laman kolaborasi emis dan sistem khidmat pesanan · pdf filepengemaskinian data oleh guru data...
TRANSCRIPT
LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT PESANAN RINGKAS
(TM INFOBLAST) DALAM PENGEMASKINIAN DATA EMISONLINE
AYATUL KAUTHAR BIN BASEMIN @ BASEMAN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan
(Teknologi Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
DISEMBER, 2013
PSZ 19:16 (Pin. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISט
JUDUL : LAMAN KOLABORASI EMIS DAN SISTEM KHIDMAT
PESANAN RINGKAS (TM INFOBLAST) DALAM
PENGEMASKINIAN DATA EMISONLINE
SESI PENGAJIAN : 2012/2013
Saya AYATUL KAUTHAR BIN BASEMIN @ BASEMAN No. Matriks MP 111382
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi
Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( / )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
/
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________________ ____________________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: No. 2, Jalan Pulai Mesra 7,
Bandar Baru Kangkar Pulai,
81110 Johor Bahru, Johor. Dr. Noor Azean Binti Atan Nama Penyelia
Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
ט Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)
Tandatangan : ..................................................
Nama Penyelia : Dr. Noor Azean Binti Atan
Tarikh : .................................................
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penulis: AYATUL KAUTHAR BIN BASEMIN @ BASEMAN
Tarikh : 23 DISEMBER 2013
iv
DEDIKASI
Istimewa buat arwah isteri yang tercinta...
ALLAHYARHAMAH NORHASLINDA BINTI ABDUL GHANI
Terima kasih tidak terhingga atas sumbangan idea dan sokongan moral dalam
melengkapkan karya ini.
Putera-puteriku yang dikasihi...
AMIR ATAULLAH
AZYAN ATAULLAH
ALEESYA ATAULLAH
Menjadi sumber inspirasi bagi meneruskan perjuangan.
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syukur ke
hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya projek sarjana ini dapat disempurnakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penyelia projek sarjana ini Dr. Noor Azean Binti Atan yang juga penyelaras program
sarjana ini atas segala tunjuk ajar dan bimbingan serta saranan-saranan yang bernas dan
membina sepanjang projek kajian ini dijalankan.
Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua Guru Data dan
Maklumat daerah Kulaijaya yang memberi kerjasama dalam melengkapkan kajian ini.
Tidak dilupakan juga sahabat-sahabat dan saudara mara yang senantiasa
memberikan sokongan dan galakan, membantu dengan memberi idea, saranan,
bimbingan dalam penulisan laporan kajian ini. Buat putera-puteri tersayang, terima
kasih kerana senantiasa memahamiku sepanjang bergelar pelajar sarjana.
Semoga Allah S.W.T senantiasa merahmati dan memberkati kalian.
vi
ABSTRAK
Pengemaskinian data oleh Guru Data dan Maklumat sekolah di dalam Sistem
EMISONLINE sering menjadi isu kerana pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah yang
dipertanggungjawab menguruskan data semua sekolah di dalam daerah sering
mengalami masalah untuk berhubung dengan Guru Data dan Maklumat untuk memberi
nasihat, tunjuk ajar dan penambahbaikan kepada mereka. Justeru, penyelidik
merancang dan membangunkan laman kolaborasi EMIS untuk menyokong
pengemaskinian data di dalam sistem EMISONLINE. Seterusnya penyelidik
mendapatkan maklum balas daripada Guru Data dan Maklumat terhadap kemudahan
laman kolaborasi EMIS dan Sistem SMS Infoblast dari aspek kemudahan dan
pengetahuan. Responden yang terlibat adalah seramai 70 orang Guru Data dan
Maklumat di 70 buah sekolah rendah dan menengah di salah sebuah daerah negeri Johor
sebagai kajian kes bagi kajian yang dijalankan. Borang soal selidik telah digunakan
sebagai instrumen kajian. Nilai min keseluruhan adalah di antara 3.92 hingga 5.00 yang
menunjukkan kesemua Guru Data dan Maklumat tersebut memberi respon yang baik
terhadap penggunaan laman web sokongan tersebut. Menerusi analisis data yang
dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dalam
mendapatkan kekerapan, peratusan dan min bagi persepsi Guru Data dan Maklumat
terhadap pengetahuan dan kemudahan yang terdapat di dalam laman kolaborasi EMIS
dan sistem khidmat pesanan ringkas TM Infoblast. Hasil kajian menunjukkan persepsi
Guru Data dan Maklumat terhadap penggunaan laman kolaborasi EMIS Kulaijaya dan
sistem pesanan ringkas TM Infoblast berada pada tahap tinggi. Cadangan dikemukakan
kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Pengguna laman web kolaborasi ini juga mampu
mengurangkan kesilapan pengemaskinian data EMISONLINE dan ianya telah
diimplementasikan sepenuhnya dalam laman web ini bagi meningkatkan lagi
keupayaan pengurusan data EMISONLINE supaya data dan maklumat pendidikan
daerah berada dalam kebolehpercayaan, tepat dan mempunyai kesahan data yang
vii
tinggi. Pengurusan terhadap pengemaskinian data berkenaan memerlukan pelaksanaan
dan tindakan segera oleh guru data dan maklumat agar maklumat yang disalurkan
mampu diakses oleh pihak atasan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan
seterusnya dapat dicapai segera. Selain itu, ketepatan terhadap perubahan data yang
dikehendaki mampu memenuhi kehendak yang diperlukan oleh pihak PPD/JPN/KPM.
Justeru bagi mengatasi permasalahan ini, sebuah platform bagi memudahkan maklumat
yang disampaikan kepada Guru Data dan Maklumat sekolah jelas dan tepat
dibangunkan agar pengemaskinian data ini dapat dilakukan dengan efisien serta dalam
jangkamasa yang lebih singkat. Rentetan daripada penyelesaian masalah ini, penyelidik
merekabentuk dan membangunkan sebuah laman kolaborasi EMIS dengan dibantu
Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (TM Infoblast) dalam pengemaskinian data
EMISONLINE bagi salah sebuah daerah dalam negeri Johor.
viii
ABSTRACT
Updating data by Data and Information Teacher in EMISONLINE often an
issue because officials who responsible at the District Education Office to manage data
for all schools in the district sometimes have problems relating the Data and
Information Teacher to provide advice, guidance and improvements for them. Thus,
researcher designing and developing an EMIS web collaboration to support the
updating of the data in the EMISONLINE system. Next, the researcher get feedback
from the Data and Information Teacher on the facility of EMIS site collaboration and
SMS Infoblast system in terms of facilities and knowledge. Respondents are 70 Data
and Information Teacher in 70 primary and secondary schools in a district of the state
of Johor as a case study for the research. A questionnaire was used as an instrument.
The overall mean value was between 3.92 and 5.00 indicating all Data and Information
Teacher respond well to the use of the support website. Through data analysis
performed using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) in frequency,
percentage and mean for the perception of data and information to knowledge and
facilities available at the site EMIS collaboration and short messaging system TM
Infoblast. The results showed that the perception of data and information on the use of
EMIS Kulaijaya collaboration sites and short message TM Infoblast is at a high level.
Proposal submitted to the Ministry of Education (MOE), the State Education
Department (NRD) and the District Education Office (DEO). The website of this
collaboration could also reduce errors in updating EMISONLINE data and it was fully
implemented in the website to further enhance data management capabilities so that
EMISONLINE educational data and information in the district is in the reliability,
accuracy and data validity. Management of data updates require implementation and
immediate action by the Data and Information Teacher that transmitted information can
be accessed by a higher authority, namely the Ministry of Education Malaysia and can
be reached immediately. In addition, the accuracy of the data changes required to be
able to meet the requirements needed by the DEO/NRD/MOE. Hence to overcome this
ix
problem, a platform to facilitate information and data presented to the teacher of the
school clear and accurate information is developed to update this data can be performed
efficiently and in a shorter period. The sequence of solving this problem, researchers
designing and developing a collaborative site EMIS assisted Short Messaging System
(TM Infoblast) in EMISONLINE data updates for a district in the state of Johore.
x
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Halaman Pengakuan
Halaman Dedikasi
Halaman Penghargaan
Abstrak
Abstract
Halaman Kandungan
Halaman Senarai Rajah
Halaman Senarai Jadual
Halaman Senarai Singkatan
Halaman Senarai Lampiran
ii
iii
iv
v
vi
viii
x
xiv
xv
xvi
xvii
1 PENDAHULUAN
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9
1.10
Pengenalan
Latar Belakang Masalah
Pernyataan Masalah
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
Skop Kajian
Batasan Kajian
Rasional Kajian
Kepentingan Kajian
Definisi Operasi
1
3
10
12
12
12
13
13
14
14
xi
1.11
i) Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan Atas
Talian (EMISONLINE)
ii) Laman Kolaborasi
iii) Guru Data dan Maklumat
iv) Guru Interim
v) Kesahan Data
Kesimpulan
14
15
15
15
15
16
2 KAJIAN LITERATUR
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7
Pengenalan
Kajian Berkaitan Web Berpangkalan Data
Kepentingan Pembangunan Sistem Maklumat
Berpangkalan Data Menerusi Web
Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan
(EMISONLINE)
2.4.1 Kemudahan EMISONLINE
Laman Web Kolaborasi
Model Reka Bentuk Instruksi Dalam Pembangunan
Laman Web
2.6.1 Model Reka Bentuk Laman Web
2.6.2 Model ADDIE
2.6.2.1 Fasa Analisis
2.6.2.2 Fasa Reka Bentuk
2.6.2.3 Fasa Pembangunan
2.6.2.4 Fasa Pelaksanaan
2.6.2.5 Fasa Penilaian
Penutup
17
17
20
22
23
26
30
32
34
34
35
35
36
36
36
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1
3.2
Pengenalan
Reka Bentuk Model Instruksi (ADDIE)
3.2.1 Fasa Analisis
38
38
39
xii
3.3
3.2.1.1 Objektif Kajian
3.2.1.2 Kumpulan Sasaran
3.2.1.3 Skop Pengisian Laman Web
3.2.1.4 Pemilihan Perisian Laman Web
3.2.1.5 Pemilihan Perkakasan Komputer
3.2.2 Fasa Reka Bentuk
3.2.2.1 Reka Bentuk Informasi
3.2.2.2 Reka Bentuk Interaksi
3.2.2.3 Reka Bentuk Antaramuka dan
Persembahan
3.2.3 Fasa Pembangunan
3.2.4 Fasa Pelaksanaan
3.2.5 Fasa Penilaian
Penutup
39
39
40
41
43
43
46
47
50
53
54
54
54
4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
Pengenalan
Pengurusan Fail dan Penyebaran Laman Web
Ciri-ciri dan Paparan Laman Web
Menu Utama
Menu Log Masuk
Ikon EMIS – UMICT KULAIJAYA
Menu Panduan Am
Ruangan Komen
Penutup
56
56
57
58
60
61
62
62
64
5 ANALISIS DATA
5.1 Pengenalan
5.2 Analisis Data Soal Selidik Guru Data dan Maklumat
5.3 Perbandingan Data
5.4 Penutup
65
65
70
74
6 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
xiii
RUJUKAN
6.1
6.2
6.3
6.4
6.5
6.6
6.7
Pengenalan
Perbincangan
Masalah atau kekangan Yang Dihadapi
i) Masa
ii) Kemahiran Teknikal
Kelebihan Laman Web
Kelemahan Laman Web
Cadangan
i) Memperbaiki Reka Bentuk Laman Web
ii) Memperluaskan Skop Penggunaan Laman Web
Penutup
75
75
76
76
77
77
78
79
79
79
79
80
LAMPIRAN
87
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
MUKA
SURAT
2.1
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE
Kerangka model reka bentuk hipermedia
Carta Alir Bagi Laman Web
Paparan Laman Web Utama
Paparan Bagi Ruangan Komen
Paparan bagi Sumber Rujukan dan Pautan
Paparan muka hadapan (Laman Utama)
Paparan Utama Laman Kolaborasi EMIS
Kulaijaya
Paparan Utama Laman Utama
Paparan Menu Muat Turun
Paparan Menu Kajian Beban Tugas Guru Data
– JPN Johor
Paparan Menu Log Masuk
Paparan Ikon EMIS Menu Log Masuk
Paparan Menu Log Masuk Bagi Pentadbir
Sistem
Paparan Panduan Am Untuk Pengguna Laman
Web
Paparan Ruangan Komen (Kolaborasi)
Paparan Ruangan Menaip Komen (Kolaborasi)
34
43
45
46
49
50
51
58
59
59
60
61
61
61
62
63
63
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6
5.7
Maklum Balas Responden Terhadap Setiap
Item
Dari Aspek Kemudahan
Maklum Balas Responden Terhadap Setiap
Item
Dari Aspek Pengetahuan
Min Kemudahan Dalam Pengemaskinian Data
EMISONLINE
Min Pengetahuan Dalam Pengemaskinian Data
EMISONLINE
Statistik Min Aspek Kemudahan Bagi
Keseluruhan Guru Data dan Maklumat (GDM)
Terhadap Setiap Item Dalam Pengemaskinian
Data EMISONLINE
Statistik Min Aspek Pengetahuan Bagi
Keseluruhan Guru Data dan Maklumat (GDM)
Terhadap Setiap Item Dalam Pengemaskinian
Data EMISONLINE
Min Keseluruhan Bagi Persepsi Guru Data dan
Maklumat (GDM) Terhadap Setiap Item
Dalam Pengemaskinian Data EMISONLINE
66
67
69
70
71
71
72
xvi
SENARAI SINGKATAN
GDM - Guru Data Dan Maklumat
EMIS KJ - EMIS Kulaijaya
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
PKG - Pusat Kegiatan Guru
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A
Contoh Soal Selidik
87
B
Min Aspek Kemudahan Bagi Keseluruhan
Guru Data dan Maklumat (GDM) Terhadap
Setiap Item Dalam Pengemaskinian Data
EMISONLINE
92
C
Min Aspek Pengetahuan Bagi Keseluruhan
Guru Data dan Maklumat (GDM) Terhadap
Setiap Item Dalam Pengemaskinian Data
EMISONLINE
96
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Peredaran teknologi dan maklumat (ICT) masa kini semakin berkembang dan
menjadi semakin berkembang di dalam bidang pendidikan. Ianya selaras dengan
perkembangan era globalisasi dunia tanpa sempadan. Perkembangan teknologi dan
maklumat banyak membantu dalam memudahkan pengurusan dan mempercepatkan
segala urusan berkaitan pendidikan. Teknologi bukan sahaja digunakan di dalam
pengajaran dan pembelajaran tetapi ia juga digunakan bagi membantu di dalam
pengurusan sekolah. Di dalam pengajaran dan pembelajaran, telah banyak teknologi
yang dikatakan berjaya, namun daripada sokongan kepada pengajaran dan
pembelajaran juga, kita perlu melihat jika teknologi itu membantu banyak kepada
tenaga kepada pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Dalam pendidikan, terdapat dua pecahan berkenaan implementasi teknologi
dilaksanakan dan digunakan. Pertama adalah teknologi yang digunakan untuk
pengajaran dan pembelajaran. Kedua, teknologi yang digunakan untuk pengurusan.
Penggunaan dan perkembangan ICT yang meluas dalam bidang pendidikan ini telah
memberi kesan secara langsung terhadap pengurusan sekolah. Impak ICT dan teknologi
terhadap pengurusan sekolah ternyata banyak menyumbang kepada perkembangan dan
pembangunan yang lebih baik dan efektif dalam bidang pengurusan. Teknologi telah
banyak membantu pihak sekolah dalam menguruskan pendaftaran murid, kewangan
sekolah, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu
mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Dalam
konteks sekolah kini, kebanyakan sistem pengurusan pejabat menggunakan peralatan
komputer dengan menggunakan perisian-perisian seperti MS Excel untuk kewangan
2
sekolah, sistem maklumat asas pendidikan pengurusan (EMIS) yang membolehkan
capaian mudah kepada data pelajar dan staf, sistem pengautomasian pejabat (OAS)
untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urusan seharian pejabat dengan
menghasilkan kerja yang lebih pantas dan lebih kemaskini. Selain itu terdapat juga
aplikasi berasaskan komputer iaitu dalam pengurusan skim pinjaman buku teks yang
dibangunkan menggunakan perisian berpangkalan data yang telah dapat membantu
pengurusan dalam proses pinjaman buku dengan lebih teratur. Walau bagaimanapun,
pengimplimentasian teknologi berkomputer ini perlu dipilih bergantung kepada situasi
pengurusan sesebuah organisasi.
Menurut Hafiza (2009), data merupakan fakta mentah yang dimasukkan ke
dalam sistem untuk diproses dan dipaparkan sebagai maklumat. Melalui era teknologi
maklumat dengan penggunaan teknologi komputer ini adalah sangat sesuai digunakan
dalam pengendalian sesebuah organisasi. Contohnya sistem pengurusan yang
melibatkan data yang banyak bagi mempercepatkan pengurusan serta perekodan
maklumat tanpa perlu melakukannya secara manual. Sebagai contoh adalah Sistem
Maklumat Staf, iaitu sebuah sistem berpangkalan data yang telah dibangunkan pada
tahun 1989 oleh Bahagian Perkhidmatan Komputer, KPM yang mengandungi butir-
butir peribadi setiap guru dan sejarah professional seterusnya membantu dan
memudahkan laporan dijanakan. Pada tahun 1991, ia telah diperkenalkan kepada
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) (Markhaini, 2003) bagi pengurusan data guru. Ini
dianggap sebagai berguna untuk beberapa bahagian di Kementerian Pelajaran
khususnya Bahagian Sekolah dan JPN.
Selain daripada itu, antara sistem yang telah berjaya penggunaannya adalah
sistem maklumat pencapaian pelajar. Melalui sistem ini juga telah membantu dalam
penambahbaikan pengurusan data murid sedia ada. Penambahbaikan melalui teknologi
berkomputer haruslah berbentuk sokongan terhadap sistem yang sedia ada agar
pengemaskinian data lebih efisien dan mudah diakses.
Laman web telah memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan. Namun,
laman web itu kadangkala tidak boleh berdiri dengan sendirinya. Ia perlu diintegrasi
dengan sesuatu teknologi yang baru seperti adanya teknologi mudah alih agar ianya
mudah dicapai. Oleh itu, teknologi laman web dan mudah alih perlu diintegrasikan
bersama supaya ia dapat menghasilkan satu sistem yang lebih baik sebagai
penambahbaikan. Oleh yang demikian, dalam kajian ini, penyelidik akan
membangunkan laman web dengan pengintegrasian bersama sistem SMS Infoblast
3
dalam menyokong penggunaan sistem EMISONLINE agar lebih efektif serta pihak
sekolah dapat mengemaskini data dengan lebih baik, cepat, tepat dan sistematik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Bersandarkan kepada Perakuan 264 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah
menyatakan kepentingan maklumat, data dan idea pelajaran sebagai faktor pembantu
kepada perancangan pelajaran. Unit Data Pelajaran (Unit Data Bank) telah diperakui
bukan sahaja menjadi unit data bahkan juga sebagai unit idea. Untuk menjadikan unit
ini sebagai unit yang berkesan, keupayaan tenaga pegawai serta sistem simpanan dan
dapatan balik hendaklah diperkukuhkan.
Di dalam Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 4/2011
yang telah diadakan pada 22-24 September 2011, “Mesyuarat telah memutuskan
bahawa data berkaitan sekolah, guru dan enrolmen yang terdapat dalam Aplikasi EMIS
merupakan data rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Justeru itu, data ini
akan diguna pakai dalam perancangan dan pembangunan pendidikan”.
Demi kelancaran proses pengumpulan data dan maklumat tentang guru, staf dan
enrolmen murid di sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan inisiatif
dengan menjalankan beberapa siri evolusi generasi kaedah pengumpulan maklumat.
Bermula dengan kaedah kertas, kaedah disket atau elektronik dan kini kaedah atas talian
(online). Kaedah kertas menggunakan borang cetakan stensil, cetakan Borang
Berkomputer, cetakan borang OMR dan kemudiannya dianalisis dengan menggunakan
aplikasi pangkalan data EPRDB4 (Extended Package For Relational Data Base Release
4) yang dibangunkan sendiri oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (BPPDP).
BPPDP adalah agensi yang diperakukan oleh Jawatankuasa Kabinet bagi
mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 untuk mengendalikan pengurusan
maklumat dan perangkaan asas pendidikan. BPPDP telah membangunkan Sistem
Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS) khusus untuk pengumpulan dan
penganalisisan data sekolah. Bagi memudahkan pelaksanaan EMIS, pihak KPM telah
membekalkan perkakasan dan perisian komputer ke sekolah serta mewujudkan satu pos
jawatan di sekolah yang bertanggungjawab mengumpul dan menguruskan data EMIS
ini yang dikenali sebagai Guru Data dan Maklumat (GDM).
(Pembangunan Pendidikan 2001-2010 – Blueprint KPM)
4
SMPP/EMIS merupakan satu sistem yang terurus bagi memungut, memproses,
menyimpan, mencapai dan menyebar data dan maklumat untuk menyokong aktiviti-
aktiviti utama dan kitaran pengurusan pendidikan bagi pengurus dan pembuat
keputusan di semua peringkat di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM, 2001). Ia
termasuk penyepaduan pengkalan data yang sedia ada dan pembangunan polisi dan
prosidur untuk meningkatkan penggunaan data pendidikan untuk membuat keputusan
seperti agihan sumber, perancangan tenaga kerja dan unjuran pendidikan.
Antara objektif utama SMPP/EMIS ialah meningkatkan penggunaan data dan
maklumat dalam membuat keputusan dan penyelesaian bermaklumat. Manakala salah
satu fungsi aplikasi EMIS ialah sebagai satu alat bagi menyokong fungsi mengeluarkan
maklumat dan laporan untuk fungsi pentadbiran dan pengurusan.
Bermula pada tahun 2008, EMIS telah mengalami penambahbaikan dan dinaik
taraf kepada web-based secara berperingkat-peringkat kerana beberapa isu yang timbul
pada ketika itu. Isu pertama adalah disebabkan oleh permintaan yang mendesak untuk
mendapatkan maklumat yang terkini kerana tempoh tiga hingga empat bulan dianggap
sebagai terlalu lama untuk data operasi diguna pakai. Isu kedua, perubahan yang cepat
dan drastik dari segi dasar pendidikan mendorong kepada perubahan yang kerap
terhadap aplikasi. Keadaan ini menyebabkan perisian yang telah dikemaskini tidak
sempat diedarkan kepada 10, 000 buah sekolah di Malaysia pada masa yang singkat.
Seterusnya ketiga, perkongsian maklumat di antara bahagian-bahagian dan integrasi
dengan sistem yang lain akan menjadi lebih mudah. Keempat pula adalah penggunaan
aplikasi real-time (masa nyata) boleh mengelakkan ralat berulang dari sumber yang
primer (sekolah). Manakala terakhir adalah disebabkan oleh kehilangan atau
pertembungan guru di dalam sistem yang disebabkan oleh banyak faktor (Mohamed et
al, 2009).
Terdapat juga beberapa kelemahan kaedah kutipan sebelum EMISONLINE
yang telah dikenalpasti. Antaranya data menjadi lambat untuk ditentusahkan. Proses
lama yang terpaksa melalui banyak peringkat yang mungkin boleh menyebabkan
keciciran data. Ketiga, data telah ketinggalan apabila selesai proses verifikasi data.
Keempat, guru bertembung perlu diselesaikan pada setiap kali kutipan berlaku/
dilakukan. Pentadbir tidak dapat melihat sendiri data sekolah mereka.
Aplikasi EMIS yang diperkenalkan sejak 1980 telah memberi fokus kepada
kesahan dan ketepatan data yang tinggi. Fokus ini merupakan lanjutan kepada
penekanan asas yang termaktub di dalam Perakuan 264, Laporan Jawatankuasa Kabinet
5
1979. Walaupun EMIS telah digunakan hampir 33 tahun, masih terdapat lagi Guru Data
dan Maklumat (GDM) yang tidak dapat menguasai kemahiran memasukkan data,
membuat semakan dan melakukan pembetulan ralat sehingga data tersebut bersih dan
sah. Ini bagi membolehkan data tersebut boleh digunakan di dalam perancangan,
pengurusan, keputusan dan pentadbiran di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Sekolah dikehendaki menggunakan teknologi dan maklumat untuk menguruskan
maklumat supaya tersedia pada bila-bila masa yang diperlukan (Rashid, 1987) . Oleh
yang demikian, maklumat di sekolah hendaklah sentiasa dikemaskini, tepat, boleh
dipercayai, sahih, mempunyai kesahan data yang tinggi dan boleh dicapai pada bila-
bila masa. Kesahihan maklumat perlu dipelihara untuk mengelakkan mengambil
keputusan yang salah (Azmi, 2004).
Guru Data dan Maklumat (GDM) di sekolah yang dipertanggungjawabkan
untuk menguruskan maklumat dan data EMIS juga mempunyai tugas hakiki seperti
membuat rancangan pengajaran, mengisi rekod maklumat diri murid, mengisi kad 001,
buku laporan kokurikulum, menyediakan ujian bulanan dan penggal, memeriksa dan
menanda kertas peperiksaan, latihan harian murid serta memberi dan memasukkan
markah serta gred ke dalam fail rekod murid. Sumber tambahan tekanan akademik yang
dikenal pasti ialah beban tugas yang berat, peranan yang kurang jelas, tuntutan kerja
yang bercanggah, gangguan yang kerap dan usaha-usaha penerbitan (Goldenburg dan
Waddell, 1990). Selain tugas hakiki tersebut, tugas tambahan mereka pula ialah;
i. Menyelaras dan menguruskan data EMIS di peringkat sekolah.
ii. Bertanggungjawab memastikan data-data tersebut dikemaskini dengan
segera sekiranya terdapat perubahan maklumat yang berlaku.
iii. Bertanggungjawab dalam aktiviti pengurusan data di sekolah dari segi
pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyimpanan dan keselamatan
data.
iv. Bertanggungjawab dalam proses perolehan, penyelenggaraan peralatan dan
perisian di bawah seliaannya.
v. Menjana dan menyediakan laporan statistik atau data pendidikan di
peringkat sekolah.
Tambahan tugas ini menyebabkan segelintir guru data dan maklumat gagal
menjalankan dua tugasan dalam satu masa. Guru dibebani dengan tanggungjawab
6
membekalkan maklumat yang sahih dan tepat pada masa yang dikehendaki dan
dalam masa yang sama tidak dapat mengajar dengan sempurna. Tekanan dan beban
kerja yang berlebihan seterusnya mempengaruhi sikap guru dalam penggunaan
komputer (Safie, 1990). Selain itu juga, sebahagian daripada guru data yang dilantik
oleh sekolah tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam bidang teknologi
dan maklumat. Kebanyakan masa yang sepatutnya digunakan untuk membuat
rancangan pengajaran telah lebih ditumpukan kepada mendalami kemahiran
menggunakan teknologi dan maklumat. Lemaire (2009) mendapati bahawa, guru-
guru terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran seperti, aktiviti ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat,
mengendalikan program-program pelajar, mengurus karenah dan kebajikan pelajar
serta, tugas-tugas pengurusan.
Kekurangan yang timbul disebabkan oleh perkara-perkara seperti di atas turut
memberi impak kepada pihak PPD, JPN dan KPM. Pegawai di PPD/JPN/KPM yang
dipertanggungjawab menguruskan data semua sekolah di dalam daerah/negeri masing-
masing sering mengalami masalah untuk berhubung dengan guru data dan maklumat
untuk memberi nasihat, tunjuk ajar dan penambahbaikan kepada mereka. Seperkara
lagi, agak sukar untuk berkongsi dan menyampaikan maklumat berbentuk salinan
digital kepada guru data dan maklumat di sekolah (Zawiyah dan Mariah, 2008)
Demi memastikan ketepatan penyampaian data dan maklumat antara pihak
sekolah dengan pegawai maklumat di Pejabat Pelajaran Daerah, satu laman web
kolaborasi dibangunkan untuk menyokong fungsi tersebut. Laman kolaborasi ini
merupakan penambahbaikan kepada fungsi sedia ada di dalam portal EMISONLINE.
Terdapat pelbagai kaedah pembangunan laman web yang boleh dilakukan. Walau
bagaimanapun, penyelidik memilih untuk menggunakan laman web menggunakan
sistem CMS (Content Management System).
CMS adalah singkatan bagi Content Management System iaitu sebuah aplikasi
web yang digunakan untuk membangunkan sesebuah laman web mengikut kerangka-
kerangka pembangunan web yang telah disediakan. CMS lebih kepada aplikasi
pengarangan berkenaan kandungan dalaman bagi sesebuah laman web. Ianya dikatakan
mudah kerana tidak memerlukan kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan dan hanya
perlu mengikut templat yang disediakan. Namun begitu, bagi pembangunan laman web
yang lebih kompleks dengan penambahan modul-modul tersendiri, ia memerlukan
7
seseorang itu mahir dengan bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh aplikasi CMS
yang digunakan.
Dalam penghasilan sesebuah laman web, proses-proses seperti pembangunan,
penerbitan, kandungan yang pelbagai dan kecepatan penghasilan dapat diwujudkan
dalam penggunaan aplikasi CMS. Ini memudahkan pengguna aplikasi CMS ini
membangunkan sesebuah laman web. Kesemuanya memerlukan pengguna mengikut
templat yang disediakan. Ini memadai untuk pengguna aplikasi CMS hanya perlu tahu
menggunakan aplikasi-aplikasi komputer seperti Word, Excel dan sebagainya untuk
mengoperasikannya.
Kebanyakan perisian pengurusan kandungan ini menyediakan satu prosidur
untuk mengurus satu aliran kerja dalam persekitaran kolaborasi. Prosidur tersebut boleh
berada dalam bentuk manual atau dioperasikan secara automatik. Namun begitu, fungsi
utama bagi sistem pengurusan kandungan ini adalah untuk memaparkan maklumat
yang terkandung dalam sesebuah laman web. Antara beberapa fungsi yang ada dalam
sistem pengurusan kandungan berasaskan web ini adalah penerbitan, pengurusan
format, kawalan penyemakan semula, pengindeksan, carian dan dapatan.
Menurut Zawanah (2009), kelebihan penggunaan CMS seperti proses
pengeditan laman web dilakukan menerusi pelayar web, pengeditan laman web mudah,
reka bentuk dan persembahannya mengikut templat yang sedia ada. Selain itu,
kandungan web dapat dipersembahkan dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian dan
terdapat kandungan dan kemudahan web yang kaya dengan pelbagai format kandungan
boleh disediakan di dalam sesuatu laman web kolaborasi tersebut. Pertama adalah
kemudahan untuk menghantar berita atau pengumuman dalam masa nyata (real-time).
Kelebihan kedua, kemudahan atau fungsi memuat naik dan melampirkan
fail/foto/suara/teks atau lain-lain lagi untuk disertakan di dalam berita. Seterusnya
ketiga adalah fungsi untuk memuat turun fail tertentu mengikut ketetapan yang telah
dilakukan oleh pengelola laman. Keempat pula adalah platform khas bagi berbincang,
bersoal-jawab, memberi komen dan sebagainya dimantapkan fungsi menulis dan
memaparkan komen. Perbincangan yang diadakan dalam laman ini juga adalah
perbincangan bagi pengunjung yang mempunyai kata laluan sahaja. Ia tidak melibatkan
perbincangan secara global. Malah topik yang dibincangkan tidak dapat dipaparkan
secara terbuka. (Sajap, 2009). Manakala kelima, kawalan ketat dari segi keselamatan
dan kerahsiaan data dan maklumat peribadi guru, staf dan murid sekolah dapat
direalisasikan dengan meletakkan fungsi Daftar Masuk dengan menaip nama pengguna
8
dan kata laluan pengguna. Dalam kaedah ini, hanya pengguna berdaftar sahaja yang
boleh memuat turun data. Fungsi keenam adalah fungsi semakan rekod bahan dimuat
turun serta pengunjung berdaftar yang telah mendaftar masuk juga boleh dilihat dan
diketahui dengan hanya beberapa klik. Manakala yang terakhir pula adalah pengguna
boleh mencari artikel tertentu dengan menaip kata kunci yang relevan.
Teknologi mudah alih kini telah berkembang pesat seiring pertumbuhan media
baru yang memberi ruang kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat dengan
lebih pantas dan tepat. Selain daripada akhbar dan kemudahan internet, khidmat
pesanan ringkas (SMS) adalah perantara baru yang semakin popular dalam
menyampaikan maklumat dan berita terkini. Menyedari hakikat itu, kebanyakkan
organisasi swasta mahupun kerajaan kini mengoptimumkan pengalaman meluas dalam
penyampaian maklumat seperti menerusi perkhidmatan SMS Infoblast yang disediakan
oleh Telekom Malaysia, iaitu maklumat terus ke telefon atau peranti mudah alih
pengguna.
Menurut portal rasmi Telekom Malaysia (2013), sistem Infoblast adalah satu
perkhidmatan atas talian yang membolehkan pengguna menghantar pesanan ringkas
(SMS) melalui komputer ke telefon mudah alih. Terdapat dua bentuk pesanan yang
boleh dihantar iaitu pesanan ringkas di dalam bentuk teks dan pesanan suara.
Kemudahan ini sangat mudah disediakan kerana pengguna hanya perlu mempunyai
talian tetap Telekom Malaysia dan komputer yang boleh mengakses internet. Pengguna
hanya perlu mendaftar di Telekom Malaysia untuk mendapatkan akaun Infoblast.
Pendaftaran ini boleh dibuat secara atas talian dengan hanya beberapa langkah yang
mudah. (Telekom Malaysia, 2010).
Pengguna yang ingin menghantar pesanan ringkas dengan menggunakan
Infoblast hanya perlu memasukkan beberapa maklumat asas sahaja. Bagi pengguna-
pengguna yang sudah biasa dengan Microsoft Outlook, Google Mail atau Yahoo Mail,
Infoblast sudah tentu mudah digunakan. Selepas pengguna mendaftar dan membuat
pengesahan, pengguna sudah bersedia untuk menggunakan perkhidmatan Infoblast.
Pengguna hanya perlu melayari laman web Infoblast di www.infoblast.com.my dan
memasukkan nama Infoblast dan kata laluan untuk mula menggunakannya.
Terdapat beberapa kemudahan dan ciri-ciri menarik di dalam Infoblast.
Merujuk kepada Telekom (2010) iaitu pertama, pengguna diberikan pilihan untuk
menguruskan pesanan teks atau suara samada daripada laman web Infoblast ataupun
menggunakan perisian Infoblaster. Ciri kedua adalah pengguna boleh menghantar
9
pesanan teks dan suara ke pengguna talian tetap Telekom Malaysia yang lain, pengguna
telefon mudah alih dan pengguna Infoblast yang lain. Seterusnya ketiga adalah
pengguna boleh membaca pesanan teks dan mendengar pesanan suara menerusi laman
Infoblast atau perisian Infoblaster. Keempat pula adalah pengguna boleh memilih
samada mahu mendapatkan pemberitahuan samada ada mesej baru yang diterima di
dalam inbox. Manakala kelima adalah kemudahan buku alamat yang boleh
diintegrasikan bagi kedua-dua pesanan teks dan suara. Ciri yang keenam pula pengguna
boleh menjadualkan masa penghantaran pesanan mengikut tarikh dan masa yang
ditetapkan. Seterusnya ketujuh pula adalah pengguna boleh menetapkan balasan
pesanan secara automatik apabila pengguna yang menerima pesanan berada di luar
kawasan atau memajukan pesanan secara automatik ke telefon bimbit tertentu.
Manakala terakhir adalah saiz inbox sebanyak 100 Megabait bagi pengguna laman web
Infoblast.
Bayaran pendaftaran dan bulanan yang dikenakan adalah percuma. Pengguna
hanya perlu membayar harga setiap pesanan ringkas (SMS) yang dihantar sahaja. Bagi
mesej kurang dari 50,000 unit untuk setiap kitaran bil, bayarannya ialah sebanyak 12
sen bagi setiap SMS. Jumlah SMS kurang antara 50,000 unit hingga 100,000 unit untuk
setiap kitaran bil, bayarannya ialah sebanyak 11 sen setiap SMS manakala SMS
melebihi 100,000 unit untuk setiap kitaran bil, bayarannya ialah sebanyak 10 sen.
Dengan pelbagai kemudahan dan fungsi serta harga yang berpatutan, penyelidik
memilih kaedah sistem SMS Infoblast di dalam kajian ini sebagai satu alat sokongan
penyampaian maklumat kepada guru data dan maklumat di sekolah. Apabila sesuatu
maklumat atau berita disampaikan melalui laman web kolaborasi, guru data dan
maklumat tidak akan mengetahuinya sekiranya mereka tidak mengakses laman web itu
dengan segera. Justeru dengan adanya sistem SMS Infoblast ini, penyelidik akan terus
memaklumkan secara ringkas, bahan atau maklumat yang telah dimuatnaik ke laman
web kolaborasi serta arahan yang perlu dilakukan oleh guru data dan maklumat
mengikut masa dan waktu yang ditetapkan. Semua SMS yang dihantar secara pukal
kepada semua guru dan maklumat akan dipaparkan terus di dalam telefon bimbit guru
data dan maklumat tersebut. Dengan itu, guru data dan maklumat dapat bertindak
dengan cepat dan efisien.
Bagi menyokong pengemaskinian sistem EMISONLINE, penyelidik
menggunakan laman web kolaborasi untuk memasukkan berita, pemberitahuan,
hebahan dan bahan-bahan laporan semakan ralat secara berkala serta membuka ruang
10
kepada guru data dan maklumat untuk bertanya soalan dan menulis komen sekiranya
perlu. Demi kerahsiaan data, hanya pengguna yang dikenalpasti mendaftar sahaja yang
boleh memuat turun laporan semakan ralat di dalam format Microsoft Excel.
Selepas berita atau laporan dimasukkan ke dalam laman web kolaborasi,
penyelidik menghantar SMS pemberitahuan dengan menggunakan sistem SMS
Infoblast tentang perkara tersebut serta arahan pengemaskinian data berdasarkan
keperluan semasa dan tempoh luput yang ditetapkan. Pada ketika itu, semua guru data
dan maklumat akan menerima SMS tersebut secara serentak dan boleh terus
memulakan proses pengemaskinian data dengan sesegera mungkin.
Justeru itu, di dalam kajian ini, penyelidik akan membangunkan sebuah laman
web kolaborasi bersama-sama pengintegrasian Infoblast dalam menyokong
pengemaskinian data sistem EMISONLINE. Manfaat ini boleh diperolehi bukan sahaja
dari segi teknologi, malah dari segi tempoh masa pengemaskinian data serta ketepatan
data yang disampaikan.
1.3 Pernyataan Masalah
Setelah 33 tahun menggunakan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan
(EMISONLINE), statistik dan kajian yang diperolehi pada setiap tahun menunjukkan
masih terdapat guru data dan maklumat yang belum menguasai kemahiran
mengemaskini dan membuat kesahan data dengan cepat dan tepat (Zawiyah dan
Mariah, 2008).
Di dalam kawasan kajian di Kulaijaya, terdapat beberapa masalah yang telah
dikenalpasti. Masalah pertama adalah disebabkan oleh guru data dan maklumat tidak
mengemaskini data bagi setiap perubahan yang berlaku di sekolah. Masalah kedua,
guru data dan maklumat keliru dan tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan setelah
menerima laporan semakan ralat EMISONLINE. Seterusnya adalah ketiga, guru data
dan maklumat serta pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) tidak mempunyai platform
atau ruang untuk mengadakan diskusi, forum dan soal-jawab berkenaan masalah
pengisian dan pengemaskinian data. Keempat pula adalah guru data dan maklumat
lambat bertindak dalam tempoh masa yang diberikan untuk membuat pengemaskinian
data di dalam EMISONLINE. Masalah kelima adalah disebabkan oleh guru data dan
maklumat tidak memahami kesilapan ralat yang berlaku dan tidak tahu pembetulan
yang perlu dilakukan. Manakala terakhir adalah disebabkan oleh masalah capaian
11
internet yang dikatakan sebagai penyebab maklumat tentang pengemaskinian ralat
tidak diketahui.
Selain daripada masalah di atas, pegawai maklumat di PPD juga menghadapi
masalah lain seperti memfokuskan terhadap beberapa isu melibatkan guru data dan
maklumat, pengurusan kursus dan bengkel verifikasi data bersama PPD dan JPN. Guru
data dan maklumat yang baru dilantik juga seringkali memberi alasan yang kurang
kukuh seperti tidak mengetahui cara melakukan semakan ralat dan tidak mahir
menggunakan komputer (Zawiyah dan Mariah, 2008).
Merujuk kepada Surat Siaran Pengemaskinian Data Enrolmen Dalam
EMISONLINE (2012), “...Tuan/Puan adalah dipohon mengambil tindakan
memaklumkan kepada semua sekolah di bawah kelolaan JPN masing-masing untuk
melaksanakan pengemaskinian data enrolmen seawal minggu pertama persekolahan
dalam bulan Januari setiap tahun”. Desakan dari pihak tertinggi sistem pengurusan
pendidikan EMISONLINE di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan data yang bersih, tepat dan mempunyai kesahan
yang tinggi kerap menjadi tekanan kepada pegawai maklumat di PPD serta guru data
dan maklumat di sekolah. Perubahan dari segi dasar pendidikan, penambahan pada
waran perjawatan, perubahan pada pengisian modul dan banyak lagi turut memberi
kesan kepada pertambahan ralat kesahan. Pergerakan guru-guru yang berpindah masuk
ke dalam sekolah dari sekolah dalam daerah yang sama, daerah yang berlainan
mahupun negeri yang berlainan kerap membawa sekali bilangan ralat pengisian yang
banyak. Begitu juga dengan guru yang baru berkhidmat di dalam pendidikan secara
interim dan guru kontrak yang menyambung perkhidmatan selepas bersara. Kadangkala
terdapat beberapa pengisian di dalam modul yang agak mengelirukan guru data dan
maklumat.
Berdasarkan kepada masalah-masalah yang timbul ini, maka keperluan untuk
mengatasi masalah ini perlu dilaksanakan dengan kadar segera sejajar dengan hasrat
kerajaan untuk meningkatkan penggunaan data dan maklumat dalam membuat
keputusan. Penyelesaian bermaklumat akan tercapai sekiranya semua usaha yang
dirancang dijalankan secara bersungguh-sungguh, ikhlas dan jujur oleh semua pihak
terutama pelaksana di sekolah.
1.4 Objektif Kajian
12
Beberapa objektif kajian telah dikenal pasti iaitu;
i. Mereka bentuk laman kolaborasi EMIS Kulaijaya dan pengintegrasian
sistem SMS Infoblast dalam menyokong aplikasi EMISONLINE.
ii. Membangunkan laman kolaborasi EMIS Kulaijaya dan pengintegrasian
sistem SMS Infoblast dalam menyokong aplikasi EMISONLINE.
iii. Mengenal pasti persepsi guru data dan maklumat terhadap laman kolaborasi
EMIS Kulaijaya dan sistem SMS Infoblast dari aspek;
a) Kemudahan
b) Pengetahuan
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan utama kajian adalah untuk mengenal pasti pembolehubah-
pembolehubah yang memberi kesan kepada aplikasi SMAP-EMISONLINE KPM. Di
antara pembolehubah-pembolehubah yang menjadi persoalan kajian adalah :
1. Bagaimanakah rupa bentuk laman kolaborasi EMIS Kulaijaya?
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru data dan maklumat
terhadap pengintegrasian laman kolaborasi EMIS Kulaijaya dan sistem SMS
Infoblast dari aspek kemudahan selepas ia digunakan?
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru data dan maklumat
terhadap pengintegrasian laman kolaborasi EMIS Kulaijaya dan sistem SMS
Infoblast dari aspek pengetahuan selepas ia digunakan?