laporan bina insan guru (benchmarking)

10
LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 5 / 2015 LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) FOON YEW 2, JALAN TASEK UTARA, 80100 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM. Pada tarikh 26 Februari 2015 yang lalu, para pelatih guru dari 5 PISMP TESL 3 Ambilan Januari 2013 dibawah kelolaan Unit GERKO telah menganjurkan satu lawatan penanda aras ke Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Johor Bahru, Johor. Lawatan penanda aras ini dianjurkan adalah bagi memenuhi satu daripada tugasan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 tahun 2015 dan disamping itu, ianya adalah untuk memberi pendedahan dan menjadi landasan terbaik bagi memberi ruang dan peluang kepada para pelatih guru untuk memperoleh dan memantapkan pengetahuan mereka dalam ilmu berkaitan pengurusan professional. Selain itu, para pelatih guru juga berpeluang untuk menimba ilmu hasil daripada perkongsian maklumat yang menarik lagi berguna dari pihak sekolah. Program ini disertai oleh kesemua pelatih guru 5PISMP TESL 3 Ambilan Januari 2013 seramai 22 orang bersama mentor , Cik Marina Binti A. Majid. Sebelum bermulanya lawatan penanda aras ini, para pelatih guru telah berkumpul dihadapan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), IPGKTI untuk menaiki bas ke Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Johor Bahru, Johor. Sebelum bergerak, taklimat ringkas telah disampaikan oleh saudara Pengerusi Majlis, Muhammad Sholihin Bin Kamari. Tepat jam

Upload: noura

Post on 09-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Bina Insan Guru (Benchmarking)

LAPORAN BINA INSAN GURU

FASA 5 / 2015

LAWATAN PENANDA ARAS KE

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) FOON YEW 2,

JALAN TASEK UTARA, 80100 JOHOR BAHRU,

JOHOR DARUL TAKZIM.

Pada tarikh 26 Februari 2015 yang lalu, para pelatih guru dari 5 PISMP TESL 3 Ambilan

Januari 2013 dibawah kelolaan Unit GERKO telah menganjurkan satu lawatan penanda aras ke

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Johor Bahru, Johor. Lawatan penanda aras ini

dianjurkan adalah bagi memenuhi satu daripada tugasan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa

5 tahun 2015 dan disamping itu, ianya adalah untuk memberi pendedahan dan menjadi

landasan terbaik bagi memberi ruang dan peluang kepada para pelatih guru untuk memperoleh

dan memantapkan pengetahuan mereka dalam ilmu berkaitan pengurusan professional. Selain

itu, para pelatih guru juga berpeluang untuk menimba ilmu hasil daripada perkongsian

maklumat yang menarik lagi berguna dari pihak sekolah. Program ini disertai oleh kesemua

pelatih guru 5PISMP TESL 3 Ambilan Januari 2013 seramai 22 orang bersama mentor , Cik

Marina Binti A. Majid.

Sebelum bermulanya lawatan penanda aras ini, para pelatih guru telah berkumpul

dihadapan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), IPGKTI untuk menaiki bas ke Sekolah Jenis

Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Johor Bahru, Johor. Sebelum bergerak, taklimat ringkas telah

disampaikan oleh saudara Pengerusi Majlis, Muhammad Sholihin Bin Kamari. Tepat jam 7.45

pagi, bas mula bertolak ke Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon yew 2, Johor Bahru, Johor.

Sebaik sahaja tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew, Johor Bahru, Johor,

para pelatih guru 5 PISMP TESL 3 dan mentor, Cik Marina Binti A. Majid telah disambut mesra

oleh guru bertugas, Puan Mashitah selaku guru cemerlang Bahasa Melayu. Selain beliau, ahli

rombongan lawatan penanda aras ini juga disambut oleh bekas pelatih guru, IPGKTI iaitu Cik

Tan Si Ting yang kini mengajar di sekolah tersebut sebagai guru pemulihan dan juga guru GPK

HEM, Puan Lim Ah Lan.

Sebaik sahaja selesai sesi suai kenal bersama wakil guru- guru ini, program diteruskan

dengan bacaan doa oleh wakil guru pelatih dan ucapan ringkas dari kedua- dua wakil

Page 2: Laporan Bina Insan Guru (Benchmarking)

rombongan dari IPGKTI dan wakil dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Johor

Bahru, Johor. Seterusnya, saudara Pengerusi Program, Muhammad Sholihin Bin Kamari telah

memberikan sedikit taklimat ringkas kepada para pelatih guru dan disambung sedikit

taklimatnya oleh Puan Mashitah selaku guru yang ditugaskan untuk mengiring ahli rombongan

lawatan sepanjang program lawatan penanda aras ini berlangsung.

Program lawatan penanda aras ini dimulakan dengan sesi melawat ke kawasan-

kawasan sekolah dan melihat infrastruktur- infrastruktur yang disediakan di Sekolah Jenis

Kebangsaan (C) Foon Yew 2. Sepanjang sesi melawat sekolah ini, Puan Mashitah telah

memberikan penerangan terperinci mengenai setiap kemudahan, infrastruktur, aktiviti- aktiviti

kokurikulum dan kurikulum serta pencapaian yang telah dicapai di Sekolah Jenis Kebangsaan

(C) Foon Yew 2.

Selepas berakhir sesi melawat ke sekitar kawasan sekolah, para pelatih guru dan

mentor di jemput ke bilik gerakan untuk sesi minum pagi dan sesi ceramah bersama guru

cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Puan Mashitah, guru cemerlang

Bahasa Melayu. Sebelum sesi ceramah bermula, GPK 1 iaitu Encik Chong Su Min telah

memberikan ucapan kata alu- aluan kepada rombongan IPGM Kampus Temenggong Ibrahim,

Johor atas lawatan penanda aras yang dilakukan disekolah ini. Dengan berakhinya sesi ucapan

dari GPK 1, sesi ceramah bersama Puan Mashitah dimulakan. Dalam sesi ceramah ini, beliau

telah membentangkan pembentangan beliau mengenai pencapaian akademik dan kokurikulum

sekolah, organisasi sekolah, penglibatan sekolah dalam program jaringan antara sekolah lain

dan program jalinan antara institusi- institusi. Seterusnya, beliau telah berkongsi pengalaman

beliau ketika beliau mula mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2 dan rintangan

yang perlu dihadapi apabila ditempatkan untuk mengajar di sekolah yang majoritinya murid

berbangsa cina. Seterusya, beliau berkongsi ilmu yang berguna kepada para pelatih guru untuk

dijadikan panduan kepada para pelatih guru. Seterusnya, sesi soal jawab antara para pelatih

guru dan pihak sekolah. Soalan yang telah diutarakan dijawab sepenuhnya oleh Puan Mashitah

dan juga GPK HEM, Puan Lim Ah Lan.

Dengan berakhirnya sesi ceramah dan sesi soal jawab, program diteruskan lagi dengan

sesi penyerahan cenderamata kepada pihak sekolah oleh Cik Marina Binti A. Majid selaku

mentor 5 PISMP TESL 3 dengan diiringi oleh Pengerusi Program, saudara Muhammad Sholihin

Bin Kamari. Seterusnya, penyerahan cenderamata dari pihak sekolah kepada pihak IPGM

Kampus Temenggong Ibrahim, Johor oleh GPK HEM, Puan Lim Ah Lan. Program diteruskan

Page 3: Laporan Bina Insan Guru (Benchmarking)

lagi dengan ucapan dari wakil pelatih guru yang disampaikan oleh Pengerusi Program, saudara

Muhammad Sholihin Bin Kamari. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian dan

layanan baik yang diberikan oleh pihak sekolah kepada para rombongan IPGM Kampus

Temenggong Ibrahim. Dengan berakhirnya ucapan dari saudara Pengerusi Program, sesi

beramah mesra dan sesi fotografi dijalankan sebelum bersurai.

Dengan berakhirnya sesi fotografi, maka berakhir lawatan penanda aras ke Sekolah

Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Johor Bahru, Johor bagi program Bina Insan Guru Fasa 5

tahun 2015. Para pelatih guru mula bertolak pulang ke IPGM Kampus Temenggong Ibrahim,

Johor pada jam 1.30 petang.

Page 4: Laporan Bina Insan Guru (Benchmarking)

SWOT 1: BENCHMARKING

KEKUATAN

(STRENGTH)

Memberi pendedahan kepada guru pelatih akan ciri- ciri sekolah

berprestasi cemerlang.

Para guru pelatih didedahkan tentang sekolah abad 21.

Menjalin dan mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim.

Memberi semangat kepada guru pelatih akan suasana disekolah

ketika berpraktikum.

Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru pelatih dengan guru

dan juga pensyarah pembimbing.

Membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

KELEMAHAN

(WEAKNESS)

Disiplin guru pelatih yang masih tidak sempurna.

Sifat malu untuk bertanya dalam kalangan guru pelatih.

Tidak berkesempatan untuk melihat cara guru disekolah tersebut

mengajar dengan menggunakan alat multimedia yang canggih yang

telah disediakan.

PELUANG

(OPPORTUNITIES)

Dapat berinteraksi bersama guru cemerlang dan pihak pentadbir

sekolah dan berkongsi pengalaman mereka bersama pelajar.

Dapat mengenalpasti ciri-ciri sekolah berprestasi cemerlang dan

sekolah abad 21 yang pastinya bermanfaat kepada pelajar di masa

hadapan.

Berinteraksi bersama pelajar dan mendapatkan pendapat mereka

tentang sekolah.

Mendapatkan nasihat daripada guru dan pihak pentadbir mengenai

disiplin dan cara mengawal pelajar dan pengajaran.

Guru cemerlang menceritakan pengalaman beliau mengajar di

sekolah yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa

pengantar.

BAHAYA

(THREAT)

Para guru pelatih berlegar di sekitar kawasan sekolah dan

menganggu fokus murid- murid dan sesi Pengajaran dan

Page 5: Laporan Bina Insan Guru (Benchmarking)

Pembelajaran (PdP) guru di sana.

Murid- murid berlari sewaktu pertukaran kelas di tangga.

Page 6: Laporan Bina Insan Guru (Benchmarking)

REFLEKSI

Pada 26 Februari 2015 yang lalu, para pelatih guru dari 5 PISMP TESL 3 bersama

mentor, Cik Marina Binti A. Majid telah menjalankan satu program lawatan penanda aras ke

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Johor Bahru, Johor. Lawatan penanda aras ini

merupakan salah satu tugasan program Bina Insan Guru Fasa 5 tahun 2015. Lawatan ini

merupakan program jalinan antara IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor dengan

kerjasama Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2, Johor Bahru, Johor.

Sepanjang lawatan ini berlangsung, kami berpeluang untuk melihat sendiri kecanggihan

infrastruktur yang terdapat di sekolah ini. Sekolah ini merupakan salah satu contoh sekolah

yang mengamalkan sistem pembelajaran alaf ke 21. Selain itu, kami berkesempatan untuk

melihat sendiri guru- guru disekolah ini menggunakan alat multimedia yang canggih lagi terkini

yang telah disediakan dalam sesi pengajaran mereka. Kami berasa sangat terpegun dan teruja

kerana tidak semua sekolah mempunyai kemudahan seperti ini. Selain itu, suasana disekolah

ini amat bersih, tersusun, kemas dan ceria. Gurunya juga ramah walaupun majoriti disekolah ini

berbangsa cina. Guru iringan yang membantu kami sepanjang lawatan ini iaitu Puan Mashitah

amat membantu kami. Beliau telah memberikan penerangan yang terperinci mengenai sekolah

ini dan setiap pencapaian cemerlang yang dicapai oleh sekolah ini. Beliau sendiri juga

merupakan guru cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu di sekolah ini.

Antara manfaat yang dapat diperolehi daripada lawatan penanda aras ini ialah para guru

pelatih dapat melihat sendiri keadaan sekolah jenis kebangsaan yang jarang sekali dilihat.

Selain itu, para pelatih guru dapat melihat budaya sekolah jenis kebangsaan yang amatlah

berbeza dengan sekolah kebangsaan biasa. Guru dan pelajarnya sendiri fokus ketika sesi PdP

berlangsung. Apa yang dapat dilihat, para pelajarnya dan gurunya tidak terganggu dengan

kehadiran para pelatih guru apabila Puan Mashitah membawa para pelatih guru meronda

melihat ke kelas- kelas dan kawasan sekitarnya. Selain itu, guru-gurunya amat berdedikasi dan

fokus dalam menghasilkan pelajarnya yang cemerlang. Buktinya, sekolah ini berjaya meraih

banyak pencapaian yang cemerlang dari segi akademik mahupun kokurikulumnya. Malah,

pelajarnya sangat aktif bilamana ketika rombongan kami sampai, para pelajarnya sedang

berlatih persembahan tarian untuk dipersembahkan ke Australia sebagai wakil dari Malaysia.

Page 7: Laporan Bina Insan Guru (Benchmarking)

Selain itu, penglibatan PIBG sangat aktif dan mereka sanggup memberi sumbangan dari segi

kewangan untuk sekolah ini.

Kelemahan yang dapat saya katakan dari lawatan ini ialah tiadanya aktiviti yang

melibatkan interaksi bersama pelajar. Kami tidak berkesempatan untuk berinteraksi antara

mereka dan mengenali pelajar yang berlainan bangsa.

Secara keseluruhan, lawatan ini telah membuka mata dan minda kami yang kejayaan

sesebuah sekolah itu bukan dapat dibina hanya sekelip mata. Usaha dari guru- guru, pihak

pentadbiran sekolah, dan para pelajar memainkan peranan penting dalam mencipta kejayaan

disamping pengorbanan dan kerjasama ibu bapa. Akhir kata, setiap orang perlulah memainkan

peranannya dalam memastikan kejayaan yang dicapai dapat dikekalkan.