laporan audit kualiti dalaman bil. 18/2017 bil_19_2017/5_(c)buku 3... · kertas soalan peperiksaan...

24
LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 BUKU 3 (PEMERHATIAN DAN NOTA AMALAN POSITIF) MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN BIL. 19/2017 26 SEPTEMBER 2017

Upload: buinhu

Post on 14-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017

BUKU 3

(PEMERHATIAN DAN NOTA AMALAN POSITIF)

MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN BIL. 19/2017

26 SEPTEMBER 2017

Page 2: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),
Page 3: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

1

LAMPIRAN 1

AUDIT KUALITI DALAMAN UM BIL. 18/2017 (PEMERHATIAN)

PT01 - PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bil. Fasal Pemerhatian

1. 8.1 - Operational planning and control

1/24 Didapati RHA telah dilantik sebagai penyelaras program Sarjana Syariah (mod kursus dan penyelidikan) bagi tempoh 4/9/2014 - 3/9/2016 dan 8/9/2016 - 7/9/2018. Beliau telah mengambil cuti sabatikal 9 bulan dari 1/11/2015 - 31/7/2016 (secara tempatan). Semasa tempoh cuti sabatikal, beliau masih bertugas sebagai penyelaras program, tiada pengganti penyeleras program dilantik. Memandangkan bidang tugas penyelaras program tersebut melibatkan tugas yang berat dan memerlukan komitmen (dari segi akademik) yang tinggi untuk memastikan program sarjana dijalankan dengan lancar dan secara terkawal, ini boleh menjejaskan prestasi/output penyelidikan yang diperlukan dari cuti sabatikal.

2. 5.2.1 - Developing the quality policy

2/24 Didapati PTj mempunyai objektif kualiti yang tidak relevan dan diluar kawalan fungsi dan peranan ISC ditubuhkan seperti berikut: 1) Memastikan 5% jumlah enrolmen pelajar sarjana muda terdiri dari pelajar antrabangsa 2) Mengadakan sekurang-kurangnya 10 kolaborasi yang melibatkan program pertukaran pelajar di luar negara setiap tahun (inbound/outbound)

3. 8.5.3 - Property belonging to customers or external

3/24 PTj tidak memastikan harta pelanggan disahkan penerimaannya. Rekod penerimaan kerja tugasan pelajar bagi kursus GKN 1005 (Karakter Nasional), Sem. 1, Sesi 2016/2017 tidak lengkap (tiada tandatangan pelajar)

4. 7.5.3 - Control of documented information

4/24 Tiada borang perakuan penerimaan pelantikan DUA orang panel penilai bagi akreditasi penuh program Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat (SMPITM) (Tahun 2016). Kedua-dua panel tersebut ialah Prof Dr. SRHT (USIM) dan PM Dr. RMS (UM).

5. 8.5.1 - Control of production and service provision

5/24 PTj tidak dapat memberikan bukti kesesuaian taksonomi atau CO-Mapping yang lengkap untuk penyaringan kertas soalan peperiksaan akhir Tahun 4, Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Gigi, sesi akademik 2015/2016. Bukti: 1. Soalan bagi Modul Pulp and Periodintium dipecahkan kepada MCQ, SAQ dan OSCE Tiada bukti CO-Mapping untuk setiap pecahan soalan

Page 4: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

2

PT01 - PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bil. Fasal Pemerhatian

6. 9.1.1 - General 6/24 PTj tiada bukti untuk menunjukkan setiap soalan peperiksaan memenuhi CLO secara berasingan. Bukti: Borang penyaringan kertas soalan peperiksaaan Semester 1, 2016/2017 hanya menunjukkan soalan memenuhi CLO secara menyeluruh sahaja.

7. 7.5.1 - General 7/24 Semakan mendapati borang yang digunakan untuk penilaian "Candidature Defence" adalah tidak lengkap. Dalam borang tersebut terdapat ruang untuk mengisi 1) Jabatan, 2) Bidang Penyelidikan, 3) Masa. Namun, ruangan terssebut tidak dilengkapkan. Antara borang tersebut adalah untuk calon ijazah tinggi seperti berikut: 1) WHA140034 2) WHA150005 3) WHA150044 4) WHA160001 5) WHA140018 6) WHA130041 7) WHA150043 8) WHA120011 9) WHA140039 10) WHA140037

8. 8.2.1 - Customer communication

8/24 PTj tidak memberi maklumat yang tepat di laman web Contoh: Maklumat dan informasi yang dipaparkan di bawah tajuk Entry Requirement - Bachelor tidak releven

9. 8.5.4 - Preservation

9/24 Faculty did not preserve the output in the minutes of meeting. It is reported that what transpired during the JK Pemeriksa meeting of candidate ZY (SHC 130082) was not minuted appropriately.

10. 8.2.2 - Determining the requirements related to products and services

10/24 Merujuk minit mesyuarat JK Kurikulum (minit mesyuarat pada 29/7/2016), didapati pindaan kepada tajuk kursus tetapi tidak dinyatakan alasan pindaan sebagai bukti tujuan pindaan tersebut.

11. 8.3.4 - Design and development controls

11/24 Bagi kursus TCEE2212, didapati tempoh bagi ujian adalah setengah jam namun pemberatan adalah sebanyak 20%.

12. 8.5.1 - Control of production and service provision

12/24 Tiada bukti yang menunjukkan bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. Kehadiran hanya tercatat untuk 11 minggu sahaja.

Page 5: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

3

PT01 - PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bil. Fasal Pemerhatian

13. 9.1.1 - General 13/24 Course outcomes analysis was not done individually and thus improvement according to the outcomes cannot be identified.

14. 8.7.2 - Control of nonconforming outputs

14/24 PTj tidak memastikan penyimpanan rekod dilaksanakan dalam keadaan terkawal. Rayuan pertukaran program pengajian oleh pelajar NAAR pada Semester I, Sesi 2016/2017 dari program SMPP ke SMP tidak diselesaikan dengan sempurna. Rayuan pertama oleh pelajar bertarikh 28/8/16 dan permohonan status rayuan oleh ibubapa pelajar pada 13/9/16 diberi maklum balas rasmi oleh pihak SKR pada 24/2/17 iaitu permohonan tidak diluluskan kerana tidak memenuhi syarat khas kemasukan program SMP. Rayuan ketiga telah dikemukakan oleh TNC (HEPA) kepada TNC (A&A) pada 3/3/17. TNC (A&A) telah memohon maklum balas dari pihak SKR pada 7/3/17. Bukti pemberian maklum balas oleh SKR kepada TNC (A&A) tidak dapat dikemukakan.

15. 8.5.6 - Control of changes

15/24 The department did not review and control the changes for the lectures given in SCGS6115. It is noted in UM-PT01-PK03-BR004 that lectures will be carried out for 11 weeks; however the objective evidence only displayed 10 weeks of execution.

16. 8.2.1 - Customer communication

16/24 Maklumat dalam Buku Panduan 2016/2017 pada laman web Fakulti Pergigian boleh mengelirukan pelajar. Sebagai contoh: 1.Bahagian 4. Skim Pemarkahan (m.s. 87 Buku Panduan) 2. Bahagian Kandungan - Kalendar Pengajian Sesi Akademik 2015/2016 3. Bahagian Kandungan - BDS 2009 tidak lagi ditawarkan untuk sesi 2016/2017

17. 8.5.1 - Control of production and service provision

17/24 PTj tidak memastikan pengeluaran dan provisi servis dijalankan dalam keadaan terkawal. (Sem 1, 2016/2017) YXHB8001 ada penilaian RASCH yang memberikan markah bagi pemerihalan qualitatif bagi pembentangan. Kaedah penilaian dalam borang penyelarasan Hasil Pembelajaran Kursus - kaedah penilaian termasuk e-portfolio individu, blog online, pembentangan bersemuka, dsb. SLT menyenaraikan forum online, blog, perbincangan kumpulan, refleksi, penyelidikan sebagai e-learning & penilaian bersemuka adalah tugasan & refleksi kelas. Kedua-dua borang tidak selaras. Tiada bukti selain daripada penilaian pembentangan bersemuka diperolehi semasa audit. Bagi kursus YXGB6110, keputusan penilaian kursus adalah berdasarkan rubrik yang dikaitkan kepada hasil pembelajaran kursus. Bagi kedua-dua kursus yang diaudit, pernyataan kriteria pencapaian CO (dalam borang Analisis Hasil Pembelajaran Kursus) kurang sesuai/kurang jelas kerana merujuk kepada rubriks penilaian yang menjurus kepada penilaian prestasi pelajar, bukannya bagi kursus keseluruhan.

Page 6: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

4

PT01 - PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bil. Fasal Pemerhatian

18. 8.5.1 - Control of production and service provision

18/24 Kertas Soalan bagi Peperiksaan Semester 1 Sesi 2016/2017 (i) KEEE2224: Peranti Elektronik Tanpa Dis 2016 Cuma Jan 2017; (ii) KEET4208: Antena dan Perambatan Tanpa Dis 2016 Cuma Jan 2017; (iii) KQE7004: Energyy Conversion and Storage Tanpa Dis 2016 Cuma Jan 2017; (iv) KAEA2126: Bahan Konkrit Ditemui Dis 2016/Jan 2016/17 Sepatutnya Dis 2016/Jan 2017; (v) KEEE4365: Teknologi Tenaga Diperbaharui Ditemui Dis 2017 / Jan 2017 Sepatutnya Dis 2016 / Jan 2017.

19. 8.3.5 - Design and development outputs

19/24 The PTj did not ensure that the analysis of the course outcomes are adequate for the subsequent teaching and learning process.

20. 8.5.1 - Control of production and service provision

20/24 (1) Tiada tandatangan pensyarah dalam rekod kehadiran kelas pelajar bagi kursus GIG1002 (AZS) (Sem 1, 2016/2017); (2) Tiada borang rancangan penaksiran hasil pembelajaran bagi kursus GIG1002 (MRH) (Sem 1, 2016/2017); (3) Dalam bahagian salinan bahan penaksiran, rubrik penilaian berterusan kursus GNEK1043 (Sem 1, 2016/2017) adalah tidak jelas dan bercampur aduk dengan keputusan penilaian, di mana kedua-duanya sepatutnya diasingkan; (4) Tiada senarai semak borang yang perlu di dalam fail kursus GXEX1413/GIG1006 (Sem 1, 2016/2017); (5) Tiada borang UM-PT01-PK03-BR010(BI)-S01 bagi kursus GIG 1003/GXEX 1412 (Sem 1, 2016/2017).

21. 8.5.4 - Preservation

21/24 Pangkalan data yang disimpan dalam bentuk "Excel" mengikut PTj dan program pengajian (peringkat IP dan IT) adalah tidak lengkap. Semakan bagi dua PTj iaitu FBL dan FS (Jab. Geologi) mendapati: (1) FBL - ada minit dan surat pelantikan Profesor Dr. CH sebagai PLP bagi program SL dan SPBISBK tetapi dalam pangkalan data, nama beliau tiada (2) FS - nama program SSPG tiada dalam pangkalan data.

22. 8.3.4 - Design and development controls

22/24 Semakan fail calon Ph.D, didapati bahawa Borang Permohonan SMA (EHA120003) untuk Mengikuti Program Ijazah Doktor Falsafah (No. Borang: FEP(IT) 105/2009 tiada tandatangan Penyelia calon (Prof. NAI), tiada tandatangan Penolong Pendaftar (Bhgn. E) sebelum dibawa ke JKIT untuk diluluskan. Bahagian F (Kelulusan Dekan ) juga tidak diisi. Calon telah menerima surat tawaran kemasukan Ijazah PhD. pada 30/7/2012 dan mendaftar pada 4/9/12. JK Pemeriksa yang bersidang pada 2/3/2017 telah memperakukan calon dianugerahkan Ijazah PhD. Kes yang sama ditemui bagi LSL (EHA 110006) dan KS A/L JS (EHA 130004). Bukti dilampirkan.

Page 7: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

5

PT01 - PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bil. Fasal Pemerhatian

23. 10.2.1 - Nonconformity and corrective action

23/24 PTj tidak memastikan tindakan susulan berkesan dilakukan terhadap ketakakuran dapatan dari CTES bagi pensyarah yang mendapat markah kurang daripada 3.8 yang merupakan salah satu objektif kualiti PTj. Contoh: PTj tidak menjalankan siasatan punca dan tindakan susulan yang berkesan terhadap pensyarah yang telah mendapat markah CTES kurang daripada 3.8. Hanya surat makluman keputusan dan peringatan supaya meningkatkan kualiti pengajaran telah diberi kepada pensyarah terlibat. Bukti yang didapati adalah: UESM2102 - Pengurusan Komunikasi Korporat (3.67), DEWU1103 - Asas Pembudayaan Usahawan (3.07), DEWU715 - Effective Presentation Skills (3.36).

24. 8.3.4 - Design and development controls

24/24 PTj tidak memastikan hasil dapatan dari penilai luar program dimaklumkan kepada pihak pemilik program untuk tindakan susulan Arahan Kerja Perlantikan dan lawatan Penilai Luar Program (PLP) (UM-PT01-PK03-AK002, tarikh kuatkuasa 26/6/2014) menyatakan keperluan TNC (A&A) bertemu dengan PLP untuk pembentangan laporan lawatan PLP. Langkah ini dikemaskini [Terma perlantikan PLP (diluluskan Senat pada 28/4/17)], di mana kehadiran Pengarah, CDC diperlukan semasa pembentangan laporan tersebut. Langkah akhir dalam arahan kerja dan terma perlantikan PLP di atas hanya memerlukan simpan rekod dalam fail berkenaan di Bah. Akad./IPS, tiada dinyatakan keperluan laporan PLP dikemukakan kepada pemilik program pengajian untuk tindakan susulan. Langkah tindakan susulan ini penting untuk penambahbaikan program pengajian yang dinilai.

Page 8: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

6

PT02 - PENGURUSAN PENYELIDIKAN

Bil. Fasal Pemerhatian

1. 7.1.5.2 - Measurement traceability

1/17 NANOCAT didapati tidak memastikan proses kalibrasi dan penyelenggaraan alat dijalankan secara berkala. Lokasi: Combinatioral Hall, Tingkat 3, Blok A, Bagunan IPS. Contoh: 1. Ion Chromatography 1(kali terakhir dikalibrasi adalah pada 25 Nov 2015). Peralatan ini masih digunakan oleh penyelidik. Kali terakhir penggunaan yang direkod dalam buku log adalah pada 16 April 2017. 2. Fume hood (No tagging CTL/CTH/06/0004) (kali terakhir diperiksa pada May 2015)

2. 9.1.3 - Analysis and evaluation

2/17 NANOCAT tidak memastikan analisis dan penilaian terhadap maklumbalas peserta dilaksanakan. Didapati tiada laporan hasil analisis maklumbalas peserta "Journal Publication Workshop" yang diadakan pada 16 Nov 2016.

3. 9.1.3 - Analysis and evaluation

3/17 PTj tidak memastikan analisis dan penilaian terhadap maklumbalas peserta dilaksanakan. Didapati tiada laporan hasil analisis maklumbalas peserta "Research Grant Clinic" yang diadakan pada 11/8/2016.

4. 9.1.2 - Customer satisfaction

4/17 PTj tidak mendapatkan maklumat kepuasan pelanggan terhadap aktiviti penyelidikan yang dijalankan. Didapati tiada maklumbalas peserta yang diambil oleh pihak Pusat Sukan untuk "Workshop on Physical Activity Interventions" yang diadakan pada 22-23 Nov 2016.

5. 8.5.1 - Control of production and service provision

5/17 Borang peminjaman peralatan Voice Recorder KUA1500 AVI00577 tidak melalui peringkat verifikasi kerana didapati tiada tandatangan oleh ketua jabatan atau pegawai bertanggungjawab, di ruangan dalam borang yang telah disediakan. Ini bermakna pegawai yang menjaga aset penyelidikan telah memberi pinjaman kepada pelanggan tanpa mendapatkan pengesahan atau kelulusan terlebih dahulu.

6. 7.2 - Competence

6/17 Pusat Dialog Peradaban (Centre for Civilisational Dialogue, CCD) tidak mempunyai garis panduan khusus untuk perlantikan Research Fellow (cth: di bawah Program Sarjana Pelawat yang merupakan salah-satu penunjuk prestasi pusat / KPI tahunan). Oleh itu CCD tidak menentukan dengan khusus kekompetenan individu yang sesuai untuk berkhidmat di CCD sebagai Sarjana Pelawat. Yang digunakan sekarang adalah Garis Panduan Lampiran TNC(2)3/2016A yang amat am.

7. 7.1.4 - Environment for the operation of processes

7/17 Pusat Dialog Peradaban (Centre for Civilisational Dialogue, CCD) telah pindah ke Bangunan IPPP dalam bulan Februari 2017 tetapi sehingga hari audit (11 Mei 2017) persekitaran CCD adalah kurang selesa untuk aktiviti, cth: sistem penghawa dingin belum dibekalkan, ruang agak terhad.

Page 9: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

7

PT02 - PENGURUSAN PENYELIDIKAN

Bil. Fasal Pemerhatian

8. 8.5.2 - Identification and traceability

8/17 Borang Pemeriksaan Keselamatan & Kesihatan Di Tempat Kerja yang digunakan di makmal-makmal dan pejabat di Pusat Penyelidikan Fotonik (Photonics Research Centre, PRC) menggunakan borang yang tertera nama Jabatan Fizik, Fakulti Sains.

9. 4.4 - Quality management system and its processes

9/17 Pusat Penyelidikan Fotonik (Photonics Research Centre, PRC) tidak mempunyai mesyuarat berkala yang rasmi dalam memastikan serta memantau yang SPK berjalan lancar, cth tidak ada mesyuarat rasmi melibatkan tahap pengurusan/pentadbiran (bukan akademik) ataupun melibatkan tahap akademik ataupun melibatkan keseluruhan (tahap pengurusan/pentadbiran dan akademik)

10. 7.5.2 - Creating and updating

10/17 PTj tidak memastikan ketepatan dan kesesuaian maklumat bagi urusan identifikasi dan deskripsi organisasi. “HIR Committee Meeting No.6/2017 (High Centralised Facilities-6) Minute” menggunakan istilah berbeza / tidak ada dalam carta organisasi bagi individu berkenaan, cth: HIR Technical Staff, HIR Administration Secretariat

11. 10.2.1 - Nonconformity and corrective action

11/17 Berikutan insiden tumpahan sisa kimia di Bilik G1, Bangunan HIR pada 13 Januari 2017 (berdasarkan minit Mesyuarat Kecemasan HIR, 17 Januari 2017, Laporan Penyiasatan Kemalangan bertarikh 26 Januari 2017 dan Laporan Saksi bertarikh 26 Januari 2017) terdapat keperluan menukarkan masa pembukaan pintu C6, Tingkat 2 daripada yang ada sekarang, iaitu 8 pagi-6 petang (melibatkan tempoh masa yang lazimnya di luar waktu pejabat kebanyakan yang bertugas di Bangunan HIR). Ini sebagai usaha untuk mengurangkan risiko kemasukan individu yang tidak ada autoriti dan berniat jahat.

12. 9.1.3 - Analysis and evaluation

12/17 Fakulti Alam Bina menjalankan aktiviti `Briefing for Research Professional: Application of International Grants (26/10/2016)` dan `Workshop on IO by UMCIC (24/3/2017). Namun demikian, tiada analisis keberkesanan dan kepuasan pelanggan (staf akademik yang hadir) bagi kedua-dua aktiviti tersebut.

13. 6.1 - Actions to address risks and opportunities

13/17 Tidak ada rekod yang membuktikan bahawa Pusat Dialog Peradaban (Centre for Civilisational Dialogue, CCD) ada menimbangkan isu dan keperluan, serta mengenalpasti risiko dan/atau peluang yang perlu ditangani dalam pelaksananan SPK. Tidak ada daftar risiko CCD.

14. 6.2 - Quality objectives and planning to

14/17 Pusat Dialog Peradaban (Centre for Civilisational Dialogue, CCD) belum menetapkan objektif kualiti yang menggambarkan status barunya sebagai Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan. Objektif kualiti sekarang merupakan objektif kualiti yang sedia ada semasa status CCD hanyalah sebagai Pusat Penyelidikan. Walau

Page 10: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

8

PT02 - PENGURUSAN PENYELIDIKAN

Bil. Fasal Pemerhatian

achieve them bagaimanapun, CCD telah mempunyai visi dan misi baru setelah menjadi Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan.

15. 8.5.2 - Identification and traceability

15/17 PTJ tidak memastikan rekod inventori dan rekod peminjaman peralatan didokumenkan dengan baik bagi memastikan kebolehkesanan peralatan penyelidikan yang tertera di dalam fail rekod `Fail Inventori Penyelidikan`. Peralatan seperti Aspire V5 - 471G, Apple Retina Mc Book Pro dan Video Camera Sony tidak dapat ditemui di dalam kabinet simpanan. Auditee tidak dapat mengemukakan rekod pergerakan peralatan tersebut walaupun telah diberi peluang menghubungi pensyarah dan kakitangan lain untuk memberi jawapan. Bagaimanapun, PTJ telah mempunyai sistem yang baik kerana mewujudkan fail khusus untuk tujuan pemantauan inventori peralatan .

16. 5.3 - Organizational roles, responsibilities and authorities

16/17 Di dalam Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti Pergigian (10.2.2016 hingga 9.2.2018) keahlian terdiri daripada Dekan, Timbalan dekan (Penyelidikan) dan lapan orang dipilih dari staf akademik jabatan di fakulti tersebut. Namun demikian, pengerusi jawatankuasa ini adalah Timbalan Dekan (Penyelidikan), dan bukannya Dekan yang sepatutnya mempunyai autoriti yang lebih tinggi dalam hirarki pentadbiran fakulti.

17. 8.1 - Operational planning and control

17/17 Di bawah Kluster Penyelidikan “Equitable Society”, terdapat seorang penyelidik yang menjadi penyelidik utama atau PI (Principal Investigator) kepada dua geran penyelidikan (RP035A-16SBS & RP034B-16SBS). Setelah disemak, didapati satu daripada geran tersebut adalah di bawah UMRG, dan satu lagi di bawah Geran Khas. Garispanduan dan syarat untuk UMRG adalah jelas dan didapati dalam dokumen "Garis Panduan Geran Penyelidikan Universiti Malaya (UMRG & Grand Challenge)". Tetapi, tiada garispanduan dan syarat untuk Geran Khas.

Page 11: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

9

PT03 - PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Bil. Fasal Pemerhatian

1. 9.1.3 - Analysis and evaluation

1/7 STanD didapati telah menjalankan kaji selidik di kalangan staf dan ketua PTj berkenaan keperluan latihan. Training Need Analysis (TNA) telah dilakukan. Walau bagaimanapun, didapati analisa yang dilakukan amat ringkas dan boleh ditambahbaik.

2. 8.7.1 - Control of nonconforming outputs

2/7 Didapati tiada ulasan lanjut mengenai penggunaan laporan penilai luar dalam minit mesyuarat jawatankuasa pemilih (JKP). Contohnya, 1) Calon Dr LZS, dari Fakulti Perubatan diperakukan untuk pelantikan Profesor Madya DU53 oleh JKP pada 10/3/2016 walaupun penilai luar menyatakan pendapat beliau berkenaan `forecast of candidate`s potential development as academic` sebagai `..[his CV provides] an impression of a clinician rather than an academic or clinician scientist...` 2) Calon Profesor Madya Dr HM dari Fakulti Kejuruteraan untuk perlantikan jawatan Profesor Gred C ditangguhkan sehingga Januari 2016 untuk mengambilkira tempoh calon berada di jawatan semasa ialah 3 tahun. Tiada minit menjelaskan komen dari salah seorang penilai luar Prof. Dr MS yang mempersoalkan salah satu penerbitan calon dibincangkan oleh JKP pada 10/9/2015 dan JKP pada 22/1/2016.

3. 8.5.1 - Control of production and service provision

3/7 Surat perlantikan pengajar sambilan/ demonstrator sambilan diemail kepada calon hanya selepas perlaksanaan pengajaran iaitu 21/3/2017 untuk Bahagian Biologi, Matematik dan Fizik bagi semester 1 2016/2017 (semester bermula 6.6.2016 hingga 28.10.2016) dan semester 2 2016/2017 (semester bermula 14.11.2016 hingga 9.4.2017). Walaubagaimanapun, semua calon telah menerima tawaran sebelum bermulanya sesi pengajaran.

4. 7.5.2 - Creating and updating

4/7 Borang untuk merekodkan hasil temubual Proses Temuduga Guru tidak diisi dengan sempurna dan berkesan. Contoh ruangan “cultural skill” tidak diisi untuk calon PCP, CJ, SZ dan “confident level” untuk calon MJ, CJ and SZ.

5. 7.5.3 - Control of documented information

5/7 Tidak mengawal dan memastikan "LETTER OF UNDERTAKING, UNIVERSITY OF MALAYA" yang ditandatangani oleh Guru Bahasa Jepun dari Negara Jepun i) mempunyai tarikh Bukti: Fail Guru Bahasa Jepun, Rujukan UM/PS - 18134 yang telah dua kali menandatangani; iaitu semasa pertama kali dilantik dan menyambung semula kontrak ii) dan pada kaki "LETTER OF UNDERTAKING" yang tertera "...and Identification Card No. of the Head of Department" tidak diisikan. Bukti: Fail Guru Bahasa Jepun UM/PS-18134 dan UM/PS 17785

6. 8.5.1 - Control of 6/7 Calon telah menerima surat pelantikan sebagai pengajar sambilan sebelum Borang Permohonan sebagai

Page 12: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

10

PT03 - PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Bil. Fasal Pemerhatian

production and service provision

pensyarah sambilan di isi oleh calon. i. Borang permohonan Dr. ZA dan pelantikan beliau sebagai pengajar sambilan di isi pada 4/9/16 selepas surat penerimaan pelantikan beliau bertarikh 3/9/16. ii. Warga Nigeria BAD mengisi borang permohonan pengajaran sambilan dalam BM pada 4/9/16. Surat pelantikan ialah pada 1/9/16.

7. 8.2.1 - Customer communication

7/7 Carta organisasi fungsi yang dipaparkan di UMportal didapati tidak menggambarkan fungsi yang sebenar. 1) Fungsi seksyen perjawatan dan penggajian merangkumi mengurus perancangan sumber manusia walaupun fungsi sebenar seksyen hanyalah menguruskan perancangan perjawatan.

Page 13: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

11

PT04 - PENGURUSAN INFRASTRUKTUR DAN HARTA

Bil. Fasal Pemerhatian

1. 5.1.2 - Customer focus

1/14 Pejabat Keselamatan perlu menunjukkan tahap kepemimpinan dan komitmen yang baik terhadap fokus pelanggan, seperti mengenalpasti risiko dan tindakan sewajarnya terhadap perkhidmatan. Berdasarkan temubual bersama staf (KA, MMM, MSA), didapati antara cabaran utama PTj adalah dari segi kecukupan staf dalam menjalankan tugas. Perkara ini tidak dikenalpasti di dalam Daftar Risiko sedangkan ia mempunyai risiko dalam aspek keselamatan kampus.

2. 7.5.2 - Creating and updating

2/14 Pejabat Keselamatan perlu memastikan laporan/dokumen yang disediakan adalah sesuai dan diperakukan. Pejabat tersebut telah menjalankan beberapa Pemeriksaan Pas Pekerja/Pengedaran Notis Pas Pekerja (di Kolej Kediaman ke-12, 14 Mei 2015 dan di Bangunan Asia Eropah, 21 Mei 2015); Pemeriksaan Tapak Projek (di Bangunan Fakulti Pendidikan & FSKTM, 19 Sep 2105 dan Bangunan Tan Sri Azman Hashim, 6 Okt 2105) dan laporan bergambar telah disediakan. Maklumat tambahan yang sesuai perlu ditambah, seperti bilangan pekerja diperiksa, bilangan pekerja yang tidak ada pas pekerja dan tindakan yang telah diambil serta tindakan susulan yang telah diambil.

3. 7.1.4 - Environment for the operation of processes

3/14 INPUMA perlu menyediakan persekitaran yang sesuai untuk memastikan operasi dijalankan mengikut kepatuhan kepada produk/perkhidmatan. Pengurusan stor (housekeeping) boleh dipertingkatkan.

4. 9.1.3 - Analysis and evaluation

4/14 Pejabat Keselamatan boleh mempertingkatkan analisis terhadap data dan maklumat yang diperolehi dari pemantauan dan pengukuran. (1) Walaupun PTj berjaya memenuhi Objektif Kualiti No.1 - Mengurangkan kadar indeks jenayah di dalam kampus 5%, berdasarkan analisis jumlah jenayah mengikut kategori didapati kes kecurian di kolej kediaman menyumbangkan sebanyak 45% daripada jumlah keseluruhan kes jenayah di dalam kampus. Peratusan ini tidak berubah bagi sesi 2014/2015 dan 2015/2016. Didapati tiada analisis lanjutan kolej-kolej yang menyumbangkan kes-kes tertinggi dan perancangan khusus kepada kolej yang kerapkali menghadapi kes kecurian yang berulang. (2) Didapati bilangan responden yang menjawab kajian kepuasan pelanggan tahun 2016 adalah seramai 43 orang (40 pelajar; 1 akademik; 2 lain-lain). Walaupun mencapai target Objektif Kualiti; 75% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan (keputusan 87.8%), namun jumlah responden ini tidak relatif kepada keseluruhan warga Universiti Malaya. Dicadangkan kaedah bagi mendapatkan bilangan responden yang lebih munasabah ditambahbaik.

5. 8.2.2 - 5/14 Walaupun terdapat perancangan bagi menambahbaik penggunaan peralatan, IPPP (HIR Sentral) boleh

Page 14: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

12

PT04 - PENGURUSAN INFRASTRUKTUR DAN HARTA

Bil. Fasal Pemerhatian

Determining the requirements related to products and services

menambahbaik pelaksanaan proses untuk mencapai keperluan produk dan perkhidmatan. Terdapat lebih kurang 124 peralatan di Bangunan HIR. Berdasarkan buku log penggunaan dan senarai inventori, kebanyakkan daripada peralatan ini tidak digunakan sepenuhnya dengan kekerapan 1-4 purata pengguna sebulan bagi peralatan tertentu. Contoh:- (1) Single Molecule Real time DA Sequencing Instrument, Harga belian RM 3,480,000.00, dan purata pengguna adalah 2 orang sebulan (2) LC NMR/MSMS dan Fourier 300 MHz NMR, harga belian RM 6,450,000.00, dan purata pengguna adalah 1-2 orang sebulan

6. 7.5.3.1 - Control of documented information

6/14 UPUM tidak memastikan dokumentasi maklumat secara terkawal untuk digunakan, penyimpanan dan kawalan pemindaan. Rekod logbook dan penyelenggaraan kenderaan rasmi perlu diperbaiki.

7. 9.1.1 - General 7/14 IPPP (HIR Sentral) perlu menambahbaik keberkesanan sistem tempahan secara atas talian terutama bagi tempahan penggunaan peralatan yang telah dibatalkan tanpa alasan oleh pengguna melalui laman sawang ibshir.um.edu.my. Contoh:- (1) Pengguna: HSL tempahan 28-4-2017 08:00 Fast Protein Liquid Chromatography (FPLC ) (2) Pengguna: Admin HIR tempahan 28-4-2017 09:00 QuantStudio Real Time PCR

8. 8.5.2 - Identification and traceability

8/14 PASUM boleh menambahbaik proses pemantauan inventori. Tiga sampel nombor taging diambil daripada sistem aset yang digunapakai oleh PASUM: i) KUD0304FUR11265 - Sofa di Bilik Timbalan Pengarah ii) KUA0600COM00386 - Komputer di makmal komputer iii) KUA0600COM00271 - Komputer di bilik pensyarah (No. bilik 114) Semakan mendapati bahawa: - item (i) berada dalam keadaan baik di bilik Timbalan Pengarah. - item (ii) pula tidak dijumpai (gagal dicari) di makmal komputer - item (iii) tidak dapat disemak kerana bilik pensyarah berkenaan berkunci (pensyarah ada kelas).

9. 7.1.5 - Monitoring and measuring resources

9/14 Kolej Kediaman Kedua (KK2) boleh menambaik sistem pengurusan inventori dengan: (i) membuat senarai inventori bagi setiap bilik pelajar, (ii) memasukkan papan ping pong di Blok D dalam daftar inventori, (iii) membuat perancangan (gantt chart / timeline) dalam konteks penyediaan senarai inventori untuk setiap bilik pelajar.

10. 8.7 - Control of nonconforming outputs

10/14 Terdapat satu silinder gas bernombor UIG 12069 tanpa label, tidak berantai dalam keadaan usang dan tidak diketahui status pemilik serta penggunaannya, diletakkan di sebelah hose reel di laluan pintu masuk yang menghubungkan bilik rangkaian server dan bilik pelayan server bangunan PTM lama.

Page 15: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

13

PT04 - PENGURUSAN INFRASTRUKTUR DAN HARTA

Bil. Fasal Pemerhatian

11. 8.6 - Release of products and services

11/14 Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) boleh menambahbaik perlaksanaan perkhidmatan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Semakan ke atas rekod pencucian di salah sebuah tandas lelaki di Bangunan Baru FSSS (aras 4) mendapati pencucian telah dibuat dan ditandakan dalam Laporan Kad Pemeriksaan Tandas Bagi Kerja Harian sehingga 14 Mei 2017. Namun begitu, sesi audit ini dibuat pada 12 Mei 2017 tetapi rekod pencucian telah ditandakan sehingga 14 Mei 2017 dan tiada tandatangan pemeriksa (penyelia yang memantau) bagi bulan Mei 2017. Semakan dengan JPPHB telah dilakukan dan dimaklumkan bahawa J29 PTj perlu memantau pencucian di PTj masing-masing. J29 PTj perlu maklumkan kepada JPPHB sekiranya sebarang ketidakpatuhan dilakukan oleh tukang cuci/kontraktor.

12. 9.1.1 - General 12/14 Walaupun terdapat perancangan bagi menguruskan tempahan penginapan atas talian melalui laman sawang yang bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat, Rumah Antarabangsa UM perlu menambahbaik kaedah pemantauan yang lebih berkesan bagi - (a) memastikan tempoh penginapan penghuni-penghuni yang menginap mengikut tempoh sewaan, (b) kekosongan dan kebolehsediaan unit pada setiap blok untuk disewakan. Didapati kaedah kawalan semasa adalah berdasarkan ingatan kakitangan yang bertugas, rujukan / semakan rekod borang penggunaan tempahan pemohon dan kebergantungan kepada makluman daripada IPS bagi pelajar-pelajar yang telah tamat tempoh pengajian.

13. 9.1.1 - General 13/14 Fakulti Perubatan (NOCERAL) boleh mempertingkatkan kawalan terhadap aset yang berada di Jabatan dengan memastikan senarai aset terkini dikemaskini dan didaftarkan sepenuhnya di dalam sistem pengurusan aset Universiti Malaya.

14. 8.1 - Operational planning and control

14/14 Kerja-kerja pembersihan tanah untuk projek pembangunan Pusat Agrosains Universiti Malaya di Gemas telah dimulakan tanpa mendapat Kebenaran Merancang daripada Majlis Daerah Tampin. Permohonan Kebenaran Merancang (KM) ini memerlukan perlantikan perancang bandar bertauliah bagi penyediaan laporan cadangan pemajuan dan ini menyebabkan berlakunya kos tambahan dan kelewatan projek. Walaupun Fakulti Sains adalah pemilik projek, namun JPPHB bertanggungjawab untuk memberi nasihat teknikal tentang semua projek pembangunan milik Universiti Malaya, dan menguruskan perlantikan perunding. Proses perlantikan perunding hanya telah dimulakan pada Januari 2017 setelah mendapat teguran daripada pihak Majlis Daerah Tampin. Pada masa akan datang, JPPHB perlu mempunyai garis panduan yang jelas untuk merancang dan menguruskan aset UM, dan perlu berkomunikasi dengan jelas kepada warga UM untuk mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Page 16: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

14

PT05 - PENGURUSAN KEWANGAN

Bil. Fasal Pemerhatian

1. 5.1.2 - Customer focus

1/6 Ptj tidak memberi tumpuan terhadap kepuasan pelanggan. Keterangan yang tidak lengkap di dalam Makluman Pembayaran EFT (melalui email) yang dihantar kepada pelanggan, di mana dibahagian `Perihal/Pembekal/Description` hanya tertera tarikh sahaja tanpa maklumat tentang bayaran yang dibuat. Contoh Makluman Pembayaran EFT Melalui Email kepada Noor Sharoja Sapiei: Tarikh Inbois 16/6/2016; Inbois No. CNO-2016010020 ; Amoun RM957.15; Perihal/Pembekal/ Description: 20 Dec 2015 - 22 Dec 2015.

2. 8.2.2 - Determining the requirements related to products and services

2/6 PTj Kolej Kediaman (KK12) didapati lewat satu bulan untuk membuat pemeriksaan mengejut “Petty Cash" dalam tempoh 6 bulan seperti yang ditetapkan. Rujuk Arahan Perbendaharaan 309. PTj melakukan pemeriksaan mengejut pada 3 Oktober 2016 dan kemudian 2 Mei 2017 iaitu melepasi tempoh 6 bulan.

3. 8.2.3 - Review of requirements related to products and services

3/6 Pembukaan sistem e-procurement yang dibenarkan untuk ditutup di dalam masa yang terlalu singkat i.e. 1 hari akan memungkinkan keberkesanan sistem itu sendiri di mana di dalam masa yang singkat hanya syarikat2 tertentu sahaja yang akan mengambil bahagian dan akan memberi peluang kepada sistem tersebut di manipulasi untuk memberikan tender/kontrak kepada syarikat2 tertentu sahaja.

4. 8.4.1 - General 4/6 PTj tidak memastikan kawalan diadakan untuk memastikan kesan daripada perubahan yang tidak sepatutnya diberikan perhatian dan mengurangkan kesan yang tidak dikehendaki menurut keperluan Bukti: Urusan gaji diuruskan di BSM tetapi urusan bayaran pecah kontrak dan emolumen terlebih bayar di uruskan di Bendahari. Pihak Bendahari terpaksa menunggu arahan drpd BSM menyebabkan proses menjadi sangat lambat dan tidak efektif

5. 8.2.2 - Determining the requirements related to products and services

5/6 Proses Pendahuluan Diri Aktiviti (PAD) sediaada yang membolehkan proses ini disalahgunakan. Perincian diperlukan untuk memastikan aktiviti2 dikenalpasti dengan jelas dan jumlah siling maksimum hendaklah diberikan untuk PAD.

Page 17: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

15

PT05 - PENGURUSAN KEWANGAN

Bil. Fasal Pemerhatian

6. 6.2.1 - Quality objectives and planning to achieve them

6/6 Pengukuran bagi objektif kualiti PT05 (iv) yang dilakukan "Memastikan 95% permohonan perolehan yang lengkap diproses dalam tempoh maksima 21 hari bekerja." hanya mengambil kira permohonan perolehan yang diterima oleh Bahagian Perolehan sahaja. Sedangkan objektif kualiti ini seharusnya mengambil kira kesemua perolehan yang dilakukan bagi urusan kewangan di Universiti Malaya.

Page 18: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

16

PT07 - PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR

Bil. Fasal Pemerhatian

1. 7.5.3.2 - Control of documented information

1/2 Banyak ruang dalam Borang Aduan Kerosakan Kenderaan tidak diiisi maklumatnya oleh pengadu atau penerima aduan: (a) Masa aduan (b) Odometer (c) Minyak (Masa terima / Masa Serah) (d) Pengesahan Kerja / Kepuasan Pelanggan (e) Peralatan / Kelengkapan Kenderaan (f) Tandatangan Pengadu (e) Nama yang mengesahkan & tandatangannya

2. 5.3 - Organizational roles, responsibilities and authorities

2/2 PTj tidak memastikan tanggungjawab dan autoriti untuk memegang peranan dan melaksanakan tanggungjawab berkaitan sesuatu tugas disampaikan dengan jelas. Surat pelantikan En JY sebagai Pegawai Risiko Bahagian HEPA tidak disertakan dengan senarai tugas atau Terms of Reference (TOR) yang berkaitan

Page 19: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

17

PT08 - PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

Bil. Fasal Pemerhatian

1. 7.1.4 - Environment for the operation of processes

1/2 1. Lawatan ke bilik Koleksi Buku Arkib mendapati persekitarannya tidak kondusif sebagai arkib buku dengan ketiadaan kawalan terhadap suhu dan kelembapan. 2. Keadaan fizikal perpustakaan TJ Danaraj juga tidak berada di dalam keadaan yang baik, dan kerja-kerja menaiktaraf perpustakaan yang dijadualkan sejak tahun 2013 masih tidak dapat dilaksanakan disebabkan pelbagai kekangan masalah. Rak peralatan rangkaian diletakkan di sudut bersebelahan staf dan sering berlaku kebocoran sewaktu hujan di mana air hujan melimpah ke lantai berhampiran kawasan tersebut dan mungkin menyebabkan hazad kepada staf.

2. 7.1.5.1 - General 2/2 Di Galeri Seni didapati peralatan yang digunakan untuk menyukat suhu dan kelembapan tidak dapat dipantau fungsinya dengan berkesan. Terdapat alat eksternal dan higrometer yang digunakan untuk menyukat kelempapan dan suhu secara langsung, namun sistem yang digunakan berfungsi pada waktu malam yang memerlukan staf untuk berada di galeri pada waktu malam untuk mempastikan keberkesanan sistem tersebut.

Page 20: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

18

PT09 - PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

Bil. Fasal Pemerhatian

1. 5.3 - Organizational roles, responsibilities and authorities

1/2 "Terms of Reference" pegawai risiko dalam urusan kolej kediaman tidak difahami dan disedia dengan sempurna . Didapati Kolej 5, 6 dan 11 tidak menyediakan senarai tugas bagi pegawai risiko kolej masing-masing. Manakala, Kolej 1-4, 7-10 menyediakan senarai tugas tetapi tidak berlandaskan "Terms of Reference" yang disediakan QMEC.

2. 6.2 - Quality objectives and planning to achieve them

2/2 PTj tidak maklum kewujudan dua objektif kualiti, iaitu Objektif Kualiti Proses Teras Kolej Kediaman PT09 dan Objektif Kualiti PTj Bukan Akademik (KK2, KK4, KK6, KK8, KK11, KK12). PTj juga tidak maklum pindaan Objektif Kualiti PTj Bukan Akademik telah dikemaskini dilaman web QMEC.

Page 21: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

19

PT10 - PENGURUSAN PERKHIDMATAN SUKAN/KEBUDAYAAN

Bil. Fasal Pemerhatian

1. 7.5.2 - Creating and updating

1/5 PTJ tidak mengawal rekod yang diwujudkan sebagai bukti keakuran kepada keperluan dan perlaksanaan yang berkesan. Contoh: Sistem Fail yang tidak sempurna dimana fail hanya dilebalkan sebagai - Futsal IPT 2016 - Karnival Sukan Maksum 2016 - Sukan air MASUM 2017 - Sukan Mahsiswa Univesiti Malaya 2016 (SUKMUM)

2. 7.5.3.2 - Control of documented information

2/5 PTJ tidak memastikan perubahan kepada Arahan Kerja adalah penting bagi memastikan perkhidmatan dapat dijalankan secara berkesan dan terkawal. Contoh: - UM-PT10-PK02-AK003 mengenai tempahan kemudahan sukan yang kini telah dijalankan di dalam sistem maka maklumat di dalam AK tersebut tidak lagi digunapakai dan AK ini dikemaskini pada 8/6/2012 sahaja. - UM-PT10-PK02-AK006 mengenai Permohonan pembiayaan Program Sukan juga dilakukan melalui sistem dan tiadanya keperluan pengeluaran cek dan sebagainya.

3. 8.5.1 - Control of production and service provision

3/5 PTJ tidak memastikan kawalan pengeluaran dan penyediaan perkhidmatan disediakan dengan sempurna. Contoh: - Terdapatnya 3 borang yang telah direkod dalam UM-PT10-PK02-AK004 untuk Pinjaman dan Pemulangan Peralatan Sukan namun begitu hanya satu borang sahaja yang diguna pakai iaitu Borang Pinjaman Peralatan Sukan (Staf dan Pelajar) UM-PT10-PK02-BR010. Perbezaan setiap borang ini adalah tempoh pinjamannya iaitu jangka pendek atau panjang dan perbezaan warna. Borang tersebut telah dilebalkan dengan salah dan kedua borang lain tidak digunakan langsung iaitu borang UM-PT10-PK02-BR009 bagi borang peralatan sukan (pelajar) dan Borang UM-PT10-PK02-BR012 bagi borang Pinjaman Pealatan Sukan (Staf). Sehubungan dengan itu kesalahan penggunaan borang ini akan menjejaskan status pinjaman peralatan sukan tersebut iaitu jangka pendek dan panjang dan syarat pinjaman juga tidak dinyatakan dengan jelas dalam borang tersebut.

4. 8.5.1 - Control of production and service provision

4/5 PTJ tidak memastikan kawalan pengeluaran dan penyediaan perkhidmatan disediakan dengan sempurna. Borang pinjaman peralatan muzik / Kostum /Props Pusat Kebudayaan Universiti Malaya yang tidak lengkap diisi oleh peminjam dan tiadanya surat peringatan dan pemantau dilaksanakan apabila peminjam lewat pulang seperti dalam UM-PT10-PK01-AK004. Contoh: - Borang IM yang meminjam pada 24/6/2016 dan sepatutnya dipulangkan pada 6/6/2016 tetapi dipulangkan hanya pada 14/6/2016. - Borang NFIS yang sepatutnya dipualngkan pada 15/11/2016 tetapi hanya dipulangkan pada 28/11/2016 - Borang NNB yang sepatutnya dipulangkan pada12/12/2016 tetapi dipulangkan pada 15/12/2016 - Borang NNB sepatutnya dipulangkan pada 15/3/2017 tetapi hanya dipulangkan pada 21/3/2017 - Borang IHA yang dipinjam pada 10/4/2017 tetapi tiadanya tarikh sepatutnya dipulangkan dan hanya dipulangkan pada 8/5/2017

Page 22: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

20

PT10 - PENGURUSAN PERKHIDMATAN SUKAN/KEBUDAYAAN

Bil. Fasal Pemerhatian

5. 9.1.3 - Analysis and evaluation

5/5 PTJ tidak memastikan analisa dan penilaian dibuat dengan sempurna. Contoh: - UM.X.400/5 Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan telah dilaksnakan, namun begitu kajian terpinci mengenai soal selidik ini tidak dijalankan dengan sempurna dan tiadanya cadangan dan langkah yang perlu diambil selanjutnya untuk kajian ini. Dengan ini penambahbaikan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Page 23: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

21

LAMPIRAN 2

AUDIT KUALITI DALAMAN UM BIL. 18/2017 (NOTA AMALAN POSITIF)

Bil. PTj Penemuan

1 FAKULTI EKONOMI & PENTADBIRAN

Tindakan Pemantauan Remedial Action Plan (RAP) diambil untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah-masalah dalam pengajian seperti masalah kesihatan, masalah peribadi dsb seperti masalah yang dihadapi oleh pelajar ANAKK yang menghadapi masalah psikologi telah dipantau dan berjaya meningkatkan PNGK keputusan peperiksaannya.

2 FAKULTI

KEJURUTERAAN

Prosedur tuntutan bayaran yang sistematik dilaksanakan oleh pihak ptj. Pihak ptj telah menyediakan borang-borang berikut untuk kegunaan dan kelulusan di peringkat ptj sebelum di hantar kepada Bendahari: 1) Senarai semak untuk semua jenis perolehan dan tuntutan disediakan oleh ptj 2) Borang permohonan diperigkat ptj - dimana pembantu tadbir yang memproses borang tuntutan akan mengisi borang permohonan ini dan akan mendapat kelulusan ketua jabatan, timbalan dekan ijazah dasar atau ijazah tinggi terlebih dahulu sebelum diluluskan oleh dekan ptj. Borang yang telah diluluskan oleh dekan ptj akan disemak oleh pembantu tadbir yang lain sebelum di hantar kepada Bendahari.

3 FAKULTI

PENDIDIKAN

Kad tahniah diberi kepada pelajar-pelajar yang berjaya keluar dari senarai pelajar di bawah pemerhatian. Cara ini berfungsi untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran. Contohnya, kes MO (PET120703), CPY (PEC140003), FBB (PEC130004) dan FNMP (PEK130004) (Sem 1, 2016/2017).

4 FAKULTI

PERGIGIAN

Terdapat empat makmal penyelidikan di Fakulti Pergigian ( Postgraduate and Research Tower): Biomaterial Research Laboratory, Craniofacial & Molecular Biology Research Laboratory, Oral Pathology Diagnostic and Research Laboratory, Research & Diagnostic Laboratory (RDL). Terdapat kerjasama di antara makmal-makmal ini dari segi perkongsian bahan kimia, peralatan dan perkhidmatan. Langkah gunasama bahan dan peralatan ini boleh menjimatkan kos penyelidikan dan juga memaksimakan penggunaan peralatan.

5 FAKULTI

PERUBATAN

Fakulti Perubatan amat berkeprihatinan terhadap kebajikan pelajar dan telah melancarkan Projek Kebajikan Pelajar Fakulti Perubatan untuk membantu pelajar miskin/yatim semasa berada di fakulti dari segi bantuan kewangan. Dana Tabung Kebajikan Fakulti Perubatan dikumpulkan dari sumbangan/derma daripada badan bukan kerajaan, agensi swasta serta

Page 24: LAPORAN AUDIT KUALITI DALAMAN BIL. 18/2017 Bil_19_2017/5_(c)Buku 3... · kertas soalan peperiksaan ... bahawa kuliah TBEP 3152 dilaksanakan selama 1.5 jam x 13 minggu. ... 3.67),

22

Bil. PTj Penemuan

individu (termasuk staf akademik, kawan dan saudara mara staf akademik, alumni); dari hasil jualan barangan terpakai atau yang dilupuskan. Pihak fakulti telah mengenalpasti pelajar yang miskin/yatim melalui soal-selidik kemampuan latarbelakang pelajar yang disahkan melalui temuduga. Bantuan kewangan adalah dalam bentuk pembiayaian hidangan makanan, duit poket, ataupun/dan yuran. Selain itu, fakulti juga bantu mendapatkan bantuan biasiswa. Keperluan bantuan untuk pelajar disemak dari masa ke semasa. Berdasarkan analisa serta komen-komen daripada audit tahun lepas, Fakulti Perubatan telah membuat perancangan serta menjalankan pemantauan yang lebih rapi terhadap pengurusan makmal secara holistik dengan audit makmal penyelidikan di bawah pentadbiran pusat serta makmal di Jabatan. Pengauditan tersebut melibatkan beberapa aspek seperti - (1) Pengurusan Makmal (termasuk governance/line of authority, pelantikan serta TOR lantikan, verifikasi kekompetenan staf, penyediaan SOP, keperluan kalibrasi, penetapan indikator kualiti, pengurusan kewangan dalam tabung makmal pusat); (2) Perkhidmatan (kekompetan khusus yang diperlukan, penentuan caj perkhidmatan, proses pembayaran dan caj); (3) Risk Identification (termasuk pelan mitigasi, keberkesanan aktiviti QA); (4) Keselamatan Makmal; (5) Aktiviti Penambahbaikan Proses/Kualiti. Laporan akhir keputusan audit makmal akan dibentangkan kepada pengurusan fakulti.

6 PERPUSTAKAAN

Perpustakaan telah menjalankan projek untuk mengemaskini koleksi buku-buku lama agar berada dalam keadaan yang baik dan sistematik agar dapat dijadikan rujukan pada masa hadapan. Contoh: Perpustakaan Ahmad Ibrahim. Projek-projek penambahbaikan yang lain juga sedang giat dilaksanakan.