kumpulan rodat kampung surau panjang dalam … rodat kampung... · projek bertajuk kumpulan rodat...
TRANSCRIPT
KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM MENGHADAPI ARUS PEMODENAN KE ARAB
PENGEKALAN SENI WARISAN RODAT.
SITI KHOLIJAH BINTI RADZUAN @ ISMAIL
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
2008
I'usat KJUdmat Maklumat Akadrmik UNlVERSm MALAYSIA SARAWAK
P. KHIO"AT "AKLU"AT AKAOE"IK
UNI"AS
11111111111111111111" III 1000273067
KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM MENGHADAPI ARUS PEMODENAN KE ARAH PENGEKALAN SENI
WARISAN RODAT.
SITI KHOLIJAH BINTI RADZUAN @ ISMAIL
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
2008
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK BORANG PENGESAHAN STATUS TESISI LAPORAN
JUDUL : KUMPULAN RODAT KAMPUNG SURAU PANJANG DALAM MENGHADAPI ARUS PEMODENAN KE ARAH PENGEKALAN SENI
SESI PENGAJIAN : 2005/2008
Saya SITI KHOLIJAH BINT! RADZUAN @ ISMAIL mengaku membenarkan tesisl Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis 1Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesisl laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi
5. * sila tandakan ~
D SULIT
D TERHAD
o TIDAK TERHAD
-ti,anPenulis Tarikh: D=f 0 ~/0 g"
Alamat Tetap : 776 Rumah Murah, Jalan Pusara 21700, Kuala Berang Hulu Terenganu Terengganu Daml Iman.
( mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasiibadan di mana penyelidikan dijalankan )
Tarikh :
Catatan : * Tesisl Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika Tesisl Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisl laporan
Projek bertajuk Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus
Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan Rodat ini telah disediakan oleh Siti
Kholijab Binti Radzuan @ Ismail dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan
Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Gunaan dengan Kepujian
Pengurusan Seni.
Diterima untuk dip~sa oleh
Tarikh
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kumiaNY A dapat saya menyiapkan serta
menyempumakan tesis ini. Setinggi - tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya
tujukan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses
menyiapkan kajian ini.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah-pensyarah, terutama sekali kepada penyelia say a, Pn. Donna
yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan, serta memberikan idea-idea
yang bemas kepada saya dalam menyempumakan penulisan ilmiah ini. Tanpa tunjuk ajar
beliau yang tidakjemu-jemu saya mungkin tidak dapat menyempumakan kajian saya
Kepada Ibu saya serta keluarga, terima kasih di atas pengorbanan mereka dalam
memberikan nasihat, semangat, bimbingan dan dorongan serta bantuan kewangan kepada
saya dalam menyiapkan kajian ini. Tanpa berkat dan doa mereka maka saya tidak akan
berjaya dalam menyiapkan kajian ini.
Selain itu juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Razak
Bin Senik selaku ketua kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang kerana sudi meluangkan
masa dan memberikan kerjasama kepada saya. Tanpa bantuan yang diberikan dari segi
sumber maklumat dan kerjasama daripada beliau mungkin kajian ini tidak sempuma.
11
,...
Begitu juga kepada Encik Tuan Long Bin Tuan Sulaiman dan Encik Aishah Bin Ibrahim
yang sudi membantu saya dalam mendapatkan maklumat yang saya perlukan bagi
menyiapkan tesis ini. Tanpa bantuan mereka tesis saya tidak akan sempurna.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang saya sayangi, terima kasih kerana
banyak memberi bantuan dan sokongan kepada saya semasa menjalankan kajian ini. Tanpa
rakan - rakan saya tidak mampu menangani segala permasalahan yang berlaku sepanjang
berada di Sarawak. Akhir kata dari saya, selamat maju jaya.
Jasa kalian amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
I'
111
1
"usat Kltidmat Maklumat Akadl'mik UNIVEltS MALAYS'A SARAW.o\K
lsi Kandungan
HALAMAN TAJUK
PENGAKUAN
PENGHARGAAN iii
lSI KANDUNGAN IV
SENARAI GAMBAR RAJAH VB
ABSTRAK IX
ABSTRACT X
lSI KANDUNGAN
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Definisi 3
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Hipotesis 5
1.5 Skop Kajian 5
1.6 Permasalahan Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN
2.0 Pengenalan 10
2.1 Kandungan Umum 10
2.2 Kajian Lepas
2.2.1 Asal Usul Tarian Rodat 10
IV
,......
2.2.2 Jenis Tarian
2.2.3 Pengekalan Seni Warisan
2.2.4 Arus Pemodenan
2.2.5 Fungsi Kumpulan Kesenian Dan Muzik Masa kini
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Lokasi Kajian
3.3 Sumber Data
3.3.1 Data Primer
3.3.2 Data Sekunder
3.4 Populasi
3.5 Persampelan
3.6 Instrumen kajian
3.7 Limitasi Kajian
3.8 Rumusan dan Kesimpulan
BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Penganalisaan Data
4.2.1 Borang Soal Selidik
4.2.2 Temuduga
4.3 Kesimpulan
v
12
]4
15
17
20
20
21
24
25
26
27
27
28
29
45
62
11.
I ,..... ,..
BAB S CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 RunlUsan 64
5.3 Cadangan 66
5.4 Cadangan untuk Pengkaji Akan Datang 67
5.5 Kesimpulan 69
BmLIOGRAFII RUJUKAN
LAMPIRAN
RUJUKAN
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
vi
I ,.....
Senarai Rajah
Rajah 1.0
Senarai Jadual
ladual 2.0
Peta Negeri Terengganu
Pecahan mengikut umur
Senarai Gambar Rajah
Gambar Rajah 1.
Gambar Rajah 2.
Gambar Rajah 3.
Gambar Rajah 4.
Gambar Rajah 5.
Gambar Rajah 6. Kekerapan responden menyaksikan persembahan Rodat. 40
41
42
43
44
Gambar Rajah 7. Tarian Rodat Mengalami Kepupusan
Gambar Rajah 8. Generasi muda kini kurang pendedahan.
Gambar Rajah 9. Pandangan Responden Terhadap Perubahan Tarian Rodat
Gambar Rajah 10. Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Kewujudan
Gambar Rajah 11. Kekerapan Persembahan Rodat 45
46Gambar Rajah 12. Pandangan respond en terhadap usaha yang dijalankan
Gambar Rajah 13. Pihak yang bertanggungjawab 47
48Gambar Rajah 14. Pendapat responden terhadap pemuliharaan
-
Jantina Responden
Kategori umur responden yang mengetahui
Tarian Rodat
Peratus kaum mengetahui Tarian Rodat
Pengetahuan Responden Terhadap Tarian Rodat
Sumber Maklumat Seseuatu
Muka Surat
24
Muka Surat
29
Muka Surat
34
35
36
37
38
Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang
Oleh Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang.
VB
,..
Tarian Rodat sebagai warisan bangsa.
Gambar 15. Pelenggok dan Pengadi 54
didalam Tarian Rodat.
Gambar 16. Pelenggok / Penari 55
Gambar 17. Mak Inang 56
Gambar Rajah 18 Kedudukan Ketika Persembahan 57
Gambar 19. Rebana Tar sejenis alat muzik yang digunakan 58
Gambar 20. Pakaian Penari 59
Vlll
Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang Dalam Mengbadapi Arus
Pemodenan Ke Arab Pengekalan Seni Warisan Rodat
Abstak:
Kajian ini dibuat untuk mengkaji sejauhmana Kumpulan Rodat Kampung
Surau Panjang ini mampu Menghadapi Arus Pemodenan dalam usaha untuk
Pengekalan Seni Warisan Rodat ini. Hasil kajian mendapati masyarakat pada hari
ini masih mengenali dan mengetahui kewujudan Kumpulan Rodat Kampung Surau
Panjang.
ix
Kumpullln Rodat Kampung Surau Panjang In Facing The Modernization
In The Effort OfPreserving The Rodat Heritage
Abstract:
The purpose of this research is to find out how the Kumpulan Rodat
Kampung Surau Panjang can manage to face the modernization in the effort of
preserving the Rodat heritage. The outcome ofthis research is that, the society still
recognizes the existence ofRodat and this group.
x
BABI
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Negara pada hari ini mengalami proses pembangunan yang pesat dan menuju ke arah
sebuah Negara yang maju selaras dengan dasar kerajaan untuk menjadi sebuah Negara yang
maju setanding dengan negara-negara maju. Arus pemodenan ini sedikit sebanyak
mempengaruhi kesemua aspek seperti ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan. Salah satu
kesenian yang mengalami kesan dari arus pemodenan ialah Rodat. Rodat adalah salah satu
persembahan yang masih kekal di Negeri Terengganu. Kegemilangannya semakin luntur, pada
masa kini hanya tinggal golongan veteren yang masih aktif dan setia dengan persembahan
Rodat. Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang merupakan salah sebuah kumpulan yang
masih wujud dalam mempeIjuangkan kesenian tradisi Rodat ini. Dalam menghadapi arus
pemodenan ini pelbagai usaha dilakukan bagi meneruskan peIjuangan dalam mengetengahkan
kesenian ini.
Rodat merupakan seni warisan Negeri Terengganu yang amat tinggi nilainya. Seni
persembahan ini mempunyai unsur-unsur seni yang mengabungkan antara dendangan lagu
dengan gendang dan gerakan tarian. Persembahan Rodat ini merupakan satu bentuk
persembahan kesenian yang popular dikalangan masyarakat suatu ketika dulu. Malangnya
dalam proses Negara mengalarni arus pemodenan ini seni persembahan Rodat ini mula
terpinggir di mata masyarakat Terengganu khususnya. Pada masa sekarang dianggarkan hanya
terdapat beberapa kumpulan saja yang masih wujud salah satunya adalah kumpulan Rodat
Kampung Surau Panjang.
Nasaruddin (1994) menyatakan didalam bukunya yang berjudul Tarian Melayu,
Kesenian tradisi Rodat tidak dapat dibuktikan dengan tepat tentang asal usul. Mengikut para
para guru Rodat di Terengganu, asal Rodat yang sebenarnya ialah dari Timur Tengah. Ini
berdasarkan lagu-lagu yang dinyanyikan adalah disalin daripada Kitab Hadrah, begitu juga
dengan Rebana Tar yang digunakan hampir sarna dengan Rebana Hadrah tetapi dipercayai
umum ia telah dibawa ke Terengganu dari Acheh di Sumatera melalui Sambas di Borneo oleh
pedagang pada kurun ke - 19. Antara tahun 1900-1200, beberapa kumpulan Rodat telah
mengadakan pementasan di Kuala Terengganu, terutamanya di Kampung Pasir Panjang dan di
Kampung Balik Bukit. Kesenian ini selalunya diadakan semasa majlis perkahwinan,
terutamanya semasa istiadat bersanding.
Harun & Ishak ( 1987 : 28-29 ) Rodat, menyatakan bahawa kesenian tradisi Rodat adalah
sebuah persembahan tarian dan juga nyanyian rakyat. Kesenian tradisi Rodat ini terdiri dari
satu pasukan atau lebih yang digabungkan. Anggota-anggota yang mengambil bahagian dalam
permainan ini terdiri dari tiga jenis pemain iaitu :
i. " Pengadi ", ( Pemukul Tar) iaitu pemain-pemain Rebana seramai
lapan orang yang telah berusia. Mereka akan duduk berlutut membuat
satu barisan diatas tikar sambil memainkan Rebana dan menyanyi.
II. " Pelenggok "merupakan penari - penari lelaki, terdiri daripada lapan
hingga sepuluh orang, membuat satu barisan, duduk atau berdiri
berhadapan dengan Pengadi. Mereka juga turut menari ( melenggok )
dan menyanyi tetapi tidak berebana.
II. " Inang ", terdiri daripada gadis-gadis. Seramai empat hingga enam
2
orang dengan ketuanya yang dikenali sebagai " Mak Inang " berdiri
berbaris di hadapan Pengadi dan membelakangi Pelenggok.
1.2 Definisi
1.2.1 Rodat
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ( 2005 : 1338 ) perkataan Rodat
membawa maksud sejenis tarian yang ditarikan oleh lelaki dan perempuan yang
nyanyiannya ( Arab ) diiringi dengan Rebana. Manakala didalam bahasa Arab pula
membawa maksud berulang-ulang, bersahutan-sahutan, bersatu kembali atau berbalas
balas.
1.2.2 Rebana Tar
Menurut sumber yang diperolehi dari Portal Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Malaysia menyatakan perkataan Tar bermaksud gendang bagi
masyarakat Arab, Mesir dan juga negara-negara Teluk yang lain. Dalam bahasa Parsi,
perkataan Tar adalah merujuk kepada tali umpamanya alat Sehtar adalah bermaksud
alat muzik yang mempunyai tiga tali.
1.2.3 Pemodenan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ( 2005 : 1039 ) perkataan Pemodenan
ditakrifkan sebagai sesuatu perihal ( kegiatan, usaha dan sebagainya ). Perkataan
moden pula berkenaan pada masa sekarang, berkaitan dengan masa kini.
3
1.2.4 Warisan
Didalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ( 2005 : 1801 ) Warisan adalah harta
peninggalan , harta pusaka, sesuatu yang diwarisi , sesuatu yang turun tumurun, dan
peninggalan. Perkataan seni pula dinyatakan sebagai satu karya ( sajak, lukisan, muzik
dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat (kecekapan ) hasiI daripada sesuatu ciptaan.
1.2.S Kumpulan
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, ( 2005 : 848) perkataan
kumpulan boleh didefinisikan sebagai satu kelompok ( orang, binatang dan lain-lain)
dimana jumlah ahli yang agak besar. Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang ini
mempunyai ahli yang ramai dimana terdapat tiga kumpulan yang digabungkan didalam
satu kumpulan Rodat.
1.3 Objektif
Objektif kajian adalah untuk mengkaji cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh
Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang dalam menghadapi arus pemodenan dalam
meneruskan perjuangan untuk mengekalkan seni warisan tradisi ini.
Pengkaji juga ingin mengkaji sejauhmana usaha Kumpulan Rodat Kampung Surau
Panjang didalam usaha memartabatkan Tarian Rodat .
4
"usat Khidmat Maklumat Akad...mik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Selain itu juga pengkaji ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang kesenian
tradisi rodat ini. Oi dalam menghadapi cabaran arus pemodenan ini lebih - lebih lagi di zaman
yang maju ini generasi muda kini kurang mengetahui dan mengenali tentang kesenian tradisi
ini.
1.4 Hipotesis
Sebelum menjalankan pengkajian ini pengkaji terlebih dahulu membuat andaian,
bahawa Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang ini kurang dikenali dan ini disebabkan oleh
cabaran yang dihadapi seperti terdapatnya pelbagai lambakan jenis muzik moden di negara kita
pada hari ini.
Selain itu juga pengkaji mengandaikan Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang ini
mampu menghadapi segala cabaran yang datang di dalam usaha pengkalan seni warisan Rodat.
1.5 Skop Kajian
Pengkaji akan melihat skop yang dikaji melalui Kumpulan Rodat Kampung Surau
Panjang itu sendiri. Oimana pengkaji akan lebih tertumpu kepada usaha dan cabaran, kekuatan
dan kelemahan yang dihadapi oleh Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang.
Selain itu juga pengkaji turut melihat sejauhmana penerimaan masyarakat setempat
terhadap usaha kumpulan tersebut di dalam memartabatkan dan mengekalkan kesenian warisan
Rodat
5
1.6 Permasalahan Kajian
Pennasalahan yang dilihat oleh pengkaj i adalah seni warisan Rodat kini semakin
terpinggir, Kebanyakkan kumpulan-kumpulan kesenian ini semakin tenggelam di telan zaman
akibat dari kesan kemajuan teknologi seperti penggunaan muzik moden yang terdapat pada
hari ini yang tiada hadnya menyebabkan kebanyakkan seni warisan tradisi ini semakin
dilupakan. Masyarakat kini telah berpindah mengikut trend terkini iaitu lebih meminati
kumpulan-kumpulan seni muzik moden, lebih tepat lagi dikatakan bahawa masyarakat pada
hari ini lebih tertarik dengan seni dan hiburan berbentuk baru atau bercorak moden. Oleh itu
pengkaji melihat ini adalah satu masalah yang serius. Antara pennasalahan yang di dapat,i
adalah seperti :
1.6.1 Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang ini memerlukan
pelapis muda bagi meneruskan perjuangan ini.
Pengkaji mendapati Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang ini
memerlukan pelapis muda bagi meneruskan perjuang ini. Kumpulan ini perlu
mencari pelapis muda kerana ahli-ahli kumpulan ini adalah golongan veteran,
faktor usia ini merupakan masalah utama kepada Kumpulan ini kerana
golongan yang mahir dan pakar suatu hari nanti akan pulang ke rahmatullah.
ebagaimana yang kita sedia maklum kebanyakkan anak muda kini kurang
berminat dengan seni warisan ini. Tanpa pewaris perjuangan kumpulan Rodat
ini akan terhenti begitu sahaja.
1.6.2 Kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat terhadap
kepentingan seni warisan Rodat.
6
Selain itu juga, permasalahan seperti masyarakat pad a hari ini dilihat
kurang menyedari tentang kepentingan seni warisan ini. Pengkaji mendapati
kesenian tradisi Rodat ini kurang diamalkan oleh masyarakat tempatan. Rodat
hanya akan dimainkan apabila ada majlis perkahwinan sahaja. Ini menunjukkan
Rodat semakin dilupai di mana kurangnya sokongan masyarakat kepada
kumpulan-kumpulan ini dalam meneruskan perjuangan mereka untuk
memartabatkan dan mengekalkan tarian ini.
1.63 Golongan remaja kurang terdedab dengan Tarian Rodat
Permasalahan kajian yang seterusnya adalah golongan remaja di
Terengganu kurang terdedah dengan Tarian Rodat. Kebanyakkan golongan ini
didapati kurang berminat dengan Tarian Rodat kerana mereka tidak terdedah
kepada Tarian Rodat. Keadaan ini am at membimbangkan kerana mereka tidak
mengenali seni warisan bangsa. Golongan ini juga Jebih terdedah dengan muzik
moden yang semakin di gilai ramai.
1.7 Kepentingan Kajian
Pengkaji mendapati kajian yang dijalankan mempunyai kepentingan tersendiri. Kajian
ini secara tidak langsung dapat membantu pengkaji dan juga kepada kumpulan Rodat khasnya.
Antara kepentingannya adalah seperti:
1.7.1 Sebagai garis panduan Kepada Kumpulan Rodat Kampung Surau
Panjang di dalam usaba pengekalan seni waisan Rodat.
7
Kepentingan kajian disini ialah dapat membantu meningkatkan lagi
usaha - usaha Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang didalam meneruskan
perjuangan untuk mengekalkan seni warisan ini. Di sini pengkajian pengkaji
dapat dijadikan sebagai satu garis panduan bagi memperbaiki segala kelemahan
yang terdapat di dalam kumpulan ini dalam meneruskan usaha pengekalan
seni warisan ini.
1.7.2 Sebagai satu sokongan terhadap usaha yang dijalankan oleh
Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang.
Selain itu juga kajian ini dapat dijadikan sebagai satu sokongan kepada
Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang. Disini pengkaji mengkaji dan
sekaJigus menyokong usaha yang dijalankan oleh kumpulan ini didalam
mengetengahkan seni warisan ini.
L 7.3 Membantu pengkaji lain mendapatkan sumber rujukan.
Kepentingan yang seterusnya adalah dapat membantu pengkaji
pengkaji budaya lain didalam mendapatkan sumber-sumber rujukan bagi
mereka yang ingin mengkaji seni warisan Rodat ini. Selain itu juga kajian ini
dapat dijadikan sumber bacaan dan ilmiah kepada masyarakat dan pelajar
peJajar di masa akan datang didalam mendapatkan maklumat mengenai tarian
Rodat ini.
1.7.4 Memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Kepentingan kajian pengkaji juga adalah untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat tempatan dan luar Negeri Terengganu tentang peranan
sesuatu kumpulan kesenian seperti Kumpulan Rodat Kampung Surau Panjang
8
sebagai pewaris dan pen gem bang seni tarian Rodat ini. Kegiatan seni ini akan
pupus sekiranya tiada golongan atau kumpulan seni yang akan meneruskan
usaha pengembangan seni tarian ini.
9
.- ----.-
2.1
2.2
1.1.1
BAB2
SOROTAN KESUSASTERAAN
o Pengenaian
Di dalam Bab ioi akan lebih memberikan penumpuan kepada karya-karya dan juga
basil kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Karya-karya yang
berkaitan dengan kaj ian penyelidik adalah mengenai Tarian Rodat. Karya-karya dan hasil
kaj ian terdahulu diulas untuk membantu pemahaman pengkaji dengan lebih mendalam.
Kandungan Umum
Kandungan umum yang terdapat didalam bab ini adalah mengenai maklumat secara
umum Tarian Rodat dan juga definisi Kesenian Tarian Rodat .
Kajian Lepas
Asal Usul Tarian Rodat
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ( 2005 : 1338 ) perkataan Rodat membawa
maksud sejenis tarian yang ditarikan oleh lelaki dan perempuan yang nyanyiannya ( Arab )
diiringi dengan Rebana. Manakala didalam bahasa Arab pula membawa maksud berulang
ulang, bersahutan-sahutan, bersatu kembali atau juga berbalas-balas. Berdasarkan ayat terse but
dapat dinyatakan bahawa Tarian Rodat ini berasal dari Tanah Arab. Kenyataan ini
diperkukuhkan lagi didalam buku Siri Mengenal Budaya ( 2003 ), Kementerian Kebudayaan,
10
nian dan Perlancongan Malaysia apabila perkataan Rodat itu sendiri wujud dalam
perbcndaharaan kata Arab. Hal ini terbukti apabila hampir keseluruhan lirik lagu Rodat
mempunyai perkataan Arab. Didalam buku ini juga banyak menceritakan tentang Tarian Rodat
secara terperinci.
Didalam buku Sirih Pinang Kumpulan Esei , Harun & Ishak ( 1987 ) Rodat, yang
Berjudul kesenian tradisi yang menjadi hiburan di majlis perkahwinan, berkhatan dan
perayaan-perayaan negeri menerangkan Rodat secara terperinci dari segi asal usul, alat muzik,
care persembahan dan lain-lain lagi. Dalam buku ini penulis menyatakan bahawa di Negeri
Terengganu Rodat menggunakan bahasa Arab dan dipercayai dibawa dari Arab, iaitu
berdasarkan naskhah Rodat yang dikenali sebagai Sural Amrah di dalam tajuk ini juga penulis
menerangkan asal usul tarian Rodat yang dipercayai berasal dari Tanah Arab bagi masyarakat
Terengganu. Di Negeri Selangor pula Rodat dikatakan berasal dari Bahasa Jawa membawa
maksud " tarian " dan tradisi itu dibawa dibawa dari Pulau Jawa. Tetapi di dalam kamus-kamus
Arab dan Jawa tidak ditemui perkataan "Rodat" yang merujuk kepada pennainan yang di
maksudkan itu. Menurut penulis lagi pada pandangan umumnya banyak yang bersetuju bahawa
ROOat merupakan pemujaan dan pujian kepada Rasulullah s.a.w .
Berdasarkan kepada semua kenyataan pengkaji terdahulu, pengkaji mendapati bahawa
ROOat berasal dari Tanah Arab dan ini telah dibuktikan oleh kenyataan dari penulis buku dan
pengkaji yang terdahulu. Pengkaji juga bersetuju dengan kenyataan para pengkaji terdahulu
yang menyatakan asal usul sebenar Tarian Rodat kerana jika dilihat kepada kandungan lagu
Rodat itu sendiri dinyanyikan di dalam bahasa Arab. Dari segi kaitan dengan kajian pengkaji
disini adalah berkaitan dengan maksud dan definisi perkataan Rodat. Pengkaji membandingkan
istilah tersebut yang didapati dari kamus dan juga buku Siri Mengenal Budaya.
11