laporan akhir hhhc9101 kemahiran sosial dan ... · yang sesuai dan lembut untuk berkomunikasi...
TRANSCRIPT
[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683
LAPORAN AKHIR
HHHC9101 – KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
Maklumat program
• Kawasan Khidmat Masyarakat: Rumah Amal Anak Yatim YPIN, Sungai Manggis,
Banting, Selangor.
• Tarikh: 26 April 2014.
• Bilangan Peserta: 12 orang.
• Mod Program: Banner tulisan tangan.
• Kelulusan: Mendapat kebenaran daripada pihak JPPel dan juga pemilik Rumah Anak
Yatim.
Laporan program
Pada 26 April 2014 (Sabtu) yang lepas, saya telah menyertai satu program anjuran
saya dan rakan-rakan saya sendiri, iaitu Program Amal Tautan Kasih. Program ini
berlangsung selama satu hari sahaja, dengan melawat dan melakukan beberapa aktivti di
Rumah Amal Anak Yatim YPIN, Banting, Selangor. Dianjurkan sendiri oleh saya dan rakan-
rakan yang terdiri daripada 12 orang, kami mengurus dan merangka segala perincian program
dan aktiviti demi menjamin kelancaran program ini.
Idea untuk menganjurkan program ini diluahkan oleh ketua pengarah kami sendiri,
iaitu Saudari Atiqa. Kami merasakan bahawa kami perlu menjalankan tanggungjawab kami
sebagai satu kelompok masyarakat yang prihatin dengan nasib anak-anak yatim yang kurang
bernasib baik. Setelah berbincang dan mendapat kata sepakat, kami bersetuju untuk
mengunjungi rumah anak yatim yang terletak di Banting, Selangor. Selain daripada mencari
pahala demi penghitungan di akhirat kelak, kami juga ingin meringankan beban yang
ditanggung oleh pengurus rumah anak yatim tersebut. Kami juga ingin mengembirakan hati
anak-anak yang kurang bernasib baik dengan memberikan mereka perhatian yang sewajarkan
mereka peroleh. Dalam memahirkan kemahiran sosial antara anak-anak yatim, kami juga
dapat menjalankan tanggungjawab kami terhadap masyarakat Malaysia. Perasaan
tanggungjawab ini seharusnya dipupuk dari awal untuk melahirkan masyarakat yang mapan
dan prihatin.
[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683
Setelah mendapat kata sepakat, kami terus membahagi-bahagi tugas dan jawatan untuk
menjamin kelicinan program. Saya diberikan jawatan sebagai Ketua Pengarah Program, atas
pengalaman-pengalaman saya dalam memegang jawatan yang sama sepanjang saya menyertai
apa-apa jenis aktiviti dan program di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya ditugaskan untuk
merangka dan menyenaraikan program-program yang sesuai dari segi interaktif, tahap umur
serta sensitiviti terhadap anak-anak yatim tersebut. Saya juga bertanggungjawab untuk
menyediakan tentatif program, bersesuaian dengan jangka masa sepanjang keberadaan kami
di sana.
Tanggungjawab tersebut saya jalankan dengan penuh dedikasi dan ikhlas, demi
menerbitkan rasa gembira di hati anak-anak yatim tersebut. Berdasarkan pengalaman yang
saya peroleh sepanjang penyertaan saya dalam aktivti dan program di UKM, saya
mengaplikasikan dan mengubahsuai sedikit aktiviti-aktiviti yang pernah saya jalankan untuk
menjana satu kekretifan pada akiviti yang saya rangka tersebut. Atas dasar tanggungjawab
yang saya galas, saya menyiapkan kerja saya dengan cepat supaya ahli-ahli yang lain dapat
melakukan kerja mereka dengan teratur.
Pada hari dimana program itu dijalankan, kami berkumpul bersama anak-anak yatim
tersebut di sebuah dewan. Seperti biasa, kami melakukan aktiviti ice-breaking, namun
terdapat sedikit kelainan di mana aktiviti ini dijalankan dengan penuh kreatif. Disini,
kemahiran sosial saya diperkembangkan lagi apabila saya menggunakan perkataan-perkataan
yang sesuai dan lembut untuk berkomunikasi dengan mereka. Komunikasi sosial dua hala ini
benar-benar mengasah minda saya untuk menjaga hati dan perasaan anak-anak yatim tersebut.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengutuhkan lagi hubungan kami yang pada awalnya
sedikit kekok. Kami berjaya memecahkan tembok komunikasi dan kekok kami bersama anak-
anak yatim tersebut. Satu slot berteraskan pendidikan saya wujudkan atas dasar
kebertanggungjawaban kami sebagai mahasiswa UKM. Dalam slot ini, kami menjemput
rakan satu program dengan kami, iaitu Saudara Ehsan, yang merupakan Yang DiPertua Kelab
Genetik pada waktu itu untuk memberikan motivasi ringkas berkenaan masa hadapan anak-
anak yatim tersebut. Kami memberitahu mereka supaya jangan berputus asa dalam menimba
ilmu dan membina semangat mereka untuk menempuhi cabaran-cabaran yang bakal mereka
lalui kelak. Rata-rata mereka yang terdiri daripada jarak umur 3 tahun – 19 tahun, menerima
[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683
nasihat kami dengan penuh semangat dan berjanji untuk tidak menghampakan harapan kami
untu melihat mereka berjaya. Kami, malahan saya sendiri berasa sangat tersentuh dengan
reaksi, sokongan dan kerjasama yang anak-anak yatim ini berikan kepada kami.
Akhir sekali, saya ingin menegaskan dan menyatakan bahawa kemahiran sosial saya
diasah dan dipertingkatkan lagi dengan menyertai program ini. Saya yang sebelum ini tidak
pernah berjumpa dan berkomunikasi dengan mana-mana anak yatim, berasa sangat sayu
apabila berjumpa secara dua muka dengan mereka. Tidak dinafikan, secara automatik, kami
dapat berkomunikasi dengan lancar dan berkesan. Selain itu, saya juga dapat menunaikan
tanggungjawab saya kepada anak-anak yatim tersebut dengan menyediakan aktiviti-aktiviti
yang mampu mengasah bakat mereka dan menerbitkan rasa gembira dalam hati mereka.
Diharapkan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan oleh mahasiswa darpada pelbagai jenis
universiti dalam memberikan kesan positif kepada kedua-dua pihak.
Sekian, terima kasih.
Lampiran gambar
Perjumpaan bersama ahli kumpulan untuk mengumpul idea pemilihan tempat rumah anak
yatim.
[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683
Perjumpaan seterusnya untuk memberikan kata putus dalam pemilihan program serta
memberi laporan tentang tugasan masing-masing.
Saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai pengarah program dengan memantau serta
mengetuai aktiviti ‘ice-breaking’.
[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683
Saya menerangkan cara untuk memperkenalkan diri kepada ahli-ahli yang terlibat.
Dalam aktiviti “Lukisan Rahsia”, saya mengedarkan keperluan-keperluan aktiviti serta
memberikan penerangan tentang bagaimana cara bermain.
[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683
Kami duduk berselang-seli semasa makan tengahari untuk merapatkan ukhwah dan
komunikasi antara kami.
Saya memberikan kata-kata semangat secara persendirian kepada anak-anak ini.
[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683
Saudara Ehsan mengendali slot beliau dan aktiviti ini mendapat kerjasama yang
memberangsangkan dan penuh oleh ahli rumah anak yatim tersebut.
Gambar yang paling menyentuh hati apabila mereka disuruh untuk melukiskan impian mereka
di atas sekeping kertas untuk ditatap setiap hari sebelum tidur.
[NUR AZIRAH BINTI ABD. AZIZ] A145683
Aktiviti kemuncak kami untuk mengeratkan ukhwah serta mengasah kreativiti masing-
masing.
Jelas terpancar keriangan di wajah mereka semasa dalam proses penyiapan banner ini.