kuliah 4.pptx
TRANSCRIPT
KULIAH 4
ISLAM DALAM FALSAFAH NEGARA
1. PENDAHULUAN Firman Allah S.W.T:
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan ni’matku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi
agama kamu”- Surah al-Maidah: 3
Agama Islam menjadi agama rasmi di Brunei –majoriti rakyat Brunei beragama Islam.
Kedatangan Islam ke Brunei – membawa perubahan bukan sahaja dari aspek kepercayaan & aqidah tetapi juga dari aspek sosial, adat, politik, budaya dll
TAJUK-TAJUK PERBINCANGAN1. Pendahuluan2. Takrif Islam dari segi Bahasa dan Syara’3. Kesan agama Islam ke atas pemerintahan,
Negara dan Masyarakat4. Islam sebagai agama rasmi negara5. Islam menjadi teras dalam falsafah Negara6. Islam sebagai cara hidup7. Institusi-institusi Islam pemangkin ke arah
pengukuhan sebagai falsafah Negara8. Bagaimana Islam menjadi teras dalam MIB9. Cabaran dalam mengutuhkan Islam dalam
falsafah negara10. Kesimpulan
2a. TAKRIF ISLAM DARI SEGI BAHASA
Tulen dan suci dari sebarang kecacatan zahir & batin
Damai, aman dan sejahtera – mendorong manusia mencapai ketenangan rohani & jasmani yang sebenar-benarnya melalui penyerahan diri & ketaatan kepada Allah semata-mata
Taat dan menyerah Tunduk / patuh – mengerjakan segala
yang diperintah Allah & meninggalkan segala larangannya
2b. TAKRIF ISLAM DARI SEGI SYARA’
Islam bererti mentauhidkan Allah, patuh, tunduk & jujur hati kepadaNya serta beriman dengan ajaran Allah yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w
3. KESAN AGAMA ISLAM KE ATAS PEMERINTAHAN NEGARA DAN MASYARAKAT
AKIDAHAKHLAKSYARIAH
ISLAM
AL-QURAN
AS-SUNNAH
MELAYU
BERAJA
3a.TAUHID (KEPERCAYAAN) Perubahan dari segi kepercayaan – dari
tidak beragama kepada beragama ( dari animisme, Hindu, Buddha kepada mentauhidkan Allah)
Pengislaman Awang Alak Betatar – menjadikan Islam sebagai agama raja & rakyat
Sultan Sharif Ali berperanan mengukuhkan agama Islam
Sultan Abdul Jalilul Akhbar berwasiat kepada anaknya Sultan Jalilul Jabbar agar Islam menjadikan dasar pentadbiran
3b. SYARIAH (UNDANG-UNDANG ALLAH S.W.T) Tujuan – untuk menjaga agama, nyawa, akal
keturunan dan harta Sumber undang-undang Islam:a) Al-Quranb) As-Sunnah Sebelum kedatangan British, Brunei
melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya spt: hudud, qisas, takzir (Hukum Kanun Brunei) TETAPI masih bercampur-baur dengan adat
Selepas British (1906) – Brunei mempunyai dualisme undang-undang – tidak akan masuk campur dalam urusan keagamaan (Residential System)
3c. ETIKA - AKHLAK YANG MULIA Nilai-nilai baik kesucian, keadilan,
kebenaran & kesejahteraan Sabda Nabi Muhammad s.a.w : “aku di
utus bagi menyempurnakan kemuliaan akhlak”
Langkah kerajaan mengawal gejala sosial, menjamin keadilan, ketenteraan, ekonomi, politik dll
Firman Allah S.W.T : “dan jangan kamu mencampurkan diri kamu ke arah kebinasaan”
4. ISLAM AGAMA RASMI NEGARA
Perlembagaan Negeri Brunei 1959, Bahagian 2 ceraian 3 (i) : agama Islam adalah agama rasmi negara
Agama rasmi bagi negeri Brunei ialah agama Islam : menurut ahli Sunnah Wal-Jama’ah. TETAPI agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman & sempurna oleh mereka yang mengamalkannya
Sultan sebagai ketua agama dan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan; Menteri Besar dll…
5. ISLAM MENJADI TERAS DALAM FALSAFAH NEGARA Takdirnya Islam di atas 5 perkara iaitu:1. Mengucap dua kalimah syahadah –
mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah & mengaku Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
2. Sembahyang lima waktu3. Mengeluarkan zakat4. Puasa5. Haji
6. ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP (AD-DEEN)
Ad-deen : cara hidup yang lengkap & sempurna yang telah diwahyukan oleh Allah kepada nabi Muhammad s.a.w yang berintikan iman & amal
Iman merupakan akidah Amal merupakan syariat Akidah & syariat saling berkaitan umpama sebab
dengan musabab Islam menjadi teras dalam pembinaan kehidupan
dalam diri individu, bekeluarga, bermasyarakat & bernegara
Islam memimpin manusia ke arah hidup di dunia & di akhirat
Islam menjadi panduan akhlak & tingkahlaku, bersih dari kekufuran & kesyirikan
Teras kepada peraturan & undang-undang yang bersumberkan al-Quran & as-Sunnah:
Individu dengan masyarakat Rakyat dan Negara Politik dan pemerintah Undang-undang dengan akidah &
akhlak
Ajaran Islam yang syumul – menyeluruh mengatur hubungan:
Hamba dengan Tuhannya Dunia dengan akhirat Jasmani dan aqli Roh dengan jasad
Menjadikan landasan untuk mencapai keamanan, kebahagiaan dan keselamatan dunia & akhirat
Islam sebagai falsafah yang dijadikan sebagai pedoman / panduan bagi seluruh lapang kehidupan, fizikal & material
OLEH YANG DEMIKIAN…
Cita-cita menuju negara yang berideologikan Islam ini telah dicetuskan pada peringkat awal oleh Sultan / Raja
Sultan dianggap sebagai penaung / ketua agama Islam, pendapatnya perlu dipatuhi & dihormati
Sultan Muhammad Hasan – mengemakan undang- undang Islam dengan memperbaiki Hukum Kanun Brunei
Tafsiran tiga sayap (panji-panji bendera) itu merujuk kepada Iman, Islam dan Ihsan
7. BAGAIMANA ISLAM MENJADI TERAS DALAM MIB mengukuhkan Islam sebagai ad-deen Islam menjadi teras kepada Melayu & Beraja
sama ada dari segi kepercayaan & amalan Sebagai payung kepada Melayu dan Beraja –
pemerintah Sembahyang, puasa, zakat dll perintah Allah
yang dianggap penting – hakikatnya agama Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan
Islam sebagai teras & payung kepada pemerintahan Raja maka sultan bertanggungjawab: ketua agama, ketua pertahanan dll
8. INSTITUSI-INSTITUSI ISLAM PEMANGKIN KE ARAH PENGUKUHAN SEBAGAI FALSAFAH NEGARA
Agama dikembangkan oleh SOAS III – dengan memperkenalkan jabatan-jabatan agama & mahkamah syariah
Melalui institusi-institusi inilah tertubuhnya sekolah-sekolah agama, maktab perguruan ugama (kini dikenali sebagai KUPU SB), sekolah Arab, masjid-masjid, menyusun dan mengemaskinikan undang-undang Islam dll
Kementerian Hal Ehwal Agama bertanggungjawab membantu sultan dan hal ehwal agama Islam
Penubuhan beberapa institusi-institusi Islam sepeti perbankan Islam : Takaful Insuran Islam, Tabung Amanah Islam Brunei, BIBD – adalah usaha yang menjurus ke arah menjadikan kehidupan orang Islam di Brunei lebih meghayati Islam
9. CABARAN MENGUTUHKAN ISLAM DALAM FALSAFAH NEGARA
Orang Melayu Brunei digalakkan untuk mengamalkan nilai-nilai terpuji suruhan Islam seperti istiqamah, sabar, amanah, bercakap benar, ikhlas dll
Pengamalan nilai-nilai terpuji dalam Islam ialah supaya kita dapat membezakan di antara yang hak & yang batil
Pengaruh Islam amat jelas kelihatan dalam menapis & membuang perlahan-lahan mana-mana juga perkara terutama sekali aspek kebudayaan Melayu yang bertentangan dengan agama Islam
Berhubung dengan MIB yang memasukkan ISLAM sebagai komponen yang ada didalamnya, ada sesetengah pendapat berasa bimbang bahawa kewujudannya adalah usaha besar-besaran untuk mengisalamkan orang yang bukan Islam di Brunei
AKAN TETAPI, di dalam al-Quran sendiri ada menyatakan bahawa (La ikrah fiddin) tiada paksaan dalam agama & dalam perlembagaan Brunei 1959 (memberikan kebebasan hak orang Brunei yang bukan Islam untuk mengamalkan agama yang mereka sukai)
Oleh yang demikian menjadikan Islam sebagai salah satu komponen dalam MIB tidak perlu dipersoalkan
10.KESIMPULAN Islam adalah ad-deen iaitu cara hidup yang
sempurna, lengkap dan unggul. Unsur Islam dalam MIB bukan sahaja
berfungsi sebagai penapis & pendinding kepada nilai-nilai negatif yang bertentangan dengan aqidah pada masa kini, tetapi juga dilihat sebagai pembina semangat & nilai kerohanian supaya kita mempunyai sifat bertanggungjawab dalam pembangunan bangsa & negara masa hadapan.
SEKIAN