kurikulum pkbp dan p&p
DESCRIPTION
-bahan untuk guru-TRANSCRIPT
KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dibina
supaya dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik,berfokus,dan
bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid PKBP.
KEPELBAGAIAN KEUPAYAAN INDIVIDU
• PEMBELAJARAN YANG MENGGEMBIRAKAN DAN BERMAKNA
• MENYELURUH DAN BERSEPADU
• PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT
KEPERLUANINDIVIDU
BERDIKARI
• BERDISIPLIN DAN BERSIKAP POSITIF
• BERMORAL DAN BERETIKA
• BERKEMAHIRAN DAN BERKETRAMPILAN
• PRODUKTIF DAN BOLEH MENYUMBANG KEPADA KELUARGA,MASYARAKAT DAN NEGARA
KEHIDUPAN BERMAKNA
KEPELBAGAIAN KEUPAYAAN INDIVIDU
Akta Pendidikan 1996,
Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2)
“Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik
jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung
kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada
pengamal perubatan,pegawai Kementerian Pendidikan dan
pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya
mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk
menghadiri program pendidikan khas…….”
1. Menyeluruh dan Bersepadu
PRINSIP UTAMA
Memberi fokus kepada potensi individu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Potensi ini hendaklah dipertingkatkan melalui penglibatan kumpulan pelbagai disiplin secara kolaboratif dan bersepadu
PRINSIP UTAMA
2. Pembelajaran yang Menggembirakan dan Bermakna
Proses pengajaran dan pembelajaran yang meransang dan mengekalkan minat murid berkeperluan khas kepada pembelajaran dalam suasana yang kondusif serta diberikan pendedahan kepada persekitaran sebenar.
PRINSIP UTAMA
3. Pendidikan Sepanjang Hayat
Pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana peluasan ilmu secara berterusan untuk digunakan dalam kehidupan seharian dan juga kerjaya.
BIDANG PEMBELAJARAN
Bidang pengurusan kehidupan
Bidang Akedemik Berfungsi
Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni
Bidang Sosial,Riadah dan Kreativiti
Pengurusan Diri
Kemahiran Manipulatif
Pengurusan Tingkah Laku
Kemahiran Hidup
Bahasa Melayu
Matematik
Bahasa Inggeris
Multimedia
Pendidikan Agama Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Jasmani
Pend. Muzik,Gerakan dan Drama
Sains, Sosial dan Alam Sekitar
Pendidikan Jasmani
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 1997
“Guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik
pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan
susunan aktiviti,mata pelajaran dan bahan bantu mengajar
bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.
PENGAJARAN
Sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar-pelajar
dapat mempelajari dan menguasainya dengan
berkesan. Melalui pengajaran, pelajar berubah dari
tidak tahu kepada tahu. Terdapat beberapa
model pengajaran yang dipraktikkan oleh guru-guru
pada masa kini. Mengikut Thomas F. Green, tujuan
mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakukan
pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau
kepercayaan baru.
PEMBELAJARAN
Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut
kamus dewan(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh
ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini
mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat
penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga
berlaku perubahan dalam diri pelajar.
Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya 'The Condition of
Learning' mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah
laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak
termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan
STRATEGI PENGAJARAN
MERUPAKAN RANCANGAN YANG TERATUR, IAITU MERUJUK KEPADA KEBIJAKSANAAN MEMILIH PENDEKATAN SERTA KECEKAPAN MERANCANG KAEDAH DAN TEKNIK DALAM SATU-SATU PENGAJARAN BERDASARKAN OBJEKTIF PENGAJARAN YANG TELAH DITENTUKAN
• Ajaran berdasarkan objektif pengajaran• Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran.• Lebih mengambil kira objektif jangka penjang• Mengambil kira segala aspek pembelajaran
termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya
RUMUSAN
APAKAH YANG PERLU ADA DALAMSTRATEGI PENGAJARAN ?
• PENDEKATAN• KAEDAH• TEKNIK• AKTIVITI• PENILAIAN• ABM
YANG DIAPLIKASIKAN DALAM PENGAJARAN ADALAH STRATEGI PENGAJARAN
PENDEKATAN
MERUJUK KEPADA CARA BAGAIMANA SESUATU MATA PELAJARAN DIAJARKAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PELAJARAN
• Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Melalui pendapat di atas dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran
• contohnya :- a) konkrit kepada abstrak b) mudah kepada kompleks c) keseluruhan kepada bahagian d) umum kepada spesifik (deduktif) e) spesifik kepada umum (induktif) f) dekat kepada jauh g) diketahui kepada belum diketahui
Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya
PENDEKATAN
Rumusannya Pendekatan adalah:
• Cara mengajar berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan
• Harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu• Beraksiomatik iaitu kenyataannya dianggap benar
tanpa memerlukan bukti atau alassan• Mendokong sesuatu teori
PENDEKATAN PENGAJARAN
• PEDEKATAN BERPUSATKAN GURU• PENDEKATAN BERPUSATKAN PELAJAR• PENDEKATAN BERPUSATKAN BAHAN• PENDEKTATAN KONSTRUKTIVISME• PENDEKATAN INDUKTIF• PENDEKATAN DEDUKTIF• PENDEKATAN ELEKTIF• PENDEKATAN MASTERI• PENDEKTAN PENYEBATIAN
KAEDAH PENGAJARAN
KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN ADALAH TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH GURU YANG DIRANCANG SECARA SISTEMATIK DALAM MENGENDALIKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. KAEDAH INI MELIBATKAN TINDAKBALAS ANTARA GURU DAN PELAJAR UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN
Rumusannya kaedah adalah :
• Siri tindakan guru yang sistematik bertujuan mencapai objektif pengajaran yang telah di tetapkan
• Lebih bercorak jangka pendek• Merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada
prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih
• Mendokong pendekatan yang dipilih
KAEDAH MENGAJAR MENDENGAR DAN BERTUTUR
• KAEDAH KULIAH• KAEDAH MEMBERI ARAHAN• KAEDAH PERBINCANGAN• KAEDAH MENYOAL• KAEDAH LATIH TUBI• KAEDAH UJIAN LISAN• KAEDAH TINJAUAN SEMULA• KAEDAH SUMBANG SARAN• KAEDAH PERBAHASAN• KAEDAH LAPORAN LISAN• KAEDAH ANALISIS FILEM
• KAEDAH PAPAN HITAM• KAEDAH BUKU KERJA• KAEDAH BUKU TEKS• KAEDAH PAPAN BULETIN• KAEDAH LAPORAN MAKMAL• KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH• KAEDAH PENYIMPANAN JURNAL• KAEDAH PENGAMBILAN NOTA• KAEDAH PENGAJARAN INDIVIDU• KAEDAH PENGAJARAN BERPROGRAM• KAEDAH TUTORAN SEBAYA• KAEDAH TINJAUAN SEBAYA• KAEDAH PEMBELAJARAN BERKUMPULAN• KAEDAH PEMBELAJARAN MELALUI PUSAT
SUMBER SEKOLAH / LAWATAN
KAEDAH PENGAJARAN MEMBACA DAN MENULIS
•KAEDAH KERJA LAPANGAN•KAEDAH DEMONSTRASI•KAEDAH MAKMAL•KAEDAH INKUIRI•KAEDAH KONTRAK•KAEDAH PERMAINAN•KAEDAH EKSPLORASI – PENEMUAN•KAEDAH PUSAT PEMBELAJARAN•KAEDAH PROJEK•KAEDAH SIMULASI•KAEDAH KOPERATIF/BERPASUKAN•KAEDAH PEMUDAHCARAAN•KAEDAH PENGAJARAN MODUL
KAEDAH PENGAJARAN MEMERHATI – MEMBUAT
TEKNIK PENGAJARAN
TEKNIK PENGAJARAN ADALAH MERUJUK KEPADA SATU MUSLIHAT ATAU SATU KEMAHIRAN YANG DIGUNAKAN OLEH GURU DENGAN TUJUAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PELAJARAN
Rumusannya Teknik adalah:
• Merupakan kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang telah dilaksanakan
• Pengendalian yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah• Digunakan dalam langkah pengajaran• Perlu mengambilkira faktor latar belakang pelajar dalam
menentukan teknik yang dipilih
TEKNIK PENGAJARAN
• TEKNIK BERCERITA• TEKNIK BERSYARAH• TEKNIK PERBINCANGAN• TEKNIK DEMONSTRASI• TEKNIK LATIHTUBI DAN HAFALAN• TEKNIK PENYOALAN• TEKNIK MAIN PERANAN• TEKNIK SIMULASI• TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH• TEKNIK SUMBANGSARAN• TEKNIK PERMAINAN
Konsep Keseluruhan
Teori Pembelajaran
Pendekatan
Kaedah
Teknik
Strategi Pengajaran
AKTIVITI PENGAJARAN
• BERMAKSUD GERAKERJA ATAU TINDAKAN.• DALAM PENDIDIKAN SEGALA GERAKERJA
YANG DIJALANKAN OLEH GURU DAN MURID UNTUK MENCAPAI OBJ. PELAJARAN.
• DGN. KATA LAIN SEGALA TINDAKAN DALAM PENGAJARAN GURU DAN MURID.
AKTIVITI PENGAJARAN
• AKTIVITI MEMBACA• AKTIVITI AKTIVITI MENULIS• AKTIVITI MENGIRA• AKTIVITI BERMAIN• AKTIVITI BERBINCANG• AKTIVITI MEMBUAT MODEL• AKTIVITI MELUKIS• AKTIVITI MENYELESAIKAN MASALAH• AKTIVITI MENYANYI
PENUTUP
KETEPATANDAN KEBIJAKSANAAN MEMILIH PENDEKATAN SERTA KECEKAPAN MERANCANG KAEDAH, TEKNIK DAN AKTIVITI DALAM SESUATU PENGAJARAN AKAN MEMBANTU GURU MENCAPAI OBJEKTIF YANG DISASARKAN.
SEKIAN…….