kt.globalisasi minda bm2

9
Senarai Kandungan 1. Tajuk 2. Pengenalan : Isu yang akan dikaji 3. Objektif kajian 4. Kumpulan sasaran 5. Tempoh pelaksanaan 6. Pelaksanaan 7. Jadual Pelaksanaan 8. Kos Kajian 9. Penutup 1

Upload: ipg

Post on 30-Jul-2015

1.469 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kt.Globalisasi Minda Bm2

Senarai Kandungan

1. Tajuk

2. Pengenalan : Isu yang akan dikaji

3. Objektif kajian

4. Kumpulan sasaran

5. Tempoh pelaksanaan

6. Pelaksanaan

7. Jadual Pelaksanaan

8. Kos Kajian

9. Penutup

1

Page 2: Kt.Globalisasi Minda Bm2

1.0 REFLEKSI MASALAH / REFLEKSI P&P LALU

Pelajar-pelajar tingkatan enam sebenarnya telah melalui dua zaman yang berbeza

sebelum menduduki zaman pra-U, iaitu zaman peperiksaan Penilaian Menengah Rendah

(PMR) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kedua-dua zaman ini

mempersembahkan dua bentuk penulisan karangan yang sangat berbeza. Aspek yang

paling berbeza ialah jumlah patah perkataan yang dikehendaki oleh peraturan peperiksaan

tersebut. Peperiksaan PMR memerlukan pelajar menulis sebanyak 180 patah perkataan,

manakala dalam peperiksaan SPM pula pelajar perlu menulis tidak kurang 350 patah

perkataan.

Dua zaman yang pernah dilalui oleh pelajar-pelajar ini menyebabkan mereka

mengalami suatu kejutan apabila melangkah ke alam pra-U. Mereka sangat terkejut apabila

dimaklumkan bahawa penulisan karangan peringkat STPM menghendaki pelajar menulis

karangan sebanyak 650 hingga 700 patah perkataan. Reaksi sebegini dapat saya lihat

semasa sesi taklimat mata pelajaran yang saya berikan pada minggu orientasi pelajar-

pelajar tingkatan enam rendah. Keadaan ini berterusan sehingga ke dalam kelas. Mereka

menyatakan bahawa sukar untuk mereka menulis sebanyak itu. Selain itu, teknik penulisan

wacana yang tidak diberi penekanan dalam dua zaman peperiksaan sebelum ini juga turut

mendatangkan masalah kepada mereka, di samping tahap pengetahuan am yang sangat

minima. Keadaan inilah yang memberi sedikit cabaran kepada saya dan guru-guru yang

mengajar kertas ini.

Sesungguhnya saya perlu merubah paradigma saya untuk membuka, meluaskan,

dan mengasah minda pelajar-pelajar saya untuk menyerap sebanyak mungkin maklumat

yang ada dalam pelbagai media, khususnya akhbar dan majalah. Pemikiran mereka akan

saya ‘globalisasikan’ dengan pelbagai aktiviti. Minda mereka perlu diperluaskan dengan

pelbagai input yang merangkumi pelbagai perkara dan pelbagai isu yang berlaku di dalam

dan luar negara. Perkara ini penting demi penambahbaikan penulisan pelajar-pelajar,

2

Page 3: Kt.Globalisasi Minda Bm2

terutamanya soal kematangan dan kerelevanan idea yang dikemukakan kerana selama ini

mereka sering memberikan idea-idea yang dangkal dan kurang matang dalam penulisan

karangan mereka. Para pelajar perlu sedar bahawa mereka mampu untuk mendapat skor

tinggi dalam karangan dan seterusnya mendapat Prinsipal A dalam kertas ini. Syaratnya,

mereka mesti melaburkan kegigihan dan bermodalkan prasarana yang komprehensif.

2.0 ISU / KEPRIHATINAN YANG DIKAJI

Berdasarkan Peperiksaan Penilaian 2 tahun 2008, saya dapati bahawa pelajar sasaran

(responden) memperoleh markah yang sangat sederhana dalam Bahagian A (Karangan)

Kertas 2 Bahasa Melayu STPM. Setelah dianalisa, didapati bahawa hanya 3 orang pelajar

yang memperoleh markah dalam lingkungan 30 hingga 40, manakala markah terendah ialah

06. Melalui analisis tersebut serta maklumat yang diberikan pelajar sendiri, saya dapat

mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar saya untuk menghasilkan

karangan yang baik. Masalah-masalah tersebut adalah seperti berikut:

1. Para pelajar tidak mempunyai idea yang relevan tentang tajuk yang diberi.

2. Para pelajar tidak mempunyai bukti-bukti yang relevan untuk tajuk yang

dikemukakan.

3. Para pelajar tidak dapat mengemukakan idea yang relevan dengan tajuk yang

diberi.

4. Para pelajar tidak dapat menghuraikan idea berserta contoh yang relevan dalam

karangan.

5. Para pelajar tidak dapat menguasai struktur ayat dengan baik.

3

Page 4: Kt.Globalisasi Minda Bm2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan, saya mengharapkan agar semua pelajar responden;

3.1 Objektif Umum

Responden akan mempunyai semangat kendiri yang jitu dan anjakan

paradigma yang mapan dalam aspek pemikiran dan dan modal minda;

mempunyai kemampuan untuk menyerap pelbagai maklumat daripada

pelbagai media cetak serta dapat mengekspoitasi input yang diperoleh

daripada sosialisasi seharian. Responden juga diharapkan dapat

meningkatkan prestasi khususnya dalam aspek karangan dan umumnya

dalam subjek Bahasa Melayu STPM.

3.2 Objektif Khusus

Para pelajar dapat mengumpul idea dan bukti yang relevan dengan tajuk

Para pelajar dapat mengemukakan idea dan contoh yang relevan

Para pelajar dapat menghuraikan idea dan contoh dengan baik semasa

menulis karangan

Para pelajar dapat menggunakan struktur ayat yang betul semasa

menghuraikan idea

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ialah pelajar Tingkatan U6A1 dan U6A2 seramai 26 orang

yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 18 orang perempuan. Daripada jumlah ini, 23

orang terdiri daripada bangsa Cina dan hanya 3 orang pelajar berbangsa Melayu.

4

Page 5: Kt.Globalisasi Minda Bm2

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Januari hingga Mac 2009 (8 minggu)

6.0 TINDAKAN / AKTIVITI YANG DICADANGKAN

6.1 Kaedah / Aktiviti

Aktiviti 1:

Kaedah `Kupaslah Daku` (membaca akhbar, majalah, buku, sumber internet dan

pelbagai bahan bacaan yang disediakan oleh guru / bahan pelajar sendiri)

Aktiviti 2:

Kerja individu (membuat buku skrap daripada bahan-bahan yang dibaca /

digunting – tajuk isu yang berbeza antara individu diberikan oleh guru)

Aktiviti 3:

Melaporkan hasil buku skrap

Aktiviti 4:

Menulis esei lengkap yang berkaitan dengan isu tugasan dengan

mengaplikasi maklumat daripada bahan yang dicari.

6.2 Masa pelaksanaan

Semasa proses pembelajaran di kelas dan/atau di perpustakaan sekolah

Di rumah (kerja waktu lapang di rumah)

6.3 Bahan

5

Page 6: Kt.Globalisasi Minda Bm2

Akhbar lama dan baru ( Berita Harian, Utusan Malaysia dan sisipan akhbar )

Sumber internet (blog, web Berita Harian Online, Utusan Online)

Majalah lama dan baru ( Dewan Masyarakat, Kosmik, Pelita Bahasa )

Modul pengajaran dan pembelajaran BM 2 STPM

Buku–buku rujukan ( Buku Tatabahasa Dewan, Kamus Dewan , Daftar Ejaan

Rumi Bahasa Malaysia dll. )

7.0 Jadual Pelaksanaan

Bil Aktiviti Tarikh

1 Menjalankan tinjauan masalah – menyemak kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam buku latihan, ujian/peperiksaan, dan Kertas Kerja Individu

15-20 Januari

2. Menjalankan tinjauan masalah – meminta pelajar menulis masalah yang dihadapi oleh mereka semasa belajar dalam borang soal selidik

21-30 Januari

3. Menganalisis maklumat tinjauan awal1-3 Februari

4. Membuat Kertas Cadangan Kajian Tindakan4 Februari

5. Melaksanakan tindakan:

i. Aktiviti 1ii. Aktiviti 2iii. Aktiviti 3iv. Aktiviti 4

5 Februari – 5 Mac

5-10 Februari11-20 Februari22 Februari25 Februari - 5 Mac

6.Menyemak hasil kerja pelajar 6-10 Mac

7. Mengumpul data hasil tindakan11-17 Mac

8. Menganalisis data18-25 Mac

9. Menulis Laporan Hasil Kajian Tindakan26 Mac

8.0 KOS KAJIAN

6

Page 7: Kt.Globalisasi Minda Bm2

Jenis Bahan Kegunaan Bilangan Kos (RM) Jumlah

Kertas A4 Membina buku skrap

4 rim 8.00 x 4 RM 32.00

Akhbar

1. Mingguan

2. Harian

Bahan rujukan pelajar untuk mencari isi

Sama seperti di atas

20 naskhah

30 naskhah

20 x 1.50

30 x 1.00

RM 30.00

RM 30.00

Langganan majalah Dewan Masyarakat

Bahan rujukan pelajar untuk mencari isi

5 naskhah 10 x 3.50 RM 35.00

Fotostat ModulPanduan untuk pelajar tentang cara menghurai isi

26 salinan 26 x 0.6 RM 15.60

Fail Ring Mengumpul bahan rujukan/buku skrap

26 buah 26 x 5.50 RM 143.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 285.60

5.0 PENUTUP

Kajian yang akan saya jalankan ini diharap dapat mencapai sasaran matlamatnya. Saya

juga mengharapkan peningkatan prestasi kualiti dan kuantiti kecemerlangan daripada

pelajar-pelajar responden, khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 dalam

peperiksaan STPM. Kajian ini juga boleh dimanfaatkan oleh guru-guru tingkatan enam

sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sekian, terima kasih.

7