kumpulan : rehab couture isi kandungan...

16
ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE pg. 1 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1 LATAR BELAKANG KUMPULAN 1.1 PENGENALAN KUMPULAN 2 1.2 RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK 3 2 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK 2.1 KRITERIA PEMILIHAN PROJEK 4 2.2 KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA 5 2.3 KAITAN DENGAN KEHENDAK STAKEHOLDER 5 2.4 KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL 6 2.5 KAITAN DENGAN KEADAAN DAN EKOSISTEM SEMASA 7 3 TINDAKAN PENYELESAIAN 8 3.1 EMPATHIZE (EMPATI) 9 3.2 DEFINE (TAKRIFAN) 9 3.3 IDEATE (PENJANAAN IDEA) 10 3.4 PROTYPE AND TEST (PROTAIP DAN UJIAN) 11 4 KEBERKESANAN PROJEK 14 5 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI 16 1.0 LATAR BELAKANG KUMPULAN 1.1 PENGENALAN KUMPULAN

Upload: others

Post on 17-Feb-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 1

    ISI KANDUNGAN

    PERKARA MUKA

    SURAT

    1 LATAR BELAKANG KUMPULAN

    1.1 PENGENALAN KUMPULAN 2

    1.2 RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK 3

    2 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK

    2.1 KRITERIA PEMILIHAN PROJEK 4

    2.2 KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA 5

    2.3 KAITAN DENGAN KEHENDAK STAKEHOLDER 5

    2.4 KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL 6

    2.5 KAITAN DENGAN KEADAAN DAN EKOSISTEM

    SEMASA

    7

    3 TINDAKAN PENYELESAIAN 8

    3.1 EMPATHIZE (EMPATI) 9

    3.2 DEFINE (TAKRIFAN) 9

    3.3 IDEATE (PENJANAAN IDEA) 10

    3.4 PROTYPE AND TEST (PROTAIP DAN UJIAN) 11

    4 KEBERKESANAN PROJEK 14

    5 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI 16

    1.0 LATAR BELAKANG KUMPULAN

    1.1 PENGENALAN KUMPULAN

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 2

    NAMA KUMPULAN : REHAB COTOURE

    NAMA ORGANISASI : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

    (PERKESO)

    BAHAGIAN : PUSAT REHABILITASI PERKESO TUN ABDUL

    RAZAK

    ALAMAT :

    Lot PT7263 HANG TUAH JAYA BANDAR

    HIJAU 75450 MELAKA

    NO. TELEFON & FAKS : 06 2354000

    TARIKH PENUBUHAN : JANUARI 2018

    AHLI KUMPULAN : DR ABDUL RASHID MAHIDIN

    EN MUSTAPA UMAR

    EN TAN ENG WAH

    EN OOI HAN SIANG

    CIK KHAIRUNNISA MOKTHAR

    CIK NAZATUL AKMA ZAWAWI

    PN. JULIANA SALLEH

    TAJUK PROJEK : ADAPTIVE CLOTHING

    BIDANG INOVASI :

    KATEGORI INOVASI : PENAMBAHBAIKAN

    TARIKH SIAP PROJEK : 6 Jun 2018

    MOTTO : Fashion for everyone

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 3

    1.2 RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK

    Keterangan

    Masalah

    : Setelah mengalami hilang upaya kebanyakan individu akan mengalami

    kesukaran dan kesulitan dalam melakukan aktiviti harian terutamanya

    mengenakan pakaian terutamanya bagi individu yang mempunyai

    limitasi di bahagian “upper limb”.

    Penyataan

    Masalah

    : Sehingga ini tiada pakaian yang bersesuaian dan menepati kehendak

    serta keperluan individu yang mengalami limitasi pergerakan di bahagian

    “upper limb” di pasaran Malaysia. Kajiselidik telah di edar kepada 30

    orang klien di Pusat Rehabilitasi PERKESO berfokuskan kepada individu

    yang mengalami serangan “stroke” yang bertujuan untuk mengenalpasti

    pemilihan jenis pakaian sebelum dan selepas mengalami serangan

    stroke. Jenis pakaian di dalam kajian adalah

    1. T- Shirt

    2. Kemeja

    3. Blouse

    4. Baju Tradisional

    5. Seluar Slack

    6. Seluar Jeans

    7. Seluar Sukan

    8. Kain Sarong

    Hasil kajian menunjukkan bahawa 80 peratus klien tidak lagi cenderung

    memakai pakaian kemeja, baju tradisional, seluar slack dan seluar jeans

    selepas serangan stroke.

    Sasaran : Menghasilkan pakaian khas yang menepati keperluan dan kehendak

    Orang Kelainan Upaya yang memfokuskan kepada pakaian tradisional.

    Tindakan

    Penyelesaian

    : Merekabentuk dan menghasilan produk pakaian khas untuk kegunaan

    Orang Kelainan Upaya. Prototaip telah berjaya di siapkan dan di guna

    pakai oleh klien pada Jun 2018 sempena Hari Raya Aidilfitri

    Hasil Projek : Hasil Projek menunjukkan peningkatan tahap keupayaan klien untuk

    mengenakan pakaian tradisional secara berdikari tanpa memerlukan

    bantuan penjaga atau ahli keluarga. Dengan ini klien akan lebih

    cenderung untuk menggunakan pakaian tradisional.

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 4

    Potensi

    Pengembangan

    Inovasi

    : Produk ini berpotensi untuk di komersilkan untuk kegunaan Orang

    Kelainan Upaya daripada pelbagai jenis kondisi.

    2.0 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK

    2.1 KRITERIA PEMILIHAN PROJEK

    Pemilihan Projek Adaptive Clothing ini berdasarkan keperluan berikut setelah langkah

    pemerhatian dan kajian di jalankan di Pusat Rehabilitasi PERKESO :

    2.1.1 Limitasi Pergerakan Anggota Badan

    Hasil kajian dan pemerhatian kepada Klien, kebanyakan individu yang mempunyai limitasi

    pergerakan anggota badan selepas mengalami hilang upaya di sebabkan kemalangan

    atau penyakit akan cenderung untuk tidak memakai pakaian tradisional. Ini di sebabkan

    kesukaran golongan ini untuk memakai dan membuka pakaian tersebut dan

    kebiasaannya akan memerlukan bantuan pihak ketiga.

    2.1.2 Ketiadaan Jenis Pakaian ini di Pasaran Malaysia

    Pada masa ini tiada lagi pakaian “Adaptive Clothing” di pasaran Malaysia. Dengan ini

    memberi kesukaran kepada golongan ini termasuk ahli keluarga dalam menyediakan

    persiapan semasa menyambut hari perayaan. Ini sedikit sebanyak akan menjadi

    halangan kepada golongan ini dan ahli keluarga untuk mencapai tahap kehidupan yang

    berkualiti.

    2.1.3 Diskriminasi

    Penghasilan pakaian Adaptive Clothing ini sekaligus menunjukkan tiada sebarang bentuk

    diskriminasi akan wujud dari aspek pemakaian di sebabkan seseorang individu itu

    mempunyai limitasi di sebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Ini juga boleh membantu

    golongan orang kelainan upaya untuk menjalani kehidupan seperti orang normal dengan

    kembali kepada perkara asas iaitu dari segi berpakaian.

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 5

    2.2 KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA ORGANISASI

    Pelaksanaan projek ini memenuhi kehendak stakeholder dalam menangani masalah yang

    mereka hadapi dan juga selaras dengan visi, misi dan objektif organisasi iaitu:

    2.2.1 Matlamat Organisasi:

    “Menjadi pusat kecemerlangan yang bertaraf dunia dalam bidang rehabilitasi”.

    2.2.2 Objektif Organisasi:

    “Memberikan perkhidmatan rawatan rehabilitasi yang berkualiti bertujuan untuk

    employment retention dan integrasi sosial” melalui pendekatan berikut:

    1. Infrastruktur

    2. Perkhidmatan

    3. Sustainability

    4. Capacity Building

    5. Pensijilan

    6. Kajian dan Pembangunan

    2.3 KAITAN DENGAN KEHENDAK STAKEHOLDER

    Pengeluaran pakaian khas ini adalah bagi memenuhi keperluan stakeholder yang berkaitan :

    2.3.1 Sub – Objektif – Memberikan Perkhidmatan (Rehabilitasi dan Vokasional)

    yang menggalakkan klien kembali aktif di dalam masyarakat.

    Bertepatan dengan salah satu objektif Pusat Rehabilitasi PERKESO untuk menyediakan

    perkhidmatan Rehabilitasi dan Vokasional yang di bangunkan khusus berdasarkan

    keperluan klien bagi membantu golongan pekerja yang mengalami hilang upaya agar

    mampu melakukan semula aktiviti walaupun mengalami limitasi hasil daripada

    kecederaan atau penyakit. Dengan pengenalan pakaian khas ini akan membantu

    golongan sasar iaitu mereka yang menghidap serangan stroke untuk kembali memakai

    pakaian tradisional tanpa bantuan sebarang pihak sekaligus meningkatkan tahap

    keyakinan mereka untuk kembali aktif di dalam masyarakat contoh menghadiri majlis-

    majlis keramaian.

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 6

    2.3.2 Pelan Strategik PERKESO 2016-2020

    Objektif utama penghasilan Pakaian Khas ini adalah untuk memastikan golongan sasar

    tidak akan merasa terpinggir daripada mengenakan pakaian yang kebiasaanya di

    gunakan sebelum mengalami serangan stroke sekaligus meningkatkan kualiti hidup dan

    tahap keyakinan mereka untuk kembali aktif di dalam masyarakat. Ianya telah menepati

    kehendak Pelan Strategik PERKESO 2016-2020 iaitu menepati dan menyokong empat

    (2) daripada lima(5) teras utama iaitu:

    PELAN STRATEGIK PERKESO 2016-2020

    Teras 4 : Meningkatkan Kesejahteraan Sosial Pelanggan

    Bil Strategi

    Memantapkan pengurusan hilangupaya melalui Program RTW dan Rehabilitasi

    Teras 5 : Melestarikan Budaya Kreativiti, Inovasi dan Kualiti

    Bil Strategi

    Memantapkan perlaksanaan inisiatif kualiti dan inovasi menerusi penetapan sasaran-sasaran utama.

    2.4 KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL

    Penghasilan Pakaian “Adaptive Clothing” ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk

    tidak mengenetepikan golongan Orang Kelainan Upaya daripada terlibat aktif di dalam

    sebarang aktiviti masyarakat bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

    2.4.1 Pelan Strategik Kementerian Sumber Manusia

    Penubuhan Pusat Rehabilitasi PERKESO dan perlaksanaan program Return to Work

    PERKESO adalah bertepatan dengan Teras 6 Pelan Strategik Kementerian Sumber

    Manusia iaitu Menyediakan Jaringan Keselamatan Sosial. Dengan penyediaan

    Pakaian Khas ini menjadi salah saru plafform untuk meningkatkan tahap keyakinan Orang

    Berinsurans untuk kembali semula aktif di dalam masyarakat.

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 7

    2.5 KAITAN DENGAN KEADAAN DAN EKOSISTEM SEMASA

    2.5.1 Orang Berinsurans

    Projek ini amat signifikan kepada OB yang mengalami limitasi disebabkan oleh

    kemalangan atau penyakit yang mengakibatkan kesukaran untuk memakai pakaian

    terutamanya pakaian tradisional. Golongan OB ini akan memerlukan bantuan pihak ketiga

    untuk mengenakan pakaian tradisional, oleh yang demikian kebanyakan Ob yang

    mengalami hilang upaya ini tidak akan memakai pakaian tradisional lagi sekaligus

    mengurangkan kualiti kehidupan mereka. Justeru itu dengan adanya pakaian khas ini

    akan membantu Ob memakai pakaian tanpa bantuan pihak ketiga dan sekaligus

    menggalakkan semula penglibatan aktif di dalam masyarakat dengan mengenakan

    pakaian tradisional walaupun mempunyai limitasi. Ini penting bagi membolehkan Ob tidak

    merasa diskriminasi dari aspek pemakaian pakaian tradisional.

    2.4.2 Ahli Keluarga

    Dengan adanya Pakaian Khas ini di pasaran Malaysia, ini secara langsung akan

    membantu ahli keluarga OB untuk menyediakan pakaian tradisional semasa persiapan

    untuk menyambut sesuatu perayaan atau untuk menghadiri majlis-majlis keramaian

    sekaligus mengurangkan kesukaran kepada ahli keluarga dan meningkatkan tahap kualiti

    kehidupan sekeluarga.

    2.4.3 Pereka Fesyen

    Penghasilan prototaip Pakaian Khas ini di Malaysia sekaligus akan menggalakkan lagi

    pereka-pereka fesyen untuk menambah baik lagi produk yang sedia ada. Dengan

    penglibatan aktif para

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 8

    3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN

    Bagi tujuan penghasilan projek, kaedah Design Thinking telahpun digunakan untuk

    penghasilan dan menghasilkan “Adaptive Clothing”. Kumpulan ini telah menggunakan

    Pendekatan Kuantitatif dalam kajian ini melalui kaedah soal selidik kepada Orang

    Berinsuran di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak bertujuan untuk mengetahui

    tahap kesukaran dalam memakai pakaian sebelum dan selepas mereka (OB) mengalami

    limitasi iaitu serangan Stroke. Pemilihan OB yang berdiagnosis Strok kerana mereka

    mempunyai atau mengalami limitasi yang paling teruk terutama pada bahagian Upper

    Limb.

    Terdapat lima proses dalam kaedah Design Thinking iaitu Empathize (empati), Define

    (Takrifan), Ideate (Penjanaan Idea), Prototype (Prototaip) dan Test (Ujian):

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 9

    3.1 Empathize (Empati)

    Berdasarkan maklumbalas dari borang soal selidik yang dijalankan kepada 30 orang berinsurans

    di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak,berikut adalah data kebolehfungsian dan

    pemilihan pakaian sebelum dan selepas mengalami Strok.

    Melalui data ini, didapati 4 jenis pakaian yang memberikan perbezaan yang ketara sebelum dan

    selepas mengalami serangn strok iaitu pakaian Kemeja, Baju tradisional, seluar jeans dan seluar

    slack.

    3.2 Define (Takrifan)

    Daripada data soal selidik yang dijalankan, didapati respondan lebih cenderung memilih pakaian

    seperti T-shirt, Seluar Sukan dan Kain Sarong selepas mengalami serangan strok. Ini adalah

    kerana pakaian tersebut lebih mudah dikenakan dan mempunyai saiz yang lebih besar

    berbanding dengan pakaian lain. Terdapat 4 jenis pakaian yang sangat jarang dipakai dan dipilih

    oleh respondan selepas mengalami strok iaitu Baju Kemeja, Baju Tradisional, Seluar Slack dan

    Seluar Jeans. Perbezaan yang ketara pada Baju Kemeja dan Seluar Slack adalah kerana

    respondan tidak lagi bekerja dan tidak memakainya sebagai pakaian kasual. Pakaian Tradisional

    jarang atau bukan lagi menjadi pilihan respondan selepas mengalami serangan strok adalah

    kerana kesukaran semasa memakai dan menanggalkan pakaian tersebut kerana rekaannya

    yang mempunyai ruang yang terhad.

    23

    20

    6

    18

    14

    19 20

    14

    22

    4 35 6 5

    20

    10

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    T-Shirt Kemeja Blouse BajuTradisional

    Seluar Slack Seluar Jeans Seluar Sukan Kain Sarong

    Before Stroke After Stroke

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 10

    3.3 Ideate (Penjanaan Idea)

    Hasil daripada soal selidik tahap kesukaran dan permasalahan serta pemilihan jenis pakaian bagi

    klien strok, kumpulan ini telah bersetuju untuk merekabentuk Pakaian Tradisional yang mengikut

    keperluan mereka kerana pakaian tradisional adalah pakaian yang sering dipakai sebagai

    pakaian rasmi mahupun kasual.

    3.3.1 Justifikasi Cadangan Penyelesaian

    Melalui kaedah brainstorming berikut adalah kaedah 5w+1H yang digunakan bagi

    menjustifikasikan cadangan penyelesaian yang telah dilakukan:

    3.3.2 Carta Aliran Pelan Penghasilan dan Rekabentuk “Adaptive Clothing”

    Berikut adalah carta aliran pelan penghasilan dan rekabentuk “Adaptive Clothing” yang

    dilakukan:

    WHAT

    •Pemilihan pakaian tradisional selepas mengalami serangan strok

    WHY

    •kesukaran semasa memakai dan menanggalkan pakaian tradisional

    WHEN

    •kegunaan harian, majlis rasmi, hari raya dan aktiviti sosial

    WHERE

    •Ruang yang terhad

    WHO

    •Pesakit strok dan yang mempunyai limitasi di bahagian "Upper Limb"

    HOW

    •Rekabentuk "Adaptive Clothing" yang mengekalkan ciri asal namun menepati kehendak klien

    Soal selidik untuk mengetahui

    permasalah an dan kesukaran dalam

    mengenakan pakaian

    merekabentuk ciri-ciri pakaian yang

    menepati kehendak dan keperluan klien

    pemilihan bahan-bahan kemasan dan

    jenis fabrik

    Prototype dan testing

    Paternkan "Adaptive Clothing"

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 11

    3.3.3 Pelan Tindakan Penyelesaian

    Bagi tujuan penghasilan produk yang lebih komprehensif, carta perbatuan telah dijadikan

    sebagai panduan perancangan dan perlaksanaan setiap aktiviti yang dijadualkan:

    3.4 Prototype & Test (Protaip & Ujian)

    Sesi Design Testing telah dijalankan kepada 20 orang respondan bermula pada Mei 2018. Berikut

    adalah rekabentuk yang telah direka dan disiapkan:

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 12

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 13

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 14

    4.0 KEBERKESANAN PROJEK

    4.1.1 Kebolehfungsian rekabentuk “Adaptive Clothing”

    Bagi projek “Adaptive Clothing”, kami mengukur aktiviti kebolehfungsian memakai baju

    (Dressing) untuk melihat keberkesanan Adaptive Clothing melalui penggunaan FIM

    (Functional Independence Measure) iaitu satu bentuk penilaian standard yang mengukur

    tahap kefungsian Orang Kurang Upaya dari segi fizikal, psikologikal dan juga fungsi sosial.

    Melalui penilaian FIM tahap kefungsian iaitu keupayaan OB akan dinilai mengikut tahap

    skor yang telah ditetapkan. Terdapat 18 item kategori yang mengukur tahap kefungsian

    fizikal, psikologikal dan fungsi social seperti jadual di bawah.

    Sebanyak 20 orang OB diukur tahap kefungsian ketika memakai “Adaptive Clothing” dan

    hasil dari ujian ini adalah seperti berikut:

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 15

    Hasil dari penilaian FIM ini, didapati tahap kefungsian menjadi lebih baik setelah memakai

    pakaian “Adaptive Clothing”.

    0%

    10%

    20%

    30%

    40%

    50%

    60%

    Total Assist Maximal Assist Moderate Assist Minimal Assist Supervision ModifiedIndependence

    CompleteIndependence

    Perempuan

    Pre Post

  • ADAPTIVE CLOTHING KUMPULAN : REHAB COUTURE

    pg. 16

    5.0 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI

    Produk Pakaian Khas ini adalah yang pertama di bangunkan di Malaysia oleh PERKESO. Potensi

    pengembangan amat luas dengan adanya penglibatan golongan Pereka Fesyen Profesional di

    Malaysia. Kerjasama erat dengan pemain industri fesyen akan menghasilkan pakaian khas yang

    lebih dinamik dan pelbagai untuk memenuhi semua jenis ketidakupayaan di semua peringkat

    umur di Malaysia. Disebabkan pada masa ini prototaip yang di bangunkan hanya memfokuskan

    kepada golongan yang mengalami serangan stroke sahaja.

    Pengeluaran secara “mass production” pula akan membantu untuk mengurangkan kos jualan

    Pakaian Khas ini sekaligus akan memberikan peluang kepada golongan yang kurang

    berkemampuan untuk mendapatkan produk ini.