kuliah5-struktur-sedimen

Upload: ricky-geos

Post on 07-Apr-2018

270 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    1/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STAG2003Sedimentologi

    sedimen

    Struktur sedimen

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Struktur sedimen merupakan suatu fiturberskala besar atau megaskopik dalamsedimen atau batu sedimen. Contohnyaperlapisan, riak, gumuk pasir, lapisansilang, rekahan lumpur dan sebagainya.

    Struktur sedimen ini biasanya dikaji di

    lapangan, dan bukannya di makmalseperti kajian tekstur sedimen, litologidan fosil.

    Jika dilihat pada skala yang lebih besar,beting pasir dalam sungai dan pulaupenghalang juga merupakan fitur yangterbentuk akibat pengendapan dalamsekitaran sedimen. Tetapi fitur yangterlalu besar ini tidak dianggap sebagaistruktur sedimen.

    STRUKTUR SEDIMEN

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    2/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Struktur sedimen tidak boleh dikitar semula atau dihakis dan dibawa ketempat lain seperti mana yang boleh berlaku kepada butiran sedimen.

    Jadi ia sangat penting untuk menentukan proses yang berlaku dansekitaran pengendapan sesuatu sedimen atau batuan sedimen.

    Struktur sedimen membayangkan proses pemendapan sedimen, danpentafsiran tentang asal mula struktur sedimen adalah berdasarkan kajiantaraannya yang moden, ujikaji di makmal dan teori fizik.

    STRUKTUR SEDIMEN

    Bila dihakisdan diendap

    kembali,struktur

    sedimen asal

    musnah danterbentukyang baru

    Lapisan silang Graded bedding

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Menentukan proses pengendapan yang berlaku Menentukan di sekitaran mana sedimen atau batuan sedimen terendap Menentukan arah aliran arus atau punca sedimen Menentukan kedudukan atas atau bawah sesuatu lapisan batuan

    sedimen, terutamanya yang tercangga.

    Kegunaan struktur sedimen

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    3/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Jasad sedimen atau batuan sedimen mempunyaibahagian dasar dan permukaan atas yang rata atauplanar, dan secara mendatarnya tersebar denganmeluas (extensive laterally). Jasad sedimen ini dipanggilperlapisan. Jasad sedimen atau perlapisan ini boleh

    berbeza dengan perlapisan lain di atas dan di bawahnya.

    PERLAPISAN

    Perbezaan ini berlaku disebabkan olehperubahan proses yang memendapkansedimen, atau punca sedimen berubah.

    Lapisan boleh dijelaskan sebagai unitpengendapan, iaitu ditakrifkan sebagaiketebalan sedimen yang kelihatan telahdimendapkan dalam keadaan fizikalasas yang tetap. Contohnya lapisansilang tunggal, atau satu unit diamiktitaliran lumpur.

    Perbezaan lapisan atau unitpengendapan ini boleh disebabkan

    oleh;Perbezaan komposisiWarna

    SaizBentuk butiran

    Susunan butiran

    Orentasi butiran

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    4/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Perlapisan boleh dibahagikan kepada unit yang lebih terperinci, tergantung kepada

    ketebalan perlapisan. Lapisan yang ketebalannya kurang daripada 1cm dipanggillaminasi, manakala untuk ketebalan yang melebihi 100cm pula dipanggil lapisanmasif.

    Dua atau lebih lapisan boleh dikumpulkan dalam satu kumpulan yang dipanggilkoset (cosets atau bedsets), yang mana boleh terdiri daripada unit yang mudah

    (simple) atau komposit (composite).

    PERLAPISAN

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Lapisan boleh berbentuk selari (parallel) atau tidak selari (non-parallel) antara satusama lain, dan boleh ada yang rata atau plana, bergelombang atau wavy ataumelengkung (curved)

    Sempadan antara lapisan boleh sangat jelas atau tajam, iaitu perubahan secaramendadak antara dua lapisan, atau boleh juga suatu lapisan berubah kepadalapisan lain di atasnya secara berangsur-angsur. Untuk kes perubahan secaraberangsur-angsur, kadang-kadang sukar untuk kita menentukan sempadan lapisan

    dengan tepat.

    PERLAPISAN

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    5/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Struktur sedimen boleh dibahagikan kepada beberapa kelas, berdasarkanmorfologi dan masa pembentukannya.

    Struktur sedimen biogeni. Struktur sedimen ini dibuat atau terbentuk hasil daripadaaktiviti organisma, sebaik sahaja sedimen terendap. Aktiviti organisma ini boleh berlaku diatas permuakaan sedimen, atau di dalam lapisan sedimen.

    Struktur pra-pengendapan. Struktur ini berkaitan dengan lapisan yangmenindihnya, dan wujud atau ditemui di atas permukaan antara lapisan. Sebahagian besarstruktur ini terdiri daripada ciri hakisan seperti alur, keruk & isi dan lain-lain.

    Struktur sin-pengendapan. Ini merupakan struktur yang terdapat di dalam lapisan,dan terbentuk semasa sedimen terendap, contohnya ialah; lapisan masif, lapisan bergred,lapisan silang dll.

    Struktur post-pengendapan. Struktur ini sebanarnya merupakan struktur cangganterhadap struktur pra- dan sin-pengendapan. Setelah sedimen terendap dan terbentuknyastruktur pra- dan sin-pengendapan, dan sebelum lapisan ini mengeras, canggaan berlaku

    menyebabkan lapisan terganggu dan boleh merosak atau merubah struktur dalaman yangsedia ada. Contohnyanendatan (slumping)

    Struktur pelbagai. Selain daripada tiga kumpulan di atas, terdapat satu lagikumpulan atau kategori yang dinamakan pelbagai, iaitu untuk struktur sedimen yang tidakdapat dimasukkan ke dalam tiga kumpulan di atas. Antaranya ialah kesan titisan hujan danrekahan lumpur

    PEMBAHAGIAN STRUKTUR SEDIMEN

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Sebahagian besar struktur ini terdiri daripada ciri hakisan seperti alur, kerukdan isi, flut, peparit dan kesan alat.

    Struktur dalam kumpulan ini ialah alur. Sungai adalah salah satu jenis alur,dan sedimen iangkut dan boleh juga diendap dalam alur ini. Alur bolehterbentuk akibat hakisan linear tempatan oleh aliran bendalir yang dibantuoleh beban dasar yang menghakis.

    Struktur alur yang lebih kecil dipanggil keruk dan kambus (scour-and-fill).Hakisan yang dihasilkan oleh aliran bendalir kemudiannya diisi olehpengendapan sedimen baru.

    STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN

    Struktur ini berkaitan denganlapisan yang menindihnya, danditemui di atas permukaanantara lapisan , sebelumsedimen atau lapisan baruterendap. Struktur yang ada iniakan menjadi atau menyediakan

    acuan untuk lapisan baru diatasnya.

    Scour kaut / keruk Tool marks - Kesan alat

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    6/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Kesan flut (flute casts)

    Flut adalah lohong berbentuk seperti ruang tumit yang dikerut oleh arus dasar lumpur. Setiaplohong biasanya diisi oleh pasir dan bersambung dengan lapisan pasir lain atau yang baruberendap di atasnya. Lebar flut antara 1 5cm dan panjangnya 5 20cm.

    Hujung flut yang membulat menunjukkan hulu arus, dan hujung yang melebar adalahbahagian hilir arus. Flut selalunya berkelompok. Biasanya kesan flut ini dihubungkan dengantindakan pengerukan (hakisan) setempat oleh arus yang bergerak di atas dasar lumpur takkonsolidat.

    STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN

    Scour kaut / keruk

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    7/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN

    Kesan alat (tool marks)

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN

    Kesan alat (tool marks)

    Kesan alat adalah ciri hakisan yang menuris ataumengguris dasar lumpur lembut seperti flut dan

    peparit, tetapi bentuknya sangat tidak sekata darisegi pandangan plan atau keratan rentasnya.

    Dalam keadaan yang ideal, alat yang menuriskesan ini mungkin boleh ditemui di bahagian

    hilirnya, contohnya kelikir, kayu dan serpihantumbuhan, cengkerang dan tulang. Kesan alatboleh digunakan untuk menentukan arahpergerakan arus kuno.

    Kesan alat ini boleh diperincikan lagi

    mengikut cara atau prosespembentukannya, antaranya ialah;kesan lantunan (Bounce atau skip marks)kesan tujahan (Prod marks)kesan multiple lantunan (Multiple bounce

    marks)kesan alur (Groove marks)Chevron marks

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    8/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN

    Kesan peparit (groove marks)

    Kesan peparit cenderung untuk memotong lumpur dan ditimbus oleh pasir. Struktur inimempunyai kesan hakisan yang panjang, halus dan lurus. Lebar atau dalamnya jarangmelebihi beberapa mm, tetapi panjangnya boleh berterusan sehingga beberapa meter.

    Peparit merupakan ciri hakisan yang selari dengan arus, dan kelurusannya menunjukkanaliran lebih berifat lamina, dan bukannya berkocak. Peparit mungkin boleh diukir oleh objekyang dibawa oleh arus, tetapi objek ini mestikan bukan diangkur secara loncatan ataugulingan.

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    rill-mark water erosion forms

    Kesan laluan air, biasa ditemui atas pasir di tepi pantai.

    STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    9/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

    Struktur sin-pengendapan merupakan struktur yang sebenarnya dibentuksemasa pengendapan sedimen sedang berlaku. Pada asasnya struktur inimerupakan struktur yang membina, yang terdapat di dalam lapisansedimen atau unit pengendapan. Antara struktur yang dikenal pasti ialah;

    lapisan masif

    perlapisan rata

    lapisan bergred

    lapisan silang dan laminasi silang

    riak serta

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Lapisan masif

    Ketiadaan sebarang bentuk struktur dalam lapisan sedimen juga dianggap sebagai struktursedimen dan dipanggil lapisan masif. Ketiadaan apa-apa bentuk dan struktur ini diakibatkanoleh beberapa sebab.

    Lapisan menjadi masih boleh disebabkan oleh proses diagenesis, terutamanya ditemui dalambatu kapur. Struktur endapan yang ada termusnan semasa diagenesis. Lapisan juga bolehmenjadi masif akibat kemusnahan oleh korekan organisma.

    Lapisan masif biasanya ditemui dalam dalam batuan berbutir halus yang terendap di sekitaranbertenaga rendah.

    Dalam batu pasir, perlapisan masif jarang berlaku. Walaupun dengan mata kasar kelihatanbatu pasirnya masif, tetapi sebenarnya ada strutkur, samada lapisan silang atau lapisansekata yang dapat dilihat dengan bantuan sinar-X. Ini disebabkan kebanyakan batu pasirmempunyai saiz yang sekata.

    STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    10/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

    Perlapisan rata atau datar

    Sedimen, apabila terendap akan cenderun untuk mempunyai permukaan yang mengufuk,dan akan menghasilkan perlapisan yang selari dengan permukaan perlapisan major. Pasiryang diendapkan akan disusun dengan paksi panjang butiran selari dengan arah aliran

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

    Lapisan bergred

    Lapisan bergred ialah lapisan yang di dalamnya terdapat perubahan saiz butiran secaramenegak. Penggredan normal ditandakan oleh suatu pengurangan saiz butiran dar bawah keatas, dan terdapat berbagai-bagai jenis penggredan yang lain. Lapisan bergred terbenukapabila sedimen terendap secara ampaian, biasanya semasa fasa mereda dalam aliranturbidit.

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    11/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    12/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

    Lapisan silang

    Perlapisan silang adalah satu struktur yang paling lazim dan paling penting berbandingdengan struktur sedimen lain. Perlapisan silang terhasil daripada poses pengendapan secara

    seretan, baik oleh air atau angin, dan boleh ditemui di berbagai sekitaran pengendapan.

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

    Perlapisan silang terdiri daripada perlapisan yang memiring condongdibendung oleh permukaan-permukaa sub-mengufuk. Setiap unitdipanggil set, dan set yang bersentuhan secara menegak dipanggul koset.Lapisan yang condong dipanggil set hadapan atau foreset.

    Kecondongan foreset di bahagian atas dan bawah boleh mengurang, danmasing-masing dikenali sebagai topsetdan bottomsetatau toeset.

    Kemiringan foreset menunjukan sudut rehat yangmaksimum untuk pasir ketika diendapkan. Biasanyapasir eolian mempunyai sudut rehat yang lebih besarberbanding pasir sub-akua (terendap dalam air). Dalamsedimen kuno, sudut rehat yang ditemui biasanya lebihrendah daripada sedimen moden.

    Beberapa sebab yang kemungkinan ini berlaku ialah;

    Permukaan bendungan set bukanlah datapaleohorizontal yang sah.

    Kemiringan ketara yang direkodkanyangdirekodkan kurang daripada kemiringansebenarPengurangan disebabkan pemadatan

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    13/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

    Lapisan silang boleh dibahagiakan kepada beberapa jenis berdasarkanhubungan foreset dan permukaan yang membendungnya, iaitu;

    Lapisan silang palung(troughcross-bedding). Foresetnya cengkungke atas ke arah hulu, dan terpotong ke

    arah hilir oleh palung yang seterusnya.Foreset yang cekung ke atas terletakantara kerukan hakisan yangmemanjang selari dengan aliran arus.

    Lapisan silang planaatau menyatahpipih(tabular planar cros-bedding).

    Lapisan silang planar ini mempunyaiforeset yang selari antara satu sama lain,dan dibendung oleh satah sub-menggufuk.

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Lapisan silang tulang ikan(herring bone cross-bedding). Disekitaarn laut cetek, lapisan silang yangberbentuk seperti tulang ikan, yang manaforesetnya menunjukkan dua arah yangbertentangan atau bimodal. Foresetbimodal ini dihasilkan oleh pergerakanarus pergi dan balik arus pasang-surut.

    Lapisan silang hummocky.Lapisan silang hummocky ataupengstrataan silang bergon mengandungibeberapa set lapisan silang yangmencembung ke atas, sekitar 10-15cmtebal. Lapisan silang ini cenderung untukwujud di dalam susunan seragam kira-kira0.5m tebal. Dasar setiap unit biasanyamerupakan suatu permukaan hakisanmenyatah dan mungkin terdapat kelikir

    tinggalan di dasar ini. Bahagian atasnyatajam atau bergred. Lapisan silanghummucky ini ditafsirkan sebagai endapansemasa ribut di sekitaran laut, iaitu dipelantar benua.

    STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    14/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

    Riak dan laminasi silang

    Riak adalah bentuk lapisan seperti ombak yang wujuddalam pasir halus yang terdedah kepada arus seretanyang lembut atau lemah. Riak tidak terbentuk dalamsedimen lempung, dan pasir kasar serta kelikir. Riak

    cuma ditemui dalam lodak kasar dan pasir halus /

    sederhana (kurang daripada 0.6mm diameter).

    Riak yang bergerak akan memendapkan sedimenberlaminasi silang. Set laminasi silang individu jarangmelebihi 2-3cm tebal, berbeza dengan lapisan silang yang

    biasanya melebihi 50cm tebal.

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Dalam keratan rentas, riak bolehdibahagikan kepada;

    Profil simetriatau juga dipanggil riakgelombang atau vorteks. Riak inibiasanya dihasilkan di air cetek olehpergerakan ombak berorbit.

    Profil tidak simetri. Riak ini dihasilkanoleh arus seretan uniarah, contohnyadalam sungai.

    STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    15/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

    Kedua-dua riak simetri dan riak tidaksimetri boleh wujud bersama-samadengan kekanta lumpur yang terpisah,dan ini diistilahkan sebagai lapisanflaser.

    Jika kandungan pasirnya bertambah,

    lapisan flaser akan menjadi lapisanpasir yang berlapisan silang, dan tiadaprofil riak, atau riak cuma terdapat dibahagian atas lapisan sahaja.

    Terdapat istilah-istilah khusus untukmenerangkan bentuk dan genesis riakini, antaranya ialah riak memanjat(climbing ripples) dan lapisan riakhanyutan (ripple-drift bedding).

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    16/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN

    Pada pandangan plan, riak menunjukan bentuk yang berbagai. Antaranya ialah;Riak berkemuncak lurusRiak sinus atau bergelombangRiak bulan sabitRiak linguoidRiak gangguan

    Satu kajian mendapati bahawa bentuk riakyang dinyatakan di atas mempunyai kaitandengan kedalam air. Perubahan bermuladaripada riak berkemuncak lurus kepadakemuncak sinus dan juga kepada deretanbulan sabit dan linguoid. Kedalam airtidak mempengaruhi ketinggian dan jarkgelombang.

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR POST-PENGENDAPAN

    Struktur post-pengendapan terbentukakibat berlakunya gangguanterhadap sedimen yang baruterendap, dan masih dalam keadaanlembut.

    Gangguan atau canggaan ini berlaku

    sebaik sahaja sedimen terendap, danproses pengendapan masihberterusan semasa gangguan atauselepas gangguan ini terjadi.

    Tidak berlaku perubahan sekitaranpengendapan akibat gangguan ini.Ini berbeza dengan canggaantektonik yang mana tiadapengendapan berlaku semasa danselepas canggaan tektonik.

    water-escape structures

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    17/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Dish structure

    Dish structure terbentuk akibat pergerakan air ke atas.

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR POST-PENGENDAPAN

    Lapisan konvolut

    Lapisan konvolut ini merupakan satu siri lipatan plastik di dalam lapisan pasir. Sinklin ratayang terbuka memisahkan kemuncak antiklin tajam, dan antiklin tajam ini kadang kalacondong ke hilir.

    Ia pergerakan air secara mencancang atau menegak melalui pasir yang longgar. Air ini bolehberpunca daripada kepala hidrostatik air atau disebabkan keporosan pasir menjadi kurangapabila pasir menjadi pada, dan ini menyebabkan berkalunya lebihan air dan akan keluar

    menegak daripada lapisan pasir ini.

    Pembalikan lapisan konvolut ke arah hilirmenunjukkan bukti bahawa arus yang kuatmemainkan peranan penting dalampembentukannya.

    Canggaan lapisan pasir berlapisan silangselalunya dihubungkan dengan lapisan konvolut.Set hadapan atau foreset menjadi terbalik kehilir dalam bentuk lipatan rebah.

    Untuk sedimen berbutir halus, contohnya lodak,struktur yang serupa boleh ditemui, dandipanggil laminasi konvolut. Laminasi konvolutmerupakan pasir turbidit.

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    18/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR POST-PENGENDAPAN

    Kas beban (loadcasts)

    Apabila lapisan pasir menindih lapisan lumpur, beban lapisanpasir yang berat menyebabkan tercangganya lapisan lumpurdi bawahnya, membentuk struktur kas beban, struktur boladan bantal (ball and pillow structures).

    Struktur ini kadang-kadang kelihatan hampir sama dengankesan hakisan seperti flut, kesan alat dan sebagainya.

    Dalam kes yang tertentu, pasir yang melengkung ke bawah iniboleh terpisah daripada induknya, dan membentuk jasad pasirdi dalam lapisan lumpur dan ianya dipanggil pseudonodul.

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Struktur api (flame structures)

    Kejadiannya seperti pembentukan kas beban.

    STRUKTUR POST-PENGENDAPAN

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    19/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR POST-PENGENDAPAN

    Nendatan dan Gelongsoran

    Nendatan juga merupakan canggaan pastik dalam lapisan pasir dan lumpur, yang mana jugameliabatkan pembentukan struktur lipatan. Lipatan nendatan merupakan bukti yang jelastentang pergerakan mengufuk dalam satu arah yang tetap. Sejumlah jisim atau lapisansedimen dianjakkan secara mengufuk di sepanjang permukaan gelongsoran.

    Apabila pergerakan gelongsoran terhenti, pemendapan sedimen diteruskan, dan kita akandapati lipatan nendatan terletak di atara dua lapisan yang tidak tercangga. Ini adalah buktiyang menunjukkan lipatan nendatan merupakan lipatan sin-pengendatan dan bukannyalipatan tektonik.

    Nendatan dan gelonsoran memerlukanpemendapan sedimen berlumpur yangpantas di atas suatu cerun yang curamdan yang tidak stabil. Pergerakanmengufuk ini mungkin dimulakan olehgempa bumi, ribut atau boleh jugasecara spontan. Struktur ini banyak

    ditemui di sekitaran delta atau kipas lautdalam.

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR PELBAGAI

    Kesan atau bekasan hujan (rain prints)

    Bekasan hujan wujud pada batu lodak dan batulempung, dan apabola lapisan tersebut ditindih olehbatu pasir yang sangat halus.

    Bekasan hujan ini berbentuk bulat atau lonjong jugaada angin bertiup semasa hujan jatuh. Bekasanhujan ini bersaiz 2 hingga 10mm, dan mempunyai

    tepian yang tinggi di sekelilingnya. Kas beban tidakmempunyai tepian yang meninggi.

    Bekasan hujan merupakan petanda pendedahansubaerial (atau sekitaran daratan) yang baik.

    moden kuno

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    20/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR PELBAGAI

    Rekahan pengontangan (desiccation crack)

    Rekahan pengeringan merupakan rekahan yang menirus ke bawah dalam lumpur yang diisioleh pasir. Pada pandangan plan, struktur ini berbentuk poligon. Lebar rekahan individuadalah sekitar 1 mm atau lebih sedikit, dan poligon biasanya sekitar 0.5 m diameternya.Seperti bekasan hujan, struktur ini juga menunjukkan sekitaran subaerial yang kontang.

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR PELBAGAI

    Daik pasir (sandstone dyke)

    Daik pasir ialah gembar pasir mencancangyang telah merejah ke dalam lumpur darilapisan pasir di bawah. Walaupunsusunannya hampir serupa denganrekahan pengontangan, namun rekahandaik pasir ini cenderun untuk pupus keatas, dan oleh fakta bahawa struktur inibermula dalam lapisan pasir induk dibawah. Struktur daik pasir ini bolehmencapai beberapa meter lebar dan satukilometer panjang.

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    21/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR SEDIMEN BIOGENI

    Berbagai-bagai jenis struktur dalam batuan sedimen boleh diletakkan sebagai hasilkerja organisma, dan dirujuk sebagai struktur biogeni. Struktur ini juga dikenalisebagai fosil surihan, dan di antara struktur biogeni ialah;

    Kesan akar tumbuhan (plant rootlets)Kesan tapak (footprints)

    Rintisan (trails)Perlubangan sedimen lembut (soft sediment burrows)

    Korekan batuan keras (hard rock boring)

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR SEDIMEN BIOGENI

    Fosil surihan menjadi petunjuk yang baik untuk menentukan sekitaranpengendapan, dan kurang sesuai untuk penentuan usia. Fosil surihanatau iknofosil dikumpulkan atau dikelaskan mengikut aktiviti yangmembinanya, atau mengikut topografinya, iaitu;

    Epichnia dan HypichniaFodichnia : lubang pemakan

    Pascichnia: rintisan pemakanan

    Cubichnia : rintisan rehat

    Endichnia dan ExichniaRepichnia : lubang merangkakDimichnia : lubang perumahan

    TATANAMA TOPOLOGI

    (Martinsson, 1965)

    TATANAMA AKTIVITI

    (Seilacher, 1964)

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    22/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Aspek fosil surihan yang paling berguna ialah hubung kait yang luas antarasekitaran pemendapan dengan himpunan fosil surihan atau dikenalisebagai iknofasies.

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    23/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    STRUKTUR SEDIMEN BIOGENI

    Terbentuk di sekitaran air tenang. Invertebrata hidup

    di atas substratum, dan bukan dalam substratum

    sedimen.

    Nereites. Rintihan berbentuk bermeander, dan tidak

    wujud korekan.

    Laut dalam

    Di zon ini, tindakan marin (lautan) kurangmerosakkan. Haiwan membina lubang, tetapi

    cenderun untuk cetek

    Cruziana. Rintisan dwicuping (bilodate trail)

    Zoophycus. Berbentuk spira heliks pada pandangan

    pelan.

    Sub-pasang surut

    Substatum sedimen biasanya terdedah kepada

    pengerukan atau hakisan oleh tindakan arus.

    Scolithos. Lubang mencancang.

    Antara pasang-surut

    Jejak atau tapak vertebrataTeristrial atau daratan

    IKNOFASIESSEKITARAN PENGENDAPAN

    Struktur sedimen biogeni boleh mengganggu struktur sedimen bukan biogeni. Jika

    korekan terlalu banyak dan padat, ini menyebabkan gangguan progresif padalapisan. Struktur sedimen biogeni juga boleh menyebabkan porositi dan ketelapanbatuan bertambah, dan sesuai untuk batuan takungan.

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

  • 8/4/2019 kuliah5-struktur-sedimen

    24/24

    Kamal roslan mohamed Geologi UKMKamal roslan mohamed Geologi UKM

    Sekian