laparan akhir

2
Laparan Akhir Sepanjang minggu PBS saya di sekolah, iaitu dari 14 September 2015 hingga 18 September 2015, saya dapat membuat satu refleksi keseluruhan daripada sepanjang minggu ini. Saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah kali ketiga kali ini di SJK (C ) Chung Hwa Tenghilan yang terletak agak jauh dengan IPG Kampus Kent. Saya dan rakan PBS saya iaitu Cheong Sing Yueh telah menyewa kereta dengan kawan lain untuk pergi ke SJK (C ) Chung Hwa Tenghilan. Perjalanan dari IPG Kampus Kent ke SJK (C ) Chung Hwa Tenghilan memerlukan selama 20 minit untuk sampai ke destinasi. Ini juga merupakan kali ketiga saya menjalankan PBS di negeri Sabah tanpa kembali ke negeri asal iaitu negeri Kedah. Selama satu minggu ini, saya telah berusaha untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pensyarah dan juga portfolio PBS. Saya mendapatkan segala maklumat dengan penolong-penolong kanan dan juga guru-guru di SJK (C ) Chung Hwa Tenghilan . Sepanjang minggu PBS ini, saya juga berpeluang untuk bertemu bual dengan guru besar, penolong-penolong kanan, guru kelas dan juga ketua panitia untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap pencapaian akademik di sekolah SJK (C ) Chung Hwa Tenghilan. Saya ingin berucap beribuan terima kasih kerana mereka sudi untuk memberi pandangan mereka yang amat berguna itu kepada saya. Melalui temu bual, saya dapati sekolah yang telah di luar bandar telah menghadapi pelbagai masalah yang serius. Contohnya di sekolah SJK (C ) Chung Hwa Tenghilan mereka menghadapi kekurangan murid dan majoriti murid adalah terdiri daripada orang asli. Ini menyebabkan cikgu susah untuk mengajar dalam Bahasa Cina dalam bilik darjah. Hal ini kerana orang tempatan Tenghilan kurang fasih dengan Bahasa Cina dan mereka menggunakan Bahasa Melayu dalam pergaulan harian apabila di rumah. Oleh itu, dengan adanya temu bual dengan mereka, saya lebih faham dengan peranan pihak sekolah dalam mengembangkan murid-murid dan juga mengapa pelbagai program perlu dilancarkan. Walaupun SJK (C ) Chung Hwa Tenghilan merupakan sebuah sekolah yang kecil tetapi muridnya dididik menjadi seorang yang bersopan dan berbudi pekerti. Hal ini kerana murid akan berucap selamat pagi kepada cikgu apabila berjumpa cikgu dalam sekolah. Tiada masalah disiplin yang serius berlaku dalam kalangan murid. Secara keseluruhan keputusan UPSR sekolah ini masih memuaskan, kebanyakkan mata pelajaran dapat tahap kelulusan yang tinggi kecuali mata pelajaran Bahasa Cina. Guru perlu menggunakan lebih banyak masa dan tenaga untuk mengajar mereka berbanding dengan sekolah di bandar. Saya berasa pengorbanan yang guru lakukan amat dihargai dan patut dicontohi oleh semua guru. Walaupun menghadapi kekangan dalam mengajar Bahasa Cina tetapi mereka tetap berusaha menggunakan pelbagai cara, kaedah dan

Upload: tearnchzechiang

Post on 09-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

o

TRANSCRIPT

Page 1: Laparan Akhir

Laparan Akhir

Sepanjang minggu PBS saya di sekolah, iaitu dari 14 September 2015 hingga 18

September 2015, saya dapat membuat satu refleksi keseluruhan daripada sepanjang

minggu ini. Saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah kali ketiga kali ini di

SJK (C ) Chung Hwa Tenghilan yang terletak agak jauh dengan IPG Kampus Kent. Saya

dan rakan PBS saya iaitu Cheong Sing Yueh telah menyewa kereta dengan kawan lain

untuk pergi ke SJK (C ) Chung Hwa Tenghilan. Perjalanan dari IPG Kampus Kent ke SJK (C

) Chung Hwa Tenghilan memerlukan selama 20 minit untuk sampai ke destinasi. Ini juga

merupakan kali ketiga saya menjalankan PBS di negeri Sabah tanpa kembali ke negeri asal

iaitu negeri Kedah.

Selama satu minggu ini, saya telah berusaha untuk menyelesaikan tugasan yang

diberi oleh pensyarah dan juga portfolio PBS. Saya mendapatkan segala maklumat dengan

penolong-penolong kanan dan juga guru-guru di SJK (C ) Chung Hwa Tenghilan .

Sepanjang minggu PBS ini, saya juga berpeluang untuk bertemu bual dengan guru besar,

penolong-penolong kanan, guru kelas dan juga ketua panitia untuk mendapatkan

pandangan mereka terhadap pencapaian akademik di sekolah SJK (C ) Chung Hwa

Tenghilan. Saya ingin berucap beribuan terima kasih kerana mereka sudi untuk memberi

pandangan mereka yang amat berguna itu kepada saya. Melalui temu bual, saya dapati

sekolah yang telah di luar bandar telah menghadapi pelbagai masalah yang serius.

Contohnya di sekolah SJK (C ) Chung Hwa Tenghilan mereka menghadapi kekurangan

murid dan majoriti murid adalah terdiri daripada orang asli. Ini menyebabkan cikgu susah

untuk mengajar dalam Bahasa Cina dalam bilik darjah. Hal ini kerana orang tempatan

Tenghilan kurang fasih dengan Bahasa Cina dan mereka menggunakan Bahasa Melayu

dalam pergaulan harian apabila di rumah. Oleh itu, dengan adanya temu bual dengan

mereka, saya lebih faham dengan peranan pihak sekolah dalam mengembangkan murid-

murid dan juga mengapa pelbagai program perlu dilancarkan.

Walaupun SJK (C ) Chung Hwa Tenghilan merupakan sebuah sekolah yang kecil

tetapi muridnya dididik menjadi seorang yang bersopan dan berbudi pekerti. Hal ini kerana

murid akan berucap selamat pagi kepada cikgu apabila berjumpa cikgu dalam sekolah.

Tiada masalah disiplin yang serius berlaku dalam kalangan murid. Secara keseluruhan

keputusan UPSR sekolah ini masih memuaskan, kebanyakkan mata pelajaran dapat tahap

kelulusan yang tinggi kecuali mata pelajaran Bahasa Cina. Guru perlu menggunakan lebih

banyak masa dan tenaga untuk mengajar mereka berbanding dengan sekolah di bandar.

Saya berasa pengorbanan yang guru lakukan amat dihargai dan patut dicontohi oleh semua

guru. Walaupun menghadapi kekangan dalam mengajar Bahasa Cina tetapi mereka tetap

Page 2: Laparan Akhir

berusaha menggunakan pelbagai cara, kaedah dan pendekatan pengajaran yang sesuai

supaya mengikut kemampuan setiap murid-murid.

Dalam minggu ini, saya juga diberi peluang masuk ke dua kelas untuk melihat

bagaimana guru mengajar Bahasa Cina. Salah satu kelas yang saya masuk merupakan

kelas Tahun 1, murid Tahun 1 ini telah memberi kerjasama yang sepenuhnya apabila guru

mengajar dalam kelas. Apabila mereka terlalu bising bercakap dalam kelas, guru akan

menunjukkan satu perbuatan senyap dan semua murid akan terus berhenti bercakap untuk

memberi perhatian terhadap guru. Dengan ini saya telah belajar cara pengurusan bilik

darjah guru ini adalah sangat berkesan untuk mengawal suasana kelas apabila kelas dalam

keadaan bising. Cara pengurusan bilik darjah ini akan saya contohi dan menggunakannya

dalam kelas pada masa akan datang. Manakala satu kelas lagi merupakan kelas Tahun lima

yang lebih berdisiplin. Mereka menumpu perhatian dan tidak membuat bising semasa guru

mengajar dalam kelas. Tetapi terdapat segelintir murid yang kurang keyakinan diri, mereka

berasa malu dan tidak berani untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru Bahasa Cina.

Dalam minggu PBS ini, saya boleh membuat satu kesimpulan keseluruhan iaitu,

dengan menjalankan PBS ini, guru pelatih akan lebih memahami dengan keadaan sebagai

seorang guru di sekolah pada masa yang akan datang. Bukan itu sahaja, guru pelatih juga

akan lebih memahami dengan pentadbiran di sekolah. Saya berasa sangat bersyukur

kerana dapat menyelesaikan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) fasa 3 saya dengan

lancar dan sempurna. Dalam PBS kali ini, saya telah belajar banyak ilmu pengetahuan yang

tidak dapat dibelajar dalam kelas. Terutamanya pengalaman semasa berada dalam sebuah

sekolah dan suasana untuk mengajar dan mengawal murid dalam bilik darjah. Semua murid

adalah berdisiplin kecuali sesetengah murid yang nakal. Namun begitu saya berasa sangat

gembira kerana mendapat pengalaman dan kenangan yang saya tidak akan lupai pada PBS

fasa 3 ini.