kos merupakan wang yang dibelanjakan oleh...
TRANSCRIPT
Kos merupakan wang yang
dibelanjakan oleh perniagaan
dalam membuat dan menjual
barangan atau perkhidmatan
Contoh Kos
Gaji / upah
Elektrik / api / air / telefon
Belian bahan mentah
Penentuan KosPenentuan Kos
Penentuan kos adalah satu proses mengira
jumlah kos yang terlibat dalam pembuatan
barang keluaran atau dalam menyediakan
perkhidmatan.
Bagaimana Penentuan Kos Boleh Bagaimana Penentuan Kos Boleh
Meningkatkan Prestasi Perniagaan?Meningkatkan Prestasi Perniagaan? Membantu meletakkan harga
Membantu mengurang dan mengawal kos
Membantu membuat keputusan yang baik
mengenai perniagaan
Membantu membuat perancangan
Jenis-Jenis Kos
Kos Langsung
Kos Bahan Langsung
Kos Buruh Langsung
Kos Belanja Langsung
Kos Tak Langsung
Kos Overhead
Kos Bahan Langsung Kos Bahan Langsung
Kos yang terlibat dalam pembelian bahan-
bahan atau yang terlibat secara langsung
dalam pembuat barang siap atau dalam
menyediakan perkhidmatan yang
ditawarkan.
Kos Buruh Langsung Kos Buruh Langsung
Kos yang berkaitan dengan pembayaran gaji,
upah dan faedah terhadap pekerja yang
terlibat dalam pembuatan barang siap atau
terlibat dalam memberi perkhidmatan.
Oleh itu jika perniagaan tidak membuat
barang-barang atau tidak menawarkan
perkhidmatan, perniagaan tidak
menanggung kos ini.
Kos Belanja Langsung Kos Belanja Langsung
Kos yang terlibat secara langsung dengan
pengeluaran. Contohnya kos menyewa
mesin bagi mengeluarkan produk.
Kos Tak Langsung Kos Tak Langsung
Kos tak langsung merupakan kos-kos lain
(selain daripada kos langsung) yang
terlibat dalam pengendalian perniagaan.
Kos tak langsung biasanya tidak berkaitan
secara langsung dengan sesuatu barangan
atau perkhidmatan. Ia merupakan kos yang
terlibat dalam keseluruhan perniagaan.
Juga boleh dipanggil kos overhead.
Kos Tak Langsung Kos Tak Langsung
Contohnya penjaga stor, penyelia kilang,
susutnilai mesin, sewa kilang dll.
Kos Bahan
Langsung
Kos Buruh
Langung
Kos Belanja
Langsung
Kos Tak Langsung
JUMLAH KOS
RM
Bahan langsung XX
Buruh langsung XX
Belanja langsung XX
Kos utama/keluaran XXX
Overhed pengeluaran XX
Jumlah kos perkilangan XXX
Butiran RM
Jualan 200,000
Inventori pada awal tahun:
o Barang siap
o Kerja dalam proses
5,000
2,000
Belian bahan 100,000
Inventori bahan:
o Awal tahun
o Akhir tahun
4,000
3,000
Buruh langsung 50,000
Inventori akhir tahun:
o Kerja dalam proses
o Barang siap
5,000
8,000
Lain-lain perbelanjaan pada tahun tersebut:
o Belanja jualan 10% daripada jualan
o Belanja pentadbiran 5% daripada jualan.
o Overhed pengeluaran/pengilangan 60%
daripada buruh langsung.
RM RM
Bahan langsung;
Inventori awal 4,000
Belian bahan 100,000
104,000
Tolak: Inventori bahan akhir -3,000 101,000
Buruh langsung 50,000
Kos utama/kos keluaran 151,000
Overhed perkilangan/pengeluaran
@ 60% daripada kos buruh 30,000
Kos perkilangan/pengeluaran kasar 181,000
Tambah: Kerja dalam proses 2,000
183,000
Tolak: Kerja dalam proses akhir -5,000
Kos perkilangan 178,000
Tambah; Overhead pentadbiran @ 5% daripada jualan 10,000
Overhead jualan @ 10% daripada jualan 20,000 30,000
Jumlah kos jualan 208,000