konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

34
KONSEP PENDIDIKAN ISLAM 1. SITI FARRAH SOFEA BINTI MOHAMAD SOFFI IEB 150072 2. SUZITA MADAKILI IEB 150081

Upload: ct-sofiey

Post on 13-Jan-2017

119 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM

1. SITI FARRAH SOFEA BINTI MOHAMAD SOFFI

IEB 1500722. SUZITA MADAKILI

IEB 150081

Page 2: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

ISLAM DAN PENDIDIKAN Islam merupakan satu-satunya agama yang diredhai Allah dan diperintahkan kepada

manusia untuk memeluknya. Islam digelarkan kepada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Pengertian Islam dari segi bahasa terdapat berbagai-bagai kerana perkataan Islam itu adalah nama terbitan dan kata kerjanya adalah perkataan ‘salam’. Perkataan ini mengandungi 3 makna :

i. Tulen,suci dari sebarang kecacatan zahir dan batinii. Damai,aman / sejahteraiii. Taat dan menyerah

Pengertian Islam dari segi syarak pula ialah mentauhidkan Allah, patuh, dan tunduk kepadanya serta beriman dengan ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad daripada Allah. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran ayat 83 :

“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadaNyalah mereka dikembalikan.” (Al-

Imran :83)

Oleh sebab itu, Islam dan pendidikan mempunyai hubungan yang sangat rapat. Hubungan yang dimaksudkan adalah bersifat saling berkait antara tujuan dan alat. Ini bererti Islam adalah tujuan dan pendidikan adalah alatnya. Oleh itu, para ahli usul fiqh ada mengemukakan kaedah sebagai berikut :

واجب فهو به إال الواجب يتم ال ما( Perkara yang menjadi penyempurna dari perkara wajib, hukumnya juga wajib ) 

Pengenalan

Page 3: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

HUBUNGAN ANTARA ISLAM DAN PENDIDIKAN Pendidikan Islam : Kewajipan Umat Islam Islam merupakan syariat Allah untuk manusia melakukan ibadah kepadaNya dan

agar manusia mampu memikul amanah yang besar iaitu sebagai hamba dan khalifah di atas muka bumi ini. Syariat Islam itu sendiri memerlukan sistem untuk menggerakkannnya dan sistem yang menggerakkannya ialah sistem Pendidikan Islam.

Oleh itu, Pendidikan Islam harus diajar, diperkembangkan serta diperkenalkan dari satu generasi ke satu generasi dari anak kecil hinggalah ke orang tua.

Pada hakikatnya, manusia diciptakan di atas muka bumi ini untuk ditugaskan menjadi hamba dan khalifah. Seperti mana firman Allah S.W.T dalam surah al-Dzariyaat ayat 56 dan al-Baqarah ayat 30 :

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu” (51:56)

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau

hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (2:30)

Page 4: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan

mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, (Surah Al-Ahzab 33:72)

Melalui dalil-dalil di atas membuktikan bahawa setiap insan memegang amanah yang penting di atas muka bumi ini iaitu amanah sebagai hamba dan khalifah itu sendiri.

Perkara inilah yang menjadi titik tolak seseorang insan untuk mengenal tujuan hidup mereka dahulu sebelum diajarkan kepada anak didik mereka.

Islam juga merupakan manhaj Rabbani yang sempurna yang diturunkan untuk membentuk peribadi yang sempurna dalam diri manusia.

Tanpa pendidikan, manusia tidak aka dapat mengenal agama Allah kerana mereka juga perlu melalui proses pengajaran dan pembelajaran agar diri mereka tidak terpesong ke jalan yang salah.

Maksudnya, melalui Pendidikan Islam sahaja yang dapat membentuk peribadi yang mampu menjadi kuat dan menjadi insan yang bertaqwa serta memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.

Oleh itu, ternyata pendidikan Islamlah yang diperlukan oleh umat manusia masa kini. Melalui pendidikan Islam, kita dapat menyelamatkan anak-anak bangsa daripada penindasan dan kezaliman melalui ajaran-ajaran yang berpandukan kepada syariat Allah S.W.T.

Page 5: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Pendidikan berasal dari kata didik Didik bererti bimbing, tuntun, pelihara, jaga (dengan

berhati-hati) Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud

perihal atau perbuatan mendidik. Mendidik : menjaga, memelihara, membentuk, melatih,

mengajar, membimbing dan mengasuh dengan baik. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Empat pendidikan

diertikan sebagai ;1. Perihal mendidik2. Ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu

mendidik pengetahuan.3. Didikan, latihan, ajaran.Pendidikan : Pengasuhan, tarbiah, pemeliharaan.

Bahasa Melayu

Page 6: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

EducationBerasal daripada perkataan Latin : Educate, Educere, Educare

Educate : mengajar (to teach), mengatur/menyediakan persekolahan (to arrange or provide schooling for children), membina dan peningkatan (to develop or improve) dan melatih (to train).

Educere : to lead out / menzahirkan keupayaan diri, iaitu pembelajaran untuk membina manusia , belajar untuk belajar atau menambah ilmu dan kebijaksanaan.

Educare : memelihara atau menjaga / melatih mengikut keperluan, latihan itu berakhir setelah sesuatu kemahiran dapat dikuasai.

Istilah Education tidak terhad untuk manusia sahaja, malah boleh juga untuk binatang.

Bahasa Inggeris

Page 7: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk menjelaskan makna pendidikan.

Setiap istilah yang digunakan mempunyai maksud yang tersendiri dan bertindan maknanya.

Antara istilah-istilah tersebut adalah ; Tarbiyah, Ta’lim, Ta’dib, Tadris, Tahdhib dan Riyadah.

Istilah yang biasa diguna pakai ialah tarbiyah, ta’lim dan ta’dib.

Bahasa Arab

Page 8: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Al-Tarbiyah berasal dari tiga kata kerja yang berbeza iaitu : a) Raba-yarbu ( يربو – .yang bermakna berkembang (رباb) Rabiya-yarba ( يربى – yang bermakna menjadi besar atau (ربيtumbuh.c) Rabba-yarubbu ( يرب – ,yang bermakna memperbaiki (ربmenguasai urusan, menjaga, memelihara, memperindah, memberi makan, memiliki, mengatur, menjaga.Kata kerja raba, rabiya dan rabba mempunyai beberapa erti :o Pertambahano Pertumbuhano Peningkatan o Perkembangano Penjagaano Pembekalan keperluano Perelokkano Pemilikan, pengurusan dan pentadbiran

Al-Tarbiyah

Page 9: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Merujuk kepada Al-Quran, tidak terdapat istilah tarbiyah digunakan namun, perkataan akarnya banyak ditemui.

Kalimah rabb atau rabba yang merujuk kepada makna pertumbuhan, pertambahan dan peningkatan ;

Firman Allah : “Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa”.(Surah Al-Baqarah : 276)

Page 10: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Kata akar tarbiyah juga ditemui dengan maksud penjagaan dan pembekalan keperluan :

Firman Allah : “dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Surah Al-Isra’ : 24)

Page 11: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Al-tarbiyah di dalam al-Quran menggunakan istilah Rabwah dalam Surah Al-Baqarah : 265

Firman Allah : “dan bandingan orang-orang Yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) Yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat Yang tinggi, Yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa Yang kamu lakukan”.(Surah Al-Baqarah : 265)

Page 12: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Al-tarbiyah di dalam al-Quran menggunakan istilah Yurbi dalam Surah Al-Baqarah : 276

276. Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

Istilah Yarbu dalam Surah Al-Ruum : 39

39. dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan Yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya Dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah Yang kamu berikan Dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka Yang melakukannya itulah orang-orang Yang beroleh pahala berganda-ganda.

Page 13: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Semua maksud tersebut jelas menunjukkan tarbiyah merujuk kepada makna yang sangat meluas.

Pandangan menurut tokoh : Berdasarkan al-Manzur dan al-Zubaidi, al-tarbiyah

secara bahasa mempunyai banyak makna iaitu memberi makan atau memelihara, baik dari segi pengurusan dan pemeliharaan, mengembang dan menambahkan, menyempurna dan menyelesaikan serta meninggikan.

Menurut Dedeng Rosidin, al-tarbiyah pemberian petunjuk dan bimbingan (jasad, akal dan jiwa) secara berperingkat dari mudah kepada susah dan berlanjutan sehingga pelajar menjadi dewasa dan mampu berdikari dalam masyarakat.

Page 14: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Menurut Imam Baidawi (w. 675 H) dalam kitab Tafsirnya, Anwarut-Tanzil wa Asrurut-Ta’wil, tarbiyah adalah penyampaian sesuatu kepada kesempurnaan secara berperingkat atau sedikit demi sedikit.

Menurut Al-Asfahani (w. 502 H) dalam bukunya, Mufradatur Ragib, tarbiyah bermaksud menjadikan atau mengembangkan sesuatu melalui proses tahap demi tahap sampai batas kesempurnaanya.

Page 15: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Abdur Rahman Al-Bani menerangkan dengan lebih lengkap bahawa istilah tarbiyah mencakupi 4 unsur:

1. Memelihara pertumbuhan fitrah manusia.2. Mengembangkan potensi dan kelengkapan manusia yang beraneka macam (terutama akal budi)3. Mengarahkan fitrah dan potensi manusia menuju kesempurnaanya.4. Melaksanakan secara bertahap sesuai dengan irama perkembangan anak. (Al-Nahlawi, 1979 : 13-14)

Page 16: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Al-Ta’lim adalah masdar daripada‘allama yang diambil daripada kalimah alima (علم).

‘Allama bermaksud mengajar yang lebih bersifat pemberian atau penyampaian pengertian pengetahuan dan keterampilan ( pengajaran dan pendidikan kognitif serta kemahiran sahaja)

Pakar-pakar bahasa Arab telah memberikan makna pada perkataan alima dengan beberapa makna melalui penggunaannya dalam kalangan orang Arab seperti mengetahui, mengenali, merasa atau memberi khabar kepadanya.

Lebih sesuai diterjemahkan sebagai pengajaran, bukannya pendidikan.

Al-Ta’lim

Page 17: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Di dalam al-Quran perkataan ta’lim tiada disebut, namun kata akarya banyak ditemui. Contohnya adalah seperti berikut :

Surah Al-Rahman : 2 & 4Firman Allah : Dia lah Yang telah mengajarkan Al-Quran.(2)Mengajarnya pandai berbicara.(4)

Firman Allah : “dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar".(Surah Al-Baqarah : 31)

Maksud ayat ini adalah menjelaskan bahawa pengajaran itu berpunca daripada Allah SWT yang mengajarkan hambaNya bermula dengan Nabi Adam.

Page 18: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Al-Munawwir (1984) menyatakan bahawa allam al-ilm ( العلم م .dengan makna mengajar (عل

Ta’lim secara bahasa adalah memberitahu, mengkhabarkan, menerangkan secara berulang-ulang sehingga dapat memahami maknanya dan memberi kesan kepada diri pelajar. Ia juga bermakna pengajaran.

Menurut Dedeng Rosidin (2003), al-ta’lim adalah proses pemberitahuan sesuatu secara berulang-ulang dan diiringi dengan penjelasan sehingga pelajar dapat mengetahui dan memahami makna serta memberi kesan pada dirinya. Ia juga adalah pembinaan intelektual yang mendorong amal bermanfaat dengan tujuan mencapai keredhaan Allah.

Page 19: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Sebagai rumusan, al-ta’lim adalah mengajar sesuatu dengan memberi penjelasan sehingga pelajar dapat memahami, mengambil manfaat dan mengamalkannya. Kalimah tersebut digunakan untuk manusia (kanak-kanak dan dewasa) dan juga kepada binatang.

Page 20: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Istilah ta’dib berasal daripada adab dan kata akarnya addaba.

Asalnya bererti menyeru atau mengajak sama ada mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran atau mengajak seseorang untuk menghadiri sesuatu jamuan.

Addaba diertikan sebagai mendidik yang lebih tertuju pada penyempurnaan akhlak budi pekerti.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam bukunya, Konsep Pendidikan Islam, dengan gigih mempertahankan penggunaan istilah ta’dib untuk pendidikan Islam, bukan tarbiyah dengan alasan bahawa dalam istilah ta’dib yang berasal dari kata addaba, mencakup wawasan ilmu yang merupakan unsur pendidikan Islam. ( Al-Attas, 1984 : 60)

Al-Ta’dib

Page 21: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Riwayat Ibnu ‘Asakir dinisbahkan kepada Nabi s.a.w bersabda : تأديبى فأحسن ى رب بنى أدBermaksud “tuhanku telah mengadabkanku dan perelokkan adabku”.

Istilah ta’dib dan kata akarnya secara jelas digunakan dalam hadith ini merujuk kepada tarbiyah dan ta’lim.

Maka, disebabkan inilah istilah ta’dib ini sebenarnya telah merangkumi makna tarbiyah dan juga ta’lim.

Ta’dib juga menekankan unsur akhlak ( budi pekerti ), dan perolehan ilmu yang benar serta perbuatan yang tepat.

Al-Jurjani (m.716 H/1316M) mendefinisikan adab sebagai pegetahuan yang mencegah manusia daripada melakukan pelbagai jenis kesilapan.

Ta’dib diguna khas untuk manusia dan ianya merangkumi makna tarbiyah dan juga ta’lim.

Page 22: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Perkataan al-tadris berasal daripada kalimah darasa (درس) yang bermaksud terhapus, memaafkan, atau menghilangkannya dalam erti kata kiasan.

Menurut al-Manzur (1988), kalimah darasa juga boleh membawa maksud menghafal. Kalimah al-tadris pula adalah kata masdar daripada darrasa(درس)dengan wazan fa’ala yang berfungsi sebagai ta’diyat (menjadikan kata kerja(فعل)yang tidak berobjek menjadi berobjek). Hal ini menunjukkan bahawa pekerjaan itu dilakukan secara berulang kali. Ini seiring dengan pandangan al-Munawwir (1984) yang menyebut bahawa darrasa dabbataha ( دبتها bermaksud melatih (درسbinatang.

Ringkasnya kata darasa bermaksud terhapus, menghapus, hilang bekasnya, memaafkan dan menghilangkan. Daripada makna tersebut ia berubah kepada makna kiasan iaitu membaca tulisan atau sesuatu secara berulang-ulang sehingga mudah dihafal.

Al-Tadris

Page 23: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Kalimah (درس) pula bermakna membacakan tulisan atau sesuatu secara berulang-ulang sehingga mudah dihafal atau dengan kata lain bermaksud ‘mengajar’.

Justeru, al-tadris adalah satu kegiatan yang dilakukan oleh guru secara berulang-ulang supaya mudah dihafal oleh pelajarnya.

Di samping membacakannya secara berulang-ulang, ia turut disertai dengan aktiviti penjelasan, penghuraian dan perbincangan sehingga menjadikan pelajarnya mampu berkembang secara sendiri atau ke tahap mampu mengkajinya sendiri.

Al-Tadris juga dikaitkan dengan proses bergantian atau bergiliran seperti ungkapan ‘tadarrus al-Quran’ dan tujuannya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Page 24: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Menurut Hasan Langgulung ada 8 pengertian 1) Al-tarbiyah al-diniyah (pendidikan keagamaan)2) Ta’lim al-din (pengajaran agama)3) Al-ta’lim al-diniy (pengajaran keagamaan)4) Al-ta’lim al-islamy (pengajaran keislaman)5) Tarbiyah al-muslimin (pendidikan orang-orang

islam)6) Al-tarbiyah fi al-Islam (pendidikan dalam islam)7) Al-tarbiyah ‘inda al-muslimin (pendidikan dalam

kalangan orang-orang Islam)8) Al-tarbiyah al-Islamiyah (pendidikan Islam)

Pendidikan Islam menurut Tokoh Sarjana Islam

Page 25: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

An-Najar mengatakan bahawa pendidikan Islam ialah suatu proses memberi pendidikan berasaskan ajaran Islam.

Drs.Burlian Somad pula mengatakan bahawa pendidikan Islam ialah aktiviti atau kegiatan yang bertujuan membentuk individu menjadi seorang yang mempunyai personaliti yang baik dan bernilai tinggi menurut kaca mata Islam. Tambahan pula, menurut beliau lagi, pendidikan Islam juga membentuk perasaan pelajar menjadi halus dan tajam sehingga mampu mencintai Allah yang ghaib serta merasa sangat takut mendapat azab Allah, merasa bertanggungjawab untuk mengangkat darjat hidup masyarakat yang dhaif dan anak-anak yatim, serta perasaan bertanggungjawab untuk membela agama Allah dengan rela mengorbankan apa saja yang dimiliki untuk keperluan perjuangan kerana Allah.

Page 26: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

• Seorang lagi pemikir tanah air dekad ini, Dr.Abdul Halim El Muhammady mengatakan bahawa pendidikan Islam ialah proses mendidik, melatih akal jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, Al-Quran dan As-Sunnah, pengalaman Salaf Al-Salih serta ilmuan muktabar untuk melahirkan insan soleh yang mampu memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidupnya di dunia dan akhirat.

• Pengertian Pendidikan Islam menurut Prof Omar Mohammad adalah proses mengubah tingkah laku individu pada kehidupan peribadi, alam sekitar dan masyarakatnya, dengan cara pengajaran sebagai suatu aktiviti asas dan sebagai kerjaya diantara kerjaya-kerjaya dalam masyarakat.

Page 27: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Menurut Muhammad S A Ibrahimy, Pengertian Pendidikan Islam ialah suatu sistem pendidikan yang memungkinkan seseorang dapat mengarahkan kehidupannya selari dengan matlamat Islam, sehingga dengan mudah seseorang dapat membentuk hidupnya seiring dengan perkembangan semasa.

Muhammad Fadhil Al-Jamali mengemukakan Pengertian Pendidikan Islam merupakan upaya mengembangkan, mendorong serta mengajak seseorang lebih maju dengan berlandaskan nilai-nilai yang tinggi dan kehidupan yang mulia, agar terbentuk suatu peribadi yang lebih sempurna, sama ada yang berkaitan dengan perbuatan, akal mahupun perasaan.

Jadi pendidikan Islam adalah suatu proses untuk mengubah tingkah laku individu dalam kehidupannya berdasarkan pada syariat islam.

Page 28: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Abdurrahman al-Nahlawi bahawa pendidikan Islam adalah pengaturan individu dan masyarakat, yang mana melalui pendidikan Islam individu dapat berpegang kepada Islam dan Islam itu sesuai secara keseluruhan sama ada dalam kehidupan individu mahupun masyarakat.

Yusuf al-Qardhawi memberi pengertian pendidikan Islam sebagai Pendidikan manusia seutuhnya, akal dan hatinya, rohani dan jasmaninya, akhlak dan keterampilannya.

Mustafa al-Gulayaini bahawa pendidikan Islam adalah menanamkan akhlak yang mulia di dalam jiwa anak dalam masa pertumbuhannya dan menyiraminya dengan air petunjuk dan nasihat, sehingga akhlak itu menjadi salah satu kemampuan meresap dalam jiwanya kemudian buahnya berwujud keutamaan, kebaikan dan cinta bekerja untuk kemanfaatan tanah air.

Page 29: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Endang Syaifuddin Anshori memberikan pengertian bahwa pendidikan Islam adalah proses bimbingan (pimpinan, tuntunan, usulan) oleh pendidik terhadap perkembangan jiwa (fikiran, perasaan, kemahuan dan lain-lain) dan bahan-bahan tertentu dan dengan alat kelengkapan yang ada ke arah terciptanya peribadi tertentu sesuai dengan ajaran Islam.

Ahmad D. Marimba mendefinisikan pendidikan Islam dengan bimbingan jasmani-rohani, berdasarkan hukum-hukum agama Islam menuju kepada terbentuknya keperibadian utama menurut ukuran-ukuran Islam.

Page 30: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Konsep pendidikan Islam ialah konsep pendidikan rabbani yang bersumberkan bimbingan Ilahi. Pendidikan Islam dapat melahirkan manusia yang baik dan bertanggungjawab pada diri, keluarga dan masyarakat demi mencapai kebahagiaan hakiki dengan berpandukan wahyu daripada Allah s.w.t. Malah, Rasulullah s.a.w. telah memperkenalkan konsep pendidikan seumur hidup, belajar dan mencari ilmu sepanjang hayat.

Kesimpulannya, pendidikan yang dikehendaki dalam Islam ialah satu proses latihan akal, jasmani, rohani, ijtimaiah(kemasyarakatan) dan akhlaqiah (akhlak) manusia. Ini berdasarkan nilai-nilai Islam yang bersumberkan daripada al-Qur’an dan al- Sunnah bagi melahirkan manusia yang sempurna.

Kesimpulan

Page 31: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

1) ILMU DAN APLIKASI PENDIDIKAN Bagian III: Pendidikan Disiplin Ilmu. Grasindo.

2) Paradigma pendidikan Islam: upaya mengefektifkan pendidikan agama Islam di

sekolah. (2001). Remaja Rosdakarya.

3) al-Attas, S. M. N. (1997). The Concept of Education in Islam: A Framework for an

Islamic Philosophy of Education: Kazi Publications Incorporated.

4) Aly, D. H. N. (1999). Ilmu Pendidikan Islam: PT Logos Wacana Ilmu.

5) An-Nahlawi, A. (1995). Pendidikan Islam Di Rumah, Sekolah: Gema Insani Press.

6) Daud, M. H. (1991). Tamadun Islam: Utusan Publications & Distributors.

7) Daulay, H. P. (2009). Dinamika pendidikan Islam di Asia Tenggara: Rineka Cipta.

8) Diah, A. H. M. (1989). Islam dan Demokrasi Pendidikan. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

9) Din, H. (2007). Islam: Ada Apa Dengan Islam? : PTS Millennia.

Rujukan

Page 32: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

10) Hasbi, A. F. (2006). Konsep Pendidikan Islam menurut Ibn Qayyim:

Relevansinya Dengan Pendidikan Modern. Universitas Muhammadiyah Surakarta

11) Ishak, A. (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya Di Malaysia. Kuala Lumpur: DBP.

12) LANGGULUNG, H. (1986). Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

13) Price, K. (1967). Education and philosophical thought: Allyn and Bacon.

14) Roqib, M., & S, A. W. B. (2011). Prophetic education: kontekstualisasi filsafat

dan budaya profetik dalam pendidikan: STAIN Press bekerjasama dengan Buku Litera.

15) Saifuddin, M. A. (2014). Pengelolaan Pembelajaran Teoretis dan Praktis.

16) Shaliba, J. (1978). al-Mu'jam al-Falsafi (Vol. 1): Dar al-Kitab al-Lubnani.

17) Nawi, N. H. M. (2011). Konseptualisasi Semula Pendidikan Islam. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Page 33: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Tajuk Buku Ilmu Pendidikan IslamPenulis Drs.Hery Noer Aly, MAPenerbit PT Logo Wacana IlmuTahun Terbitan 1999Jumlah Muka Surat

246

Subtajuk 1. Pendahuluan2. Dasar-dasar Ilmu Pendidikan

Islam3. Tujuan Pendidikan Islam4. Pendidik Dalam Pendidikan

Islam5. Peserta Didik Dalam Pendidikan

Islam6. Alat-alat Pendidikan7. Kurikulum Pendidikan Islam8. Metode Pendidikan Islam9. Lingkungan Pendidikan

ULASAN BUKU

Page 34: Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea

Tajuk Buku Paradigma Pendidikan Islam Penulis Prof. Dr. H. Muhaimin, M.A. Penerbit PT REMAJA ROSDAKARYA

BANDUNGTahun Terbitan 2012Jumlah Muka Surat

320

Subtajuk 1. Manusia dan Pendidikan dalam Perspektif Islam2. Pengembangan Pendidikan Islam: Tinjauan Paradigmatic3. Pembelajaran Pendidikan Agama Islam di Sekolah4. Pengembangan Pembelajaran Pendidikan Islam5. Desain Pengembangan Pembelajaran Pendidikan Agama Islam6. Penciptaan Suasana Religius di Sekolah