kufur , murtad

19
PERSOALAN MURTAD (kufur) Murtad berasal daripada perkataan riddah daripada akar kata radda yang bermaksud kembali dan dinamakan sebagai murtad kerana dia kembali kepada kekufuran. Menurut Ibn Manzur, murtad itu ialah kembali kepada kufur setelah menerima Islam

Upload: salam-salleh

Post on 28-Jul-2015

137 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: kufur , murtad

PERSOALAN MURTAD (kufur)Murtad berasal daripada perkataan riddah

daripada akar kata radda yang bermaksud kembali dan dinamakan sebagai murtad kerana dia kembali kepada kekufuran.

Menurut Ibn Manzur, murtad itu ialah kembali kepada kufur setelah menerima Islam

Page 2: kufur , murtad

Murtad dari sudut istilah pula ialah keluar daripada Islam kepada kekufuran atau kufur selepas Islam yang diikrarkan dengan lafaz dua kalimah syahadah serta patuh kepada hukum daripada kedua-duanya.

Al-Qalyubi pula menyatakan murtad sebagai memutuskan pegangan terhadap Islam dengan niat atau dengan perkataan atau dengan perbuatan sama ada berupa persendaan, penghinaan atau kepercayaan.

.

Page 3: kufur , murtad

Hukum murtadAl-Quran dan al-Hadith telah menegaskan

dengan jelas berkenaan dengan hukum murtad ke atas seseorang Muslim.

Allah (s.w.t) berfirman maksudnya: Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya

Page 4: kufur , murtad

sambDalil daripada hadith yang menyabitkan

hukum murtad ialah sabda Rasulullah (s.a.w.) yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas yang maksudnya: Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda: Sesiapa yang telah menukarkan agamanya maka hendaklah kamu bunuhnya. [1]

[1] Hadis riwayat Bukhari

Page 5: kufur , murtad

sambIslam menetapkan hukuman bunuh kepada

sesiapa sahaja yang murtad atau keluar daripada agama Islam. Di dunia, dia akan dikenakan hukuman yang paling keras iaitu hukuman bunuh dan di akhirat pula, dia akan dihumbankan ke dalam api neraka buat selama-lamanya

Page 6: kufur , murtad

Murtad boleh berlaku dengan berbagai cara sebagaimana berikut:-

i) murtad melalui perbuatan ii) murtad melalui percakapan iii) murtad melalui iktikad iv) murtad melalui keengganan dan penafian

terhadap perintah Allah (s.w.t.)

Page 7: kufur , murtad

i) Murtad Melalui Perbuatan Murtad melalui perbuatan apabila melakukan

sesuatu tindakan atau perbuatan yang dilarang syarak dengan sengaja, mempersendakan hukum Allah, memandang ringan atau mahu menentang hukum Islam.

Sebagai contohnya, sengaja sujud kepada matahari, bulan atau lain-lain objek, sengaja melempar al-Quran, kitab hadith atau tulisan-tulisan yang berkaitan dengannya ke tempat yang kotor atau hina, sengaja mempersenda atau menentang ajaran al-Quran atau al-Hadith, mengamalkan sihir dan seumpamanya.

Page 8: kufur , murtad

ii) Murtad Melalui Percakapan

menjadi murtad melalui percakapan apabila dia mengaku dirinya kafir atau menafikan Allah (s.w.t.) sebagai Tuhan.

Begitu juga jika dia mengaku ada tuhan yang lain daripada Allah (s.w.t.), menafikan salah satu sifat-sifat Allah (s.w.t.)

seperti mendakwa Allah mempunyai anak, mendakwa dirinya menjadi nabi, membenarkan orang lain mendakwa dirinya menjadi nabi, menafikan kewujudan para nabi dan malaikat, menafikan al-Quran serta isi kandungannya dan lain-lain lagi.

Page 9: kufur , murtad

iii) Murtad Melalui Iktikad Seseorang Islam boleh murtad melalui

kepercayaan yang menyeleweng daripada konsep akidah Islam yang sebenar

seperti meyakini bahawa alam ini wujud secara semulajadi tanpa khaliq,

menganggap Allah (s.w.t.) bersifat baharu, beriktikad berlakunya penyatuan zat antara khalik dengan makhluk,

mempercayai roh Allah (s.w.t.) boleh menjelma dalam diri seseorang dan lain-lain lagi iktikad yang bermaksud satu penghinaan terhadap Allah (s.w.t.).

Page 10: kufur , murtad

iv) Murtad Melalui Keengganan dan Penafian Terhadap Perintah Allah

Seseorang itu boleh murtad melalui keengganannya daripada menunaikan perintah Allah (s.w.t.).

Ijmak ulama memutuskan bahawa seseorang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kefarduannya dianggap murtad.

Ini berdasarkan peristiwa yang berlaku di zaman Khalifah Abu Bakr al-Siddiq yang telah memerangi mereka yang telah ingkar tuntutan berzakat.

Page 11: kufur , murtad

KEPERCAYAAN YANG KARUTTerdapat sebahagian umat Islam yang masih

terpengaruh dan berpegang pada kepercayaan benda-benda ghaib seperti toyol, pelesit, hantu, bomoh dan sebagainya. Padahal, kepercayaan purba yang mengandungi unsur-unsur khurafat dan tahyul pada hakikatnya bukan sahaja bercanggah dengan akidah Islam, malah ia tidak dapat diterima realitinya oleh akal yang waras dan pertimbangan ilmu yang benar.

Page 12: kufur , murtad

Perkara ghaibMenurut bahasa, istilah ghaib berasal

daripada akar kata ghaaba-yaghiibu-ghaiban bermaksud sesuatu yang tidak dapat dilihat

atau dirasai oleh pancaindera manusia yang lima kerana ia terlalu jauh atau pancaindera manusia tidak berupaya menjangkauinya

Page 13: kufur , murtad

. Manakala menurut istilah pula, perkara ghaib merujuk kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasai oleh pancaindera yang lima bagi seorang manusia biasa, tetapi diakui dan diyakini dengan jalan pemerhatian dan fikiran berdasarkan dalil-dalil yang boleh diterima oleh akal yang sempurna dan waras seperti wujud Allah dan sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat, hari akhirat, syurga, neraka dan lain-lainnya.

Page 14: kufur , murtad

Definisi khurafatKamus Arab al mujam al wasit;Sebagi cerita-cerita lama yang

mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta

Kamus dewan:Sebagai kepercayaan karut yang diada-

adakan berpandukan kepada perbuatan dan kejadian alam yang berlaku

Page 15: kufur , murtad

Kesimpulan;Khurafat sebagai bid’ah akidah Iaitu apa saja kepercayaan terhadap sesuatu

perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w.

Page 16: kufur , murtad

Hukum beramal dengan khurafatMengamalkan khurafat dan kepercayaan

karut boleh merosakkan akidah dan hukumnya haram

Sabda nabi yang bermaksud:“Setiap bid’ah itu sesat dan setiap sesat itu

akan dimasukkan kedalam Neraka”

Page 17: kufur , murtad

Contoh-contoh khurafatPercaya kepada keramat seperti kubur,

pokok kayu , batu hikmatyang konon dapat menyembuhkan penyakit.

Memohon bantuan daripada jin seperti adat memuja pantai, adat merenjis tepung tawar, dan sebagainya

Page 18: kufur , murtad

Ciri-ciri khurafatTidak berdasarkan kepada nas syarakCerita-cerita rekaan , dogeng, khayalanBersumberkan kepercayaan lamaMenggunakan objek tertentu seperti kubur,

pokok dan sebagainyaMempunyai unsur negatif dari segi

akidahdan syariat Islam

Page 19: kufur , murtad

Punca amalan khurafatKejahilan dan kekurangan ilmu agama

tidak cukup pengetahuan agama dan tidak beramal dengan ilmu yang ada

Melakukan sesuatu perkara mengikut nafsu

Mengamalkan taklid butaMenerima dakwaan tanpa buktimenerima sesuatu perkara tanpa merujuk

kepada yang arif