kursus kepimpinan pengawas fasa 1
TRANSCRIPT
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS FASA 1
Tarikh : 7 feb 2009 ( Sabtu )
Tempat :SK Seksyen 20
Siapakah Pemimpin ?Apa Itu Pemimpin ?Kenapa Anda Dipilih ?Ciri-ciri Seorang Pemimpin ?Apakah Peranan Seorang Pemimpin
Masa Hadapan ?
Perdana Menteri Malaysia
Keluarga
Firman ALLAH ;
“ AKU jadikan manusia di muka bumi ini untuk menjadi pemimpin
( Khalifah )
Hadith Nabi Muhammad s.a.w.
“ Setiap orang itu adalah pemimpin sama ada untuk diri sendiri, keluarganya, kaumnya atau negaranya.”
SIAPA PEMIMPIN DI SEKOLAH ?
1. Pengawas
2. Ketua Darjah
3. Pustakawan
4. Pengerusi Unit Beruniform
5. Ketua Pasukan/ Permainan
6. Pembimbing Rakan Sebaya
Kenapa Anda Dipilih ?
RajinTekunBersopan-santunBerdisiplinBertanggungjawabCergasCeriaKreatifCekap
Apa itu pemimpin ?
Mempunyai wawasan, bercita-cita tinggi dan gigih berusaha untuk kejayaan / kecemerlangan.
Seorang yang kuat berpegang pada sesuatu prinsip.
Suka pada cabaran atau sesuatu yang baru.Mudah bertolak-ansur, sedia menerima
perubahan
SIFAT-SIFAT PEMIMPIN
Bertakwa kepada Tuhan
Memiliki sahsiah yang terpuji - hormat orang lain - sopan & berbudi bahasa - peramah/ tidak sombong - bercakap benar / jujur - merendah diri Bijak dan berpengetahuan tinggi
Berkebolehan bertutur
dengan baik dan
berkesan
Bersikap sabar dan
ikhlas
Bertanggungjawab dan
adil
TUGAS & TANGGUNGJAWAB SEORANG PENGAWAS
1. Sebagai ketua dan pembantu kepada pentadbir, guru dan kawan-kawan.
2. Menegur dengan tegas kepada rakan-rakan yang melanggar disiplin.
3. Mengajak kawan-kawan menjadi mematuhi peraturan dan berdisiplin.
4. Menjadi model/ contoh
kepada murid-murid lain.
5. Sentiasa berusaha untuk
menjadi murid cemerlang dan
pemimpin disegani.
6. Mencatat serta melaporkan kesalahan murid kepada guru pengawas / disiplin.
7. Membantu ketua kelas mengawasi murid dari masa ke semasa terutama ketika ketiadaan guru.
8. Bersedia bertugas mengikut jadual yang ditetapkan oleh guru pengawas.
9. Sentiasa peka dengan keadaan disiplin murid.
TATACARA PENGEDALIAN MURID MASUK DI PINTU PAGAR SEKOLAH
1. Semua pengawas bertugas menjaga dan menunggu di pintu pagar sekolah.
2. Selepas 7.45pm, pintu pagar ditutup, semua pengawas pergi ke kelas masing-masing
3. Murid yang telah memasuki kawasan sekolah tidak dibenarkan keluar kembali.
TATACARA PENGENDALIAN SEMASA WAKTU REHAT
1. Pengawas mengawal keadaan murid semasa pembelian di kantin sekolah.
2. Pengawas pelu mengingatkan murid adab makan semasa rehat.
3. Lima minit sebelum masa rehat tamat, pengawas bertugas mengarahkan murid membersihkan kawasan sekitar kantin.
TATACARA PENGENDALIAN MAJLIS RASMI
1. Pengawas berbaris di hadapan dewan memastikan murid masuk dalam keadaan tertib dan pakaian yang kemas.
2. Pengawas duduk di hujung setiap barisan, menjaga murid yang duduk sebaris dengannya.
3. Pengawas hendaklah membuat rondaan dari semasa ke semasa untuk memastikan murid berada dalam keadaan yang tertib sepanjang majlis berlangsung.
4. Pengawas berbaris di pintu dewan memastikan murid keluar dengan tertib.
TATACARA PENGENDALIAN KES DISIPLIN MURID
Pengawas menangkap/ mendapati murid melakukan kesalahan, teguran lisan dibuat.
Pengawas mencatatkan kesalahan murid dalam buku catatan harian pengawas.
Setelah murid melakukan 3 kesalahan kecil namanya akan dihantar kepada guru pengawas sekolah untuk tindakan lanjut.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS
Memastikan jadual tugas kebersihan di dalam kelas dilaksanakan oleh murid.
Melaporkan kes-kes kesalahan disiplin yang berlaku di dalam kelas kepada guru kelas.
Mengawal keadaan kelas bersama pengawas sewaktu ketiadaan guru.
Membantu guru kelas dan guru lain sewaktu diperlukan.
Sentiasa peka dengan keadaan kebersihan kelas serta keceriaannya.
Mengetuai murid dalam kelas mengucapkan salam kepada guru atau pelawat yang memasuki kelas.
Berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan diri sendiri.
• Mesti tahu dan faham tentang disiplin dan peraturan sekolah.
• Perlu berpakaian kemas dan bersih serta sentiasa menyiapkan kerja-kerja sekolah.
• Meminta murid beratur dengan baik sebelum bergerak ke bilik-bilik khas.
CIRI-CIRI PEMIMPIN CEMERLANG
Berbudi pekerti mulia Bijaksana Sihat tubuh badan Berketrampilan / berpakaian bersih & kemas Berdisiplin
Boleh dipercayai dan dihormati
Bertanggungjawab, amanah
dan jujur dalam tugas
Sentiasa berusaha ke arah
kecemerlangan akademik.
Mesra dan pandai bergaul
AKHIR SEKALI, RUMUSANNYA….
Andalah yang menentukan apa yang anda ingin jadi, sama ada :
Anda antara pemimpin
yang cemerlang atau
Anda dalam senarai
yang diketepikan
Renungan
Pemimpin yang cemerlang adalah pemimpin yang
berjaya memimpin dirinya sendiri.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Daripada : Pn Siti Nabiha bt. Hamzah
Unit Bimbingan & Kaunseling,
SK Seksyen 20, Shah Alam