laporan biro persiapan padang & tempat

3
LAPORAN BIRO PERSIAPAN PADANG & TEMPAT Ketua Biro : ANNY TANG SIEW UNG Ahli Biro : HEW CHOO YEE LEE PHUI LING ONG SIEW YEE WONG SIEW JIUN LAPORAN SEBELUM Selepas kumpulan PISMP PJ C dilantik untuk biro persiapan tempat, kami lima dipilih untuk memegang jawatankuasa persiapan padang dan tempat ini. Kami dimaklumkan bahawa arahan bagi bidang tugas akan diberi selepas perbincangan AJK induk. Dalam perbincangan mesyuarat, kami diagihkan tugas yang pertama iaitu penyediaan trek padang. Sebelum kami mengambil sebarang tindakan dan keputusan, kami berjumpa dengan pensyarah-pensyarah yang bertangggungjawab untuk mendapatkan arahan dan panduan untuk kerja-kerja melukis trek padang khasnya ukuran pelan trek yang tepat dan betul. Kami juga menjalankan senarai semak bagi peralatan yang perlu digunakan. Antara trek acara yang perlu kami sediakan termasuk trek 400m, lontar peluru, lompat jauh, lempar cakera dan merejam lembing. Kesemua acara ini memerlukan lukisan pelan yang spesifik dan berbeza. Berdasarkan senarai semak yang dibuat, kami berusaha untuk mendapatkan peralatan yang tidak mencukupi dengan membuat belian di luar serta mendapatkannya daripada pihak stor IPG. Kami juga meminta kumpulan atau ahli jawatankuasa yang lain untuk mengambil giliran bertugas dalam membantu dalam lukisan trek yang

Upload: joelhew

Post on 16-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kejohanan olahraga tahunan IPG

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Biro Persiapan Padang & Tempat

LAPORAN BIRO PERSIAPAN PADANG & TEMPAT

Ketua Biro : ANNY TANG SIEW UNG

Ahli Biro : HEW CHOO YEE

LEE PHUI LING

ONG SIEW YEE

WONG SIEW JIUN

LAPORAN SEBELUM

Selepas kumpulan PISMP PJ C dilantik untuk biro persiapan tempat, kami lima

dipilih untuk memegang jawatankuasa persiapan padang dan tempat ini. Kami

dimaklumkan bahawa arahan bagi bidang tugas akan diberi selepas perbincangan AJK

induk. Dalam perbincangan mesyuarat, kami diagihkan tugas yang pertama iaitu

penyediaan trek padang. Sebelum kami mengambil sebarang tindakan dan keputusan,

kami berjumpa dengan pensyarah-pensyarah yang bertangggungjawab untuk

mendapatkan arahan dan panduan untuk kerja-kerja melukis trek padang khasnya

ukuran pelan trek yang tepat dan betul. Kami juga menjalankan senarai semak bagi

peralatan yang perlu digunakan. Antara trek acara yang perlu kami sediakan termasuk

trek 400m, lontar peluru, lompat jauh, lempar cakera dan merejam lembing. Kesemua

acara ini memerlukan lukisan pelan yang spesifik dan berbeza.

Berdasarkan senarai semak yang dibuat, kami berusaha untuk mendapatkan

peralatan yang tidak mencukupi dengan membuat belian di luar serta mendapatkannya

daripada pihak stor IPG. Kami juga meminta kumpulan atau ahli jawatankuasa yang lain

untuk mengambil giliran bertugas dalam membantu dalam lukisan trek yang

memerlukan masa yang panjang untuk menyelesaikannya. Perkembangan dan jadual

bertugas persiapan padang disebarkan melalui Whatsapp dan Facebook untuk

memaklumkan kepada ahli-ahli yang lain.

Lukisan trek padang bermula dengan pencarian penanda-penanda di padang

serta penyediaan tapak lompat jauh dan lontar peluru. Penyediaan tapak lompat jauh

dan lontar peluru tidak menghadapi apa-apa masalah yang besar. Sebaliknya,

pelukisan trek mengalami masalah dalam mencari penanda serta mendapatkan ukuran

Page 2: Laporan Biro Persiapan Padang & Tempat

LAPORAN BIRO PERSIAPAN PADANG & TEMPAT

yang tepat. Justeru, masalah ini dilaporkan kepada para pensyarah untuk mendapatkan

bantuan dan nasihat untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Dengan bertuahnya,

kami mendapat bantuan daripada Encik Abu Bakar yang bertauliah dari segi lukisan

trek padang untuk memberi tunjuk ajar dan membimbing kami bagi masalah yang

dihadapi. Namun, masalah yang timbul berlaku tanpa berhenti dengan minyak hitam

yang digunakan tidak mencukupi dan tidak dihantar oleh pembekal walaupun bahan

tersebut telah ditempah awal. Kerja-kerja menjadi terganggu dan terbantut. Tambahan

pula, alatan yang sedia ada tidak mencukupi untuk digunakan walaupun adanya

sumber manusia yang ramai.

Di samping itu, kami perlu berkomunikasi dengan pihak teknikal kerana ukuran

yang diberi perlu diperiksa dan diluluskan agar memenuhi syarat teknikal yang telah

ditetapkan. Kami juga perlu mendapatkan maklumat tambahan tentang acara yang

akan dipertandingkan khasnya sekolah rendah IPGM yang akan bergabung dengan

KOT kita. Hal ini kerana acara sekolah rendah adanya yang khas disediakan untuk

murid-murid tahap rendah. Penanda-penanda permulaan dan cut in ditanda dengan

spray supaya mudah dilihat. Walau bagaimanapun, persiapan padang telah selesai dan

boleh digunakan untuk kegunaan latihan sukan serta pra sukan yang dijalankan seperti

yang dijadualkan. Satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah garisan trek perlu

dihitamkan mengikut keperluan akibat pelaksanaan mula dari latihan rumah sukan

hinggalah ke hari kejohanan adalah satu tempoh yang lama. Oleh itu, garisan trek

menjadi semakin putar mengikut pertumbuhan rumput. Biro kami perlu memastikan

garisan trek diperbaharu agar tidak menggangu kegiatan atlet dan pihak penganjur.