konsep perancangan

18
KONSEP PERANCANGAN PENDIDIKAN SECARA DESENTRALISASI DAN KONSEP PENGURUSAN BERASASKAN SEKOLAH DI DALAM PIPP (2006-2010) DAN PPPM (2013-2025) DI LAKSANAKAN DALAM SEKOLAH KLUSTER DAN SEKOLAH (SBT). BINCANGKAN SECARA KRITIS KONSEP INI. Pengenalan Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni dan aspek-aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris Negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak dan mempunyai sifat petriotik dimana ia penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Sistem persekolahan yang terbaik merupakan sistem persekolaha yang meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat di mana tidak hanya terhenti apabila seseorang individu tamat persekolahan atau tamat pengajian institusi-institusi pengajian tinggi, tetapi menjadi kesinambungan dalam kehidupan hingga ke hari tua dengan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan Negara. Menurut Robiah Sidin, 1994, pendidikan juga dapat menyeimbangkan kedudukan sosio-ekonomi antara kaum dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilaksanakan melalui kewujudan peluang-peluang pekerjaan, pendapatan dan pegangan ekuiti. Sistem pentadbiran dan pendidikan Malaysia Pelbagai reformasi dan penstrukturan pendidikan dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan pendidikan. Menurut T.F.Hee, 2002 kawalan pengurusan sistem pendidikan, aspek pendidik dan pentadbir terhadap beberapa isu yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

Upload: saraswathy

Post on 30-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

konsep

TRANSCRIPT

KONSEP PERANCANGAN PENDIDIKAN SECARA DESENTRALISASI DAN KONSEP PENGURUSAN BERASASKAN SEKOLAH DI DALAM PIPP (2006-2010) DAN PPPM (2013-2025) DI LAKSANAKAN DALAM SEKOLAH KLUSTER DAN SEKOLAH (SBT). BINCANGKAN SECARA KRITIS KONSEP INI. Pengenalan Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni dan aspek-aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris Negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak dan mempunyai sifat petriotik dimana ia penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Sistem persekolahan yang terbaik merupakan sistem persekolaha yang meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat di mana tidak hanya terhenti apabila seseorang individu tamat persekolahan atau tamat pengajian institusi-institusi pengajian tinggi, tetapi menjadi kesinambungan dalam kehidupan hingga ke hari tua dengan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan Negara. Menurut Robiah Sidin, 1994, pendidikan juga dapat menyeimbangkan kedudukan sosio-ekonomi antara kaum dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilaksanakan melalui kewujudan peluang-peluang pekerjaan, pendapatan dan pegangan ekuiti.

Sistem pentadbiran dan pendidikan Malaysia Pelbagai reformasi dan penstrukturan pendidikan dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan pendidikan. Menurut T.F.Hee, 2002 kawalan pengurusan sistem pendidikan, aspek pendidik dan pentadbir terhadap beberapa isu yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Kementerian pendidikan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan dan penyampaian sekolah. Antaranya ialah pengenalan amalan pengurusan yang berkesan dan pengurusan kualiti pendidikan ke arah reformasi pendidikan. Hasil daripada usaha ini, Pengurusan Berasaskan Sekolah (PBS) telah terbukti sebagai amalan pengurusan yang sangat berkesan untuk mencapai keberkesanan sekolah (Y.C. Cheng, 1996) Murphy (1997) menyatakan bahawa PBS merupakan alat untuk pembaikan kualiti pendidikan melalui desentralisasi dalam membuat keputusan di sekolah.

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH SENTRALISASIDikawal oleh pusatDESENTRALISASIDiberi kuasa kepada pihak sekolah untuk membuat keputusan

Sistem pengurusan desentralisasi mempunyai kawalan ke atas empat sumber yang utama agar organisasinya dapat mencapai prestasi pembaikan yang maksimum.

Kuasa atau autoriti untuk membuat keputusan yang dapat mempengaruhi amalan, polisi dan arahan dalam organisasiPengetahuan dan kemahiran yang efektif untuk mengendalikan organisasi.Informasi tentang prestasi pengendalian organisasiPenghargaan untuk pencapaian organisasi dan sumbangan individi

Y.C.Cheng (1996), Murphy (1997) & Beck (1995) dan Glickman (1993) menyatakan cirri penting PBS ialah membuat keputusan secara partisipatif, pengupayaan guru dan penglibatan aktif ibu bapa dalam sekolah dapat membawa kepada keberkesanan sekolah.

Sistem Pengurusan Pendidikan Desentralisasi Desentralisasi ditakrifkan sebagai semua proses penentuan dasar dan pentadbiran dibuat di peringkat negeri, daerah atau sekolah sendiri. Ini bermakna Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah mempunyai kuasa autonomi penuh dalam menentukan dasar dan pentadbiran sendiri. Proses pengupayaan ialah usaha-usaha untuk memberi kuasa kepada pihak-pihak terbabit dalam aspek-aspek pelantikan guru ganti atau sementara, pengurusan kursus dalam perkhidmatan, penyeliaan dan pemantauan, pemilihan buku kerja atau buku tambahan dan pengendalian PKSR. Sekolah berperanan besar dalam meningkatkan mutu pendidikan melalui penyusunan kurikulum yang sesuai dengan potensi dan aspirasi masyarakat. Di Negara kita kurikulum yang sama diajar dalam semua sekolah dan penyusunan kurikulum adalah di bawah kuasa KPM. Kelebihan desentralisasi pendidikan adalah mendorong usaha kepimpinan dari bawah secara lebih luas. Guru-guru juga lebih fleksibel dalam menjalankan pengajaran. Pihak pengurusan sekolah juga diberi kuasa untuk memperkasakan peningkatan daya kreativiti dalam pelaksanaan sekolah. Mewujukkan prinsip demokrasi Semua pihak diberi hak untuk memberi pendapat masing-masing. PPD dapat merancangkan program yang lebih sesuai berasaskan kedudukan, kemantapan, kejayaan daerah masing-masing. Semua keputusan dapat diputuskan tanpa campur tangan pusat. Desentralisasi pendidikan mendorong kepada peningkatan kualiti produk yang lebih kompetitif. Pendidikan yang ditawarkan kepada murid dan dipelajari adalah bersesuaian dengan keperluan masyarakat kini. Desentralisasi menjadikan sistem pendidikan lebih bersesuaian dengan perubahan persekitaran dan keperluan masyarakat.

MISI NASIONAL DALAM PIPP 2006-2010Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk minda kelas pertama Teras 2 - Menangani masalah ketiddakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktifTeras 3 - RMK 9Teras strategik dalam Misi Nasional menunjukkan pendidikan sebagai elemen utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), agensi yang bertanggungjawab memikul tugas dan amanah demi menyokong dan mendukung agenda baru Negara. Pendidikan berkualiti untuk semua merupakan agenda utama KPM. Sepanjang tempoh RMK ke-9, KPM berhasrat Untuk mengembangkan sepenuhnya potensi institusi pendidikan sehingga membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan Negara di mata dunia. Untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan tujuan melahirkan modal insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat mencabar. Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan teras Misi Nasional terutama bagi Teras 2 dan Teras 3 iaitu:-

DEFINISI Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) ialah sekolah-sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya berasaskan aspek akademik, ko-kurikulum, sahsiah, pengurusan sekolah, budaya, hubungan dengan pihak luar, pembangunan modal insan dan sumber. Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan (niche areas) yang dapat menyerlahkan watak sekolah.

KRONOLOGI PELAKSANAAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 19 Januari 2007 Kertas cadangan Konsep dan Pelaksanaan Kelompok Sekolah Cemerlang dibentangkan. 24 November 2006 dan 19 Januari 2007 Pembentangan kertas cadangan berkaitan sekolah autonomi dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional Jemaah Nazir Sekolah menghasilkan Kertas Cadangan Pelaksanaan Sekolah Kluster 2 Februari 2007 Draf Kertas Cadangan Pelaksanaan Sekolah Kluster dibincangkan bersama-sama dengan bahagian-bahagian lain di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 21 Februari 2007 Draf yang telah dimurnikan dibentangkan dan dibahaskan dalam Mesyuarat Hal-hal Profesioanl 27 Februari 2007 Kertas Konsep Pelaksanaan Sekolah Kluster dibentangkan dan dipersetujui oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia 27 Februari 2007 Sektor Sekolah Kluster telah ditubuhkan di Bahagian Sekolah, KPM 23 Mac 2007 Pelantikan 11 orang Panel Penasihat serta penyerahan watikah pelantikan 30 Mac 2007 sebanyak 30 buah sekolah telah diiktiraf sebagai sekolah kluster Fasa Pertama 1 April 2009 sebanyak 60 buah sekolah telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Fasa Kedua 9 April 2009 sebanyak 60 buah sekolah telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Fasa Ketiga 25 Januari 2010 sebanyak 20 buah sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi dan 16 buah daripada sekolah tersebut merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan

DASAR DAN MATLAMAT SKK (PIPP 2006 2010) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat sebagai sekolah kluster kecemerlangan Membangunkan institusi-institusi model yang dapat dicontohi oleh institusi-institusi di dalam kelompok yang sama menerusi pendekatan, piawaian dan penanda aras Institusi-institusi model menjadikan showcase pada peringkat antarabangsa seterusnya membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Menjadi tapak untuk merintis pendekatan dan perubahan baru dalam system pendidikan Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum, berkemahiran, berkeperibadian mulia, berdaya kepimpinan tinggi, ,empunyai semangat kerja berpasukan, berfikiran kreatif, bersemangat patriotic, berfikiran global dan berdaya saing Pengetua, guru besar dan guru dari institusi yang cemerlang ini pula diharapkan dapat menjadi contoh dan boleh berkongsi pengalaman dengan pengetua, guru besar dan guru-guru dari institusi yang lain. KELOMPOK SKK TAHAP A : Sekolah cemerlang yang boleh menjadi model (showcase) dan mampu bersaing di peringkat antarabangsaTAHAP B : Sekolah cemerlang yang boleh menjadi model dan mampu bersaing di peringkat kebangsaan, seterusnya hingga ke peringkat antarabangsaTAHAP C : Sekolah yang berpotensi mencapai kecemerlangan hingga ke peringkat kebangsaan

KEBITARAAN SKKKEBITARAAN AKADEMIK MATAPELAJARAN tertentu menjadi identiti sekolah Merangkumi aktiviti ko-akademikKEBITARAAN KOKURIKULUM KOKURIKULUM tertentu menjadi identiti sekolah Sukan, persatuan, kelab dan badan beruniform

KUASA AUTONOMI TERPIMPIN SEKOLAH KLUSTERKonsep sekolah autonomi KPM ialah :Pengurus sekolah tersebut diberikan kuasa, ruang atau fleksibiliti oleh Kementerian Pelajaran dalam menguruskan program dan kegiatan dalam bidang autonomi yang ditetapkan iaitu: Kurikulum Kokurikulum Hal Ehwal Murid Kewangan Fizikal sekolah Pemilihan dan pembangunan staf bagi pengetua, guru besar, guru dan staf tambahan / sokongan Penglibatan ibu bapa dan komuniti Asrama Projek khas berdasarkan bidang keistimewaan sekolah (niche areas)

KUASA AUTONOMI SKKKuasa autonomi yang diberikan kepada SKK adalah Autonomi Terpimpin di mana tertakluk kepada pematuhan yang berikut: Akta Pendidikan 1996 Kurikulum Kebangsaan Dasar, undang-undang dan arahan berkaitan penjawat awam Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Siaran serta Garis Panduan Kewangan

IMPAK Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan Negara dari segi: Program Kecemerlangan Kokurikulum Program Kerjaya Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar Negara Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar Negara Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)DEFINISI Mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

PRASYARAT Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar Negara Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau di peringkat antarabangsa Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar Negara

CIRI-CIRI UTAMA SBT Kepimpinan Pengurusan Pencapaian Perhubungan Identiti Kendiri Pembelajaran Terarah Kendiri Sistem Bekerja Berprestasi Tinggi Kesaksamaan Timbal Balas Penurunan Kuasa

OBJEKTIF SUB-NKRA SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik Menghasilkan pelajar yang cemerlang Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem

Fokus 1Kepimpinan Berprestasi TinggiFokus 2Mengamalkan Pengurusan Berasaskan SekolahFokus 3Mewujudkan AkauntabilitiFokus 4Piawaian dan Penanda arasan Fokus 5Malaysia Menjadi Pusat KecemerlanganFokus 6Menerajui Perubahan dan Pembaharuan PELAN STRATEGIK SBT

PELAKSANAAN SBTTAHUNBILANGAN SEKOLAH201020201130201250JUMLAH100

Kriteria annexRekod pembangunan kejayaan individu dan pemimpin yang berpengaruh Sekolah baru memberi aspirasi yang jelas untuk memupuk pemimpinPenyertaan dan pencapaian dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa Jaringan dengan universiti dalam program pemindahan kredit, kajian tindakan bersama, perkongsian kemudahan dan prasaranaJaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan luar Negara (cth: program pertukaran staf dan pelajar), komuniti, organisasi awam dan swastaSekolah digunakan sebagai penandaarasan di peringkat kebangsaan dengan menggunakan piawaian antarabangsa (cth : PISA, TIMSS)Skor komposit yang berasaskan SSkor GPS (pemberatan 70%) Skor Verifikasi SKPM (pemberatan 30%)Personaliti Unggul Anugerah Kebangsaan dan Antarabangsa Jalinan dengan Institusi Pengajian Tinggi Jaringan Kukuh Penandaarasan Kebangasaan dan AntarabangsaPencapaian Akademik yang Cemerlang12345SBT merupakan sekolah terbaik di Malaysia, yang dipilih mengikut kriteria yang ketat dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa

Sekolah sekolah cemerlang menghantar permohonan berdasarkan criteria SBTSekolah Rendah pencapaian cemerlang dalam 3 daripada 5 keperluan criteria annex SBTSekolah Menengah pencapaian cemerlang dalam 4 daripada 5 keperluan criteria annex SBTProses Permohonan

IMPAK PEMIMPIN Pengiktirafan sebagai pemimpin yang berwibawa Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah Ganjaran dalam bentuk bonus Peluang mendapat guru pakar dan guru cemerlang Peluang memilih guru yang efektif Peluang memilih murid yang sesuai

GURU Pengiktirafan sebagai guru yang berkesan Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah Ganjaran dalam bentu bonus

MURID Murid berkemahiran dalam pengurusan diri, bekerja dalam kumpulan, berkomunikasi secara efektif dan berkebolehan bersaing di arena antarabangsa Berpeluang untuk memasuki universiti terkemuka di dunia Murid dikecualikan daripada mengikuti beberapa subjek tertentu peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi Murid ditempatkan di kelas mengikut kebolehan / kemampuan tanpa berdasarkan umur Murid memasuki IPTAA tanpa berdasarkan umur Murid mampu menjadi pasing di peringkat dunia dalam mana-mana bidang yang mereka ceburi Murid menerima P&P daripada guru-guru pakar dan cemerlang berasaskan data empirical Murid berpeluang untuk menyertai peperiksaan luar Negara Murid terdedah kepada teknologi terkini dalam pendidikan

ISU-ISU SEKOLAH KLUSTER DAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

1. Kerenah Birokrasi menentukan had-had penurunan kuasa (kewangan)a) Sejauhmanakah tahap kuasa autonomi dalam pengurusan kewangan diberikan kepada pihak pengurusan sekolah? b) Sejauhmanakah KPM benar-benar bersedia untuk memberi kuasa autonomi dan pengurangan kerenah birokrasi?c) Sejauhmanakah pentadbiran pusat bersedia untuk mengurangkan kebergantungan sekolah kepada pusat dengan memberi lebih kuasa autonomi kewangan kepada pengurusan sekolah?Dalam system pendidikan di Malaysia, mandate dan punca kuasa, peraturan dengan berpandukan akta, surat pekeliling iktisas daan pelbagai lagi peraturan perlu dipatuhi, jika melanggar arahan, pelbagai tindakan akan dikenakan samaada surcharge, tindakan tatatertib, audit berteguran dan pelbagai tindakan lain akan diambil. Peraturan-peraturan, kekangan dan kerenah birokrasi ini Mengekang kreativiti dan inovasi dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan Menggagalkan sesuatu perancangan dan dasar yang baik Memberi kesan negative terhadap kelicinan pentadbiran sesebuah sekolah2. PEMILIHAN SEKOLAH SEBAGAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI Isu-isu Berbangkit a) Kriteria yang melayakkan sesebuah sekolah dipilih ? Apakah sekolah yang dipilih memenuhi syarat? b) Sejauhmanakah ketelusaan pemilihan SK dan SBT? Apakah pemilihan tidak mewujudkan kecenderungan yang bersifat prejudis atau pilih bulu? Kerajaan perlu bersikap adil dalam membuat pemilihan sekolah SBT (keseimbangan kedudukannya di Bandar dan luar Bandar) Pemilihan SBT perlu dilaksanakan secara telus tanpa pilih kasih dan perlu membuka peluang kepada semua sekolah yang merasakan layak memohon berdasarkan kriteria yang ditetapkan Tumpuan tidak harus lebih diberikan kepada sekolah berstatus Sekolah Kluster atau Sekolah Berasrama Penuh sahaja Tiada sekolah jenis kebangsaan yang dipilih walaupun ada diantaranya membuktikan kejayaan dalam pelbagai aspek Kenapa sekolah-sekolah premier yang terkenal seperti St Johns Institution, Convent Bukit Nenas dan Penang Free School tidak dipilih sebagai SBT walaupun terkenal dan kelihatan memenuhi criteria pemilihan SBT?

3. Sekolah Berprestasi Tinggi lebih kepada penjenamaan semula Sekolah Kluster? Konsep SK dan SBT mempunyai persamaan yang ketara dari segi objektif Mencapai standard prestasi pendidikan bertaraf dunia Meningkatkan berkemahiran murid dalam pengurusan diri Bekerja dalam kumpulan Berkomunikasi secara efektif dan berkebolehan bersaing di arena antarabangsa Namanya sahaja berbeza. Retorik ini diterima masyarakat dari sudut pandangan wujudnya perbezaan SSK dan SBT tetapi ironinya tidak terdapat perbezaan yang ketara dan signifikan antara SK dan SBT dari segi kriteria pemilihan sekolah dan pelaksanaan kedua-duanya. Berita Harian (27 januari 2010) Surat Jawapan KPM kepada SMS (Apa sudah jadi kepada Sekolah Kluster yang disenaraikan beberapa tahun lalu). Walaupun kriteria pemilihan tidak menetapkan hanya SK yang layak diiktiraf sebagai SBT, namun SK menjadi frame work kepada SBT untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan Negara dan melahirkan pemimpin bertaraf dunia. Dalam maksud yang lebih jelas, SK akan bergerak seiring dengan SBT.

4. Mampukah sekolah-sekolah menengah harian terutamanya di luar Bandar) bersaing dengan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster untuk mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi ? Perlu juga bersaing dengan sekolah berjenama lain seperti Sekolah Bestari, Sekolah Premier dan Sekolah 100 Tahun, Sekolah Kawalan, Sekolah Elit, Sekolah Model khas dan beberapa jenama sekolah yang lain. Kemudahan yang terdapat di sekolah menengah harian biasa tidak setanding yang diperolehi oleh Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster. Budget dan peruntukan kewangan yang disalurkan kepada sekolah menengah harian sedikit dan sukar bagi pihak sekolah dan guru-guru melaksana dan menjayakan aktiviti di peringkat daerah, negeri mahupun yang lebih tinggi Jumlah sekolah kluster sedia ada dengan kebitaraan, kecemerlangan dan kekuatan tersendiri mengurangkan kebarangkalian sekolah biasa mencapai status SBT. Pemilihan kemasukkan pelajar SBP adalah daripada kalangan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR mahupun PMR (Tingkatan 3) dan Berjaya melepasi ujian kemasukkan. Oleh itu, prestasi kecemerlangan sekolah dapat dikawal. Sekolah menengah harian terdiri daripada pelbagai latarbelakang akademik murid. Kementerian sepatnya menumpukan sekolah-sekolah menengah harian yang tertinggal terlebih dahulu, agar mampu bersaing berbanding memberi bantuan kepada sekolah yang telah cemerlang dan mempunyai budaya pembelajaran yang sudah cukup baik serta sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang kuat

KESIMPULAN Dilihat dari sudut positif : SK dan SBT memberi manfaat kepada pelajar luar Bandar kerana keistimewaan yang diberikan kepada SK dan SBT melalui SBP dan pendemokrasian pendidikan Pihak KPM, pengetua-pengetua dan guru besar-guru besar sekolah, pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan murid-murid akan selalu beriringan dan mengembeleng tenaga dan usaha untuk sama-sama menjayakan matlamat dan mengekalkan status berprestasi SK dan SBT Mewujudkan budaya bersaing dan budaya kecemerlangan dalam kalangan sekolah-sekolah yang merasakan berkelayakan untuk mencapai status SK mahupun SBT ataupun sekolah-sekolah kluster dan SBT sediaada untuk kekal di dalam kelompok tersebut. Namun persaingan harus adil dan setara antar luar bandar dan bandar.