langkah-langkah mengatasi masalah hiperaktif
TRANSCRIPT
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
RAWATAN UNTUK PENGHIDAP HIPERAKTIF
1 Teknik-teknik terapi tingkah laku yang digunakan termasuklah
mefokuskan dirinya secara lebih berguna kepada tugas harian dan interaksi
dengan kanak-kanak lain.
2 Ubat hanya diberikan jika perlu bertujuan meningkatkan tahap tumpuan,
mengurangkan tahap aktiviti motor yang tinggi dan mengurangkan tingkah
laku impulsif. Antara ubat yang didapat berkesan ialah ubat perangsang
seperti Methylphenidate. Rawatan Biobrain mempunyai kandungan
utamanya iaitu Asid Dokosaheknoik yang mampu membantu kanak-kanak
degil dan hyperaktif dalam mewujudkan daya tumpuan yang lebih peka
terhadap sesuatu aktiviti. Ia turut membantu merembeskan neurotransmitter
serotonin yang bertanggungjawab memberikan perasaan ceria kepada
kanak-kanak ini dan membolehkan mereka bergaul dengan kanak-kanak lain
seperti biasa.
3 Bantuan dan pendidikan kepada ibu bapa dan keluarga tentang cara
pengendalian dan psikologi untuk kanak-kanak hipraktif kerana mereka
punyai perilaku yang berbeza berbanding kanak-kanak normal.
1
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
5 Pendidikan pemulihan bagi kanak-kanak hiperaktif yang juga
menghadapi masalah dengan kerja rumah dan pembelajaran yang terjejas
akibat sifat kanak-kanak hipraktif.
6 Sekolah mereka harus timbulkan kesedaran dalam kalangan guru-guru
dan menolong guru-guru untuk mengurus kanak-kanak hiperaktif di dalam
kelas dengan cara yang betul dan bukan dengan memberi tekanan seperti
menganggap mereka bodoh dan lembab.
Masalah kanak-kanak yang menghidap ADHD adalah rumit dan memerlukan
kesabaran yang tinggi dalam merawat mereka. Perawatan alternatif semakin
menjadi perhatian, termasuk makanan tambahan dan herba, manipulasi
kiropratik dan perubahan diet. Walaupun memakan serat dan nutrisi asas
lain adalah baik dalam proses merawat ADHD, tidak banyak kajian
mengesahkannya. Bagaimanapun tidur yang cukup terbukti dapat
membantu mengurangkan symptom ADHD.
Bagaimanapun, ADHD akan lenyap secara beransur-ansur apabila mereka
memasuki usia lapan atau sembilan tahun dan selepas tempoh itu, tidak
mustahil anak berkenaan menunjukkan prestasi baik dalam bidang
pelajaran. ADHD selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia di
antara tiga dan lima tahun tetapi keadaan itu akan beransur pulih apabila
mereka semakin membesar. Dari segi perubatan moden, sebahagian besar
2
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
kanak-kanak bermasalah ADHD tidak menunjukkan sebarang kelainan dalam
pemeriksaan fizikal. Bagaimanapun, ADHD sering dikaitkan dengan penyakit
atau keadaan tertentu seperti meningitis atau penyakit selaput otak
berkuman, kelembapan otak dan Rubella.
CARA CARA MEMBINBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF
1. Bermula dengan mendapatkan perhatian anak-anak anda sebelum
mula bercakap. Kemudian pastikan anak anda bertentang mata dengan anda
ketika bercakap. Beri arahan yang jelas dan tepat.
2. Buatkan satu jadual baginya. Pastikan anak anda mengikuti jadual
yang menjadi tanggungjawabnya.
3. Suruh anak anda mengulangi bahagian yang anda pilih untuk
diingatiBerikan ganjaran kepada tingkah laku yang baik dan bersesuaian.
4. Benarkan anak anda berehat untuk menyegarkan dirinya (semasa
membuat kerja sekolah, belajar atau membuat tugasan). Dia akan bekerja
lebih baik selepas berehat selama 5 minit atau 10 minit. Beri peluang
kepadanya untuk menghabiskan tenaganya yang berlebihan dengan cara
berlari di padang atau bermain permainan yang memerlukan gerak fizikal.
3
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
5. Jangan galakkan permainan yang kasar dan tidak terkawal dengan
orang dewasa.
6. Bagi kanak-kanak yang bersekolah, selalukan berkomunikasi dengan
guru. Jika perlu, pertimbangkan untuk mendapatkan pertolongan dalam
pelajaran kanak-kanak ini dari guru bimbingan yang sesuai.
7. Latih anak hiperaktif untuk displin, agar dia dapat mengatur dirinya
dengan baik.
8. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif tersebut bukan
sepenuhnya kesalahan anak anda. Jangan menghukum kanak-kanak
hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanak hiperaktif telah
dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti
kanak-kanak normal.
9. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif (atau anak-anak) sebagai anak
nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya ia akan bersikap seperti yang
dilabelkan kepadanya. Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif,
jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan kanak-kanak ini
akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan. Malahan lebih memahami
berbanding kanak-kanak biasa yang lain dalam sesuatu perkara yang
diminatinya.
4
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
10. Keefektifan sesebuah rawatan berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa
harus menentukan rawatan yang terbaik buat anak.
11. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak hiperaktif
melebihi saudaranya. Alasannya, seberapa banyak kasih sayang yang
ditumpahkan pada anak hiperaktif, ia tetap tidak akan penuh.
12. Dalam mengajar anak hiperaktif, jangan bosan untuk terus menerus
mengulang hal-hal yang sama, agar cepat dapat dipelajari dan diingati
seperti anak yang normal.
13. Apabila di depan anak, katakanlah pada orang lain bahawa dia adalah
anak yang baik, dan jangan mengunkit-ungkit kesahan-kesalahan yang
pernah dilakukan.
14. Selalulah berwaspada, perhati dan kawal anak agar ia tidak bertindak
sesuatu yang boleh membahayakan dirinya atau orang lain. Jika kanak-
kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera
bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut
berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara
menanganinya.
5
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
15. Perbanyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita
cenderung berkomunikasi pada saat-saat tertentu, pada anak hiperaktif kita
seharusnya berkomunikasi 'setiap satu minit sekali', komunikasi yang bagus
bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme.
16. Salah satu hal yang paling sulit mengatasi anak hiperaktif adalah
ketika sedang berada di meja makan dan kita meminta mereka memakan
sendiri. Mungkin dia akan memainkan makanannya atau berlari-lari
mengelilingi meja makan. Jangan marah dia! Yang harus anda lakukan
adalah menyuapkan mereka dengan sabar.
17. Kita sebagai ibu bapa bolehlah bertanyakan kepada doktor untuk
mengetahui apakah anak-anak kita akan mengalami alahan terhadap
beberapa jenis makanan yang tertentu serta apakah perlu ada cara
penyediaan yang khusus untuk hidangan anak-anak hiperaktif.
18. Untuk anak-anak hiperaktif, kita sebagai penjaga perlu berhati-hati
dengan program-program di kaca television yang menampilkan adegan-
adengan yang ganas, tidak bermoral serta boleh memudaratkan cara berfikir
mereka.
19. Anak hiperaktif memang kurang bijak untuk mengendalikan diri
mereka terutamanya di kala sikap agresifnya menguasai. Sebaik-baiknya
6
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
fikirkan cara agar tenaga agresifnya itu disalurkan pada aktiviti yang tepat.
Misalnya dengan mengizinkan mereka mengikuti aktiviti-aktiviti luar atau
membuat pekerjaan rumah atau sebaginya.
Terimalah had kebolehan anak anda. Jika anda mampu melahirkan yang
terbaik daripada anak anda dan kemudian secara perlahan-lahan membantu
dia untuk memperbaiki dirinya, maka anda telah menyempurnakan satu
tanggungan.
Pemulihan
Intervensi tingkah laku
Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh guru-guru untuk
dipraktikkan di sekolah :
Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-
kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini
akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan
spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka
telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
7
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan
yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus
untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat
menjangka apa yang berlaku setiap hari.
Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan
menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya
disempurnakan.
Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya
berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan
jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan
kelas.
Guru mencatatkan kerja-kerja sekolah di dalam buku khas yang mana
kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada ibu bap semasa di rumah,
bagi membolehkan anak hiperaktif ini diawasi agar pembelajaran dan
kerja rumah mereka disiapkan.
OTAK BELUM CEKAP
8
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Terapi yang diberikan umumnya ditujukan pada gangguan utama yang
dialami anak hiperaktif, yakni pada otaknya. “Anak hiperaktif, otaknya belum
cekap, kerana fungsinya belum matang,” jelas Dr. Dwidjo. Jika anak diberi
ubat yang tepat, 70 peratus akan berhasil baik meski tidak sempurna. “Kita
mengupayakan sampai kemampuan otaknya sudah jauh lebih baik. Sehingga
tanpa ubat pun, secara perilaku, anak sudah bersikap lebih baik,” papar Dr.
Dwidjo. Tetapi, lama pemakaian ubat bukan bererti anak tergantung pada
ubat. “Ubat itu justeru untuk menjembatani agar di usia-usia itu anak
mempunyai perkembangan yang baik, sehingga kondisi hiperaktifnya tidak
begitu mengganggu,” jelas Dr. Dwidjo.
Selain diubati, perilaku anak juga harus dibimbing melalui terapi perilaku.
Bahkan, ujar Dr. Dwijo, “Kerana hiperaktif juga menyangkut penampilan
akademiknya. Bila perlu, anak juga diberikan terapi edukatif.”
Terapi lain yang dilakukan KPBA ialah stimulasi perkembangan, terapi
wicara, terapi remedial, fisioterapi, terapi bermain, terapi okupasi, terapi
musik, dan psikoterapi. Setiap kali terapi lamanya satu setengah jam dan
pesakit biasa memilih sendiri waktunya. Unit Hiperaktif sendiri merupakan
salah satu dari lima unit yang ada di KPBA. Keempat unit lainnya ialah unit
kesulitan belajar, unit autisma, unit perkembangan, dan unit diagnostik
elektrofisiologi & neuropsikologi.
PENANGANAN MENYELURUH
9
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Salah satu karakteristik penanganan di KPBA ialah anak diperlakukan
sebagai anak yang sedang tumbuh berkembang dalam bentuk terapi
perkembangan. Oleh sebab itu, “Di samping menangani kelainan atau
gangguan atau hambatan yang khusus tadi, semua keperluan anak untuk
biasa berkembang optimal juga dipenuhi,” ujar Dr. Dwidjo. Apa pun kelainan
perkembangan yang dialami anak, lanjutnya, selain diberi pelatihan untuk
bisa mengarahkan perilakunya, kemampuan perkembangan anak yang lain
juga distimulasi. “Jadi, penanganannya menyeluruh,” jelas Dr. Dwidjo.
Tiga Terapi Untuk Melatih Konsentrasi
Ada tiga jenis latihan yang dianjurkan melatih konsentrasi anak hiperaktif,
iaitu
Permainan Bola boleh membantu memusatkan konsentrasi kanak-kanak
hiperaktif. Buatlah bola sebesar bola tenis atau bola lisut yang
permukaannya kasar. Permukaan kasar ini bertujuan memberi rangsangan.
Kemudian minta anak untuk mendrible (mengebam bola seperti dalam
permainan bola keranjang) dengan hitungan. Misal, untuk tahap awal, minta
anak mendrible bola selama tiga minit. Catat berapa kali lantunan bola tanpa
mati. Setelah itu, tingkatkan waktunya, misalnya 5 minit, 10 minit, dan
seterusnya. Hal ini pasti membantu anak memusatkan tumpuan ke atas bola
untuk mengira jumlah lantunan bola yang dibuat.
10
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
2. Go and No Go Test
Latihan ini dilakukan menggunakan warna atau huruf. Misal, dengan bola
berwarna. Sebelum permainan, minta anak bertepuk tangan tiap kali satu
bola/kartu ditunjukkan, dan minta agar ia tak bertepuk tangan untuk satu
warna/abjad tertentu yang ditunjukkan.
Misal, anak tidak boleh bertepuk tangan untuk warna putih atau huruf x yang
ditunjukkan. Catat kesalahan anak, misal, apakah anak bertepuk tangan
pada saat warna putih atau huruf x ditunjukkan, atau malah tidak bertepuk
tangan saat warna selain putih atau huruf selain x ditunjukkan. Ulangi
latihan ini berkali-kali.
3. Stop-Think-Go
Sebelum melakukan tindakan, minta anak agar diam dulu. Misal, tiap kali
melihat sesuatu, minta anak menghitung 10 kali. Setelah 10 hitungan, minta
ia memikirkan tindakan terbaik yang akan ia kerjakan. Setelah itu, baru ia
diizinkan mengerjakan apa yang telah difikirkannya.
Hasil penelitian menunjukkan perilaku anak hiperaktif dalam bermain
konstruktif, diketahui bahwa terdapat 1 (satu) anak hiperaktif di PAUD
11
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Lestari, yaitu bernama Iqbal. Jenis permainan konstruktif yang digunakan,
iaitu
1) bermain play dough, membuat Iqbal terlatih konsentrasinya, namun
masih belum sabar menunggu giliran dan bersikap destruktif. Dia biasa
duduk tenang serta mampu membuat bentuk yang variatif;
2) ketika meronce, Iqbal masih belum sabar menunggu giliran dan
terkadang mengganggu temannya tanpa alasan yang jelas. Konsentrasinya
mudah terganggu serta terkadang menunjukkan sikap menentang, akan
tetapi dia tidak menunjukkan sikap destruktif;
3) tingkat perhatian Iqbal saat bermain puzzle tidak lama, dia belum sabar
menunggu giliran dan seringkali bersikap destruktif dan menunjukkan sikap
menentang. Perilaku Iqbal dipengaruhi kerana kurangnya pengawasan dari
orang tua dalam setiap kegiatan bermainnya. Iqbal dapat dengan mudah
menerima informasi apabila dilakukan menggunakan sarana-sarana edukatif.
Pengembangan motorik halus pada anak hiperaktif, sebelum anak-
anak menggunakan pensil, guru di PAUD Lestari memberikan rangsangan
belajar melalui aktivitas bermain, yakni:
1) ketika bermain bermain play dough jari-jemarinya mulai
terampil untuk membuat aneka bentuk yang lebih bervariatif dan unik, Iqbal
juga tidak membutuhkan motivasi dari guru;
2) motivasi Iqbal untuk meronce sangat bervariatif tergantung pada
perasaannya pada saat itu. Pada saat Iqbal mencoba memasukkan potongan
12
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
sedutan ke dalam tali, koordinasi tangan dan matanya akan terlatih.
Perkembangan hasil karya Iqbal ketika meronce pola untaian sudah mulai
beraturan;
3) bermain puzzle dapat melatih koordinasi tangan dan mata serta
pikirannya dalam menyusun kepingan puzzle dengan cara mencucukkan
potongan gambar membentuk gambar yang utuh. Dia sudah mampu
menyusunnya sendiri bahagian tepi potongan puzzle tersebut, dan mulai
mahu bekerjasama dengan temannya. Namun, dia masih mematahkan
motivasi untuk menyusun puzzle menjadi sebuah gambar;
4) perkembangan Iqbal dalam kegiatan mewarnai sudah lebih cemat dan
detail terhadap setiap pola gambar yang berbeda, serta dia mulai pelan-
pelan saat mewarnai sehingga tidak keluar garis. Sedangkan, motivasi Iqbal
saat mewarnai terkadang masih membutuhkan penanganan khusus;
5) perkembangan hasil tulisan Iqbal sudah mulai jelas bentuk huruf dan
angkanya serta caranya memegang pensil juga tidak dengan
menggenggam. Namun, Iqbal masih menolak motivasi, perhatian dan
pengarahan dari guru.
Bermain konstruktif untuk mengembangkan motorik halus
pada anak hiperaktif:
13
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
1) play dough, merupakan kegiatan bermain yang dapat melatih Iqbal dalam
menyentuh permukaan serta membantu mengembangkan otot-otot kecil
pada tangan dan pergelangan;
2) meronce dapat membantu kestabilan motorik halus Iqbal ketika akan
memasukkan potong-potongan sedotan ke dalam tali. Kestabilan dalam
memegang tali dan sedotan dapat digunakan untuk melatih keterampilan
motorik halus;
3) bermain puzzle memerlukan penggunaan keterampilan motorik halus,
yaitu ketika Iqbal memegang dan mencucukkan kepingan puzzle ke
tempatnya untuk menjadi sebuah gambar dengan menggunakan ibu jari dan
jari telunjuknya. Mengembangkan motorik halus memerlukan latihan,
bermain konstruktif dapat yang digunakan sebagai stimulus untuk
mengembangkan kemampuan tersebut.
Berdasarkan hasil penelitian ini disarankan:
1) biasa memberikan tambahan informasi dan keilmuan di bidang PAUD
serta dapat dilakukan penelitian lebih lanjut tentang perkembangan anak,
khususnya anak usia dini;
14
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
2) guru perlu memahami karakteristik dan mengadakan pemeriksaan lebih
lanjut apabila ada anak didik yang memiliki perilaku berbeza jika
dibandingkan dengan anak didik lainnya;
3) sebelum guru memberikan aktiviti menulis, sebaiknya anak didik
mendapatkan latihan-latihan untuk mengembangkan jari-jemarinya dan
menggunakan bahan main yang berbeza-beza;
4) bermain adalah metode yang paling tepat untuk anak prasekolah dalam
mengembangkan semua aspek kecerdasannya secepat mungkin.
Petua Menangani Anak Lasak
Kanak-kanak lasak biasanya sukar duduk diam dan enggan mengikut arahan
ibu bapa. Kadang-kadang kita mudah melabelkan mereka sebagai nakal.
Biasanya ibu bapa akan pening kepala memikir bagaimana caranya
menangani anak-anak yang terlalu aktif ini. Kanak-kanak begini mungkin
berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif. Ia merupakan satu masalah
tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu
bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah
berubah serta sukar mengasingkan maklumat. Mengenali kanak-kanak
hiperaktif dan memahami langkah menghadapi kesukaran sepanjang
mengurus mereka, akan membantu ibu bapa menyelesaikan masalah
dengan baik.
15
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
1. Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini
kerana, kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan
melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal.
2. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal, malas
atau bodoh, kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang kita
labelkan.
3. Jangan sesekali merasa bosan. Lama-kelamaan anak anda akan dapat
menguasai apa yang anda ajarkan.
4. Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain,
segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara
tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara
menanganinya.
5. Selalu berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana,
komunikasi yang positif akan membuat kanak-kanak tersebut lebih kreatif.
6. Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak
hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain.
16
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
7. Bentuk disiplin pada kanak-kanak hiperaktif suapa di masa hadapan
mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik.
KANAK-KANAK lasak yang sukar duduk diam dan tidak mengikut arahan ibu
bapa sering dilabelkan sebagai nakal. Mungkin ibu bapa akan pening kepala
memikir bagaimana caranya menangani anak-anak yang terlalu aktif ini.
Kebanyakan ibu bapa menganggap masalah ini akan beransur hilang seiring
peningkatan usia mereka tanpa melakukan apa-apa.
Di sebalik kenakalan itu, kemungkinan besar tersembunyi masalah yang
perlu dirujuk kepada pakar perubatan.
Mereka mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif atau
mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD)
Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang
membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan
mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan
maklumat.
17
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Mengenali kanak-kanak hiperaktif dan memahami langkah menghadapi
kesukaran sepanjang mengurus mereka akan membantu ibu bapa
menyelesaikan masalah dengan baik.
Menurut Perunding Psikiatrik Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM), Dr. Subash Kumar Pillai, ADHD sukar dikesan dan ia tidak mudah
didiagnosis disebabkan tiada simptom boleh dilihat seperti penyakit-penyakit
lain namun tahap kenakalan kanak-kanak berkenaan berbeza dengan rakan
seusia.
Katanya, kebanyakan anak kecil yang mengalami masalah ini hanya dirujuk
kepada pakar selepas usia enam hingga sembilan tahun.
"Bukan mudah untuk diagnosis tanda masalah kerana dari mata kasar,
kanak-kanak ADHD sama seperti rakan-rakan seusia yang lain. Pada usia itu
mereka mula lasak dan nakal disebabkan rasa ingin tahu sesuatu yang baru.
"Perbezaan antara ADHD dengan nakal ialah tahap tingkah laku. Kanak-
kanak nakal akan mendengar cakap tetapi bukan anak kecil yang mengalami
ADHD. Mereka tidak mahu mendengar arahan atau belajar daripada
kesilapan. Dia akan terus melakukan kesilapan berulang kali.
18
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
"Jika anda meletakkan 10 budak nakal dan 10 kanak-kanak ADHD dalam satu
kumpulan, anda masih tidak nampak kelainan. Cuma nakal biasa, mereka
masih tidak boleh dikawal manakala ADHD amat susah dikendalikan
sehinggakan kita menyangka mereka menghadapi masalah tingkah laku,''
ujarnya melalui laman web www.jomlayan.com.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati 333,000 kanak-
kanak atau 4.3 peratus mengalami masalah ADHD.
Jika tidak diberi rawatan lebih awal, 60 peratus daripada individu ini akan
membesar sebagai orang dewasa bermasalah sehingga mendorong
melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.
Disebabkan ADHD mempengaruhi genetik, seseorang bapa boleh
mewariskan sindrom ini kepada anak lelaki mereka. Keadaan ini juga
menjadikan kanak-kanak lebih cenderung mengalami ADHD sebanyak tiga
kali ganda berbanding budak perempuan.
Katanya, masalah ini boleh dipanggil penyakit yang tidak nampak kerana
secara realiti, mereka sihat malah kebanyakan mempunyai tahap setara
individu biasa dan lebih menakjubkan sebilangan besar mempunyai
kebolehan serta bakat seni luar biasa.
19
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
''Kanak-kanak ini sebenarnya tidak sakit. Mereka hanya mengalami
ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak menjadikan mereka sukar
mengawal diri. Penyakit ini juga bukan berpunca daripada pemakanan,
pengambilan gula berlebihan, alahan atau terpengaruh dengan televisyen.
''Hakikatnya semua bayi dilahirkan ke dunia ini mempunyai kebolehan untuk
belajar, tetapi terpulang kepada ibubapa untuk mencorakkannya. Kurang
pengetahuan atau tidak tahu masalah anak menyebabkan sesetengah
kanak-kanak ini terbiar tanpa sebarang rawatan,'' katanya.
Katanya, ADHD perlu dirawat segera sebaik disedari kerana ia menyebabkan
beberapa masalah sampingan seperti perasaan rendah diri, kurang yakin
dan lemah pencapaian akademik.
"Dalam situasi ini, ibu bapa seharusnya tidak kecewa jika anak mereka
didapati mengalami masalah ini, bawalah mereka bertemu pakar supaya
tingkah laku ini tidak terbawa-bawa ke alam dewasa. mereka masih
berpotensi menjalani hidup normal seperti individu lain,'' katanya.
Di bawah ini, disenaraikan beberapa tip yang boleh digunapakai oleh ibu
bapa sebagai panduan. Ia turut diperjelaskan menerusi laman web
www.sabda.org.
20
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka.
Ini kerana, kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan
mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal.
Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal,
malas atau bodoh kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa
yang anda labelkan.
Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali
merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat
menguasai apa yang anda ajarkan.
Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang
lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika
perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi
mengenai cara menanganinya.
Perbanyakkan berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini
kerana, komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak
tersebut lebih kreatif dan idealisme.
Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak
hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain.
21
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Ajar disiplin pada kanak-kanak hiperaktif agar pada masa hadapan,
mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik.
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Hiperaktif Melalui Teori Pembelajaran
Di dalam aspek pengajian, guru-guru memainkan peranan penting dalam
memupuk minat pembelajaran dalam diri pelajar. Tugas seorang guru
sememangnya tidak akan lari dari berdepan dengan permasalahan di dalam
kelas seperti kurangnya minat belajar dari reaksi anak murid, sifat degil dan
hiperaktif pelajar dan lain-lain aspek yang menyebabkan proses pengajian
terganggu. Terdapat pelbagai kajian dari kebanyakan ahli psikologi di
seluruh dunia, tentang bagaimana pembelajaran berlaku dan telah mencipta
beberapa teori pembelajaran. Teori adalah prinsip kasar yang menjadi dasar
pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Teori- teori ini boleh dibahagikan
kepada teori-teori pembelajaran behaviorisme, social dan kognitif. Teori
pembelajaran behaviorisme berfokus kepada tingkah laku dan persekitaran.
Teori pembelajaran social berfokus kepada tingkah laku dan pemikiran,
manakala teori pembelajaran kognitif berfokus kepada pemikiran. Teori-
teori tersebut merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada
yang akan memberi panduan kepada pendidik bagi menjalankan
penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.
Senario Pengajaran pembelajaran
22
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Salah satu contoh permasalahan guru atau pendidik dalam mendidik anak
murid di dalam kelas ialah sikap yang degil dan kurang berminat ditonjolkan
oleh pelajar. Biasanya pelajar yang berani menunjukkan sikap yang degil
seperti ini mereka mengalami masalah samada dari rumah, peribadi,
psikologi ataupun persekitaran. Azman, murid tahun 4 seorang pelajar yang
dari awalnya degil, banyak bermain di dalam kelas dan tidak menumpukan
diri dalam pelajaran sepanjang pengajian di dalam kelas. Berdasarkan
beberapa kajian, setiap individu mempunyai corak perkembangan tersendiri
(Frank, 1950). Pelajar juga mempunyai sifat dan perangai yang berbeza
dalam mengekspresi sesuatu tindak balas. Oleh itu, guru kelas Azman harus
peka, bahawa tidak semua pelajar di dalam kelasnya mempu mengikuti
setiap proses pengajian di dalam kelas. Dalam kes ini, Azman di aplikasikan
sebagai seorang pelajar yang degil. Jika dilihat dari aspek ini, Azman yang
mengalami masalah tumpuan di dalam kelas biasanya akan dipengaruhi oleh
faktor persekitaran. Dia akan mengambil langkah dengan mengganggu
tumpuan pelajar-pelajar lain, meminta perhatian orang lain dengan
membuat bising di dalam kelas serta menunjukkan kurang minat dalam
pembelajarannya. Jika di marahi dengan cara yang salah, Azman hanya akan
berdiam dalam tempoh seketika atau memberi tumpuan yang sambil lewa
dalam masa yang singkat dan kembali membuat bising setelah beberapa
ketika.
23
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Azman juga, tidak mahu mendengar nasihat guru, walaupun telah puas
dinasihati atau dimarahi oreh teman-teman sebayanya. Dia juga tidak
mampu menyiapkan tugasan atau kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya
atas alasan terlupa. Akibat dari hal tersebut, tahap pembelajaran Azman
tidak standing pelajar yang lain dan banyak mendapat kegagalan pada
setiap ujian serta peperiksaan. Azman juga mengalami masalah menunggu
giliran dimana sikap kurang sabar tertanam dalam dirinya, lalu mempunyai
masalah berkawan kerana kerap bergaduh apabila beratur, terutama
didalam kelas, kantin dan sewaktu perhimpunan. Pelajar seperti Azman
kerap dilabel sebgai seorang pelajar yang degil atau nakal.
Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran
Dalam mencapai arus permodenan yang tinggi, kebanyakan ibu bapa lebih
mengejar harta dan wang ringgit sekaligus mengabaikan tanggungjawab dan
perhatian yang sepatutnya diberikan terhadap anak-anak justeru
menyebabkan anak mereka mengalami pelbagai masalah hiperaktif ataupun
kurang tumpuan (ADHD). Sebagai seorang guru yang beretika,
tanggungjawab mereka adalah untuk mengenalpasti kanak-kanak yang
mengalami masalah ADHD bagi memudahkan tugas pembelajaran. Terdapat
beberapa ciri- ciri yang boleh menggambarkan Azman, murid tahun 4
mengalami masalah Hiperaktif, iaitu tidak boleh berdiam walaupun seketika,
kurang tumpuan dan kerap mengganggu kegiatan pembelajaran sewaktu
24
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
didalam kelas. Najihahnya, pelajar ini bukan saja memberi implikasi terhadap
diri sendiri, malah turut memberi implikasi terhadap pelajar lain. Hiperaktif
atau dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders)
merupakan satu pola atau perilaku seseorang yang menunjukkan sikap tidak
pernah berdiam diri, payah untuk dikendalikan, tidak memberikan perhatian
dan akan bertindak mengikut kehendak dirinya sahaja (Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4).
Kanak-kanak hiperaktif seperti Azman selalu bergerak dan tidak pernah
merasa puas dengan permainan atau barang mainan yang disukai oleh
teman sebayanya kerana kanak-kanak seperti ini mudah beralih fokus.
Hiperaktif juga merujuk kepada kepayahan untuk mengawal diri sendiri
supaya tidak melakukan perkara diluar kemampuan mereka (scribd 2010).
Melalui kegiatan hiperaktiviti, pelajar seperti Azman cenderung bermain
dengan anggota badan mereka. Apabila disuruh untuk diam, Azman
sebaliknya akan mengeliat-liat ditempat duduk walaupun ditegur berkali-kali.
Permasalahan ini boleh dikenalpasti dan diselesaikan oleh teori
pembelajaran iaitu Teori Kognitif Piaget. Teori ini telah diolah oleh Piaget
Jean, (1869-1980) seorang ahli psikologi swiss. Beliau berpendapat bahawa
pelajar memerlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta
membezakan sesuatu rangsangan (Wikipedia, 2010). Keadaan pelajar tidak
sama dengan golongan dewasa, oleh kerana itu ia tidak mampu memilih
25
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindak balas yang
sesuai terhadap rangsangan mereka. Konsep utama Piaget, perkembangan
otak seseorang itu bergantung kepada kecerdasan, yang baginya
kemampuan untuk secara lebih tepat secara logik pemikiran berdasarkan
kenyataan ataupun realiti. Mengikut konsep Skema (schemata), Piaget
berpendapat bahawa pelajar mempunyai potensi am dalam setiap diri
mereka untuk melakukan sesuatu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah
dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan seperti gerakan
menghisap, memandang, mencapai dan merasa. Begitu juga dengan pelajar,
dalam proses pembelajaran mereka akan melalui beberapa peringkat seperti
membaca, memahami, mendalami dan juga mengolah.
Selain daripada itu juga, Piaget turut menjelaskan bahawa kanak-kanak
merupakan pelajar yang aktif serta bermotivasi. Mereka mempunyai cara
mereka tersendiri untuk memperkembangkan minda dan mengembangkan
pengetahuan daripada pengalaman mereka sendiri, dan belajar dari dua
proses yang saling melengkapi iaitu proses asimilasi dan akomodasi.
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru
diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku
membolehkan seseorang mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada
pengalaman yang baru diperolehi (Piaget 1954). Contohnya, Azman seorang
kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif (ADHD) pertama kali
memasuki kelas Tahun 4 yang baginya adalah satu pengalaman baru
26
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
bersama teman-teman yang mungkin baru baginya. Oleh itu, dia dengan
mudahnya mencapai atau mengeksplorasi benda yang baru ditemuinya
didalam kelas tersebut. Perkembangan otaknya mungkin sama dengan
pelajar yang lain, tetapi disebabkan masalah ADHD, Azman cenderung tidak
dapat mengawal perasaan ingin tahunya itu.
Akomodasi pula merupakan satu proses dimana struktur kognitif mengalami
perubahan. Ianya berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi
(menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan
kognitif kanak-kanak atau pelajar. Bagi pelajar biasa atau normal, mereka
mudah mengolah apa yang dipelajari atau mengadaptasi situasi mereka.
Tetapi bagi Azman, dia mungkin mengalami masalah dalam proses asimilasi.
Sebagai contoh, jika diberi satu soalan Matematik setaraf dengan usia
kanak-kanak berumur 10 tahun, Azman mungkin menghadapi masalah
dalam menjawab soalan tersebut lebih dari rakan sebayanya.
Dari segi mengadaptasi, pelajar seperti Azman mungkin menghadapi
masalah dalam keseimbangan antara akomolasi dan asimilasi untuk
penyesuaian persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila
kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk hubungan antara apa
yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Oleh kerana Azman tidak
dapat memberi sepenuh tumpuan hanya kepada satu benda dalam satu
27
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
masa, proses adaptasinya berlaku agak perlahan dan perlu memenuhi
beberapa proses tambahan.
Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap
tertentu dalam proses perkembangan tyang dilalui. Menurut beliau lagi,
perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan
berlaku apabila pelajar mencapai tahap kematangan yang sesuai dan
terdedah kepada pengalaman yang relevan (Bjorklund 2000). Contohnya,
guru-guru harus peka terhadap pelajar seperti Azman, yang mempunyai
tahap pemikiran dan kematangan yang agak berbeza, lalu memberikan
tahap pembelajaran dan persekitaran yang sedikit berbeza sesuai dengan
tahap pemikirannya. Tanpa pengalaman yang relevan, Azman mungkin tidak
mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi ataupun selaras
dengan rakan sebayanya.
Pelan Mengatasi Masalah Berlandaskan Teori Pembelajaran
Pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah amat bergantung kepada
pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Jika seseorang
pelajar itu tidak mampu mengadaptasi pengajiannya mengikut struktur yang
ditetapkan, para guru haruslah mengambil langkah bagi mengatasi masalah
pembelajaran mereka. Terdapat pelbagai cara untuk mendalami serta
memahami isu permasalahan pelajar dari beberapa teori ahli psikologi yang
28
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
sedikit sebanyak dapat membantu seseorang guru mengajar semua pelajar
sama rata mengikut struktur yang betul.
Bagi pelajar seperti Azman, guru seharusnya peka bahawa mereka tidak
boleh mengabaikannya hanya kerana Azman seorang budak hiperaktif. Otak
Azman juga mampu berkembang seperti pelajar lain, hanya cuma perlu
diberi sedikit penekanan dan perhatian. Ini kerana, kanak-kanak atau pelajar
hiperaktif biasanya terdiri daripada anak yang kurang diberi perhatian dari
keluarga, atau sering dimarahi oleh orang sekeliling (Biernat, Monica 2005).
Bagi mengatasi permasalahan pelajar hiperaktif, guru-guru boleh
mengaplikasikan Teori Kognitif Piaget. Berdasarkan Teori Piaget,
kebijaksanaan adalah perkara asas bagi memastikan keseimbangan antara
manusia dan persekitaran. Oleh itu, para guru haruslah memberikan
persekitaran yang seimbang, sesuai dengan pelajar seperti Azman yang
degil dan suka membantah. Selalunya pelajar hiperaktif amat sukar
mengikut undang-undang lalu selalu mempunyai masalah disiplin di sekolah
(scribd 2010). Oleh itu, Teori Kognitif Piaget amat sesuai dipraktikkan jika
dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Teori Piaget terbahagi kepada empat tahap iaitu Sensorimotor, Pra-operasi,
Operasi Konkrit dan Operasi Formal. Tahap sensorimotor merupakan satu
tahap dimana pelajar hiperaktif melihat hubungan antara badannya dengan
persekitaran. Pada tahap ini, mereka membina pemahaman dari
29
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
penyelarasan pemahaman deria (melihat dan mendengar) melalui fizikal,
tindakan motorik dan melaksanakan apa yang dilihatnya (Tuckman, Bruce
W, 2010). Biasanya untuk mengaplikasikan tahap Sensorimotor terhadap
pelajar hiperaktif seperti Azman adalah menempatkan pelajar tersebut di
tempat berasingan dengan pelajar yang lain, contohnya di kelas pendidikan
khas dimana Azman akan diberi sepenuh perhatian yang sepatutnya. Proses
pengajian, akan diberikan secara beberapa peringkat dimulai dengan
peringkat asas, kepada peringkat yang lebih sukar. Pada tahap ini juga,
Azman akan diberikan tugasan seperti melihat beberapa video berkenaan
dengan etika dan sivik kerana pada peringkat ini pelajar akan mempelajari
tentang dirinya dengan melihat, menyentuh dan mendengar disekelilingnya
dan kemudian menirunya. Ini juga selaras dengan Teori Pembelajaran sosial
bandura, dimana tingkah laku manusia terpengaruh daripada persekitaran
dan secara tidak langsung akan menirunya. Kebolehan untuk meniru
tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian
(observational learning) (Mussen dan Kagan 1974). Oleh itu, pada peringkat
ini guru haruslah menunjukkan atau melakonkan satu adab dan etika supaya
Azman dapat mengamati serta mencontohi tindakan tersebut. Sebagai
contoh, adab ketika makan, guru haruslah makan bersama-sama Azman dan
menunjukkan bagaimana posisi duduk yang betul (diam dan tertib), cara
memegang sudu dan sebagainya. Dalam perkembangan sensori motor ini,
terdapat enam sub-tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan
kebolehan tertentu pada peringkat yang tertentu.
30
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Peringkat pertama adalah Refleks, dimana proses ini berlaku pada peringkat
pertama proses pemulihan pelajar hiperaktif. Tiga refleks primer yang
ditekankan oleh Piaget adalah menghisap benda dimulut, mengikuti benda
bergerak atau menarik dengan mata, dan memberi respons kepada
sentuhan yang diberikan. Pada peringkat ini, jika diberikan pensel dan
kertas, Azman mungkin tidak dapat menangkap apa yang disuruh guru
untuk dilakukan, akan tetapi guru haruslah bertindak melakukan apa yang
sepatutnya dilakukan dengan pensel dan kertas seperti melukis atau menulis
supaya Azman dapat mengamatinya. Peringkat pertama pencapaian untuk
penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular adalah peringkat reaksi asas
sekular. Pelajar mula mempunyai pengertian tentang bahagian
pembelajarannya yang tertentu. Ditahap ini pengalaman memainkan
peranan penting untuk pembentukan tingkah laku pelajar. Pengalaman boleh
didapati daripada perkembangan di tahap pertama. Dengan itu tingkah laku
pelajar hiperaktif pada tahap ini sudah bergantung kepada andaian sebab
musabab tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi yang baru. Pada saat
ini guru harus bijak memainkan peranan untuk menjadikan proses pengajian
lebih menyerononokkan. Ini kerana pelajar lebih sensitif terhadap sesuatu
yang dapat memberikannya ganjaran sperti menyeronokkan atau
menyenangkan, maka mereka akan mengulangi tindakan tersebut. Sebagai
contoh, ketika guru hendak mengajar bagaimana adab makan yang tertib
terhadap Azman dan jika Azman dapat meniru gaya makan dengan betul
31
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
maka si guru akan memberikannya lebih makanan yang digemari maka
Azman akan kerap mengikut cara makan yang betul supaya dia dapat
diberikan makan yang digemarinya secara berulang (teori Piaget 2011).
Peringkat ketiga adalah reaksi sekular kedua. Pada tahap ini pelajar
mempunyai kesediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang
lebih. Tempoh ini biasanya berlaku setelah empat atau lima bulan pelajar
seperti Azman didalam kelas pendidikan khasnya. Kebanyakan tingkah laku
pelajar dihasilkan daripada sesuatu proses pembelajaran (Santrock J.w
2008). Diwaktu ini, pelajar boleh membuat tanggapan tentang objek yang
diberikan terhadapnya. Contohnya ketika makan, Azman diberi peluang
menggunakan sudu dan diberikan lalu dia akan cuba menggunakan sudu
tersebut dengan tertib atau mungkin tidak. Pada proses ini juga Azman akan
dengan sendirinya mengamati cara memakan dengan tertib dengan cara
mengalaminya sendiri, dan kemudiannya berkembang kepada peringkat
seterusnya iaitu reaksi kordinasi dimana pada peringkat ini mental pelajar
dapat dikatakan sebagai berada ditahap perkembangan daya kognitif dan
kebolehan mental asas pada pelajar. Pelajar dapat mengetahui akibat
sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, Jika makan dengan gelojoh dan sambil
berjalan, mereka akan tercekik atau pakaian menjadi kotor lalu tidak selesa.
Maka dengan itu, pelajar hiperaktif seperti Azman tidak lagi akan makan
dengan gelojoh atau tidak duduk setempat.
32
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Reaksi secular ketiga adalah tahap keempat pra – fasa sensorimotor, dimana
pada ketika ini penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh
pelajar berlaku secara aktif. Hal ini, pelajar memerlukan kecepatan untuk
melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di situasi
baru. Pada saat ini, pelajar hiperaktif seperti Azman memperlihatkan
kemajuan yang lebih pesat. Sebagai contoh, apabila guru mula membawa
Azman makan bersama-sama rakan lain di kantin sekolah, di saat itu otak
Azman boroperasi dan mula memahami mengapa dia perlu makan dengan
tertib tanpa mengganggu orang lain. Di saat itu dia dapat mengalami sendiri
suasana makan dengan gembira tanpa wujudnya tekanan dari individu dan
orang lain. Pelajar juga pada tempoh ini mengalami proses cuba jaya tetapi
dalam keadaan yang mudah. Walaupun sukar membuang tabiat berjalan
sambil makan, tetapi Azman tetap cuba untuk sama-sama duduk dengan
teman yang lain. Dari situ mula tumbuh penggambaran pemikiran awal
dimana berlakunya kombinasi mental Azman mula mempunyai keupayaan
untuk memahami aktiviti permainan atau tugasan dan fungsi simbolik. Dia
juga dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku yang di tiru serta diterapkan
di dalam dirinya, maka terbentuk pemahaman terhadap pelajaran yang
dipelajarinya. Azman juga memahami peranannya sebagai pelajar dan
kepentingan mematuhi etika dan undang-undang.
Tahap kedua daripada empat tahap teori Piaget, ialah Praoperasi. Pada saat
ini adalah penting untuk guru-guru menerapkan penggunaan bahasa. Melalui
33
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
latihan yang di ulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan di
generalisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil (Santrock
J.W 2007). Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi
mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. selain daripada itu, operasi
yang berlaku di tempoh pengajian haruslah berasaskan pada tiga fenomena
mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pada proses
ini, Pelajar hiperaktif seperti Azman akan memberikan perhatian pada
sesuatu yang dilihat contohnya seperti keadaan semasa di kantin, Azman
akan mula mengadaptasi pengalamannya dan akan mengumpul dan
mengambil kembali memori dan pengalaman yang diperolehi. Walaupun
berada di rumah, Azman tetap akan mengingati tatacara yang betul ketika di
kantin.
Tahap ketiga iaitu tahap Operasi Konkrit harus diaplikasikan ketika proses
pemulihan dalam tempoh jangkaan 7-11 bulan. Pada tahap ini pelajar tidak
lagi berfikir secara egosentrik seperti berlaku pada tahap praoperasi.
Perasaan ingin tahu menjadikan mereka akan gemar bertanyakan sesuatu
yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
Berkembangnya semangat inkuiri ini menyebabkan mereka mula menerima
pendapat orang lain. Contohnya, apabila guru berjaya menarik minat Azman
untuk belajar, dia akan lebih peka dan akan mula rapat dengan seseorang
guru itu. Dalam tempoh ini, para guru harus bijak menarik minat pelajar,
contohnya jika Azman sukakan binatang, guru haruslah memberi tugasan
34
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
berkenaan dengan binatang dan sains supaya dapat timbulkan minat Azman
untuk belajar dengan sempurna seperti pelajar lain.
Berdasarkan Teori Piaget ini dapat disimpulkan bahawa pelajar hiperaktif
juga mengalami satu perkembangan kognitif yang sempurna seperti pelajar
lain. Para pelajar hiperaktif ini juga mengalami proses pembelajaran mereka
melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Mereka akan terus menerokai
alam sekitar mereka untuk mengetahui apa yang terdapat disitu dan sesuatu
perkara tersebut tanpa memikirkan akibatnya. Menurut Piaget lagi,
pengalaman baru yang mereka perolehi ini penting untuk perkembangan
kognitif mereka. Oleh itu, Piaget menekankan mengenai pentingnya interaksi
antara pelajaran dan persekitaran mereka. Melalui interaksi tersebut mereka
dapat menambah kefahaman mereka mengenai perkaitan, sebab dan
kesannya.
Piaget telah menjelaskan bahawa pelajar belajar melaui asimilasi dan
akomodasi iaitu proses mengendalikan suatu objek dan peristiwa dengan
cara yang selaras dengan skema yang ada (asimilasi) dan mungkin
mengubahsuai pengetahuan mereka hasil peristiwa kejadian baru
(akomodasi). Oleh sebab itu, pelajar yang hiperaktif dikatakan mempunyai
satu kepuasan dan penerokaan yang mereka lakukan. Bukan saja mereka
mampu menjana pengalaman dan mendapat pengetahuan baru, tetapi
35
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
mereka juga akan mengalami satu perkembangan kognitif yang seimbang
dalam kehidupan mereka (rahil Mahyudin dan Habibah Elias, 2001)
Sebagai seorang guru, kita haruslah bijak mengendalikan para pelajar tidak
kira dari mana-mana peringkat dan kebolehan dengan menerapkan
beberapa teori psikologi demi memahami setiap anak murid yang dididik.
Maka teori perkembangan Kognitif Piaget amat sesuai diterapkan untuk
mendidik anak-anak murid terutama kanak-kanak hiperaktif.
PENDEKATAN BAGI MENGATASI MASALAH PELAJAR HIPERAKTIF
Pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif memerlukan perhatian yang
lebih dari pihak ibubapa dan guru agar masalah yang dihadapi oleh mereka
ini dapat diatasi dengan sebaikanya. Masalah dalam aktiviti pembelajaran di
dalam kelas iaitu hiperaktif merupakan satu bentuk kelemahan yang perlu
ditangani dengan cara yang terbaik agar pengajaran yang hendak
disampaikan oleh para guru dapat disampai dan diterima oleh semua pelajar
lain yang berada di dalam bilik darjah tersebut.
Pendekatan pertama yang boleh diambil adalah menggunakan pendekatan
yang dipanggil sebagai pendekatan diagnosis. Pendekatan diagnosis
memerlukan seseorang guru itu mengenalpasti corak tingkah laku pelajar
dari semasa ke semasa dengan membuat pemerhatian serta mendapatkan
laporan tingkah laku pelajar sama ada di rumah iaitu melalui pihak ibu bapa
36
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
dan juga di sekolah iaitu melalui guru sekolah seperti guru kelas. Dalam
membuat diagnosis yang lengkap, ia memerlukan penilaian daripada
seorang pakar kerana terdapat punca lain yang menyebabkan seseorang
pelajar hiperaktif itu mengalami keresahan sehingga tidak dapat
menumpukan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Dalam pendekatan diagnosis, terdapat tiga pecahan lain yang boleh
dijalankan oleh guru dalam mengenalpasti tingkah laku pelajar yang
mengalami masalah hiperaktif.
Antaranya adalah guru haruslah memberikan perhatian yang lebih terhadap
pelajar hiperaktif. Pelajar tersebut haruslah sentiasa dalam perhatian guru
semasa di dalam bilik darjah. Caranya adalah dengan meletakkan tempat
duduk pelajar ini berdekatan dengan meja guru iaitu sebaiknya di barisan
hadapan kelas serta di kalangan rakan-rakan lain yang tenang. Kaedah ini
membolehkan guru untuk memerhati dan mengawasi pelajar berkenaan
walaupun pada masa yang sama guru tersebut sedang mengajar pelajar
yang lain. Melalui pemerhatian dan pengawasan ini membolehkan guru
tersebut melihat pelajar hiperaktif ini dengan lebih jelas dan dapat
mengurangkan pengawalan yang menyeluruh ke atas pelajar itu dan
membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar di
dalam bilik darjah.
Selain itu, pendekatan seterusnya masih lagi berkisar tentang kedudukan
pelajar hiperaktif di dalam bilik darjah. Bagi pelajar hiperaktif, guru perlu
37
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
mengelakkan dari meletakkan tempat duduk pelajar ini bersebelahan atau
berhampiran dengan tingkap atau pintu dan lukisan yang berwarna. Ini akan
mengundang beberapa akibat iaitu memudahkan pelajar ini menyelinap
keluar tanpa disedari oleh guru, akan menyebabkan diri mereka tercedera
jika duduk berdekatan dengan cermin tingkap serta menganggu aktiviti
pembelajaran di dalam kelas. Ini kerana , sifat semulajadi pelajar hiperaktif
ini yang tidak boleh melihat sesuatu objek kerana sifat ingin mencubanya
sangat menebal (Jas Laile Jaafar, 1996). Keadaan ini akan merangsang
pergerakan mereka untuk mendekati sesuatu yang berada di sekitarnya
sekaligus akan menyebabkan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan
lancar dan sempurna.
Dalam pendekatan diagnosis, terdapat satu lagi kaedah yang boleh
digunakan dalam membantu pelajar hiperaktif. Semasa menjalankan
pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memastikan bahawa hanya
peralatan yang diperlukan sahaja berada di atas meja pelajar terbabit.
Peralatan-peralatan lain yang tidak diperlukan perlu disimpan bagi
memastikan objek-objek yang tidak diperlukan ini akan menganggu
pembelajaran mereka. Guru juga digalakkan untuk memberi pujian
terutamanya apabila pelajar ini mampu mengawal diri mereka menjadi lebih
tenang dan tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran (Kementerian
Kesihatan Malaysia, 2008). Pujian yang diberikan guru ini adalah penting
supaya mereka akan mengekalkan sikap yang positif ini sekaligus akan
meningkatkan semangat mereka untuk berubah.
38
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Pendekatan multidisiplin pula memerlukan ibu bapa membawa anal-anak
mereka berjumpa dengan pakar untuk merawat anak-anak mereka dengan
menggunakan cara perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan bagi
merangsang minda mereka dalam bentuk yang normal. Pendekatan ini
memerlukan bantuan pakar terutamanya pakar kanak-kanak supaya anak-
anak mereka akan mendapat pendekatan yang terbaik bagi mengurangkan
sebarang risiko yang bertambah buruk. Menurut Jas Laile Jaafar (1996), ibu
bapa harus sedar jika mereka melakukan hukuman yang terlalu berat ia
mungkin akan meninggalkan kesan-kesan hitam dalam hidup anak mereka.
Jadi, bagi mengelakkan sesuatu pekara negatif terjadi akibat kesalahan ibu
bapa dalam menghukum, membawa anak mereka berjumpa pakar adalah
jalan terbaik. Ini kerana semasa dalam perhatian pakar, anak-anak yang
bermasalah hiperaktif akan diajar bagaimana untuk menjalinkan hubungan
sosial dengan keluarga, rakan dan masyarakat.
Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah pelajar hiperaktif adalah
ibu bapa perlu menjaga aspek pemakanan mereka untuk kesihatan dan
perkembangan yang optimum. Di masa tumbesaran meningkat, perubahan
fisiologi berlaku dan mempengaruhi keperluan pemakanan. Jika keperluan ini
tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanak-kanak dalam banyak cara
seperti mengalami tahap konsentrasi yang rendah, hiperaktif dan penyakit
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008). Bagi mengurangkan tingkah laku
hiperaktif ini, ibu bapa perlu perlu membekalkan segala keperluan
39
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
pemakanan yang seimbang dalam hidangan anak-anak mereka. Namun
walaupun demikian, vitamin B membantu membuka tenaga dalam glukos.
Kekurangan vitamin B boleh mengganggu pembelajaran dengan
menyebabkan perubahan perwatakan termasuk bersifat agresif, permusuhan
dan kemurungan. Tiada sumber makanan yang membekalkan kesemua
vitamin B perlukan, oleh itu, kepalbagaian adalah penting (Kementerian
Kesihatan Malaysia,2008).
Langkah seterusnya yang boleh diambil adalah melalui rawatan.
Berdasarkan kepada cadangan daripada pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia, ubat-ubatan boleh menurunkan kadar hiperaktiviti dan membantu
mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk mengawal masalah ini
digunakan untuk jangka masa panjang dan selamat untuk digunakan. Ia
disarankan untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas. Lazimnya, ubat
yang biasa digunakan adalah jenis Methylphenidate (Ritalin). Namun, ubat
ini mempunyai kesan sampingan yang biasa berlaku iaitu hilang selera
makan, hilang berat badan dan gangguan tidur. Sebelum mengambil ubat
ini, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor dan kesan sampingannya
perlu sentiasa dipantau.
Kaedah Pemulihan
Terdapat beberapa kaedah pemulihan kanak-kanak ADHD dapat dilakukan
dengan mudah. Antaranya dengan memberi arahan satu persatu dengan
jelas dan kanak-kanak perlu memberi perhatian terhadap arahan dan
40
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
memahaminya. Selain itu, dengan memberi pujian, ia dapat menaikkan rasa
harga diri kanak-kanak. Selain itu, guru boleh mewujudkan satu sistem iaitu
Carta Bintang dengan memberi bintang kepada kanak-kanak yang
berkelakuan baik. Seterusnya, membantu kanak-kanak itu untuk mengatur
aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang boleh
dilakukannya. Kanak-kanak digalakkan berfikir dulu sebelum mengeluarkan
kata-kata atau melakukan sesuatu tindakan. Langkah berikutnya ialah
membina semangat dan kelebihan kanak-kanak dan bukannya pada
kelemahan mereka. Bagi kanak-kanak yang bermasalah, tempatkan
kedudukan mereka dibaris hadapan kelas. Ini bagi memudahkan guru
memberi lebih perhatian kepada mereka.
Secara keseluruhannya, kanak-kanak yang mengalami masalah kecelaruan
hiperaktif dan kurang upaya tumpuan ini memerlukan program rawatan
yang tersendiri memandangkan kekuatan dan kelemahan yang ada pada
mereka. Sebagai tambahan untuk proses merawat mereka, berikan latihan
pengubahsuaian tingkah laku (behavioral modification therapy), terapi
makanan bagi mengurangkan keresahan mereka. Bagi guru, ibubapa dan
penjaga, pertingkatkan ilmu bagi membantu memudahkan mereka
memahami jiwa kanak-kanak. Dengan bantuan yang sewajarnya, kanak-
kanak ADHD akan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau
hiperaktif mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat menyalurkan
tingkah laku hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan
41
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
fizikal atau senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan
yang memberikan mereka untuk kebebasan bergerak.
Pakar terlibat dalam menangani isu Austisme (Hiperaktif)
Mendiagnostik Autisme (Hiperaktif)
Jika kanak-kanak memperlihatkan beberapa gejala di atas segera hubungi
ahli psikologi, doktor pakar perkembangan kanak-kanak, psikitaris kanak-
kanak atau neurologis autistik. Penaksiran akan dilakukan untuk segera
melalui terapi-terapi terstruktur. Maka peluang perubahan ke arah tingkah
laku normal akan dilakukan. Malahan, pakar-pakar yang berkaitan dengan
autistik hendaklah berperanan sebagai pembantu dalam memastikan anak
autistik dapat diagnos dan dipulihkan di samping mendapat kerjasama yang
jitu daripada semua lapisan masyarakat. Kerjasama ini akan dapat
membantu anak-anak autistik membesar dan berkembang mengikut potensi
diri seperti anak-anak biasa sebayanya serta memberi peluang kepadanya
untuk berjaya.
Perkhidmatan untuk Kanak-kanak Autisme (Hiperaktif) (Services for
young children with autism)
Program pendidikan berstruktur dan pengurusan di peringkat awal umur
boleh berperanan meningkatkan kefungsian apabila dewasa kelak (Howlin,
1997). Pakar akan mengenal pasti dan mendiagnosis autisme di peringkat
awal lagi menyediakan ruang kepada perkhidmatan yang bersesuaian yang
menghasilkan prognosis yang lebih baik. Intervensi lebih awal boleh
42
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
mengurangkan halangan atau menghadkan penempatan murid. Bimbingan
tingkah laku yang intensif dan berterusan kepada kanak-kanak misalnya
dapat memberi kesan perubahan yang cukup ketara. (Smith, Etkeseth,
Klevstrand, and Lovaas, 1997). 15% berjaya mengurus diri apabila dewasa
dan 15-20% mampu berfungsi dengan baik (Sparrow, 1997).
Peranan pakar kaunseling dalam menangani kanak-kanak autistik
(Hiperaktif)
Pencegahan lebih penting dari rawatan.Kanak-kanak yang sudah sampai ke
tahap yang ditakrifkan sebagai ‘Sindrom Autistik’ merupakan peringkat yang
rumit untuk dirawat.Penilaian yang komprehensif perlu dijalankan. Ini
memerlukan riwayat yang teperinci dan pemeriksaan fizikal serta menilai
perkembangan intelek dan emosinya. Kaunseling yang intensif diperlukan
untuk meningkatkan kemampuan ibu bapa melatih dan mengendalikan
rawatan anak seperti yang telah disyorkan oleh para profesional di klinik. Ini
memerlukan kesabaran, pengorbanan masa, tenaga dan kewangan.
Kemahiran mengendalikan terapi perlu dikuasai dan perhubungan yang
rapat dengan pakar-pakar yang terlibat perlu dijalinkan.
Setiap kanak-kanak autistik memerlukan program rawatan tersendiri
memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang
ada padanya. Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku
(behavioral modification therapy), terapi pemakanan, dan ubat ubat untuk
43
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan. Yang kurang
pendengarannya perlu dikenal pasti dan dibekalkan alat pendengaran serta
terapi manakala yang mempunyai masalah pembelajaran diberi latihan khas.
Suasana keliling kanak kanak yang sunyi yang meresahkan mereka diubah
dengan adanya orang orang yang boleh memberi perhatian kepada mereka.
Sebaliknya suasana keliling yang bising dan tidak tenteram serta berkemas
hendaklah diubah.
Paling penting sekali ialah mempertingkatkan ilmu ibu bapa dan penjaga,
membantu mereka memahami jiwa anak anak mereka dan menyedari
dengan lebih mendalam kebolehan dan kelemahan anak anak mereka.
Sikap negatif mereka terhadap anak perlu dikikis. Redalah dengan ujian
yang dihadapi dan berusahalah dengan penuh kesabaran untuk
melaksanakan program pemulihan. Matlamat rawatan bersama kaunseling
adalah supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di sekolah dan
masyarakat dengan sebaik mungkin. Usaha meningkatkan prestasi intelek
serta membentuk akhlak yang baik mestilah berterusan. Dalam konteks ini,
dari masa ke semasa pencapaian perlu dinilai dan strategi diperkemaskan
agar sesuai dengan usia serta keadaan.
Ironinya, bimbingan pakar kaunseling dalam membantu ibu bapa juga
adalah penting untuk meningkatkan keyakinan ibu bapa dalam menangani
anak hiperaktif. Pencegahan amatlah penting sekali dan memerlukan ilmu.
44
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Pasangan ibu bapa perlu sedar akan betapa pentingnya kesihatan
kerohanian,mental dan fizikal mereka sendiri untuk menghindar penyakit-
penyakit kepada zuriat mereka. Sewajarnya mereka perlu menimbulkan
kekhuatiran mereka tentang sesuatu keadaan penyakit yang boleh
melibatkan janin atau anak mereka dalam sesi kaunseling dengan para
profesional. Janganlah dibiarkan fikiran terlalu dipenuhi oleh sifat cemas dan
was-was dengan adanya keadaan-keadaan seperti Sindrom Hiperaktif,
Sindrom Down, Autisme, kecacatan dan penyakit-penyakit yang dihidapi
oleh anak orang lain. Apa yang penting ialah dapatkan penjelasan dan
kaunseling dari para profesional yang arif. Hal ini demikian kerana dengan
ilmu, sikap yang positif serta amalan hidup yang sihat, justifikasinya
keadaan sebegini dapatlah dihindarkan.
Pelan Tindakan untuk membantu kanak-kanak Autisme (Hiperaktif)
Pendekatan Pengajaran guru
Seseorang guru boleh menggunakan cara yang mudah difahami, contohnya
gambar untuk berinteraksi seperti buku berwarna-warni ataupun kad
bergambar (flash cards). Pada peringkat awal, seseorang guru perlu
menggunakan bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut
keupayaan anak anda. Dengan cara ini, kita dapat melatih mereka mengolah
deria visual mereka dengan lebih baik dan dapat menarik perhatian mereka
untuk belajar dengan mudah. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai
masalah dalam memberi tumpuan terhadap pengajaran guru.
45
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Guru perlu mendidik murid cara sesuai untuk meminta sesuatu dengan
beratur mengikut susunan (how to takes turn). Guru juga perlu
menggunakan cara hubungan komunikasi yang baik dengan ajari mereka
mengucapkan terima kasih dan menggunakan pandangan mata (eye
contacts) dengan anda. Cara ini akan melatih mereka untuk bertenang dan
bersabar dalam setiap perkara yang mereka hendak lakukan. Jika tidak, dia
akan kembali kepada cara negatif dengan mengamuk apabila
permintaannya tidak dipenuhi.
Alunan muzik adalah penting dalam mempengaruhi perkembangan positif
murid-murid autisma. Justeru, alunan muzik dan disertai pergerakan badan
yang tersusun seperti di dalam kelas khas adalah penting bagi melatih
kebolehan tindak balas terhadap arahan yang mudah di dalam
pembelajaran. Contohnya, apabila bait lagu menyuruh mereka please sit
down and turn around, mereka akan melakukan setiap langkah itu satu per
satu mengikut urutan dan meniru apa yang guru mereka lakukan walaupun
dalam keadaan yang lambat. Jika dipraktis setiap minggu, kepantasan tindak
balas gerakan tubuh ini akan meningkat.
Guru juga boleh menggunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu
menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan
dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan
46
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak
autisme ada masalah kenali konsep masa. Contohnya ‘dalam kiraan lima
kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan
terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya. Konsep pembayang
awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk
peralihan aktiviti.
Intervensi LEAP (Learning Experience and Alternative Program for
preschooler and parents)
Intervensi LEAP menggabungkan Developmentally Appropriate Practice
(DAP) dan tehnik ABA dalam sebuah program inklusif. Teori pembelajaran
yang berbeza digabungkan untuk membentuk kerangka konsep. Kaedah ini
ada kelebihan dan kekurangan pada kanak-kanak autistik. Model LEAP
menggunakan teknik pengajaran reinforcement dan kawalan stimuli.
Asasnya adalah;
Semua kanak-kanak mendapat faedah ruang lingkupnya. Kanak-kanak
autistik semakin sembuh jika intervensi berlaku konsisten di rumah, sekolah,
atau masyarakat. Keberhasilan semakin besar jika ibu bapa dan guru bekerja
bersama-sama. Kanak-kanak autistik saling belajar dari rakan sebaya
mereka. Intervensi haruslah bersifat terancang, sistematik dan individual.
Kanak-kakak yang memerlukan perhatian khusus dan yang normal akan
mendapat keuntungan dari kegiatan yang mencerminkan DAP.
47
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Pelan Tindakan Pendekatan Floor Time:
Pendekatan Floor Time berdasarkan pada teori perkembangan interaktif
yang mengatakan bahwa perkembangan ketrampilan kognitif dalam 4 atau 5
tahun pertama kehidupan didasarkan pada emosi dan relationship
(Greenspan & Wieder 1997a). Jadi hubungan pengaruh dan interaksi
merupakan komponen utama dalam teori dan praktik model ini. Greenspan
mengembangkan suatu pendekatan perkembangan terintegrasi untuk
intervensi anak yang mempunyai kesukaran (severe) dalam berhubungan
(relationship) dan berkomunikasi, dan teknik intervensi interaktif yang
sistematik inilah yang disebut Floor Time. Kerangka konsep program ini ialah
pentingnya relationship, enam acuan (milestone) sosial yang spesifik dan
teori hipotetikal tentang autistik.
Pelan Tindakan Pendekatan TEACCH (Treatment and Education of
Autistic and Related Communication Handicapped Children)
(Hiperaktif)
TEACCH merupakan program nasional di North Carolina USA, yang
menangani autistik, secara bersistem dan tindakan yang bebas. Program
TEACCH menyediakan tindakan yang berkesinambungan untuk individu,
keluarga dan lembaga tindakan untuk kanak-kanak autistik. Tindakan dalam
48
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
program ini termasuk diagnosa, terapi, rundingan, kerjasama dengan
masyarakat sekitar, keperluan hidup dan tenaga kerja untuk memenuhi
keperluan keluarga yang spesifik.Para pelapis dalam program TEACCH perlu
memiliki pengetahuan dalam berbagai bidang termasuk, speech pathology,
kumpulan kemasyarakatan, intervensi terkini, pendidikan khas dan psikologi.
Konsep pembelajaran dari model TEACCH berdasarkan tingkah laku,
perkembangan dan dari sudut pandang teori ekologi, yang berhubungan erat
dengan teori dasar autisme.
Kelas transisi
Kanak-kanak belajar secara intensif dan berstruktur. Hal ini demikian kerana
ia adalah kelas persiapan dan pengenalan kepada pengajaran dengan
kurikulum sekolah biasa, tetapi melalui cara pengajaran yang berbeza di
mana kelas kecil dengan jumlah guru yang besar, dibantu dengan alat audio
visual, interaksi yang jelas, padat dan konsisten. Selain itu, bentuk kurikulum
dari berbagai bidang ilmu psikologi, pedagogi, speech patologist, terapis,
guru dan ibu bapa dan sukarelawan. Dalam pada itu, perlu disediakan
tempat khusus (special unit) apabila kanak-kanak memerlukan terapi,
Malahan, pihak sekolah misalnya perlu mempunyai Program Pendidikan
Individu sesuai dengan kemampuannya. Ironinya, pengidap autistik perlu
didampingi oleh seorang terapis yang berfungsi sebagai guru pembimbing
49
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
khas (GPK). Tugasnya ialah membantu guru kelas jika diperlukan, sehingga
proses pengajaran dapat berjalan lancar tanpa gangguan.
Program Sekolah Di rumah (Homeschooling Program)
Kanak-kanak autistik yang non verbal, kerencatan mental, masalah
psikmotor dan auditory sebaiknya diberi kesempatan ikut serta dalam
Program Sekolah Di rumah. Melalui bimbingan para guru dan terapis serta
kerjasama yang baik dengan ibu bapa serta orang-orang disekitarnya,
potensi anak dapat dikembangkan. Kerjasama ini merupakan cara terbaik
untuk mengeneralisasi program dan membentuk hubungan yang positif
antara keluarga dan masyarakat. Kerjasama ini memberi kesempatan untuk
mendapat persamaan pendidikan yang setara dengan sekolah biasa untuk
bidang yang ia kuasai.
Langkah-langkah Mengatasi Pelajar Hiperaktif
Permasalahan dalam ruangan aktiviti pembelajaran didalam kelas
merupakan satu bentuk kelemahan yang harus diambil pendekatan yang
terbaik agar setiap isi ruang yang ada didalam kelas mendapat pendidikan
yang adil dan sama rata. Lask (1985) menyatakan terdapat beberapa
masalah yang biasa dihadapi oleh murid yang berada di sekolah. Masalah ini
mungkin akan dihadapi oleh mereka yang muda dan yang lebih dewasa.
Namun masalah ini dihadapi dalm jangka masa yang pendek, merupakn
sebahagian daripada proses pertumbuhan yang dihadapi oleh murid.
50
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Pendekatan Diagnosis
Diagnosis merupakan salah satu langkah atau rawatan yang paling berkesan
dalam bidang psikologi atau bidang kaunseling. Diagnosis membawa maksud
perawatan yang diberikan dalam bentuk kita perlu mengenalpasti corak
tertentu tingkah laku, membuat pemerhatian dan laporan tentang tingkah
laku pelajar dari masa ke semasa. Membuat diagnosis yang lengkap
memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman
memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan
keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada
ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak
tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan
mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolah daripada
ibu bapa dan guru sekolah.
1) Dalam permasalahan murid yang mengalami masalah hiperaktif atau
kurang tumpuan ini hendaklah diberi perhatian yang lebih dan khusus agar
guru dapat mengubah permasalahan yang ada dalam bentuk yang lebih
baik. Cara atau keadah permerhatiaan ialah dengan menempatkan pelajar
di bangku yang terdekat dengan guru dan juga diantara anak murid yang
tenang, ini bagi membolehkan guru memberi perhatian dan pengawasan
yang penuh. Cara sebegini akan membolehkan setiap pergerakan yang
dibuat oleh pelajar hiperaktif tadi dapat dilihat dengan lebih jelas dan ketika
51
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
itu juga guru dapat memainkan peranan untuk mengajar anak murid yang
lain kerana pelajar hiperaktif tadi terlatak dekat dengan guru sekaligus ini
akan mengurangkan kadar pengawalan yang menyeluruh dan akan
membolehkan aktiviti bilik darjah dapat dijalankan dengan lancar.
2) Pendekatan dianogsis yang seterusnya perlu dibuat oleh guru dengan
mengelakkan pelajar ditempatkan berhampiran dengan jendela atau pintu
yang terbuka dan juga gambar atau lukisan yang berwarna terang kerana ia
akan merangsang pergerakan mereka. Sifat semulajadi yang ada pada
pelajar hiperaktif ini yang tidak boleh melihat sesuatu objek kerana sifat
ingin mencubanya yang agak menebal. Keadaan ini akan menganggu ruang
dan masa aktiviti pembelajaran.
3) Menyingkirkan perlengkapan yang tidak diperlukan di meja belajar
supaya perhatian mereka tidak terganggu oleh objek lain. Guru digalakkan
selalu memberi pujian kepada pelajar yang hiperaktif apabila mereka
berada dalam keadaan tenang kerana ini akan meningkatkan semangat
mereka.
Pendekatan Multidisiplin
Pendekatan multidisiplin ini merujuk kepada cara yang digunakan bagi
merawat kanak-kanak hiperaktif ini dengan mengunakan cara perubatan,
52
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
psikologi, sosial dan pendidikan bagi merangsang minda mereka ke bentuk
yang normal.
1) Membawa anak hiperaktif memdapatkan rawatan dari doktor yang
berpengalaman tentang masalah ini.
2) Mencari pendekatan psikologi dari pakar-pakar , terutamanya pakar
kanak-kanak yang membolehkan pendekatan yang terbaik diberi bagi
mengurangkan risiko yang lebih buruk.
3) Diterapkan pendekatan sosial dan pendidikan , contohnya membiarkan
mereka bergaul dengan kanak-kanak diluar dengan pengawasan , dan
jangan bertindak mengurung anak sebeginikerana akan menambahkan lagi
permasaalahan yang sedia ada.
Ubat Simulasi
Pengambilan ubat simulan merupakan pendekatan untuk jangka masa
pendek terutama anak-anak yang terlalu aktif sehingga menganggu waktu
tidur dan makan , ini cukup bahaya kerana ianya akan menjejaskan
perkembangan otak kanak-kanak tersebut. Ubat simulan hanya bertujuan
atau bersifat membantu menenangkan dan menumpukan perhatian kanak-
kanak dalam sesuatu hal.
Sorotan Kajian Kes Mr. and Mrs. Wilson. (Kajian Kes No.21)
53
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Mr. dan Mrs. Wilson telah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai 3
orang anak. Ken berusia 7 tahun merupakan anak kedua pasangan ini
dilaporkan oleh gurunya dia kerap kali menganggu dalam bilik darjah, sering
bertindak agresif dan tidak menyiapkan kerja yang diberikan. Ibu bapa Ken
melaporkan kepada terapis gangguan yang dialami Ken bermula semasa di
taman asuhan.
Terapis kemudiannya menemuduga ibu bapa Ken untuk melihat kelakuan
Ken semasa di rumah. Ibu Ken melaporkan beliau mengalami kesukaran
ketika hendak melahirkan Ken berbanding adik beradiknya yang lain. Ken
juga dilaporkan kerap menangis dan selalu mengadu sakit perut. Ketika Ken
meningkat dewasa, Ken sering bertindak agresif dan ganas berbanding adik
beradiknya yang lain. Apabila dia dimarahi ibunya, Ken akan bertindak
membuang barang-barang yang berdekatan dengannya, memecahkan
barang-barang dan akan menjerit sekuat hati. Selain itu hubungan Ken
dengan adik beradiknya yang lain kurang mesra.
Ibu bapa Ken menyifatkan kelakuan Ken sama dengan kelakuan anak
jirannya. Ken juga tidak boleh menumpukan perhatian dalam sesuatu
perkara dan adalah mustahil ibu bapa Ken membawa Ken keluar makan
bersama. Semasa terapi bersama pihak sekolah, Ken dilaporkan menghadapi
masalah disiplin dan mempunyai mood tidak baik, suka menganggu rakan-
54
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
rakannya dan sering bertindak agresif. Ujian IQ telah dilakukan untuk
melihat tahap kebijaksanaan Ken. Walaupun tahap IQ Ken berada pada paras
120, namun dia tidak dapat membaca dengan baik dan lemah dalam subjek
matematik. Hasil temubual terapis dengan guru kelas Ken, didapati Ken tidak
suka duduk diam dalam kelas, tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dan
mempunyai hubungan yang tidak baik dengan rakan-rakannya. Guru Ken
turut menggunakan pelbagai kaedah untuk mendisiplinkan Ken. Guru Ken
juga menggunakan soal selidik Conner Rating Scale untuk melihat tingkah
laku Ken (Hiperaktif).
Ahli terapis turut bersama Ken didalam kelas dan mendapati Ken akan
bangun dari tempat duduknya melebihi enam kali dan melihat ke luar
tingkap apabila mendengar bunyi. Ken sering bercakap dengan rakan-
rakannya dan tidak menumpukan perhatian pada pembelajaran. Apabila
guru menegurnya, Ken tidak ambil kisah sehinggalah gurunya terpaksa
menjerit dan memarahinya.
Sesi kedua terapi bersama keluarganya mendapati sikap Ken bermula dari
kecil lagi. Ken akan marah jika kehendaknya tidak dituruti dan kerap
melakukan perkara berbahaya seperti memanjat bilik tidurnya dan . Ken juga
didapati tidak mempunyai kawan yang rapat dengannya. Hasil temubual
berama Puan Wilson, mendapati pasangan ini mempunyai masalah dalam
perkahwinan dan Puan Wilson juga sering menggunakan hukuman secara
55
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
fizikal untuk menagani masalah Ken kerana khuatir Ken tidak akan berubah
sikap apabila dewasa kelak. Temubual bersama En. Wilson mendapati beliau
juga mengalami masalah sama seperti Ken semasa kecil dan berubah
apabila meningkat dewasa. Jadi En. Wilson mengharapkan Ken akan berubah
apabila meningkat dewasa kelak.
Terapis seterusnya ialah untuk melihat hubungan Ken dengan adik
beradiknya. Didapati Ken dan adik beradiknya sering merebut barang
permainan. Ken juga sering merosakkan barang permainan dan akan menipu
ibunya jika adiknya mengadu kepada emaknya. Semasa makan malam juga
Ken sering menggangu adiknya, lebih-lebih lagi apabila ayah ada di rumah.
Kes Ken Berdasarkan DSM-IV-TR dalam Skala Global Assessment of
Functioning (GAF)
Manual Diagnostik dan Statistik Kecelaruan Mental atau DSM-IV-TR
merupakan suatu buku panduan terbitan Persatuan Psikiatrik Amerika (APA)
pada tahun 1994 memberi keupayaan mendiagnosis secara manual sesuatu
kecelaruan mental yang dialami oleh seseorang individu. Terdapat kriteria-
kriteria umum dalam DSM-IV-TR yang menbolehkan ahli terapis
mendiagnoksis jenis kecelaruan yang dialami oleh klien-klien yang datang
mendapatkan rawatan. Selain itu, bagi memudahkan ahli terapis membuat
penilaian menyeluruh dan memberi rawatan kepada kliennya, DSM-IV-TR
menetapkan lima penilaian pelbagai axis.
56
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Axis I= Kecelaruan klinikal. Berdasarkan terapis yang dilakukan terhadap kes
Ken menunjukkan Ken boleh didiagnoksiskan sebagai kanak-kanak yang
mengalami gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau attention deficit
hyperactivity disorder (ADHD). Mengikut DSM-IV (APA,1994), untuk
melayakkan seseorang individu didiagnos sebagai ADHD, simptom tersebut
mesti wujud sebelum umur tujuh tahun dan diperlihatkan dalam sekurang-
kurangnya dua seting (misalnya di rumah, sekolah dan sebagainya). Namun
menurut Sciutto, Terjesen dan Frank (2000), diagnosis ADHD yang tepat
kerapkali menjadi rumit kerana banyak masalah yang berkaitan dengan
ADHD juga merupakan ciri kecelaruan kelakuan kanak-kanak yang lain dan
ADHD selalunya diiringi dengan pelbagai kecelaruan perkembangan dan
psikiatri yang lain. Selain itu, kanak-kanak yang mengalami ADHD terdiri
daripada populasi pelbagai yang simptomnya berbeza antara seting,
pengasuh, dan kerumitan tugasan. Berdasarkan kajian kes yang dilakukan
menunjukkan Ken yang berusia 7 tahun mengalami sindrom-sindrom seperti
suka menggangu rakan-rakannya di sekolah dan menggangu adiknya
semasa berada di rumah.
Axis II= Kecelaruan personaliti. Berdasarkan kajian kes, didapati Ken tidak
mengalami masalah kecelaruan personaliti seperti simptom personlaiti
maladaptive dan kerencatan akal.
57
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Axis III= Keadaan kesihatan am disebabkan oleh kesan perubatan.
Kewujudan axis ini membolehkan laporan tentang keadaan kesihatan atau
fizikal yang mungkin releven kepada pemahaman atau pengurusan
kecelaruan mental seseorang. Berdasarkan kajian kes, didapati Ken tidak
pernah mengambil atau diberi rawatan perubatan yang boleh menyebabkan
Ken mengalami gangguan.
Axis IV= Axis yang melibatkan masalah psikososial dan persekitaran.
Masalah psikososial dan persekitaran mungkin boleh terdiri daripada
peristiwa negatif dalam hidup, masalah persekitaran, tekanan keluarga atau
hubungan interpersonal dan kekurangan sokongan sosial atau sumber
peribadi. Masalah ini dikategorikan kepada sembilan kumpulan sokongan
primer, masalah berkaitan dengan persekitaran sosial, masalah pendidikan,
masalah pekerjaan, masalah perumahan, masalah ekonomi, masalah
berkaitan dengan kemudahan kesihatan masalah berkaitan dengan interaksi
sistem perundangan atau jenayah dan masalah psikososial dan persekitaran
yang lain. Berdasarkan kajian kes, didapati Ken turut mengalami masalah
psikososial dan persekitaran dimana Ken tidak mempunyai kawan karib
kerana sikapnya yang suka menggangu kawan-kawannya. Ken juga
mengalami masalah pendidikan dimana Ken tidak boleh membaca dengan
baik dan lemah dalam subjek matematik walaupun Ken mempunyai tahap IQ
yang tinggi iaitu pada tahap 120. Selain itu, hubungan Ken dengan adik-
beradiknya juga renggan dan ibunya juga sering mengenakan hukuman
58
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
fizikal bagi menghukum tingkah laku Ken. Semasa di sekolah juga, guru Ken
memarahi Ken apabila dia tidak memberi tumpuan dalam kelas. Keadaan
Ken semakin menjadi-jadi apabila ayahnya hanya membiarkan sahaja
tingkah laku Ken kerana beranggapan Ken akan berubah apabila deasa
kelak.
Axis V= Axis ini adalah untuk melaporkan pendirian ahli klinikal terhadap
tahap kebolehfungsian seseorang secara menyeluruh. Maklumat ini penting
untuk merancang rawatan dan mengukur kesannya dan untuk
menjangkakan keputusan atau hasilnya. Berdasarkan kajian kes diatas
menunjukkan tahap kebolehfungsian Ken berada pada tahap 80-100 dimana
pada tahap klinikal ini, gangguan yang dialami oleh Ken tidak berada pada
tahap yang berbahaya dimana orang yang terdekat dengan Ken
terutamanya ibu bapa dan guru Ken boleh mengubah Ken dengan mengajar
dan menegur setiap kesalahan yang dilakukan Ken tanpa memberi rawatan
perubatan yang boleh mengakibatkan masalah lain kepada Ken.
Oleh sebab ADHD menyebabkan masalah-masalah kanak-kanak
terutamanya kanak-kanak sekolah tadika dan sekolah rendah seperti seperti
kesukaran mengikut arahan yang diberikan oleh guru, suka bercakap dan
susah untuk duduk diam dalam kelas, maka langkah-langkah pencegahan
seperti peranan guru dan ibu bapa adalah diperlukan.
59
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Kaedah Pencegahan Dan Rawatan ADHD
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan oleh sesebuah sekolah
dalam membantu pelajar-pelajar yang mempunyai gangguan ADHD ini
antaranya memilih guru yang berkebolehan iaitu dengan menepatkan
pelajar kepada guru yang optimis, fleksibel dan berkebolehan dalam
menyelesaikan masalah. Guru yang liberal ini mampu menolong pelajar yang
mengalami gangguan ADHD ini.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyediakan sokongan bagi
mempromosikan kelakuan yang ditugaskan iaitu dengan mencari seorang
rakan belajar yang sesuai kepada pelajar ADHD, memerhatikan setiap kerja
yang dilakukan oleh pelajar ADHD dan mengekalkan kekerapan komunikasi
antara ibu bapa dengan sekolah.
Guru-guru dan ibu bapa juga boleh memberi sokongan motivasi seperti
memberi pujian dan ganjaran kepada pelajar dan anak-anak mereka yang
membuat sesuatu tugasan dengan baik terutamanya kepada pelajar dan
anak-anak mereka yang mengalami masalah gangguan ADHD. Ini dapat
membantu membina keyakinan diri kanak-kanak ADHD ini. Berkomunikasi
dengan pelajar ADHD dan menanya kepada mereka aktiviti kegemaran
mereka juga boleh memberi motivasi kepada kanak-kanak yang mengalami
gangguan ini. Guru-guru dan ibu bapa juga harus membantu pelajar ADHD
60
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
ini mencungkil bakat yang terpendam seperti bermain alat muzik, bersukan
dan sebagainya serta menentukan satu matlamat yang realistik kepada
kanak-kanak ini.
Selain sokongan motivasi, guru-guru dan ibu bapa juga hendaklah memberi
sokongan sosial seperti memberi sokongan dan galakan kepada kanak-kanak
ADHD apabila mereka menghadapi masalah supaya kanak-kanak ini dapat
meningkatkan penghargaan kendiri dan membantu pelajar membentuk
kumpulan belajar terutama pelajar-pelajar. Hal ini dapat menggalakkan
pelajar berkongsi idea dan tanggungjawab di samping membantu hubungan
interpersonal dengan pelajar lain. Pembelajaran secara campuran umur juga
dapat membantu pelajar dalam hubungan sosial mereka.
Terdapat beberapa rawatan yang sering digunakan bagi merawat kecelaruan
ADHD ini. Rawatan-rawatan ini kerap kali melibatkan pendekatan
multidisiplin yang merangkumi bidang psikologi, sosial dan pendidikan. Ubat
perangsang turut digunakan bagi merawat ADHD, tetapi tidak bermakna
gangguan ini akan pulih sepenuhnya. Ubat perangsang membantu kanak-
kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang
bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa keberkesanan ubat
perangsang, tumpuan perhatian kanak-kanak akan bertambah untuk belajar
dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru.
61
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Ubat perangsang yang utama bagi merawat ADHD adalah methylphenidate.
Kesan ubat ini di jangka bermula dalam masa 30 hingga 60 minit dan
keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3 hingga 4 jam. Seorang kanak-
kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari
bagi mendapatkan kesan yang terbaik. Antara ubat-ubat lain yang
digunakan bagi merawat gangguan ini ialah adderall amphetamine, concerta
methylphenidate, dexerine dextromphetamine dan dextrostat
dextroamphetamine. Terdapat dadah atomoxetine yang didaftarkan atas
jenama Strattre, memberi kesan kepada neurotransmiter norepinephrine
sementara dadah perangsang berfungsi pada bahagian dopamine. Bahagian
neurotransmiter norepinephrine dipercayai memainkan peranan dalam
gangguan ADHD di kalangan kanak-kanak.
Walau bagaimanapun sebelum mengambil sebarang ubat bagi merawat
ADHD, pesakit atau penjaga kepada kanak-kanak ADHD perlu mendapatkan
nasihat daripada doktor kerana sesetengah ubat hanya berkesan pada
individu tertentu sahaja. Bagi kebanyakan orang, dadah jenis perangsang
mengurangkan hiperaktif dan impulsiviti kanak-kanak dengan segera serta
memperbaiki kemampuan mereka bagi memberi tumpuan, bekerja dan
belajar. Penggunaan ubat ini juga dapat memperbaiki koordinasi fizikal
seperti yang diperlukan dalam penulisan dan sukan.
62
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Dadah perangsang dapat diambil dalam bentuk jangka masa panjang
ataupun pendek. Dadah perangsang jenis baru dapat diambil sebelum pergi
ke sekolah dan memberikan kesan dalam tempoh yang lama. Doktor boleh
berbincang dengan ibu bapa berkenaan keperluan kanak-kanak ADHD dan
memutuskan jenis ubat yang perlu diambil.
Terdapat beberapa kesan sampingan yang biasa muncul akibat pengambilan
ubat-ubat ini adalah seperti kurang selera makan, sukar tidur, kebimbangan
meningkat dan mudah mudah marah. Sesetengah kanak-kanak dilaporkan
mengalami sakit perut dan kepala selepas mengambil ubat-ubat ini.
Walau bagaimanapun, ubat sebenarnya hanya berfungsi mengawal
simptom-simptom sepanjang hari ubat diambil. Walaupun ubat membantu
kanak-kanak memberikan tumpuan yang lebih baik di sekolah serta
menyiapkan tugasan mereka , ia tidak dapat menambah kemahiran belajar
mereka. Kanak-kanak ADHD yang turut mengalami gangguan bipolar akan
diberi ubatan penstabil mood seperti litium dan depakote. Sebagaimana
kanak-kanak remaja juga didiagnosa sebagai penghidap ADHD selalunya
akan memulakan rawatan mereka dengan ubat-ubatan dadah perangsang.
Atomoxetine adalah ubat yang biasa diberikan kepada remaja selain
daripada ubat antikemurungan seperti tricyclics, venlafaxine-effexor dan
bupropion-wellbutrin.
KAJIAN KES
63
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
PROFIL DAN LATAR BELAKANG :
BIODATA RESPONDEN
Nama : Mohamad Adam b. Jamaludin
Umur : 11 tahun
Jantina : Lelaki
Ketinggian /Berat : 140 cm / 32 kg
Alamat : Kampung Bt. 38 Baroh, Sabak Bernam,
Selangor D.E.
Hobi : Bermain bola
Bilangan adik-beradik : 6 orang dan merupakan anak yang ke 2
Cita-cita : Polis
BIODATA IBU BAPA RESPONDEN
Nama Bapa : Jamaludin b. Lihun
64
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Umur : 43 tahun
Pekerjaan : Pemandu lori
Nama ibu : Siti Fetimah bt. baseran
Umur : 41 tahun
Pekerjaan : Suri rumahtangga
KAJIAN KES : ADIK MOHAMAD ADAM B. JAMALUDIN
( SEK. KEB. BT 8, SABAK BERNAM, SELANGOR D.E )
Latar belakang murid ini diperolehi melalui temubual bersama guru
Pendidikan khas iaitu Puan Zahrah bt Ismail. Jika dilihat dengan mata kasar,
didapati murid ini tidak menghadapi sebarang masalah dan kelihatan seperti
kanak-kanak normal yang lain. Tetapi setelah beberapa kali kajian dan
temubual dijalankan terdapat beberapa kelainan yang diperolehi. Berikut
adalah beberapa ciri positif dan negatif yang ada pada adik Mohamad Adam
b. Jamaluddin.
a. Mudah terganggu :
Melalui temubual bersama guru, didapati bahawa adik Muhamad Adam
mudah terganggu samada dari dirinya sendiri atau ketika bersama orang
lain. Fikirannya sentiasa terganggu oleh perkara-perkara lain semasa
menjalankan aktiviti yang diminta untuk dilakukan.
65
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
b. Tidak boleh menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara :
Apabila diminta oleh guru untuk menumpukan sesuatu perkara yang sedang
diajar di dalam kelas, kanak-kanak ini tidak boleh menumpukan perhatian
yang sepenuhnya. Didapati beliau asyik memikirkan perkara yang lain dalam
tempoh pembelajaran tersebut. Puan Zahrah menyatakan bahawa beliau
pernah meminta adik Mohamad Adam memegang sebuah buku dan dia
memegangnya tetapi dalam masa yang sama didapati kanak-kanak ini
seolah-olah sedang memikirkan sesuatu sehingga buku yang dipegangnya
itu terjatuh.
c. Tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan :
Ketika kajian sedang dijalankan, kami dapati bahawa kanak-kanak ini apabila
diminta untuk melakukan sesuatu aktiviti atau kerja, dia tidak boleh
menyiapkannya bersendirian. Dia hanya boleh melakukan tugasan tersebut
dengan baik hanya pada permulaannya sahaja dan pada akhirnya dia akan
meninggalkan tugasan itu kerana tidak dapat melakukannya dengan
sempurna. Ini adalah kerana biasanya kanak-kanak hiperaktif cepat bosan
dengan sesuatu perkara yang memenatkan dan menyusahkan.
d. Menghasilkan kerja yang tidak berkualiti :
Oleh kerana kanak-kanak yang terlalu aktif ini tidak suka kepada sesuatu
perkara yang membosankan dan memenatkan, maka kerja yang guru minta
66
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
untuk dilakukan tidak dapat dihasilkan dengan sempurna. Kesannya, hasil
kerja yang diperolehi adalah tidak berkualiti.
e. Suka membuat sesuatu aktiviti tetapi hanya sedikit sahaja yang
siap :
Kami juga dapati bahawa adik Mohamad Adam seorang yang ringan tangan
dan suka melakukan sesuatu aktiviti., tetapi aktiviti tersebut hanya berkesan
untuk seketika sahaja dan menyebabkan sedikit sahaja yang siap. Ini adalah
kerana sikap yang ada padanya adalah berbentuk sementara sahaja.
f. Perkembangan bahasa yang lambat :
Melalui temubual bersama adik Mohamad Adam, didapati dia mengalami
masalah dalam perkembangan bahasa yang lambat dan ini menyebabkan
pertuturan mereka juga terjejas. Oleh kerana itu, dia tidak boleh berbahasa
dengan baik.
g. Tidak pandai menjaga kebersihan :
Melalui temubual bersama Puan Zahrah, didapati respondon merupakan
murid yang tidak pandai mengurus diri dan menjaga kebersihan. Ini mungkin
adalah rentetan ketika dia berada di rumah di mana tidak diberi penekanan
untuk menjaga kebersihan.
Tetapi di sebalik sikap negatif yang ada pada adik Mohamad Adam terdapat
beberapa sikap positif yang ada padanya, contohnya :
67
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
a. Ringan tulang dan suka membantu guru walaupun pada dasarnya
kerja yang dilakukan tidak sempurna.
b. Menunjukkan sikap yang sopan ketika berjumpa dengan orang yang
baru dikenalinya. Contohnya: bersalaman
c. Seronok dan memberikan kerjasama ketika kajian ini dijalankan dan
amat gembira apabila gambarnya diambil.
d. Ketika kajian dijalankan, didapati adik Mohamad Adam suka
mendengar lagu dan menonton televisyen dan video.
e. Adik Muhamad Adam juga seorang yang mesra dan menyayangi
rakan-rakannya.
PENCAPAIAN SUBJEK:
a. Bidang Akademik
Satu sesi temubual telah dijalankan bersama subjek dan
b. Kemahiran-kemahiran khusus
TINGKAH LAKU PELAJAR
KOMPONEN PENILAIAN TINGKAHLAKU
68
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Penilaian tingkah laku pelajar ( Adik Mohamad Adam ) yang diperolehi
berdasarkan pemerhatian dan temubual bersamanya dan guru Pendidikan
Khas ( Puan Zahrah )
69
BIL PERLAKUAN YA TIDAK
1. Merosakkan harta benda _/
2. Mencederakan diri sendiri _/
3 Bergaduh secara lisan dan fizikal. _/
4 Berbahasa kasar atau kesat. _/
5 Cepat marah dan meradang. _/
6 Menjerit, menangis atau ketawa tanpa
sebab.
_/
7. Tidak boleh duduk diam. _/
8. Ingkar dan tidak menurut perintah. _/
9. Sering membuat bising _/
10. Perhatian mudah terganggu. _/
11. Memencilkan diri. _/
12. Lembap dalam pergerakan. _/
13. Bercakap bersendirian. _/
14. Gelisah.. _/
15. Berkhayal dan termenung _/
16. Membuat sesuatu tanpa tujuan _/
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Berdasarkan pemerhatian dan temubual yang dijalankan, didapati bahawa
adik Mohamad Adam tidak mengalami masalah tingkahlaku yang begitu
ketara. Walaupun dia cepat marah atau meradang, tetapi mudah pula
kembali kepada normal serta mahu meminta maaf apabila ditegur.
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
DEFINISI
RPI merupakan satu perjanjian atau dokumen bertulis antara ibu bapa dan
pihak sekolah yang dirancang untuk seseorang murid. Ia bertujuan
mendokumentasi segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program
pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan bagi tujuan rujukan
semua pihak.
Secara pernyataan, RPI merujuk kepada :
i. tahap prestasi seseorang murid.
ii. perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik.
iii. matlamat tahunan yang boleh didicapai oleh murid
iv satu huraian burhubung dengan murid
v. satu perancangan atau persediaan untuk membantu murid berkeperluan
khas menghadapi alam sekitar.
NAMA : BIODATA MURID
Nama dan latar belakang yang berkaitan dengan pendidikan murid adalah
perlu disenaraikan untuk tujuan dalam rekod.
70
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Mengumpul segala maklumat berkaitan kekuatan , kelemahan dan keperluan
murid yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut
adalah maklumat yang perlu dikumpul:
i. borang biodata murid.
ii. sejarah hidup termasuk aspek kesihatan.
iii. borang kaji selidik akademik
iv. ujian diagnostik
v. pemerhatian ke atas murid
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Strategi pengajaran dan pembelajaran perlu bagi menentukan murid dapat
mencapai objektik yang diharapkan .Strategi ini tidak seharusnya ditulis
dengan terperinci tetapi perlu ditulis oleh guru dalam penggubalan RPI.
terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan oleh seseorang guru
seperti:
i. bimbingan rakan sebaya setengah jam setiap hari
ii. sistem konstrak dengan pengukuhan yang sesuai.
iii membaca di rumah dengan penglibatan ibubapa.
iv latihan harian yang dirancang oleh guru diajar oleh rakan
sebaya.
v bahan fisioterapi selama satu jari seminggu.
71
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
PENILAIAN
Penilaian dilakukan terhadap objektif RPI yang telah diserapkan bagi
menjelaskan kekerapan seseorang murid itu dinilai. Pilih bidang-bidang yang
penting sahaja dan tumpukan satu atau dua perkara pada satu-satu masa.
CATATAN
Ruang catatan digunakan oleh guru atau pihak yang berkaitan untuk
memberi ulasan. Selain daripada itu, ruangan itu boleh juga digunakan untuk
mencatat penggunaan resos serta sebagai rekod.
PERANCANGAN MASA DEPAN UNTUK SUBJEK
Perancangan dan strategi amat penting agar matlamat untuk membentuk
anak hiperaktif ini dapat menjadi seorang yang dapat menyesuaikan diri
dengan kehidupan di dalam masyarakat dan dapat menguruskan diri sendiri
di masa hadapan. Oleh kerana itu, sebagai seorang guru, kita perlu
memikirkan strategi bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah
hiperaktif ini.
ASPEK PERANCANGAN RASIONAL PENDEKATAN
Meningkatk
an
intraperson
Menggalakkan
penyertaan di dalam
pertandingan
Supaya
responden boleh
memberi
Untuk
meningkatkan
keyakinan diri dan
72
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
al mewarna diperingkat
sekolah.
tumpuan semasa
bersosial dengan
masyarakat luar.
tumpuan yang
lebih semasa
menyertai
pertandingan itu.
Meningkatk
an
pemprosesa
n auditiori
Pendekatan
pembelajara
n
RUMUSAN KAJIAN
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang kami jadikan
responden iaitu adik Mohamad Adam bukanlah seorang murid yang tidak
boleh dibentuk, tetapi dia memerlukan sedikit perhatian untuk dipulihkan.
Perhatian dalam konteks ini bukan sahaja di kelas dan di sekolah, tetapi juga
melibatkan ibu bapa di rumah.
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan. Oleh sebab itu, individu yang
mempunyai masalah yang sama dengan responden ini memerlukan rawatan
yang terperinci dan pemeriksaan fizikal serta penilaian perkembangan
73
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
intelek dan emosinya. Kaunseling yang intensif diperlukan untuk
meningkatkan kemampuan ibu bapa melatih dan memberi rawatan kepada
anak mereka. Ini memerlukan kesabaran, pengorbanan masa, tenaga dan
kewangan.
Bagi guru-guru pula, tindakan dan kaedaah yang sesuai hendaklah
diaplikasikan dan direalisasikan bagi mengelakkan kanak-kanak yang
hiperaktif ini daripada berterusan dengan kepelbagaian masalah yang
mereka timbulkan serta dapat mengawal dan membantu mereka dengan
sewajarnya.
Kerjasama dari semua pihak secara tidak langsung akan dapat membantu
kanak-kanak hiperaktif ini hidup dalam persekitaran yang lebih sempurna
dan bermakna.
PENDEKATAN PENGGAYAAN PINTAR CERDAS (ENRICHMENT)
Penggayaan merujuk kepada kandungan kurikulum diubahsuai dengan
mendalam, terperinci, kompleks dan abstrak daripada kurikulum sedia ada.
Menurut Renzulli dan Reis (1997) menggambarkan penggayaan sebagai
aktiviti pembelajaran yang direka bentuk untuk menggalakkan hasil
pembelajaran yang kreatif dalam kalangan pelajar. Melalui penggayaan,
pengalaman yang diperolehi dari dalam dan luar kelas yang dapat
74
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
menyediakan peluang untuk pelajar hiperaktif belajar melebihi dari tahap
yang disediakan oleh kurikulum biasa.
Terdapat dua aspek yang digunakan dalam istilah penggayaan iaitu
kurikulum yang digunakan dan penyalurannya dalam bentuk program atau
perkhidmatan. Menurut Davis dan Rimm (1989) menyatakan dalam mana-
mana program penggayaan, kurikulum yang digunakan diperkayakan
dengan pengalaman pembelajaran yang unik. Pengubahsuaian atau
modifikasi yang dilakukan merupakan dari aspek kandungan dan juga
strategi pengajaran dan pembelajaran yang direka khusus untuk pelajar
berdasarkan ciri unik mereka.
Di samping itu, pembelajaran yang melibatkan program penggayaan dapat
menyediakan pelajar hiperaktif dengan peluang untuk mengembangkan
kebolehan mereka untuk melakukan pembelajaran sepanjang hayat.
Menurut Bowlby (1969) memberi empat tujuan penggayaan iaitu:
Menggalakkan minat pelajar untuk terus belajar.
Ini boleh dilakukan dengan memberikan pendedahan dan pengalaman
terhadap topik yang mereka minati. Pengalaman tersebut haruslah
berbentuk ‘first hand’. Bagaimanapun, iainya juga boleh dilakukan dengan
memberi pelajar peluang untuk mengikuti seminar, kuliah atau
pembentangan tentang tajuk yang mereka minati.
Mengasah bakat sedia ada pelajar.
75
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Tanggungjawab untuk mengasah bakat sedia ada dalam kalangan pelajar
pintar cerdas harus datang dari pelajar sendiri. Mereka harus bersedia untuk
bergerak dari hanya menanam minat terhadap topik tersebut dengan lebih
lanjut. Bagaimanapun, kesediaan mereka untuk mengasah bakat boleh
dipertingkatkan dengan adanya sokongan yang diberi oleh pelbagai pihak
termasuk guru, ibu bapa, pihak sekolah dan rakan sebaya. Pelajar boleh
mengasah bakat mereka dengan berinteraksi dan menjadikan seorang pakar
dalam bidang yang mereka minat sebagai mentor yang dapat membimbing
dan
menyumbang idea kepada mereka.
Mengembangkan kemahiran.
Seterusnya, pelajar yang dapat mengasah bakat mereka dapat
mengembangkan kemahiran dalam bidang yang diminati. Peranan mentor
memainkan penting kerana dapat membimbing pelajar hiperaktif dalam
pelbagai pengetahuan. Mentor akan mencurahkan segala pengetahuan
kepada mereka.
Meningkatkan pencapaian.
Pelajar pintar cerdas tidak akan dapat meningkatkan pencapaian mereka jika
mereka hanya didedahkan dengan pengetahuan sedia ada yang dikhususkan
untuk lumpulan umur mereka. Sebenarnya, wujud ruang yang luas antara
pencapaian dan potensi. Apabila potensi pelajar pintar cerdas dapat
76
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
ditingkatkan, mereka akan mengalami peningkatan pencapaian yang
mendadak. Peningkatan atau pengembangan potensi berlaku apabila pelajar
tersebut diberikan kaedah pengajaran yang mencabar dan membuka minda
mereka kepada penerokaan pengetahuan baru. Secara tidak langsung, ini
dapat meningkatkan rasa yakin diri dalam kalangan mereka.
Teori Renzulli’s Enrichment Triad
Dikemukakan oleh Renzulli dan Reis (1985) sebagai panduan penggayaan
kepada murid kemampuan tinggi.
Ulasan
Matlamat utama ialah mengembang kemampuan pelajar, megkaji serta
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Terdapat 3 langkah:
1) Jenis 1: aktiviti ini melibatkan pendedahan pelajar kepada pelbagai displin,
topik, isu, kerjaya, peristiwa dan persekitaran yang tidak terdapat dalam
kelas formal. Antaranya ialah aktiviti ceranah, dialog, lawatan-lawatan,
tayangan, pembacaan, penerokaan melalui internet. Pengalaman dabn
penemuan melalui penerokaan ini membantu pelajar mengenalpasti minat
dan bidang untuk penerokaan dan penyelidikan selanjutnya.
77
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
2) Jenis 2: terdiri daripada kaedah penyelidikan dan penyelesaian masalah.
Melalui kemahiran Kursus Kemahiran Berfikir (KKB). Kursus ini memberikan
pendedahan dan latihan kepada pelajar untuk mendapatkan kemahiran
dalam kaedah berfikir secara meluas, kreatif, analisis, inovatif dan kritis.
Seklain itu, Kursus Amalan Belajar (KAB) turut diberikan. Tujuannya adalah
membantu pelajar untuk mendapatkan kemahiran dalam kaedah belajar
seperti proses mencari maklumat melalui pembacaan, menyediakan nota,
mengurus masa.
Seterusnya Kursus Asas Kepimpinan (KAK) iaitu diberi pendedahan dan
latihan kepada pelajar dalam aspek kepimpinan. Banyak perkara yang
diperlukan oleh pelajar seperti kebolehan membuat keputusan, menentukan
sasaran, berkomunikasi melalui kursus ini. kursus-kursus lain juga turut
dijalankan melalui kumpulan-kumpulan kecil mengikut kehendak pelajar
seperti penggunaan statistic dalam penyelidikan, kursus reka cipta. Oleh itu,
amali dalam makmal telah banyak berubah kerana pelajar lebih banyak
melakukan penyelidikan bukan sekadar amali sahaja.
3) Jenis 3: merupakan gerak kerja pelajar dalam kumpulan bagi
mengembangkan minat mereka sama ada menjalankan penyelidikan,
membina reka cipta atau sebarang aktiviti kreatif lain bagi mencari
penyelesaian kepada permasalahan sebenar. Hasil kerja kumpulan pelajar ini
78
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
akan dibentangkan mengikut kreativiti pelajar sendiri. Guru penasihat dan
fasilitator memainkan peranan penting untuk mengawal selia perjalanan
kumpulan masing-masing.
Donald Treffinger’s self- directed learning.
Dikemukakan pada tahun 1975.
Model kurikulum secara individu untuk menguruskan tugasan/ projek.
Ulasan
Terdapat 3 tahap:
1) Tahap 1: pelajar akan memilih topik untuk kajian dari pilihan yang
diberikan oleh guru. Garis masa tertentu dan kaedah (rubrik) disediakan.
Guru memainkan peranan penting untuk menilai produk daripada pelajar.
2) Tahap 2: guru dan pelajar menyelesaikan masalah untuk penyelidikan dan
memilih satu serta garis masa dan kriteria untuk berjaya (rubrik).
3) Tahap 3: pelajar menentukan projek, garis masa dan rubrik. Manakala,
guru menyetujui rancangan tersebyt dan memainkan dalam menilai tugas.
Bloom’s Taxamony
79
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Dikemukakan pada tahun 1956.
Disediakan untuk membezakan di antara tahap pemikiran tinggi dan
rendah.
Ulasan
Mempunyai 6 kategori:
1) Pengetahuan: mengingat, mengimbau kembali idea
2) Pemahaman: menunjukkan kefahaman idea utama atau asas dalam
konsep kurikulum.
3) Aplikasi: meletakkan situasi sebenar.
4) Analisis: keupayaan mengasingkan bahagian untuk memahami
kegunaannya dan cara organisasinya.
5) Sintesis: keupayaan menggabungkan elemen dan bahagian daripada
banyak sumber ke dalam situasi.
6) Penilaian: keupayaan melakukan penilaian tentang nilai idea, kerja, cara
penyelesaian, kaedah dan bahan.
Peringkat Pelajaran (tiered lessons)
Mengadaptasi keperluan yang pelbagai kumpulan di dalam satu bilik
darjah dengan memberi kelainan tugasan.
80
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Contohnya di dalam proses membaca. Satu kumpulan mengenalpasti
huruf. Kumpulan dua pula mengabungkan huruf dan membentuk perkataan
baru. Manakala, kumpulan ketiga ialah mengarang cerita.
Selain itu, guru boleh membentuk peringakat pembelajaran seperti
mengeja dan pemikiran abstrak.
Ulasan
Terdapat 3 kumpulan iaitu tinggi, purata dan rendah.
Pembelajaran melalui pemasalahan (problem-based learning, PBL)
Menyediakan peluang kepada pelajar dengan mengadakan latihan
pembelajaran berkaitan masalah dalam kehidupan realiti di dalam kumpulan
yang kecil.
Menurut Stephien, Gallagher dan Workman (1993) mentakan guru sebagai
fasilitator kepada pelajar dengan mewujudkan proses pemikiran untuk
menyelesaikan masalah.
MAKLUMAT RESPONDEN
BIODATA RESPONDEN
Nama : Farahwahida Binti Mohd Yusof
Asal : Tumpat, Kelantan
Tarikh Lahir : 6 April 1993
81
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Umur : Tahun 6
Jantina : Perempuan
Ketinggian : 160 cm
Berat : 56 kg
Cita-cita : Doktor pakar sakit puan
BIODATA IBU BAPA RESPONDEN
Nama Bapa : Yusuf bin Ibrahim
Umur : 39 tahun
Pekerjaan : Mekanik
Nama Ibu : Rahimah Binti Yusoff
Umur : 38 tahun
Pekerjaan : Suri rumah
PERSONALITI RESPONDEN
Personaliti berasal dari perkataan Latin ‘pesona’ yang membawa maksud
topeng, pelindung muka atau mengeluarkan suara (personare). Menurut
Mishel (1999) menyatakan konsep personaliti sebagai organisasi dinamik
sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan
pemikiran. Menurut Piirto (1999) merumuskan terdapat tujuh belas ciri
personaliti pelajar pintar cerdas dan berbakat iaitu kreatif, berimaginasi,
mempunyai pandangan yang mendalam, intuitif, keterbukaan, keamatan
82
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
dalam tingkah laku, amat menyukai kerjanya, perseptif, mendesak, berani
mangambil risiko, berdisplin kendiri, mempunyai kecekapan kendiri, cara
berfikir mirip kedua-dua gender, tabah berusaha, amat mementingkan
kesempurnaan, toleransi terhadap sesuatu yang tidak pasti, mempunyai
kemahiran yang kuat.
Dalam kajian kes ini, saya mendapati responden saya seorang yang
peramah atau lebih
mesra dengan orang lain. Kelompok pintar cerdas dengan kecerdasan tinggi
adalah berpersonaliti ekstrovert (Eysenck dan Cookson 1961). Masalah yang
dihadapi oleh responden saya ialah kesukaran dalam mengawal emosi.
Beliau juga dikenali seorang yang amat sensitif dalam kalangan rakan
sebaya.
Seterusnya dalam aspek pembelajaran pula, beliau mempunyai ciri seperti
sifat kesempurnaan melampau (perfectionism), takut menghadapi
kegagalan dan kemurungan.
Terdapat dua perbezaan antara task- involvement iaitu tertumpu pada
matlamat dan ego involvement ialah menumpukn pada pencapaian
matlamat. Secara umumnya, individu yang menumpu pada matlamat (task-
involvement) kurang menghadapi risiko daripada individu yang ego involved
yang cenderung berfokus untuk menjadi yang terbaik. Menurut Gross (1997)
berpendapat individu task-involved mempunyai keyakinan diri lebih tinggi
83
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
berbanding individu task-involved mempunyai keyakinan diri lebih tinggi
berbanding individu ego-involved yang sebaya. Walaubagaimanapun,
menurut Rimm dan Olenchak (1991) dalam kajian Future Problem Solved
menunjukkan kanak-kanak pintar cerdas mengalami kemunduran kerana
takut gagal dalam pertandingan.
STRATEGI KEPADA RESPONDEN
Strategi amat penting agar matlamat beliau dapat dilaksanakan.Cita-cita
beliau ialah ingin menjadi doktor pakar sakit puan. Beliau juga ingin
melanjutkan pelajaran di luar negara iaitu di Mesir. Oleh itu, beliau perlu
mempunyai strategi untuk mencapai cita-citanya.
ASPEK PERANCANGAN RASIONAL PENDEKATAN
1. Meningkatkan intrapersonal.
Menggalakkan menyertai pertandingan syarahan di peringkat sekolah.
Supaya beliau boleh bersosial dengan masyarakat luar.
Untuk meningkatkan keyakinan diri.
Menurut Karnes dan Riley (2005) memberi pendapat bahawa menyertai
pertandingan akan meningkatkan pelajar hiperaktif dalam kemahiran
pemikiran kritikal, penyampaian
dan kemahiran asas dan tahap keyakinan.
2. Membina daya intelektual.
84
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Menyertai perkhemahan di luar sekolah
i) Dapat meingkatkan daya intelek.
ii) Dapat menambah kenalan.
iii) Menguji minda dengan aktiviti.
iv) Dapat mengenali kenalan yang mempunyai minat yang sama.
3. Menguji minda
Menggalakkan mengisi masa lapang dengan permainan seperti rubric,
soduko
1) Meningkatkan kemahiran pemikiran logikal.
1) Melatih responden dengan penyelesaian masalah dalam Matematik.
PENUTUP KAJIAN
Dalam kajian terhadap responden saya jelas menunjukkan isu sosial dan
emosi pelajar hiperaktif dan berbakat. Masalah sosio emosi yang dihadapi
oleh golongan ini memerlukan penyesuaian dari aspek psikososial. Keadaan
ini disebabkan sifat atau ciri-ciri individu pelajar hiperaktif berbakat dan
kreatif seperti mementingkan kesempurnaan (perfectionism), perihal mudah
terangsang (over-excitability), perihal kepekaan dan sensitiviti, ketekunana
dan kegigihan dalam mengusahakan sesuatu perkara, keinginan untuk
mendapat penghargaan dalam pencapaian akademik, suka mempersoalkan
peraturan dan kekuasaan seseorang dan mempunyai kepekaan yang tinggi
terhadap keadilan dan idealisme (VanTassel-Baska 1997).
85
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Oleh yang demikian, ciri-ciri personaliti ini menjadikan situasi yang sukar
dalam alam persekolahan golongan pelajar hiperaktif dan berbakat,
termasuklah berasa terpisah dan disingkir, serta berhadapan dengan
kesukaran untuk berinteraksi dengana rakan sebaya (Yoo & Moon 2006).
Masalah psikologikal yang dihadapi oleh golongan ini menjadikan mereka
anti-sosial dan bertingkah laku menyalahi peraturan dan undang-undang
(Colangelo 2002). Oleh kerana itu golongan ini memerlukan penyesuaian
psikososial disebabkan keperluan sosioemosi mereka yang berbeza daripada
rakan sebaya (Robinson 2002).
Justeru, untuk memenuhi keperluan terhadap psikososial golongan pelajar
hiperaktif dan berbakat, memerlukan pemahaman terhadap perbezaan
populasi ini daripada norma biasa dalam bidang afektif (Van Tassel-Baska
1997). Secara keseluruhan dari kajian terhadap isu sosial dan emosi pelajar
hiperaktif dan berbakat perlu ditangani dengan segera. Sekiranya dapat
ditangani dengan baik, mereka akan berupaya menyesuaikan diri dalam
kehidupan sosial kehidupan seterusnya menjalani kehidupan dengan selesa.
Walaubagaimanapun, sekiranya mereka gagal ditangani seolah-olah mensia-
siakan bakat mereka dan akan timbul gejala yang negatif seperti melakukan
pemberontakan.
KAJIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK KHAS (HIPERAKTIF)
86
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Pengenalan
Perubahan fizikal dan fungsi psikologikal yang sistematik yang mengikut usia
seseorang kanak-kanak adalah merujuk kepada perkembangan kanak-kanak.
Ianya adalah berbeza-beza dari satu kanak-kanak dengan kanak-kanak yang
lain. Terdapat kanak-kanak yang perkembangan kemahiran belajarnya lebih
efektif dan sebaliknya. Terdapat tiga domain perkembangan kanak-kanak
iaitu perkembangan fizikal, perkembangan kognitif dan perkembangan
sosial-emosi.
Perkembangan fizikal kanak-kanak pula adalah pertumbuhan fizikal dan
kematangan, asas genetik bagi seseorang dan kebolehannya,
perkembangan otak, pemerolehan kemahiran motor dan tingkah laku.
Manakala perkembangan kognitif merujuk kepada perubahan sistematik
yang berlaku di kalangan kanak-kanak dari segi reasoning , konsep, memori
dan bahasa. Perkembangan sosial-emosi adalah perubahan-perubahan
perasaan seseorang kanak-kanak serta kebolehan mereka menangani
perubahan, perhubungan sosial dan kefahaman moral seperti kemahiran
bersosial.
Tidak semua kanak-kanak mengalami perkembangan yang serupa. Ini
adalah kerana ada kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai masalah fizikal
87
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
mahupun mental yang berbeza. Ada juga kanak-kanak yang tidak
menunjukkan apa-apa masalah pada awal perkembangan mereka namun
begitu ketika di alam persekolahan menunjukkan masalah pembelajaran
seperti disleksia, autisma, slow learner mahupun attention deficit
hyperactivity disorder atau lebih dikenali sebagai ADHD. Di sekolah kanak-
kanak tersebut dikenali sebagai kanak-kanak dengan keperluan khas. Ini
adalah kerana kanak-kanakini dikenal pasti sebagai kanak-kanak istimewa
yang memerlukan perhatian yang khas berbanding dengan kanak-kanak
normal.
Subjek Kajian Projek – Masalah Pembelajaran : ADHD
Kajian ini akan membincangkan mengenai seorang kanak-kanak dengan
keperluan khas yang telah dikenal pasti. Kajian ini akan meninjau
perkembangan kanak-kanak tersebut dari segi fizikal, kognitif, bahasa dan
komunikasi, sosial dan emosi serta adaptasi keseluruhan kanak-kanak
tersebut dengan persekitaran keluarga, rakan sebaya, sekolah dan komuniti.
Kanak-kanak yang telah dipilih di sini merujuk kepada seorang kanak-kanak
lelaki berusia 10 tahun yang telah dikenal pasti sebagai menghadapi
masalah Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak ini
bersekolah PKBP SK. Ismail (1), Muar, Johor . Identiti kanak-kanak ini
dirahsiakan dari diketahui umum, kanak-kanak ini akan dikenali sebagai
subjek sepanjang perbincangan ini. Ianya akan menyentuh tentang latar
88
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
belakang gangguan ADHD, apakah ciri-cirinya dan tinjauan kepustakaan
yang telah dibuat tentang masalah ADHD ini agar masalah kanak-kanak ini
dapat difahami dengan lebih baik.
Attention Deficit/ Hyperactivity Disorder (ADHD)
Russell Barkley (1995), mendefinisikan ADHD sebagai gangguan
perkembangan kawalan kendiri yang merangkumi masalah-masalah seperti
tempoh memberikan tumpuan yang pendek, kawalan impuls dan tahap
keaktifan. Menurut beliau juga ADHD selalu dirujuk sebagai masalah yang
terselindung (hidden disability) kerana penyakit ini tidak mempunyai tanda-
tanda luaran yang menunjukkan terdapat kekurangan dari segi fizikal di
dalam otak. Terdapat 5 masalah utama yang digariskan oleh Barkley (1995)
yang menyentuh tentang keupayaan seseorang untuk mengawal tingkah
laku:
(i) Kesukaran untuk menumpukan perhatian
(ii) Kawalan impulsif yang kurang
(iii) Keaktifan yang melampau
(iv) Kesukaran mematuhi arahan dan undang-undang
(v) Pelbagai tindak balas di dalam situasi-situasi tertentu.
89
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Salah satu ciri utama kanak-kanak ADHD adalah kesukaran untuk
menumpukan perhatian tanpa bimbingan (Breen & Altepeter, 1990). Di
sekolah-sekolah , guru-guru melaporkan bahawa kanak-kanak ADHD sukar
untuk duduk setempat, menyiapkan kerja rumah dan mematuhi peraturan.
Masalah tersebut lebih ketara apabila kanak-kanak ADHD dikehendaki
membuat tugasan yang sama berulang kali dan membosankan. Selain dari
itu kanak-kanak ADHD juga, mempunyai kawalan impulsif yang kurang iaitu
tidak sabar, tidak suka menunggu, dan bertindak melulu tanpa menantikan
arahan . Di sekolah, kanak-kanak ADHD didapati sering tidak duduk
setempat, bercakap sesuka hati dan suka membuat bunyi-bunyian yang
tidak sesuai di dalam kelas (Barkley, DuPaul & McMurray, 1990). Terdapat 3
jenis ADHD yang telah dikenal pasti (American Psychiatric Association,1994)
iaitu :
(i) Inattentive ( dulu dikenali sebagai ADD)
(ii) Hyperactive-impulsive
(iii) kombinasi kedua-dua di atas
Pada masa kini bagi seseorang kanak-kanak didiagnosakan dengan masalah
ADHD, kanak-kanak itu perlu memenuhi beberapa kriteria yang tersenarai di
dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders 4th Edition (DSM
IV). Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti yang dinyatakan di dalam
90
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Lampiran I. Selain dari itu, kriteria-kriteria tersebut perlu jelas kelihatan di
kalangan kanak-kanak tersebut sebelum mencapai usia 7 tahun dan
berlarutan sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
Pelbagai kajian tentang ADHD telah dijalankan di luar negara, terutama
sekali berkaitan dengan penilaian ( contohnya : Greenhill,1998), rawatan
(contohnya : Brown & Levers, 1999), dan etiologi gangguan ADHD
( contohnya : Levy, Barr & Sunohara, 1998). Terdapat juga kajian yang agak
banyak yang berkaitan dengan komorbiditi antara ADHD dan keadaan
psikologi lain serta psikiatri seperti kajian yang dijalankan oleh Jensen, Martin
& Cantwell (1997).
Banyak kajian mengenai ADHD telah dilakukan di dalam bidang pendidikan
luar negara. Kajian ADHD yang berkaitan dengan pendidikan atau sistem
pendidikan , lebih menjurus kepada kesukaran yang dialami oleh pelajar-
pelajar yang menghadapi masalah ADHD di dalam bilik kelas baik dari segi
akademik mahupun sosial (Barkley, Fischer, Edelbrock & Smallfish, 1990;
DuPaul & Eckert,1997).
Kajian-kajian di dalam bidang pendidikan telah membuktikan bahawa kanak-
kanak ADHD secara umumnya mempunyai pencapaian akademik yang
rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang tidak mempunyai
masalah ADHD. Mereka juga mengalami masalah sosial yang ketara
91
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
berbanding dengan rakan sebaya mereka yang lain (Barkley, 1990; Du Paul
& Eckert, 1997).
Pencapaian Kanak-Kanak ADHD
Di sekolah kanak-kanak ADHD mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi
untuk mengalami pencapaian akademik yang rendah, digantung dari
persekolahan dan dibuang dari sekolah (Barkley,1990). Hampir 80 % kanak-
kanak ADHD mempamerkan masalah pembelajaran/pencapaian (Cantwell &
Baker, 1991). Berlanjutan dari itu, kanak-kanak ADHD menghadapi risiko
yang lebih tinggi berhenti dari sekolah menengah(Weiss & Hechtman, 1986).
Oleh itu, penggubalan satu program yang lebih sistematik yang bertujuan
untuk menyokong fungsi persekolahan mereka sudah menjadi satu
keperluan yang kritikal.
Pada kebiasaannya kanak-kanak ini tidak dapat dikenal pasti sehinggalah
mereka mencecah usia persekolahan dan menghadapi masalah di sekolah
(Campbell, 1985). Ini adalah kerana, guru-guru dapat membandingkan
mereka dengan rakan-rakan sebaya mereka di dalam kelas dan membuat
keputusan sama ada tingkah laku mereka adalah sesuatu yang tipikal
dengan kelas tersebut. Dari sini dapat dilihat betapa pentingnya guru-guru
perlu mengetahui tentang ADHD.
92
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Hubungan Antara ADHD Dan Pencapaian Akademik
Kajian menunjukkan terdapat 40 % atau lebih kanak-kanak ADHD
diklasifikasikan sebagai mempunyai masalah pembelajaran dan memerlukan
perkhidmatan pendidikan yang khas (Barkley, 1990). Terdapat beberapa
hipotesis mengenai hubungan antara ADHD dan kekurangan kemahiran
akademik (DuPaul & Stoner, 1994). Antaranya ialah kanak-kanak
mempamerkan masalah tingkah laku kerana mereka tidak mempunyai
kemahiran akademik. Mereka mempunyai konsep kendiri yang rendah
kerana tidak mampu belajar seperti orang lain, dan ini akan menyebabkan
penurunan motivasi untuk menumpukan perhatian dan mematuhi peraturan
di dalam kelas(McGee & Share, 1988) Dari itu telah dicadangkan agar
intervensi awal dibuat untuk memantapkan kemahiran akademik mereka ,
bukannya tingkah laku untuk membantu kanak-kanak ini.
Pengetahuan Guru Tentang Adhd
Di Amerika, terdapat 3 kajian yang telah dibuat oleh Barbaresi & Olsen
(1998), Jerome, Gordon & Hustler (1994) dan Sciutto, Terjesen & Bender-
Frank (2000). Namun begitu keputusan kajian-kajian yang dibuat adalah
tidak konsisten. Contohnya purata skor untuk menguji pengetahuan guru-
guru tentang ADHD berbeza-beza antara satu sama lain. Jerome et al. (1994)
dan Barbaresi & Olsen (1998) melaporkan purata skor sebagai 77.5 % dan
93
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
77 % masing-masing. Namun begitu Sciutto et al. (2000) menunjukkan
purata skor sebanyak 47.8 % sahaja. Ini mungkin disebabkan instrumen
kajian yang digunakan oleh Jerome et al. (1994) dan Barbaresi & Olsen
(1998) hanya menyediakan dua jawapan iaitu benar dan tidak benar.
Manakala Sciutto et al. (2000) menggunkan 3 jawapan iaitu benar, tidak
benar dan tidak tahu.
Implikasi Terhadap Sekolah
Menurut Barkley (1995), berdasarkan teori beliau bahawa ADHD ialah
masalah kesukaran memberikan tindak balas, terdapat beberapa isu-isu
penting yang perlu diambil berat oleh pembuat dasar seperti mengenal pasti
kanak-kanak ADHD, penilaian mereka dan intervensi di dalam bilik darjah
yang bersesuaian. Ini adalah kerana ADHD lebih mudah dikenal pasti dengan
pemerhatian jangka panjang dan terus di dalam situasi yang memerlukan
mereka memberikan perhatian yang berterusan.
Guru-guru di dalam kelas boleh memerhatikan tingkah laku anak murid
mereka di dalam kelas dan dapat membantu kanak-kanak tersebut. Menurut
Barkley juga, sekolah perlu membuat modifikasi agar dapat membantu
kanak-kanak tersebut untuk belajar supaya dapat membantu meningkatkan
pencapaian mereka. Ini adalah kerana ADHD menurut beliau bukanlah
94
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
masalah pencapaian tetapi lebih kepada kekurangan kemahiran belajar, dan
pengetahuan.
Biodata Subjek
Subjek merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 10 tahun dan
mempunyai seorang kakak berusia 12 tahun dan seorang adik lelaki berusia
5 tahun. Ibu subjek berusia 40 tahun, bapanya berusia 40 tahun. Subjek
telah didiagnosis dengan ADHD, ketika berusia 9 tahun. Diagnosis dilakukan
di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.
Perkembangan Fizikal
Subjek dilahirkan pramatang ketika kandungan mencecah 32 minggu
dengan berat badan sebanyak 2 kilogram di Hospital Pakar Sultanah Fatimah
Muar, melalui pembedahan Caesarean. Masalah kelahirannya telah
menyebabkan subjek menghadapi masalah paru-paru yang lemah dan
didiagnosis sebagai mempunyai masalah asma. Sehingga kini subjek masih
belum sembuh sepenuhnya dari penyakit asma dan subjek perlu diberikan
rawatan berbentuk inhaler.
Walaupun subjek dilahirkan dengan berat badan yang kurang, tetapi ketika
membesar subjek mengalami pertumbuhan yang agak cepat berbanding
95
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
dengan rakan-rakan sebayanya. Berat badannya bertambah dengan baik
tetapi ketika berusia 24 bulan berat badannya naik secara mendadak
sehingga mencapai tahap obesiti mengikut Carta Perkembangan yang
disesuaikan dengan Carta Denver iaitu mencapai 15.75 kilogram. Sekarang,
subjek mempunyai berat badan sebanyak 45 kilogram dan ketinggian 100
cm.
Subjek dilahirkan pramatang dan mempunyai berat badan yang kurang dan
kini beliau telah disahkan sebagai mempunyai masalah ADHD. Faktor
kelahiran pramatang dan berat badan yang kurang boleh menjadi
penyumbang kepada keadaan subjek pada hari ini. Ini disokong oleh
Deutscher & Fewell (2005) apabila kajian mereka menyokong kelahiran pra
matang dan berat badan yang kurang boleh menjadi tanda-tanda awal
seseorang kanak-kanak boleh mempunyai masalah ADHD di kemudian hari.
Perkembangan Kognitif
Tahap Sensorimotor ( 0-24 bulan)
Ketika dilahirkan, subjek mempunyai tindak balas refleks yang baik
walaupun diletakkan di dalam inkubator. Menurut ibunya, subjek merupakan
seorang bayi yang aktif dan terpaksa diberikan ubat sedatif agar tidak
mencabut wayar-wayar yang berselirat di atas badannya. Subjek juga
mampu menggenggam jari ibunya dengan erat walaupun berada dalam
96
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
inkubator. Walaupun subjek tidak diberikan susu secara tradisional iaitu
diberikan susu secara intravena selama hampir 2 minggu sejak kelahiran,
subjek masih mampu menghisap dengan baik setelah itu. Ini menepati
Tahap Perkembangan Kognitif Piaget yang pertama yang menyatakan
bahawa bayi ketika baru dilahirkan mempunyai tindak balas refleks seperti
genggaman dan hisapan.
Pada tahap ini subjek mengalami perkembangan kognitif yang baik
walaupun mungkin lewat sedikit berbanding dengan rakan-rakan sebaya
beliau. Contohnya subjek mula membalas senyuman ketika berusia 3 bulan,
meniarap ketika berusia 5 bulan, menyebut mummy-daddy ketika berusia 11
bulan dan menangis ketika lapar dan suka dikelilingi orang. Subjek juga
didapati suka membelek barang-barang permainannya dan seolah-olah
membuat eksperimen dengannya seperti meramas dan membaling .
Tahap Pra-Operasi ( 2 – 6 tahun)
Sehingga berusia 2 tahun, ibu subjek mengatakan bahawa subjek tidak suka
ditinggalkan berseorangan dan sering menangis jika dibiarkan bersendirian
walaupun untuk seketika. Subjek didapati lebih rapat dengan ibunya
daripada bapa.
97
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Ketika berusia 5 tahun, subjek dihantar ke Tadika Swasta. Subjek diajar
tetapi tidak menunjukkan minat dan didapati tidak menumpukan perhatian
ketika guru mengajar. Menurut laporan gurunya ketika itu, subjek didapati
sukar menurut arahan guru dan tidak suka tugasan-tugasan seperti menulis.
Subjek juga didapati mudah teralih arah dan mudah lupa sesuatu perkara.
Menurut gurunya subjek masih tidak boleh membaca dengan baik walaupun
berada di tadika selama 2 tahun. Namun begitu subjek boleh bertutur
dengan baik. Ibu bapa subjek menganggapnya sebagai masalah yang ringan
di mana mereka merasakan pada ketika itu, subjek akan berubah apabila
berada di alam persekolahan.
Namun begitu ketika berusia 7 tahun iaitu ketika berada di Tahun Satu,
subjek masih tidak berubah dan masih tidak mampu membaca dengan baik.
Dari segi pergaulan didapati, sikap subjek yang kadangkala suka
menyampuk menyebabkan beliau kehilangan kawan dan ini menyebabkan
beliau kekurangan kawan. Menurut guru di sekolah pula, ketika
perbincangan di dalam kelas sedang berjalan, subjek sering tidak
menumpukan perhatiannya. Subjek juga mempunyai masalah daya ingatan
di mana beliau mengalami kesukaran untuk menjawab soalan yang
berkaitan dengan apa yang telah dibaca. Mungkin ini disebabkan subjek
tidak dapat membaca dengan baik lagi.
98
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Setelah menjalani beberapa sesi pemerhatian, meneliti respons ibubapa dan
guru-guru yang pernah dan sedang mengajar subjek, pakar mendapati
subjek menghadapi masalah ADHD (jenis inattentive) bersama-sama dengan
masalah disleksia dan kemurungan. Dari apa yang dilihat ketika ini subjek,
tidak mencapai Tahap Perkembangan Kognitif Piaget Peringkat Pra Operasi
kerana tidak mempunyai interaksi sosial yang baik yang membolehkan
beliau meluahkan perasaan dan pandangan mereka. Mungkin inilah yang
membawa masalah kemurungan kepada subjek.
Masalah lain yang wujud bersama-sama dengan ADHD adalah sesuatu yang
biasa (Airaksinen, Michelsson & Jokela, 2004). Ini jelas kelihatan di dalam
keadaan subjek di mana beliau juga mempunyai masalah dyslexia dan
kemurungan. Menurut Gillberg et al. (2004) masalah obesiti juga berlaku di
kalangan kanak-kanak ADHD manakala penyakit asma sudah lama dikaitkan
dengan ADHD dan adalah satu keadaan perkaitan dengan ADHD.
Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi
Subjek menunjukkan masalah perkembangan bahasa dan menghadapi
masalah disleksia. Pada mulanya subjek tidak menunjukkan masalah
perkembangan bahasa yang begitu ketara ketika di peringkat sensorimotor
tetapi menghadapinya ketika peringkat persekolahan di mana beliau tidak
dapat menggarap kemahiran membaca iaitu salah satu dari komponen
99
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
bahasa. Ketika di alam persekolahan kebolehan komunikasinya dengan
rakan-rakan terjejas kerana masalah tingkah laku yang suka menyampuk. Ini
menunjukkan bahawa subjek tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi
dan interaksi sosial yang baik. Subjek fasih bertutur. Ini kerana bahasa
ibunda subjek dan digunakan di rumah.
Ini menyokong Teori Nativism yang mengatakan bahawa kanak-kanak
menguasai bahasa tertentu hanya jika mereka didedahkan kepada bahasa
tersebut, iaitu menyatakan kepentingan input dari persekitaran.
Perkembangan bahasa subjek juga mungkin terjejas disebabkan kerana
subjek menghadapi masalah ADHD. Masalah ADHD telah menyebabkan
subjek tidak menumpukan perhatian dan tidak mendengar apa yang
dikatakan oleh orang lain atau guru, sedangkan perkembangan bahasa
seseorang kanak-kanak adalah sangat berkait rapat dengan perkembangan
kemahiran mendengar (McDewit & Ormrod, 2004).
Perkembangan Sosial Dan Emosi
Perkembangan sosial dan emosi subjek ketika tahap sensorimotor adalah
baik dan normal. Tetapi ketika tahap pra operasi, subjek menunjukkan sikap
menyendiri dan tidak mampu mempunyai kawan untuk jangka masa waktu
yang lama. Ini sedikit sebanyak telah menjejaskan emosinya yang
menyebabkan beliau suka menyendiri. Selain dari itu masalah tidak dapat
100
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
membaca mungkin telah menambahkan lagi perasaan rendah diri dan
menyebabkan masalah kemurungan.
Perhubungan beliau dengan kakak dan adik tidak terjejas kerana masalah
ADHD. subjek menunjukkan sikap kasih sayang terhadap ibu bapa dan adik
beradiknya tetapi beliau suka menyendiri dari bermain-main dengan abang
atau adiknya. Tetapi setelah diberikan rawatan berupa ubat rangsangan,
subjek kelihatan menunjukkan peningkatan dari segi perkembangan sosial
bersama-sama dengan keluarganya. Ini mungkin juga disebabkan keluarga
subjek sangat prihatin dengan perkembangan subjek menyebabkan mereka
memberikan perhatian yang sewajarnya dan bantuan kepada subjek.
Adaptasi Dengan Persekitaran
Setelah subjek diberikan rawatan secara profesional didapati subjek telah
menunjukkan satu perkembangan yang baik dan mampu mengadaptasikan
diri dengan keadaan persekitaran. Guru-guru subjek telah diberitahu
mengenai masalah yang dihadapi oleh subjek dan mereka lebih memahami
keadaan beliau sekarang. Walaupun subjek masih belum boleh membaca
dengan baik, tetapi ibu bapa subjek sedang berusaha membantu anak
mereka Ketika untuk belajar membaca dengan bantuan abangnya. Justeru
subjek menunjukkan sedikit peningkatan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah( KBSR ) menekankan tiga kemahiran asas iaitu membaca, menulis
dan mengira.
101
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Pelajar perlu menguasai kemahiran-kemahiran asas tersebut dalam
peringkat sekolah rendah, sebarang kegagalan dalam penguasaan
kemahiran asas tersebut akan mendatangkan halangan dalam pembelajaran
pelajar dan akan menyebabkan pencapaian akademik terjejas. Di antaranya,
ramai pelajar didapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca, mereka
mungkin adalah golongan berisiko disleksia atau berdisleksia.
The National Istitute of Chilld Health and Human Development( NICHD )
(2000) melaporkan bahawa terdapat 17-20 % populasi United States
menghadapi tidak upaya membaca, atau disleksia. Ini bermakna satu dalam
lima orang kanak-kanak akan mengalami masalah pembacaan tersebut dari
zaman kanak-kanak hingga dewasa. Selalunya, guru yang mendidik dan
mengajar kanak-kanak adalah orang pertama mendapati kanak-kanak
menghadapi masalah pembacaan tersebut dan intervensi awal dan
pemulihan perlu dibekalkan kepada kanak-kanak tersebut.
Pergaulan dengan rakan sebaya masih tidak begitu merangsang tetapi
terdapat usaha ke arah memperbetulkannya oleh guru-guru. Temu bual
dilakukan di rumah bersama-sama ibu bapa dan subjek, mereka menyatakan
bahawa mereka berasa sangat gembira melihat perkembangan anak mereka
walaupun hanya sedikit. Menurut mereka lagi, yang paling menggembirakan
mereka ialah subjek tidak lagi kelihatan murung seperti dahulu.
102
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Walaupun subjek kelihatan sangat lemah di dalam aktiviti membaca, beliau
didapati sangat baik di dalam bidang aritmetik. subjek mempunyai
kemahiran mengira yang sangat baik berbanding dengan rakan-rakan
sebayanya. Tetapi menurut pakar psikiatri di Hospital Pakar Sultanah
Fatimah Muar, kebolehan ini disebabkan subjek tidak perlu membaca tetapi
hanya melihat nombor tersebut dan tanda yang kelihatan dan membuat
pengiraan secara mental mahupun menulis. Kemahiran di dalam bidang
matematik mungkin terjejas apabila subjek melangkah ke tahap yang lebih
tinggi yang memerlukan beliau membaca untuk memahami permasalahan
yang diberikan.
Rumusan
Perkembangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dari satu sama yang lain.
Ini berlaku kerana terdapat perbezaan yang nyata dari segi genetik yang
boleh membezakan seseorang dari segi fizikal. Selain dari itu perbezaan juga
berlaku kerana adanya masalah dari segi perkembangan kognitif . Di dalam
kajian kes ini, seorang kanak-kanak ADHD telah dijadikan sampel dan
perkembangan kanak-kanak ini dilihat dari sejak lahir lagi sehinggalah
sekarang.
103
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) merupakan masalah
gangguan kelakuan yang kerap kali berlaku di kalangan kanak-kanak
(American Pscychiatric Association,2000). Antara ciri-ciri kelakuan yang
dikaitkan dengan masalah ADHD ialah kurang daya tumpuan, hiperaktif dan
impulsif (American Pscychiatric Association,2000). Antara masalah yang
dikaitkan dengan ADHD adalah seperti pencapaian akademik (Barkley,1990),
kemahiran sosial (Barkley, 1981) dan keupayaan menuruti kehendak dewasa
(Barkley,1989).
Kanak-kanak yang menghadapi masalah Attention-Deficit/Hyperactivity
Disorder (ADHD; American Psychiatric Association, 1994) mempunyai
kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menghadapi risiko mengalami
pelbagai masalah tingkah laku dan akademik (Barkley,1998; DuPaul &
Stoner,2003). Hampir 80 % daripada kanak-kanak yang menghadapi
masalah ADHD , mempamerkan masalah dalam pencapaian akademik
(Cantwell & Baker, 1991), termasuk tidak dapat menyelesaikan tugasan
sekolah yang diberi oleh guru. Berlanjutan dari masalah itu, hampir 20 – 30
% kanak-kanak ADHD telah diklasifikasikan sebagai menghadapi masalah
pembelajaran (LD-Learning Disability) disebabkan tidak mempunyai
kemahiran–kemahiran tertentu yang diperlukan untuk belajar (DuPaul &
Stoner,2003)
104
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Ini akan menyebabkan masalah pencapaian akademik yang rendah di
kalangan kanak-kanak ADHD dan ini memerlukan intervensi di peringkat
awal untuk menangani masalah tersebut. Kebanyakan kanak-kanak ADHD
gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Masalah
ADHD ini bukannya masalah baru di luar negara, namun begitu di Malaysia
ianya baru diberikan tumpuan dan diberikan klasifikasi.
Di Malaysia kanak-kanak ADHD ramai yang tidak dikenal pasti dan ini
menyebabkan kanak-kanak ini mengikuti pembelajaran di kelas-kelas biasa
dan seterusnya mereka gagal menggarap kemahiran-kemahiran untuk
belajar dan menyebabkan kegagalan. Sering kali mereka disalah tafsirkan
sebagai kanak-kanak yang bermasalah disiplin akibat keaktifan mereka yang
luar biasa serta sikap impulsif mereka ataupun sikap mereka yang tidak
menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara.
Dalam kes ini subjek, sangat bernasib baik kerana mempunyai ibu bapa
yang amat prihatin tentang perkembangan anak mereka. Kesungguhan
mereka menyebabkan intervensi awal dapat diambil dan dapat membantu
subjek menghadapi kehidupan yang normal. Guru-guru sekolah di mana
subjek sedang belajar juga perlu dipuji kerana cuba memahami keadaan
subjek dan menghulurkan bantuan dari segi akademik mahupun membantu
perkembangan interaksi sosial subjek dengan rakan-rakannya serta tidak
105
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
membiarkan subjek dan keluarganya bersendirian menghadapi masalah
ADHD.
TEORI PEMBELAJARAN BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Teori pembelajaran yang digunapakai pada masa kini bukan sahaja
memberi implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak normal,
namun ia turut mencakupi kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak ini
sangat memerlukan bimbingan dan bantuan yang berterusan daripada guru
dan ibubapa serta masyarakat sekeliling.
Bagi guru-guru yang sudah lama berkecimpung dalam dunia kanak-
kanak istimewa ini, semestinya mereka telah memahami dan begitu arif
tentang pengubahsuaian kurikulum berdasarkan kognitif dan tahap
keabnormalan kanak-kanak tersebut. Malah jika diteliti dan dihayati,
pengajaran terhadap kanak-kanak istimewa ini juga banyak mengaplikasikan
teori-teori pembelajaran seperti behaviorisme, konstruktivisme dan
humanisme.
Berdasarkan Teori Behaviorisme tersebut juga, guru-guru boleh
menggunakan peneguhan positif atau negatif bagi meransang murid-murid
berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca. Seelok-eloknya, guru
perlu memberi ganjaran atau hadiah kepada murid-murid yang menguasai
106
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
kemahiran tersebut. Sebagai contoh, seorang guru memberikan coklat
kepada muridnya yang mampu membaca huruf ‘a’ hingga ‘h’ dengan betul.
Kaedah ini akan memberikan motivasi kepada kanak-kanak lain untuk
mencuba dan kanak-kanak yang memperoleh peneguhan tersebut untuk
terus menguasai huruf seterusnya. Malah, berdasarkan hukum pembelajaran
yang terdapat dalam Teori Behaviorisme tersebut, seseorang guru perlulah
membuat persiapan sebelum mengajar. Sediakan BBM yang menarik,
ransangan yang sesuai dan teknik pendekatan yang praktikal. Selain
daripada itu juga, guru perlu memastikan tahap kesediaan murid. Bagi
mengetahui tahap murid-murid, gunakan waktu set induksi untuk
berinteraksi dan bertanyakan hal-hal umum kepada murid- murid.
Contohnya, guru bertanyakan apakah yang dilakukan oleh anak muridnya
yang mengalami masalah hiperaktif. Guru perlu memberikan respon yang
spesifik dan kerap. Hal ini kerana murid-murid khas sentiasa memerlukan
perhatian dan respon agar mereka dapat meningkatkan tahap kelakuan
kearah yang lebih positif.
Aplikasi teori behaviorisme dapat dimanfaatkan untuk membentuk
tingkahlaku, mengubah tingkahlaku dan mempelajari sesuatu yang baharu.
Kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai karakter dan tingkahlaku yang
berbeza diakibatkan oleh masalah mereka yang berbeza bagi setiap kanak-
kanak. Guru boleh membantu dengan menggunakan teknik peneguhan,
107
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
analisis tugasan dan teknik modifikasi tingkahlaku yang berasaskan
pelaziman operan seperti :-
• Banyakkan latihan, pengulangan dan latih tubi.
• Beri peneguhan dalam bentuk hadiah, verbal, pujian atau ganjaran lain
yang akan mengubah tingkahlaku.
• Tetapkan matlamat yang realistik untuk membentuk tingkahlaku.
• Buat analisis tugasan untuk mencapaii matlamat. Pecahkan kepada
langkah-langkah kecil dengan objektif yang spesifik.
• Aplikasi teknik modifikasi tingkahlaku token, kontrak, dendaan,
'withdrawal' dan pengasingan untuk mengurangkan tingkahlaku yang tidak
diingini.
Melalui aplikasi teori sosial pula, kanak-kanak akan dapat mengikuti
tingkahlaku yang diperhatikan dengan menggunakan model bagi menjadi
penunjuk cara dalam membantu pembelajaran khas. Guru juga boleh
menggunakan model tingkahlaku seperti model sebenar atau model
simbolik. Guru juga perlu memastikan model mengukuhkan tingkahlaku agar
kanak-kanak dapat mengikut tingkahlaku tersebut.
Teori humanisme melihat kepada keperluan bagi setiap kanak-kanak
khas bagi memastikan mereka dapat berkembang mengikut potensi masing-
masing. Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang
menyerupai persekitaran pembelajaran normal . Selain itu guru perlu
108
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
mengenalpasti keupayaan pelajar dan menyediakan rancangan pendidikan
bagi setiap individu kanak-kanak tersebut. Guru juga perlu menggunakan
pendekatan multi-sensory seperti mendengar, melihat, membuat,
berbincang dan merasa. Sikap manusia normal yang prihatin perlu ada pada
setiap guru berkeperluan khas dan ini dapat menjadikan hubungan antara
guru dan kanak-kanak khas ini terjalin tanpa sedar dan memudahkan proses
pembelajaran kanak-kanak tersebut.
MODEL PENGAJARAN BEHAVIORISME
Asas teori yang umum berasaskan teori pembelajaran sosial,
modifikasi tingkahlaku dan terapi tingkahlaku memberikan hala tuju kepada
pembentukan model pembelajaran. Dengan mengambil kira pengetahuan
tentang cara manusia memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan
persekitaran, ahli psikologi seperti Skinner (1953) telah dapat
mengorganisasi struktur tugasan dan maklumbalas demi memudahkan
manusia berkebolehan dalam membetulkan diri supaya dapat berfungsi.
Hasilnya, terdapat program yang boleh mengurangkan fobia dalam belajar
membaca, membentuk kemahiran sosial dan psikomotor, menggantikan
tekanan dengan ketenangan serta pembelajaran kemahiran intelek, sosial
dan fizikal yang kompleks. Disebabkan oleh model ini menumpukan
tingkahlaku yang dapat diperhati dan membolehkan kanak-kanak mengikut
dan membuat sesuatu tugasan dengan jelas dan berkesan, maka ia perlu
109
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
mempunyai asas pendidikan yang luas. Antara model yang dalam kumpulan
teori behaviorisme ialah Model Pembelajaran Sosial (Bandura, 1396), Model
Pembelajaran Masteri (Bloom, 1968) dan Pengajaran Langsung (Good et al,
1994).
Model Pengajaran Langsung (Good et al, 1994) adalah model yang
digunakan bagi kanak-kanak di awal persekolahannya. Ia merupakan
pendekatan untuk pengajaran kemahiran asas dimana pelajaran terarah
kepada matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur. Ia juga
merupakan salah satu cara berkesan untuk mengajar pengetahuan dan
kemahiran asas kepada murid.
Jenis pengajaran yang terarah kepada guru dan mengikut satu struktur
yang tetap dengan langkah spesifik akan dapat mengekalkan fokus kanak-
kanak terhadap proses pembelajaran mereka. Maka, guru merekacipta
perkembangan pengajaran yang sesuai dengan peringkat umur kanak-
kanak.
Model ini boleh diterangkan melalui tiga aspek, iaitu jenis hasil
pembelajaran, aliran aktiviti pengajaran dan persekitaran pembelajaran.
Pengajaran Langsung direkabentuk untuk merangsang pembelajaran
pengetahuan kanak-kanak serta di ajar secara berperingkat. Pengajaran ini
berpusatkan kepada guru dan mengandungi lima langkah iaitu penentuan,
110
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
penerangan.demonstrasi, latihan, maklumbalas dan amalan lanjutan. Maka
pengajaran langsung adalah bertujuan untuk mencapai dua hasil
pembelajaran utama iaitu penguasaan kandungan berstruktur dan
penguasaan pelbagai kemahiran.
Pembelajaran pengajaran langsung ini berasaskan teori pembelajaran
behaviorisme dan sosial. Ia banyak membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak istimewa ini. Guru yang mengajar perlu mengikut
prinsip-prinsip, merangka objektif yang mendeskripsikan dengan tepat
tingkahlaku yang perlu dilakukan oleh kanak-kanak tersebut, menyediakan
pengalaman pembelajaran seperti amalan di mana pembelajaran kanak-
kanak istimewa tersebut boleh dipantau dan maklumbalas disediakan serta
memberi perhatian dan ganjaran kepada bagaimana tingkahlaku di dalam
bilik darjah. Mengikut Bandura (1997), manusia belajar melalui pemerhatian
kepada orang lain. Dalam proses ini, terdapat empat langkah yang
digunakan iaitu perhatian, mengingat, melakukan semula dan peneguhan/
motivasi. Dalam pengajaran langsung, latihan dan ulangan membantu
kanak-kanak ini mengingat dan menghasilkan perlakuan yang diperhatikan.
Pembelajaran masteri adalah satu kaedah pengajaran yang
berpusatkan individu dan menggunakan kurikulum berstruktur dan
dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan
dipelajari. Ia direkabentuk bagi memastikan semua kanak-kanak mencapai
111
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
objektif pelajaran dan membolehkan masa yang mencukupi untuk setiap
pelajar mencapainya. Ia memastikan majoriti kanak-kanak sampai ke tahap
masteri kerana masa pembelajaran adalah fleksibel dan setiap pelajar
menerima pengajaran yang dirancangkan, latihan yang diperlukan dan
maklumbalas. Pembelajaran masteri juga melibatkan pengajaran berasaskan
kumpulan tradisional, pemulihan dan pengayaan secara individu.
Prinsip pembelajaran masteri ialah :-
• Semua murid boleh menguasai apa-apa yang diajar oleh guru.
• Pembelajaran dipecah kepada unit kecil dimana pengetahuan disusun
daripada mudah kepada sukar supaya mudah difahami murid.
• Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel untuk semua
murid mencapai objektif pembelajaran.
• Guru berkeyakinan bahwa semua pelajar yang berbeza boleh
menguasai apa-apa yang diajar. Guru juga perlu mendorong pelajar untuk
menguasai sesuatu yang di ajar.
• Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan
mengambilkira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.
• Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah atau aktiviti
pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menguasainya dalam
masa yang singkat.
• Antara kemahiran guru dalam pembelajaran masteri ialah :
• Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pembelajaran mereka.
112
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
• Mengetahui perbezaan antara murid.
• Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran serta merancang pelbagai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.
• Menguruskan pelbagai bahan bantu mengajar.
• Menyimpan rekod kemajuan murid.
• Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran.
• Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan penguasaan
yang sesuai.
MEMBENTUK PLAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF
Guru boleh membina pelan bilik darjah yang kondusif berdasarkan ciri-
ciri perbezaan murid dan ciri-ciri bilik darjah yang kondusif. Ciri-ciri bilik
darjah yang kondusif ialah (di petik dari Murid dan Alam Belajar,
Pembentukan Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif 2007) :
• Perancangan yang teliti agar murid terus berminat untuk
melaksanakan aktiviti P&P, sebaik-baiknya menepati kecerdasan murid.
• Menyesuaikan rancangan mengajar berdasarkan perkembangan dan
minat murid.
• Bersiap sedia menghadapi kerenah dan tingkahlaku serta mengatasi
tingkahlaku yang mengganggu perjalanan P&P sebelum ia mempengaruhi
rakan lain.
113
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
• Menyediakan aktiviti yang mendorong penglibatan murid seperti
perbincangan, perbahasan dan bermain. Kemungkinan kelas berada dalam
keadaan yang agak bising tetapi murid memperolehi banyak ilmu dan
pengalaman.
• Susunan kelas yang memudahkan interaksi guru dan murid.
• Bina suasana bilik darjah yang mewujudkan perasaan perasaan
dihargai dan kepunyaan serta mampu memotivasikan murid.
• Menetapkan peraturan bagi mengurangkan salah laku murid.
• Merancang aktiviti yang menekankan tugasan tingkahlaku.
• Memantau perlakuan dan aktiviti murid secara berterusan.
• Menambah baik bimbingan terhadap murid.
• Susunan meja guru dan murid memudahkan guru beinteraksi dengan
murid. Jarak murid dengan guru menentukan kadar tumpuan murid terhadap
pengajarn guru.
• Guru mudah dan mesra dalam berinteraksi dengan murid, nilai
penyayang dan prihatin guru dapat menarik minat murid untuk berada
didalam bilik darjah.
• Wujudkan perasaan kemasyarakatan dalam kalangan murid melalui
pembelajaran koperatif.
• Memberikan penghargaan dan ganjaran atas usaha serta sikap positif
murid.
• Memaklumkan aktiviti dan tugasan yang akan diberikan kepada murid
lebih awal supaya murid bersiap sedia.
114
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
• Memberikan pilihan kepada murid untuk menentukan masa yang
diperlukan bagi menyiapkan tugasan dan bagaimana untuk
melaksanakannya.
Dalam membina sebuah pelan persekitaran pembelajaran yang
kondusif, guru perlu mengambil tindakan seperti berikut :-
• Merancang tindakan dimana dalam hal ini seseorang guru perlu
memilih dan menetapkan pilihannya tentang perkara yang patut di ajar dan
bagaimana perlaksanaan pengajarannya.
• Tindakan seterusnya ialah memilih strategi dan aktiviti P&P bagi
memastikan perancangan yang berkesan.
• Seterusnya guru perlu meneliti dan mengkaji sejauhmana bimbingan
yang diberikan dapat membantu pembelajaran murid.
• Bimbingan terhadap murid terdiri daripada pelbagai teknik iaitu
pendekatan ekspositori (menyampaikan maklumat terus kepada pelajar),
pendekatan 'hands on' (melibatkan pelajar dalam aktiviti pengajaran), dan
pendekatan indikatif dan kolaboratif (murid saling berbincang dan
membantu dalam menyiapkan tugasan).
CONTOH PELAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
115
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Melalui pelan ini, disebabkan bilangan pelajar yang ramai, guru telah
membina pelan bilik darjah ini yang dianggap lebih kondusif dimana segala
pendekatan di atas dapat diaplikasikan dari cara susunan tempat duduk dan
pengagihan kawasan persekitaran dan ruang-ruang tertentu. Jarak antara
meja guru dan murid juga dikekalkan dan memudahkan murid mengatasi
masalah interaksi antara guru dan murid agar tidak terlalu jauh dan tidak
terlalu dekat.
Langkah Pencegahan
116
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Kanak -kanak yang berkelakuan seperti suka berlari -lari , memanjat
-manjat perabot , sukar duduk diam , dan seolah -olah ada kuasa yang
menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak -
kanak hiperaktif Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta
merungsingkan ibu bapa apabila kanak -kanak itu berusia dua atau tiga
tahun , apabila dia sudah boleh berlari , memanjat dan melompat.
Pemeriksaan urat saraf di kalangan kebanyakan kanak -kanak yang
dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif, selalu tidak menunjukkan apa -apa
gangguan . Malahan di kalangan kanak -kanak yang dikatakan ' brain
damaged ' ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif. Anggapan umum ialah
kanak -kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang
minimum , tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi .Kes -kes hiperaktif
yang didapati di klinik Perkembangan Kanak -kanak di Universiti Kebangsaan
Malaysia kebanyakan yang melibatkan kanak -kanak lelaki . Sebabnya masih
menjadi suatu tanda tanya. Satu lagi hal yang menjadi tanda tanya ialah
berapa ramaikah kanak -kanak di negara ini mengalami keadaan sindrom
hiperaktif.
Proses penilaian kanak -kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi
pemeriksaan paediatrik dan psikologi. Kanak -kanak ini memperlihatkan
berbagai- bagai masalah seperti lambat bercakap, sukar dilatih untuk
berdikari atau mengenali keadaan yang merbahaya . Dia juga sukar
menerima pengajaran kerana tumpuan perhatiannya kurang. Pemeriksaan
117
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
oleh pakar kanak -kanak untuk memastikan yang tiada gangguan uarat saraf
atau tahap elemen plumbum (lead) yang tinggi di dalam darah perlu di
buat . Lazimnya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan tanda -tanda yang
luar biasa .
Ibu bapa perlu mendapat penerangan yang jelas tentang keadaan ini serta
strategi rawatan yang boleh digunakan kerana mereka merupakan orang
yang paling penting di dalam rancangan pemulihan yang bakal di jalankan
ke atas anak -anak mereka itu oleh profesyenal -profesyenal yang terlatih.
Mereka dengan masalah attentional seperti ADHD memiliki permasalahan
sulit focus, atau Gelombang Otak (Brainwave)nya terlalu lambat, secara
umum mereka mengatasinya dengan menggunakan obat perangsang –
seperti obat kimia dan kopi- untuk mempercepat Gelombang Otak
(Brainwave) mereka dan membantu mereka fokus. Namun metode itu tidak
benar, karena berdampak negatif dalam jangka panjang dan menjadikan
ketergantungan. Kami menawarkan solusi terbaik untuk Anda, yaitu dengan
bantuan terapi Musik Gelombang Otak (Brainwave) Sharper Brain.
Teknologi ini adalah penanganani masalah untuk ADHD menggunakan
protokol yang telah ditemukan dalm ilmu kedoktoran untuk kesuksesan
anak-anak, anak muda dan orang dewasa dalam Musik Terapi Gelombang
Otak Sharper Brain ini dapat ibu bapa pindah ke pada MP3 player atau iPod.
118
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Dengan demikian ibu bapa memiliki solusi pengubatan ADHD yang biasa
mereka dapat lakukan di mana saja.
Gelombang Otak (Brainwave) adalah pulsa elektronik yang mana di produksi
otak Anda sepanjang waktu, apa pun yang Anda kerjakan. Pada penderita
ADHD otak menghasilkan pulsa lebih lambat dari yang diharapkan, iuga otak
kanan dan otak kiri tidak seimbang. Musik Terapi Gelombang Otak
(Brainwave) ADHD ini dapat membantu ADHD dengan merangsang otak dan
membimbing ke ritme lebih cepat dan lebih seimbang.
Program Musik Terapi Sharper Brain untuk mengatasi ADHD ini dibuat
khusus untuk mempercepat Gelombang Otak (Brainwave), dan untuk
menciptakan keseimbangan antara kiri dan kanan otak. Terapi ini juga
disebut hemi sinkronisasi atau hemi sync.
Teknologi Gelombang Otak (Brainwave) untuk penderita ADHD ini di rancang
kusus dengan tehnologi/teknologi tingghi dengan memadukan Audio
Frekwensi Gelombang Otak SMR dan suara alam sebagai background untuk
membuat penderita ADHD lebih nyaman dan gemar menjalani sesi terapi ini.
Perilaku hiperaktif atau ADHD ini dapat dilihat melalui personaliti,
perkembangan fizikal dan emosi kanak-kanak tersebut. Sama ada normal
ataupun tidak, perilaku kanak-kanak normal bergantung pada
119
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
perkembangan sosial dan dan perangainya yang sesuai dengan usia mereka.
Jika perilakunya tidak sesuai dengan usia mereka, mereka boleh
dikategorikan sebagai kanak-kanak hiperaktif.
Rawatan Akupunktur dan Herba Untuk Mengatasi masalah
Hiperraktif (ADHD)
Kadang-kala perilaku kanak-kanak ini tidak dapat dilihat dirumah. Namun di
pusat-pusat perubatan, doktor dapat mengesan gejala dan tanda-tanda
perilaku hiperaktif tersebut.
Berikut adalah beberapa tanda-tanda dan gejala perilaku kanak-kanak
hiperaktif :
• Perasaan kegelisahan terus menerus
• Sentiasa belari dan memanjat sana-sini
• Terlalu banyak bercakap
• Tidak boleh duduk diam untuk jangka masa yang lama
• Suka menganggu orang lain
• Tidak suka mengikut barisan atau menunggu. Selalu memotong
barisan.
• Sentisa kehilangan barang-barang seperti pensil, pemadam dan
sebagainya
• Tidak menumpukan perhatian
120
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
• Seorang yang pelupa.
• Sentiasa nampak tidak terurus (selekeh)
• Selalu mengikut gerak hati untuk melalukan sesuatu
Kebanyakan kanak-kanak akan menunjukkan perilaku hiperaktif dan
masalah kurang memberi tumpuan serentak. Ini dipangil ADHD, namun
sesetengah ada yang tidak mempunyai masalah perilaku hiperaktif namun
mempuyai masalah untuk kurang memberi tumpuan dan mengambil
perhatian. Malasah ini disebut sebagai Attention Dificit Disoder (ADD).
Pengurusan Emosi Perilaku Hiperaktif
Kanak-kanak hiperaktif biasanya melalukan sesuatu tanpa memikirkan
tentang orang yang berada di sekitar mereka. Mereka suka bermain
berseorangan dan melalukan pekara yang mereka mahu lakukan(hanya
mengikut gerak hati mereka).
Berikut adalah beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk menetapkan
atau mengawal tingkah laku hiperaktif atau ADHD :
• Jangan meninggalkan mereka sendirian untuk bergaul dengan kanak-
kanak yang lebih muda atau seusia mereka. Hal ini untuk mencegah mereka
dari menyakiti atau mencedekakan kanak-kanak lain.
• Jauhkan meraka dari benda-benda yang merbahaya. Untuk
mengelakkan dari dia mencederakan dirinya sendiri ataupun orang lain
121
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
• Mereka harus ditegur dan dididik dengan cara yang betul dan supaya
mereka menilai apakah yang mereka lakukan.
• Jangan bercakap dengan cara yang kasar di depan mereka kerana
mereka selalunya akan mengikut apa yang kita lakukan.
• Mereka harus diberikan perhatian yang lebih dan mengajar mereka
tentang apa yang dan tidak harus dari usia mereka muda untuk
memudahkan mereka membezakan apa yang harus dan apa yang tidak.
Jangan merendah-rendahkan diri mereka di depan orang. Hal ini akan
menyebabkan mereka terasa tidak di sayangi dan akan memburukkan
keadaannya.
CARA-CARA RAWATAN
(1) Ada beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk
mengurangkan keadaan hiperaktif seperti Amphetamine , Ritalin dan
Haloperidol . Malangnya dengan cara ini , kesannya tidakberpanjangan .
Sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan timbul balik .
Kadang kala rawatan ini tidak berkesan dan sebaliknya memberi kesan
negatif .
122
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
(2) Teknik pengubahsuaian kelakuan ( behavioural Modification ) ; lebih
berkesan , tetapi cara -caranya.Perlulah ditunjukkan oleh pakar psikologi ,
supaya dapat dijalankan dengan cara yang betul . Teknik ini perlu diikuti
selalu .
(3) Satu lagi teknik ialah pendekatan pembelajaran (educational approach
) ; dengan tujuan untuk mengurangkan aktiviti kanak -kanak ini ; dan
sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian
terhadap aktiviti -aktiviti yang boleh memperkembangan intelek mereka.
Teknik kedua dan ketiga lebih berkesan jika digunakan pendekatan satu
demi satu (one to one approach). Rawatan bagi kanak -kanak yang hiperaktif
itu mestilah disesuaikan secara orang perseorangan . Misalnya ada kanak -
kanak yang memerlukan cara pertama dan kedua dan ada pula yang berjaya
dirawat dengan cara kedua sahaja .Satu lagi keadaan bila kelakuan
hiperaktif boleh muncul ialah seseorang itu memakan makanan yang
mengandungi bahan -bahan pengawetan . Bagi kes seperti ini dikenal pasti
dan diketepikan.
RUMUSAN
Hiperaktif adalah perlakuan atau tingkahlaku yang dianggap bertentangan
nilai social yang disebabkan oleh ketidakseimbangan system saraf pusat
123
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
otak dalam mentafsir rangsangan-rangsangan yang ada di
persekitaran.Pencegahan lebih baik dari rawatan.Kanak-kanak hiperaktif ini
mnemerlukan rawatan yang terperinci dan pemeriksaan fizikal serta
penilaian perkembangan intelek dan emosinya.Kaunseling yang intensif
diperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibu bapa melatih dan memberi
rawatan kepada anak mereka. Ini memerlukan kesabaran,pengorbanan
masa,tenaga dan kewangan.
Matlamat rawatan supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di
sekolah dan masyarakat dengan sebaik mungkin. Dari masa ke semasa
pencapaian perlu dinilai dan strategi perlu diperkemaskan agar sesuai
dengan usia serta keadaan.Apa yang paling penting ialah setiap ibu bapa
perlu mempertingkatkan ilmu pengeyahuan tentang permasalahan-
permasalahan kanak-kanak.
124
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
BIBLIOGRAFI / RUJUKAN
Azizi Yahya dan Tan Soo Yin. 2007. Kesihatan Mental. Universiti Teknologi
Malaysia. Johor.
Barkley, R. A. 1998. Attention Deficit Hyperactivity Disorder : A Handbook for
Diagnosis and Treatment . New York : Guilford Press
Barkley, R.A. , Fischer, M. , Edelbrock, C.S. , & Smallish, L. 1990. The
adolescent
outcome of hyperactive children diagnosed by research criteria : I. An 8-year
prospective follow up study. Journal of The American Academy of Child and
Adolscent Psychiatry, 29, 546-557
Bee, H. 2004. The Developing Child. 10th Edition. New York : Longman Inc.
Carter, S. (2003). The Impact of parent/family involvement on student
outcomes: An annotated bibliography of research from the past decade.
125
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Comer, Ronald J. (1992). Abnormal psychology. New York : Freeman and
Company
Corey, G. 1996. Theory and Practice of Counselling and Psychotherapy.
California : Brook/Cole Publishing Company.
McDewit & Ormrod. 2005. Child Development. New Jersey : Pearson
Education
Rahil Mahyudin dan Habibah Elias (1997). Psikologi personality untuk
Perguruan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.
Hamid Bin Arsyat (2010). Kanak-kanak yang Hiperaktif. Diperoleh pada 26
Mac 2013 daripada http://hamidarsyat.com/anak-cerdik-vs-hyper-informasi-
166/184-kanak-kanak-yang-hiperaktif.html
Huffman, Karen (2002). Psychology in Action. USA: John Wiley & Sons.
Scribd (2010) Kanak-kanak hyperaktif. Diperolehi pada 24 Mac 2013 di
http://www.scribd.com/doc/27262979/Menangani-Masalah-Anak-Hiperaktif
126
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Santrock, J.W. (2007). Cognitive Development Approaches. In Emily Barrosse
(Ed.), A Topical Approach to Life-Span Development (pp. 225-230). New York,
NY: Beth Mejia.
Tuckman, Bruce W., and David M. Monetti. Educational Psychology. Belmont,
CA: Wadsworth, 2010. Print Assimilation. (2010). In Encyclopædia Britannica.
Diperoleh pada April 1, dari Encyclopædia Britannica Online
:http://www.britannica.com/EBchecked/topic/1077109/assimilation
Greenhill, L.L. 1998. Diagnosing attention deficit hyperactivity disorder in
children.
Journal of Clinical Psychiatry, 59, 31-41.
Jensen, P.S. , Martin, D., & Cantwell. 1997. Comorbidity in attention deficit
hyperactivity disorder : Implication for research, practice and DSM-IV. Journal
of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry, 36, 1065-1079.
Yahya Nursidik (2008). ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders).
Diperoleh pada 24 Mac 2013, daripada
http://apadefinisinya.blogspot.com/2008/06/adhd-attention-deficit-
hyperactive.html
127
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Zuhayati Yazid ( 24 September 2009). Menangani Anak-anak Hiperaktif.
Utusan Malaysia. Diperoleh daripada 24 Mac 2013, daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_05.htm
Eysenck, H.J. dan Cookson, D. (1961). Personality in primary school children,
ability an achievement. British Journal of educational psychology, 39, 109-
122.
Csikszentmihalyi, M., Rathunde, K. dan Whalen, S. (1993). Talented
teenagers. The Roots of success and failure. Cambridge: Cambridge
University Press.
Gross, M. U. M. (1992). The use ofradical acceleration in cases of
extremeprecocity. Gifted Child Quarterly, 36(2), 91-99.
Johnson, V. F. (1982). Myelin and maturation: A fresh look at Piaget. The
science teacher, pg 41-49.
Kulik, J. A., & Kulik, C. C. (1984).Synthesis of research on effects of
accelerated instruction. Educational Leadership,42, 84–89.
128
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH HIPERAKTIF
Monks, F.J. dan Katzko, M.W. (2005). Giftedness and gifted education. In
Sternberg, RJ., dan Davidson J. (Eds.) Conceptions of giftedness. Pp. 187-200.
New York: Cambridge University Press.
129