laporan eksperiment - mikroorganisme
DESCRIPTION
cara menjalankan eksperimentKPS yang digunakanTRANSCRIPT
Tema : Menyiasat Alam Kehidupan
Topic : Mikroorganisma
Objektif : 1.9 Memahami mikroorganisme sebuah kehidupan
Hasil pembelajaran : Menyatakan yis ialah mikroorganisma
Menyatakan mikroorganisma bernafas
Objektif penilaian : SPS ( 1) C1 , SPS ( 3) C1, SPS ( 4) C1, C2, C3, C4 ,
SPS ( 7) C1, C3,C4,C6
SMS ( 1) C1, C2,C3, C4, SMS ( 2) C1, C2 , C4
SMS ( 4) C1, C2,C3, SMS ( 5) C1, C2,
Aktivti : Mengkaji adakah yis sejenis mikroorganisma?
Tujuan : Untuk membuktikan kuantiti yis ( sudu teh) dengan saiz ukur lilit
belon selepas 30 minit ( cm )
Hipotesis : Apabila kuantiti yis bertambah maka saiz ukur lilit belon selepas
30 minit ( cm ) bertambah
Pembolehubah :
Pembolehubah dimalarkan : Kuantiti gula ( sudu teh ), isipadu air ( ml )
Pembolehubah dimanipulasi : kuantiti yis ( sudu teh )
Pembolehubah bergerak balas : saiz ukur lilit belon selepas 30 minit ( cm )
Alat radas : sudu teh,
SPS (7):C3 6 buah kelalang kon
Selindir penyukat
Pita ukur
Jam randik
Bahan-bahan : 6 biji belon
SMS(1):C3 150 ml air
Yis
Gula
Prosedur A : SPS (7):C4, SMS (1):C4
1. 25 ml air dituang ke dalam setiap kelalang kon
2. Kelalang kon dilabelkan sebagai A dan B
3. 2 sudu teh yis dimasukkan ke dalam setiap kelalang kon
4. 1 sudu teh gula dimasukkan ke dalam kelalang kon B
5. Kedua-dua kelalang kon ditutup dengan belon seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 1
Rajah 1
6. Kedua-dua kelalang kon digoncang dengan perlahan –lahan untuk melarutkan
yis di dalam air
7. Keadaan belon diperhatikan selepas 30 minit
8. Pemerhatian direkodkan di dalam jadual 1
Data –data pemerhatian :
Jadual 1
Kelalang kon Saiz ukur lilit belon selepas 30 minit ( cm )
A Tiada
B 29 cm
SPS ( 4) : C2
SPS ( 7) : C6
Prosedur B :
( yang telah diubah suai dari prosedur A )
1. 25 ml air dituang ke dalam setiap kelalang kon
2. Kelalang kon dilabelkan sebagai C dan D
3. 1 sudu teh gula ditambah kedalam setiap kelalang kon
4. 4 sudu teh yis dimasukkan ke dalam setiap kelalang kon C
5. Kelalang kon C ditutup dengan belon seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2
Rajah 2
6. Kelalang kon digoncang dengan perlahan –lahan untuk melarutkan yis di dalam
air
7. Keadaan belon diperhatikan selepas 30 minit
8. Pemerhatian direkodkan di dalam jadual 2
9. Langkah 4, 5, 6, 7, 8 diulang dengan menggunakan 6 sudu the yis untuk
kelalang kon D
10.Alat radas dibersihkan dan semua bahan dikemas dengan cara yang betul
Jadual 2
Kelalang kon Kuantiti yis ( sudu yis ) Saiz ukur lilit belon selepas 30 minit ( cm )
C 4 33
D 6 37
Soalan :
1. Nyatakan :
(a) Pemboleh ubah yang dimalarkan ,
Kuantiti gula (sudu teh) (SPS 7 : C2 )
(b) Pemboleh ubah dimanipulasikan ,
Kuantiti yis (sudu teh ) (SPS 7 : C2 )
(c) Pemboleh ubah bergerak balas ,
Saiz ukur lilit selepas 20 minit (cm) (SPS 7 : C2 )
2. Mengapakah gula ditambahkan kedalam tabung uji B dan C ?
Membekalkan nutrien kepada yis (SPS 4 : C3 )
3. Ramalkan apa akan berlaku jika 8 sudu yis digunakan ?
Belon berkembang tetapi nutrien yang di bekalkan tidak mencukupi kepada yis.
(SPS 7 : C5 )
4. Apakah kesimpulan daripada ujikaji di atas ?
Mikroorganisma boleh bernafas kerana ia benda hidup. (SPS 4 : C4 )
Perbincangan
1. Melalui ujikaji yang dijalankan murid akan mengetahui bahawa
mikroorganisme itu bernafas. Ini dibuktikan melalui perkembangan belon
yang diambil dalam jangka masa 30 minit.
2. Dalam ujikaji yang dijalankan yis ditambah mengikut bilangan sudu untuk
menunjukkan perubahan yang berlaku ke atas belon.
3. Yis ditambah di dalam kelalang kon C dan D, dengan memalarkan
kuantiti gula tetapi sudu yis dimanipulasikan.
4. Hasil dapatan selepas 30 minit didapati kelalang kon C dan D
menun jukkan perubahan pada saiz ukur lilit belon.
5. Ini bermakna kuantiti gula yang digunakan masih sesuai dan seimbang
dengan kuantiti yis.
6. Guru meminta murid meramalkan , jika 8 sudu yis digunakan tetapi
memalarkan kuantiti gula ( 1 sudu ). Selepas 30 minit didapati saiz ukur
lilit belon berkurangan dari saiz ukur lilit belon bagi kelalang kon D. Ini
membuktikan bahawa kandungan nutrein pada yis bagi kelalang kon E
tidak mencukupi.
7. Langkah berjaga-jaga yang perlu dijalankan semasa eksperimen ialah
mengendalikan alatan dengan betul
sentiasa memerhatikan bahan eksperimen yang sedang dijalankan
untuk melihat sebarang perubahan yang berlaku
mengendalikan yis dengan berhati-hati dan cermat
memastikan meja eksperimen bersih daripada bahan-bahan yang
digunakan
Kesimpulan
a. Ekperimen ini untuk memastikan mikroorgnisme boleh
bernafas .mikroorganisme yang digunakan ialah yis dari jenis
fungi.eksperimen dimulakan dengan mencampurkan air, yis dan gula
dalam kuantiti yang ditetapkan. Perubahan pada belon diperhatikan.saiz
ukur lilit belon diukur selepas 30 minit.
b. Didapati saiz ukur lilit belon paling besar apabila sejumlah 25 ml air
dicampurkan dengan 6 sudu teh yis dan 1 sudu teh gula paling besar 36
cm
c. Didapati semakin banyak yis digunakan, semakin besar saiz ukur lilit
belon selepas 30 minit. Walau bagaimanapun, apabila 8 sudu teh yis
digunakan didapati saiz belon berkurang berbanding 6 sudu yis . ini
mungkin disebabkan oleh kekurangan nutrient dari gula. Jadi yis tidak
dapat bertindak balas sepenuhnya.
d. Saiz ukur lilit belon bertambah disebabkan oleh pembebasan gas karbon
dioksida oleh yis. Ini membuktikan yis atau mikroorganisme boleh
bernafas
KEMAHIRAN PROSES SAINS (SPS) YANG DIGUNAKAN DALAM UJIKAJI.
KEMAHIRAN ASAS
SPS 1 : MEMERHATI
C 1 Menyatakan peperhatian menggunakan kelima – lima deria yang berlainan
SPS 3 : MENGUKUR MENGGUNAKAN NOMBOR
C 1 Menggunakan alat yang betul untuk mengukur panjang ,
isipadu,jisim,masa,suhu, dan kelajuan
SPS 4 : BERKOMUNIKASI
C1 Merekod maklumat daripada suatu kajian
C2 Mempersembahkan data atau maklumat dalam bentuk lukisan , jadual dan
carta palang.
C3 Menghuraikan idea (secara lisan dan menulis )
C 4 Menulis laporan eksperimen dengan sistematik (dengan bimbingan atau tanpa
bimbingan guru )
KEMAHIRAN BERSEPADU
SPS 7 : MENGEKSPERIMEN
C1 Menyatakan hipotesis (hubungan antara pembolehubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas )
C2 Menyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan,pembolehubah bergerak balas dan pemboleh ubah dimalarkan yang terlibat dalam suatu eksperimen
C3 Mengenalpasti radas dalam suatu eksperimen
C4 Menyatakan langkah – langkah eksperimen (secara lisan dan menulis )
C5 Menjalankan eksperimen untuk menguji hipotesis dengan mengubah
pembolehubah yang dimanipulasikan
C6 Mempersembahkan keputusan eksperimen dalam bentuk lukisan,jadual ,
carta palang atau sebagaikan.
KEMAHIRAM MANIPULATIF SAINS (SMS)
SMS 1 : MENGGUNAKAN DAN MENGENDALIKAN PERALATAN SAINS DAN BAHAN SAINS DENGAN BETUL
C1 Menggunakan sekurang – kurangnya lima peralatan dengan betul dan cermat .
C2 Mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul dan cermat
C3 Menyusun peralatan dan menyediakan bahan dengan teratur
C4 Menjalankan eksperimen mengikut prosedur yang betul
SMS 2 : MENGENDALIKAN SPESIMEN HIDUP DAN SPESIMEN BUKAN HIDUP
C1 Mengendalikan spesimen hidup dengan betul dan cermat
C2 Mengendalikan specimen bukan hidup dengan betul dan cermat
C4 Menggunakan spesimen bukan hidup dengan berjimat cermat atau tidak membazir
SMS 4 : MEMBERSIHKAN PERALATAN
C1 Membersih peralatan dengan cara yang betul
C2 Membuang sisa dan bahan buangan dengan cara yang betul
C3 Membersihkan peralatan (sentiasa , kadang kala , jarang)
SMS 5 : MENYIMPAN PERALATAN DAN BAHAN
C1 Menyimpan peralatan dan bahan dengan betul dan selamat
C2 Menyimpan peralatan dan bahan dengan betul dan selamat (sentiasa , kadang kala dan jarang )
GAMBAR UJIKAJI YANG TELAH DIJALANKAN
Alatan yang digunakan dalam eksperimen
Langkah-langkah semasa menjalankan eksperimen
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Langkah 6
Langkah 7
HASIL UJIKAJI MELALUI PEMERHATIAN
Gelembung udara dapat dilihat dengan jelas
Hasil ujikaji melalui pemerhatian berdasarkan perkembangan belon
Mengukur saiz belon untuk dimasukkan ke dalam jadual
A B C
Ukur lilit saiz belon mengikut kelalang kon
D E
Ukur lilit saiz belon mengikut kelalang kon
LANGKAH-LANGKAH PEMBERSIHAN DAN PENYIMPANAN ALAT RADAS
Membersihkan alatan dengan cara yang betul
Menyimpan peralatan sains dengan betul dan selamat
Pembersihan tempat eksperimen
BIBLIOGRAFI
Score Cemerlang Science Practical Book (PEKA) Tahun 5. Selangor : Cemerlang
Marni Baharom, Emcee Voo (2013). Rujukan lengkap KBSR sains tahun 5. KL: Nusamas
Yeong Pak Foo, 1995. Buku Sumber Pengajaran Pembelajaran Sains Sekolah Rendah jilid 2 mempelajari Kemahiran Proses Sains. KL : BPG
Internet
http://www.experiment-resources.com/p endulum-experiment.htm
http://kelas-online.tripod.com/sains/asas .htm
http://azaiza.blogspot.com/2011/04/kemahiran-proses sains kemahiran .htm
http://www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian_ kemahiran proses sains .htm