laporan bergambar aktiviti gotong-royong...
TRANSCRIPT
LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG “MENCEGAH NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI”
ANJURAN KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) JALAN H DAN K, PRESINT 11
DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERWAKILAN KESEJAHTERAAN BANDAR (MPKB) SUB ZON B DAN PEJABAT KESIHATAN PUTRAJAYA
7 APRIL 2012 (SABTU) SEKITAR JALAN P11 K/1 HINGGA JALAN P11 K/13,
PRESINT 11, PUTRAJAYA
1. Pengenalan
1.1. Berdasarkan sebaran am melalui media massa dan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Putrajaya didapati kes demam denggi semakin meningkat dari semasa ke semasa dan Presint 11 mencatat peningkatan kes yang ketara. Berdasarkan maklumat tersebut timbul kesedaran di kalangan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan H dan K, Presint 11 untuk menganjurkan aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua penduduk.
1.2. Ketetapan telah diambil untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong ini dengan kerjasama Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) Sub Zon B dan Pejabat Kesihatan Putrajaya pada 7 April 2012 bersamaan hari Sabtu mulai jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi di sekitar Jalan P11 K/1 hingga Jalan P11 K/13.
2. Pelaksanaan 2.1 Gerak kerja yang dilaksanakan dalam aktiviti gotong-royong ini ialah:
a) Penduduk lelaki (dewasa dan remaja) berkumpul di Rumah Komuniti. Dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan bergerak ke semua Jalan K. Meronda di bahagian depan dan belakang rumah untuk mengutip sebarang benda atau objek yang tidak diperlukan lagi oleh tuan rumah tetapi dipercayai boleh menakung air tempat nyamuk membiak akan dikumpulkan di suatu tempat untuk dibuang. Di samping itu, memantau di kawasan sekitar jika terdapat tempat atau bekas yang boleh menakung air dan dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk, hendaklah dilaporkan kepada urusetia.
b) Kaum ibu dan remaja perempuan pula diminta membuat pemeriksaan di dalam rumah masing-masing bagi memastikan tidak terdapat sebarang bekas yang boleh menyebabkan nyamuk membiak.
Barangan yang tidak diperlukan lagi perlu diletakkan di tempat pembuangan sampah dan akan dikutip oleh peserta gotong-royong untuk dikumpulkan setempat.
3. Tindakan Susulan
3.1 KRT akan mengambil langkah susulan dengan membuat laporan secara
rasmi kepada pihak yang berkaitan supaya mengambil langkah yang
sewajarnya bagi mengelakkan nyamuk aedes terus membiak di kawasan
Jalan H dan K, Presint 11.
4. Penghargaan
4.1 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan H dan K, Presint 11 ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Ia ditujukan kepada:
a) Pejabat Kesihatan Putrajaya; b) Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) Sub Zon B; c) Semua penduduk yang terlibat.
“MENCEGAH DENGGI, TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
Laporan disediakan oleh;
Azmi bin Alang Ahmad Pengerusi KRT Jalan H dan K Presint 11 Merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) Subzon B Putrajaya
Sebahagian daripada
penduduk yang khusyuk
mendengar taklimat yang
disampaikan. Ada juga yang
membawa anak untuk turut
serta termasuk juga beberapa
remaja yang merupakan ahli
Jiran Muda.
Terpaksalah berdiri di seberang jalan yang agak teduh
sedikit. Maklumlah Rumah Komuniti kecil dan tidak
menampung jumlah kehadiran yang ramai…
En. Imran dari Pejabat
Kesihatan Putrajaya telah
menyampaikan taklimat
ringkas tentang bahaya
penyakit demam denggi,
evolusi nyamuk aedes dan
langkah pencegahan yang
perlu dilakukan bagi
mengelakkan penyakit ini dari
terus merebak.
Walaupun hari cuti sudi juga En. Imran bin Azra’ai,
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran telah datang
memberikan taklimat kepada penduduk. Banyak juga
maklumat berguna yang boleh dikongsi bersama…
Sebahagian lagi penduduk
yang turut serta yang dikenali
datang dari Jalan K/7 dan
K/10.
Penduduk yang sama tetapi
diambil dari sudut yang
berbeza. Syukurlah kehadiran
mereka telah dapat
menjayakan aktiviti gotong-
royong ini. Semangat
kesukarelawanan mereka
patut dicontohi kerana boleh
menyelamatkan nyawa.
Amboi! Sahabat kita ni, kedua-duanya mendengar
dengan penuh minat sambil berpeluk tubuh…
Walaupun masing-masing ada hal yang perlu
dilaksanakan pada hari Sabtu ni namun sanggup datang
dulu bergotong-royong dulu, terima kasih semua…
Sebahagian dari bunting yang
dipasang oleh petugas
Pejabat Kesihatan untuk
memberikan maklumat dan
pengetahuan tentang demam
denggi. Di belakang bunting
ada meja Pejabat Kesihatan
yang menyediakan risalah
denggi dan borang peraduan
yang menyediakan hadiah
kepada kanak-kanak yang
turut hadir.
Amboi! sahabat kita En. Husini siap berjaket SRS lagi,
memang semangat habis…
Berdasarkan pemantauan
yang dibuat semasa gotong-
royong ini, terdapat peserta
Kebun Komuniti yang
mengumpulkan botol kosong
untuk menakung air hujan.
Botol tersebut tidak ditutup
rapi maka boleh menjadi
tempat nyamuk membiak.
Oleh kerana pengusaha
kebun tidak turut serta
bergotong-royong maka
petugas membuang semua air
yang bertakung.
Botol tersebut dikumpulkan di
suatu tempat untuk dibuang.
Selepas ini, satu perjumpaan
dengan pengusaha kebun ini
akan dibuat supaya mereka
mengikut cara pengairan yang
betul bagi mengelakkan
tempat pembiakan nyamuk.
En. Zalazfian beserta dua petugas Pejabat Kesihatan sibuk
membuang air yang bertakung…
Selain botol kecil, tong dan
botol besar digunakan untuk
menakung air hujan. Petugas
mengutipnya dari kebun dan
dikumpukan setempat.
Selain itu, terdapat juga
plastik yang digunakan untuk
membalut buah-buahan tetapi
plastik itu tidak ditebuk yang
boleh menyebabkan air
bertakung.
Kelihatan plastik yang
digunakan jenis tebal dan
tidak mudah pecah. Jika tidak
ditebuk maka air boleh
bertakung dalam jangka masa
yang lama maka mudahlah
nyamuk membiak.
Tanpa disedari pekebun
mahukan supaya buah-
buahannya subur dan tidak
mudah rosak sebaliknya
perbuatannya boleh
menyebabkan nyamuk aedes
membiak dan mengancam
nyawa penduduk.
Sebahagian daripada botol dan palstik yang telah
dikumpul untuk dibuang…
Di kebun sebelah lebih
banyak bekas air yang
dijumpai. Semasa membuat
pemeriksaan di sini memang
banyak nyamuk yang
berterbangan dan menggigit
petugas gotong-royong.
Botol dan bekas air ini
dipercayai dikutip dari rumah
penduduk. Walaupun
terdapat botol yang ditutup
namun jelas kelihatan masih
banyak botol yang dibiarkan
terbuka bertujuan untuk
menakung air hujan.
Oleh kerana pengusaha
kebun tiada maka terpaksalah
petugas gotong-royong
memecah dan mengumpulkan
botol tersebut untuk dibuang.
Patutlah penduduk merungut
banyak nyamuk di surau An
Nur (bersetentang dengan
kebun) rupa-rupaya banyak
takungan air berdekatan.
Lihatlah betapa banyaknya
botol dan bekas plastik yang
dikumpulkan. Tong sampah
besar milik Alam Flora pun tak
muat.
Hasil pemantauan juga
didapati kesemua kotak atau
lubang inspection chamber
milik SYABAS dari Jalan K/1
hingga K/13 digenangi air
jernih yang dalamnya separas
lutut dipercayai boleh menjadi
tempat pembiakan nyamuk
aedes.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Asri Him (berdiri),
Imam Masjid Tuanku Mizan kerana telah memaklumkan
kepada urusetia dan Pegawai Kesihatan (En. Rozaimi)
terdapat banyak air bertakung dalam lubang ini…
Jika kotak pemeriksaan ini
tidak disenggara dengan betul
dengan membuang air yang
bertakung secara kerap tentu
menjadi tempat yang paling
strategik nyamuk membiak.
Apatah lagi nyamuk aedes
yang sukakan air jernih.
Pegawai Kesihatan berkata
jumlah air itu cukup banyak
sehingga ikan juga boleh
diternak di situ. Oleh itu,
pihak SYABAS perlu
dimaklumkan tentang masalah
tersebut. Penduduk juga
perlu memerhatikan sekitar
kawasan rumah mereka
mungkin ada tempat lain air
boleh bertakung dan
membiakkan nyamuk.
Selain untuk mencantikkan
kawasan persekitaran rumah,
pasu bunga juga boleh
menjadi sarang nyamuk jika
sekiranya tanah dalam pasu
itu menjadi keras dan
menyebabkan air bertakung.
Oleh itu, penduduk mesti
selalu memeriksa pasu bunga
di sekeliling mereka dan
pastikan air tidak bertakung.
Tanah dalam pasu hendaklah
selalu digembur.
“MENCEGAH DENGGI, TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
Dalam longkang ini didapati
air bertakung kerana paras
simennya (gradient) tidak
sekata menyebabkan lubang
terbentuk. Semasa
pemerhatian didapati ada
beberapa ekor jentik-jentik
hidup.