kriteria pemilihan perbankan islam di · pdf fileabstrak perbankan islam telah muncul di dalam...

34
KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA: PENGALAMAN TINJAUAAN AWAL KAJIAN KUALITATIF Mohd Amy Azhar B. Hj. Mohd Harif, Ph.D, C.A.(M) Faculty of Finance and Banking Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok Kedah Darul Aman Email: amy azhar @uum.edu.my Khairul Anuar Bin Adnan Faculty of Finance and Banking Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok Kedah Darul Aman Ali Badron Faculty of Finance and Banking Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok Kedah Darul Aman 2

Upload: nguyenmien

Post on 06-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA: PENGALAMAN TINJAUAAN AWAL KAJIAN KUALITATIF

Mohd Amy Azhar B. Hj. Mohd Harif, Ph.D, C.A.(M) Faculty of Finance and Banking

Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok

Kedah Darul Aman Email: [email protected]

Khairul Anuar Bin Adnan Faculty of Finance and Banking

Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok

Kedah Darul Aman

Ali Badron Faculty of Finance and Banking

Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok

Kedah Darul Aman

2

Page 2: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

Abstrak

Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun

1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam merupakan satu lembaran baru di

dalam perkembangan sistem kewangan negara. Sistem ini diwujudkan sebagai satu

alternatif kepada pengguna selain sistem kewangan konvensional yang telah biasa

diamalkan oleh pengguna pada masa kini. Justeru, kajian ini akan melihat kepada

permasalahan berikut:-Apakah faktor-faktor ataupun kriteria-kriteria utama yang

mempengaruhi pelanggan dalam membuat keputusan untuk memilih perkhidmatan

perbankan Islam?

Terdapat 2 objektif utama dalam kajian ini: 1. untuk melihat apakah faktor-faktor yang

mempengaruhi kriteria pemilihan perkhidmatan perbankan Islam di kalangan pelanggan;

2. untuk melihat kemungkinan terdapat kriteria-kriteria lain yang mempengaruhi

keputusan pengguna memilih perkhidmatan perbankan Islam ini. Sejumlah 13 kriteria

utama yang boleh mempengaruhi pelanggan dalam membuat keputusan untuk memilih

perkhidmatan perbankan Islam dijadikan sebagai sandaran kajian ini. Kajian ini telah

dijalankan dalam dua peringkat. Peringkat pertama kajian ini adalah berbentuk kualitatif

dengan menggunakan kaedah berbentuk temuduga tertumpu (convergent interview),

iaitu, satu mekanisma untuk memperkayakan maklumat dalam bidang penyelidikan, yang

merangkumi teknik untuk mengumpul, menganalisa dan menginterpretasikan data yang

diperolehi hasil daripada temuduga. Sejumlah 8 responden yang meliputi ahli akademik,

pengurus dan pakar perbankan Islam telah ditemuduga. Peringkat kedua kajian

menggunakan kaedah kualitatif yang dijalankan secara temuduga berstruktur. Sejumlah

500 responden terlibat dalam proses ini.

Terdapat beberapa kepentingan dan sumbangan yang telah dihasilkan melalui kajian ini,

iaitu: 1. membantu pihak bank memperbaiki kelemahan serta mempertingkatkan lagi

mutu perkhidmatan perbankan Islam; 2. membantu pihak berwajib untuk merangka

polisi-polisi yang berkaitan dengan perkhidmatan perbankan Islam supaya ianya menjadi

lebih menarik, inovatif dan kompetitif; 3. panduan kepada pengurusan bank untuk

memformulasikan dan mengemaskinikan strategi pemasaran yang lebih komprehensif; 4.

3

Page 3: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

blue print sebagai panduan kepada persatuan perbankan Islam untuk membuat

penambahbaikan dalam operasi perbankan Islam; dan 5. panduan dalam merangka skim

latihan yang komprehensif kepada kakitangan perbankan Islam.

4

Page 4: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

PENGENALAN

Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun

1970an lagi. Kemunculan perbankan Islam ini adalah ekoran daripada keperluan dan

permintaan yang mendesak daripada masyarakat Islam yang mahukan kehidupan mereka

berlandaskan Syariah Islam termasuklah di dalam bidang kewangan dan perbankan

(Sudin Haron 1996). Kejayaan penubuhan bank Islam yang pertama di dunia iaitu Dubai

Islamic Bank pada tahun 1975 telah membuka lembaran baru kepada penerokaan yang

lebih luas ke arah perkembangan Institusi Kewangan Islam di seluruh dunia. Sehingga

kini terdapat lebih kurang 177 Institusi kewangan Islam dengan jumlah aset sebanyak

US$90 bilion. Terdapat 3 buah negara yang telah menukar sepenuhnya sistem perbankan

mereka kepada sistem perbankan Islam iaitu Iran, Sudan dan Pakistan (Sudin Haron

1996).

Di Malaysia, sistem kewangan Islam merupakan satu lembaran baru di dalam

perkembangan sistem kewangan negara. Sistem ini diwujudkan sebagai satu alternatif

kepada pengguna selain sistem kewangan konvensional yang telah biasa diamalkan oleh

pengguna pada masa kini. Malaysia telah didedahkan dengan sistem kewangan sekular

ataupun konvensional sejak dari dulu lagi (Nor Mohamed 1996). Namun dengan senario

sekarang serta data-data resmi perbankan Islam yang dikeluarkan oleh pihak Bank

Negara Malaysia didapati pengguna di Malaysia semakin berminat untuk menggunakan

perkhidmatan perbankan Islam khususnya produk-produk perbankan Islam ini. Daripada

hanya sekadar perintis di awal tahun 1980an, Malaysia kini telah mendahului dan

menjadi contoh kepada perbankan Islam yang pragmatik dan inovatif. Ia juga telah

dibuktikan secara efisien dan efektif dalam memenuhi keperluan masyarakat moden pada

hari ini.

Sejak perbankan Islam di Malaysia ditubuhkan 17 tahun yang lalu, ia telah menunjukkan

kemampuan untuk berkembang maju dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa

(BNM 2000). Perkembangan yang selari dengan pertumbuhan ekonomi negara telah

menarik perhatian pelbagai pihak di kalangan negara Islam dan juga barat. Sistem

5

Page 5: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

perbankan Islam di Malaysia mula diperkenalkan pada 1 Julai 1983 dengan penubuhan

Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) dan disusuli pula dengan penubuhan Bank Muamalat

Malaysia Bhd iaitu bank Islam kedua di Malaysia pada 1 Oktober 1999 dengan modal

berbayar sebanyak RM300 juta (BNM 2000).

Seterusnya sistem kewangan Islam telah dikembangkan lagi dengan perlaksanaan Sistem

Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) pada 4 Mac 1993 untuk semua institusi kewangan

konvensional (BNM 1999). Sistem perbankan tanpa faedah ini telah menarik minat dan

keyakinan bangsa asing untuk memggunakan produk perbankan Islam ini.

Walaubagaimanapun pada 1 Disember 1998 terma SPTF ini telah ditukarkan kepada

“Skim Perbankan Islam” (SPI) bagi menyesuaikan ia dengan operasi perbankan Islam itu

sendiri (BNM 1999). Sistem kewangan Islam mempunyai objektif dan matlamat yang

jelas iaitu untuk membantu masyarakat Islam untuk memperkembangkan ekonomi

mereka. Konsep tolong-menolong dan halal adalah merupakan kunci utama dalam

perlaksanaan sistem kewangan Islam ini.

Justeru, kajian ini akan melihat kepada permasalahan berikut:-

Apakah faktor-faktor ataupun kriteria-kriteria utama yang mempengaruhi pelanggan

dalam membuat keputusan untuk memilih perkhidmatan perbankan Islam di Malaysia

pada masa kini?

1.0 JUSTIFIKASI KAJIAN Pada masa ini terdapat lagi kajian yang dijalankan berkenaan dengan faktor-faktor yang

mempengaruhi pemilihan perbankan dari aspek perbankan Islam (EBSCO, Abi Inform,

Emerald, Proquest). Kajian yang ada lebih tertumpu kepada kajian pemilihan perbankan

dari aspek konvensional sahaja. Justeru, melalui kajian ini nanti diharapkan kami akan

dapat menemui suatu keputusan yang baru berhubung dengan kriteria-kriteria pemilihan

perbankan dari aspek perbankan Islam. Kajian ini juga akan melihat kepada dua

perspektif pengguna iaitu pelanggan individu dan pelanggan di sektor korporat. Melalui

6

Page 6: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

penyelidikan yang bersifat komprehensif ini, ianya akan dapat memberikan keputusan

yang lebih tepat serta terperinci sama ada di peringkat makro dan mikro. Berikut adalah

enam alasan utama kajian ini perlu dijalankan

Pembangunan industri sistem perbankan islam (SPI). Disebabkan oleh suasana

persaingan yang begitu kompetitif dalam industri kewangan pada masa kini, maka

adalah menjadi satu keperluan kepada pihak perbankan Islam untuk mengetahui serta

mendapatkan maklumat-maklumat penting mengenai faktor-faktor yang mendorong

pelanggan memilih perkhidmatan perbankan Islam bagi mengurus kewangan mereka.

Pihak bank juga harus tahu ciri-ciri produk kewangan dan jenis-jenis perkhidmatan bagi

memenuhi tuntutan pelanggan dan keperluan pasaran. Mereka juga harus tahu sejauh

manakah faktor tersebut dapat mempengaruhi pelanggan memilih bank tersebut

(Anderson et al 1976; Evas 1979; Kaynak & Yavas 1985; Meidan 1984; Tan & Chua

1986).

‘Gaps in the literature’. Berpandukan ulasan karya yang telah sedia ada menunjukkan

tidak banyak kajian emperikal dilakukan untuk mengkaji tentang faktor-faktor yang

mendorong pelanggan bank memilih untuk berurusan dengan perbankan Islam (Jasni

1996). Keadaan ini berlaku disebabkan terlalu kurang perhatian yang diberikan kepada

kriteria yang mempengaruhi pelanggan dari aspek perbankan Islam. Ini ditambah lagi

dengan keadaan suasana ekonomi yang didominasikan oleh bank konvensional

(Aidawati 2002). Kajian yang telah dibuat Erol & El-Bdour (1989) menunjukkan umat

Islam menggunakan perbankan Islam adalah kerana pulangan yang akan diterima oleh

mereka dan bukannya disebabkan faktor keagamaan. Pelanggan di negara Islam juga

tidak dapat membezakan perkhidmatan yang disediakan oleh bank konvensional dan

perbankan Islam (Erol et al. 1989).

Pendedahan kepada ramai. Hasil dari penyelidikan ini diharap akan dapat memberi

pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan menyimpan di dalam institusi

kewangan perbankan Islam. Selain itu juga, hasil penyelidikan ini mampu

mendatangkan kesedaran dan keprihatinan orang ramai untuk melibatkan diri di dalam

7

Page 7: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

perbankan Islam yang mana ia bukan sahaja dikhususkan untuk orang Islam malah ia

juga dibuka kepada semua kaum tanpa mengambil kira latarbelakang agama mereka.

Sokongan pihak kerajaan. Kajian ini juga dihasilkan memandangkan pihak kerajaan

Malaysia memberikan sokongan yang kuat serta peluang-peluang yang bukan sedikit

kepada institusi kewangan dan perbankan Islam untuk berkembang maju (MTEN

1999). Contohnya pihak kerajaan tidak mengenakan sebarang cukai pendapatan ke atas

simpanan yang dibuat di Lembaga Tabung Haji (Izham 2002). Disamping itu pihak

kerajaan juga memberikan pelepasan cukai (tidak dikenakan cukai korporat) kepada

Lembaga Tabung Haji selama 30 tahun dan Syarikat Takaful Malaysia selama 15 tahun

(Kamil 2002). Ini menunjukkan bahawa kerajaan memberikan galakan serta sokongan

yang kuat kepada institusi perbankan Islam ini untuk bergerak maju seiring dengan

perbankan konvensional.

Peningkatan dalam populasi rakyat Malaysia. Peningkatan populasi penduduk di

Malaysia juga merupakan satu faktor kepada peningkatan terhadap permintaan

perkhidmatan perbankan Islam khususnya produk-produk perbankan Islam pada masa

kini. Jumlah penduduk Malaysia pada masa ini ialah sebanyak 23 juta dan jumlah ini

akan meningkat dari setahun ke setahun (BNM 2002). Justeru, ini memberikan satu

peluang keemasan kepada pihak bank khususnya dalam operasi perbankan Islam untuk

mempergiatkan lagi strategi perniagaan dan pemasaran mereka untuk menarik golongan

ini menggunakan produk-produk perbankan Islam dengan lebih meluas.

Peningkatan jumlah syarikat-syarikat korporat. Pelanggan korporat pula adalah terdiri

daripada syarikat-syarikat Malaysia yang disenaraikan di papan pertama dan papan kedua

BSKL. Syarikat-syarikat disenaraikan di sini adalah terdiri daripada syarikat yang bersaiz

kecil dan juga yang bersaiz besar yang mempunyai modal berbayar minimum yang telah

ditetapkan oleh pihak BSKL. Syarikat-syarikat ini pada dasarnya memerlukan sumber

dana yang besar bagi menguruskan aktiviti perniagaan mereka. Oleh sebab itu, mereka

akan cuba untuk mendapatkan sumber kewangan ataupun menggunakan produk-produk

8

Page 8: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

perbankan samada daripada sistem perbankan konvensional ataupun daripada sistem

perbankan Islam.

Pertambahan bilangan syarikat-syarikat di Malaysia juga semakin meningkat dari masa

ke semasa. Pada tahun 1998, jumlah syarikat yang disenaraikan di BSKL ialah sebanyak

736 buah syarikat. Di mana daripada jumlah tersebut, sebanyak 454 disenaraikan di

papan utama dan 282 di papan yang kedua. Jumlah ini telah meningkat pada tahun 1999

menjadi sebanyak 757 buah syarikat. Sebanyak 474 disenaraikan di papan utama dan

283 di papan yang kedua (Sumber: http://www.klse.com.my/listing). Pertambahan

syarikat-syarikat ini sememangnya amat menggalakkan dan ini belum mengambil kira

syarikat-syarikat yang tidak tersenarai di BSKL. Jika ianya diambil kira jumlah syarikat

ini berdaftar ini akan bertambah dari masa ke semasa. Maka ini secara tidak langsung

akan dapat mempertingkatkan lagi permintaan kepada penggunaan produk-produk

perbankan dengan lebih efisyen dan cekap. Kepada pihak bank pula, ini merupakan satu

peluang keemasan kepada mereka untuk mengatur strategi-strategi perniagaan yang lebih

komprehensif dan efektif terutama di dalam menyediakan mutu perkhidmatan yang

berkualiti serta penawaran produk-produk yang menarik kepada syarikat-syarikat

tersebut.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif kajian yang boleh diteliti di dalam kajian ini;

Objektif pertama kajian adalah untuk melihat apakah faktor-faktor utama yang

mempengaruhi kriteria pemilihan perkhidmatan perbankan Islam dikalangan pelanggan.

Objektif yang kedua ialah untuk mengetahui adakah terdapat kriteria-kriteria lain yang

mempengaruhi keputusan pengguna memilih perkhidmatan perbankan Islam ini.

9

Page 9: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

4.0 PRESTASI PERBANKAN ISLAM SEPINTAS LALU

Pada hari ini terdapat 38 buah institusi kewangan dan perbankan yang menawarkan

perkhidmatan perbankan Islam seperti dalam Jadual 1 (BNM 2002). Ditinjau dari aspek

bilangan Bank Perdagangan yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam pada masa

kini ialah sebanyak 14 buah, syarikat kewangan 10 buah, Bank Saudagar 5 buah, Bank-

bank Islam 2 dan Syarikat Diskaun pula sebanyak 7 buah (BNM 2002). Di tinjau dari

aspek jumlah aset sistem perbankan Islam pula didapati berlakunya peningkatan yang

ketara pada setiap tahun. Pada tahun 2000 sahaja jumlah aset sistem perbankan Islam

ialah sebanyak RM47.1 bilion, meningkat kepada RM58.9 bilion (2001) iaitu

peningkatan sebanyak 25.2% (BNM 2002). Angka ini terus meningkat pada akhir tahun

2002 dimana jumlah keseluruhan aset perbankan Islam yang ada ialah sebanyak RM68

bilion iaitu peningkatan sebanyak 15.5%.

Dari segi jumlah deposit sistem perbankan Islam pula, pada tahun 2000 sahaja, jumlah

deposit yang berjaya dikumpulkan ialah sebanyak RM35.9 bilion (BNM 2002). Ia

meningkat kepada RM47.1 bilion pada tahun 2001 dan pada akhir tahun 2002 jumlah

keseluruhan deposit dalam sistem perbankan Islam yang terkumpul ialah sebanyak

RM53.3 bilion iaitu peningkatan sebanyak 13.2%. Peningkatan yang positif ini

menunjukkan bahawa perkhidmatan perbankan Islam ini semakin diterima baik oleh

semua pihak. Dilihat dari sudut jumlah pembiayaan pula, peningkatan pembiayaan dalam

sistem perbankan Islam semakin jelas pada setiap tahun. Pada tahun 2000 sahaja jumlah

pembiayaan yang telah disalurkan kepada orang ramai ialah sebanyak RM20.8 bilion. Ia

meningkat kepada RM28.2 bilion pada tahun 2001 iaitu berlakunya peningkatan

sebanyak 35% dan pada akhir tahun 2002 jumlah keseluruhan pembiayaan yang telah

dikeluarkan ialah sebanyak RM36.7 bilion iaitu peningkatan sebanyak 30.2% (BNM

2002).

Jadual 1. Sistem Perbankan Islam Data Utama

Pada akhir tahun 2001

Pada akhir tahun 2002

Perubahan tahunan (%)

Bilangan institusi Bank Perdagangan Syarikat Kewangan

38 14 10

35 14 9

-7.9 0.0

-10.0

10

Page 10: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

Bank Saudagar Bank-bank Islam Syarikat Diskaun

5 2 7

3 2 7

-40.0 0.0 0.0

Jumlah aset (RM juta) Bank Perdagangan Syarikat Kewangan Bank Saudagar Bank-bank Islam Syarikat Diskaun

58,929 26,750 9,749 1,353 17,328 3,749

68,070 29,109 12,623 1,430 20,160 4,748

15.5 8.8

29.5 5.7

16.3 26.6

Jumlah deposit (RM juta) Bank Perdagangan Syarikat Kewangan Bank Saudagar Bank-bank Islam Syarikat Diskaun

47,106 22,031 7,664 673

14,375 2,363

53,306 23,476 9,094 684

16,421 3,631

13.2 6.6

18.7 1.6

14.2 53.7

Jumlah pembiayaan (RM juta) Bank Perdagangan Syarikat Kewangan Bank Saudagar Bank-bank Islam Syarikat Diskaun

28,201 12,256 7,613 771

7,561 -

36,718 16,706 10,050

804 9,158

-

30.2 36.3 32.0 4.3

21.1 -

Jumlah pembiayaan -deposit (%) Bank Perdagangan Syarikat Kewangan Bank Saudagar Bank-bank Islam Syarikat Diskaun

59.9 55.6 99.3

114.6 52.6

-

68.9 71.2

110.5 117.5 55.8

-

9.0 15.6 11.2 2.9 3.2 -

Bilangan cawangan Bank Perdagangan Syarikat Kewangan Bank-bank Islam

132 8 2

122

138 8 2

128

4.5 0.0 0.0 4.9

Bilangan kaunter Bank Perdagangan Syarikat Kewangan Bank Saudagar

2,065 1,335 730

-

2,065 1,335 730

-

0.0 0.0 0.0 -

(Sumber: Laporan Tahunan BNM, 2002).

Sehingga kini terdapat 138 cawangan institusi kewangan di seluruh negara yang telah

menawarkan perkhidmatan perbankan Islam (BNM 2002). Ini melibatkan 8 buah bank

perdagangan, 2 buah syarikat kewangan dan 128 buah bagi bank-bank Islam. Manakala

dari segi bilangan kaunter perbankan Islam pada masa ini terdapat 2,065 buah kaunter

yang menwarkan perkhidmatan perbankan Islam. Pecahannya adalah seperti berikut,

bank perdagangan sebanyak 1335 kaunter dan syarikat kewangan pula mempunyai 730

kaunter (BNM 2002).

Perkembangan yang positif ini menunjukkan kepada kita bahawa sistem perbankan Islam

di Malaysia pada dasarnya berada di landasan yang betul dan mempunyai potensi yang

11

Page 11: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

cerah untuk berkembang maju di masa hadapan. Di samping itu juga peranan kerajaan

dalam menyokong penuh terhadap sistem perbankan Islam juga merupakan satu perkara

yang tidak boleh disangkal lagi. Pertumbuhan positif sektor perbankan Islam adalah hasil

daripada pelbagai langkah bersepadu dan terancang yang telah diambil oleh kerajaan

menerusi Bank Negara Malaysia serta usaha-usaha memperkenalkan instrumen-

instrumen baru di pasaran. Ia turut disokong oleh perlaksanaan langkah dan saranan

untuk memajukan sektor perbankan Islam dalam bidang-bidang yang telah digariskan di

dalam “Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK). Di bawah PISK ini kerajaan telah

menetapkan sasaran pasaran dari segi aset sebanyak 20% daripada sistem perbankan yang

harus dikuasai oleh sektor perbankan Islam menjelang 2010 (BNM 2002).

5.0 KRITERIA PEMILIHAN BANK

Bagi memastikan kehendak pelanggan dapat disempurnakan, kriteria pemilihan sesebuah

bank perlu dikenalpasti agar pihak bank memahami kehendak pelanggan untuk menarik

lebih ramai pelanggan (Marshall 1962). Hasil daripada penyelidikan terhadap karya-

karya terdahulu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan sesebuah bank

oleh pelanggan. 5.1 Dari perspektif perbankan konvensional

Jadual 2 di bawah menunjukkan kriteria-kriteria yang menjadi penentu kepada pemilihan

sesebuah bank oleh pelanggan. Kaynak (1991) telah menyenaraikan 10 kriteria yang

mempengaruhi pemilihan sesebuah bank oleh pelanggan iaitu reputasi bank, layanan atau

12

Page 12: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

perkhidmatan yang diberikan oleh pihak bank kepada mereka, cara pengurusan bank,

lokasi bank, pengesyoran individu lain berkenaan sesebuah bank, tempat letak kereta,

yuran atau caj, kadar faedah, produk yang ditawarkan oleh pihak bank dan pengiklanan

yang dijalankan oleh pihak bank (kolum A jadual 2).

Jadual 2. Kriteria Pemilihan Bank Konvensional

Bil.

KRITERIA

A

B

C

Jumlah

Pemboleh-ubah bagi

kajian ini

1 Reputasi bank √ √ √ 3 √

2 Layanan / Perkhidmatan √ √ √ 3 √

3 Pengurusan bank √ √ - 2 √

4 Lokasi √ √ - 2 √

5 Pengesyoran individu √ √ - 2 √

6 Tempat letak kereta √ √ - 2 √

7 Yuran / Caj √ - √ 2 √

8 Kadar Faedah √ - - 1 √

9 Produk yang ditawarkan √ - - 1 √

10 Pengiklanan/pemasaran √ - - 1 √

11 Keselamatan - √ - 1 √

12 Rupa bentuk bank - √ - 1 √

13 Teknologi - - √ 1 √

Jumlah 10 8 4 13

Nota:-

A : Kaynak E, et Al, 1991

B : Laroche M, et.Al., 1986

C : Zung & Micheal M, 1998

Sumber: Dibina berdasarkan Amy Azhar & Suzieliana (2003)

Manakala Laroche (1986) telah menyenaraikan lapan kriteria yang dapat mempengaruhi

pemilihan bank oleh pengguna iaitu reputasi bank, layanan atau perkhidmatan yang

diterima dari pihak bank, pengurusan bank, lokasi, pengesyoran individu lain, tempat

letak kereta, keselamatan yang dijamin oleh pihak bank terhadap simpanan mereka dan

rupa bentuk bank (kolum B jadual 2).

13

Page 13: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

Kajian yang telah dibuat oleh Zung dan Micheal (1998) mendapati bahawa terdapat

empat kriteria yang mendorong pelanggan untuk memilih sesebuah bank sebagai institusi

penyimpanan mereka iaitu reputasi bank, layanan atau perkhidmatan bank, yuran atau caj

yang dikenakan dan tahap teknologi yang terdapat di sesebuah bank (kolum C jadual 2).

Hasil rumusan dari jadual 2, dapat disimpulkan bahawa terdapat 13 kriteria yang

mempengaruhi pelanggan dalam memilih sesebuah bank.

Reputasi Bank. Reputasi bank merupakan kriteria pertama dalam mempengaruhi

pemilihan bank oleh pelanggan (Amy Azhar & Suzieliana 2003). Reputasi bank di

definisikan sebagai nama baik (Kamus Dewan 1989). Reputasi atau imej sesebuah bank

penting bagi membina keyakinan pelanggan terhadap bank (Erol 1984). Selain kualiti

perkhidmatan bank merupakan faktor yang penting dalam pemilihan sesebuah bank,

pelanggan juga ditekankan agar mengekalkan perhubungan yang baik dengan pihak bank.

Kakitangan bank perlu memahami kehendak pelanggan dan bagaimana mereka menilai

kualiti servis yang disediakan oleh pihak bank.

Daripada kajian emperikal yang dilakukan oleh Pierre; Agren et. al (1991) menyatakan

bahawa faktor utama bagi pelanggan korporat dalam memilih bank adalah kepercayaan

serta keyakinan yang terhasil daripada perhubungan yang telah lama wujud ini. Ini

menunjukkan bahawa pelanggan korporat cenderung untuk menilai bank berdasarkan

keupayaannya serta reputasinya untuk membantu mereka dalam menyelesaikan masalah.

Selain itu pihak korporat juga memerlukan jaminan bahawa mereka sentiasa

memperolehi sokongan sepenuhnya dari segi pengurusan aktivitinya daripada pihak bank.

Jadi amatlah penting bagi syarikat untuk menjalinkan hubungan yang rapat dan ikhlas

dengan pihak bank terutamanya hubungan personal dengan pihak pengurusan atasan.

Justeru, adalah menjadi kepentingan bagi mana-mana bank untuk terus menjaga reputasi

dan nama baik bank agar dapat mencapai kejayaan (Jasni 1996). Ketiga-tiga penulis yang

disenaraikan di dalam jadual 2 telah memilih elemen reputasi bank sebagai salah satu

14

Page 14: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

elemen yang penting dalam mempengaruhi pelanggan memilih sesebuah bank (baris 1

kolum A, B dan C jadual 2). Oleh itu elemen ini akan digunakan dalam kajian ini.

Layanan atau perkhidmatan. Layanan atau perkhidmatan merupakan kriteria kedua

yang mempengaruhi pemilihan bank oleh pelanggan (Amy Azhar & Suzieliana 2003).

Layanan ditakrifkan sebagai pertolongan dan bantuan (Kamus Besar Bahasa Melayu

Utusan 1995). Manakala perkhidmatan pula dimaksudkan sebagai kerja untuk kebajikan

orang ramai serta kemudahan untuk kepentingan orang ramai (Kamus Besar Bahasa

Melayu Utusan 1995). Hubungan interpersonal (layanan) memainkan peranan yang

penting dalam menarik seseorang individu untu memilih sesebuah bank (Erol & El-

Bdour 1986; Schneider 1985). Andrew (1986) mengandaikan pelanggan sebagai raja bagi

setiap pasaran dan mereka berkuasa penuh serta penentu kejayaan atau kegagalan

sesebuah organisasi. Sesuatu perkhidmatan diukur dengan cara melihat ataupun menilai

adakah perkhidmatan yang diberikan memenuhi jangkaan pengguna (Francis 1968). Oleh

itu, pihak bank perlu mempunyai hubungan interpersonal yang baik dengan pelanggan

(Jasni 1996).

Satu tinjauan ke atas 400 firma perniagaan mendapati kualiti perkhidmatan yang

diberikan oleh sesebuah bank terhadap pelanggan amat mempengaruhi pemilihan

pelanggan (Krachenberg 1963). Sesebuah bank akan menjadi pilihan pelanggan sekiranya

perkhidmatan yang diberikannya kepada pelanggan, seperti layanan yang mesra dan

berhemah (Anderson 1976). Smith dan Houstan berpendapat bahawa kepuasan yang

didapati daripada perkhidmatan berhubung rapat dengan kehendak seseorang terhadap

perkhidmatan yang mereka harapkan (Hensel & James 1990; Zeithmal & Valarie 1988).

Pelanggan akan lebih rasa akan dihargai dan mendapat kepuasan yang maksimum

sekiranya sesebuah bank menyediakan perkhidmatan kaunter yang baik dan cekap serta

berhemah (Larson 1987; Barnett & Sapoharo 1985) dan ini sekaligus mendorong mereka

untuk memilih bank tersebut. Ketiga-tiga penulis yang tersenarai di dalam jadual 2 telah

memilih elemen layanan atau perkhidmatan mempengaruhi pelanggan dalam memilih

bank (baris 2 kolum A, B, dan C jadual 2). Oleh itu elemen ini akan digunakan dalam

kajian ini.

15

Page 15: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

Pengurusan bank. Pengurusan bank dapat diklasifikasikan sebagai kriteria ketiga

terpenting dalam mempengaruhi pemilihan bank (Amy Azhar & Suzieliana 2003;

Kaynak 1986; Anderson 1976, Azhar 1996). Pengurusan bank memberi maksud urusan

pengendalian dan pentadbiran yang dijalankan oleh pihak bank (Kamus Besar Bahasa

Melayu Utusan 1995). Pihak bank perlu memastikan cara pengurusan yang diamalkan

oleh bank adalah cekap, cepat dan tepat seperti mana yang diharapkan oleh pelanggan

(Kaynak 1984). Pelanggan akan lebih berkecenderungan untuk memilih sesebuah bank

yang mempunyai pengurusan yang sistematik, cekap dan betul (Erol 1984).

Dua daripada tiga penulis yang tersenarai di dalam jadual 2 telah memilih elemen

pengurusan bank sebagai salah satu kriteria yang penting dalam mempengaruhi

pelanggan memilih bank (baris 3 kolum A dan B jadual 2) . Oleh itu elemen ini akan

digunakan dalam kajian ini.

Lokasi. Jadual 2 menunjukkan lokasi merupakan kriteria ke empat yang mampu

mendorong pelanggan untuk menentukan bank yang menjadi pilihannya (Amy Azhar &

Suzieliana 2003). Lokasi boleh dimaksudkan sebagai kedudukan atau tempat sesebuah

bank diwujudkan (Kamus Oxford 1995). Lokasi sesebuah bank adalah faktor yang paling

penting untuk mempengaruhi pemilihan pengguna (Kaufman 1967). Kaynak E, et al

(1991) juga turut menghasilkan keputusan yang sama daripada penyelidikan yang telah

dijalankannya dimana hasil daripada penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa lokasi

sesebuah bank memainkan peranan penting terutama kepada pengguna yang berumur di

bawah 40 tahun (Jasni 1996). Anderson di dalam kajiannya mendapati lokasi sesebuah

bank merupakan kriteria utama yang mempengaruhi pelanggan (Azhar 1996).

Krachenberg juga mendapati lokasi bank merupakan faktor utama yang mendorong

pelanggan untuk memilih sesebuah bank (Lorache M, et. Al. 1986). Dua daripada tiga

penulis yang tersenarai di dalam jadual 2 telah memilih elemen lokasi bank sebagai slah

satu kriteria penting yang mempengaruhi pelanggan dalam memilih bank (baris 4 kolum

A dan B jadual 2). Oleh itu elemen ini akan digunakan dalam kajian ini.

16

Page 16: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

Pengesyoran/cadangan individu. Pengesyoran individu juga merupakan satu kriteria

yang tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi seseorang memilih bank (Amy

Azhar & Suzieliana 2003). Pengesyoran individu memberi maksud saranan dan anjuran

seseorang lain pada orang lain (Kamus Dewan 1989). Satu kajian telah dijalankan di

Singapura dan hasilnya menunjukkan bahawa nasihat dan saranan keluarga, rakan-rakan

dan jiran akan mendorong pemilihan sesebuah bank (Tan et. Al 1986). Penemuan ini

adalah konsistan dengan adat dan budaya dimana ikatan kekeluargaan adalah kuat dan

rapat (Azhar 1996). Dua daripada tiga penulis yang tersenarai di dalam jadual 2 telah

memilih elemen pengesyoran individu mempengaruhi pelanggan dalam memilih bank

(baris 5 kolum A dan B jadual 2). Oleh itu elemen ini akan digunakan sebagai

pembolehubah dalam kajian ini.

Tempat letak kereta. Tempat letak kereta merupakan antara kriteria yang perlu

dititikberatkan dan tidak seharusnya diabaikan oleh sesebuah bank yang ingin menarik

pelanggan berurusan dengan sesebuah bank serta mampu bersaing dengan bank-bank lain

(Amy Azhar & Suzieliana 2003). Tempat letak kereta merujuk kepada kemudahan untuk

pelanggan meletakkan kenderaannya ketika berurusan dengan bank (Izham 2002).

Beberapa kajian telah dibuat bagi memastikan ketepatan kriteria-kriteria yang

mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemilihan bank oleh pelanggan mendapati

bahawa kemudahan tempat letak kereta merupakan kriteria yang turut diambil kira oleh

seseorang pelanggan sebelum membuat keputusan untuk berurusan dengan bank tersebut

(Kaynak 1991). Hasil tersebut disokong oleh kajian yang telah dibuat oleh Laroche dan

rakan-rakan (1986). Dua antara tiga penulis yang tersenarai di dalam jadual 2 telah

memilih elemen tempat letak kereta mempengaruhi pelanggan dalam memilih bank (baris

6 kolum A dan B jadual 2). Oleh itu elemen ini akan digunakan dalam kajian ini.

Yuran atau caj. Yuran atau caj juga dianggap sebagai salah satu kriteria yang boleh

memberi implikasi kepada pelanggan dalam memilih sesebuah bank bagi menjalankan

urusniaga kewangan mereka (Amy Azhar & Suzieliana 2003). Yuran merupakan bayaran

yang dikenakan pada tiap-tiap bulan atau pada waktu-waktu tertentu (Kamus Dewan

1989). Manakala caj membawa maksud bayaran yang dikenakan ke atas setiap urusan

17

Page 17: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

atau transaksi yang dibuat (Hisyam 2002). Pelanggan juga akan dipengaruhi oleh kadar

bayaran, yuran atau caj yang dikenakan oleh bank ke atas transaksi yang dibuatnya

(Kaynak 1991). Pelanggan akan membuat perbandingan bagi setiap kadar bayaran atau

caj yang dikenakan oleh sesebuah bank dengan bank yang lain (Zung & Micheal 1986).

Dua antara tiga penulis yang tersenarai di dalam jadual 2 telah memilih elemen yuran

atau caj mempengaruhi pelanggan dalam memilih bank (baris 7 kolum A dan C jadual 2).

Justeru, elemen ini akan digunakan sebagai salah satu pembolehubah kajian untuk

menentukan ketepatannya.

Kadar Faedah. Kriteria lain yang boleh menarik minat seseorang pelanggan untuk

menyimpan di bank ialah berkaitan kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank serta

pulangan maksimum atas faedah yang diterima oleh pelanggan (Amy Azhar & Suzieliana

2003; Aidawati 2002). Kadar faedah membawa pengertian bunga wang atau laba atau

keuntungan (Kamus Besar Bahasa Melayu 1995) yang dikenakan ke atas pinjaman atau

kredit (Kamus Dewan 1989). Faktor keuntungan dan pulangan faedah yang maksimum

menjadi pendorong utama mengapa pelanggan menyimpan di bank (El-Bdour 1984).

Penyimpan lebih memberi perhatian kepada tawaran kadar keuntungan yang tinggi yang

diagihkan oleh sesebuah bank (Sobri 1984). Hasil kajian yang telah dijalankan oleh

Anderson et al. (1976) telah mendapati kadar faedah yang diperolehi oleh seseorang hasil

daripada simpanannya, merupakan antara tujuh perkara penting yang mempengaruhi

pemilihan sesebuah bank (Azhar 1996). Salah seorang daripada tiga penulis yang

tersenarai di dalam jadual 2 telah memilih elemen kadar faedah sebagai salah satu elemen

penting yang mempengaruhi pelanggan dalam memilih bank (baris 8 kolum A jadual 2).

Walaupun elemen ini mungkin tidak memberi kesan kepada perbankan konvensional

tetapi ianya akan digunakan dalam kajian ini untuk menentukan kesahihan implikasinya

dalam membuat keputusan pemilihan perkhidmatan perbankan Islam.

Produk yang ditawarkan. Kriteria ini juga tidak kurang pentingnya dalam

mempengaruhi pemilihan bank oleh pelanggan (Amy Azhar & Suzieliana 2003). Produk

ditakrifkan sebagai barang-barang yang diciptakan dan dikeluarkan oleh sesebuah bank

untuk pelanggannya (Kamus Dewan 1989). Kaynak dan rakan-rakan (1991) dalam

artikelnya telah menyatakan bahawa golongan muda lebih mengutamakan bank-bank

18

Page 18: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

yang menyediakan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan (Jasni 1996). Hanya seorang

antara penulis-penulis yang tersenarai di dalam jadual 2 telah memilih elemen produk

yang ditawarkan mempengaruhi pelanggan dalam memilih bank (baris 9 kolum A jadual

2). Walaubagaimanapun elemen ini akan digunakan dalam kajian ini kerana dengan

adanya produk yang pelbagai ia mungkin boleh memberi faedah ataupun manfaat yang

banyak kepada pelanggan yang berurusan dengan bank tersebut.

Pengiklanan atau pemasaran. Pengiklanan atau pemasaran adalah penting bagi pihak

bank dalam mempengaruhi pelanggan untuk berurusan dengan bank mereka (Amy Azhar

& Suzieliana 2003). Pengiklanan memberi maksud penghebahan, publisiti dan penyiaran.

Dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan sistem pemasaran produk bank, pihak

bank perlu mempunyai pengetahuan yang cukup terhadap penilaian pelanggan, gelagat,

keperluan dan persepsi masyarakat terhadap servis yang diberikan kepada pelanggan

sehingga berjaya menarik mereka untuk menyertai sesebuah bank (Kaynak 1986). Salah

seorang daripada tiga penulis yang tersenarai di dalam jadual 2 telah memilih elemen

pengiklanan atau pemasaran mempengaruhi pelanggan dalam memilih bank (baris 10

kolum A jadual 2). Elemen ini akan digunakan dalam kajian ini kerana aktiviti

pengiklanan dan pemasaran mungkin dapat memberikan faedah kepada pelanggan dalam

penyebaran maklumat tentang bank tersebut.

Keselamatan. Aspek keselamatan juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap

pemilihan sesebuah bank (Amy Azhar & Suzieliana 2003). Keselamatan bermaksud

perlindungan yang diberikan oleh bank terhadap simpanan pelanggan (Kamus Besar

Bahasa Melayu Utusan 1995). Keselamatan merupakan antara kriteria yang diberi

perhatian oleh pelanggan sebelum membuat keputusan untuk memilih sesebuah bank

sebagai institusi tabungan mereka (Laroche 1986). Oleh itu elemen ini akan digunakan

sebagai pembolehubah dalam kajian ini memandangkan ia turut disenaraikan oleh

seorang penulis sebagai elemen yang mempengaruhi pelanggan dalam memilih sesebuah

bank (baris 11 kolum B jadual 2). Tahap keselamatan yang tinggi mungkin akan

mempengaruhi keyakinan pelanggan untuk berurusan dengan bank tersebut.

19

Page 19: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

Rupa bentuk bank. Kriteria lain yang turut mempengaruhi pemilihan sesebuah bank

ialah rupa bentuk bank (Amy Azhar & Suzieliana 2003). Rupa bentuk bank boleh

didefinisikan sebagai susun atur atau perawakan (Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan

1995) atau cara bank didekorasikan. Pelanggan akan membuat pertimbangan yang

sewajarnya untuk memilih sesebuah bank sekiranya bank tersebut mempunyai rupa

bentuk yang menarik dan elok (Laroche 1986). Salah seorang di antara penulis-penulis

yang tersenarai di dalam jadual 2 telah memilih elemen rupa bentuk bank mempengaruhi

pelanggan dalam memilih bank (baris 12 kolum B jadual 2). Oleh itu elemen ini akan

digunakan dalam kajian ini kerana rupabentuk bank yang menarik mungkin akan

memberi keselesaan kepada pelanggan untuk berurusan dengan sesebuah bank.

Teknologi. Teknologi merupakan salah satu daripada kriteria-kriteria yang menjadi

perhatian pelanggan dalam memilih sesebuah bank (Amy Azhar & Suzieliana 2003).

Teknologi memberi maksud kemajuan yang dimiliki oleh sesebuah bank (Kamus Dewan

1989). Pelanggan akan lebih cenderung untuk memilih bank yang mempunyai tahap

teknologi yang tinggi canggih dan terkini, seperti Mesin Teller Automatik (ATM) dan

Fpos (Zung & Micheal 1986). Memandangkan elemen ini turut disenaikan oleh penulis

yang tersenarai di dalam jadual 2 maka ia juga akan turut digunakan dalam kajian bagi

menentukan ketepatannya (baris 13 kolum C jadual 2). Elemen ini juga akan digunakan

dalam kajian ini kerana tahap teknologi yang canggih dan terkini mungkin akan dapat

membantu dan mempertingkatkan lagi keefisyenan pelanggan untuk berurusan dengan

sesebuah bank.

Kesimpulannya, terdapat 13 kriteria yang boleh digunakan oleh pelanggan dalam

membuat keputusan dalam memilih sesebuah bank konvensional untuk membuat urusan

penyimpanan dan pelaburan. Justeru, berdasarkan hasil perbincangan di atas, maka

perbandingan akan dibuat dengan meneliti kriteria pemilihan perkhidmatan bank dari

perspektif perbankan Islam pula.

5.2 Dari perspektif perbankan Islam

20

Page 20: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

Merujuk kepada beberapa karya-karya terdahulu, terdapat hanya dua karya yang

menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan sistem perbankan Islam,

iaitu karya oleh Erol, Kaynak & El-Bdour (1984) dan karya Erol & El-Bdour (1989).

Jadual 3 menunjukkan perbandingan kriteria yang menjadi penentu kepada pemilihan

sesebuah bank konvensional (13 kriteria daripada jadual 2 seksyen 5.1) dan pemilihan

bank yang mengamalkan sistem perbankan Islam oleh pelanggan. Erol & El-Bdour

(1989) dalam artikel beliau telah menyenaraikan sembilan kriteria yang mempengaruhi

pemilihan perbankan Islam iaitu reputasi bank, layanan atau perkhidmatan yang

disediakan oleh pihak bank, cara pengurusan bank, lokasi bank, pengesyoran individu

lain, kemudahan tempat letak kereta, yuran atau caj yang dikenakan oleh bank terhadap

setiap transaksi yang dibuat, rekabentuk bank dan juga aspek pengiklanan atau pemasaran

yang dijalankan oleh sesebuah bank (kolum B jadual 3).

Erol, Kaynak & El-Bdour (1984) di dalam artikel mereka telah menyatakan bahawa

terdapat lima kriteria yang mendorong pemilihan sesebuah bank oleh pelanggan iaitu cara

pengurusan bank, pengesyoran individu lain, kemudahan tempat letak kereta, produk

yang ditawarkan oleh sesebuah bank dan pengiklanan atau pemasaran (kolum C jadual

3).

Jadual 3 Kriteria Pemilihan Perbankan Islam Bil. KRITERIA

(Daripada jadual 2) A B C Jumlah Pembolehubah bagi

kajian ini

1 Reputasi bank √ √ - 2 √

2 Layanan / Perkhidmatan √ √ - 2 √

21

Page 21: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

3 Pengurusan bank √ √ √ 3 √

4 Lokasi √ √ - 2 √

5 Pengesyoran individu √ √ √ 3 √

6 Tempat letak kereta √ √ √ 3 √

7 Yuran / Caj √ √ - 2 √

8 Keuntungan √ - - 1 √

9 Produk √ √ √ 3 √

10 Pengiklanan / Pemasaran √ √ √ 3 √

11 Keselamatan √ - - 1 √

12 Reka bentuk bank √ - - 1 √

13 Teknologi √ - - 1 √

Jumlah 13 9 5 13

Nota:-

A : Kriteria pemilihan bank konvensional

B : Erol & El-Bdour (1989)

C : Erol, Kaynak & El-Bdour (1984)

Sumber: Dibina berdasarkan Amy Azhar & Suzieliana (2003).

Reputasi bank. Elemen pertama yang mungkin penting dalam kriteria pemilihan

perbankan Islam ialah reputasi bank (Amy Azhar & Suzieliana 2003). Pelanggan akan

menilai sejauh mana reputasi sesebuah bank sebelum membuat keputusan untuk memilih

bank tersebut. Reputasi atau imej bank penting bagi membina keyakinan pelanggan

terhadap sesebuah bank (Erol 1984). Elemen reputasi bank akan digunakan sebagai

pembolehubah dalam kajian ini memandangkan elemen ini digunakan dalam pemilihan

bank konvensional. Erol & El-Bdour (1989) juga telah mengutarakan kepentingan

elemen ini dalam perbankan Islam. (baris 1 kolum A dan B jadual 3).

Layanan atau perkhidmatan. Elemen kedua yang mungkin penting dalam kriteria

pemilihan perbankan Islam ialah layanan atau perkhidmatan (Amy Azhar & Suzieliana

2003). Sesuatu perkhidmatan diukur dengan cara, adakah perkhidmatan yang diberikan

memenuhi jangkaan pengguna (Francis 1968). Smith dan Houstan (1989) berpendapat

bahawa kepuasan yang didapati daripada perkhidmatan berhubung rapat dengan

22

Page 22: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

kehendak seseorang terhadap perkhidmatan yang mereka harapkan (Hensel & James

1990; Zeithmal & Valarie 1988). Seseorang pelanggan akan berfikir untuk meneruskan

urusannya dengan sesebuah bank sekiranya didapatinya bank tersebut memberi layanan

dan perkhidmatan yang baik dan memuaskan seperti keramahan dan kemesraan

kakitangan bank (Kaynak et al 1984). Pelanggan akan berasa lebih dihargai dan

mendapat kepuasan yang maksimum sekiranya sesebuah bank menyediakan

perkhidmatan kaunter yang baik dan cekap serta berhemah (Larson 1987; Barnett &

Sapoharo 1985).

Kebanyakan institusi kewangan hari ini mula menyedari tentang betapa pentingnya

kualiti perkhidmatan kaunter bank (Moutinho & Browlie 1990). Bank konvensional telah

mengiktiraf elemen ini sebagai salah satu kriteria yang mempengaruhi pemilihan bank

oleh pelanggan (baris 2 kolum A jadual 3). Erol dan El-Bdour (1989) juga turut

mengiktiraf elemen ini sebagai kriteria pemilihan perbankan Islam (baris 2 kolum B

jadual 3). Oleh itu elemen ini akan digunakan sebagai pembolehubah dalam kajian ini.

Pengurusan bank. Elemen ketiga penting yang mungkin mempengaruhi kriteria

pemilihan perbankan Islam ialah pengurusan bank (Amy Azhar & Suzieliana 2003).

Pihak bank perlu memastikan cara pengurusan yang diamalkan oleh bank adalah cekap,

cepat dan tepat seperti mana yang diharapkan oleh pelanggan (Kaynak 1984). Pelanggan

akan lebih cenderung untuk memilih sesebuah bank yang mempunyai pengurusan yang

sistematik, cekap dan efisien (Erol 1984). Elemen ini akan digunakan dalam kajian ini

memandangkan elemen ini telah diiktiraf sebagai kriteria pemilihan bank dalam

perbankan konvensional dan juga perbankan Islam (baris 1 kolum A, B dan C jadual 3).

Lokasi. Lokasi sesebuah bank juga merupakan elemen keempat yang mungkin penting di

dalam mempengaruhi pelanggan memilih perkhidmatan perbankan Islam (Amy Azhar &

Suzieliana 2003). Dalam sistem perbankan Islam, lokasi merupakan kriteria yang turut

dinilai oleh pelanggan untuk memilih sesebuah bank. Lokasi sesebuah bank merupakan

kriteria yang paling penting dalam mempengaruhi pemilihan bank oleh pelanggan kerana

pelanggan perbankan Islam tidak meletakkan kadar faedah dan keuntungan sebagai

23

Page 23: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

kriteria utama mereka. Sebaliknya pelanggan perbankan konvensional lebih

berorientasikan keuntungan (El-Bdour 1984). Pelanggan akan lebih cenderung untuk

memilih bank yang berdekatan dengan tempat tinggalnya atau lokasi kerjanya bagi

memudahkannya membuat sebarang urusan (Erol 1984). Elemen lokasi akan digunakan

dalam kajian ini memandangkan perbankan konvensional (baris 4 kolum A jadual 3) dan

perbankan Islam (baris 4 kolum B jadual 3) menyenaraikannya sebagai salah satu kriteria

penting di dalam membuat pemilihan perkhidmatan bank oleh pelanggan.

Pengesyoran individu. Elemen kelima yang mungkin penting dalam kriteria pemilihan

perbankan Islam ialah pengsyoran individu (Amy Azhar & Suzieliana 2003). Seseorang

akan mudah terpengaruh dengan saranan dan cadangan daripada individu lain berkenaan

sesebuah bank (Kaynak et al 1984) apatah lagi sekiranya individu terbabit mempunyai

hubungan kekeluargaan yang rapat (Bdour 1989) atau hubungan yang dijalinkan atas

dasar persahabatan (Erol 1989). Melalui pengesyoran yang meyakinkan, pelanggan akan

terpengaruh untuk memilih sesebuah bank (Erol 1984). Memandangkan perbankan

konvensional telah mengiktiraf elemen ini sebagai kriteria pemilihan bank oleh

pelanggan (baris 5 kolum A dan B jadual 2) dan perbankan Islam turut menyenaraikan

elemen ini sebagai kriteria pemilihan bank (baris 5 kolum B dan C jadual 3). Justeru

elemen ini akan dijadikan pembolehubah dalam kajian ini.

Tempat letak kereta. Elemen keenam yang mungkin penting dalam mempengaruhi

kriteria pemilihan perbankan Islam ialah tempat letak kereta (Amy Azhar & Suzieliana

2003). Ia merupakan antara kriteria yang tidak seharusnya diabaikan oleh sesebuah bank

yang mengharapkan mampu bersaing dengan bank-bank lain. Beberapa kajian telah

dibuat bagi memastikan ketepatan kriteria-kriteria yang mempunyai pengaruh yang besar

terhadap pemilihan bank oleh pelanggan mendapati bahawa kemudahan tempat letak

kereta merupakan faktor kedua terpenting (Erol et al 1989; Kaynak et al 1984). Elemen

tempat letak kereta akan digunakan dalam kajian ini memandangkan elemen telah

diiktiraf oleh perbankan konvensioanl dan perbankan Islam. (baris 6 kolum A, B dan C

jadual 3).

24

Page 24: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

Yuran atau caj. Yuran dan caj juga merupakan kriteria penting yang mungkin

mempengaruhi pemilihan perbankan Islam (Amy Azhar & Suzieliana 2003). Pelanggan

juga dipengaruhi oleh kadar bayaran atau yuran atau caj yang dikenakan oleh bank ke

atas transaksi yang dibuatnya (Erol et al 1989). Pelanggan lebih berminat untuk memilih

sesebuah bank yang mengenakan kadar bayaran atau caj yang rendah bagi setiap

perkhidmatan atau urusan yang dibuat oleh mereka (Erol 1984). Penyelidikan yang dibuat

ke atas perbankan konvensional telah mendapati bahawa elemen yuran atau caj

merupakan antara kriteria pemilihan sesebuah bank oleh pelanggan (baris 7 kolum C

jadual 3) dan kajian Erol & El-Bdour (1989) juga menunjukkan elemen yuran atau caj

juga merupakan kriteria pemilihan pelangghan terhadap perbankan Islam (baris 7 kolum

B jadual 3). Oleh sebab itu elemen yuran atau caj akan digunakan dalam kajian ini.

Kadar faedah atau keuntungan. Seterusnya elemen kadar faedah atau keuntungan

merupakan kriteria yang kelapan yang mungkin mempengaruhi pemilihan perbankan

Islam (Amy Azhar & Suzieliana 2003). Bagi perbankan konvensional, kadar faedah atau

keuntungan merupakan kriteria yang tidak ketinggalan untuk dinilai oleh seseorang

pelanggan dalam membuat pemilihan bank (El-Bdour 1984). Dalam sistem perbankan

Islam, mekanisma kadar faedah adalah tidak dibenarkan bagi mengelak dari berlakunya

pembekuan wang akibat dari spekulasi yang bergantung kepada turun naik kadar faedah

di pasaran (Mustapha 1987). Walaupun hasil kajian yang dibuat oleh penyelidik-

penyelidik perbankan Islam terdahulu, tidak menyenaraikan elemen kadar faedah

sebagai salah satu kriteria yang dinilai oleh pelanggan dalam membuat keputusan

pemilihan bank, kajian ini tetap menjadikan elemen tersebut sebagai pembolehubah

memandangkan tujuan sebenar setiap individu membuat simpanan atau pelaburan adalah

untuk mendapatkan keuntungan atau hasil atas simpanan mereka.

Produk. Elemen seterusnya ialah produk yang merupakan kriteria yang kesembilan yang

mungkin mempengaruhi pemilihan perbankan Islam (Amy Azhar & Suzieliana 2003).

Bagi perbankan konvensional, elemen produk adalah salah satu daripada kriteria-kriteria

yang mempengaruhi pelanggan dalam membuat keputusan pemilihan bank (baris 9

kolum A jadual 3). Erol & El-Bdour (1989) dan Erol, Kaynak & El-Bdour (1984) yang

menjalankan penyelidikan ke atas perbankan Islam telah mengiktiraf elemen produk

25

Page 25: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

sebagai kriteria yang dinilai oleh pelanggan dalam membuat keputusan memilih sesebuah

bank (baris 9 kolum B dan C jadual 3). Memandangkan elemen produk telah diiktiraf

oleh kedua-dua sistem perbankan maka elemen ini juga akan digunakan dalam kajian ini.

Pengiklanan atau pemasaran. Elemen yang kesepuluh yang mungkin penting dalam

kriteria pemilihan perbankan Islam ialah aspek pengiklanan dan pemasaran (Amy Azhar

& Suzieliana 2003). Pengiklanan merupakan faktor utama yang mempengaruhi

pelanggan untuk memilih sesebuah perbankan Islam terutama pengiklanan atau

pemasaran yang dibuat menerusi media massa (Erol et al 1989). Hasil kajian yang dibuat

menunjukkan pelanggan akan menyedari kewujudan sesebuah bank melalui pengiklanan

dan pemasaran yang dijalankan (Kaynak et al 1984). Elemen pemasaran atau pengiklanan

akan digunakan sebagai pembolehubah dalam kajian ini memandangkan elemen ini telah

diiktiraf oleh perbankan konvensional dan perbankan Islam. (baris 10 kolum A, B dan C

jadual 3)

Keselamatan. Elemen yang kesebelas yang mungkin penting dalam kriteria pemilihan

perbankan Islam ialah berhubungkait dengan aspek keselamatan (Amy Azhar &

Suzieliana 2003). Keselamatan sesebuah bank merupakan kriteria yang tidak kurang

pentingnya untuk dinilai oleh pelanggan perbankan sama ada perbankan konvensional

atau perbankan Islam. Ini turut diakui oleh penyelidik yang menjalankan kajian

berkenaan kriteria pemilihan bank dari aspek konvensional (baris 11 kolum 4 jadual 3).

Biarpun elemen ini tidak diiktiraf oleh penyelidik perbankan Islam di dalam karya

mereka, kajian ini tetap mengambilkira elemen ini sebagai salah satu pembolehubah

penting dalam kajian ini (baris 11 kolum B dan C jadual 3). Justeru, secara logiknya

seseorang pelanggan akan pembuat penilaian dan pertimbangan yang mendalam ke atas

tahap keselamatan yang dimiliki oleh sesebuah bank agar wang yang bakal disimpan atau

dilaburkan ke dalam bank akan sentiasa selamat dan terjamin.

Rekabentuk bank. Seterusnya, elemen keduabelas yang mungkin penting dalam kriteria

pemilihan perbankan Islam ialah berkaitan dengan rekabentuk bank (Amy Azhar &

Suzieliana 2003). Bagaimana bank didekorasi juga memainkan peranan yang tidak

26

Page 26: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

kurang pentingnya dalam mempengaruhi pembuatan keputusan pelanggan untuk memilih

sesebuah bank (Kaynak 1984). Rekabentuk bank termasuklah susun atur bank, senibina

bank dan juga kekemasan hiasan dalaman bank (Izham 2002). Elemen rekabentuk ini

telah dianggap sebagai salah satu elemen yang penting dalam pemilihan bank

konvensional (baris 12 kolum A jadual 3). Kajian yang telah dibuat oleh Erol & El-Bdour

(1989) dan Erol, Kaynak & El-Bdour (1984) untuk menentukan kriteria pemilihan

perbankan Islam telah mendapati bahawa elemen rekabentuk bank bukanlah kriteria yang

mempengaruhi seseorang pelanggan dalam menentukan bank yang menjadi pilihannya

(baris 12 kolum B dan C jadual 3). Namun begitu, kajian ini tetap menjadikan elemen ini

sebagai salah satu pembolehubah kajian memandangkan fenomena hari ini yang mana

pelanggan akan memilih sesebuah bank yang dapat memberikan keselesaan dan tarikan

dalam menjalankan sebarang urusan dengan bank.

Teknologi. Elemen yang terakhir yang mungkin mempengaruhi kriteria pemilihan

perbankan Islam ialah berkaitan dengan aspek teknologi (Amy Azhar & Suzieliana

2003). Bagi pelanggan perbankan konvensional, kriteria ini turut menjadi penentu kepada

pemilihan mereka terhadap sesebuah bank (baris 13 kolum A jadual 3) tetapi sebaliknya

bagi pelanggan perbankan Islam. Namun begitu, tiada satupun karya terdahulu yang

dijalankan oleh para penyelidik perbankan Islam menyenaraikan elemen teknologi

sebagai kriteria pemilihan pelanggan (baris 13 kolum B dan C jadual 3). Bagaimanapun

elemen teknologi tetap akan digunakan sebagai pembolehubah kajian ini memandangkan

kemajuan tahap teknologi hari ini menuntut pihak bank untuk menyediakan kemudahan

teknologi yang terkini kepada pelanggan dalam membantu kelancaran dan ketepatan

sebarang urusan yang dijalankan dalam masa yang singkat.

Kesimpulannya 13 kriteria yang telah dibincangkan hasil daripada penyelidikan

terdahulu akan digunakan dalam kajian ini untuk memastikan kesahihan kriteria-kriteria

yang mempengaruhi pelanggan dalam membuat keputusan untuk memilih perkhidmatan

perbankan Islam sebagai pilihan utama mereka pada hari ini.

6.0 Konseptual Model & Hipotesis

27

Page 27: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

Hasil daripada perbincangan di bahagian 5.0, maka kajian ini akan dijalankan

berdasarkan model yang ditunjukkan di rajah 1 dibawah.

Rajah 1: Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan perkhidmatan perbankan Islam oleh pelanggan Individu dan pelanggan korporat

INDIVIDU

pengguna (user)

bukan pengguna (non-user)

PEMILIHAN PERKHIDMATAN

PERBANKAN ISLAM

Faktor-faktor

Reputasi bank Layanan / Perkhidmatan Pengurusan bank Lokasi Pengesyoran individu Tempat letak kereta Yuran / Caj Keuntungan Produk Pengiklanan / Pemasaran Keselamatan Rekabentuk bank Teknologi

S

7 S

in

te

te

p

SEKTOR KORPORAT

pengguna (user)

bukan pengguna (non-user)

umber : Dibina untuk kajian ini

.0 METODOLOGI

umber data. Kajian ini telah dijalankan dalam dua peringkat. Pe

i adalah berbentuk kualitatif dimana ianya menggunakan kaeda

rtumpu (Convergent Interview). Menurut Nair dan Riege (1

muduga tertumpu sebagai alat untuk memperkayakan mak

enyelidikan, yang merangkumi teknik untuk mengumpu

Pembolehubah Bersandar

Pembolehubah Tak Bersandar Responden

ringkat pertama kajian

h berbentuk temuduga

995), mendefinisikan

lumat dalam bidang

l, menganalisa dan

28

Page 28: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

menginterpretasikan data yang diperolehi hasil daripada temuduga dalam jumlah yang

banyak (Amy Azhar 2003). Kaedah temuduga tertumpu telah dijalankan dengan cara

menemuduga responden-responden yang mempunyai kepakaran dalam bidang perbankan

Islam meliputi ahli akademik, pengurus perbankan Islam dan pakar perbankan Islam.

Peringkat kedua kajian ini yang menggunakan kaedah kualitatif dijalankan dengan cara

temuduga berstruktur. Temuduga ini dijalankan dengan berpandukan soalan yang telah

disiapkan untuk dikemukakan kepada responden. Sebanyak 500 responden telah terlibat

dalam proses ini.

Populasi dan sampel. Populasi kajian adalah terdiri daripada pelanggan individu dan

pelanggan-pelanggan di sektor korporat meliputi pemegang akaun perbankan Islam dan

pelanggan-pelanggan yang tidak mempunyai mana-mana akaun dengan perbankan Islam.

Kaedah persampelan. Dalam kajian ini penyelidik bercadang untuk menggunakan

persampelan rawak mudah (convenient random sampling). Kaedah ini digunakan bagi

mengenalpasti unit-unit sampel yang akan dikaji. Di bawah kaedah ini, populasi

dibahagikan mengikut perspektif pelanggan iaitu dari perspektif pelanggan individu dan

pelanggan-pelanggan di sektor korporat. Dalam pembahagian sample pula, kaedah

proportion digunakan untuk memastikan sampel yang dipilih nanti adalah sama rata dari

setiap perspektif pelanggan.

Jangka masa penyelidikan (Time Horizon). Jangka masa yang digunakan untuk

mengkaji kajian ini adalah ‘one shot” atau “cross-sectional studies’ iaitu jangaka masa di

mana data dikutip hanya sekali sahaja dalam tempoh penyelidikan. Responden akan

dikaji dengan mengedarkan borang soal selidik dan dihantar kembali kepada penyelidik

dalam masa yang terdekat. Data-data akan dianalisa sebaik sahaja ianya dikutip.

8.0 ANALISIS DATA

Bagi menjayakan matlamat kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti berapa teknik-

teknik statistik yang sesuai bagi mendapatkan maklumat serta data-data yang diperlukan

29

Page 29: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

dalam kajian. Penyelidik akan menggunakan dua sumber utama data bagi menghasilkan

keputusan kajian yang tepat yang meliputi data dari peringkat pertama dan kedua kajian

ini. Bagi tujuan penganalisaan data temuduga tertumpu, ‘coding analysis’ akan digunakan

kerana maklumat yang kaya serta terperinci. Bagi tujuan penganalisaan data peringkat

kedua kajian ini, ‘kaedah content analysis’ yang menggunakan program Statistical

Package for Social Science (SPSS) dan juga E-views akan digunakan. Antara ujian yang

akan digunakan ialah ujian diskriptif, min, reliability, T-Test, Analisis Varian (Anova),

kaedah regressi, analisis faktor, korelasi pearson dan sebagainya. Dalam analisis ini juga

akan memberikan keputusan sama ada kerangka kajian ini boleh disahkan.

9.0 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN KAJIAN

Terdapat beberapa kepentingan dan sumbangan yang boleh dihasilkan daripada dapatan

kajian iaitu:

Pertamanya, hasil daripada kajian ini nanti ianya akan dapat membantu pihak bank

memperbaiki kelemahannya serta mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan perbankan

Islam seiring dengan kehendak pelanggan pada masa kini dan seterusnya menjadi pilihan

utama mereka.

Sumbangan yang kedua ialah melalui kajian ini juga kita akan dapat mengetahui

kehendak dan kriteria-kriteria yang diingini oleh pelanggan (merujuk kepada pemegang

akaun dan bukan pemegang akaun) dari kalangan syarikat-syarikat yang tersenarai di

BSKL. Dengan cara ini ia akan dapat membantu pihak bank untuk menyediakan

perkhidmatan perbankan Islam yang benar-benar di perlukan oleh syarikat korporat

sesuai dengan keperluan dan citarasa mereka.

Sumbangan yang ketiga ialah hasil kajian ini nanti akan dapat membantu pihak-pihak

berwajib untuk merangka polisi-polisi yang berkaitan dengan perkhidmatan perbankan

Islam supaya ianya menjadi lebih menarik, inovatif dan kompetitif di pasaran semasa.

30

Page 30: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

Sumbangan yang keempat ialah hasil daripada kajian ini nanti akan dapat memberikan

manfaat kepada kakitangan bank agar sentiasa memformulasikan serta mengemaskinikan

strategi-strategi pemasaran yang lebih komprehensif serta bersesuaian dengan kehendak-

kehendak para pelanggan secara komprehensif. Selain itu, pihak bank juga dapat

mempertingkatkan lagi perhubungan yang erat dengan setiap pelanggannya melalui

pengekalan dan kesetiaan dalam penggunaan perkhidmatan perbankan Islam.

Seterusnya, hasil kajian nanti boleh dijadikan sebagai blue print kepada persatuan

perbankan Islam untuk membuat penambahbaikan dalam operasi perbankan Islam agar

setanding dengan perbankan konvensional dan bank-bank asing.

Akhirnya sekali hasil kajian ini juga boleh dijadikan panduan dalam merangka skim

latihan yang komprehensif kepada kakitangan perbankan Islam dalam menawarkan

perkhidmatan yang lebih berkualiti dan kompetitif dipasaran semasa.

10.0 KESIMPULAN

Sistem perbankan Islam diwujudkan sebagai satu alternatif kepada sistem perbankan

konvensional yang biasa diamalkan oleh orang ramai pada masa kini. Jika dilihat secara

umumnya, Malaysia telah didedahkan dengan sistem kewangan sekular ataupun

konvensional sejak dari dulu lagi. Namum keadaan ini memberikan satu idea bernas agar

diwujudkan satu sistem kewangan lain yang berpontensi untuk dilaksanakan. Dengan

pengamalan sistem perbankan Islam ini, ianya telah memberikan satu alternatif kepada

orang ramai sama ada pelanggan individu mahupun pelanggan-pelanggan di sektor

korporat untuk memilih satu sistem kewangan alternatif yang tidak melibatkan unsur-

unsur riba dalam kehidupan seharian mereka. Diharapkan melalui kajian ini nanti ia akan

dapat mendedahkan kepada kita tentang faktor-faktor utama ataupun kriteria-kriteria

utama yang mempengaruhi pengguna untuk memilih perkhidmatan perbankan Islam

sebagai pilihan utama mereka. Di samping itu, melalui penyelidikan ini nanti kami

31

Page 31: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

berharap akan dapat menemui faktor-faktor lain yang mempengaruhi pemilihan

perbankan Islam oleh pelanggan bank pada masa kini.

RUJUKAN Abd. Ghafar Ismail & Surtahman Kastin Hasan. (1993). Bank Perdagangan Di Malaysia:

Struktur dan Pengurusan Dana. DBP Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

32

Page 32: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

Amy Azhar, M.H. (2002). Financial Planning in The Establishment a New Franchise System in Malaysia: An Action Research Study. PhD Thesis, University of Southern Queensland.

Amy Azhar, M.H. & Suzieliana, A. (2003). Kriteria-kriteria Pemilihan Perkhidmatan

Lembaga Tabung Haji oleh Pelanggan. Laporan Rasmi kepada Lembaga Tabung Haji. Kuala Lumpur.

Anderson, W.T., Jr Cox. E.P. & Fulcher, D.G. “Bank Selection Decision and Market

Segmentation.” Journal of Marketing, Vol. 40, January 1976: 40-45. Azhar Ahmad. (1996). “Faktor-Faktor yang Mendorong Pengguna memilih Bank Islam

Malaysia Berhad: Satu Kajian Kes di BIMB Cawangan Jitra, Kedah.” Tesis Universiti Utara Malaysia.

Bank Negara Malaysia. A Decade of Change 1988-1999, 1999. Bank Negara Malaysia. The Master Plan: Building a Secure Future, 2001.

Bank Negara Malaysia: Annual Report, Various Issues. Cheah Kooi Guan. (1994). Institusi-Institusi Kewangan di Malaysia. Dewan Bahasa dan

Pustaka Kuala Lumpur & Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Dick, B. (1990). Convergent Interviewing, Version 3. Chapel Hill, Brisbane. Erol C & El-Bdour R. (1989). “Attitudes, Behaviour and Patronage Factors of Bank

Customers Towards Islamic Banks”. International Journal of Bank Marketing, Vol. 7 (No. 6): 31-37.

Erol C, Kaynak E. & El-Bdour R. (1984). “Conventional and Islamic Banks: Patronage

Behaviour of Jourdanian Customers”. International Journal of Bank Marketing, Vol. 8 (No. 4): 25-35.

Evans, R.H. (1976). “Bank Selection: It All Depends on the Situation.” Journal of Bank

Research, Winter: 240-246. Gardener E.P.M., Molyneux P., Williams J. & Carbo S. (1997). “European Savings

Banks: Facing Up to The New Environment”. International Journal of Bank Marketing, Vol. 15 (No. 7): 243-254.

Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. (1995). Utusan Publication & Distribution Sdn

Bhd, Kuala Lumpur.

33

Page 33: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

Kaufman, G.G. (1967). “Business Firm and Household View Commercial Bank: A Survey A Appleton, Wisconsin.” Report to the Federal Reserve Bank of Chicago. Chicago, Federal Reserve Bank.

Kaynak E, Kucukemiroglu O. & Odabasi Y. (1991). “Commercial Bank Selection in

Turkey”. International Journal of Bank Marketing, Vol. 9 NO. 4: 30-39. Kaynak, E. & Yavas, U. (1985). “Segmenting the Banking Market by Account Usage: An

Empirical Investigation.” Journal of Profesional Services Marketing, Vol. 1 (No. ½): 177-188.

Kaynak, E. (1986). “How To Measure Your Bank’s Personality: Some Insights From

Canada.” Internationals Journal of Bank Marketing, Vol. 4 (No. 3). Kemajuan Perbankan Islam Memuaskan. (1999). Majlis Tindakan Ekonomi Negara,

Utusan Malaysia, 25 September 1999. Krachenberg, A.R. (1963). The Marketing of Services with Particular Reference to

Commercial Bank Services. Unpublished Doctoral Dissertation, University of Michigan.

Laroche M., Rosenblatt J.A. & Manning T. (1986). “Services Used and Factors

Considered Important in Selecting a Bank: An Investigation acrass Diverse Demographic Segments”. International Journal of Bank Marketing, Vol. 4 (No.1): 35-55.

Moutinho L & Browlie D.T. (1989). “Customer Satisfaction with Bank Services: A Multi-

Dimentional Space Analysis”. International Journal of Bank Marketing, Vol. 7 (No. 5): 23-27.

Muhammad Kamal Azhari. (1993). Bank Islam, Teori dan Praktik. Dewan Pustaka Fajar,

Kuala Lumpur. Nor Mohamed Yakcop. (1996). Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di

Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Noor Aidawati Mat Hassan. (2002). “Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengguna

Untuk Memilih dan Menggunakan Perkhidmatan di Bank Islam Malaysia Berhad: Satu Kajian Kes di Kuala Ketil, Kedah.” Tesis Universiti Utara Malaysia.

Schneider, B. (1985). “Employee and Customer Perceptions of Services Banks: Replication and Extension.” Journal of Applied Psychology, Vol. 70: 423-433.

Sobri Salomon. (1988). Perniagaan Menurut Pandangan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka

Al-Rahmaniah.

34

Page 34: KRITERIA PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI · PDF fileAbstrak Perbankan Islam telah muncul di dalam pasaran kewangan antarabangsa sejak tahun 1970an lagi. Di Malaysia, sistem kewangan Islam

Sudin Haron. (1996). Prinsip dan Operasi Perbankan Islam. Berita Publishing Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Tan, C.H. & Chua, C. (1986). “Intention, Attitudes and Social Influence in Bank

Selection: A Study in an Oriental Culture.” The International Journal of Bank Marketing, Vol. 4 (No.3): 43-53.

35