabah) sebagai satu kaedah alternatif

yang sangat penting dalam penguatkuasaan kesalahan akidah di

Malaysia.

6.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah berkenaan dengan amalan istitabah bagi kesalahan akidah di

Malaysia dari aspek sosio perundangan. Oleh itu bagi mencapai objektif kajian,

pengkaji memilih reka bentuk kualitatif. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji

perlaksanaan perintah istitabah di peringkat negeri di Malaysia, yang mana sebanyak

empat (4) zon negeri telah dipilih. Oleh demikian, data dipungut melalui kaedah temu

bual atau pemerhatian yang teliti secara mendalam. Malah, analisis dokumen turut

dijalankan seperti kes-kes, kajian lepas dan sebagainya.

6.1 Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data amat penting dalam memungut data kajian. Menurut

Sunawari (2009: 65), temu bual adalah kaedah secara langsung untuk mendapatkan

maklumat yang berbentuk pandangan daripada responden secara lisan atau perbualan

dan direkodkan oleh pengkaji. Justeru itu, setelah diteliti kaedah yang bersesuaian

dengan kajian maka teknik temu bual digunakan bagi mendapatkan data. Dalam

penulisan Chua (2006: 114), kebiasaannya temu bual mempunyai beberapa jenis

soalan yang berbeza mengikut kebiasaan pengkaji. Terdapat tiga jenis soalan temu

bual iaitu temu bual berstuktur, temu bual semi-struktur dan temu bual tidak

berstruktur.

Justeru itu, dalam kajian ini, pengkaji memilih temu bual semi-struktur dengan

kaedah bersemuka secara individu dengan informan kajian. Temu bual semi-struktur

mempunyai format kaedah temu bual yang terletak di antara temu bual berstruktur

dan temu bual tidak berstruktur. Pengkaji menyoalkan beberapa soalan formal yang

telah dibina sebelum sesi temu bual, malahan penemubual juga mempunyai

kebebasan untuk menyoal dan menjelajah lebih mendalam tentang jawapan responden

terhadap soalan yang telah ditanyakan (Chua 2006: 116-117). Selain itu, hujah

galakan minimum turut digunakan dalam temu bual ini, sebagai contoh hujah tersebut

ialah “Apakah maksud anda?...”, “Kemudian...”, “Mengapa...”, “Selepas itu...” dan

Page 9: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

269

seumpamanya. Malah penggunaan tembual semi-struktur dapat membantu pengkaji

dalam usaha mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam. Pengkaji menjalankan

temu bual terhadap berbeza individu, berlainan tempat dan waktu. Ia melibatkan tiga

belas (13) orang informan daripada empat (4) zon negeri.

6.2 Pemilihan Sampel Kajian

Sampel kajian dipilih dengan secara rawak diantara empat (4) zon negeri di

semenanjung Malaysia. Zon-zon tersebut adalah zon utara (Perlis, Kedah, Pulau

Pinang dan Perak), zon timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), zon tengah

(Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan yang terakhir zon selatan (Negeri Sembilan,

Melaka dan Johor Bharu) (Nazarudin 2013; JPNIN t.th). Oleh demikian, pengkaji

memilih Pulau Pinang sebagai wakil zon utara, Kelantan sebagai wakil zon timur,

Selangor bagi zon tengah dan Negeri Sembilan sebagai wakil zon selatan. Berikut

adalah gambar rajah peta pembahagian zon negeri-negeri di Malaysia:

Gambar rajah 2: Peta Pembahagian Zon Negeri (Sumber: Pengkaji 2017)

Page 10: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

270

6.3 Kaedah Penganalisian Data

Setiap temu bual telah direkodkan dalam bentuk audio. Bagi memudahkan pengkaji

dalam menganalisis data temu bual, audio tersebut perlu ditranskripkan dalam bentuk

perkataan dan ayat demi ayat (verbatim). Menurut Ghazali et al. (2016: 471) dalam

proses menganalisis data ini perlu melalui beberapa fasa. Setelah selesai

mentranskripkan audio, data tersebut perlu dihantarkan ke informan untuk membuat

semakan. Malah terdapat istilah lain bagi semakan iaitu validiti atau keesahan

kandungan. Seterusnya penyelidik perlu menentukan tema dan kategori dengan

menggunakan kod-kod yang telah ditentukan. Proses ini dilakukan secara manual

dengan menggunakan prosedur program Nvivo (Ghazali et al. 2016: 472).

Namun, dalam kajian ini pengkaji tidak menggunakan kaedah Nvivo kerana

kekangan masa untuk mengaplikasikannya. Jika ia tetap digunakan maka ia akan

menjejaskan perancangan yang telah disediakan oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji

hanya menlaksanakan analisis secara bertema kerana semua persoalan kajian

berdasarkan tema yang telah ditentukan berdasar kepada objektif kajian. Berikut

adalah tema tersebut:

i. Perlaksanaan perintah Istitabah;

ii. Sumbangan amalan Istitabah; dan

iii. Kesan amalan Istitabah.

7.0 TINJAUAN LITERATUR

Berdasarkan perundangan di Malaysia, terdapat perbezaan dari aspek prosedur

penukaran agama atau permohonan murtad. Dalam penulisan Ashikin et al. (2016:

149) yang berjudul Keluar Agama Islam di Malaysia: Permasalahan dari Sudut

Undang-undang dan Sopiee Shiddeq (2015: 10) berkenaan dengan Jenayah Murtad di

Malaysia: Permasalahan dari Perspektif Undang-undang Syariah menyatakan

bahawa Sabah telah menetapkan dua hukuman untuk kesalahan keluar agama dalam

Enakmen Kesalahan Jenayah. Pertama, Seksyen 55 Kesalahan Menghina Agama

Islam dan akan dikenakan hukuman penjara atau RM 2000 atau kedua-duanya.

Kedua, Seksyen 63, 1995 Percubaan Murtad serta telah memperuntukkan prosedur

yang perlu dipatuhi bagi orang Islam yang ingin keluar agama.

Page 11: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

271

Melaka turut menetapkan hukuman bagi mereka yang murtad pada Seksyen 66

Percubaan Murtad. Kedua-dua negeri meletakkan kesalahan tersebut sebagai jenayah

syariah tetapi mengambil pendekatan yang berbeza iaitu pemohon ditahan di Pusat

Bimbingan Islam (PBI) tidak lebih daripada enam bulan untuk Melaka dan 36 bulan

bagi tempoh di Sabah. Tujuan pesalah atau pemohon ditempatkan di PBI adalah untuk

mendidik mereka kembali kepada Islam dan mengkehendaki mereka untuk bertaubat.

Sekiranya pemohon bertaubat daripada kesalahan keluar agama maka mereka akan

dibebaskan. Akan tetapi Ashikin et al. (2016: 149) menyatakan bahawa kajian lepas

mendapati Pusat Bimbingan Islam (PBI) di Sabah tidak pernah beroperasi walaupun

undang-undang ini wujud pada tahun 1995.

Seterusnya Kelantan yang turut meletakkan hukuman sama dengan Melaka

dan Sabah tetapi mempunyai perbezaan dari segi Enakmen Syariah. Bagi undang-

undang Negeri Kelantan kesalahan murtad tidak termasuk dalam enakmen jenayah

syariah dan tetap dikenakan hukuman bagi mereka yang memohon murtad iaitu

pemohon akan ditempatkan di Pusat Pemulihan Islam selama 36 bulan supaya mereka

melalui proses runding cara serta dikehendaki untuk bertaubat (Ashikin et al. 2016:

149). Setelah meneliti hukuman ketiga-tiga negeri ini, ia tidak memperincikan kaedah

atau prosedur yang dilaksanakan.

Dalam peruntukan undang-undang Negeri Sembilan telah memperincikan

kaedah yang perlu dijalani oleh orang Islam yang berhasrat untuk keluar agama.

Terdapat beberapa penulisan yang mengkaji undang-undang Negeri Sembilan,

antaranya Ashikin et al. (2017: 15) dalam penulisan beliau Amalan Mahkamah

Syariah Mengisytiharkan Status Agama dalam Kes Permohonan Keluar Islam:

Kajian Kes di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, Helwa et al. (2013: 21)

berjudul Kedudukan Murtad dan Penyebaran Agama Bukan Islam Menurut Perspektif

Undang-undang di Malaysia: Satu Analisa Isu dan Cabaran, Ashikin et al. (2016:

149) dan Sopiee (2015: 11-12). Negeri Sembilan telah memperuntukan undang-

undang bagi mereka yang memohon murtad dalam bentuk prosedur dan tatacara

untuk keluar Islam. Pemohon perlu membuat permohonan keluar agama Islam di

Mahkamah Tinggi Syariah serta ia ditangguhkan dan dirujuk kepada Jabatan Mufti

bagi mengendalikan proses taubat. Selepas itu, pemohon perlu menghadiri sesi

kaunseling dan nasihat untuk bertaubat dalam tempoh 90 hari. Kes ini akan

Page 12: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

272

ditamatkan sekiranya pemohon telah bertaubat dalam tempoh menjalani sesi

kaunseling. Namun, jika pemohon tetap dengan pendiriannya untuk murtad maka

pihak mahkamah akan memberikan tempoh satu tahun lagi untuk pemohon bertaubat

(Ashikin et al. 2016: 150; Helwa et al. 2013: 22; Sopiee 2015: 12).

Proses yang perlu dilalui oleh pemohon murtad iaitu sesi kaunseling dan

nasihat yang bertujuan untuk memujuk pemohon kekal dalam agama Islam dikenali

sebagai istitabah. Seperti yang telah diperbincangkan, setiap permohonan murtad di

Negeri Sembilan perlu melalui Mahkamah Syariah dan diserahkan kepada Majlis

Mufti serta melalui Unit Runding Cara Akidah yang akan menguruskan proses

kaunseling dan taubat pemohon (Ashikin et al. 2017: 18). Namun begitu, mahkamah

syariah tidak mengasingkan jenis-jenis kes yang perlu dirujuk kepada Jabatan Mufti.

Ashikin et al. (2017: 19) menyatakan bahawa terdapat cadangan agar setiap pemohon

diklasifikasikan terlebih dahulu dari segi latar belakang pemohon untuk mengelak

daripada dakwaan yang menyatakan bahawa tujuan kaunseling adalah untuk

mengekalkan pemohon dalam agama Islam sedangkan pemohon tidak pernah

mengetahui atau mengamalkan ajaran Islam.

Unit Runding Cara Akidah dalam Majlis Mufti yang diberi tanggungjawab

untuk menjalankan proses istitabah terhadap semua pemohon murtad dan menghantar

laporan perkembangan pemohon. Menurut Ashikin et al. (2017: 23) di Jabatan Mufti

terdapat sesi runding cara akidah yang dilaksanakan oleh saudara baharu yang

berdakwah dan sebangsa dengan pemohon untuk membantu Unit Runding Cara

Akidah. Penyampaian ilmu agama Islam dan perbandingan agama oleh mereka yang

pernah menganut agama lain sebelum memeluk Islam adalah lebih berkesan kerana

penyampaiannya merangkumi pengetahuan tentang agama lain sebelum memeluk

Islam (Ashikin et al. 2017: 23). Berkenaan dengan keputusan permohonan murtad

sama ada diluluskan atau tidak, ia bergantung kepada keputusan Mahkamah Syariah.

Selain daripada prosedur berkaitan permohonan murtad, terdapat juga

kesalahan yang berkait dengan ajaran selain Ahli Sunnah wa Jamaah telah dikenakan

hukuman iaitu ditahan di Pusat Bimbingan Akidah. Sepertimana dalam penulisan

Zubaidah (2010: 268) berjudul Menangani Ajaran Sesat di Kalangan Umat Islam:

Perspektif Undang-Undang dan Pentadbiran tentang kes di Selangor iaitu Pendakwa

Syarie Selangor lwn. Abdul Kahar Ahmad (2014), pesalah berusia 72 tahun yang

Page 13: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

273

didapati bersalah atas lima kesalahan berkaitan ajaran salah, telah dihukum penjara

selama sepuluh tahun, denda RM16,500 dan enam kali sebatan dan perlu menjalani

proses pemulihan selepas dipenjarakan itu di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman,

Ulu Yam Selangor. Beliau menjalani hukuman penjara terlebih dahulu di bawah

kendalian Jabatan Penjara Malaysia dan selepas habis tempoh sepuluh (10) tahun,

beliau dikehendaki menjalani proses pemulihan sebagaimana yang diperintahkan oleh

mahkamah syariah.

Seterusnya di Kelantan, dalam penulisan Zubaidah (2010: 268) dengan kes

Mohamed bin Ya dan Lain-Lain lwn Pendakwa Syarie Kelantan, lima orang tertuduh

telah disabitkan atas kesalahan melakukan adat istiadat yang bertentangan dengan

agama Islam. Mereka adalah pengikut ajaran Kumpulan Ratib Kuat Ayah Pin, sebuah

kumpulan yang telah difatwakan haram di Kelantan ketika itu. Dalam rayuan mereka

terhadap hukuman penjara, satu tahun, Mahkamah Rayuan telah mengubah hukuman

berkenaan kepada berkelakuan baik selama tempoh tiga hingga lima tahun. Dalam

tempoh berkenaan mahkamah telah mengarahkan agar mereka melaporkan diri

kepada kadi jajahan tempat tinggal mereka untuk melafazkan taubat. Akan tetapi,

disebabkan masalah pengurusan, ketidakselarasan arahan dan ketiadaan garis panduan

taubat, maka taubat tersebut dikatakan tidak berjaya direalisasikan.

Penulisan Ashikin et al. (2016: 150) dan Zubaidah (2010: 268-269)

mengatakan bahawa tindakan menahan pemohon murtad di Pusat Pemulihan Akidah

atau Pusat Bimbingan Islam oleh negeri-negeri tidak dinyatakan garis panduan,

prosedur atau modul pemulihan yang digunakan untuk mengesahkan bahawa

pemohon adalah disahkan sudah bertaubat. Pada kajian lepas berpendapat bahawa

bahawa tahanan di Pusat Pemulihan Akidah seharusnya digantikan dengan beberapa

siri kaunseling dengan mengambil amalan Negeri Sembilan yang digunakan dalam

beberapa sesi kaunseling terhadap pemohon murtad (Ashikin et al. 2016: 150). Malah

terdapat cadangan yang pernah dilontarkan untuk menggubal satu peraturan berkaitan

dengan pusat pemulihan akidah harus diteliti kerana ia amat relevan untuk

dilaksanakan supaya kaedah ini dapat memelihara keharmonian agama Islam dan

akidah umat Islam sendiri.

Page 14: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

274

Baru-baru ini Mais telah mengeluarkan Modul Istitabah bagi kesalahan akidah

dan mencemar kesucian Islam di dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor tahun

1995 (MAIS 2017: 3) iaitu pemujaan salah (seksyen 4), mendakwa bukan orang Islam

untuk mengelakkan tindakan (seksyen 5), takfir (seksyen 6), doktrin palsu (seksyen

7), dakwaan palsu (seksyen 8), mempersendakan ayat al-Quran, hadis dan lain-lain

(seksyen 9), menghina atau menyebabkan dipandang hina, dan lain-lain agama Islam

(seksyen 10), memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat (seksyen 11) dan

pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam, Enakmen Pentadbiran

Agama Islam Negeri Selangor Tahun 2003 (seksyen 61(3)(x)). Menurut Mais

(2017:3), teori yang digunakan dalam membangunkan modul istitabah adalah merujuk

kepada Fiqh Islami dalam bab murtad dan istitabah bagi pesalah murtad, ilmu

tasawuf, psikologi, alat pengukuran dan kaunseling syarie. Terdapat empat tahap

pemulihan, antaranya saringan, rawatan dan pemulihan, pengukuhan dan sokongan.

Berikut merupakan gambar rajah umum Model Istitabah Mais:

Gambar rajah 1: Modul Istitabah Mais (Sumber: Mais 2017:4)

Istitabah merupakan satu keperluan dalam membendung gejala murtad dalam

kalangan masyarakat Malaysia. Modul yang mantap perlu digunakan bagi

menyelamatkan akidah seseorang seperti kes Kahar yang mana pihak Mais telah

membangunkan modul istitabah dan digunapakai kepada beliau. Namun begitu, masih

terdapat beberapa negeri yang tidak mempunyai amalan istitabah yang khusus bagi

Page 15: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

275

kesalahan akidah walaupun terdapat hukuman kepada pesalah untuk menjalani Pusat

Bimbingan Islam (PBI). Oleh itu, para pengkaji perlu membuat kajian lanjut bagi

mengetahui prosedur atau inisiatif yang diambil bagi menyelamatkan akidah

seseorang bagi setiap negeri sebelum, semasa dan selepas perbicaraan.

8.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kajian ini bakal fokus kepada amalan istitabah di empat zon

negeri di Malaysia dengan mengambil kira beberapa aspek iaitu amalan,

sumbangannya terhadap jaminan kebebasan beragama bagi Muslim serta kesannya

terhadap sosio perundangan masyarakat. Kajian diharap dapat menyumbang kepada

penambahbaikan kaedah pelaksanaan istitabah di peringkat negeri agar prinsip

maqasid syariah dalam aspek pemeliharaan agama di Malaysia diutamakan.

Page 16: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

276

RUJUKAN

Ahmad Sunawari Long. (2009). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian

Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Munawar Ismail dan Mohd Nor Shahizan Ali. (2016). Mengenali Kuantitatif

dan Kualitatif dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan.

Buku 1. Malaysia: Mc Graw Hill.

Farahwahida Mohd Yusof, P.M Aminuddin Ruskam, Azmi Shah Suratman, Mohd

Nasir Ripin, Nur Raihan Nordin dan Sharifah Munirah Timmiati. t.th. Kaedah

Penyelesaian dalam Menangani Pertukaran Agama dalam Kalangan

Masyarakat Melayu-Islam di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan dalam

Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Helwa Mohammad Zainal dan Jasri Jamal. (2013). Kedudukan Murtad dan

Penyebaran Agama Bukan Islam Menurut Perspektif Undang-undang di

Malaysia: Satu Analisa Isu dan Cabaran. Jurnal Undang-undang dan

Masyarakat 17: 13-36.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2009. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Majlis Kebangsaan bgai Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Putrajaya:

Bahagian Pengurusan Fatwa, JAKIM.

Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN). t.th. https://www.jpnin.

gov.my/ms/jpnin-negeri. [14.9.2017].

Laporan Pemegang Amanah Mengenai Pihak Berkepentingan Malaysia, COMANGO.

2013. Bagi Sesi ke-14, Pusingan ke-2 Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak

Asasi Manusia (HRC).

Majlis Agama Islam Selangor. 2017. Modul Istitabah. Selangor: MAIS.

Mohd Aizam bin Maz’od. 2015. Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di

Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Mohd Sopiee Shiddeq. 2015. Jenayah Murtad di Malaysia: Permasalahan dari

Perspektif Undang-undang Syariah. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat

19: 9-16.

Nazarudin Zainun, Rahimah A. Hamid dan Mohd Kipli Abdul Rahman. 2013.

Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara: Jilid 1–Berasal dari Akar. Pulau

Pinang: Universiti Sains Malaysia Press.

Page 17: KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI ...rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/ISTITABAH-261-277… · Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

277

Nazneen Ismail, Nurulfathonah Mohd Effendy, Kamal Azmi Abd Rahman, Siti

Saleha Salleh dan Indriaty Ismail. 2017. Isu Hak Kebebasan Beragama di

Malaysia. ICLIJ 2017, Pusat Penyelidikan UKM di Langkawi.

Nor Ashikin Md. Nasir dan Siti Zubaidah Ismail. (2016). Keluar Agama Islam di

Malaysia: Permasalahan dari Sudut Undang-undang. Jurnal Penyelidikan

Undang-undang Syariah. Vol 1(1): 141-154.

Nor Ashikin Md. Nasir dan Siti Zubaidah Ismail. (2017). Amalan Mahkamah Syariah

Mengisytiharkan Status Agama dalam Kes Permohonan Keluar Islam: Kajian

Kes di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan. Kanun, Januari 2017: 1-

36.

Penyata Rasmi Parlimen. 2012. Parlimen ke-12, Penggal ke-5, Mesyuarat ke-3 di

Dewan Negara. Bil 12, 13 Disember 2012: 24-25.

Pg Ismail Pg Musa dan Siti Zubaidah Ismail. 2015. Permohonan Keluar Islam: Kajian

Kes di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah. Jurnal Syariah, Jil 23, Bil 1:

53-78.

Siti Zubaidah Ismail. 2010. Menangani Ajaran Sesat di Kalangan Umat Islam:

Perspektif Undang-Undang dan Pentadbiran. Jurnal Syariah, Jil. 18, Bil. 2:

247-276.

Kes

Abdul Kahar Ahmad v. Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan; Kerajaan Malaysia

& Anor. 2014. Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Permohonan Semakan No: 10000 -103-0003-2014.

Kamariah Ali & Yang Lain lwn. Kerajaan Negeri Kelantan & Satu Lagi. 2002.

Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan.

Majlis Agama Islam Selangor lwn. Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam

Selangor. 2015. Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Shah Alam.

Mohamed bin Ya dan lain-Lain lwn Pendakwa Syarie Kelantan. Kes Rayuan Bilangan

1/96, Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan.

Pendakwa Syarie Selangor lwn. Abdul Kahar Ahmad. 2009. Mahkamah Rayuan

Syariah Selangor, Shah Alam.

Rashidah Moideen lwn. Mahkamah Tinggi Syariah Seremban. 2007. Mahkamah

Tinggi Syariah Seremban.

Siti Fatimah Tan bt Abdullah lwn. Majlis Agama Islam Pulau Pinang dalam

Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang. 2006.