kpt6044 penjelasan mengenai web

5
. Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia _____________________________________________________________ KPT 6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (Kumpulan A) Pensyarah: Prof Mdya DatoDr. Abd Latif Hj Gapor Arahan Tugasan 2: Penjelasan Mengenai Blog Wordpress Disediakan oleh: NGO CHOOI HONG M20121000788 Tarikh Hantar: 22 November 2013

Upload: ngochooihong

Post on 30-Jun-2015

84 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KPT6044 Penjelasan Mengenai Web

.

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia _____________________________________________________________

KPT 6044

Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (Kumpulan A)

Pensyarah:

Prof Mdya Dato‟ Dr. Abd Latif Hj Gapor

Arahan Tugasan 2:

Penjelasan Mengenai Blog Wordpress

Disediakan oleh:

NGO CHOOI HONG M20121000788

Tarikh Hantar:

22 November 2013

Page 2: KPT6044 Penjelasan Mengenai Web

1

1.0 Pengenalan

WordPress merupakan satu alat penerbitan percuma dalam talian. Dengan kata lain,

WordPress ialah satu perisian berasaskan web tanpa bayaran di mana ia membolehkan

sesiapa sahaja membina serta menyelenggarakan atau menyunting laman web atua

blog. Walau bagaimanapun, asalnya tujuan WordPress adalah sebagai satu cara

mudah untuk membina blog.

2.0 Manfaat Blog

Manfaat blog dari WordPress amat banyak. Dalam dunia pendidikan pemanfaatan

media blog dapat meningkatkan kualitas dan kompetensi seorang guru. Seorang guru

dapat menuliskan apa-apa sahaja yang berkaitan kegiatan di sekolah seperti

menceritakan perkara mengajar yang menarik, menuliskan pelbagai keluhan

mengenai kebijakan sekolah.

Blog merupakan cermin evaluasi diri kerana tulisan-tulisan dalam blog akan

dikomentari oleh pembaca-pembaca lain dengan pelbagai sudut pandang terhadap

perkara-perkara tersebut. Selain itu, seseorang guru boleh bertukar fikiran dengan

guru lain melalui blog, sama ada tentang bahan ajar, aktiviti pengajaran, latihan kerja

rumah dan sebagainya.

Bagi guru, web blog amat berguna sebagai media mengajar dan media belajar.

Sebagai media mengajar, seseorang guru boleh membinakan bahan ajar di blognya

supaya pelajar-pelajarnya dapat mengumpulkan maklumat dari blog tersebut. Sebagai

media belajar pula, web blog dapat digunakan untuk menapakkan persoalan atau idea

untuk dibincangkan melalui blog.

3.0 Langkah-langkah Membina Blog WordPress

WordPress merupakan satu blog yang sangat mudah dibina dan digunakan. Pengguna

blog dapat melakukan pendaftaran secara langsung tanpa berurusan dengan hal-hal

teknikal yang berhubungan dengan program web.

Page 3: KPT6044 Penjelasan Mengenai Web

2

Sebagai seorang pendidik, saya telah mendaftarkan blog saya dengan

menggunakan WordPress untuk memudahkan urusan kerja saya dalam blog tersebut.

Nama blog saya adalah chooihongngo.wordpress.com.

3.1 Mendaftarkan Blog

Mula-mula, buka halaman WordPress melalui URL http://wordpress.com.

Pada halaman WordPress, pilih menu „Sign Up Now’ untuk mulakan pengisian

maklumat pendaftar. Dalam pengisian maklumat tersebut, pengguna perlu

mengenalpasti nama blog yang akan digunakan. Bagi saya, saya telah

menggunakan “Blog Domain” saya sebagai alamat blog saya. Selain itu, saya

juga menuliskan judul blog saya sebagai “LIFE is drawing without an eraser.”

Judul ini dapat membantu pengguna lain memasukkan blog saya dengan

menaipkan judul blog saya.

Dalam halaman WordPress, saya telah memilih bahasa inggeris sebagai

bahasa penggunaan blog saya. Bahasa Inggeris dipilih sebagai tema blog saya

adalah disebabkan saya mengajar bahasa inggeris di sekolah saya pada masa

kini. Pada akhir pendaftaran sebelum „sign up’, saya memilih ‘I would like my

blog to appear in search engines like Google and Technorati, and in public

listings around WordPress.com’ supaya blog WordPress saya ini dapat

ditemui oleh pengguna lain semasa mereka melayari internet.

3.2 Membina Blog Wordpress.com

Bar navigasi dari “tema default” terdiri dari halaman, arkid, kategori, blogroll

(links ke tempat lain), dan Meta. Selanjutnya, pengguna dapat menambahkan

fungsi navigasi ini dengan menggunakan ‘widget’ yang terdapat dalam menu

tampilan. Widget ini sesuai dengan tema yang digunakan. Selain bar navigasi,

terdapat links untuk RSS, links edit, jumlah komentar, dan sebagainya. RSS

merupakan cara bagi pengunjung untuk berlangganan informasi dari blog

tersebut.

Saya mengatur menu navigasi pada blog dengan menggunakan menu

Widgets yang merupakan sub-menu dari bahagain Design. Ada pelbagai

Page 4: KPT6044 Penjelasan Mengenai Web

3

widget yang tersedia telah saya gunakan, iaitu Pages, Calender, Archives,

Links, Search, Recent Post, Categories, Text dan Recent Comments. Pada

Pages, saya tambahkan KPT6044, LESSONS, ASSESSMENT, dan VIDEO.

Bagi memenuhi syarat tugasan KPT6044, saya telah masukkan kesemua

tugasan pada pages KPT 6044, iaitu Tugasan 1, Tugasan 2, Tugasan 3,

Tugasan 4 dan Tugasan 5.

Page 5: KPT6044 Penjelasan Mengenai Web

4

LESSONS merupakan satu ruang bagi saya mengkongsikan bahan pengajaran

saya dalam subjek Bahasa Inggeris. Kategori LESSONS termasuk Phonics dan

Rhymes.

ASSESSMENT pula merupakan bahan penilaian atau latihan yang disediakan

untuk murid sebagai penilaian kefahaman mereka terhadap pembelajaran yang

telah dijalankan dalam kelas. VIDEO adalah bahagian mengumpulkan

kesemua bahan-bahan video yang terpampar dalam blog ini.

4.0 Kesimpulan

Peranan media web-blog amat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Walau bagaimanapun, blog yang dibina haruslah dioperasikan dan diterapkan secara

aktif dalam setiap kegiatan. Dengan itu, orang ramai yang melayari blog tersebut akan

mendapat manfaat dengan maksimanya. Di samping itu, pemanfaatan layanan blog

juga merupakan salah satu model e-learning yang amat popular dalam proses

pembelajaran. Model e-learning melalui blog amat membantu mereka yang mengikuti

pelajaran secara jarak jauh. Dengan itu, pendidikan dapat dilakukan tanpa sempadan

di era dunia ini.