kursus integriti anjuran sesb bersama sprm · pdf filekursus tersebut telah dikendalikan ......

Download KURSUS INTEGRITI ANJURAN SESB BERSAMA SPRM · PDF fileKursus tersebut telah dikendalikan ... anggota kerja melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh

If you can't read please download the document

Upload: hacong

Post on 06-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KOTA KINABALU - Seramai lebih kurang 70 orang warga kerja SESB daripada seluruh stesen telah menghadiri

    kursus Integriti anjuran bersama SESB dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada 30

    Mac 2015 bertempat di Dewan Persidangan Wisma SESB.

    Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Jabatan Keselamatan dan Risikan, Bahagian Perkhidmatan Korporat bersama

    dua orang penceramah daripada SPRM selaku Pegawai Penyiasat iaitu Puan Nur Shafika Julia dan Puan Suryani Ali

    masing-masing menyampaikan taklimat mengenai `Integriti dan `Apa itu Rasuah.

    Objektif utama kursus tersebut adalah untuk memupuk nilai integriti di kalangan warga kerja SESB di samping

    memberi pendedahan yang lebih efektif mengenai amalan integriti sebenar dalam kehidupan harian serta memahami

    secara terperinci mengenai bentuk dan kesan rasuah.

    Secara umumnya, rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu suapan yang

    berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan

    dengan bidang tugas seseorang manakala integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan

    individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi.

    Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud 'code of behavior'. Jika semua

    anggota kerja melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat

    bertamadun, nescaya syarikat akan maju dan bertamadun.

    AMALAN INTEGRITI MEMBENTUK BUDAYA KERJA CEMERLANG

    KURSUS INTEGRITI ANJURAN SESB BERSAMA SPRM SABAH

    Bil. 27/2015 EDARAN DALAMAN SAHAJA 30 Mac 2015

    INFO Terkini

    Anggota kerja yang hadir Pn. Suryani Ali sedang menyampaikan taklimat