laporan berhubung kerosakan siling masjid ump pekan mpp 2012/2013
DESCRIPTION
Reference only.. Knowledge for sharingTRANSCRIPT
1.0 Laporan penuh isu kebocoran syiling masjid Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2012/2013.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memohon supaya syiling masjid Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Kampus Pekan terletak di Aras 2 Pusat Aktiviti Pelajar dapat dibaik pulih segara untuk menggelakkan
sebarang kemalangan jiwa daripada berlaku. Jika diteliti berdasarkan gambar yang disertakan
bersama hasil lawatan MPP ke tempat kejadian,syiling masjid ini jelas hanya menuggu masa untuk
runtuh.Masjid di UMP Pekan merupakan tempat solat utama selain aktiviti kerohanian yang
lain.Malah,masjid ini turut dijadikan tempat forum seperti Bicara Isu Kampus KK5 yang berlangsung
pada akhir December lepas serta tempat diskusi ilmiah. Kapasiti masjid yang boleh menampung
ratusan orang serta suasana yang ideal menjadi faktor utama lokasi mulia ini menjadi pilihan
mahasiswa yang menetap di kampus Pekan untuk menjalankan pelbagai aktiviti.
Hal ini dipercayai bermula apabila kerja pemasangan pendingin hawa bermula pada September 2012
lepas. Disebabkan kelewatan projek ini,perlbagai masalah lain timbul seperti kebocoran.
Selain kebocoran berpunca dari ruang pendingin hawa,kemunculan fungi telah mencacatkan
pemandangan masjid UMP Pekan.
Tompokan kesan kehadiran fungi/lumut di bahagian solat siswi disebabkan kebocoran yang berlaku.
Tompokan kesan kehadiran fungi/lumut di bahagian hadapan masjid berhampiran lif disebabkan
kebocoran yang berlaku.
Gambar ini jelas membuktikan kerja pemasangan pendingin hawa yang lewat menjadi salah satu
punca kepada permasalahan ini. ( Air hujan memasuki ruang pendingin hawa yang masih belum siap
sepenuhnya)
Solusi yang dicadangkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) :
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mahu pihak kontraktor yang memasang pendingin hawa di
masjid UMP Pekan mempercepatkan proses pemasangan supaya kebocoran yang berlaku
tidak menjadi kritikal.
Kerja baik pulih syiling yang telah runtuh hendaklah disegerakan supaya ianya tidak
mencacatkan pemandangan seterusnya memberi gambaran negatif kepada jemaah masjid
yang hadir terutamanya ketika solat Jumaat.