laporan hab inovasi sektor awam (hisa) negeri...
TRANSCRIPT
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
1
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA)
NEGERI SELANGOR
1. Nama Jabatan : 2. Nama Inovasi :
3. Tujuan Inovasi :
4. Proses Sebelum & Selepas :
Sebelum :
MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR
FLEXI ROSTRUM
Produk inovasi yang dihasilkan adalah berkaitan dengan
sistem penyampaian dalam acara rasmi dan tidak rasmi.
Ciptaan ini akan mengubah keseluruhan proses kerja
didalam sistem penyampaian dalam sesuatu acara yang
dilaksanakan.
Sistem penyampaian didalam sesuatu acara kebiasaannya memerlukan
beberapa peralatan yang perlu digunakan bersama untuk membolehkan acara
tersebut dijalankan. Peralatan-peralatan tersebut terdiri daripada rostrum dan
alat siaraya (speaker, amplifier, mikrofon, kabel). Untuk penyediaan peralatan ini
ianya memerlukan tenaga kerja yang ramai. Ini disebabkan oleh peralatan
sediada mempunyai saiz-saiz yang besar dan berat. Kebiasaannya peralatan ini
perlu diangkut menggunakan kenderaan yang besar untuk dibawa ke tempat
acara berlangsung.
Bagi kerja-kerja pelarasan peralatan ianya memerlukan tenaga kerja mahir dan
ramai. Ini disebabkan oleh kerja-kerja tersebut adalah rumit dan sensitif.
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
2
Sebelum :
Persiapan Bagi Alat Siar Raya Dan Rostrum Secara Kebiasaan
5 4
321
PENGHANTARAN
MENGANGKAT ALAT SIAR RAYA
MENGANGKAT ROSTRUM
6
MENGANGKAT PEMBESAR SUARA
MENYELARAS ALAT SIAR RAYA
MENYELARAS KABEL
62
10
987
13
12 11
MENYELARAS KABEL PEMBESAR SUARA
PENEMPATAN PEMBESAR SUARA
PENEMPATAN ROSTRUM
MENYELARAS ROSTRUMPENEMPATAN SET MIKROFON
MENYELARAS SET MIKROFON
PENGGUNAAN
63
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
3
Selepas :
1
45
32
PENGHANTARANMENARIK ‘FLEXI
ROSTRUM’MENGANGKAT ‘FLEXI
ROSTRUM’
6
PENEMPATAN PEMBESAR SUARA
7
PENEMPATAN ‘FLEXI ROSTRUM’
MENYELARAS ‘FLEXI ROSTRUM’
PENGGUNAAN
65
5. Ciri-Ciri & Impak Inovasi 5.1 Kreativiti
Oleh yang demikian, inovasi yang dihasilkan adalah untuk menyelesaikan masalah-
masalah yang sering berlaku setiap kali penggunaan sistem penyampaian ini
digunakan. Berdasarkan inovasi ini ianya bukan sahaja dapat memudahkan
penyediaan sistem penyampaian tetapi ia juga dapat menjimatkan masa
penyediaan dan juga mengurangkan penggunaan tenaga kerja yang terlibat. Dalam
keadaan ini penjimatan kos juga dapat dicapai tanpa dipengaruhi oleh faktor yang
lain.
‘Flexi Rostrum’ merupakan 100 % cetusan idea dari ahli kumpulan dan
ianya merupakan satu alat yang digabungkan antara alat siaraya dan
rostrum.Kelebihan-kelebihan yang terdapat pada ’Flexi Rostrum’ adalah
ianya mudah dipasang semudah a, b dan c. Mudah dibawa dan hanya
memerlukan 2 orang sahaja untuk kerja-kerja pemasangan dan
mengangkat selain dari mempunyai roda untuk memudahkan ianya dialih
mengikut kehendak pengguna.
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
4
5.2 Keberkesanan
Inovasi yang dihasilkan oleh kumpulan telahpun berjaya melepasi
peringkat secara percubaan dan juga secara penuh dimana peringkat
percubaan iaitu peringkat prototaip pihak pengurusan tertinggi jabatan
telah memberi lampu hijau kepada kumpulan untuk membuat percubaan
penggunaannya dan telahpun berjaya semasa penggunaan bersama
Jawatankuasa Penduduk di sekitar Daerah Kuala Selangor. Walaupun
terdapat sedikit masalah teknikal semasa penggunaan ianya telah
diperbaiki selepas penggunaannya.
Selepas melepasi peringkat prototaip, kumpulan telah diberi kepercayaan
oleh pihak pengurusan tertinggi jabatan untuk membuat percubaan ke
atas inovasi yang dihasil dan pada bulan Oktober 2010 kumpulan telah
memasuki satu pertandingan iaitu Anugerah Inovasi Sektor Awam
Selangor (AISAS) dan berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori
kumpulan.
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
5
5.3 Signifikan
Sebagai ‘benchmarking’ ke atas penciptaan ’Flexi Rostrum’ kumpulan
telah berjaya memasarkan ciptaan ini kepada sebuah syarikat korporat
yang ternama iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd iaitu sebanyak 2 unit.
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
6
5.4 Relevan
‘Flexi Rostrum’ yang diinovasikan ini mempunyai ciri-ciri yang cukup
relevan seperti yang dapat diringkaskan melalui jadual dibawah :-
PERKARA SASARAN AWAL( % ) SEBELUM SELEPAS PERBEZAAN PERATUS %
• Masa 50 40 Minit 3 Minit 37 Minit 93
• Kos- Operasi
- Modal (min)
50
50
RM 2.33 X 4 = RM9.33
RM 3.80 X 1 = RM 3.80RM 13.13
RM 8,000.00
RM 0.30 X 1 = RM 0.30RM 0.43 X 1 = RM 0.43RM 0.73
RM 4,000.00
RM 12.40
RM 4,000.00
94
50
• Ruang 50 6m2 1m2 5m2 83
• Tenaga Kerja 50 5 Orang 2 Orang 3 Orang 60
•Note : Kadar gaji PRA : RM 3.50 / jamKadar gaji Juruteknik : RM 5.70 / jamSumber dari bahagian Sumber Manusia MDKS 70
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
7
6. Gambar / Jadual / Statistik
SPESIFIKASI Model : Flexi Rostrum Berat : 24kg Tinggi : 1140mm Lebar : 563mm Tinggi : 625mm ( Dilipat ) Lebar : 563mm ( Dilipat ) Bahan : Kayu SPESIFIKASI TEKNIKAL Amplifier : USB Port, Memory Card Slot Tweeter : 50 Watt Woofer : 10 Watt 8 Ohm Bateri : 12 V A/C Power : 100 V – 240 V Jenis Mikrof on : Flexible Mic / Wireless Mic Suis : On / Off Punca Kuasa : A/C / D/C Keluasan : 1600 m2 pendengaran (40m x 40m) Tambahan soket pembesar suara
Roadshow pameran sempena diambang 2011 di ICT, Shah Alam yang
dirasmikan oleh Y.B Ronnie Liu Tian Khiew selaku EXCO dan Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan Negeri
Selangor
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
8
2. Pencapaian
2.1 Mini KonvensyenKumpulan Inovasi Dan Kreatif(KIK) Siri 1/2010 MajlisDaerah Kuala Selangor – JOHAN
-
77
2. Pencapaian
2.2 AnugerahInovasi Sektor AwamNegeri Selangor(AISAS) Tahun2010 – Tempat ke- 3.
-
78
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
9
2.3 Mini KonvensyenICC Wilayah Pantai Timur 201110 Mei 2011 – Bukit GambangResort City , KuantanPahang- AnugerahICC MudaTerbaik2011- AnugerahEmas
-
79
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NEGERI SELANGOR ( MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR / MEI 2013 )
10
7. Lain-Lain Yang Berkaitan
RUMUSAN MENGENAI KELEBIHAN INOVASI
1. Berdasarkan perkhidmatan kami sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang
menyediakan perkhidmatan program-progam rasmi atau tidak rasmi, sama
ada di bandar atau di luar bandar dan untuk melicinkan lagi acara-acara
tersebut dijalankan maka dengan terciptanya ‘Flexi Rostrum’ ini ianya
banyak membantu penjimatan dalam aspek masa, kos, tenaga kerja dan
juga ruang kerana ciri-ciri yang terdapat pada ‘Flexi Rostrum’ yang cukup
mesra pengguna di antaranya ;
a. Boleh menggunakan kuasa bateri;
b. Mudah dibawa;
c. Mudah disediakan;
d. Ianya juga bersaiz kompak.
2. Sekiranya kumpulan dapat merealisasikan pemasaran ‘Flexi Rostrum’ ke
semua PBT-PBT di seluruh Malaysia dapat saya rumuskan bahawa
Kerajaan Malaysia Umumnya dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan Khasnya dapat menjimatkan banyak kos yang akan dibelanjakan
untuk pembelian alat siaraya dan rostrum yang kovensional. Sebagai contoh
kesemua 150 PBT yang terdapat di Malaysia membeli sebuah ‘Flexi
Rostrum’ dengan harga yang ditawarkan sebanyak RM 4,000.00 maka
jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM 600,000.00. Berbanding
dengan harga pembelian alat siaraya dan rostrum kovensional iaitu
sebanyak 150 PBT membeli 1 set peralatan tersebut dengan harga RM
10,000.00 maka jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM 1, 500,000.00.
3. Maka dengan penggunaan ‘Flexi Rostrum’ pihak kerajaan dapat
menjimatkan sebanyak RM 900,000.00 dan kos tersebut boleh disalurkan
kepada rakyat melalui projek-projek pembangunan di Malaysia.
Laporan disediakan oleh : Tarikh : 21 Mei 2013 Kumpulan Teknik Maju Majlis Daerah Kuala Selangor